(ii) Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut jumlah penuh RM321,964.75 berdasarkan terma nyata dalam Penyata Akaun, Invois dan Pesanan Penghantaran seperti dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif [27] Bagi pembayaran bulan Januari dan Mac 2018 pembekalan tersebut, peguam Plaintif menghujahkan bahawa ia telah dibayar sepenuhnya maka tiada tuntutan dibuat keatasnya seperti yang telah diterangkan oleh SP-2 di muka surat 69 Nota Keterangan, “S : Dengan izin Puan, saya cuma ada satu soalan sahaja. Encik Koh, sebelum ini iaitu Encik Siew SP1 ada telah ditanyakan peguam Defendan mengapa DO Invois bulan Mac tidak dimasukkan pada bundle B1. Sebagai seorang pengarah boleh encik jelaskan kenapa tak masukkan ke dalam ikatan? J : Sebab dia sudah bayar. S : Maksud encik sudah bayar, untuk 10 bulan atau apa? J : Dia bayar penuh lah. Bulan 3 itu. Bulan 1 dan 3 dia sudah bayar penuh. 13 S : Oleh sebab pihak Defendan telah bayar penuh pada Mac 2018, sebab itu invois dan DO tidak dimasukkan? J : Ya.”. [28] Keterangan SP2 disokong oleh keterangan SP3 iaitu Pengurus Kewangan Plaintif bahawa pembayaran bagi kedua-dua bulan Januari dan Mac 2018 telah dibayar melalui beberapa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Defendan. [29] Bagi Pesanan Penghantaran di ID-1,2,3,4,5,6 dan 10 (berjumlah RM73,594.71) yang tidak ditandatangani oleh mana-mana pihak, hujahan peguam Defendan ialah SP1 tidak boleh menerangkan mengenai ketujuh-tujuh eksibit ID tersebut kerana ianya disediakan oleh kerani bernama Miss Wong dan semua pembekalan tersebut dihantar oleh pemandu lori Plaintif tanpa kehadiran SP1. Kedua-duanya tidak dipanggil sebagai saksi dan semua dokumen ID kekal sebagai ID. Atas kegagalan kedua-dua saksi yang dinyatakan oleh SP1 dipanggil ke mahkamah, peguam Defendan bergantung kepada seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 dan tuntutan Plaintif perlu ditolak dari RM73,594.71 menjadikan tuntutan sebenar Plaintif sebanyak RM114,300.04 sahaja. Dokumen yang ditandakan sebagai ‘ID’ tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan dan tidak mempunyai nilai probatif dengan disokong oleh dapatan Mahkamah Tinggi dalam kes PP lwn Datuk Haji Harun bin Idris [1977] 1 LNS 92 dan Ken Property Sdn Bhd v Badan Pengurusan Bersama Ken Damansara II Condominium [2016] 1 LNS 309. 14 [30] Mahkamah meneliti keterangan SP1. Sebagai Penyelia Stor Plaintif, SP1 bertanggung jawab untuk menyediakan dan meluluskan kesemua pesanan penghantaran pelanggan Plaintif termasuk Defendan. Defendan telah membuat catatan harga bagi setiap barang yang dipesan menggunakan tulisan tangan di atas setiap Pesanan Penghantaran dalam tujuh eksibit ID tersebut. Ini tidak disangkal oleh Defendan. Ketika disoal balas oleh peguam Defendan, SP1 menjelaskan Miss Wong tidak lagi bekerja dengan Plaintif. SP2 ialah Pengarah syarikat Plaintif yang telah menyelia dan meluluskan invois yang dikeluarkan oleh Plaintif dan SP2 mengesahkan semua invois yang disediakan dalam IDB adalah berkaitan dan selari dengan Pesanan Penghantaran yang dieksibitkan dalam IDB. [31] Saya merujuk kes Pannir Selvam Sinnaiyah & Anor b Tan Chia Foo & Ors [2019] 1 LNS 2031 di muka surat 14 dan 15 mengenai penerimaan masuk eksibit ID yang menyatakan seperti berikut, “[54] Furthermore, the procedure when dealing with ID documents is clear, that is, since they have not been classified as Part A or Part B documents under Order 34 rule 2 of the Rules of Court 2012 ("Rules of Court"), the party tendering the ID document has to ensure that such document falls within at least one of the exceptions to the rule against hearsay. Documents that are marked as ID, therefore, are not automatically rendered inadmissible, but will be subject to the full force of the Evidence Act. [55] This was also explained by Ramly Ali J (as he then was) in Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v. Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] 2 CLJ 474: ...At that stage of the proceedings, all those documents have to be marked as "ID” first, but it does not stop the court from deciding on their admissibility at the end of the trial ie, during submissions stage. Section 73A(2) of the Evidence Act 1950 empowers the court to do so. The said subsection provides for the exercise of the power "at any stage of the proceedings, having regards to all the circumstance of the case". There is nothing to say 15 that those documents cannot be admitted as evidence under s. 73A(2) just because they have only been marked as “ID”… [Emphasis added.]”. Dalam kes Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v. Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] 2 CLJ 474 tersebut, Mahkamah Tinggi seterusnya menjelaskan pemakaian seksyen 73A(2) Akta Keterangan 1950 seperti berikut, “Section 73A(2) of the Evidence Act 1950 provides for the admittance of documents when the maker is not called, if having regard to all the circumstances of the case the court is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused. In doing so, the court may draw any reasonable inference from the form or contents of the document or from any other circumstances. This is provided under s. 73A(5) of the same Act. The relevant parts of s. 73A(2) and (5)reads as follows: