Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-47-08/2022 DAN KA-45-24-08/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ISMAWARDI BIN ISMAIL [NO. KP: 790925-02-5891] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
KA-45-24-08/2022
High Court of Malaysia17 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sudkan sebagai andaian yang bertentangan, telah dibincangkan oleh MP dengan tuntas dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] 6 CLJ 133 seperti berikut: “[48] The law pertaining to s. 114(g) of the Evidence Act is settled. Under s. 114(g) of the Evidence Act 1950, the court may presume that evidence which could be and”
“13. Peguam tertuduh menyatakan bahawa D21 ini adalah merupakan satu notis yang tercakup sebagai satu “Notis Alcontara” sepertimana yang dinyatakan dalam kes Phiri Mailesi (Zambian) v. PP [2013] MLRAU 17 di mana Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Alcontara Ambross Anthony v. PP”
“bila siasatan yang sepatutnya tidak dilaksanakan, maka peguam tertuduh menghujahkan bahawa ianya memprejudiskan tertuduh. Keputusan MR dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] CLJU 752; [2014] 5 MLJ 433 telah dirujuk di mana MR telah memutuskan: “In our view, the conduct of PW6 is most un”
“mpliance with the basic rule of law. These are the fundamental canons of our criminal jurisprudence and they are quite in conformity with the constitutional mandate contained in Articles 20 and 21 of the Constitution of India. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING po”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-47-08/2022 DAN KA-45-24-08/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN ISMAWARDI BIN ISMAIL [NO. KP: 790925-02-5891] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Tertuduh dituduh bagi 2 kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). Pertuduhan pertama adalah bagi kes KA-45A-47-08/2022 untuk kesalahan di bawah seksyen 39B
1
(1)(a) Akta 234 kerana mengedar dadah berbahaya iaitu seberat 9855.7 gram campuran Heroin dan Monoacetylmorphines. Manakala pertuduhan kedua adalah bagi kes KA-45-24-08/2022 untuk kesalahan di bawah seksyen 12(2)/(3) Akta 234 kerana memiliki dadah berbahaya iaitu seberat 0.86 gram Methamphetamine.
2
Pertuduhan-pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: KA-45A-47-08/2022 Bahawa kamu pada 10/9/2021, jam lebih kurang 11.00 pagi, di hadapan sebuah rumah beralamat No. 5, Jalan Kampung Changhai, Kampung Changhai, 06010 Changloon, di dalam daerah Kubang Pasu, di dalam negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya seberat 9855.7 gram (Heroin seberat 9659.2 gram dan Monoacetylmorphines seberat 196.5 gram). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. KA-45-24-08/2022 Bahawa kamu pada 10/9/2021, jam lebih kurang 11.00 pagi, di hadapan sebuah rumah beralamat No. 5, Jalan Kampung Changhai, Kampung Changhai, 06010 Changloon, di dalam daerah Kubang Pasu, di dalam negeri Kedah, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 0.86 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Fakta kes pendakwaan
3
Kedua-dua kesalahan dilakukan pada 10/9/2021 bertempat di sebuah rumah beralamat di No. 5, Jalan Kampung Changhai, Kampung Changhai, 06010 Changloon, di dalam daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah (rumah tersebut).
