Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO. BL-12ANCvC-11-07/2023 ANTARA JACOB BIN SAHRI PERAYU
BL-12ANCvC-11-07/2023
High Court of Malaysia23 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO. BL-12ANCvC-11-07/2023 ANTARA JACOB BIN SAHRI PERAYU
2
MOHD ASHRAF BIN MOHD HARIS RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG] GUAMAN NO.: BL-A52NCVC-7-02/2023 JACOB BIN SAHRI
1
1.
2
MOHD AMIR BIN ABDULLAH MOHD ASHRAF BIN MOHD HARIS DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 15] 13/05/2024 16:19:00 BL-12ANCvC-11-07/2023 Kand. 16 Ini adalah rayuan oleh Perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 23.6.2023 yang membenarkan permohonan Responden-responden untuk membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bertarikh 3.2.2023 dibawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) atau (b) atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dengan kos sebanyak RM 3000.00 A. LATAR BELAKANG [1] Perayu adalah merupakan pemilik berdaftar bersama Geran Tanah GM 1253, Lot 3435, Mukim Klang, Daerah Klang Selangor bersama-sama Abdullah bin Hj Daud dan Nom binti Mohd Ali. Abdullah dan Nom merupakan pemegang amanah kepada bahagian tertentu hartanah tersebut. Tanah tersebut didaftarkan atas nama Perayu 91056/5616 bahagian), Abdullah (pemegang amanah ½ bahagian) dan Nom (pemegang amanah 1752/5616 bahagian). [2] Tanah ini belum dipecah bahagian dan menurut undang-undang semua pemilik tanah mempunyai hak yang sah aatas tanah tersebut berdasarkan Seksyen 343(1) (b) Kanun Tanah Negara 1965. Oleh itu tidak wujud hak untuk memagar tanah tersebut yang dijadikan akses dan jalan masuk ke premis bangunan yang telah sekian lama dibina oleh Perayu iaitu lebih dari 10 tahun atas persetujuan bersama bapa kepada Responden 2 yang mewakili semua anak-anak kepada Abdullah dan Nom. [3] Perayu seterusnya menegaskan bahawa tanah tersebut telah secara persefahaman sekian lama dibahagikan mengikut plot dan pemilik terdahulu sebelum Perayu. Perayu memiliki plot tengah dalam hartanah itu dengan diapit oleh plot tanah yang dipegang secara amanah oleh arwah Abdullah dan arwah Nom. Apabila Perayu membeli plot tengah tersebut, anak-anak arwah Abdullah diketuai anak sulung bernama Mohd Haris meminta izin untuk menukar lokasi plot supaya Perayu berpindah ke belakang sekali supaya plot amanah tersebut dapat digandingkan sebelah menyebelah di depan sekali. [4] Perayu bersetuju dengan permintaan anak-anak Abdullah dan Nom dengan syarat Perayu diberikan akses jalan masuk daripada tengah untuk ke plot tanah (menghubungkan jalan raya daripada sisi selain akses depan tanah sedia ada). Syarat ini dipersetujui dan terbina akses daripada tengah plot Perayu atas kos dan perbelanjaan Perayu sendiri sejak daripada 2005 hingga kini. Akses jalan masuk juga merangkumi akses bekalan elektrik, air dan telefon serta yang berkaitan dengannya. [5] Perayu kini merupakan pemilik kepada Plot 1 dengan merujuk kepaa pelan pecahan bahagian tanah tersebut yang ditandatangani oleh semua pemilik tanah namun dalam geran menunjukkan tanah itu dimiliki secara bersama-sama tanpa sempadan tertentu. Anak-anak Abdullah dan Nom telah membenarkan Perayu untuk menanam tiang elektrik TNB dan dipasang melalui akses tersebut ke premis Perayu. Kabel internet DIGI dan bekalan air juga dibenarkan oleh anak-anak Abdullah dan Nom. Berdasarkan persefahaman ini, maka Perayu mempunyai ‘legitimate expectation’ untuk membina bangunan dan mengeluarkan perbelanjaan membina akses jalan. [6] Terdapat beberapa penyewa yang memasuki Perjanjian Sewaan dengan Perayu dan mereka menggunakan jalan tersebut sebagai akses ke plot Perayu untuk kegunaan harian dan perniagaan mereka tanpa sebarang halangan oleh anak-anak Abdullah dan Nom sehinggalah masalah yang ditimbulkan oleh Responden-Responden. [7] Pada 8.12.2022, Perayu telah melihat 2 lelaki sedang membuat deretan lubang kecil di premis Perayu di Plot tanah tersebut. Perayu telah bertanya kepada Responden 2 yang merupakan anak kepada arwah Mohd Haris dan dimaklumkan bahawa dia telah diarahkan oleh pakciknya (Responden 1) untuk membuat pagar atas tanah tersebut dan membuat pagar atas tanah itu dan menutup semua kawasan termasuk laluan jalan masuk ke premis Perayu. Ini menurut Perayu bertentangan dengan persetujuan antara Perayu dan ayah Responden 2 iaitu Mohd Haris. Tindakan Responden-responden menghalang akses akan menjejaskan penyewa premis dimana mereka akan teraniaya, ini tidak dihiraukan oleh Responden-responden. [8] Perayu menegaskan Responden-responden tiada hak untuk memasang pagar atau tiang menghalang akses plot Perayu. B. JAWAPAN RESPONDEN [9] Perayu adalah salah seorang pemilik berdaftar yang memiliki 1056/5616 bahagian sahaja dari tanah tersebut pada 20.12.2005 atas sebidang tanah pertanian di bawah kategori Tanah Rizab Melayu yang dipegang dibawah Hakmilik GM 1253, Lot 3435, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor (“Hartanah tersebut”). [10] Perayu telah memfailkan tindakan terhadap Responden-responden kononnya atas dakwaan pencerobohan tanah dimana Perayu mendakwa Responden-responden tidak berhak atas tanah tersebut kerana Responden-responden bukan pemilik berdaftar. Perayu mendakwa Responden-responden secara salah memasang pagar zink dan strukutur binaan atas tanah tersebut. [11] Responden-responden menegaskan bahawa Perayu telah bersikap tidak jujur dan mengelirukan Mahkamah dengan tidak membuat pendedahan fakta yang sebenar dan menyembunyikan fakta material tentang hak-hak Responden. Didalam kes ini, Perayu hanya memiliki 1056/5616 bahagian sahaja dari tanah tersebut pada 20.12.2005. Perayu sedar dan mempunyai pengetahuan penuh bahawa Plot 1 yang dimiliki Perayu adalah dipersetujui pada keluasan hanya 4659 kaki persegi sahaja. Perayu juga mempunyai pengetahuan penuh bahawa pembahagian Plot antara Perayu (Plot 1) dan Mohd Haris bin Abdullah (Plot 2 dan Plot 3) selaku waris Nom binti Mohd Ali dan Abdullah bin Hj Daud pada 20.9.2005 adalah dipersetujui tanpa sebarang syarat. [12] Secara ringkasnya, pembahagian plot adalah seperti berikut: - Plot 1: Jacob bin Sahri (1056/5616 bahagian) Plot 2: Nom binti Md Ali (1752/5616 bahagian) Plot 3: Abdullah bin Hj Daud (2808/5616 bahagian iaitu ½ bahagian) [13] Perayu juga mempunyai pengetahuan bahawa tidak aa sebarang penandaan pada Plot 2 dan Plot 3 untuk mewujudkan sebarang hak lalu lalang atau ismen untuk kegunaan Perayu dan/atau mana-mana pihak. Perayu juga tidak pernah memohon apa-apa hak lalu lalang (right of way) secara sah kepada Pentadbir Tanah Klang dibawah Seksyen 390 Kanun Tanah Negara 1965 untuk menggunakan laluan keatas plot tanah di Plot 2 dan Plot 3. [14] Perayu dan simati (Mohd Haris bin Abdullah) juga telah bersetuju untuk terikat dan mengakui sempadan bahagian masing-masing sepertimana Pelan Tanah. Tidak munasabah untuk Perayu terus menafikan hak dan kepentingan Responden-responden walhal pada masa sama masih berurusan dengan Mohd Haris bin Abdullah untuk terikat dengan Pelan Ukuran tanah tersebut. [15] Berkenaan dengan binaan pagar yang dibuat di bahagian Plot 2 dan Plot 3, Responden-responden adalah berhak untuk berbuat demikian kerana Responden-responden adalah benefisiari amanah dan waris kadim kepada simati; Abdullah bin Hj Daud - pemegang amanah bagi ½ bahagian dan Nom binti Md Ali - pemegang amanah bahagian 1752/5616 atas hartanah tersebut. Oleh itu Responden-responden berhak atas tanah di Plot 2 dan Plot 3 dimana dakwaan pencerobohan yang dibangkitkan Perayu adalah jelas dan tidak berasas. Maka, terpulanglah kepada Responden-responden untuk melakukan apa jua aktiviti atas Hartanah tersebut dan mereka sememangnya berhak keatasnya. [16] Perayu sejak awal mempunyai hak dan akses yang munasabah melalui Jalan Kampung Jawa dan/ atau Persiaran Kota Raja yang bertentangan secara terus dengan dengan Plot 1 miliknya. Oleh itu, tiada keperluan untuk Perayu menceroboh Plot 2 dan Plot 3 untuk memasuki kawasan Plot 1. Oleh itu, untuk mengelakkan perayu daripada terus menceroboh tanah Responden-responden di Plot 1 dan Plot 3, Responden-responden berhak untuk memasang pagar dan struktur bagi melindungi hak dan kepentingan Responden-responden serta waris-waris Abdullah bin Hj Daud dan Nom binti Md Ali. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [17] Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang pada 23.6.2023 telah membenarkan permohonan Responden-responden untuk membatalkan Writ dan Penyata Tuntutan Perayu dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM
2012
[18] Kausa tindakan Perayu adalah berasaskan pencerobohan tanah yang dia dakwa telah dicerobohi oleh Responden-responden dengan memasang pagar dan zink sekaligus menghalang laluan Perayu ke premisnya dan penyewa-penyewa premis Perayu. Mahkamah merujuk kepada kes Terra Damansara Sdn Bhd v Nandex Development Sdn Bhd [2006] 8 CLJ 657 dimana Abdul Malik Ishak (HMT ketika itu) memutuskan: - “[9] The tort of trespass to land or what is known as trespass quare clausum fregit consists of three significant factors. Firstly, it is the act of entering upon land in the possession of another – here it would be the be the plaintiff as against the defendant who is the trespasser. Secondly, having entered upon such land the trespasser continues to remain on the land. Thirdly, the trespasser placing or projecting any object upon such land. It must be emphasised that in each case, the entry is without lawful justification (Barker v. The Queen [1983] 153 CLR 338, 356). [19] Undang-undang mantap berkaitan pembatalan tindakan dan/atau tuntutan Plaintif dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah jelas iaitu ianya hanya boleh dilakukan didalam keadaan jelas dan nyata bahawa tuntutan Plaintif dan/atau tuntutan balas Defendan tidak boleh dipertahankan, ianya satu kausa tindakan yang sia-sia, dan juga satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Jika sekalipun tuntutan Plaintif dan/atau tuntutan balas Defendan adalah lemah dan tidak akan berjaya jika dibawa ke perbicaraan penuh asalkan ia mendedahkan suatu kausa tindakan dan/atau membangkitkan beberapa persoalan yang sesuai untuk diputuskan, maka ianya seharusnya ditetapkan untuk pendengaran. Lihat Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; Sivakumar a/l Varatharaju Naidu v Ganesan a/l Retanam [2011] 6 MLJ 72; [20] Mahkamah Rayuan didalam kes Tan Wei Hong (a child suing through his guardian ad litem and next of friend, Chuang Yin E) & Ors v Malaysian Airlines System Bhd & Ors [2017] 4 MLJ 540. Zawawi JCA (as he then was) “[47] “………..we are of the opinion that the learned judge had erred in allowing the defendant’s application to strike out the suit against the third defendant. The learned judge overlooked the trite principle that the court will not grant an application to strike out a claim unless it is certain that the claim is bound to fail (see Hughes v Richard (t/a Colin Richards & Co) [2004] EWCA Civ 266 [48] The power to strike out pleadings and endorsements is a discretionary one. It is to be exercised with the greatest care and caution. This comes from the realisation that the rules of natural justice requires that the court must not drive away any litigant however weak his case maybe, from the seat of justice. This is a time – honoured legal principle (see Lee Nyan Choi v Voon Noon [1979] 2 MLJ 28. (penekanan oleh Mahkamah) [21] Adalah jelas daripada otoriti-otoriti yang dikemukakan diatas, suatu kausa tindakan walaupun lemah tidak seharusnya dibatalkan dan selayaknya diberi peluang untuk dibawa ke perbicaraan penuh. Namun dalam konteks kausa tindakan lemah ini, ianya harus dibezakan dengan keadaan dimana tiada kausa tindakan langsung yang ditunjukkan dalam konteks ini tuntutan Perayu. [22] Perayu dan Responden memiliki hak dan kepentingan yang sama sebagai pemilik berdaftar dan/atau benefisiari yang sah atas hartanah tersebut. Perayu dan pemilik tanah sebelumnya telah bersetuju untuk terikat dengan Pelan Bahagian dan perakuan bahagian sempadan masing-masing secara mutlak. Jika ini keadaannya, maka isu pencerobohon oleh sesiapa pun tidak wujud jika masing-masing tahu dimana batas sempadan tanah masing-masing. [23] Plot 2 dan Plot 3 adalah milik Responden-responden sebagai benefisiari amanah dan waris kadim kepada simati; Abdullah bin Hj Daud (memegang ½ bahagian) dan Nom binti Md Ali (memegang 1752/5616 bahagian) atas hartanah tersebut. Fakta ini tidak dinafikan oleh Perayu. Pagar dan zink itu dibina dan berada dalam kawasan dan sempadan Plot 2 dan Plot 3 milikan Responden-responden. [24] Perayu tidak pernah mempertikaikan bahawa bahagiannya atas hartanah adalah 1056/5616 ketika dia membeli hartanah itu pasa 201.12.2005 dan Perayu mempunyai pengetahuan penuh bahawa Plot 1 miliknya adalah dipersetujui mempunyai keluasan 4659 kaki persegi. Perayu gagal mengemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen bahawa terdapatnya sebarang penandaan dan persetujuan pada Plot 2 dan Plot 3 untuk mewujudkan sebarang hak lalu lalang atau ismen untuk kegunaan Perayu dan/ atau mana-mana pihak. Namun apa yang penting adalah Perayu mesti menunjukkan kepada HMS bahawa pagar dan binaan adalah dilakukan di hartanah Perayu dan ini tidak berlaku. [25] Perayu membuat permohonan injunksi daripada Mahkamah untuk diberikan akses keluar masuk menggunakan laluan yang berada di Plot 2 dan Plot 3 milik Responden-responden. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Responden-responden bahawa jika Perayu ingin memohon akses lalu lanag, maka permohonan hendaklah dibuat di bawah peruntukan Seksyen 390 Kanun Tanah Negara dan bukan melalui pemfailan tindakan di Mahkamah. “390 Creation of Right 1) The State Authority or the proprietor or occupier of any alienated land may apply to the Land Administrator in Form 28A for the creation of a private right of way.
2
The Land Administrator, where-
a
he receives an application for a private right of way; or
b
he is of the opinion that the creation of a public right of way is or might be expedient, shall either hold an enquiry or make such other investigation as he thinks appropriate.
3
The Land Administrator, if on holding an enquiry or making an investigation he is satisfied that it is expedient for a private or public right of way to be created, shall make an order creating the right of way.
4
An order made under sub-section (3) shall-
a
describe sufficiently for purposes of identification-
i
the land and the public terminal between which the right of way is to run; and
II
(ii) the route of the right of way;
b
state whether or not those using the right of way may pass and re-pass with animals and vehicles; and
c
contain such conditions and limitations (if any) as the Land Administrator thinks appropriate. [26] Apa yang jelas dari pembacaan hujahan pihak-pihak dan rekod-rekod rayuan yang difailkan, apa yang Perayu ingin memohon adalah perakuan Mahkamah atas hak mereka untuk laluan masuk dan keluar ke dan dari premis mereka menggunakan laluan yang ada di Plot 2 dan 3 milik Responden-responden. Perayu sepatutnya memohon kepada Pentadbir Tanah dibawah Seksyen 390 Kanun Tanah Negara 1965 tetapi Perayu tidak menggunakan kaedah ini sebaliknya menggunakan relif injunksi untuk mendapatkan hak lalu lalang dan ini adalah tidak betul. Perayu tidak mempunyai kausa tindakan munasabah berdasarkan dakwaan pencerobohan tanah. Apa yang Responden-responden dirikan samada zink, pagar atau apajua halangan adalah di atas hartanah mereka Plot 2 dan 3 yang mana mereka berhak keatasnya sebagai benefisiari dan penerima hak amanah atas bahagian mereka di Plot 2 dan Plot 3 untuk laluan masuk. [27] Kesimpulannya, Mahkamah mendapati tiada sebarang kekhilafan dalam dapatan HMS apabila membenarkan Lampiran 15 iaitu permohonan responden-responden untuk membatalkan Writ dan Penyataan Tuntutan Perayu dibawah Atruran 18 kaedah 19 (1) (a),
b
atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Oleh itu, keputusan HMS adalah kekal dan rayuan Perayu ini ditolak dengan kos sebanyak RM 3000.00. Bertarikh 23 November 2023 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA BAGI PIHAK PEMOHON : Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail No 53A, Tingkat 1, Jalan Melati 3/17, Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan PEGUAMCARA BAGI PIHAK RESPONDEN-RESPONDEN : Tetuan Rasshidi Ema & Yung No.9B, Jalan Sri Sarawak 20B, Taman Sri Andalas, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.