Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS RAYUAN JENAYAH NO. NA 62JSK-105-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN JASON JOSHUA A/L KANDASAMY (NO. KPT: 940101055757) ALASAN PENGHAKIMAN SELEPAS PERBICARAAN PENUH
NA-62JSK-105-10/2023
Sessions Court of Malaysia31 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“I was satisfied that a prima facie case had successfully been established by the prosecution. Factually and legally the prosecution had satisfied all the ingredients and requirements of s. 180 of the Criminal Procedure Code. Before arriving at that conclusion as required by the latter section, and as stated earlier, a”
“putusan kes Razali Silah v PP [2019] 1 LNS 1508 diputuskan isu ini apabila Mahkamah mengatakan: “The law applicable is Act 792. Section 17 ofAct 792 which operates independently of section 118 of the Evidence Act 1950 renders that SP2 is presumed to be competent to give evidence unless the court thinks otherwise. By vi”
“166. Mahkamah mempertimbangkan bahawa hukuman berat harus dikenakan bagi kes seksual yang melibatkan kanak-kanak. [PP v Tanga Muthu [1939] FMSLR 166]. Mahkamah mempunyai tugas yang murni untuk melindungi remaja-remaja apatah lagi kanak-kanak (Peilis Sami v. PP (supra), Yek Hock Soon lwn. PP [2013] 8 CLJ 708). Perbuatan”
“Act 1950 in the grounds of judgment. She did find that corroboration came from the evidence of SP4 who saw the condition of her daughter after she came home that morning. In the case of PP v. Mardai [1949] CLJU 65; [1950] 16 MLJ 33 the court stated: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this”
“ect as the case may be, of the danger of convicting an accused person on the uncorroborated evidence of a child, and the warning must be expressly reflected in the judgment - See Chiu Nang Hong v. PP [1964] CLJU 24; [1965] 1 MLJ 40.” Pemansuhan Seksyen 17 dan 18 Akta 792 dan Seksyen 133A”
“172. Mahkamah juga harus mengambilkira bahawa hukuman di dalam kes jenayah perlulah bersifat punitif dan pada masa yang sama juga reformatif [Rujuk Karamjit Singh lwn. State Delhi (Delhi Admin), AIR [2000] SC 3467]. Atas dasar itu, keseimbangan antara pencegahan dan pemulihan serta kehendak kepentingan awam perlu dicap”
“158. Merujuk kes Megat Halim bin Megat Omar v Pendakwa Raya [2008] MLJU 647 di mana YA Abdull Hamid Embong HMR (pada masa itu) memutuskan seperti berikut: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for h”
“167. Di dalam kes Md Adam bin Mustafar lwn. Pendakwa Raya [2016] CLJU 1604; [2016] MLJU 1886, YA Hassan Abdul Ghani menekankan kebencian masyarakat kepada kes seksual kanak-kanak "Pada pendapat mahkamah ini adalah satu trend yang sihat. Jika satu hukuman yang ringan dijatu”
“167. Di dalam kes Md Adam bin Mustafar lwn. Pendakwa Raya [2016] CLJU 1604; [2016] MLJU 1886, YA Hassan Abdul Ghani menekankan kebencian masyarakat kepada kes seksual kanak-kanak "Pada pendapat mahkamah ini adalah satu trend yang sihat. Jika satu hukuman yang ringan dijatuhkan dan ianya tid”
“76. Merujuk kes Mohamad Akhir Bin Bakar Lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 3, YA Tuan Abu Bakar Katar (pada ketika itu) telah memutuskan bahawa: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 “[40] Mahkamah ini berpend”
“74. Begitu juga di dalam kes Azmi Mahmood lwn. PP [2020] CLJU 1041; [2020] 1 LNS 1041 , Mahkamah menyatakan:- "[28] Kejadian yang didakwa berlaku bermula di tandas dalam bilik tidur utama sehingga lah ke dapur rumah tersebut. Mahkamah ini mendapati kejadian berlaku”
“73. Mahkamah ini merujuk kepada kes Prem Anand Loganathan lwn. PP [2021] CLJU 1693; [2021] 1 LNS 1693 dimana Mahkamah di dalam kes tersebut menyatakan bahawa perilaku mangsa adalah fakta material dan relevan terutamanya bagi kes melibatkan kesalahan jenayah seksual. Di dalam kes te”
“2. LUKMAN HAKIM HUSIN v. P.P [2024] CLJU 1327 Hukuman (5) tahun penjara Sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen Dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Mengaku Bersalah Dibaca bersama seksyen 16 **Note : Serial number will be used to verify the originali”
“77. Merujuk kepada kes Muniandy Poomalai v. PP [2024] CLJU 699 yang telah diputuskan berkenaan dengan keterangan saksi kanak-kanak di dalam kes amang fizikal seksual sebagaimana berikut:- “[17] The SCJ had considered corroborative evidence and had discussed the”
“37. Di dalam kes Faizal Saingkin v PP [2025] CLJU 220 Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan: “[9] Sections 17 and 18 of the Act specifically allow for the reception and admission of the evidence of a child witness to convict an accused of an offence”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS RAYUAN JENAYAH NO. NA 62JSK-105-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN JASON JOSHUA A/L KANDASAMY (NO. KPT: 940101055757) ALASAN PENGHAKIMAN SELEPAS PERBICARAAN PENUH
1
OKT telah dihadapkan di Mahkamah ini bagi pertuduhan iaitu: "Bahawa kamu pada tarikh 25/10/2023 jam lebih kurang 4.15 petang, semasa di perhentian bas Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, Jalan Pantai Pasir Panjang, 71250 di dalam Daerah Port Dickson, di dalam Negeri, Negeri Sembilan, telah melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu dengan menunjukkan kemaluan dan menggosok kemaluan kamu ke atas kanak-kanak penama Amirah Qahirah Binti Mus Rohimie, No. KP: 090402-05-0038 berumur 14 tahun 6 bulan dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (a) (i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya"
2
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai tujuh (7) orang saksi seperti berikut:
i
Puan Norashikin binti Razib [SP1] – ibu mangsa
II
(ii) Encik Kandasamy Muthusamy [SP2] – pemilik kereta
III
(iii) Kpl/D Mohd Fauzi bin Jasman [SP3] – jurugambar
IV
(iv) Amirah Qahirah binti Mus Rohimie [SP4] – mangsa
v
Adriana Hazreen binti Nor Azlan [SP5] – pemain kriket dan pelajar sekolah Tingkatan 4
VI
(vi) Puan Norhidayah binti Mahamad [SP6] – ibu kepada SP5
VII
(vii) Insp. Nurul Nabilah [SP7] - Pegawai Penyiasat
3
Pada 24.11.2025, Mahkamah telah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie di peringkat akhir kes pendakwaan untuk pertuduhan dan OKT dipanggil untuk membela diri.
4
Pembelaan telah memanggil dua (2) orang saksi memberi keterangan bagi menyangkal pertuduhan pendakwaan seperti berikut:
i
Jason Joshua A/L Kandasamy [SD1] – OKT
II
(ii) Puan Manishaa A/P Rajendran [SD2] – pelanggan OKT
5
Pada 31.03.2026, Mahkamah telah mendapati OKT gagal menimbulkan keraguan di dalam kes pendakwaan dan mendapati OKT bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792]. Mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 5 tahun dari tarikh hukuman. OKT juga diarahkan menjalani kaunseling pemulihan semasa pemenjaraan dan pengawasan polis selama 1 tahun berkuatkuasa selepas tamat menjalani hukuman menurut seksyen 26 dan 27 Akta yang sama.
6
Pada 13.04.2026, pihak pembelaan tidak berpuashati dan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi merayu atas keseluruhan keputusan tersebut (Lamp. 74). Pada 14.04.2026, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan silang kerana terkilan dengan hukuman yang dijatuhkan (Lamp. 78).
7
Berikut adalah alasan Mahkamah bagi perintah bertarikh 31.03.2026 tersebut.
8
Pada 25.10.2023 jam lebih kurang 4.15 petang, mangsa (SP4) merupakan pelajar Tingkatan 2 SMK Pasir Panjang yang sedang menunggu ibunya di perhentian bas sekolah selepas latihan sukan kriket. OKT yang memandu kereta Toyota Avanza No. Pendaftaran BHV 7696 telah hadir di kawasan tersebut dan menunjukkan kemaluannya kepada SP4.
9
SP4 berlari ke belakang kereta dan keluarkan telefon bimbit menyalin nombor pendaftaran kereta dan jenis kereta dan menghantar mesej Whatsapp kepada SP1. Selepas 10 saat kereta itu beredar ke Pekan Pasir Panjang.
10
Kebetulan pada ketika itu, SP6 berada sampai di tempat kejadian untuk mengambil anaknya SP5. SP4 memberitahu apa yang berlaku kepada SP6 sambil menangis. SP6 membawa SP4 ke kantin sekolah berjumpa SP5. Setiba di kantin, SP6 memberitahu SP5 untuk menunggu di kantin dahulu kerana SP6 ingin menghantar SP4 balik ke rumah.
11
Di rumah, SP1 nampak anaknya balik dalam keadaan menangis, takut dan kaki serta tangannya menggigil. SP4 menceritakan apa yang berlaku.
12
Pada 25.10.2023, jam lebih kurang 05.01 petang, SP1 telah membawa mangsa dan membuat repot [P3].
13
Semakan kompol ke atas nombor pendaftaran kenderaan BHV 7696 yang merupakan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza berwarna biru yang didaftarkan atas penama 1/L/India penama Kandasamy A/L Muthusamy [SP2].
14
SP7 merakam percakapan SP2 iaitu bapa kepada OKT yang mengesahkan kenderaan tersebut digunakan oleh OKT pada tarikh kejadian pada tarikh dari jam 1200 tengahari sehingga jam 0700 petang.
15
15.
Preamble
Menurut seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Manakala Seksyen 173(m) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan di akhir perbicaraan beban pembuktian adalah tanpa keraguan munasabah.
16
Tugas Hakim bicara pada peringkat ini adalah untuk membuat penilaian yang maksima kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT atas pertuduhan yang dihadapkan seperti dikehendaki di bawah S180 Kanun Acara Jenayah. YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 telah menjelaskan tugas Hakim bicara pada peringkat penutupan kes pihak pendakwaan adalah seperti berikut: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to a maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal."
17
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: "Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make a prima facie case while s.182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms...A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal."
18
Pengujian kes secara prima facie telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dalip Baghwan Singh V PP [1998] 1MLJ 1, sebagai: “...the meaning of the test of prima facie case at the end of the prosecution’s case is, ‘on the assumption that the prosecution evidence was accurate, could the accused be lawfully convicted? The word ‘accurate’ could mean or should mean ‘true’ and the words ‘prosecution evidence’ could be said to refer to the evidence of ‘primary facts’ which could be said to refer to the evidence of ‘primary facts’ which could be logically refer to evidence or evidence sufficient enough to prove each ingredient of an offence. Once there is sufficiency of such evidence, so long as it is not inherently incredible, a prima facie case is made out. Therefore, the test of prima facie case would not entitle one to assess the veracity or credibility of evidence of witnesses as the session had done”
19
Kes prima facie juga tidak boleh dikatakan sebagai telah dibuktikan sekiranya terdapat dua keadaan berikut iaitu apabila terdapat lompang (gap) dalam kes pihak pendakwaan atau pun juga terdapat keadaan di mana keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan membenarkan lebih daripada satu inferen selain daripada inferen yang menjurus kepada kebersalahan tertuduh-tertuduh [lihat kes Arulpragasan a/l Sandaraju v. PP [1996] 4 CLJ 597; [1997] 1 AMR 329; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89; Abdullah Zawawi v. PP [1985] CLJ Rep 19; [1985] 2 MLJ 16dan PP v. Kasmin bin Soeb [1974] 1 LNS 116; [1974] 1 MLJ 230].
20
Rumusan daripada nas-nas tersebut di atas adalah bahawa beban adalah atas pihak pendakwaan untuk membuktikan kes pada peringkat penutupan kes pendakwaan secara prima facie dan tugas hakim bicara untuk membuat penilaian yang maksima sama ada beban itu telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan berdasarkan kepada keterangan yang kemukakan melalui saksi-saksi pendakwaan. Sekiranya terdapat anggapan-anggapan yang dibenarkan oleh undang-undang, maka anggapan yang berpihak kepada OKT hendaklah terpakai. D. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 15(a)(i) AKTA 792
21
Seksyen 15(a)(i) memperuntukkan: “Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak
15
Mana-mana orang yang—
a
bagi maksud seksual-
i
mengatakan apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi, atau membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-apa objek atau badannya atau mana-mana bahagian badannya dengan niat bahawa perkataan atau bunyi itu hendaklah didengari, atau gerak isyarat atau objek atau badan atau bahagian badannya itu hendaklah dilihat oleh seseorang kanak-kanak; … Huraian-Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, perkataan yang diperkatakan, sifat dan takat gerak isyarat dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.”
22
Elemen-elemen yang perlu ditimbulkan secara prima-facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 15(a)(i) Akta 792 adalah:
a
Mangsa seorang kanak-kanak;
b
OKT telah melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menunjukkan badannya (kemaluan) kepada kanak-kanak; dan
c
OKT menunjukkan kemaluannya dengan niat kemaluannya dilihat oleh mangsa kanak-kanak bagi maksud seksual E. PENILAIAN MAHKAMAH KE ATAS KETERANGAN KES PENDAKWAAN BAGI PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 15 (a) AKTA 792
23
Prinsip umum telah memperuntukkan bahawa semua saksi adalah saksi yang kompeten kecualilah mereka gagal untuk memahami soalan atau memberi jawapan rasional kepada soalan yang ditujukan; dan saksi berumur mentah juga diiktiraf sebagai saksi kompeten tertakluk kepada syarat-syarat diperuntukan dalam undang-undang.
24
Merujuk seksyen 118 Akta 56 telah digariskan yang berikut: “118. Who may testify All persons shall be competent to testify unless the court considers that they are prevented from understanding the questions put to them, or from giving rational answers to those questions, by tender years, extreme old age, disease, whether of body or mind, or any other cause of the same kind”.
25
Di dalam kes ini, semasa memberi keterangan, SP4 sudah pun berusia 16 tahun bukan kanak-kanak berusia mentah dan pada hemat tiada keperluan menjalankan inkuiri (Steven Pangiraja & Ors v. PP [2014] 4 CLJ 418; Muharam Anson v PP [1980] 1 LNS 137); Yusaini Mat Adam v. PP [2000] 1 CLJ 206; Fakir v. Emperor 1907 (11) C. W. N. 51).
26
Semasa SP4 memberi keterangan pada 13.05.2025, seksyen 17 Akta 792 masih berkuatkuasa. Selaras dengan peruntukan seksyen 17 Akta 792, SP4 adalah seorang saksi yang kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika Mahkamah berpendapat selainnya.
27
Seksyen 17 dipetik seperti berikut: “Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.”
28
Saya akur dan maklum bahawa keterangan bersumpah seorang kanak-kanak haruslah dikendalikan dengan penuh waspada (“utmost caution”) dan saya memberi amaran kepada diri sendiri bahawa “rule of prudence” mengkehendaki sebelum seseorang disabitkan berlandaskan keterangan kanak-kanak, keterangan bersumpah tersebut sebaik-baiknya disokong dengan keterangan lain yang boleh mengesahkan kebenaran dalam keterangan kanak-kanak tersebut.
29
Merujuk kepada kes PP v Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2014] 2 MLRA 209 Mahkamah Rayuan di muka surat 220 telah merujuk kepada kes Din V Public Prosecutor [1964] 1MLRA 619 berkenaan keterangan sokongan yang menyatakan seperti berikut: “Walaupun tidak terdapat peruntukan undang-undang di Malaysia yang menghendaki bahawa keterangan pengadu dalam kes-kes seksual memerlukan keterangan sokongan, namun adalah menjadi amalan Mahkamah untuk melihat keterangan demikian. Amalan ini telah dijelaskan dalam kes Din V Public Prosecutor [1964] 1 MLRA 619 seperti berikut: “But the desirability for corroboration of the evidence of the prosecutrix in a rape case (which in any event has not yet crystallised into something approaching a rule of law and which is still a rule of practice and of prudence) springs not from the nature of the witness but from the nature of the offence. Never has been suggested that the evidence of a woman as such invariably calls for corroboration. If a woman says her handbag has been snatched and if she is believed there can be no question of a conviction on such evidence being open to attack for want of corroboration. If, however, she complains of having been raped then both prudence and practice demand that evidence should be corroborated.”
30
Mahkamah Rayuan di muka surat 221 merujuk kepada kes Mardai v PP [1949] 1 MLRH 502 yang dijelaskan seperti berikut: “Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless, it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story”
31
Mahkamah juga telah menggunakan pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2015] 2 CLJ 145; [2015] 1 LNS 71 di mana antara lain menyatakan bahawa Mahkamah perlu melihat keterangan mangsa secara keseluruhan. Mahkamah Persekutuan juga mengesahkan bahawa di dalam kes seksual seperti rogol, keterangan mangsa tidak semestinya memerlukan keterangan sokongan.
32
Namun begitu berdasarkan perkembangan selepas di mana Akta 792 digubal dan berkuatkuasa pada 10.7.2017 khususnya seksyen 18 memperuntukkan: “Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.”
33
Ini bermakna selepas berkuatkuasanya Akta 792, keterangan kanak-kanak tidak semestinya memerlukan sokongan sama ada dengan sumpah atau pun tidak.
34
Sekiranya seorang Hakim memutuskan bahawa kanak-kanak boleh memberi keterangan bersumpah maka “as a matter of practice and prudence” adalah diperlukan keterangan sokongan, namun ia bukan kehendak undang-undang (as a matter of law).
35
Dengan adanya perundangan spesifik bagi keterangan kanak-kanak di dalam seksyen 18 Akta 792, maka ia mengatasi peruntukan undang-undang am di dalam seksyen 118 Akta Keterangan.
36
Merujuk kepada keputusan kes Razali Silah v PP [2019] 1 LNS 1508 diputuskan isu ini apabila Mahkamah mengatakan: “The law applicable is Act 792. Section 17 ofAct 792 which operates independently of section 118 of the Evidence Act 1950 renders that SP2 is presumed to be competent to give evidence unless the court thinks otherwise. By virtue of the appropriate questions asked and the correct answers given by SP2, the competency of SP2 is not in doubt for the court to opine otherwise, thus the court is justified when it ruled that she is a competent witness to the proceeding involving her modesty. (See the case of Rameshwar v. State of Rajasthan AIR 1952 SC 54; Kee Lik Tian v. PP [1983] 1 LNS 55; [1984] 1 MLJ 306)”
37
Di dalam kes Faizal Saingkin v PP [2025] CLJU 220 Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan: “[9] Sections 17 and 18 of the Act specifically allow for the reception and admission of the evidence of a child witness to convict an accused of an offence under the Act although the child's evidence is uncorroborated. [10] However, decided cases have held that it is a sound rule and generally accepted in practice not to act on the uncorroborated evidence of a child, particularly, in sexual offences. This is a rule of prudence and not law. (See Mohamed Sugal Esa v. King AIR [1946] P.C 3 and followed in Chao Chong & Ors v. PP [1959] CLJU
11
In such circumstances, the trial court should direct as the case may be, of the danger of convicting an accused person on the uncorroborated evidence of a child, and the warning must be expressly reflected in the judgment - See Chiu Nang Hong v. PP [1964] CLJU 24; [1965] 1 MLJ 40.” Pemansuhan Seksyen 17 dan 18 Akta 792 dan Seksyen 133A
38
Akta Keterangan Seksyen 17 adalah berkenaan keupayaan saksi kanak-kanak memberi keterangan manakala seksyen 18 pula memperuntukkan Mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak diberikan dengan sumpah atau sebaliknya. Melalui pindaan A1731 berkuatkuasa pada 3.3.2025 kedua-dua seksyen ini dimansuhkan.
39
Begitu juga dengan seksyen 133A yang dimansuhkan berkuatkuasa pada 03.03.2025 di mana tiada lagi keperluan menjalankan inkuiri ujian kompetensi.
40
Dari prinsip undang-undang yang diputuskan di dalam kes seksual di Malaysia bahawa standard yang perlu dipatuhi dengan menggunakan “heuristic tool” adalah “as a matter of practice and prudence the uncorroborated evidence of a victim or an eyewitness must be “unusually convincing” (Mardai, Mohamad Malek Ridhzuan (supra)). Mahkamah juga mempunyai tanggungjawab untuk memberi amaran kepada diri sendiri sekiranya mensabitkan OKT berasaskan keterangan saksi kanak-kanak tanpa sokongan tersebut.
41
Selepas pemansuhan peruntukkan di atas, pihak badan perundangan membuat pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak [Akta 676] melalui Akta 1731 yang berkuatkuasa pada 3.3.2025 memasukkan isu kekompetenan saksi kanak-kanak, keterangan saksi kanak-kanak tanpa sumpah, inkuiri kekompetenan dan keterangan tanpa sokongan di dalam seksyen 2A, 2B, 2C dan 2D masing-masing. Selaras dengan itu juga, rukun yang mengatakan OKT boleh disabit tanpa keterangan sokongan dan “duty to warn” terhenti terpakai.
42
Isu yang timbul apakah pemansuhan seksyen 17, 18 dan 133A memberi kesan dalam kes di hadapan saya? Tarikh kejadian di dalam pertuduhan adalah 25.10.2023. SP4 memberi keterangan adalah pada 16.10.2025. Pemansuhan ketiga-tiga seksyen tersebut hanya berkuatkuasa pada 3.3.2025 dan pada pendapat Mahkamah tidak restrospektif dan terpakai dalam kes ini kerana pindaan ini adalah bersifat substantif dan bukannya prosedural maka suatu interpretasi yang bermanfaat (favourable interpretation) kepada OKT perlu diberikan.
43
Kesimpulannya, dalam kes ini SP4 merupakan kanak-kanak dan tertakluk kepada seksyen 17 dan 18 Akta 792. Keterangan SP4 pada dasarnya tidak memerlukan keterangan sokongan samada bersumpah atau pun tidak. Namun atas faktor “as matter of practice and prudence; and not as a matter of law”, keterangan sokongan jika ada akan mengukuhkan lagi keterangan SP4. Sekiranya tiada keterangan sokongan sekalipun, ia tidaklah mencacatkan kes pendakwaan yang mana OKT masih boleh diputuskan in delicto sekiranya keterangan mangsa adalah “unusually convincing”.
44
Dalam membuat pengamatan dan observasi serta dalam mempertimbangkan dan memperhalusi keterangan Mahkamah sentiasa peka dan telah memberi amaran kepada diri sendiri akan hal keterangan seorang saksi kanak-kanak yang memberi keterangan tidak bersumpah atau pun tidak bersumpah meskipun ia bukan pra syarat dalam seksyen 18 Akta 792.
45
Justeru itu, Mahkamah atas langkah berwaspada dan berhati-hati akan memperhalusi keterangan adakah SP4 seorang saksi yang “unusually convincing” sebagaimana digariskan dalam kes Mohamad Malek Ridhzuan (supra)? Jawapannya adalah ‘Ya’ yang mana keterangan SP4 tidak bercanggah bahkan disokong oleh keterangan sokongan dan keterangan tersebut adalah bebas dari pengaruh, paksaan serta dorongan. Mahkamah akan menganalisa satu-persatu keterangan SP4 sebentar lagi.
46
Mangsa merupakan kanak-kanak Adalah jelas SP4 merupakan seorang kanak-kanak yang berumur dibawah 18 tahun seperti diperuntukkan di bawah seksyen 2 Akta 792. Isu ini tidaklah dipertikaikan. Semasa kejadian mangsa berusia 14 tahun dan semasa memberi keterangan mangsa berusia 16 tahun. Fakta ini disokong dengan sijil lahir [P1] dan keterangan bersumpah mangsa dan ibunya [SP2].
47
OKT menunjukkan kemaluannya kepada kanak-kanak
Preamble
Menurut SP4 iaitu mangsa di dalam kes ini, OKT yang berada di kerusi pemandu dalam kereta Toyota Avanza BHV 7696 telah turunkan cermin kereta memanggil mangsa sambil melambai tangan. Mangsa datang kepada OKT dan berdiri berhadapan dengan tingkap penumpang hadapan. Kemudian OKT bertanya "ini sekolah apa?" sewaktu OKT bertanya, mangsa ternampak zip seluar OKT telah terbuka dan OKT tidak memakai seluar dalam. OKT memainkan kemaluan OKT dan menggosok kemaluan (saksi telah demonstrasi di dalam mahkamah dengan buat gerakan atas bawah). Semasa kejadian, hanya OKT dan SP4 yang berada di perhentian bas tersebut.
48
Keterangan SP4 dipetik seperti berikut: “SP4: Pada 25/10/2023 jam 4.15 petang, depan bas stop Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, pada hari kejadian saya baru habis latihan kriket. Pada jam 415 petang saya tunggu di bas stop untuk menunggu kedatangan ibu ambil. Waktu saya tunggu ibu ambil, ada 1 kereta Avanza warna biru dekat depan bas stop. Saya pergi dekat bas stop, saya duduk. Selepas itu kereta itu bergerak ke hadapan berdekatan dengan saya. Dia berhenti. Dia buka tingkap. Dia panggil saya. “adik, mari”. Mahkamah: Saksi melambaikan tangan. SP4: Selepas dia panggil saya bergerak ke arah dia, berdekatan dengan pintu penumpang. Waktu saya sampai dekat kereta dia memang sudah turunkan cermin kereta dia. Selepas itu dia tanya ini sekolah apa? Waktu dia tanya itu zip seluar dia sudah terbuka. Waktu dia tanya ini sekolah apa, dia tengah main kemaluan. Waktu dia tanya ini sekolah apa. Sambil dia main dia punya kemaluan, saya cakap dekat depan ada papan tanda. Saya suruh dia pergi tengok sendiri. Selepas itu dia cakap dia tak pandai baca. Selepas settle saya cakap semua dengan dia, saya terus lari pergi belakang kereta dia. Selepas itu dia ada cakap “nak ke?”. Selepas itu saya buat tak layan, saya keluarkan phone ambil no plet kereta dia. No plet kereta dia BHV 7696. TPR: Selepas Amirah dah lari pergi belakang kereta dia. Selepas itu dia ada cakap “nak ke?”. Macam mana Amirah dengar? SP4: Dia menjerit. TPR: Macam mana Amirah ambil gambar no kereta? SP4: Taip dekat whatsapp ibu. Saya terus type dan jenis kereta dan send kat ibu. TPR: Selepas itu Amirah buat apa? SP4: Saya duduk dekat kereta beberapa saat dalam 10 second macam itu dia terus bergerak. TPR: Maksud Amirah “duduk dekat kereta” macam mana? SP4: Keadaan berdiri, saya stay dekat situ. TPR: Maksud dia terus bergerak macam mana? SP4: Dia bergerak pergi ke Pekan Pasir Panjang. Tapi tidak tahu dia terus ke rumah dia atau ke Pekan Pasir Panjang. Saya terus berdiri di situ dan selepas itu ada seorang acik datang yang baru juga balik latihan kriket dan saya beritahu anak dia ada di atas dan waktu saya beritahu itu saya dalam keadaan menangis.”
49
SP4 juga telah melukis posisi kedudukannya semasa berdiri sebelah kereta (bahagian penumpang hadapan) di atas gambar tempat kejadian [P2A dan P2B] menunjukkan SP4 di “X1”.
50
SP4 juga melukiskan anggaran ketinggiannya dengan aras kereta di atas gambar P5B.
51
Pada 26.5.2025, atas permohonan peguambela, semua pihak telah hadir di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah untuk memeriksa kenderaan dan lakonan semula kejadian oleh SP4. Mahkamah telah merekodkan yang berikut: “Mahkamah: Demonstrasi dijalankan dan pengukuran jarak dilakukan:
1
Jarak di antara mangsa dan kenderaan semasa kenderaan sampai – 7.4 kaki.
2
Jarak antara mangsa dan kenderaan semasa tingkap dibuka – 1.6 kaki.
3
Jarak cermin kereta bahagian penumpang diturunkan adalah 1 kaki dari visor tingkap.
4
Jarak cermin kereta yang tidak diturunkan 0.3 kaki (bahagian yang tak dapat dibuka).
5
Jarak mangsa dan kereta selepas mangsa lari ke belakang kenderaan – 6.4 kaki dari bucu bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta.
6
Jarak antara mangsa dan kenderaan 2 minggu sebelum kejadian adalah - 9.2 kaki dari bucu kenderaan bahagian hadapan penumpang sebelah kiri.
7
No kenderaan dan chasis disahkan dan dipersetujui semua pihak.
8
Ekhsibit gambar kenderaan - P5(a-d) disahkan oleh mangsa.
9
Tingkap sebelah penumpang hadapan tidak boleh dibuka penuh semasa pemeriksaan kenderaan dijalankan.
10
Cermin di bahagian penumpang dan belakang tinted tetapi cermin di bahagian windshield boleh dilihat.
52
Semasa pemeriksaan balas, SP4 ditanya bertubi-tubi berkenaan kredibiliti mangsa khususnya berkenaan adalah mustahil SP4 boleh nampak kemaluan mangsa dalam situasi: a) Seluar yang dipakai OKT pada hari kejadian adalah seluar trek (D6) dan bukan seluar berzip; b) Cermin tingkap tinted dan tidak boleh diturunkan sepenuhnya dengan mengambil kira kedudukan OKT menggosok kemaluan dengan gerakan atas ke bawah.
53
Semasa pemeriksaan balas dan demonstrasi tersebut SP4 mengatakan bahawa pada hari kejadian tersebut cermin tingkap bahagian penumpang hadapan bukan seperti keadaan kereta yang dibawa ke Mahkamah. Pada hari kejadian cermin tingkap boleh diturunkan paras ¾ atau di paras dada SP4 dan bukan seperti dilihat oleh Mahkamah 0.3 kaki tidak dapat dibuka. (bahagian yang tak dapat dibuka). SP4 langsung tidak berganjak dengan versinya.
54
Selain daripada itu, SP4 mengatakan boleh nampak muka dan kemaluan OKT kerana nampak di cermin hadapan (windshield) yang tidak tinted. SP4 nampak jelas keadaan dalam kereta tersebut kerana ketinggian SP4 adalah 153 cm lebih kurang sama tinggi dengan paras tingkap. SP4 melakonkan semula bagaimana beliau boleh nampak OKT menggosok kemaluannya kerana jarak semasa bercakap dengan OKT adalah 1.6 kaki dan jarak semasa nampak OKT menggosok kemaluan adalah 1 kaki sahaja.
55
Dari keterangan di atas, Mahkamah berpendapat mangsa adalah seorang saksi yang jujur dan kredibel. SP4 tidak teragak-agak dalam memberi keterangan. Walaupun hadir ke Mahkamah dua kali, dalam selang masa 13.5.2025 hingga 26.5.2025, SP4 masih mengekalkan keterangan dan menafikan cadangan-cadangan peguambela. SP4 telah mengecam muka OKT walaupun tingkap tinted kerana OKT berkesempatan bercakap-cakap dengan mangsa. SP4 juga boleh nampak kemaluan OKT kerana jarak adalah dekat dan cermin tingkap penumpang boleh dibuka penuh. SP4 yakin bahawa seluar yang dipakai oleh OKT bukan seluar trek tetapi seluar jeans pendek paras lutut dan ada zip warna hitam. OKT juga memakai T Shirt lengan pendek berwarna hitam. SP4 nampak OKT memegang kemaluannya dengan tangan kiri.
56
Melalui keterangan SP2 juga adalah jelas bahawa OKT memang menggunakan kereta ayahnya ke Pasir Panjang untuk kerja pendawaian. Ini menguatkan lagi fakta bahawa OKT berada di tempat kejadian.
57
Berkenaan isu apakah pakaian dipakai OKT semasa keluar bekerja pula, SP2 mengatakan anaknya memakai seluar trek panjang logo putih dan baju T Shirt putih. SP2 mengatakan OKT tidak memakai seluar berzip sebagaimana dakwaan mangsa. Dalam memutuskan isu ini, Mahkamah merujuk kembali kepada laporan polis P3 dibuat sejam selepas kejadian yang jelas mengatakan “Sambil menunjukkan kemaluannya dengan zip seluar yang terbuka”. Semasa membuat laporan ini, memori SP4 masih segar dan boleh mengingat dengan baik dan telah menulis seluar jenis berzip.
58
Laporan polis adalah relevan dan boleh diterimamasuk sebagai keterangan melalui seksyen 157 Akta Keterangan 1950 bernilai probatif tinggi dan konsisten dengan keterangan mangsa. Ianya adalah material untuk menunjukkan betapa konsistennya keterangan dalam laporan polis yang dibuat dengan keterangan bersumpah SP4 di Mahkamah. Laporan polis hanyalah berbentuk keterangan menyokong (supportive) sahaja dan bukannya keterangan substantif (Tan Cheng Kooi & Anor V. Public Prosecutor [1972] 2 MLJ 115), PP V Mohammad Terang Amit (1999) 5 CLJ 156, Fazrul Shah Ngadiman v PP [2011] 1 LNS 747).
59
Jika diperhatikan keterangan SP2 semasa pemeriksaan semula pula, telah mengakui tidak ingat tarikh bila nampak anaknya keluar rumah memakai seluar D6 dan bersetuju dengan tarikh 25.10.2023 bila peguambela yang memberitahu tarikh itu. Jadi, sebenarnya SP2 tidaklah ingat anaknya memakai seluar D6 pada hari kejadian. SP2 banyak memberi jawapan tidak ingat.