4
Melalui 6 orang saksi, pihak Pendakwa Raya (PR) telah mengemukakan keterangan seperti berikut: a) bertindak atas maklumat dadah, pada 10/9/2021 pada jam lebih kurang 11.00 pagi, Insp. G/22788 Theodore Anak Peter Dien iaitu SP2 bersama sepasukan pegawai dan anggota polis daripada JSJN IPK Kedah, anggota BSJND, IPD Kubang Pasu serta dibantu oleh MPV KD 97A telah menahan sebuah kereta Toyota Corrola warna biru no. pendaftaran PDG 2718 (kereta tersebut) di hadapan sebuah rumah di alamat No. 5, Jalan Kg. Changhai, Kg. Changhai, 06010 Changloon, Kedah; b) SP2 telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada pemandu dalam kereta dan mengarahkan pemandu tersebut iaitu tertuduh turun dari kereta tersebut; c) SP2 telah menjalankan soal siasat ke atas tertuduh sama ada menyimpan barang salah dalam kereta dan tertuduh dikatakan telah memaklumkan ada dadah dalam bonet belakang; d) selanjutnya SP2 telah mengarahkan tertuduh untuk membuka bonet belakang kereta dan tertuduh telah menarik pembuka bonet belakang untuk membuka bonet. Setelah bonet belakang kereta dibuka, tertuduh telah mengeluarkan 1 beg galas warna hitam berzip bertulisan “idealitic” (P24) dan menyerahkannya kepada SP2. Kemudian SP2 telah mengarahkan tertuduh untuk membuka zip beg tersebut dan hasil pemeriksaan telah menjumpai barang kes seperti yang berikut: i) 1 bungkusan plastik lutsinar bertanda “TPA” di dalamnya terdapat 10 ketulan mampat yang semuanya dibaluti sellotape lutsinar serta kertas minyak warna coklat bertulisan “Double Uoglobe Brand” di mana di dalamnya terdapat bahan ketulan mampat warna putih disyaki dadah jenis Heroin bertanda “TPA1” hingga “TPA10”; ii) 1 bungkusan plastik lutsinar bertanda “TPB” di dalamnya terdapat 10 ketulan mampat yang semuanya dibaluti sellotape lutsinar serta kertas minyak warna coklat bertulisan “Double Uoglobe Brand” di mana di dalamnya terdapat bahan ketulan mampat warna putih disyaki dadah jenis Heroin bertanda “TPB1” hingga “TPB10”; iii) 1 bungkusan plastik lutsinar bertanda “TPC” di dalamnya terdapat 10 ketulan mampat yang semuanya dibaluti sellotape lutsinar serta kertas minyak warna coklat bertulisan “Double Uoglobe Brand” di mana di dalamnya terdapat bahan ketulan mampat warna putih disyaki dadah jenis Heroin bertanda “TPC1” hingga “TPC10; iv) 1 bungkusan plastik lutsinar bertanda “TPD” di dalamnya terdapat 10 ketulan mampat yang semuanya dibaluti sellotape lutsinar serta kertas minyak warna coklat bertulisan “Double Uoglobe Brand” di mana di dalamnya terdapat bahan ketulan mampat warna putih disyaki dadah jenis Heroin bertanda “TPD1” hingga “TPD10”; dan v) 1 peket plastik warna ungu bertanda “TPE” di dalamnya terdapat 110 pil warna merah dan 4 biji pil warna hijau yang semuanya bertulisan WY disyaki pil WY; e) SP2 telah merampas kesemua barang kes yang dijumpai dan menahan tertuduh untuk siasatan lanjut. SP2 juga telah membuat laporan polis sepertimana Repot: Changloon/1686/21; dan f) ahli kimia Puan Haslinda binti Ismail (SP3) telah menjalankan analisis yang mengesahkan dadah tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam laporan kimia yang disediakan oleh SP3 iaitu P13. Analisis dan dapatan mahkamah di akhir kes pendakwaan
5
Asas keterangan pihak PR adalah bersandarkan kepada keterangan oleh SP1 (anggota serbuan), SP2 (pegawai serbuan) dan SP6 (pegawai penyiasat).
6
Keterangan SP2 dan SP6 telah dicabar dengan ketat oleh peguam tertuduh dan semasa pemeriksaan balas, peguam telah mengemukakan D21 iaitu Surat Akuan oleh isteri tertuduh iaitu Norlela binti Shamat. D21 telah diikrarkan pada 15/9/2021 iaitu 5 hari setelah tertuduh ditangkap. Ia telah dikemukakan kepada pihak polis sejak tahun 2022 dan ini diakui oleh SP6.
