Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: K-05(SH)-79-02/2016 ANTARA JAMANA BIN AHMAD … PERAYU DENGAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Setar, Kedah Perbicaraan Jenayah No: 45D-01-04/2014 & No. 45D-02-08/2014 Antara Pendakwa Raya Dengan Jamana bin Ahmad) KUORUM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR AHMADI BIN HJ ASNAWI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Perayu, Jamana bin Ahmad, telah didakwa di Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan dua pertuduhan sebagaimana yang berikut: Pertuduhan Pindaan Pertama (No: 45D-01-04/2014) “Bahawa kamu bersama-sama lima lagi yang masih bebas di antara 1 September 2013 jam lebih kurang 12 tengahari hingga 5 September 2013 jam lebih kurang 5.00 pagi, di rumah kedai Batu 27, Jalan Naka-Nami, Mukim Tekai Kiri, Naka, di dalam Daerah Padang Terap, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah mengedar tujuh senjatapi iaitu dua laras senapang Auto AK47 Kalashnikov 7.62 mm, tiga laras senapang Auto Colt M4 Carbine 5.56 mm, selaras senapang teropong (Walter) Top Point dan sepucuk pistol Pietro Baretta No. L784842. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7(1) Akta Senjatapi (Penalti lebih Berat) Akta 37 Tahun 1971 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Pindaan Kedua (No. 45D-02-08/2014) “Bahawa kamu bersama-sama lima lagi yang masih bebas di antara 01 September 2013 jam lebih kurang 12.00 tengahari hingga 05 September 2013 jam lebih kurang 5.00 pagi, di rumah kedai Batu 27, Jalan Naka-Nami, Mukim Tekai Kiri, Naka, di dalam Daerah Padang Terap, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah didapati dalam milikan kamu 1183 peluru iaitu 288 butir peluru 31/76, 183 butir peluru 5.56 3 92 Mal, 130 butir peluru 9 mm Win Luger, 157 butir peluru Lc, 128 butir peluru 5.56 3 92 Mal, 1 butir peluru S@B 7.65 MM, 25 butir peluru 9 mm Jenis 31/76, 53 butir peluru 9 mm jenis Luger, Thai Arms, Caliber dan FN71; Kelopak peluru 9 mm 13 butir jenis Thai Arms, Luger S@B 9 mm dan Ww77/76, Kelopak peluru AK47 Kalashnikov 30 butir, Kelopak peluru AK 47 Kalashnikov 30 butir, 1 Kelopak peluru AK47 Kalashnikov 24 butir, Kelopak peluru 5.56 3 butir, Kelopak peluru 5.56 30 butir, Kelopak peluru 5.56 29 butir, Kelopak peluru Lc 11 butir. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan 3 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Kedua-dua pertuduhan dibicarakan bersama dan di akhir perbicaraan perayu telah didapati bersalah, disabitkan dan dihukum: bagi pertuduhan pindaan pertama, penjara seumur hidup tanpa sebatan (perayu berumur lebih 50 tahun); dan bagi pertuduhan pindaan kedua, penjara 5 tahun dari tarikh tangkap. Terkilan, perayu merayu ke mahkamah ini. [2] Fakta kes telah digariskan dengan jelas dan terperinci oleh Hakim bicara sebagaimana yang berikut: “Kes Pendakwaan [4] Berikut adalah rentetan fakta kes berdasarkan keterangan saksi pendakwaan: