Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-9-06/2024 ANTARA JANAKI A/P KRISHNA NAIR ... PERAYU
CB-12B-9-06/2024
High Court of Malaysia13 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12B-9-06/2024 ANTARA JANAKI A/P KRISHNA NAIR ... PERAYU
1
1.
2
WONG KHENG CHONG … RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA SAMAN NO. CB-A53KJ-8-01/2022 ANTARA JANAKI A/P KRISHNA NAIR … PLAINTIF
1
1.
2
WONG KHENG CHONG … DEFENDAN-DEFENDAN]
1
Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 24.05.2024 iaitu berkaitan kuantum dan liabiliti. Ia adalah tuntutan Plaintif berkaitan dengan kemalangan jalan raya pada 21.06.2017 jam lebih kurang 10.15 malam. Ketika itu Plaintif memandu motokar nombor pendaftaran CDG 3166. Kemalangan itu adalah dengan motorjip nombor pendaftaran MV 8748 di KM 142 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan. Setelah mendengar keterangan pihak Plaintif dan Defendan, Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan berkenaan dengan liabiliti seperti yang berikut di dalam alasan penghakiman beliau: “19. Mahkamah memutuskan bagi liabiliti berdasarkan alasan-alasan seperti berikut:
20
Pegawai penyiasat kes ini menyatakan bahawa Plaintif disaman kerana didapati Plaintif telah memasuki jalan Defendan. Saman telah dikeluarkan terhadap Plaintif. Dari siasatan Pegawai Penyiasat, didapati kereta Plaintif yang memasuki jalan Defendan dan telah menyebabkan kemalangan ini. Pegawai Penyiasat juga menyatakan bahawa Plaintif telah mengaku bersalah dan telah dikenakan bon berkelakuan baik selama satu tahun.
21
Plaintif menyatakan bahawa kemalangan berlaku apabila Defendan membelok ke kanan, akan tetapi tiada apa-apa bukti di hadapan Mahkamah yang menyokong kenyataan Plaintif ini.
22
Keterangan Plaintif yang tidak konsisten. Plaintif tidak pasti di bahagian mana beliau melanggar motorjip Defendan. Jawapan yang diberikan adalah tidak konsisten. Semasa disoal oleh peguam Plaintif beliau mengatakan melanggar sebelah kanan motorjip dan apabila disoal semula beliau menukar jawapan kepada kiri motorjip.
23
Apabila Defendan sedang berhenti di jalan sah beliau untuk membelok ke kanan untuk masuk simpang, Plaintif dari arah bertentangan telah memotong kenderaan di hadapannya dan masuk ke jalan sah Defendan dan berlanggar dengan Defendan sehingga motorjip Defendan beralih ke belakang. Keterangan Defendan adalah selaras dengan siasatan oleh Pegawai Penyiasat kes kemalangan ini.”
2
Hakim Mahkamah Sesyen di dalam alasan penghakimannya hanya menyatakan secara umum asas kepada dapatan berkenaan dengan liabiliti dalam kes ini. Adalah didapati tiada sebarang rujukan khusus dibuat terhadap analisa kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam kes ini. Pada hemat Mahkamah adalah amalan yang baik untuk hakim bicara menyatakan keterangan-keterangan yang dijadikan asas kepada sesuatu dapatan. Adalah tidak memadai untuk memberikannya secara umum. Ini akan menyukarkan Mahkamah yang mendengar rayuan untuk meneliti apakah asas kepada dapatan tersebut. Ini akan juga menyebabkan Mahkamah yang mendengar rayuan tidak dapat mengenalpasti adakah berlaku kekhilafan di dalam dapatan Hakim Mahkamah Sesyen.
3
Begitu juga adalah molek sekiranya hakim bicara menyatakan secara ringkas mengapakah keterangan-keterangan yang diterima itu diambil kira oleh Mahkamah dan apakah asas kepada keterangan yang ditolak. Pada masa yang sama hakim bicara juga adalah wajar untuk menyatakan apakah percanggahan keterangan yang berlaku serta menyatakan setelah percanggahan tersebut adakah keterangan saksi-saksi itu diterima atau sebaliknya. Apa yang jelas ialah Mahkamah perlu menjelaskan dalam alasan penghakiman asas kepada keputusan tersebut.
4
Pada masa yang sama Mahkamah ini juga perlu mengambil perhatian bahawa apabila rayuan difaikan Mahkamah yang mendengar rayuan adalah mendengar semula kes tersebut. Ini dinyatakan di bawah Aturan 55 kaedah 2 KKM 2012 seperti yang berikut: “2. Rayuan melalui pendengaran semula dengan notis (A. k. 2) Semua rayuan ke Mahkamah Tinggi hendaklah dengan cara pendengaran semula dan hendaklah dibawa dengan memberikan suatu notis rayuan dalam empat belas hari dari tarikh keputusan itu dirayu.”
5
Adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini mengakaskan dapatan hakim bicara sekiranya hakim bicara telah memutuskan kes berdasarkan kepada penganalisaan keterangan-keterangan saksi yang dicerminkan melalui alasan penghakiman. Apa yang menjadi isu dalam kes ini ialah tiada sebarang cerminan tersebut dapat dilihat melalui alasan penghakiman yang menyebabkan Mahkamah ini perlu meneliti keterangan-keterangan saksi-saksi melalui catatan-catatan dalam nota prosiding.
6
Ini bermakna Mahkamah ini perlu menganalisa keterangan-keterangan saksi-saksi perbicaraan. Ia dilakukan dalam kekurangan Mahkamah ini kerana tiada mempunyai keistimewaan untuk meneliti wajah dan tingkah laku saksi-saksi semasa memberikan keterangan. Ini bermakna Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam meneliti keterangan bertulis melalui nota prosiding tanpa melihat saksi-saksi memberi keterangan. Inilah sebabnya mengapa hakim bicara perlu menyatakan dalam alasan penghakimannya keterangan-keterangan yang telah dijadikan asas kepada keputusan secara khusus. Ini tidak berlaku dalam kes ini.
7
Penelitian saksi-saksi dalam kes ini terutamanya pegawai penyiasat (SP 1) yang mengesahkan bahawa tiada saksi bebas yang dapat mengesahkan kemalangan ini. Dia juga mengesahkan bahawa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah dialih. SP 1 juga mengesahkan bahawa saman telah dikeluarkan kepada Plaintif dan Plaintif telah mengaku salah dan diberikan perintah bon jaminan bercagar selama 1 tahun.
8
SP 1 semasa memberikan keterangan dalam kes ini semasa pemeriksaan balas telah menjelaskan asas kepada dapatannya bahawa pihak Plaintif yang bersalah seperti yang berikut:
161
: Dan setuju dengan saya aliran Plaintif tiada dua
2
lorong? Satu (1) lorong sahaja. So, jika Plaintif hendak memotong, dia haruslah masuk ke jalan sebelah, betul?
162
: Betul, Puan.
163
: Mengikut kata Plaintif pulak, dia kata dia jalan terus motor jip, apa itu masuk jalan dan dia tak boleh elak dan dia langgar?
164
: Betul, Puan.
165
: Tapi, dari siasatan oleh Puan mendapati Plaintif yang bersalah dan disaman. Boleh beritahu Mahkamah, dari siasatan Puan, macam mana kamu mau conclude yang Plaintif bersalah?
166
: Saya keluarkan saman kepada pemandu motokar kerana point or effect kemalangan berlaku di laluan A2 dan A3. Bukan di laluan …
167
: Effect di laluan?
168
168.
169
: A2, A3? Iaitu laluan motor jip, ya?
170
: Betul, Puan.
171
: Laluan motor jip. Dan? Itu je? Dan Puan, setuju dengan saya laluan untuk Plaintif, dari atas ke bawah, Rajah Kasar ini adalah double line?
172
: Betul, Puan. Betul, Puan.
173
: Double line untuk Plaintif ni? So, dia tak boleh memotong ya?
174
: Betul, Puan.
175
: Puan, saya tiada gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan motor jip di sebelah kanan. Hanya motor, hanya gambar L sahaja. Setuju dengan saya kalau saya katakan kerosakan motor jip ketara kebanyakkan di sebelah kiri?
176
: Betul, Puan.
9
Keterangan SP 1 ini jika dilihat bersama-sama dengan gambarajah kasar tempat kejadian di halaman 333 Rekod Rayuan Jilid 1A yang menunjukkan terdapatnya kesan serpihan komponen kenderaan yang terdapat di B1 dan dalam lukisan itu juga terdapat serpihan di sebelah kiri dan kanan garis tengah jalan tersebut. Ia mencadangkan bahawa pertembungan itu berlaku di atas garisan tersebut. Walaupun gambarajah kasar menunjukkan kenderaan motor jip MV 8748 dan motokar CDG 3166 berada di bahagian kiri jalan. Namun ia perlu diambil perhatian bahawa keterangan SP 1 kenderaan itu telah dialihkan sebelum ia sampai di tempat kejadian. Keterangan ini juga perlu dilihat bersekali dengan keterangan yang dikemukakan oleh PW2 iaitu Perayu dalam kes di Mahkamah ini dan Plaintif dalam kes di Mahkamah Sesyen yang memperihalkan tentang kejadian tersebut. Ok. Masa ini, perlanggaran ini berlaku, dekat mana? Laluan mana? Laluan kereta jip ini dan masuk ke laluan saya. Ya, betul. Masa perlanggaran itu, (..00:11:11) tak berlanggar, kan? Jadi, dekat mana? Laluan mana? Langgar macam ini. Laluan siapa? Laluan saya, dekat saya. Ok. Boleh you tanda dekat mana kemalangan itu berlaku? Boleh. Puan, dengan izin, saya mohon tanda sebagai X. JRB Tanda X, Puan, tempat kemalangan. Macam ini? Apa jadi selepas perlanggaran itu? Saya dah pengsan lepas perlanggaran itu.
10
Penelitian kepada keterangan Defendan Pertama berkenaan dengan kemalangan tersebut juga menunjukkan bahawa kenderaan Plaintif pada masa tersebut dikatakan berada di sebelah Defendan Pertama. Namun dia tidak bersetuju bahawa kenderaan yang dipandu oleh Plaintif itu tidak memotong mana-mana kenderaan.
11
Adalah didapati keterangan Defendan Pertama tersebut tidak dapat menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku di bahagian jalan Defendan Pertama. Apa yang jelas ialah ia menunjukkan kemalangan itu berlaku di kawasan garis berkembar dan keterangan itu juga tidak dapat menyanggah bahawa terdapat serpihan seperti yang ditandakan dalam gambarajah kasar.
12
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan serta keterangan gambar dan gambar rajah kasar yang dikemukakan semasa perbicaraan adalah tidak dapat dipertahankan bahawa liabiliti bagi Plaintif adalah 100 % dalam kes ini seperti yang diputuskan oleh hakim bicara.
13
Pada masa yang sama keputusan untuk mengeluarkan saman kepada Plaintif tidak sewajarnya mempengaruhi keputusan hakim berkenaan dengan liabiliti dalam kes ini. Ia adalah merupakan kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang lalu lintas. Sebaliknya di dalam kes kemalangan jalan raya ini Mahkamah perlu menentukan liabiliti berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang terdapat di hadapan Mahkamah bagi megesahkan sama ada terdapatnya kecuaian, kecuaian sertaan dan penglibatan pihak-pihak dalam kecuaian sertaan tersebut.
14
Pada hemat Mahkamah ini dalam kes ini setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan di Mahkamah, Mahkamah berpendapat liabiliti yang terlibat dalam kes ini adalah 50 % kepada Plaintif dan 50 % kepada Defendan Pertama. Ini adalah berdasarkan kepada gambar rajah kasar yang dikemukakan semasa perbicaraan, keterangan pegawai penyiasat dan ketidakpastian pihak-pihak sama ada kemalangan itu berlaku di laluan Plaintif atau Defendan. Apa yang jelas dalam kes ini ialah kemalangan itu dapat dilihat berlaku di pertengahan jalan. Ia mencadangkan penglibatan Plaintif sebanyak 50 % dan Defendan Pertama 50 % yang menyebabkan kemalangan tersebut adalah lebih munasabah dan konsisten dengan keterangan yang dikemukakan.
15
Hakim Mahkamah Sesyen dalam alasan penghakimannya telah memutuskan jumlah gantirugi seperti yang terdapat di muka surat 16 hingga 20 Rekod Rayuan Tambahan Jilid 1 (Bahagian A) iaitu perenggan 25 hingga 63.
16
Penelitian Mahkamah dalam kes ini mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti pandangan dan laporan pakar daripada Plaintif yang dikemukakan oleh Dr. Nor Faissal bin Yasin. Begitu juga tentang laporan penilaian orthotic yang dikemukakan oleh Santosh Kumar Prasad. Begitu juga laporan perubatan khas oleh Dr. Kavitha Uma Ratnalingam. Begitu juga Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti pernyataan berkaitan dengan cuti sakit yang diberikan kepada Plaintif. Mahkamah juga mendapati laporan awal daripada Hospital Tuanku Jaafar juga diteliti, ia berkaitan dengan rawatan-rawatan susulan yang dijalani oleh Plaintif.
17
Hakim Mahkamah Sesyen juga telah mempertimbangkan hujahan Plaintif dan Defendan-Defendan berkenaan dengan kecederaan yang dialami dan gantirugi yang sepatutnya diberikan. Mahkamah ini tanpa menyatakan satu persatu butiran-butiran berkenaan dengan gantirugi tersebut perlu melihat sama ada terdapat kekhilafan yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini berkaitan dengan gantirugi tersebut.
18
Semasa meneliti gantirugi tersebut Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa kegagalan Mahkamah ini untuk tidak bersetuju dengan gantirugi tersebut tidak boleh djiadikan asas untuk mengenepikan dapatan hakim bicara berkenaan dengan gantirugi tersebut. Ianya akan dilakukan setelah Mahkamah mendapati bahawa dapatan dalam dalam gantirugi itu dilakukan tanpa bersandarkan kepada laporan-laporan atau keterangan-keterangan saksi. Begitu juga sekiranya amaun gantirugi tersebut telah tidak mematuhi prinsip-prinsip berkenaan dengan gantirugi di dalam butrain-butiran yang berkaitan.
19
Mahkamah ini berpendapat setelah meneliti secara terperinci alasan penghakiman dan keterangan-keterangan berkaitan dengan gantirugi, Mahkamah tidak berada dalam keadaan untuk mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dengan amaun gantirugi tersebut.
20
Seteleh meneliti alasan penghakiman, nota keterangan dan hujahan pihak-pihak Mahkamah ini berpendapat seperti yang berikut:
a
Rayuan terhadap liabiliti adalah dibenarkan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen diketepikan dan digantikan dengan liabiliti 50 % kepada Plaintif dan liabiliti 50 % kepada Defendan-Defendan.
b
Rayuan terhadap kuantum adalah ditolak. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dengan kuantum adalah dikekalkan berdasarkan kepada liabiliti 50 % di atas. Bertarikh: 28 hb. Julai 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Peguam Bagi Pihak Perayu : Dato’ Sri M Ramachelvam, Rozilawati binti Md Ali, Ameerul Radzi bin Azlan dan Syahirah binti Mohd Safri Tetuan Rama-Rozi & Associates Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam bagi Pihak Responden-Responden : Kanakkam a/p Raju Naidu dan Melvin Kong Tetuan M. Ravendran & Associates Ampang, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.