7
7.
Preamble
Menurut keterangan SP6, arahan telah diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada tahun 2022 untuk SP6 menyiasat kesahihan kandungan D21 dan berlanjutan dari itu, SP2 kononnya telah dipanggil oleh SP6. Namun tiada sebarang rakaman percakapan lanjutan mahupun rekod berkaitan siasatan lanjut direkodkan oleh SP6.
8
Apabila D21 tersebut dibandingkan dengan keterangan SP2 sama ada melalui pemeriksaan lisan di mahkamah atau melalui Penyataan Bertulis Saksi yang ditandakan sebagai PSSP2, mahkamah mendapati terdapat beberapa perbezaan material seperti berikut: a) tertuduh berada di dalam kereta dan pihak polis telah menggari tangannya ke belakang serta disuruh bangun; b) polis kemudiannya telah mengambil beg pinggang dan telefon dari tertuduh; c) polis dilihat membuka bonet belakang kereta tersebut dan mengeluarkan sebuah beg hitam dari belakang bonet tersebut; d) tiada apa-apa kata amaran dinyatakan kepada tertuduh; dan e) kereta tersebut pada kebiasaannya berada di hadapan rumah tanpa berkunci dan kunci kebiasaannya diletakkan di tempat atau ruang pemegang tangan bahagian dalam pintu pemandu untuk kegunaan semua.
9
Di sebalik versi yang berbeza serta maklumat awal melalui D21 yang diterima oleh SP6, malangnya tiada siasatan dijalankan ke atas D21 ini. SP6 hanya setakat menanyakan D21 ini kepada SP2 tanpa siasatan lanjut dijalankan.
10
SP6 menjelaskan bahawa ketiadaan siasatan lanjut ke atas penama Norlela binti Shamat adalah kerana pada pandangannya terdapat percanggahan di dalam rakaman percakapan ke atas penama tersebut dan D21. Ini menyebabkan SP6 merasakan kandungan D21 adalah tidak benar.
11
Mahkamah berpandangan bahawa perbezaan di antara D21 dan keterangan SP2 adalah material dan mewajarkan siasatan lanjut dijalankan. Beberapa persoalan berkaitan bagaimana tertuduh ditangkap, adakah tertuduh memberi maklumat kepada SP2, siapa yang membuka bonet kereta dan siapa yang menemui beg P24 tersebut adalah penting untuk dijelaskan. Apatah lagi, D21 menyatakan bahawa penama tersebut melihat kejadian yang berlaku.
12
Selain itu, persoalan berkenaan akses ke atas kereta tersebut turut menjadi persoalan apabila D21 mendedahkan bahawa kunci kereta tersebut boleh diakses oleh orang lain dan kereta tersebut turut digunakan oleh orang lain.
13
Peguam tertuduh menyatakan bahawa D21 ini adalah merupakan satu notis yang tercakup sebagai satu “Notis Alcontara” sepertimana yang dinyatakan dalam kes Phiri Mailesi (Zambian) v. PP [2013] MLRAU 17 di mana Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Alcontara Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705. Peguam telah menghujahkan bahawa ia memenuhi ciri-ciri yang diperlukan untuk satu Notis Alcontara seperti berikut: a) ia diberikan pada peluang paling awal iaitu semasa tertuduh tangkap atau sekurang-kurangnya apabila peguambela mengambil arahan daripada tertuduh untuk menjalankan pembelaannya.; dan b) mempunyai butir-butir yang mencukupi dalam perspektif yang betul dan bukan notis samar-samar di mana pihak pendakwaan tidak akan dapat memajukan siasatan mereka untuk menangkis cerita atau versi pembelaan.
14
Namun Puan TPR menghujahkan bahawa D21 tersebut bukanlah satu notis yang tercakup sebagai Notis Alcontara kerana ia tidak menyebutkan nama orang lain yang merupakan pemilik sebenar beg tersebut.
15
Mahkamah telah menimbangkan kedua-dua hujahan dan berpandangan bahawa hujahan Puan TPR adalah tersasar kerana bagi mahkamah prinsip asas di dalam satu notis diberikan kepada pihak polis adalah untuk membolehkan satu siasatan dijalankan oleh pihak polis seawal yang mungkin. Ini bagi memberi keadilan bukan sahaja kepada tertuduh tetapi kepada pihak mahkamah yang membicarakan kes tersebut. Mahkamah bertanggungjawab untuk menilai setiap penjuru kes. Ia bukan hanya tertakluk kepada satu aspek pembelaan sahaja iaitu sepertimana yang ditekankan oleh Puan TPR. Ia meliputi setiap perkara yang berbangkit dalam sesuatu kes.
16
Perkara ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan (MR) dalam kes Phiri Mailesi (Zambian) (supra) seperti berikut: “It is pertinent to note that the 'Alcontara Notice' must have sufficient particulars in the right perspective and not a vague notice where the prosecution will not be able to advance their investigation to rebut the defence story or version. It must also be given at the earliest opportunity at the material time of the arrest or at least upon counsel taking instruction from the accused to conduct its defence. In addition, the defence's version should be put at the prosecution stage and the story must be maintained at the defence stage. There will be a duty placed on the judge even at the prosecution stage to positively evaluate the story of the accused relating to 'Alcontara Notice' before evaluating the prosecution case and applying the maximum evaluation as Alcontara case places the onus on the prosecution to rebut or sufficiently explain that they have discharged that onus.”
17
Apabila siasatan yang sepatutnya tidak dilaksanakan, maka peguam tertuduh menghujahkan bahawa ianya memprejudiskan tertuduh.
para
MR dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] CLJU 752; [2014] 5 MLJ 433 telah dirujuk di mana MR telah memutuskan: “In our view, the conduct of PW6 is most unsatisfactory and unacceptable. As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including features of the case which not only favours the prosecution but also the appellant. The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the Court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see: Jamuna Chaudhary & Ors v. State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774).”
18
Mahkamah berpandangan bahawa hak tertuduh untuk kesnya disiasat secara sempurna adalah merupakan satu hak yang dipertahankan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu hak untuk mendapat satu perbicaraan yang adil. Apabila siasatan yang sepatutnya tidak dibuat, maka tertuduh akan kehilangan hak untuk dilepaskan dan menyebabkan berlakunya salah arah keadilan. Perkara ini pernah disentuh oleh MR dalam kes Rahmani Ali Mohamad v PP [2014] 7 CLJ 405 yang menyatakan: “[16] In our judgment, the appellant's right to a fair trial has been compromised as a result of the failure of PW8 to carry out investigation to verify the appellant's version of fact. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see: Mraz v. The Queen [1955] 93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon v. PP [2007] 4 CLJ 114; [2007] 1 MLJ 46).”
19
Dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan (supra) perkara yang sama turut ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut: “The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the Court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see: Jamuna Chaudhary & Ors v. State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774). The appellant cannot be penalized for lack of ingenuity in investigation by PW6 depriving him of the time honoured benefit of doubt (see: Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ Rep 265; [1992] 1 MLJ 137). This was never considered by the learned trial judge. Consequently, the appellant's right to a fair trial has been compromised, which has the effect of rendering the conviction very unsafe. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see: Mraz v. The Queen [1953] 93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon v. PP [2007] 4 CLJ 114; [2007] 1 MLJ 46).”
20
Sementara itu, adalah menjadi prinsip mantap iaitu beban untuk menyangkal versi tertuduh adalah selamanya terletak di atas bahu pihak PR dan dalam masa yang sama tertuduh tidak mempunyai sebarang beban di sisi undang-undang untuk membuktikan versinya. Ini telah ditegaskan oleh MR dalam kes Teo Kian Chun v. PP & Other Appeals [2020] 10 CLJ 398 seperti berikut: “[56] Once such a notice is given, investigation must be carried out on the disclosure given and the onus is then shifted to the prosecution to rebut the "Alcontara notice". The shifting of the burden however, to the prosecution after the giving of the "Alcontara notice", as of necessity pre-supposes that sufficient particulars or reasonable details are furnished in order for the investigation officer to carry out a meaningful investigation. [57] Once such disclosure is made, it is then incumbent upon the prosecution to check the veracity of the facts disclosed and to negate the facts disclosed. It was held in Chan King Yu v. PP [2009] 1 CLJ 601: [78] As regards the material particulars relating to the existence of Man Chai which had been disclosed by the appellant in his cautioned statement exhibit D29 which was made on the day after his arrest, I am of the view that the police had all the time to check as to their veracity. The burden was on the prosecution to check whether the appellant's version of the facts as they appeared in the cautioned statement was true or false. The onus was upon the prosecution to disprove this important part of the appellant's version of facts. The appellant was under no duty to put to the investigation officer the aforesaid material particulars in view of their prior disclosure in the cautioned statement. (See the case of Alcontara Ambross Anthony v. PP (supra)). (emphasis added).”
21
Dalam pertimbangan mahkamah, siasatan yang adil bukan hanya tertumpu kepada pengumpulan keterangan bagi menunjukkan kebersalahan seseorang tertuduh tapi perlu turut meliputi keterangan-keterangan yang memihak kepada tertuduh. Perkara ini telah dibincangkan oleh MR dalam kes Mohd Helmi Akmal Mohd Ali lwn PP [2017] 7 CLJ 666 seperti berikut: “[35] Dalam hubungan ini, barangkali suai manfaat jika kami perturunkan beberapa petikan keputusan Mahkamah Agung India yang menekankan bahawa siasatan hendaklah dijalankan dengan adil dan saksama. Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan tetapi meliputi juga pengumpulan keterangan yang boleh menentukan tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat. Dalam kes Manu Sharma v. State (NCT of Delhi), [20l0] 6 SCC I, Mahkamah Agong India menyatakan: The criminal justice administration system in India places human rights and dignity for human life at a much higher pedestal. In our jurisprudence an accused is presumed to be innocent till proved guilty, the alleged accused is entitled to fairness and true investigation and fair trial and the prosecution is expected to play balanced role in the trial of a crime. The investigation should be judicious, fair, transparent and expeditious to ensure compliance with the basic rule of law. These are the fundamental canons of our criminal jurisprudence and they are quite in conformity with the constitutional mandate contained in Articles 20 and 21 of the Constitution of India. [36] Dalam nada dan irama yang sama, Mahkamah Agong India menyatakan dalam kes Sasi Thomas v. State and Ors [2006] 12 SCC 421 seperti berikut: Proper and fair investigation on the part of the investigating officer is the backbone of rule of law. A proper and effective investigation into a serious offence and particularly in a case where there is no direct evidence assumes great significance as collection of adequate materials to prove the circumstantial evidence becomes essential. Unfortunately, the appellant has not been treated fairly.”
22
Di samping itu, PR turut bertanggungjawab memastikan bahawa keterangan-keterangan yang adil dan saksama dikemukakan bagi penilaian mahkamah. Tugas PR bukan sahaja memastikan perjalanan sesuatu perbicaraan, tetapi turut meliputi pemantauan ke atas siasatan yang dijalankan dan memastikan keterangan-keterangan adalah memadai bagi menuduh seseorang tertuduh dan selanjutnya mengemukakan keterangan-keterangan tersebut secara bertertib di mahkamah.
