(G) OKT Melakukannya Dengan Tidak Jujur. [26] Elemen yang terakhir adalah pendakwaan perlu buktikan OKT berniat tidak jujur yang mana perkara ini apabila dinilai dari keterangan SP1. Beliau telah secara jelas mengakui telah menerima sebahagian harga barang kemas yang pada ketika itu berjumlah RM8000. wang ini tidak dipulangkan oleh SP1 kepada OKT dan malahan diterima beliau tanpa persoalan. [27] Sekiranya diihat daripada pertuduhan nilai barang kemas tersebut pada waktu itu adalah RM18,000 dan SP1 telah menerima sebahagian jumlah iaitu RM8000. iaitu hampir separuh dari nilai barang kemas. Penyelesaian telahpun diterima oleh SP1 walaupun harta ini masih di dalam pertikaian di Mahkamah Syariah. [28] Ini menunjukkan niat baik OKT yang tidak mahu memanjangkan dan mahu menyelesaikan perkara ini. Oleh yang demikian, di dalam penilaian maksimum, saya mendapati berdasarkan bukti yang telah dikemukakan di Mahkamah, Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen bahawa OKT telah melakukan dengan tidak jujur dan memandangkan terdapat pertikaian berkenaan perkara ini di Mahkamah Syariah, dapat dilihat bahawa OKT ini beranggapan beliau secara bona fide tuntutan terhadap harta tersebut. [29] Sekali lagi saya merujuk kepada kes sebagaimana di atas Chandi Kumar Das Karmarkar and another v Abanidhar Roy (1964) 1 MLJ (Crl) 238, di mana Mahkamah memutuskan,where it was held: This Court in Suvvari Sanyasi Apparao and another v. Boddepalli Lakhminarqyana and another observed as follows: “It is settled law that where a bona fide claim of right exists, it can be a good defence to a prosecution for theft. An act does not amount to theft, unless there be not only no legal right but no appearance of colour of a legal right.” Kesimpulan Kes Di Akhir Pendakwaan. [30] Saya telah menilai bukti dan keterangan dan mendapati pendakwaan juga telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan ke atas OKT. Jesteru itu, pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie kes di bawah 380 Kanun Keseksaan ke atas OKT. [31] Selanjutnya juga saya menganalisa keterangan dengan kebarangkalian dan ketidakbarangkalian sebagaimana diputuskan di dalam kes Sia Soon Suan v. Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 116 on page 118, Mahkamah Persekutuan menyatakan; Nevertheless, the requirements of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether this court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else. [Emphasis added] [32] Mahkamah adalah tertakluk kepada keseluruhan bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan dengan penilaian maksimum yang mana telah dijelaskan di dalam keputusan bagi kes PP v. Lee Hock Lai [2004] 1 CLJ 57: In my view, the ‘maximum evaluation’ refers to a proper and complete evaluation of all the evidence adduced to determine whether a prima facie case has or has not been made out. Thus, all the evidence adduced has to be scrutinised properly and this should not be just a perfunctory, cursory evaluation or an exercise of skimming over the surface of the evidence only. The prosecution must make out the ingredients of the charge with the evidence adduced. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution’s case at this stage of the proceedings itself then it cannot be said that a ‘prima facie’ has been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify the doubts. The benefit of the doubt, if any, at the end of the prosecution’s case must go to the accused . [33] Di dalam kes ini, saya mendapati pendakwaan tidak berjaya membuktikan prima facie kes terhadap OKT (seksyen 173(f)(ii) KTJ). Prima facie gagal dibuktikan kerana pendakwaan gagal membuktikan setiap elemen kesalahan prima facie sebagaimana dipertuduhan yang membolehkan sekiranya which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction (section 173(h)(iii) KTJ). [34] Dengan penilaian maksimum, keterangan dan bukti yang dikemukakan adalah tidak mencukupi dan memadai untuk pembelaan dipanggil. Saya juga tidak bersedia untuk menyabitkan OKT dengan kesalahan sekiranya OKT berhasrat untuk memilih berdiam diri semasa pembelaan: Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan sebagaimana kemungkinan pembelaan yang telah dikemukakan oleh OKT di dalam kes ini pada fikiran saya adalah telah mendatangkan keraguan. Sekali lagi saya merujuk kepada kes Chandi Kumar Das Karmarkar (supra), “(I)f there be in the prisoner any fair pretence of property or right, or if it be brought into doubt at all the Court will direct an acquittal”. [35] Oleh yang demikian, OKT adalah dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri. [36] Saya memohon keputusan terhadap OKT adalah dikekalkan. Bertarikh 25/8/2025 Nurul Izzah binti Hasan Basri Majistret Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Eirene Nabila Amani Williams-Hunt Timbalan Pendakwa Raya Mohd Tajuddin bin ABD Razak Hasshahari & Partners, Shah Alam Peguam bagi Tertuduh