Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN NO. : WA-21NCVC-21-02/2022 ANTARA ISMAIL HOLDINGS SDN BHD (NO. SYARIKAT : 900648-V) … PLAINTIF
/akn/my/judgment/high-court/2022/0e4ec7fc-8597-4d64-959b-379c1c66bec4
High Court of Malaysia15 Aug 2022WA-21NCvC-21-02/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tuntutan yang sah pada dasarnya atau menimbulkan persoalan yang memerlukan perbicaraan, maka ianya tidak sepatutnya dibatalkan. [14] Mahkamah merujuk kepada kes Low Teck Huat v Kwan Teck Hian & Ors [2021] MLJU 690 yang memutuskan seperti berikut: “[58] First and foremost, striking out an action is a drastic remedy whic”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN NO. : WA-21NCVC-21-02/2022 ANTARA ISMAIL HOLDINGS SDN BHD (NO. SYARIKAT : 900648-V) … PLAINTIF
1
AZIZUL AZILY BIN AHMAD
2
AIN ARJUNA BINTI AZIZ ZAMAN
3
HASNOL ZAM ZAM BIN AHMAD
4
BOUSTEAD PETROLEUM MARKETING SDN BHD
5
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
6
KERAJAAN MALAYSIA … DEFENDAN-DEFENDAN 13/10/2022 15:07:11 WA-21NCvC-21-02/2022 Kand. 64 ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 19) RAYUAN [1] Perayu / Plaintif tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos, 2022 merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang memutuskan bahawa Perenggan (2) di bawah permohonan Responden-Responden dibawah Notis Permohonan (Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan / atau (b) dan / atau (d) dan / atau Aturan 57 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan / atau Aturan 92 Kaedah 4 dan / atau perenggan 12
Schedule
Jadual Akta Kehakiman Mahkamah 1964) bertarikh 27 April 2022 dibenarkan untuk guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan kos RM3,000.00 dibayar kepada Responden Pertama dan Responden Ke-empat secara bersama. NOTIS PERMOHONAN [2] Permohonan oleh Defendan-defendan Pertama dan Ke-empat yang dinamakan di atas selaras dengan Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) dan / atau (b) dan / atau (d) dan/atau Aturan 57 Kaedah 1 dan / atau Aturan 92 Kaedah 4 dan / atau perenggan 12 Jadual Akta Kehakiman Mahkamah 1964 dan / atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah yang Mulia ini untuk perintah:- 2.1 Bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 08.02.2022 dibatalkan terhadap Defendan-defendan Pertama dan Ke-empat atas sebab bahawa: 2.2 Writ dan Pernyataan Tuntutan tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, mengikut keadaan; dan / atau 2.3 Writ dan Pernyataan Tuntutan adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan; dan / atau 2.4 Writ dan Pernyataan Tuntutan adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. 2.5 Selanjutnya dan / atau secara alternatif, untuk Guaman ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sivil, NCVC 1 di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dan / atau didengar bersama Guaman-guaman No.: BA-22NCC-16-02/2021 ("Guaman 16"), BA-22NCVC-33-01/2021 ("Guaman 33"), dan BA-22NCVC-65-02/2021 ("Guaman 65") ("Guaman-guaman Shah Alam"); 2.6 Selanjutnya dan / atau sebagai alternatif, agar Guaman ini digantung sementara menunggu pelupusan penuh dan muktamad Guaman-guaman Shah Alam; 2.7 Bahawa Plaintif hendaklah membayar kepada Defendan-defendan Pertama dan Ke-empat kos terhadap dan disebabkan oleh permohonan ini dan kos tindakan; dan 2.8 Sebarang perintah lanjut dan / atau lain yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini dalam semua keadaan. ALASAN PERMOHONAN [3] Alasan Permohonan ini terkandung di dalam Afidavit Sokongan Azizul Azily Bin Ahmad (NO. KIP: 670731-08-6219) yang diikrarkan dan difailkan bagi pihak Defendan-defendan Pertama dan Ke-empat di dalam ini. [4] Pada 08.08.2017, BHP di satu