23
Mahkamah Persekutuan (MP) dalam kes Rosli bin Yusof v. Public Prosecutor [2021] 7 CLJ 681; [2021] 4 MLJ 479 telah menyatakan dengan tegas peranan PR seperti berikut: “[29] We begin with the discussion on the proper role of the prosecutor. The prosecutor in a criminal trial occupies a special position. His or her role is unlike the counsel for a party in a civil trial or counsel for the accused. Unlike other clients who have interest in securing a conviction at all costs, prosecutors are often called "minister of justice" and their role is to present the whole case to the court and assist the court in finding out where the truth lies. Due to their special role in criminal trials, the prosecutors are under several well-defined duties including: (i) duty of disclosure (see section 51A of the CPC), (ii) duty to call all credible and relevant witnesses, and (iii) duty to conduct the case fairly. (See R v. Banks [1916] 2 KB 621; R v. Sugarman [1985] 25 Cr App R 109; Muhammad bin Kadar and another v. Public Prosecutor [2011] 3 SLR 1205). [30] We would like to emphasise that, at all times, prosecutors are expected to present their case fairly, impartially and professionally and assist the court in arriving at the truth by producing all the relevant facts to the court as " Officer of the Court "(See R v. Guerin [1931] 23 Cr App R 39)”
24
Di samping kegagalan menjalankan satu siasatan yang adil, pihak PR turut mengambil pendekatan untuk tidak memanggil penama tersebut iaitu isteri tertuduh memberi keterangan sedangkan penama tersebut telah hadir dan dicamkan oleh SP6. Pihak PR sebaliknya menawarkan saksi ini kepada pembelaan. Ini dihujahkan oleh peguam tertuduh membangkitkan andaian yang bertentangan ke atas kes pihak PR di bawah misalan (g) Akta Keterangan 1950 (Akta 56).
25
Hujahan peguam tertuduh adalah bersandarkan kepada keputusan MP dalam kes Low Kian Boon & Anor v. PP [2010] 5 CLJ 489 yang memutuskan: “However, where the prosecution evidence falls short of proving a prima facie case, the right of not calling a witness by merely offering him to the defence will not be available (see Abdullah Zawawi v. Public Prosecutor [1985] 2 MLJ 16; Public prosecutor v. Chew Yoo Choi [1990] 2 MLJ 444; Teoh Hoe Chye v. Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 220.”
26
Apa yang dimaksudkan sebagai andaian yang bertentangan, telah dibincangkan oleh MP dengan tuntas dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] 6 CLJ 133 seperti berikut: “[48] The law pertaining to s. 114(g) of the Evidence Act is settled. Under s. 114(g) of the Evidence Act 1950, the court may presume that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it. The usage of the word 'may' gives the discretion to the court whether or not to invoke the adverse inference to a given set of facts. It is not a mandatory inference. To draw an adverse inference against the prosecution, the court must be satisfied that the witness that was not offered was a material witness, the prosecution purposely withholds evidence which it possessed and which was always available; and that what the prosecution did was done with an ulterior motive to frustrate the defence. (Nanda Kumar Kunyikanan & Anor v. PP [2011] 8 CLJ 406). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will not invoke an adverse inference against prosecution if it believes that the facts and/or the prosecution's reasons for not calling the supposed material witnesses show no cause for it. Moreover, the prosecution only needs to produce witnesses who are necessary in the unfolding of its complete narrative, that is, to prove the essential elements of the crime and in this case, custody, control, and knowledge. Applying the above principles to our present case, we are satisfied that there was no evidence to suggest even the slightest inkling that the prosecution withheld testimonies by Javad @ Hasan Tiren and Samaneh Momen in a deliberate scheme to impair the truth or frustrate the appellant's defence. [50] Further, in the case of Siew Yoke Keong v. PP (supra) this court had succinctly laid down that witnesses for prosecution are indispensable only insofar as they are necessary in establishing a prosecution's case beyond a reasonable doubt. Thus, any calling of witness beyond that minimum requirement is within prosecutorial discretion. In the end, it is the sufficiency of the evidence that matters. As long as there are no unsatisfactory features or gaps in the prosecution's case, an order of adverse inference is not imperative. It is our view, on the facts of this case, adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act, could not be invoked against the prosecution.”
27
Walaupun hak untuk memanggil saksi adalah hak sepenuhnya pihak PR, namun ia tertakluk sama ada ia memadai dalam menyokong versi pihak PR membuktikan kes mereka tanpa keraguan munasabah. Jika saksi yang sewajarnya gagal dipanggil, maka mahkamah berhak membangkitkan andaian yang bertentangan selaras dengan misalan (g) seksyen 114 Akta 56.
28
Ternyata dari analisis yang telah dijalankan oleh mahkamah, terdapat 2 versi yang dikemukakan di peringkat ini. Versi ini hanya akan dapat dirungkai sekiranya penama Norlela binti Shamat dipanggil memberi keterangan. Pada hemat mahkamah, keterangan saksi ini sangat material dan tidak boleh sewenangnya dikecualikan penilaian oleh mahkamah ini.
29
Kegagalan PR memanggil Norlela binti Shamat telah memprejudiskan tertuduh secara serius dan meletakkan tertuduh dalam keadaan yang tidak menguntungkannya (disadvantaged). Adalah menjadi kewajipan mahkamah untuk memastikan bahawa hak-hak tertuduh untuk mendapat suatu perbicaraan adil tidak terjejas dan sekiranya terdapat kegagalan sedemikian, mahkamah hendaklah memberi manfaatnya kepada tertuduh.
30
Dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, MP telah memutuskan, antara lainnya seperti yang berikut: “(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material witnesses are not produced....”
31
Manakala dalam kes Munusamy v. PP [1987] 1 MLJ 492, MP melalui penghakiman yang disampaikan oleh Hakim Mohamed Azmi HMA (ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “It is essential to appreciate the scope of Section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important witness to the case.”
32
Keengganan dan kegagalan PR mengemukakan penama ini jelas meninggalkan mahkamah dengan dua set keterangan yang bercanggah antara satu sama lain yang berkait perkara material. Ia bermula daripada proses tangkapan tertuduh, pembacaan kata-kata amaran ke atas tertuduh dan soalan-soalan berkaitan sehinggalah penemuan beg P24 yang mengandungi dadah dalam bonet belakang kereta tersebut yang kekal bercanggah. Oleh itu, ia mewajarkan mahkamah ini mengenakan anggapan bertentangan di bawah misalan (g) seksyen 114 Akta 56 ke atas pihak PR. Kesimpulan
33
Secara kesimpulannya, mahkamah merumuskan terdapat kepincangan material dalam kes ini iaitu: a) SP6 tidak menjalankan siasatan yang sempurna; dan b) penama Norlela binti Shamat tidak dipanggil memberi keterangan.
34
Oleh yang demikian, adalah tidak selamat untuk memerintahkan tertuduh membela diri dan sehubungan itu tertuduh adalah dilepas dan dibebaskan. Bertarikh: 15 hb. Oktober, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aisyah Al Humayrah binti Kamaruzzaman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Nur Shafiqah binti Zainudin Peguambela & Peguamcara Tetuan T. Jayaraj & Co. No. 101A & 102A (Tingkat Atas) Jalan 2/3, Taman Batik Persiaran Cempaka 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 17hb. Ogos, 2025 Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: Phiri Mailesi (Zambian) v. PP [2013] MLRAU 17 Alcontara Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705 Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. Public Prosecutor [2014] CLJU 752; [2014] 5 MLJ 433 Rahmani Ali Mohamad v PP [2014] 7 CLJ 405 Teo Kian Chun v. PP & Other Appeals [2020] 10 CLJ 398 Mohd Helmi Akmal Mohd Ali lwn PP [2017] 7 CLJ 666 Rosli bin Yusof v. Public Prosecutor [2021] 7 CLJ 681; [2021] 4 MLJ 479 Low Kian Boon & Anor v. PP [2010] 5 CLJ 489 Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] 6 CLJ 133 Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617 Munusamy v. PP [1987] 1 MLJ 492
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.