60
Selain daripada itu, merujuk kepada keterangan SP5 juga mengesahkan pernah nampak 5 ke 10 kali kereta Toyota Avanza berwarna biru yang sama berdekatan dengan Klinik Kesihatan Pasir Panjang yang berhadapan sekolah. Walaupun SP5 tidak pasti nombor pendaftaran kereta dan tidak tahu siapa pemandu, namun boleh mengingat model dan warna kereta. Keterangan SP4 adalah berikut: “SP5: Saya tak pernah nampak selepas kejadian itu. Tapi sebelum itu saya tunggu di pagar kecil saya pernah nampak kereta Avanza biru itu berlegar-legar di depan kawasan klinik. TPR: Klinik apa namanya? SP5: Klinik Kesihatan Pasir Panjang. TPR: Klinik ini dekat mana? SP5: Betul-betul berhadapan dengan sekolah TPR: Bila Adriana nampak kereta itu berdekatan dengan klinik sebelum kejadian Amirah ini? SP5: Kebiasaannya pada hari Jumaat saya akan pulang mengikut pagar kecil. Emak saya selalu ambil saya lambat dan dan bila dah tiada orang, bila dah kurang pelajar, saya ada nampak dia parking berdekataan dengan bus stop pintu pagar besar. Dan kadang-kadang berada di hadapan klinik. TPR: Berapa kali Adriana nampak kereta Toyota Avanza ini? SP5: Lebih daripada 5 kali. TPR: Hari yang berbeza ke? SP5: Hari yang berbeza. TPR: Bila Adriana nampak kereta ini dekat bus stop pintu pagar besar, kadang depan klinik. Apa tindakan Adriana? SP5: Saya mula-mula ingat mungkin pemandunya tengah menunggu anak pulang dari sekolah. Jadi, saya kurang fokus pada kereta itu cuma keberadaan kereta itu sangat banyak kali. Dan untuk masa yang lama. Jadi, saya rasa pelik lah. TPR: Maksud banyak kali dalam masa yang lama itu berapa lama kereta itu ada dekat situ? SP5: Biasanya kalau saya balik lambat, akan ada beberapa pelajar yang masih berada di sekolah. Cuma saya tahu mereka semua naik van. Sebab ada sekali mereka pulang dulu sebelum saya dan mereka semua naik van. Jadi, saya rasa mungkin pemandu itu bukannya menunggu anaknya pun daripada sekolah. TPR: Berapa lama biasanya kereta itu ada di situ? SP5: Saya kurang pasti tapi selepas 30 minit selepas pelajar pulang saya nampak mereka. TPR: Apa kereta itu buat? SP5: Kereta itu parking di situ dan tingkapnya naik dan saya tak nampak pemandu. TPR: Anggaran lebih 5 kali tu berapa kali 10-20 kali? SP5: Dalam 10 kali. TPR: Sejak bila Adriana nampak Toyota Avanza biru ini? SP5: Saya kurang pasti tapi sejak tingkatan 4 saya mula balik lambat sedikit. TPR: Anggaran jam berapa nampak? SP5: Dalam jam 3.00 petang. TPR: 10 kali yang nampak ini dalam jam 3.00 petang? SP5: 3.00-3.30 petang.”
61
Kesimpulannya, keterangan SP5 adalah relevan kepada “fact in issue” dan boleh diterima masuk menurut seksyen 6 Akta 56. SP5 adalah seorang saksi bebas yang kebetulan berada di kawasan sekolah selepas kejadian dan bukannya saksi berkepentingan. Tiada sebab untuk Mahkamah meragui dan menolak keterangan SP5. Isu berkenaan tingkap kereta bahagian penumpang
62
Peguam menghujahkan bahawa versi SP4 adalah harus ditolak dan tidak boleh dipercayai kerana tingkap kereta bahagian penumpang tidak boleh dibuka sepenuhnya (rujuk gambar IDD- 11) dan juga pemeriksaan Mahkamah ke atas kereta yang menunjukkan bahagian yang tak dapat dibuka adalah 0.3 kaki sahaja. Maka, mustahil SP4 boleh nampak kemaluan OKT dari posisi beliau berdiri.
63
Pemilik kereta adalah bapa OKT SP2. Beliau memberi keterangan pada 11.6.2024. Selepas penahanan OKT, kereta tersebut ditahan oleh pihak berkuasa. Peguambela menulis untuk kereta tersebut dilepaskan pada 25.3.2024 dan 26.3.2024. Selepas SP2 memberi keterangan barulah kereta tersebut dilepaskan pada 31.1.2025. Pada 13.5.2025, mangsa memberi keterangan dan disoal berkenaan cermin kereta tersebut. Peguambela telah mengemukakan sekeping gambar menunjukkan cermin bahagian penumpang tidak boleh dibuka penuh (IDD-11). Selepas itu pada 26.5.2025 Mahkamah memeriksa kereta tersebut buat kali pertama secara visual.
64
Dari awal lagi mangsa bertegas dan tidak berganjak bahawa pada hari kejadian cermin tingkap kereta tersebut boleh diturun sepenuhnya.
65
Pihak pembelaan langsung tidak membangkitkan isu cermin tingkap ini kepada SP2 selaku pemilik kereta. Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa sepatutnya isu ini dibangkitkan sejak awal semasa SP2 memberi keterangan lagi. Namun, pembelaan cermin tingkap rosak ini hanya dibangkitkan selepas kereta diserahkan kepada pihak SP2 pada 31.1.2025. Isu cermin tingkap hanya dibangkitkan pada 26.5.2025. Dari tempoh 31.1.2025 sehingga 26.5.2025 kereta sudah berada dalam pemilikan SP2 dan terdapat kebarangkalian isu pengusikan. Sekiranya pembelaan berhasrat membangkitkan isu pembelaan cermin tingkap rosak ini maka sepatutnya dibangkitkan semasa SP2 memberi keterangan dan tidak memohon kereta tersebut dipulangkan dan/atau memohon demonstrasi lakonan semula dijalankan sebelum kereta dipulangkan. Kelakuan dan reaksi mangsa selepas kejadian
66
Perilaku/kelakuan sejurus daripada kejadian jelas menunjukkan bahawa SP4 berada dalam ketakutan dan trauma setelah kejadian yang dilakukan oleh OKT di dalam hadapan perhentian bas sekolah.
67
Merujuk kepada illustrasi (j) seksyen 8 Akta 56 aduan mangsa selepas kejadian adalah relevan: "(j) The question is whether A was ravished. The facts that shortly after the alleged rape she made a complaint relating to the crime, the circumstances under which and the terms in which the complaint was made are relevant. The fact that without making a complaint she said that she had been ravished is not relevant as conduct under this section, though it may be relevant—
i
as a dying declaration under paragraph 32(1)(a); or
II
(ii) as corroborative evidence under section 157."
68
Selepas kejadian, SP4 menjadi takut dan cemas sehinggakan SP4 berlari ke belakang bucu kereta untuk mengambil nombor pendaftaran kereta. Kemudian, apabila kereta sudah beredar dan SP6 hadir ke kawasan perhentian bas, SP4 meminta tolong SP6 sambil menangis.
69
SP6 juga mengesahkan dalam keterangannya nampak SP4 menangis dan agak takut.
70
Begitu juga keterangan SP6 yang mengatakan bila ternampak sahaja SP5, SP4 peluk SP5 sambil menangis dan menceritakan apa yang berlaku.
71
SP1 mengatakan bila SP4 sampai ke rumah SP4 menangis takut dan menggigil.
72
Keterangan bersumpah SP1, SP5 dan SP6 adalah konsisten dengan keterangan mangsa.
73
Mahkamah ini merujuk kepada kes Prem Anand Loganathan lwn. PP [2021] CLJU 1693; [2021] 1 LNS 1693 dimana Mahkamah di dalam kes tersebut menyatakan bahawa perilaku mangsa adalah fakta material dan relevan terutamanya bagi kes melibatkan kesalahan jenayah seksual. Di dalam kes tersebut Mahkamah Tinggi berpendapat keengganan mangsa mendapatkan rawatan perubatan dan membantu penyiasatan adalah relevan dan tidak sejajar dengan kelakuan seorang mangsa kes cabul kerana ada dakwaan discaj cecair dari kemaluan mangsa selepas kejadian.
74
Begitu juga di dalam kes Azmi Mahmood lwn. PP [2020] CLJU 1041; [2020] 1 LNS 1041 , Mahkamah menyatakan:- "[28] Kejadian yang didakwa berlaku bermula di tandas dalam bilik tidur utama sehingga lah ke dapur rumah tersebut. Mahkamah ini mendapati kejadian berlaku di tiga tempat di dalam rumah perayu. Tiga tempat ini adalah di tandas, di hadapan pintu bilik utama perayu dan di kabinet dapur.Pada pandangan mahkamah ini, SP 1 mempunyai banyak peluang untuk beredar dari rumah perayu sebaik sahaja kejadian di tandas berlaku. Mahkamah ini berpendapat, sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada seseorang, semestinya seseorang itu akan melarikan diri daripada keadaan tersebut.Dalam kes rayuan ini, SP 1 tidak beredar pergi dengan serta merta. Malah, SP 1 masih berada di dalam rumah perayu tersebut sehinggalah kejadian berlarutan. Oleh itu, mahkamah berpandangan adalah tidak munasabah sekiranya seseorang yang diperlakukan sepertimana yang didakwa oleh SP 1 tidak beredar dengan serta merta."
75
Berbalik kepada fakta dalam kes semasa yang harus dibezakan dengan kes Azmi Mahmood (supra) dan Prem Anand Loganathan (supra), SP4 terus melarikan diri bila nampak OKT menggosok kemaluannya.
76
Merujuk kes Mohamad Akhir Bin Bakar Lwn Pendakwa Raya [2019] MLJU 3, YA Tuan Abu Bakar Katar (pada ketika itu) telah memutuskan bahawa: “[40] Mahkamah ini berpendapat walaupun mangsa masih boleh tersenyum ini tidak bermakna apa yang diceritakan oleh SP4 tidak berlaku. Seseorang kanak-kanak berbeza tahap kekuatan mental dan bagaimana mengatasi tekanan. SP4 walaupun masih boleh tersenyum apabila berjumpa SP6 menceritakan apa yang berlaku, SP4 sebaik berjumpa emaknya iaitu SP2 terus menangis. Mahkamah ini berpendapat ia tidak melunturkan kewibawaan sebagai seorang saksi pendakwaan. Mahkamah berpendapat SP4 dalam usia sebegitu tiada alasan untuk mengada-adakan cerita perayu mencabulnya. Mahkamah ini berpendapat tiada alasan bagi SP4 seorang murid sanggup menganiayai gurunya sekiranya apa yang berlaku hanyalah diada-adakan.”
77
Merujuk kepada kes Muniandy Poomalai v. PP [2024] CLJU 699 yang telah diputuskan berkenaan dengan keterangan saksi kanak-kanak di dalam kes amang fizikal seksual sebagaimana berikut:- “[17] The SCJ had considered corroborative evidence and had discussed the applicability of s. 157 of the Evidence Act 1950 in the grounds of judgment. She did find that corroboration came from the evidence of SP4 who saw the condition of her daughter after she came home that morning. In the case of PP v. Mardai [1949] CLJU 65; [1950] 16 MLJ 33 the court stated: "Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated, nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story. It would be sufficient, in my view, if that corroboration consisted only of a subsequent complaint by the complainant herself provided that the statement implicated the accused and was made at the first reasonable opportunity after the commission of the offence."
78
Dalam kes Liew Kim Yong v PP [1989] 3MLJ 323 rujukan dibuat ke dalam kes R v Redpath (1962) 46 Cr App R 319, CCA ia diputuskan Grimberg JC di Mahkamah Rayuan Singapura: “It is well established that there must be a guarded approach to ex post facto crying or distress as evidence of corroboration – see, for example, R v Wilson (1979) 58 Cr App R 304 – because distress might result from other causes dissociated from the alleged offence; or the complainant “might be putting on an act or simulating distress” – the words of Lord Parker CJ in R v Redpath (1962) 46 Cr App R 319. That the learned trial judge warned himself of the danger is manifest. In doing so, he adopted Lord Parker’s phraseology: “Jackie’s mother had found her in a distressed state barely a few hours after the rape. The circumstances under which the mother found her did not suggest that Jackie was putting on an act and was simulating distress. Her mother had found her crying in the bedroom and, when questioned, had refused to tell the mother what had happened because she was too ashamed to do so.”
79
Secara keseluruhan, pada hemat saya di peringkat ini keterangan SP4 adalah konsisten dari awal sehingga akhir. Keterangannya disokong oleh keterangan SP1, SP5 dan SP6 yang nampak SP4 menangis.
80
Oleh yang demikian, adalah jelas di sini, keterangan SP4 yang merupakan mangsa perlakuan jenayah amang seksual bukan fizikal telah disokong oleh fakta-fakta dan keterangan-keterangan lain yang bebas. Adalah jelas bahawa perbuatan tersebut memang berlaku dan SP4 berasa berada dalam keadaan takut dan trauma.
81
Oleh yang demikian elemen kedua iaitu OKT menyentuh mana-mana bahagian tubuh badan mangsa adalah terbukti dengan tindakan memegang tangan dan meraba paha mangsa. Isu percanggahan dalam laporan polis dan keterangan bersumpah mangsa
82
Di dalam laporan polis [P3] ditulis seperti berikut: “Tiba-tiba lelaki di dalam kereta tersebut (1)(L) India turunkan cermin kereta dan memanggil saya dengan kuat . Dia tanya “Ni sekolah apa?” Saya rasa takut dan terus beredar dari situ. Tiba-tiba lelaki tersebut menjerit kepada saya Nak Ke? Sambil menunjukkan kemaluannya dengan zip seluar yang terbuka.
83
Keterangan SP4 pula mangsa mengatakan lelaki India tersebut menunjukkan kemaluannya dan selepas itu SP4 takut dan lari ke belakang kereta.
84
Terdapat sedikit percanggahan dari aspek kronologi (‘sequence’) bagaimana OKT menunjukkan kemaluannya.
85
Semasa pemeriksaan balas SP4 sudah menjelaskan kenapa berlaku kesilapan dari kronologi (‘sequence’) apa yang berlaku dahulu. “SP4: Sebab waktu saya lapor di Balai Polis Pasir Panjang kejadian baru berlaku dan saya masih dalam keadaan takut dan cerita itu dia macam, saya dalam keadaan takut nak beritahu polis itu, dia macam ada nervous-nervous dekat situ.”
86
Pada hemat saya percanggahan tentang aturan (sequence) apa berlaku dahulu adalah tidaklah material. Mangsa seorang kanak-kanak yang masih takut dan gementar untuk membuat laporan. Yang penting adalah mangsa tidak tersilap berkenaan elemen pertuduhan iaitu OKT menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.
87
Selanjutnya adalah berkenaan percanggahan perbuatan “menunjukkan kemaluan” atau “menunjukkan dan menggosokkan kemaluan”. Di dalam pertuduhan dan laporan polis [P3] mengatakan menunjukkan kemaluan sahaja tanpa aksi menggosok kemaluan. Namun di dalam keterangan SP4 dan SP7 mengatakan menunjukkan dan menggosokkan kemaluan iaitu gerakan atas bawah.
88
Sekali lagi, Mahkamah berpendapat tiada percanggahan di sini. Sudah banyak otoriti yang mantap mengatakan laporan polis bukanlah Encyclopedia. Tujuan laporan polis adalah sebagai maklumat pertama (First Information Report) untuk polis memulakan penyiasatan. Ia berbentuk “non exhaustive” dan tidak memerlukan setiap butiran jenayah; cukup sekadar memasukkan perkara utama bukan dokumen akhir yang komprehensif seperti ensiklopedia, membenarkan fakta baharu muncul kemudian, walaupun Mahkamah masih menjangkakan butiran penting disertakan untuk mengelakkan versi bercanggah kemudian. Ia adalah pencetus awal untuk tindakan polis, tetapi kesempurnaan siasatan bergantung pada bukti yang dikumpul, bukan hanya kandungan laporan pertama. [Herchun Singh & Ors v Public Prosecutor [1969] 1 LNS 52]; Gan Kim Seang v Pendakwa Raya 2008 2 MLJ 501].
89
Elemen yang harus dibuktikan di dalam pertuduhan seksyen 15(a)(i) adalah menunjukkan badannya (kemaluan) kepada kanak-kanak dengan niat kemaluannya dilihat oleh mangsa kanak-kanak bagi maksud seksual. Keterangan mangsa dan SP7 adalah konsisten bahawa OKT menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Berkenaan sama ada aksi OKT memegang, mengoyang atau mengosok kemaluan atau tidak, semuanya bersifat ‘semantic’ semata-mata kerana isu pokok adalah “menunjukkan kemaluan” dan pendakwaan telah membuktikan elemen ini. Percanggahan keterangan saksi pendakwaan
90
Isu berikutnya adalah berkenaan percanggahan keterangan sama ada mangsa ingin ditarik masuk ke dalam kereta atau tidak. Ibu mangsa ada mengatakan lelaki India tersebut ingin menarik SP4 masuk ke dalam kereta manakala SP4 tidak bersetuju dia ditarik masuk ke dalam kereta.
91
Keterangan SP4 semasa pemeriksaan semula adalah: “TPR: Tadi peguambela tanya, kalau pintu tertutup dan tingkap buka sedikit sahaja, mustahil pemandu ini tarik Amirah masuk kereta. Amirah jawab tak. Apa Amirah maksudkan? SP4: Dia tak akan boleh tarik saya masuk sebab keadaan tingkap dia buka sikit sahaja.”
92
SP4 tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa dirinya ditarik ke dalam kereta. Isu ditarik ke dalam kereta tidak pernah SP4 nyatakan dalam keterangan bersumpah atau pun dalam laporan polis. Isu ini hanya diceritakan oleh SP1 dalam keterangan bersumpah sahaja.
93
Sekali lagi sama ada SP4 ditarik masuk dalam kereta atau tidak bukanlah elemen dalam pertuduhan. Yang penting dan perlu dibuktikan oleh pendakwaan adalah isu sama ada OKT menunjukkan kemaluannya kepada SP4.
94
Pada hemat saya isu ditarik atau tidak ke dalam kereta adalah percanggahan tidak material dan tidak menjejaskan kewibawaaan mangsa sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai. Isu sama ada mangsa mempunyai motif buruk untuk mengenakan OKT
95
Di dalam kes ini SP4 langsung tidak mengenali OKT untuk menerbitkan rasa benci, tidak suka atau ingin mengenakan OKT dengan membuat pertuduhan jahat kepada OKT. SP4 juga tidak bersetuju dengan cadangan peguambela yang mengatakan bahawa beliau telah mereka-reka cerita.
96
Tiada keterangan menunjukkan SP4 berpakat-pakat dengan sesiapa untuk membuat dakwaan palsu ke atas OKT. Mangsa tampil dengan sendiri, membuat pendedahan spontan tanpa dorongan dan/atau pujukan dan/atau ugutan sesiapa.
97
Selain itu SP4 seorang kanak-kanak yang masih remaja tiada sebarang sebab untuk mereka-reka cerita kepada Mahkamah atau mengenakan OKT sehingga menyimpan dendam terhadap OKT. Mahkamah merumuskan keterangan mangsa adalah bebas, tanpa paksaan, ugutan, dorongan dan tiada sesiapa memberi tunjuk ajar kepada mangsa sebelum memberi keterangan.
98
Mahkamah merujuk kepada artikel seorang pakar di dalam penderaan seksual kanak-kanak Profesor Kathleen Coulborn dari Universiti Michigan Amerika Syarikat didalam artikel beliau yang bertajuk Is the Child Victim of Sexual Abuse Telling the Truth. Di dalam artikel tersebut beliau telah menyatakan seperti berikut: “Children do not make up stories asserting they have been sexually molested. It is not in their interests to do so. Young children do not have the sexual knowledge necessary to fabricate an allegation. Clinicians and researchers in the field of sexual abuse are in agreement that false allegations by children are extremely rare.”
99
Mahkamah juga merujuk kepada pemerhatian Mahkamah berkenaan keterangan saksi kanak-kanak di dalam kes State v. McCafferty, 356 N.W.2d 159, 164 (S.D. [1984]) kes Mahkamah Tinggi di Amerika Syarikat yang telah memutuskan berkenaan keterangan seorang kanak-kanak seperti berikut: “A young child is unlikely to fabricate a graphic account of sexual activity because such activity is beyond the realm of his or her experience.”
100
Seorang mangsa kanak-kanak juga secara amnya akan mengalami proses “re-victimisation” jika membuat pengaduan kepada pihak berkuasa kerana perlu menceritakan kejadian yang menimpanya berkali-kali sedangkan mangsa sebenarnya ingin melupakan kejadian tersebut dan meneruskan kehidupan. Jika benarlah aduan SP4 adalah palsu, sudah pasti SP4 akan mendapat keuntungan untuk mengenakan OKT. Hakikat yang sebenarnya, SP4 tidak mendapat apa-apa keuntungan tetapi perlu melalui proses “re-victimasation” di samping berhabis masa dan kos untuk hadir ke Mahkamah.
101
Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa SP4 merupakan saksi yang tidak ada kepentingan, jujur, kredibel dan “unusually convincing”. Keterangannya adalah tiada sebarang keraguan, tidak goyah dan padu.
102
Keterangan sokongan Seksyen 134 Akta Keterangan 1950 dengan jelasnya membolehkan Mahkamah mensabitkan seseorang hanya berdasarkan keterangan seorang saksi sahaja yang memberi keterangan sekiranya Mahkamah berpuas hati dengan keterangan dan fakta yang di tegaskan. Menurut prinsip di dalam kes Aziz bin Muhamad Din v PP [1996] 5 MLJ 473, Yang Arif Augustine Paul telah menyatakan keterangan mangsa tanpa sokongan boleh diterimapakai, namun sebagai “rule of practice and prudent”, seorang Hakim perlu memberi amaran kepada diri sendiri sebelum mensabitkan seseorang dengan kesalahan tersebut hanya berdasarkan keterangan tersebut.
103
Merujuk kepada seksyen 18 Akta 792 (sebelum pindaan) masih terpakai kerana kejadian dalam pertuduhan berlaku sebelum pindaan maka OKT boleh disabitkan sekiranya keterangan mangsa tiada sokongan.
104
Walaupun keterangan sokongan bukan pra syarat dan Mahkamah boleh sabitkan hanya dengan bergantung kepada keterangan mangsa sekiranya ia “unusually convincing” dengan memberi amaran kepada diri sendiri (PP v. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359) Pada peringkat ini Mahkamah tiada masalah untuk memutuskan keterangan SP4 adalah konsisten semasa menceritakan kejadian yang berlaku pada hari kejadian. Elemen ketiga: OKT menunjukkan kemaluannya dengan niat kemaluannya dilihat oleh mangsa kanak-kanak bagi maksud seksual
105
Melalui keterangan SP4, OKT sengaja memanggil SP4 datang dekat dan menurunkan cermin tingkap sambil bertanya soalan kepada SP4 “Nak ke?” semasa OKT menggosok kemaluannya dalam keadaan zip terbuka dan tidak memakai seluar dalam.
