where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written law. [27] Melalui Seksyen 340 KTN, penundaan tak boleh sangkal (deferred indefeasibility) adalah terpakai. Tuanpunya berdaftar melalui pendaftaran suratcara yang batal atau boleh dibatalkan tidak memperolehi hakmilik tak boleh sangkal (indefeasible title). Ketidakbolehsangkalan itu ditangguhkan sehingga masa apabila pembeli yang berikutnya S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag memperolehi hakmilik dengan niat yang baik dan bagi balasan yang berharga. [28] Defendan Pertama adalah penerima pertama dalam pindahmilik Hartanah tetapi tidak memfailkan sebarang Memorandum Kehadiran dan tidak hadir dan tidak diwakili. Semasa perbicaraan berjalan, Defendan Pertama telah meninggal dunia pada 18.3.2021. Melalui kebenaran Mahkamah, Plaintif telah menggantikan Defendan Pertama dengan Muhammad Iqbal Khalid Bin Nordin. [29] Borang 14A bagi pindahmilik pertama ini didaftarkan pada 19.1.2006 kepada Nordin Bin Omar yang mempunyai tandatangan yang katakan milik Simati dan disaksikan oleh Ahmad Rizal bin Abd Hamid (SP2), seorang peguam dengan harga bayaran balasan RM140,000.00. Disini saya dapati adalah satu perkara yang amat luar biasa dan sesuatu yang tidak masuk akal bahawa Simati telah menurunkan tandatangannya dan menerima bayaran kerana semua transaksi ini berlaku selepas Simati telah lama meninggal dunia pada 9.6.1984 iaitu 22 tahun yang lampau. Tambahan pula, tiada bukti yang dikemukakan bahawa bayaran RM140,000.00 telah dibuat. [30] Disamping itu, SP2 juga melalui surat bertarikh 22.7.2020 kepada peguamcara Plaintif telah melampirkan Repot Polis di Balai Polis Seberang Jaya bertarikh 20.7.2020 yang melaporkan wujudnya pemalsuan tandatangan pengakusaksian, cop rasmi jawatan dan nama firma guaman beliau dalam borang 14A bertarikh 27.10.2005. S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag [31] Pada tahap ini adalah jelas Borang 14A bertarikh 27.10.2005 adalah tidak teratur dan tidak sah dari sisi undang-undang dan tidak layak untuk dikemukakan dan didaftar mengikut Seksyen 301 KTN kerana telah dicemari dengan unsur-unsur frod dan pemalsuan dokumen. Berdasarkan pada kecacatan yang material ini hakmilik hartanah Defendan Pertama adalah bukannya satu hakmilik tak boleh disangkal dengan niat yang baik dan bagi balasan yang berharga di bawah Seksyen 340 KTN. Oleh itu, saya memutuskan bahawa pindahmilik Hartanah tersebut kepada Defendan Pertama adalah terbatal, tidak sah dan tidak berkesan. E. Borang Pindahmilik 14A bertarikh 07.3.2006 yang melibatkan Pindahmilik Hartanah kepada Defendan Kedua dari Defendan Pertama dan Borang 14A bertarikh 16.10.2006 dari Defendan Kedua kepada Defendan Ketiga [32] Plaintif ketika dalam proses penyampaian Writ Saman telah mendapat maklumat bahawa Defendan Kedua telah meninggal dunia pada 28.9.2008. Plaintif pada mula ingin menggantikan kepada Amanah Raya sebagai wakil Defendan Kedua tetapi menarik balik tindakan pada 01.08.2022. [33] Semasa tindakan ini dimulakan Defendan Ketiga adalah pemilik berdaftar Hartanah tersebut berdasarkan dokumen hakmilik Hartanah tersebut dengan harga balasan sebanyak RM60,000.00 sebagaimana tercatit dalam Borang 14A. Disini, saya perhatikan harga belian ini tidak konsisten setelah mengambil kira harga belian pindahmilik pertama dengan harga balasan RM140,000.00. Ia juga lebih rendah dari penilaian yang ditaksirkan oleh Jabatan Penilaian Harta untuk tujuan pembayaran S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag Duti Setem suratcara kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mana nilaian pasaran adalah RM156,000.00. Perpindahan hakmilik dari Defendan Pertama hingga Defendan Ketiga juga dibuat dalam tempoh ruang masa yang singkat. [34] Sejak urusan pindahmilik bermula, Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga didapati tidak pernah pada bila-bila masa mengambil tahu tentang tanah yang dibeli ataupun berjumpa Plaintif yang telah menduduki Hartanah tersebut semenjak lebih kurang 20 tahun dahulu untuk memeriksa keadaan Hartanah tersebut yang dikatakan dibeli oleh mereka ataupun mendapatkan milikan kosong Hartanah tersebut sehingga kehari ini. [35] Detendan Ketiga pula di dalam perbicaran ini walaupun telah memfailkan Pembelaan dan Penyata Saksi tetapi memilih untuk tidak memberi keterangan dan memilih "no case to answer'. Kedudukan undang-undang dalam “no case to answer” telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn. Bhd. v. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2 CLJ 1037; [2015] 3 MLJ 609. [36] Mahkamah Agung dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v. Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509 dimana Gopal Sri Ram JCA menyatakan: “…. It was only after evidence was led tending to prove the first appellant's absence as a fact, or an agreement as to that fact having been secured from his opponent, that counsel would have been entitled to inform the court that he was not calling any evidence. S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag Once he had done this, it was incumbent for the learned Sessions judge to have put counsel to his election, namely, that if he did not call evidence, he would stand or fall on his submissions. The rule of procedure, which requires these steps to be followed, is not a mere formality but one of essential justice. For, once a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true.” [37] Berlanjutan dengan ini adalah jelas bahawa segala keterangan terhadap Defendan Ketiga hendaklah dianggap sebagai benar bahawa telah berlaku konpirasi frod bersama antara Defendan Ketiga, Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Dalam kes Lai Soon Onn v. Chew Fei Meng and other appeals [2018] 10 CLJ 48; [2019] 2 MLJ 96 Mahkamah Rayuan menyatakan – [68] It is trite law that where there are two or more persons liable for the tort of conspiracy, and where the liability of each person is joint and several, a plaintiff is entitled to sue whomsoever that he wishes (see the Court of Appeal of Singapore case of Chan Kern Miang v. Kea Resources Pte Ltd [1998] 2 SLR (R) 85 at p 91). This is fortified by O. 15 r. 4(3) of the Rules of Court 2012 which states: Where relief is claimed in an action against a defendant who is jointly liable with some other person and also severally liable, that other person need not be made a defendant to the action; but where persons are jointly, but not severally, liable under a contract and relief is claimed against some but not all of those persons in action in respect of that contract, the court may, on the application of any defendant to the action, by S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag order stay the proceedings in the action until the other persons so liable are added as defendants. [38] Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes MGG Pillai v. Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other appeals [1995] 2 MLJ 493 yang menyatakan – "Conspiracy is a tort that is not always capable of proof by direct evidence. Like so many other facts, an agreement to do an unlawful act by unlawful means may be established by evidence of circumstances from which such an agreement may be inferred. It is axiomatic that there must be proof and not mere conjecture. In the present case there was sufficient evidence which conspiracy could be properly inferred" [39] Elemen-Elemen frod digariskan dalam kes-kes berikut; Radiant Splendour Sdn Bhd & Ors v. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak & Ors [2020] CLJU 812; [2020] MLJU 961) Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi Alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor v. Secure Plantation Sdn bhd [2017] 5 CLJ 418; [2017] 4 MLJ 697 and the case of Hock Hua Bank (Sabah) Bhd v. Lam Tat Ming & Ors [1995] CLJU 80; [1995] 4 MLJ 328. [40] Dari fakta-fakta di atas, saya lebih cenderung untuk mempercayai bahawa wujudnya pemalsuan dan frod dalam transaksi pindahmilik Hartanah tersebut. Tambahan pula, Detendan Ketiga adalah penerima manfaat yang sebenarnya yang akhir kerana menerima pinjaman melalui gadaian kepada Detendan Keempat. Oleh itu, pada pemikiran saya, S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah fraudsters dalam menjayakan pindahmilik tersebut. Fakta dan bukti yang dikemukakan, pada pendapat saya ianya sudah mencukupi untuk mendedahkan rekabentuk penipuan dan membuat anggapan secara betul dan munasabah bahawa kesemua mereka telah melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan meraih keuntungan kewangan. Dengan kedudukan ini dan dengan penarikan balik tindakan terhadap Defendan Kedua ianya tidak menjadi status Defendan Ketiga sebagai “subsequent buyer” sebagaimana hujahkan oleh Defendan Ketiga. [41] Dengan ini, saya memutuskan bahawa pindahmilik Hartanah tersebut oleh Defendan Ketiga adalah tidak sah, terbatal dan tidak berkesan. Borang 14A bertarikh 16.10.2006 dibatalkan. F. Samada Kedudukan Defendan Keempat adalah “subsequent purchaser” atau “immediate purchaser” atas Hartanah tersebut dan seterus dilindungi di bawah proviso dibawah Seksyen 340(3) Kanun Tanah Negara 1965 sebagai “bona fide purchaser with value” [42] Dalam isu undang-undang yang berkaitan dengan “indefeasibility of title” dan kepentingan dibawah Seksyen 340 KTN, saya mengikut prinsip yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kamarulzaman Omar & Ors v. Yakub Husin & Ors [2014] 1 CLJ 987; [2014] 2 MLJ 768: [43] In the instant case, both the trial court and the Court of Appeal held that the fifth and sixth respondents were bona fide purchasers. But unfortunately, both the trial court and the Court of Appeal failed to inquire whether the fifth and or sixth respondents were immediate S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag or subsequent purchasers. Only a subsequent purchaser is entitled to raise the shield of indefeasibility. An immediate purchaser of a title tainted by any one of the vitiating elements acquires a title that is not indefeasible. It flows from Tan Ying Hong that the bona fides of an immediate purchaser is not a shield to defeasibility. The defeasible title of a bona fide immediate purchaser is still liable to be set aside. The defeasible title of a bona fide immediate purchaser only becomes indefeasible when it is subsequently passed to a bona fide subsequent purchaser. That the fifth and sixth respondents were bona fide purchasers could not by that fact alone give a shield of indefeasibility. The fifth and or sixth respondents only acquired an indefeasible title if they were bona fide subsequent purchasers. But for the fifth and sixth respondents to have been bona fide subsequent purchasers, there must have been an immediate purchaser in the first place. The first to fourth respondents, from whom the fifth and sixth respondents obtained title, were not immediate purchasers. Rather, they were imposters of those entitled to the estate of the deceased. They, like the fake Boonsom who impersonated the true Boonsom, had no title to pass to the fifth and sixth respondents. The fifth and sixth respondents who were the immediate purchasers, acquired a title that was not indefeasible. But when the fraudulent title of the first to fourth respondents were set aside by the default judgment, the defeasible title of the fifth and sixth respondents was also defeated. [46] Before we adjourn, we would summarise the foregoing and pass on the following, as a guide to trial courts. Whenever a registered title or interest is sought to be set aside under s. 340, first ascertain whether the title or interest under challenge is registered in the name of an immediate purchaser or a subsequent purchaser. S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag If the title or interest is registered in the name of an immediate purchaser, the bona fides of the immediate purchaser will not offer a shield of indefeasibility. The title or interest of an immediate purchaser is still liable to be set aside if any of the vitiating elements as set out in s. 340(2) has been made out. If the title or interest is registered in the name of a subsequent purchaser, then the vitiating elements in s. 340(2) would not affect the title or interest of a bona fide subsequent purchaser. The title or interest of a subsequent purchaser is only liable to be set aside if the subsequent purchaser is not a bona fide subsequent purchaser. The title or interest acquired by a subsequent purchaser in good faith and for valuable consideration, or by any person or body claiming through or under such a subsequent purchaser, is indefeasible. [43] Defendan Keempat adalah merupakan institusi kewangan dan pemegang gadaian berdaftar Hartanah tersebut yang digadaikan oleh Defendan Ketiga sebagai jaminan pembayaran balik kemudahan pinjaman yang diberikan kepada Sinaran Bumi Teras Sdn Bhd yang mana Defendan Ketiga adalah salah seorang Pengarah dan juga Pemegang Syer. Akibat dari kemungkiran gadaian, Defendan Keempat memperolehi Perintah Jualan bertarikh 10.6.2020 melalui lelongan awam yang ditetapkan pada 5.8.2020 tetapi menangguhkan kerana tindakan Plaintif. [44] Dalam hal ini Defendant Keempat adalah juga berstatuskan pembeli seperti diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam See Leong Chye & Anor V. United Overseas Bank Bhd & Another Appeal [2018] 10 CLJ S/N vANEx7ls2kO2Oggw3Faag