Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA NO KES: WA-62-106-10/2023
WA-62-106-10/2023
Sessions Court of Malaysia21 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“2. Interpretation In this Act, unless the context otherwise requires— “hurt” means hurt as defined in the Penal Code [Act 574]; ........ “Minister” means the Minister charged with responsibility for internal security; ........ “offensive weapon” includes any instrument which if used as a weapon of offence is like”
“ent via eFILING portal 14 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah, saya seterusnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan yang munasabah (Mat v. PP [1963] MLJ 263). Dengan ini saya memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA NO KES: WA-62-106-10/2023
1
Jaime Jamilah binti Abdullah, No. KP: 770805-01-5922 (“OKT”) telah dituduh dengan pertuduhan sebagaimana yang berikut: “Bahawa kamu pada 11/10/2023 jam lebih kurang 2.30 petang di hadapan Hotel Santa Grand Classic, Jalan Lebuh Pudu Off Jalan Kasturi, di dalam daerah Dang Wangi Wilayah Persekutuan Bandaraya Kuala Lumpur telah didapati dalam milik kamu (1) bilah pisau tidak berjenama berukuran 24 cm panjang dari hujung ke hulu bersarung kertas majalah dengan tiada kebenaran yang sah. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.”
2
OKT tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, saya telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan tersebut.
3
OKT seterusnya telah diperintahkan untuk membela diri. Selepas diperintahkan untuk membela diri, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dan tidak memanggil saksi pembelaan yang lain.
4
Di akhir kes pembelaan, saya memutuskan bahawa OKT telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Saya selanjutnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan di bawah seksyen 6(1) Akta tersebut terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. Pada akhirnya, OKT telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
5
Setelah mendengar hujahan mitigasi dan hujahan pemberat hukuman, saya telah menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh 6 tahun ke atas OKT. OKT tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah atas sabitan dan hukuman dan telah merayu terhadap keputusan tersebut.
6
Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memanggil seramai tiga (3) orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut: Sarjan Zaini bin Adam, pegawai tangkapan (“SP1”); Lans Koperal Muhamad Kamil Bin Mahmud, anggota tangkapan (“SP2”); dan Sarjan Muhamad Anis Bin Mohd Amri, pegawai penyiasat (“SP3”).
7
Pada 11.10.2023 lebih kurang jam 2.50 petang, SP1, SP2 dan sepasukan anggota polis telah membuat rondaan cegah jenayah berhampiran Jalan Tun H.S. Lee. Semasa rondaan dijalankan, SP1 telah menahan OKT yang kelihatan mencurigakan di hadapan sebuah hotel. Hotel tersebut adalah Hotel Santa Grand Classic yang beralamat di Jalan Lebuh Pudu Off Jalan Kasturi, Kuala Lumpur.
8
Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2, setelah pemeriksaan tempat kejadian dilakukan, mereka mendapati bahawa tempat tersebut dijadikan sebagai tempat berehat dan tempat tidur oleh para gelandangan.
9
Sebelum tangkapan ke atas OKT dilakukan, SP1 telah memperkenalkan diri dan mengarahkan Koperal Wanita Rosalina (No. Polis: 155262) membuat pemeriksaan ke atas badan OKT. Pemeriksaan juga di buat ke atas beg berwarna hitam yang disandang OKT. SP1 kemudiannya mendapati terdapat sebilah pisau panjang tidak berjenama (ekshibit P3) yang bersarung dengan kertas majalah. Ukuran pisau tersebut, dari hujung ke hulu pisau adalah sepanjang 24 sentimeter.
10
SP1 telah merampas pisau tersebut, sarung pisau yang dibuat daripada kertas majalah (ekshibit P4), dan juga beg berwarna hitam (ekshibit P2). Barang-barang kes tersebut kemudiannya dibawa oleh SP1 ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut. SP1 juga telah membuat laporan polis mengenai penangkapan OKT dan rampasan barang-barang kes tersebut (ekshibit P8).