106
Tugas Mahkamah akan menilai adakah perilaku tersebut dilakukan dengan “maksud seksual”. Perbuatan menggosokkan kemaluan dihadapan seorang tersebut berunsurkan seksual yang bukan diterima dalam norma biasa masyarakat Malaysia. Di dalam keterangan mangsa mengatakan OKT menunjukkan aksi bermain-main kemaluannya kepada mangsa sambil menjerit “Nak ke?”. Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa perlakuan ini lari dari amalan, moral dan norma biasa masyarakat timur, merendah-rendahkan martabat kaum wanita dan tindakan ini adalah tanpa justifikasi yang sah. Elemen ini berjaya dibuktikan. F.
107
Secara keseluruhannya pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama sehingga ketiga yang mana OKT telah menunjukkan kemaluannya sambil menggosok kemaluan melakukan amang seksual bukan fizikal bagi maksud seksual selaras dengan peruntukan seksyen 15(a)(i) Akta 792.
108
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah sekali lagi meneliti keseluruhan keterangan pendakwaan di tahap penilaian maksima bagi memastikan tiada berlaku apa-apa ketidakadilan atau ketinggalan di dalam mencapai keputusan yang dibuat dan setelah berbuat demikian secara mendalam mahkamah ini berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada SP4 bagi maksud seksual.
109
Maka dengan itu OKT telah diperintah untuk membela diri terhadap pertuduhan ini.
110
OKT diberi tiga pilihan:
i
Memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi;
II
(ii) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang salah; atau
III
(iii) Berdiam diri. G. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN
111
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini telah merujuk kepada beberapa kes dibawah bagi mengetahui tugas-tugas mahkamah yang perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan akhir dapat diadakan. Mahkamah ini telah merujuk kepada Kes: Arulpragasan a/l Sandaraju v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 597, [1996] 1 MLRA 588, [1997] 1 MLJ at. 76 (FC) yang menyatakan: "........the second stage comes after the defence has been called. The defence can either rebut the prosecution evidence or raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case. At the end of the defence case, it is the duty of court to consider the defence evidence in the light of the prosecution evidence. The court considers the case as a whole. Then and only then, the court will make a finding on the guilt of the accused. This is pursuant to section 183 of the Code......."
112
Merujuk kepada kes PP v Iskandar Mohd Yusof [2006] 6CLJ 379 diputuskan: “[10] As said above when I called the defence I was satisfied that a prima facie case had successfully been established by the prosecution. Factually and legally the prosecution had satisfied all the ingredients and requirements of s. 180 of the Criminal Procedure Code. Before arriving at that conclusion as required by the latter section, and as stated earlier, a maximum evaluation of the evidence was conducted by me. Needless to say that evaluation was totally one sided, in that it was substantially the evidence adduced by the prosecution, though peppered by the accused person's suggestions and answers elicited from witnesses in the course of the cross examination. Naturally at that stage no sworn testimony of the accused person was made available that could prematurely punch holes in the prosecution's story. Naturally too whatever was suggested by the accused person that could be helpful to him inevitably would receive unhelpful answers. With such a scenario the prosecution literally sauntered into the defence stage. [11] At the defence stage a different scenario expressed itself. The prosecution's story had to be reevaluated maximum-like, but this time padded by the additional defence's version, which was given under oath. At the end of the accused person's case, unless the prosecution succeeded at convincing me beyond reasonable doubt, he must be acquitted. All the latter needed to do was to weaken the prosecution's case on a balance of probability.”
113
Dalam kes: Yap Sing Hock & Anor v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ Rep 356; ".....It is a fundamental principle in our law that the prosecution has to prove every ingredient of the offence or charge beyond a reasonable doubt........the onus never changes. There is no duty cast on an accused person to established his innocence........."
114
Justeru itu, adalah menjadi tugas mahkamah untuk menimbangkan samada keterangan pembelaan diri OKT telah berjaya menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah keatas kes pendakwaan ataupun mematahkan anggapan kes pendakwaan. Seksyen 173(m) dan 182A Kanun Prosedur Jenayah menghendaki Mahkamah menimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan di hadapannya dan hendaklah memastikan samada pendakwaan telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah (has proves its case beyond reasonable doubt). Keraguan yang munasabah dijelaskan di dalam kes PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 bahawa: “a reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.”
115
Kes-kes yang dirujuk dari masa ke semasa mengenai pendekatan yang perlu diambil oleh mahkamah pada akhir keseluruhan kes ialah Mat v. PP [1963] 23 MLJ 263 yang telah dirujuk didalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 AMR 203 seperti berikut: “The position may be conveniently stated as follows: If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused guilt…convict. If you accept or believe the accused’s explanation…do not convict but consider the next steps below. If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt…convict. If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt…acquit.”
116
H. PENILAIAN MAHKAMAH TERHADAP PEMBELAAN OKT Di peringkat ini Mahkamah perlu meneliti dan menilai semula keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di peringkat kes pendakwaan dan pembelaan secara lengkap dan menyeluruh.
117
OKT (SD1) telah memberi keterangan secara bersumpah. Keterangan OKT adalah seperti berikut: a) OKT bekerja sebagai seorang juruteknik dan pada hari kejadian adalah hari cuti rehat. b) Pada 25.10.2023 jam lebih kurang pukul 11.30 pagi, SD1 terima panggilan daripada SD2 untuk membuat kerja-kerja pendawaian di rumah SD2. c) Pada 25.10.2023 jam lebih kurang pukul 3.45 petang, SD1 telah bertolak ke Pasir Panjang, Port Dickson menghala ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang untuk ke rumah SD2. Dalam perjalanan lebih kurang 100 meter ke Klinik Kesihatan, SD2 berkongsi “location” dan OKT mengikut Google Maps meminta membuat pusingan U berhenti di hadapan perhentian bas berhampiran sekolah (tempat kejadian). d) SD1 mendakwa bahawa selepas berhentikan kereta Avanza di hadapan perhentian bas, SD1 pun turunkan cermin tingkap hadapan kiri penumpang dan memanggil pelajar perempuan yang sedang duduk di perhentian bas. Pada masa itu jarak budak perempuan itu dengan kenderaan SD1 adalah lebih kurang 3 hingga 4 meter. e) SD1 mendakwa cermin tingkap kereta bahagian penumpang hadapan boleh dibuka sedikit sahaja lebih kurang 2-3 inci, tinted dan budak perempuan itu hanya boleh melihat muka dan mendengar suara SD1 sahaja. f) SD1 menafikan cermin tingkap boleh dibuka ¾ daripada keluasan sebenar kerana rosak dan cermin tingkap tidak dibaiki kerana susah mendapat motor tingkap. g) SD1 mendakwa bahawa dia memanggil dengan suara yang tinggi "adik mari" supaya budak itu boleh mendengar suaranya. SD1 bercakap dengan suara tinggi bertanya "ini sekolah apa?" "kawasan ini kawasan apa?". Tetapi reaksi budak itu adalah bangun daripada perhentian bas dan berlari ke belakang, dimana SD1 tidak tahu. Semasa budak itu bangun dan berlari, SD1 cakap "bodoh" kerana budak itu lari tanpa sebab yang munasabah. SD1 sendiri tidak tahu sama ada budak itu dengar perkataan bodoh atau pun tidak. h) SD1 menafikan bahawa mangsa telah datang berdiri di sebelah tingkap kereta selepas dipanggil oleh SD1. i) SD1 mendakwa memakai baju T Shirt dan seluar trek panjang. SD1 menafikan memakai seluar jeans pendek dan berzip. j) SD1 juga menafikan ada membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan dan menggosok kemaluan di hadapan budak tersebut. k) SD1 mendakwa bahawa telefon yang beliau gunakan untuk menghubungi pelanggan SD2 semasa kejadian sudah rosak dan telah tukar simkad yang baru. Jadi SD1 tidak mempunyai bukti perbualan telefon dengan SD2.
118
SD2 telah memberi keterangan secara bersumpah seperti berikut: a) Pada 25.10.2023 SD2 menghubungi SD1 untuk perkhidmatan kerja-kerja pendawaian. Nombor telefon SD1 diperolehi dari kawan. b) SD1 telah datang ke rumah untuk menilai kerosakan dan anggaran kos serta upah yang perlu dibayar. c) Pada jam 4 hingga 4.30 petang, SD1 menelefon SD2 memberitahu ada masalah mencari jalan dan minta SD2 kongsi “location”. d) SD1 datang ke rumah SD2 lebih kurang 4.30 petang dan selesai melakukan pemeriksaan 2 jam kemudian. e) SD2 mengesahkan SD1 memakai baju T Shirt warna tidak ingat dan seluar trek panjang. SD2 boleh mengecam SD1 dan mengecam pakaiannya kerana berada jarak dekat sepanjang SD1 melakukan kerja-kerja di rumahnya. f) Selepas dimaklumkan kos dan upah mencecah RM1,000, SD2 membatalkan hasrat mengupah SD1 kerana kos tersebut terlalu tinggi.
119
Secara keseluruhan boleh disimpulkan bahawa pembelaan menumpu kepada beberapa isu berikut untuk melepaskan diri dari pertuduhan terhadapnya: a) OKT tidak sama sekali menunjukkan kemaluannya kepada SP4. Mangsa berdiri 3-4 meter daripada kereta. Cermin tingkap tinted dan tidak boleh diturunkan secara penuh maka mustahil SP4 nampak OKT menggosok kemaluannya. b) SD1 memakai seluar trek panjang dan bukan seluar berzip maka adalah mustahil boleh menunjukkan kemaluannya. c) SD1 tidak memegang kemaluannya dengan tangan kirinya kerana SD1 sedang memegang telefon bimbit di tangan kiri semasa memberhentikan kereta dan bercakap dengan mangsa. Penilaian Mahkamah – adakah keterangan SD1 dan SD2 berjaya menimbulkan keraguan yang melampaui munasabah
120
Adalah tidak dinafikan SD1 memandu dan menggunakan kereta bapanya semasa kejadian.
121
Adalah tidak dinafikan juga SD1 ada berhenti di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang dan bertanyakan jalan kepada seorang pelajar perempuan yang duduk di Perhentian Bas Sekolah dan pelajar itu diakui adalah SP4.
122
Apa yang dinafikan adalah SD1 hanya sekadar bertanyakan soalan berkenaan jalan kepada mangsa. Reaksi SP4 selepas ditanya soalan adalah bangun daripada perhentian bas dan berlari ke belakang, di mana SD1 tidak tahu. Semasa budak perempuan itu berlari, SD1 cakap “Bodoh” kepada budak perempuan itu kerana lari tanpa sebab yang munasabah. OKT tidak tahu sama ada budak perempuan itu mendengar perkataan “Bodoh” itu.
123
SD1 menafikan membuka seluar, mengosok serta menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.
124
Di dalam keterangan bersumpahnya SD1 mengatakan pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan (4.15 petang), SD1 berada di hadapan perhentian bas dan bertanyakan soalan kepada mangsa. (Soalan dan Jawapan NO 17, 18, 19,20,21
125
SD2 mengesahkan bahawa SD1 sampai di rumahnya jam 4.30 petang dan selesai melakukan kerja dua (2) jam kemudian kira-kira 6.30 petang. Justeru itu, dari keterangan-keterangan di atas, menunjukkan pada 4.15 petang, OKT berada di tempat kejadian dan bercakap-cakap dengan mangsa.