pihak dan Plaintif dan Ismail Holdings Sdn. Bhd, iaitu Plaintif ("IHSB") dan Strategic Transforms Sdn. Bhd. ("STSB") dipihak satu lagi telah menyempurnakan Perjanjian Pembekalan dan Lesen ("SLA"), di mana BHP antara lainnya, bersetuju untuk melantik IHSB sebagai Pengedar stesen minyak yang akan didirikan di atas Tanah tersebut ("Stesen Minyak Seremban"), IHSB bersetuju untuk antara lainnya dengan eksklusif menjual Produk Petroleum secara runcit di Stesen Minyak Seremban dan STSB bersetuju memberikan kepada BHP milikan eksklusif Tanah tersebut melalui Pajakan yang akan didaftarkan dan berkuat kuasa bagi tempoh 25 tahun ("Tempoh Pembekalan"); [5] Defendan Ke-empat tidak pernah pada sebarang masa material berniat untuk menamatkan SLA (melalui notis bertulis pada 26.01.2021) sehingga Plaintif memungkiri Klausa 17.2 SLA yang membuat peruntukan bagi Peristiwa Penamatan serta-merta. Kemungkiran tersebut adalah antara lainnya: 5.1 Plaintif gagal dan / atau enggan menarik balik Surat Penamatan mereka bertarikh 22.01.2021 ("Surat Penamatan Salah Plaintif') dan langkah-langkah yang diambil selepas itu oleh Plaintif untuk memaklumkan niat mereka untuk menutup Stesen Minyak Seremban dan / atau menamatkan Perjanjian tersebut yang jatuh ke dalam peristiwa yang ditetapkan dalam Klausa 17.2(a) SLA. [6] Walau apa pun, Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif patut dibatalkan atas alasan berikut:- 6.1 ia tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah; a. ia adalah remeh dan menyusahkan; dan b. ia adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah ini. [7] Lanjutan kepada perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini turut dinyatakan bahawa: 7.1 Pada masa ini terdapat pelbagai guaman dan / atau prosiding undang-undang yang difailkan berkaitan dengan perkara subjek yang sama dengan fakta-fakta yang sama di hadapan pelbagai Mahkamah i.e. Guaman-guaman Shah Alam. Oleh itu, berlaku kependuaan prosiding dan penyalahgunaan proses Mahkamah; 7.2 Plaintif gagal hadir ke Mahkamah dengan “clean hands” disebabkan kelakuan mereka yang menyerlahkan dan / atau memilih beberapa pucuk surat termasuk tetapi tidak terhad kepada Surat bertarikh 29.01.2021 daripada sebegitu banyak surat dan / atau komunikasi yang dibalas antara pihak-pihak pada masa material, yang jelas bertujuan untuk memutarbelitkan kebenaran perkara ini; 7.3 Plaintif gagal dan / atau cuai memplid butir-butir relevan yang mungkin membangkitkan kausa tindakan dalam komplot berkenaan dengan Defendan-defendan (jika ada, yang dinafikan); dan 7.4 Plaintif telah beberapa kali bertindak dengan niat jahat. DAPATAN MAHKAMAH [8] Mahkamah setelah merujuk kepada kertas-kertas kausa yang dibekalkan mendapati bahawa terdapatnya 3 Guaman Sivil yang menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam yang melibatkan Perayu / IHSB, BHP Defendan Ke-empat / dan Strategic Transformation Sdn Bhd / STSB seperti berikut:- i) BA-22NCC-16-02/2021 (Guaman 16)(eksibit A-8) ii) BA-22NCVC-33-01/2021 (Guaman33)(eksibit A-9); dan iii) BA-22NCVC-65-02/2021(Guaman 65)(eksibit A-10) [Selepas ini disebut “Guaman-guaman Shah Alam”) iv) Terdapat juga satu Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Perayu / IHSB No :BA-25-15-03/2021. (eksibit A-11) [9] Merujuk kepada Pernyataan Tuntutan Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa pihak Plaintif telah mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama dan Defendan Ke-empat. [10] Tindakan ini adalah mengenai satu deklarasi tentang kenyataan salah yang telah dikeluarkan oleh Defendan Pertama dan Defendan Ke-empat kepada Defendan Ke-dua, Defendan Ke-tiga dan Defendan Ke-lima yang mengakibatkan Plaintif mengalami kerosakan perniagaan sehingga Plaintif telah disaman oleh Defendan Ke-lima dan Defendan Ke-enam. [11] Mahkamah juga mengambilkira tuntutan Plaintif juga menimbulkan isu konspirasi dan isu tersebut juga berkaitan dengan Perjanjian SLA juga. Pada tahap ini Mahkamah tidak akan mengambilkira merit kes memadai Plaintif dapat menimbulkan kausa tindakan yang munasabah. [12] Oleh itu, berdasarkan kertas-kertas kausa yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa tuntutan Plaintif bukanlah tuntutan yang plain and obvious yang boleh dibatalkan pada peringkat ini. [13] Mahkamah berpendapat bahawa asalkan pihak Plaintif dapat menimbulkan tuntutan yang sah pada dasarnya atau menimbulkan persoalan yang memerlukan perbicaraan, maka ianya tidak sepatutnya dibatalkan. [14] Mahkamah merujuk kepada kes Low Teck Huat v Kwan Teck Hian & Ors [2021] MLJU 690 yang memutuskan seperti berikut: “[58] First and foremost, striking out an action is a drastic remedy which should only be exercised in plain and obvious cases. In Pengiran 0thman Shah bin Pengiran Mohd Yusoff & Anor v. Karambunai Resorts Sdn Bhd [1996] ] CLJ 257 the Court of Appeal held: “The discretionary power to dismiss an action summarily under O. 18, r 19 and under the inherent jurisdiction of the Court is a drastic power which should only be exercised in plain and obvious cases, as the effect of the exercise of such a power is to shut out the plaintiff altogether from pursuing his claim. Tractor ( M) Bhd v Tio Chee Hing [1975] 2 MLJ. Whether a case is plain or obvious does not depend upon the length of time it takes to argue the case but that when the case is argued on the affidavit evidence available, it becomes plain and obvious that the case has no chance of success. Mckay & Anor. v. Essex Area Health Authority & Anor. [1982] 2AER 771. ” [TAB-A] [15] Mahkamah juga merujuk kepada kes Dato Chang Jong Yu & Ors v OSK Capital Sdn Bhd [2022] 1 LNS 1326 yang memperuntukkan seperti: “[2] I have dealt with the principles that are applicable in an application to strike out pleadings in Gabungan Strategik Sdn Bhd v. Geonamics (№ Sdn Bhd [2021] 1 LNS 1743. The law in this area is trite which is summarized as follows: (i) The Court must consider whether an applicant could show that it is a plain and obvious case that recourse should be had to the said process under the above-referred rule and that the claim on the face of the document is “obviously unsustainable ”; (ii) A striking out is not a trial on affidavits and the Court should not conduct a minute examination of the documents through the afidavit. As long as there is a valid claim on the face of the pleadings or raises some questions fit to be tried it should not be struck out; (iii) A striking out order should not be entered if there is an issue of law that requires lengthy argument and mature consideration especially when the issue requires deliberation after taking evidence at trial.” [16] Mahkamah juga mengambilkira bahawa Guaman-guaman Shah Alam adalah berkaitan dengan Perjanjian SLA dan kes dihadapan saya juga adalah berkaitan dengan Perjanjian SLA maka adalah sewajarkan kes ini dipindahkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor supaya satu keputusan yang adil dapat dicapai. [17] Oleh Itu, Mahkamah membenarkan Lampiran 19 Perenggan 2 dengan kos. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur. Bertarikh : 13.10.2022 Peguam Bagi Pihak Perayu/Plaintif Tetuan Ashraf & Syafiq No. 61-1,Jalan PJU 5/20 The Strand Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor. (Tel. :03-61480145 Ruj. S/GL/0426 ) (Emel : admin@aslaw.com.my) Peguam Bagi Pihak Responden/Defendan Tetuan Zul Rafique & Partners D3-3-8, Solaris Dutamas No. 1 Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.