11
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan, saya hendaklah membuat penilaian yang menyeluruh ke atas kesemua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ di atas pertuduhan yang telah dikenakan ke atas OKT sebelum OKT boleh dipanggil untuk membela diri.
12
Bahagian XX Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) menjelaskan prosedur berkaitan perbicaraan dan juga menerangkan apakah maksud prima facie. Seksyen 180 KTJ menerangkan berkaitan beban pembuktian yang perlu dipenuhi oleh Pihak Pendakwaan di akhir kes pendakwaan.
13
Penjelasan mengenai kes prima facie dinyatakan di bawah seksyen 180 (4) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan: "suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap OKT di mana pendakwa telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan yang jika tidak di jawab atau di terangkan akan mewajarkan satu sabitan ".
14
Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menjelaskan mengenai maksud prima facie seperti yang berikut: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and 5 to ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silence, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal."
15
Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 menyatakan maksud prima facie adalah seperti yang berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.”
16
Merujuk kes Balachandran v. Public Prosecutor (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa “In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.". Maka, untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT atau tidak, saya akan merujuk kepada elemen-elemen atau inti pati-inti pati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
17
OKT telah dituduh dengan pertuduhan di bawah seksyen 6(1) ABKLSB. Seksyen 6(1) Akta tersebut memperuntukkan:
6
“Carrying offensive weapons in public places
1
Any person who in any public road or place carries or has in his possession or under his control any offensive weapon otherwise than with lawful authority or for a lawful purpose shall be guilty of an offence and on conviction be liable to imprisonment for a term of not less than five years and not more than ten years, and to whipping.” [18] Definisi “offensive weapon” atau senjata berbahaya dan “hurt” atau cedera adalah sebagaimana yang dinayatakan di dalam seksyen 2 akta tersebut:
2
Interpretation In this Act, unless the context otherwise requires— “hurt” means hurt as defined in the Penal Code [Act 574]; ........ “Minister” means the Minister charged with responsibility for internal security; ........ “offensive weapon” includes any instrument which if used as a weapon of offence is likely to cause hurt; [19] Inti pati pertuduhan bagi pertuduhan seksyen 6 ABKLSB ini adalah seperti berikut:
i
OKT pada masa kejadian memiliki senjata berbahaya; dan
II
(ii) OKT membawa senjata itu di tempat awam tanpa memiliki kebenaran yang sah Penemuan Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan Elemen Pertama: OKT pada masa kejadian memiliki senjata berbahaya [20] Adalah menjadi kes pendakwaan bahawa SP1 telah menjumpai sebuah beg berwarna hitam yang digalas oleh OKT (“P2”). Di dalam beg galas tersebut mengandungi sebilah pisau panjang tidak berjenama (P3) yang bersarung dengan kertas majalah (P4), dan mempunyai ukuran panjang 24 sentimeter. Keterangan SP1 juga disokong oleh Borang Senarai Pemeriksaan ke atas OKT (“P7”). Selain itu, SP2 juga telah menerangkan bahawa beliau turut berada di tempat kejadian ketika OKT diperiksa dan melihat pisau P3 tersebut telah dijumpai di dalam beg (P2) yang digalas oleh OKT. Berikut diturunkan keterangan SP2 yang berkaitan: “S: Jelaskan apa berlaku pada tangkapan tersebut? J: Masa bersama anggota, saya lihat satu perempuan cina dalam keadaan mencurigakan. saya lihat Sarjan 131011 arahkan L/K wanita untuk buat pemeriksaan ke atas tubuh badan wanita tersebut, semasa buat pemeriksaan tubuh badan, perempuan cina itu telah serahkan beg warna hitam dan dalamanya dijumpai satu pisau bersarung kertas majalah. S: Jadi apa lagi berlaku yang kamu lihat? J: Semasa pemeriksaan beliau dijalankan, tangkapan dan rampasan dibuat dengan baik, maksudnya perempuan cina tidak melawan atau membantah apa-apa.” [21] SP1 dan SP2 juga telah membuat pengecaman yang positif terhadap OKT di dalam mahkamah. Kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk mempertikaikannya. Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan substantif adalah pengecaman ke atas OKT sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokongan kepada keterangan substantif (lihat Lim Tiong Seng & Satu Lagi lwn. PP [2011] 5 CLJ 1). Prinsip ini diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar Sivakumar Lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 3350: “[57] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam mahkamah.” [22] Pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa OKT memiliki pisau (P3) tersebut. Untuk meneliti apakah yang dimaksudkan dengan milikan, saya merujuk kepada kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, di mana Thomson J menyatakan di ms 239: ‘Possession’ itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Ed) at p 304): A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [23] Maka, untuk membuktikan pemilikan, dua elemen perlu wujud iaitu elemen fizikal dan elemen mental. Ini diterangkan oleh Thomson H di dalam kes Chan Pean Leon (supra) di mana beliau menyatakan: “To establish ‘possession’ for the purposes of criminal law two separate questions are involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed. [24] Seterusnya, di dalam kes yang sama, Thomson H turut menjelaskan sebagaimana yang berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed.” [25] Pihak pendakwaan telah bergantung kepada keterangan SP1 dan SP2 untuk membuktikan elemen milikan ini. SP1 adalah saksi utama pendakwaan bagi membuktikan milikan tersebut. SP1 merupakan pegawai polis yang menahan dan menemui senjata pisau (P3) tersebut pada OKT. Ketika pemeriksaan pada badan OKT dibuat, SP1 telah menjumpai sebuah beg silang berwarna hitam (P2) yang disandang oleh OKT. Setelah SP1 membuat pemeriksaan dalam P2, beliau telah menjumpai P3. Selain itu, SP2 telah melihat secara langsung proses pemeriksaan dan rampasan barang-barang kes tersebut yang dilakukan oleh SP1. [26] Berdasarkan keterangan SP1 dan juga keterangan sokongan SP2 berserta ekshibit P7 dan gambar semasa tangkapan (ekshibit P5 [A & B]), saya mendapati bahawa OKT memiliki P3 kerana OKT mempunyai jagaan (custody) dan kawalan (control) berserta pengetahuan ke atas senjata tersebut dan seterusnya menjadikan elemen ‘milikan’ mengikut undang-undang berjaya dibuktikan. Oleh itu, saya memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ‘milikan’ dan seterusnya berjaya membuktikan bahawa OKT memiliki senjata P3 seperti yang dipertuduhkan. [27] Berkenaan isu sama ada senjata-senjata tersebut berbahaya atau sebaliknya, saya merujuk kepada definisi senjata berbahaya sebagaimana dalam seksyen 2 akta tersebut yang menjelaskan senjata berbahaya adalah instrumen yang sekiranya digunakan akan menyebabkan kecederaan. Adalah jelas bahawa pisau P3 tersebut merupakan senjata yang boleh menyebabkan kecederaan, Elemen Kedua: OKT membawa senjata tersebut di tempat awam tanpa memiliki kebenaran yang sah [28] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, terutamanya SP1 dan SP2, adalah jelas bahawa OKT ditangkap ketika dalam milikannya senjata P3 di hadapan Hotel Santa Grand Classic. Kawasan hadapan hotel tersebut merupakan tempat awam. OKT gagal memberikan alasan yang munasabah dan sebab yang kukuh kenapa senjata berbahaya tersebut berada dalam milikannya. Oleh itu, saya berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen kedua tersebut. [29] Di akhir kes pendakwaan, berdasarkan alasan-alasan dan penemuan-penemuan yang telah dinyatakan di atas, dan setelah saya meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di peringkat kes pendakwaan, saya telah membuat satu penilaian yang maksimum di akhir perbicaraan kes pendakwaan ini dan memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan terhadap OKT di bawah seksyen 6(1) ABKLSB 1958 sepertimana di dalam pertuduhan. OKT seterusnya diperintahkan untuk membela diri. Kes Pembelaan [30] Di peringkat pembelaan, Setelah diberi 3 pilihan (lihat PP v. Sanassi [1970] 2 MLJ 198; Ng Hoi Cheu & Anor v. PP [1968] 1 MLJ 53; dan PP v. Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000] 1 CLJ 446), OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Penemuan Mahkamah di Akhir Kes Pihak Pembelaan [31] Secara ringkasnya, OKT menafikan pemilikan ke atas senjata berbahaya tersebut. OKT mendakwa bahawa pisau P3 tersebut bukan miliknya kerana ia berada di dalam beg yang bukan kepunyaannya. Semasa kejadian, OKT sedang makan di Pasar Seni, Kuala Lumpur (Central Market). OKT sedang duduk di tempat awam dan mendakwa di belakangnya terdapat beg P2 tersebut yang bukan kepunyaannya. Ketika anggota polis membuat pemeriksaan, OKT telah menjelaskan kepada mereka bahawa beg P2 tersebut bukan miliknya dan di dalamnya tiada pisau. [32] Saya telah meneliti keterangan pembelaan OKT, saya dapati dakwaan kononnya pihak polis memeriksanya di Pasar Seni adalah tidak berasas dan bertentangan dengan keterangan yang dikemukakan oleh SP1 dan SP2. Ekshibit P5 [A & B]), iaitu gambar semasa tangkapan OKT juga jelas menyokong keterangan SP1 dan SP2 bahawa OKT telah diperiksa dan ditangkap di hadapan Hotel Santa Grand Classic, Jalan Lebuh Pudu Off Jalan Kasturi, Kuala Lumpur. Dakwaan OKT kononnya beg tersebut berada di bahagian belakang tempat duduknya juga tidak munasabah dan bertentangan dengan keterangan SP1, SP2 dan Ekshibit P5 [A & B]. [33] Saya berpendapat bahawa keterangan pembelaan OKT hanya merupakan penafian semata-mata ataupun mere denial sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Low Soo Song v PP [2009] 3 CLJ 309. Di dalam kes tersebut, adalah diputuskan bahawa: “The learned Deputy however argued that the evidence of the accused further strengthened the Prosecution’s case. Since the defence was a mere denial, there was nothing much the accused could go on. I found that having called upon the accused to enter to his defence, the accused had not raised any ground or even a suspicion to enable this Court to give him the benefit.” [34] Dapatan saya ini juga adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes D.A Duncan v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, dalam kes ini Raja Azlan Shah telah menyatakan : “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was in effect a simple denial of evidence connecting the appellant with the four boxes. We can see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” [35] Setelah mendengar dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, dan menilai semula keterangan-keterangan pihak pendakwaan dan setelah saya membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan berkaitan, saya mendapati bahawa pembelaan OKT bukan sahaja tidak dapat dipercayai, malahan ia gagal menimbulkan keraguan yang munasabah, saya seterusnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan yang munasabah (Mat v. PP [1963] MLJ 263). Dengan ini saya memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. [36] Saya seterusnya menjemput pihak pembelaan untuk mengemukakan hujahan peringanan hukuman selaras dengan seksyen 176 (2) (r) Kanun Tatacara Jenayah. Peguambela OKT menghujahkan bahawa OKT berumur 48 tahun. Sebelum ditangkap, OKT tidak bekerja dan hanya mendapatkan makanan dari iksan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). OKT menjalani kehidupan di sekitar Kuala Lumpur dan dalam persekitaran yang berbahaya. Peguam OKT selanjutnya memohon sekiranya hukuman pemenjaraan dikenakan, tempoh hukuman OKT berjalan dari tarikh tangkap. [37] TPR yang terpelajar pula menggesa Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira faktor keseriusan kes. Kesalahan OKT memiliki pisau seperti dipertuduhkan adalah kesalahan yang serius. TPR menghujahkan bahawa pisau tersebut boleh digunakan sebagai senjata yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Oleh itu, hukuman yang berat wajar dijatuhkan ke atas OKT. [38] Saya memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Setelah meneliti peruntukkan undang-undang di bawah bawah seksyen 6(1) Akta tersebut, dan setelah saya memberi pertimbangan saksama kepada faktor-faktor pemberatan (aggravating factors) dan faktor-faktor peringanan (mitigating factors) yang akan diterangkan selepas ini, saya telah menjatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dari tarikh tangkap ke atas OKT. Pertimbangan Kepada Faktor-Faktor Pemberatan (Aggravating Factors) dan Faktor-Faktor Peringanan (Mitigating Factors) [39] Dalam prosiding perbicaraan jenayah, setelah tertuduh mengaku bersalah atau didapati bersalah, hakim atau majistret hendaklah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Jika tertuduh didapati bersalah setelah perbicaraan selesai, seksyen 173 KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman berdasarkan kepada peruntukan undang-undang. [40] Apakah yang dimaksudkan dengan ‘hukuman berdasarkan kepada peruntukan undang-undang’? Hakim Mohamed Azmi (pada ketika itu) di dalam kes Public Prosecutor v. Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah menjelaskan: .“A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature or value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor.” [41] Di dalam kes Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2000] 4 CLJ 492 , Hakim Augustine Paul (pada ketika itu) menyatakan: “The phrase 'pass sentence according to law' in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles” [42] Saya juga akur dengan kedudukan undang-undang yang berkaitan dengan principles of sentencing. Di dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP [1999] 4 CLJ 391, Siti Norma Yaakob HMR (sebagaimana beliau ketika itu) menyatakan: “The principles of sentencing have long been entrenched and well settled in our criminal law jurisprudence and a court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following considerations:
1
the extent and seriousness of the offence committed;
2
the guilty person's antecedents; and
3
the public interest” Keseriusan Kesalahan [43] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 boleh dikatakan sebagai satu kesalahan yang serius. Kesalahan OKT yang memiliki pisau atau senjata berbahaya di tempat awam adalah satu kesalahan yang perlu diberikan hukuman yang berat. Oleh itu, hukuman penjara selama tempoh tahun (6) tahun adalah wajar. [44] Saya juga perlu akur bahawa setiap hukuman yang akan dijatuhkan hendaklah berdasarkan kepada nature of the offence, keadaan ketika mana kesalahan dilakukan, sama ada dengan atau tanpa keganasan, umur, character, antecedents, latar belakang tertuduh, rayuan mitigasi dan pandangan pihak pendakwaan. Setelah mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, saya berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah wajar. Dapatan ini selaras dengan kes Veerian T Latchmanen v. PP [2001] 7 CLJ 466, yang memutuskan: “It must be observed that every sentence passed by the court or a trial court is based on the nature of the offence, the evidence adduced on behalf of the prosecution and the defence, the facts presented by the prosecution, the circumstances in which the offence was committed whether with or without violence, provocation if any, the age, character, antecedents, the background of the offender, the plea in mitigation and the views given by the prosecution. This court is of the view that the power to impose sentence is a judicial discretion and unless and until the lower courts had erred in principle or that the sentence was manifestly excessive or manifestly low or upon considering the particular facts of the case, the High Court sitting in an appellate capacity ought not to disturb or interfere with that discretion just for the sake of pleasing public views. The sentence passed by the court must not only appear to be a judicial pronouncement but seen to be one.” Kesimpulan [45] Dalam melaksanakan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas dan setelah mempertimbangkan semua faktor berdasarkan fakta kes ini, saya berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah memadai dan wajar. IZRALIZAM BIN SANUSI Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur Bertarikh: 22 Disember 2024 Pihak Pendakwaan: TPR Nor Aisyah binti Mohamed Zanyuin Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 7, sayap Kanan Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Height 50512 Kuala Lumpur. Pihak Pembelaan: Encik Azfar Asadullah bin Abdul Sathar Tetuan Asadullah & Sharveen Peguambela & Peguamcara Suite B-3-39, Level 3A, Dataran Cascades, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.