126
Isu seluar yang dipakai oleh OKT Seluar trek panjang telah dikemukakan semasa perbicaraan oleh pihak pembelaan. OKT tidak pernah menunjukkan seluar ini kepada SP7 semasa dalam tempoh penyiasatan. Sekiranya diserahkan kepada SP7 maka mangsa boleh membuat pengecaman ke atas seluar itu dan boleh mengesahkan seluar berzip atau tidak.
127
Merujuk kepada pemeriksaan utama di mana SP7 mengesahkan bahawa OKT tidak beri kerjasama untuk menyerahkan seluar yang dipakainya semasa kejadian. Isu seluar berzip ini sudah diambil tindakan oleh SP7 namun tidak menjumpai seluar berzip ini. Keterangan SP7 dipetik seperti berikut: “TPR: Apa siasatan tentang seluar jenis berzip atau tak? SP7: Saya telah geledah rumah suspek di rumah OKT namun OKT tidak memberi kerjasama untuk menunjukkan pakaian yang dipakainya semasa kejadian. TPR: Jadi tiada rampasan seluar?
128
Isu ini telah dibangkitkan dalam kes pendakwaan dan mangsa langsung tidak berganjak menegaskan seluar dipakai OKT adalah seluar jeans berzip dan bukannya seluar D6.
129
Pembelaan berhujah keterangan SP2 penting dalam membuktikan seluar yang dipakai oleh SD1 semasa kejadian.
130
SP2 merupakan saksi berkepentingan dalam kes ini kerana mempunyai hubungan kekeluargaan. Mahkamah perlu berhati- hati mempertimbangkan keterangan beliau. Meskipun begitu, SP2 sendiri tidak boleh ingat secara pasti pada tarikh dan masa kejadian seluar apa yang dipakai oleh OKT dan hanya bersetuju bila peguambela yang memberi (leading) tarikh tersebut.
131
Selanjutnya adalah dihujahkan oleh pembelaan, keterangan SD2 juga menyokong berkenaan seluar yang dipakai oleh SD1. SD2 adalah pelanggan SD1 yang nampak seluar dipakai SD1 pada hari kejadian.
132
Mahkamah perlu berhati-hati menerima keterangan SD1 dan SD2 berkenaan isu ini bersandarkan alasan-alasan berikut: a) Di dalam D16, nama dan alamat pelanggan tidak ingat tetapi saksi ini boleh pula dikemukakan semasa perbicaraan selepas 3 tahun kejadian berlalu. b) SD1 disoal dalam penyiasatan sehari selepas kejadian. SD1 langsung tidak mengemukakan “call log” telefon bimbitnya untuk membuktikan kewujudan perbualan antara SD1 dan SD2 pada masa kejadian. Pada masa ini tiada keterangan dikemukakan oleh pembelaan bahawa telefon sudah rosak dan tukar sim kad baharu. c) Walaupun telefon bimbit rosak, sepatutnya pihak SD1 boleh mengemukakan “call log” melalui carian “service provider” atas nombor telefon lamanya 0102335407. d) Lebih menghairankan secara tiba-tiba nama SD2 seorang pelanggan yang tidak dikenalinya dan tidak ingat alamat rumah boleh diingat oleh SD1 dan memanggilnya ke Mahkamah selepas 3 tahun kejadian berlalu. e) Juga menghairankan “call log” telefon bimbit SD2 juga tidak dikemukakan di Mahkamah sebagai bukti sokongan atas alasan “saya sudah padam perbualan”. f) Di dalam D16, SD1 tidak ingat alamat rumah pelanggan tetapi di dalam keterangan PS-SD1 mengatakan di Jalan Setia. Walaupun Manishaa (SD2) wujud tetapi tiada keterangan sokongan menunjukkan SD2 adalah pelanggan dan OKT telah ke rumah Manishaa. Peranan Manishaa ini adalah satu pemikiran semula yang hanya dibangkitkan semasa kes pembelaan. g) SP4 juga tidak disoal balas berkenaan tangan kiri SD1 yang kononnya sedang memegang telefon bimbit dan bukannya memegang kemaluan. h) SD1 mengatakan bekerja sebagai juruteknik di Apartment Costa Rica. Pada 25.10.2023 adalah hari Rabu iaitu hari cuti untuknya. Bahagian sumber manusia (HR) ambil masa lama untuk meluluskan penggunaan clamp meter untuk tujuan “trouble shooting”. Adalah tidak munasabah langsung tiada sebarang rekod daripada syarikat HR yang boleh mengesahkan OKT bercuti setiap hari Rabu dan wujud permohonan penggunaan “clamp meter” ke rumah pelanggan ini. Rekod penggunaan “clamp meter” adalah ‘contemporaneous document” penting untuk pengesahan bahawa SD1 menerima panggilan pelanggan pada tarikh dan masa tersebut. i) Keterangan SD2 bahawa beliau masih ingat pakaian yang dipakai oleh SD1 namun lupa tarikh dan masa merupakan sesuatu yang dangkal. Adalah amat tidak munasabah SD2 mengatakan baru mengenali SD1 dan itu kali pertama berjumpa dengan SD1 dan beliau ingat pakaian yang dipakai SD1 namun lupa waktu SD1 sampai di rumah. j)
Preamble
Menurut SD2, OKT membuat pemeriksaan awal sahaja di rumah SD2 dan mengambil masa selama dua (2) jam. Tujuan pemeriksaan awal adalah untuk mengira anggaran kos yang akan dikenakan. Namun adalah amat menghairankan dan tidak munasabah tiada sebarang pembayaran dibuat dan tiada rekod berkenaan ini. Tempoh dua (2) jam pemeriksaan awal pada hemat saya adalah lama dan mustahil semuanya percuma terutama kepada seorang yang tidak dikenali (stranger). k) Pembelaan juga gagal menyoal balas semua saksi pendakwaan berkenaan Manishaa termasuk semasa bapa OKT memberi keterangan.
133
Apa yang boleh disimpulkan pembelaan seluar trek panjang yang kononnya dipakai adalah pembelaan terkemudian (fikiran semula).
134
Keterangan SD1 dan SD2 merupakan keterangan tanpa sokongan dan Mahkamah perlu berhati-hati menerima keterangan mereka. Adalah lumrah untuk seorang tertuduh menafikan untuk mengelak dari menerima hukuman. OKT sudah tahu bahawa akan menuntut keadilan di Mahkamah dengan tidak mengaku bersalah. OKT juga pada setiap masa diwakili seorang peguambela yang berwibawa dan OKT seharusnya sudah tahu perlu menyimpan bahan bukti bagi menegakkan versi pembelaan.
135
Isu cermin tingkap Isu ini juga sudah dibangkitkan semasa kes pendakwaan. Mahkamah telah pun memutuskan SP4 merupakan saksi yang kredibel di peringkat prima facie. Sekarang Mahkamah akan mendalami keterangan dan versi pembelaan semula di samping meneliti kembali keterangan saksi pendakwaan.
136
Semasa di dalam rakaman percakapan D16, isu cermin tingkap rosak dan tidak boleh dibaiki langsung tidak berbangkit. Perlu ditekankan D16 dirakamkan sehari selepas kejadian dan semuanya masih segar dalam memori OKT.
137
Isu cermin tingkap tidak boleh dibuka penuh hanya ditimbulkan selepas kereta tersebut dipulangkan kepada SP2.
138
Semasa SP2 beri keterangan, isu ini juga tidak pernah dibangkitkan.
139
Permohonan pemeriksaan kereta dibuat oleh peguambela selepas kereta dipulang dan Mahkamah hanya memeriksa kereta tersebut selepas itu.
140
Tambahan pula, semasa SP1 dan SP2 memberi keterangan tiada langsung isu cermin tingkap rosak dibangkitkan.
141
Berdasarkan di atas terdapat kemungkinan pengusikan pada barang kes yang menjadikan pembelaan ini tidak boleh dipertahankan.
142
Semasa pemeriksaan kereta dibuat dan lakonan semula tempat kejadian, SP4 menunjukkan kepada Mahkamah bagaimana OKT menunjukkan kemaluan dan di mana kedudukan SP4 sebelum, semasa dan selepas kejadian. Mahkamah mendapati keterangan SP4 adalah konsisten walaupun diasak bertubi-tubi oleh peguambela. SP4 boleh nampak jelas kerana cermin “windshield” juga masih boleh dilihat ke dalam. SP4 bukan nampak sekilas pandang, tetapi SP4 telah bercakap-cakap dengan OKT dan memungkinkan SP4 nampak bagaimana OKT bermain kemaluannya dengan gerak atas bawah sebanyak tiga kali. Mahkamah membuat dapatan fakta SP4 adalah saksi yang kredibel dan tiada keterangan yang boleh mengganggu gugat keterangan beliau.
143
Sekiranya meletakkan pembelaan OKT pada tahap terbaik sekali pun, Mahkamah akan bersetuju dengan pembelaan cermin tingkap ini sekiranya ia dibangkitkan seawal mungkin sebelum kereta dipulangkan kepada SP2. Malangnya ia tidak dilakukan oleh pembelaan.
144
Isu mangsa mereka-reka cerita kerana OKT memanggilnya bodoh Di dalam rakaman percakapan D16 isu ini tidak dibangkitkan.
145
Di dalam penyata saksi SD1 juga SD1 tidak pasti mangsa dengar atau tidak SD1 memanggil mangsa “Bodoh”.
146
Isu ini mula terbit semasa mangsa memberi keterangan dan bertujuan untuk melemahkan kredibiliti mangsa dan mendakwa mangsa ada motif tidak baik kepada OKT untuk menganiaya OKT sebab OKT menjerit “Bodoh” kepadanya.
147
Semasa pemeriksaan balas SP4 menafikan dakwaan ini. Petikan keterangan seperti berikut: “Peguambela: Saya katakan cerita kamu nampak kenderaan ini pun tak benar. Ini pun cerita rekaan kamu sahaja. Saya katakan pada hari itu sebenarnya kamu marah sebab kamu tak menjawab pertanyaan daripada pemandu, pemandu itu jerit kepada kamu dan mengatakan kamu orang bodoh. Betul tak? SP4: Tak setuju. Peguambela: Yang sebenarnya pemandu Avanza yang jerit kepada kamu dan kata kamu orang bodoh itu yang sebenarnya?
148
Pada hemat saya, pembelaan ini adalah sangat tidak munasabah kerana bagaimana pula mangsa ada niat jahat kepada OKT sekiranya mangsa sendiri pun tidak boleh dipastikan mendengar jeritan “Bodoh” tersebut.
149
SP4 tidak mengenali OKT pun sebelum ini untuk membangkitkan rasa dendam kepada OKT. SP4 hanya seorang pelajar sekolah dan berumur mencecah 14 tahun.
150
OKT setuju dengan soalan TPR bahawa sekiranya seseorang bertanya secara baik kepada orang itu, kita juga akan menjawab dengan baik. Namun, mangsa tidak menghiraukan malah tidak respon soalan OKT. Jika benar mangsa tidak respon dan melarikan diri dan selepas itu menangis serta menggigil, sudah semestinya terjadi sesuatu yang luar biasa dan terlalu menakutkan mangsa. Amat tidak munasabah untuk mangsa dalam keadaan biasa terus meluru lari ke belakang kereta dan menangis. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa keterangan SD1 ini gagal menimbulkan keraguan munsabah malah direka-reka untuk melepaskan dirinya.
151
Pembelaan menghujahkan bahawa SP7 telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai penyiasat kerana tidak melakukan yang berikut:
a
Menyiasat berkenaan seluar yang dipakai oleh OKT;
b
Menyiasat keadaan tingkap penumpang kiri hadapan; dan
c
Menyiasat kedudukan sebenar SP4 waktu kejadian.
152
Berkenaan seluar yang dipakai, SP7 telah pun bertanyakan di mana pakaian dipakai OKT dan OKT tidak beri kerjasama.
153
Berkenaan cermin tingkap rosak dan kedudukan sebenar SP4, kereta telah dirampas oleh SP7 dan pada masa itu tiada isu cermin tingkap rosak dibangkitkan. Semasa rakaman percakapan D16 – soalan ketiga akhir SP7 ada bertanyakan kepada OKT: – “S: Adakah kamu ingin buat apa-apa pindaan atau tambahan kepada percakapan awal setelah percakapan ini dibaca semula kepada kepada kamu?
154
SP7 telah memberi peluang dan ruang kepada OKT untuk menyatakan pembelaannya seawal mungkin dan OKT yang sengaja menyembunyikan dan membangkitkan isu-isu yang bersifat pemikiran semula selepas itu. Mana mungkin seorang pegawai penyiasat ada kuasa telepati meramalkan pembelaan OKT. Jadi, Mahkamah tidak bersetuju dengan dakwaan peguam berlaku “lacked of ingenuity” dalam penyiasatan.
155
Berdasarkan keterangan OKT dan juga saksi pembelaan serta semua keterangan secara keseluruhan melalui “contemporaneous documents”, pada hemat saya, keterangan pembelaan adalah suatu rekaan, penafian semata-mata dan pemikiran semula.
156
Di sini, berdasarkan keseluruhan keterangan, saya dapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Keterangan OKT merupakan suatu penafian kosong yang gagal menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. Keseluruhan keterangan meletakkan OKT di tempat kejadian pada masa dan tarikh kejadian. Keterangan penafian semata-mata dari OKT boleh disimpulkan OKT sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dan keterangannya tidak diterima di Mahkamah.
157
Merujuk kepada PP v Ling Hee Huah (1982) 2 MLJ 324 Mahkamah memutuskan: “A mere denial without the proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient.”
158
Merujuk kes Megat Halim bin Megat Omar v Pendakwa Raya [2008] MLJU 647 di mana YA Abdull Hamid Embong HMR (pada masa itu) memutuskan seperti berikut: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.”
159
Keterangan mangsa dan kesemua saksi pendakwaan juga langsung tidak dicabar atau diganggu-gugat oleh pihak pembelaan di dalam kes ini. Oleh itu Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa keterangan-keterangan OKT secara bersumpah tersebut merupakan keterangan baharu, penafian kosong dan bersifat afterthought.
160
Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan saksi pembelaan dan setelah membaca kesemua hujahan bertulis pada tahap penilaian secara maksimum Mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal membangkitkan satu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi pertuduhan dibawah seksyen 15(a)(i) Akta 792. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan. OKT didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
161
I. RAYUAN MITIGASI DAN PEMBERATAN HUKUMAN OKT merayu dipertimbangkan perkara-perkara berikut sebelum hukuman dijatuhkan: a. OKT berusia 32 tahun masih bujang. b. Insaf dan mohon maaf kepada mangsa dan Mahkamah. c. OKT penyumbang utama keluarga. Bekerja sebagai juruteknik kanan di Palm Hotel. Pendapatan RM2,000 sebulan. Menanggung diri dan ahli keluarga seramai 9 orang isi rumah ayah, ibu, kakak OKT dan suami kakak OKT dan anak 4 orang; seorang di sekolah menengah dan 3 orang di sekolah rendah dan seorang masih bayi. d. Tinggal bersama ibu dan bapa yang sudah bersara dan memerlukan rawatan berkala di Klinik Kesihatan Port Dickson. e. OKT sumbang perbelanjaan harian dan perlu membayar ansuran kereta sebanyak RM800 sebulan. f. Sepanjang tempoh jaminan-OKT mematuhi semua syarat lapor diri di Balai Polis dan Mahkamah. g. Ini merupakan kesalahan pertama. h. Tidak pernah gagal hadir setiap kali perbicaraan. Sentiasa beri kerjasama semasa penyiasatan. i. Pohon peluang memperbaiki kehidupan supaya lebih bertanggungjawab dengan hukuman penjara minima atau denda pada kadar minima tidak melebihi RM10,000. j. Wang jaminan RM10,000 dipinjam daripada ibu beliau dari simpanan KWSP. k. Kes ini tiada sentuhan fizikal.
162
Pihak pendakwaan memohon hukuman deteren dan menghujahkan faktor pemberatan berikut: a. Perbicaraan penuh dijalankan dengan 7 orang saksi pendakwaan dan 2 saksi pembelaan dipanggil. b. Faktor mitigasi dikemukakan adalah bersifat peribadi. c. Perbuatan OKT adalah jijik kepada seorang kanak-kanak yang bersekolah. d. Pohon hukuman berat dikenakan supaya kes ini dijadikan pengajaran dan ingatan kepada orang awam kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melakukan perkara yang sama. e. Kepentingan awam mengatasi kepentingan OKT dan OKT harus diberikan hukuman yang setimpal.
163
Seksyen 15(a)(i) memperuntukkan hukuman pemenjaraan tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda maksima RM20,000 atau kedua-duanya.
164
Mahkamah telah mempertimbangkan rayuan OKT. Di dalam melaksanakan tugas kehakiman semasa menjatuhkan hukuman Mahkamah hendaklah mempertimbangkan jua faktor kepentingan awam khususnya kekerapan berlakunya kes seksual di negara ini sebagaimana yang saban hari dipaparkan dalam suratkhabar dan media sosial [R lwn. Kenneth John Ball 35 Cr App 164; PP V Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; Bachik Bin Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572; [2004] 2 MLJ 534 (CA) dan Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6CLJ 809).
165
Perbuatan jenayah sebegini adalah keji dan dibenci masyarakat bukan sahaja dari sudut undang-undang bahkan moral dan agama [PP v Roslan Yahaya [2017] 1LNS 819; PP v Abdul Wahab Ghafor [2017] 1LNS 215]. Mahkamah turut mengambilkira “judicial notice” bahawa jenayah seksual amat berleluasa dalam masyarakat kita dan berita berkenaan jenayah sedemikian seringkali dilaporkan dalam suratkhabar dan media sosial [Lee Chow Meng v PP [1976] 1MLJ 287].
166
Mahkamah mempertimbangkan bahawa hukuman berat harus dikenakan bagi kes seksual yang melibatkan kanak-kanak. [PP v Tanga Muthu [1939] FMSLR 166]. Mahkamah mempunyai tugas yang murni untuk melindungi remaja-remaja apatah lagi kanak-kanak (Peilis Sami v. PP (supra), Yek Hock Soon lwn. PP [2013] 8 CLJ 708). Perbuatan jenayah sebegini adalah keji dan dibenci masyarakat bukan sahaja dari sudut undang-undang bahkan moral dan agama [PP v Roslan Yahaya [2017] 1LNS 819; PP v Abdul Wahab Ghafor [2017] 1LNS 215].
167
Di dalam kes Md Adam bin Mustafar lwn. Pendakwa Raya [2016] CLJU 1604; [2016] MLJU 1886, YA Hassan Abdul Ghani menekankan kebencian masyarakat kepada kes seksual kanak-kanak "Pada pendapat mahkamah ini adalah satu trend yang sihat. Jika satu hukuman yang ringan dijatuhkan dan ianya tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh maka berbagai-bagai kritikan akan dilemparkan ke atas penghakiman tersebut. Walaupun mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh sentimen-sentimen kritikan tersebut secara total semasa menjatuhkan hukuman, tetapi mahkamah juga perlu peka bahawa kritikan itu menunjukkan luahan rasa kebencian masyarakat terhadap kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Harus diingat kebencian masyarakat adalah salah satu prinsip kepentingan awam".
168
Mahkamah berpendapat kesalahan yang dilakukan walaupun nampak kecil tetapi ianya serius kerana dilakukan di perkarangan sekolah terhadap seorang pelajar yang tidak dikenali secara random (rawak). Ini menjadikan suasana persekitaran sekolah yang sepatutnya selamat menjadi tidak selamat. Mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan kes amang seksual bukan fizikal melibatkan kanak-kanak.
169
Mahkamah perlu bersikap memberi perlindungan kepada mangsa remaja dan kanak-kanak melalui maksud sebenar penguatkuasaan undang-undang [PP v Uwais Ul Haq [2016] 2CLJ 103].
170
Mahkamah juga mengambil kira faktor kes ini telah berjalan secara perbicaraan penuh selama 3 tahun. Kos pendakwaan dan masa Mahkamah telah dihabiskan untuk menyelesaikan kes ini. Oleh itu OKT tidak berhak kepada apa-apa diskaun.
171
Mahkamah mengambilkira kesan jenayah ini yang meninggalkan trauma pada mangsa dalam jangka masa pendek dan panjang.
172
Mahkamah juga harus mengambilkira bahawa hukuman di dalam kes jenayah perlulah bersifat punitif dan pada masa yang sama juga reformatif [Rujuk Karamjit Singh lwn. State Delhi (Delhi Admin), AIR [2000] SC 3467]. Atas dasar itu, keseimbangan antara pencegahan dan pemulihan serta kehendak kepentingan awam perlu dicapai.
173
Di samping itu juga Mahkamah akur bahawa tidak boleh “over-sympathetic” kepada OKT kerana kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dipandang serius [PP lwn. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 (CLJ)].
174
Namun, Mahkamah mengambilkira Parlimen membenarkan opsyen hukuman denda dan penjara dan kedua-duanya sekali. Di dalam kes ini Mahkamah berpendapat hukuman denda jika dijatuhkan adalah terlalu ringan dengan mengambil kira faktor-faktor dinyatakan di atas.
175
Pola hukuman (trend of sentencing) bagi kes amang seksual bukan fizikal di bawah seksyen 15 (a)(i) Akta 792 adalah seperti berikut: BIL NAMA KES TREND HUKUMAN
1
IBRAHIM MAHD NAZRI v. PP [2024] 7 CLJ 709 Hukuman penjara 3 tahun Mahkamah Rayuan Sahkan Keputusan Mahkamah Tinggi OKT mengaku bersalah
2
LUKMAN HAKIM HUSIN v. P.P [2024] CLJU 1327 Hukuman (5) tahun penjara Sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen Dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Mengaku Bersalah Dibaca bersama seksyen 16
3
SAKAI ANAK SANGA v. P.P [2021] 1 LNS 390 Hukuman (8) tahun penjara Sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen Dikekalkan oleh Mahkamah
176
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat adalah wajar dan munasabah untuk menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 5 tahun dari tarikh sabitan untuk kesalahan di bawah seksyen 15(a)(i). Selanjutnya Mahkamah turut memerintahkan OKT menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan mengikut Seksyen 26 (1) Akta 792 serta pengawasan polis selama setahun selepas selesai hukuman penjara menurut seksyen 27 Akta yang sama. Bertarikh 20 Julai 2026 ………………………….. (SURITA BINTI BUDIN) HAKIM MAHKAMAH SESYEN MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Bagi pihak pendakwaan: Puan Nurul Balkis binti Zunaidi Timbalan Pendakwa Raya Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan, Jalan Campbell 70000 Seremban NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Bagi pihak pembelaan: Encik Rajindar Singh dan Puan Bhaeravii a/p Pasupathy Tetuan Morthi, Segaran & Co No 5-1, Tingkat Satu, Jalan S2 C1, Sports Complex Square, Seremban 2 70300 Seremban,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.