Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERMOHONAN JENAYAH NO: JA-44-46-10/2025 ANTARA JAYSAKTHI A/L MANIMARAN (NO. K/P : 970416-01-6987) …PEMOHON
JA-44-46-10/2025
High Court of Malaysia19 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Mahkamah telah memutuskan bahawa dalam melaksanakan budi bicara menurut seksyen 310 KTJ, fakta dan keadaan sesuatu kes adalah amat penting: "In my opinion, the underlying principle of s. 310 of the Criminal Procedure Code is to allow a Judge to exercise his unfettered discretion to see that substantial justice may be d”
“elah memperhalusi dapatan antara lain dalam nas-nas terdahulu. [11] Mahkamah ini merujuk kepada kes yang seringkali dirujuk berkaitan pemakaian seksyen 310 KTJ iaitu Veerasingam v. Public Prosecutor [1957] CLJU 93; [1957] 1 LNS 93, di mana Thomson CJ memutuskan: "The only fetter which s. 310 places upon the exercise of”
“an oleh peguam. (Mohd Hanafi bin Safii v Public Prosecutor [2013] 5 MLJ 87, TKWJ v R (2002) 193 ALR 7). [31] Dalam kes Mahkamah Rayuan Chong Ching Yuen v. The Hong Kong Special Administrative Region [2004] HKCFA 16 Bokhary PJ, telah menggariskan beberapa prinsip undang-undang berkaitan kekhilafan peguam seperti berikut”
“J tersebut tidak mengehad atau menyekat kuasa yang diberikan kepada Mahkamah di bawah Seksyen 310 KTJ. [21] Responden juga telah merujuk kepada kes Muhamad Rosri Zalmi bin Muhammad lwn Pendakwa Raya [2022] MLJU 249 dimana di dalam kes tersebut Pemohon/Tertuduh pada asalnya **Note : Serial number will be used to verify”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERMOHONAN JENAYAH NO: JA-44-46-10/2025 ANTARA JAYSAKTHI A/L MANIMARAN (NO. K/P : 970416-01-6987) …PEMOHON
1
Pada 31.10.2025, Pemohon telah memfailkan satu Notis Usul untuk meminda Notis Rayuan bertarikh 04.08.2025 untuk memasukkan rayuan terhadap hukuman memandangkan Notis Rayuan yang difailkan hanya terhadap sabitan sahaja.
2
Pada 24.07.2025, Pemohon telah disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 27.08.2023 serta 10 kali sebatan.
3
Pada 04.08.2025, peguamcara yang terdahulu yang mewakili Pemohon telah memfailkan satu Notis Rayuan ("Notis Rayuan bertarikh 04.08.2025') di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
4
Notis Usul untuk meminda Notis Rayuan tersebut telah difailkan pada 31.10.2025 untuk memasukkan rayuan terhadap hukuman oleh peguam baharu Pemohon.
5
Antara alasan permohonan yang dikemukakan oleh Pemohon adalah:- a. Permohonan ini adalah munasabah di bawah seksyen 310 Kanun Tatacara Jenayah; b. Permohonan ini dibuat dengan niat bona fide dan bukannya satu pemikiran semula ("afterthought"); c. Ketinggalan memasukkan rayuan terhadap hukuman adalah akibat kekhilafan peguam terdahulu; d. Permohonan ini tidak membazirkan masa pihak Mahkamah dan pendakwaan; e. Pemohon mempunyai peluang yang munasabah untuk berjaya dalam kes Rayuan Jenayah No. JA- 42S-8-08/2025 - hukuman penjara 12 tahun bagi 76.07 gram dadah jenis Cannabis adalah lebih berat berbanding dengan keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang lazimnya menjatuhkan hukuman dalam lingkungan enam (6) hingga tujuh (7) tahun dari tarikh tangkap.
6
Dalam membantah permohonan ini Responden telah mengemukakan alasan berikut:- 3 a. Afidavit menyokong permohonan telah difailkan oleh peguam Pemohon dah bukannya oleh Pemohon; b. Pemohon telah memfailkan Notis Usul pada selepas 3 bulan dan 7 hari dari tarikh keputusan / hukuman dijatuhkan terhadap Pemohon pada 24.7.2025 bertentangan dengan Seksyen 307(1) KTJ yang berkehendakkan Notis Rayuan difailkan dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh hukuman dijatuhkan; c. Pemohon tidak mempunyai merit dalam kes rayuan ini kerana hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang Bijaksana adalah memadai dan mengikut “principles of sentencing” berpandukan nas-nas undang-undang.
7
Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan Notis Usul Pemohon di bawah S.310 KTJ dimana perkataan operatif yang terdapat di situ adalah: “…..sebagaimana yang Hakim fikirkan munasabah, supaya dapat dijalankan keadilan yang secukupnya dalam perkara itu”.
8
Bidangkuasa ini adalah berdasarkan kepada budibicara Mahkamah yang luas sama ada untuk menggunakan kuasa sedia ada atau tidak menurut seksyen 310 KTJ. Walau bagaimanapun, budi bicara hanya perlu digunakan jika Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa keadilan yang sebenar boleh dilakukan 4 dengan berbuat demikian dan ianya tidak menyebabkan prejudis kepada mana-mana pihak.
9
Secara amnya, Pemohon perlu memenuhi 2 kriteria utama iaitu:- a) wujud keadaan-keadaan yang menjustifikasikan kelewatan; dan b) Pemohon mempunyai prospek untuk berjaya di dalam rayuannya. Hal ini adalah sepertimana yang telah dinyatakan oleh Hakim Mohammad Azmi HMT (pada ketika itu) di dalam kes Jumari bin Mohamad v. PP [1981] 1 LNS 163; [1982] 1 MLJ 282
10
Dalam pertimbangan budbicara Mahkamah, Mahkamah telah memperhalusi dapatan antara lain dalam nas-nas terdahulu.
11
Mahkamah ini merujuk kepada kes yang seringkali dirujuk berkaitan pemakaian seksyen 310 KTJ iaitu Veerasingam v. Public Prosecutor [1957] CLJU 93; [1957] 1 LNS 93, di mana Thomson CJ memutuskan: "The only fetter which s. 310 places upon the exercise of the discretion which it gives to the Judge is that it shall be exercised "in order that substantial justice may be done." Clearly, to exercise his discretion properly the Judge must apply his mind to all the relevant material. He must consider the circumstances of the original trial."
12
Demikian juga di dalam kes Masnelan Pakpahan v. Public Prosecutor [1989] 2 CLJ 452, Mahkamah telah memutuskan bahawa dalam melaksanakan budi bicara menurut seksyen 310 KTJ, fakta dan keadaan sesuatu kes adalah amat penting: "In my opinion, the underlying principle of s. 310 of the Criminal Procedure Code is to allow a Judge to exercise his unfettered discretion to see that substantial justice may be done in the matter. In the final analysis, the exercise of the discretion depends on the facts and circumstances of each case.".
13
Dalam jawapan mereka Responden telah menimbulkan isu bahawa afidavit sokongan usul telah diikrarkan oleh peguam Pemohon dan bukannya oleh Pemohon sendiri.
14
Walaubagaimanapun Pemohon telah memfailkan afidavit balasan bertarikh 26.11.2025 sebagai jawapan kepada afidavit Responden dimana telah menerimapakai afidavit asal yang telah difailkan oleh peguam.
15
Dalam kes AUTO DUNIA SDN BHD v. TIONG NGOH HOH [2009] 10 CLJ 41, Yang Arif Hakim telah memutuskan berikut:- “Further, I note in this case the affidavit in support of the application has been affirmed by the solicitor in charge. Courts have often said that solicitors ought not to affirm affidavits on behalf of their client unless it is of formal nature. For example, affidavit of service etc; (see Malayan Banking Bhd. v. Charterefield Corporation Sdn. Bhd [2001] 6 CLJ 407). When seeking prerogative remedies, it is mandatory for the applicant to affirm the affidavit and seek the remedy, (see Ta Wu Realty Sdn. Bhd (supra)). Of course, there are some exceptions where the applicant himself cannot be present, such as in habeas corpus proceedings. In the event where the exception does not apply and the solicitors have filed the supporting affidavit and the application is dismissed, the solicitors may be personally liable to costs. However, in this case there was a subsequent affidavit filed by the applicant to regularise proceeding. In consequence, I had condoned the irregularity and considered the application on merits.”
16
Justeru itu, Mahkamah menganggap pemfailan afidavit balasan yang dfailkan oleh Pemohon adalah satu ratifikasi terhadap afidavit yang difailkan oleh peguam Pemohon untuk menyokong usul Pemohon dan dianggap telah teratur.
17
Anggapan Mahkamah adalah atas pertimbangan bahawa semasa Notis Usul difailkan, Pemohon masih ditahan dalam 7 penjara dan Mahkamah juga telah mengambil kira keseluruhan latarbelakang permohonan ini.
18
Dalam membantah usul Pemohon, Responden menghujahkan bahawa usul tersebut terlalu lewat difailkan melangkaui hadmasa masa yang dibenarkan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 24.7.2025.
19
Seksyen 307(1) KTJ memperuntukkan Notis Rayuan hendaklah difailkan dalam masa 14 hari selepas hukuman dijatuhkan di Mahkamah Bicara. Perkataan “hendaklah” menunjukkan ianya adalah mandatori bagi, iaitu tempohmasa mandatori. Rujuk Public Prosecutor (SPRM) V Robin Ak Sabai [2015] 9 MLJ 22.
20
Responden juga berhujah bahawa jika masa 14 hari gagal dipatuhi maka notis untuk pemfailan di luar masa yang ditetapkan juga patut dan perlu dibuat secepat mungkin. Walaubagaimanapun Responden mengakui peruntukkan 307(1) KTJ tersebut tidak mengehad atau menyekat kuasa yang diberikan kepada Mahkamah di bawah Seksyen 310 KTJ.
21
Responden juga telah merujuk kepada kes Muhamad Rosri Zalmi bin Muhammad lwn Pendakwa Raya [2022] MLJU 249 dimana di dalam kes tersebut Pemohon/Tertuduh pada asalnya 8 merayu terhadap hukuman namun kemudiannya membuat permohonan untuk meminda notis rayuan bagi memasukkan rayuan terhadap sabitan. Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan keadaan tersebut seperti berikut; “[13] Kes ini ia perlu dibezakan dengan kedua-dua kes di atas kerana ia adalah agak unik. lni adalah disebabkan di dalam kes ini notis rayuan telah difailkan. Namun demikian perayu ingin mengemukakan pindaan kepada notis rayuan tersebut. Notis rayuan difailkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang undang. Permohonan pindaan ini adalah berkaitan dengan asas kepada rayuan tersebut. Pada awalnya rayuan hanyalah terhadap hukuman. Kini pindaan adalah untuk memasukkan rayuan terhadap sabitan. Dalam konteks ini mahkamah berpendapat dalam isu berkenaan dengan masa notis rayuan difailkan ia tidak lagi menjadi isu dalam kes ini. Ini adalah disebabkan semasa notis rayuan difailkan pada 22.09.2020 ia masih lagi dalam tempoh 14 hari yang dinyatakan di bawah seksyen 307 KPJ. Apa yang menjadi persoalan ialah bolehkah sekarang pindaan dibuat kepada notis rayuan? Adakah undang-undang memperuntukkan bahawa di dalam notis rayuan tersebut perlu dinyatakan sama ada rayuan tersebut hanyalah terhadap hukuman atau sabitan? Apakah apabila notis rayuan menyatakan bahawa rayuan adalah terhadap hukuman sahaja, maka tiada pindaan yang boleh dibuat kepada notis rayuan tersebut dengan memasukkan rayuan terhadap sabitan? lni adalah perlu dipertimbangkan oleh mahkamah disebabkan semasa notis rayuan tersebut dikemukakan kepada mahkamah yang 9 membuat keputusan ia akan memberi notis kepada mahkamah tersebut bahawa Tertuduh tidak mempertikaikan sabitan kes tersebut. Beliau hanya tidak berpuas hati dengan keputusan hukuman yang dijatuhkan. … [17] Walau bagaimanapun mahkamah tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membenarkan permohonan pindaan kepada notis rayuan tersebut tanpa melihat kepada alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Pemohon. lni adalah disebabkan ia akan membuka ruang kepada Perayu untuk menukar hasrat mereka daripada rayuan terhadap hukuman kepada rayuan kepada sabitan sebelum perbicaraan dimulakan. lni akan membuka ruang kepada penyalahgunaan proses mahkamah yang perlu dielakkan oleh mahkamah ini. Oleh yang demikian sebelum memfailkan notis rayuan, seseorang itu perlu memutuskan apakah perkara yang hendak dirayu, sama ada sabitan ataupun hukuman.”
22
Kes Muhamad Rosri Zalmi bin Muhammad lwn Pendakwa Raya adalah berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini dimana dalam kes ini, rayuan terhadap sabitan, yang mana merupakan asas kepada rayuan tersebut, telah difailkan dengan sempurna dalam jangkamasa yang dibenarkan dan pindaan yang dipohon adalah terhadap hukuman.
23
Responden menghujahkan Mahkamah sememangnya mempunyai kuasa budi bicara di bawah Seksyen 310 KTJ untuk 10 membetulkan sesuatu isu formaliti yang dibangkitkan dalam sesuatu rayuan dan Mahkamah harus meneliti: a) Alasan yang dikemukakan oleh Pemohon terhadap kelewatan dalam memfailkan pindaan Notis Rayuan tersebut; b) Alasan yang dikemukakan oleh Pemohon tentang keperluan dalam memfailkan pindaan Notis Rayuan; c) Sama ada jika rayuan dibenarkan rayuan tersebut adalah bermerit.
24
Responden seterusnya menghujahkan bahawa Pemohon harus menunjukkan alasan munasabah yang boleh memberi justifikasi kelewatan dan keperluan dalam memfailkan pindaan tersebut. Alasan tersebut harus dipertimbangkan oleh Mahkamah dengan mengambil kira merit dan asas permohonan Pemohon.
25
Rujukan dibuat kepada kes Public Prosecutor v Rizki Fauza & Anor [2021] MLJU di mana Mahkamah memutuskan bahawa: “[9] In any application for the extension of time, basically there are two conditions which must be satisfied by the Applicant. First; the existence of circumstances to justify the extension of time, and secondly; the applicant has reasonable prospect of success on the appeal.”
26
Dalam afidavit balasan Pemohon antara alasan yang dikemukakan adalah seperti berikut:- 11 a) Ketinggalan rayuan terhadap hukuman adalah akibat kekhilafan peguam terdahulu; b) Permohonan ini tidak membazirkan masa pihak Mahkamah dan pendakwaan; c) Pemohon mempunyai peluang yang munasabah untuk berjaya dalam rayuan terhadap hukuman.
27
Mahkamah ini berpendapat Pemohon tidak sepatutnya menanggung akibat dari kekhilafan peguam sekiranya ada faktor-faktor yang dapat mengimbangi kekhilafan tersebut yang mana membolehkan Pemohon diberi kebenaran untuk meminda Notis Rayuan beliau.
28
Dalam kes Yahya Hussein Mohsen Abdulrab v PP [2021] 5 MLJ 811 FC – per Tengku Maimun CJ diputuskan: “[37] And in Shamim Reza, this court has emphatically recognised that the right to be represented by competent counsel is a crucial aspect of the right to a fair trial. While on the facts of that case this court found that the counsel was incompetent, he was not flagrantly incompetent to the extent that the conviction was bad in law. This court however was quick to point out at para [5] that what constitutes an ‘extreme case’ or ‘flagrant incompetency’ remains to be decided on the facts of each case.
29
Fungsi dan tugas utama mahkamah adalah untuk memastikan keadilan dilaksanakan dalam semua kes. Dalam kes Dolye v. Olby Ltd [1969] 2 QB 159, 166 Lord Denning MR telah memutuskan seperti berikut:- “We never allow a client to suffer for the mistake of his counsel if we can possibly help it. We will always seek to rectify it as we can. We will correct it whenever we are able to so without injustice to the other side”
30
Dalam konteks ini, Mahkamah juga telah merujuk kepada beberapa nas yang membincangkan seseorang anakguam tidak sepatutnya menanggung akibat dari kekhilafan yang dilakukan oleh peguam. (Mohd Hanafi bin Safii v Public Prosecutor [2013] 5 MLJ 87, TKWJ v R (2002) 193 ALR 7).
31
Dalam kes Mahkamah Rayuan Chong Ching Yuen v. The Hong Kong Special Administrative Region [2004] HKCFA 16 Bokhary PJ, telah menggariskan beberapa prinsip undang-undang berkaitan kekhilafan peguam seperti berikut:-
1
“The relevant principles may be summarised as follows:- A Court of Criminal Appeal has a power and a duty to intervene in the case of a miscarriage of justice, but what amounts to a miscarriage of justice is something that has to be considered in the light of the way in which the system of criminal justice operates.
2
As a general rule an accused person is bound by the way the trial is conducted by counsel, regardless of whether that was in accordance with the wishes of the client, and it is not a ground for setting aside a conviction that decisions made by counsel were made without, or contrary to, instructions, or involve errors of judgment or even negligence.
3
However, there, may arise cases where something has occurred in the running of a trial, perhaps as the result of 'flagrant incompetence' of counsel, or perhaps from some other cause, which will be recognised as involving, or causing, a miscarriage of justice. It is impossible, and undesirable, to attempt to define such cases with precision. When they arise they will attract appellate intervention. Bokhary PJ then said:— An appellate court cannot shut its eyes to the unsafe or unsatisfactory state of a person's conviction just because that state was caused or contributed to by his counsel's incompetence. Nor can an appellate court shut its eyes to an error of law against a person just because that error was caused or contributed to by his counsel's incompetence….” [32] Justeru itu fokus Mahkamah bukanlah kepada kemahiran atau prestasi peguam dalam menjalankan tanggungjawab lantikan beliau, sebaliknya fokus perlu tertumpu samada tindakan atau peninggalan memberi kesan kepada keadilan prosiding dan sama ada ianya terjumlah kepada suatu salah laksana keadilan (miscarriage of justice) yang memudaratkan anakguam. [33] Mahkamah telah mengambilkira alasan-alasan yang dikemukakan dalam afidavit Pemohon dan pada peringkat ini beranggapan Pemohon telah mengemukakan alasan-alasan yang kukuh untuk membolehkan Mahkamah menggunakan budibicara untuk membenarkan Notis Usul Pemohon. C) Merit Rayuan [34] Responden berhujah bahawa pihak Pemohon tidak mempunyai merit dalam kes rayuan ini kerana hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang Bijaksana adalah memadai dan mengikut “principles of sentencing” berpandukan nas-nas undang-undang. [35] Kedua-dua pihak dalam Usul ini telah mengemukakan nas-nas yang berkenaan trend of sentencing yang berpihak kepada masing-masing. Semasa Mahkamah membuat keputusan usul ini, Hakim Mahkamah Sesyen masih belum menyediakan alasan penghakiman, yang mana perlu disediakan untuk tujuan rayuan didengar di peringkat Mahkamah Tinggi. Dalam keadaan tersebut, benefit of doubt harus diberikan kepada Pemohon dan pihak-pihak boleh menghujahkan berkenaan hukuman yang dijatuhkan semasa bicara rayuan dan pihak Responden tidak mengalami apa-apa prejudis berkenaan perkara ini. Lebih-lebih lagi nas-nas trend of sentencing yang dikemukakan hanya sebagai panduan semata-mata dan tidak mengikat Mahkamah. [36] Dalam perkara ini nas yang dikemukakan oleh Responden PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 telah menjelaskan seperti berikut:- “In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from Court to Court. All things being equal these variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations. Kesimpulan [37] Dalam menggunakan budibicara dan membuat keputusan, Mahkamah telah mengambilkira faktor-faktor berikut: a) Rayuan terhadap sabitan telahpun difailkan dalam jangkamasa yang yang dibenarkan; b) Alasan Penghakiman Mahkamah Sesyen belum lagi disiapkan; c) Petisyen Rayuan masih belum difailkan; d) Mahkamah berpuashati dengan alasan permohonan, khususnya yang terkandung dalam Afidavit Balasan Pemohon dalam Lampiran 7; e) Mahkamah juga berpendapat prospek untuk berjaya dalam rayuan terhadap hukuman adalah suatu yang subjektif dan hanya boleh diputuskan setelah mendengar hujahan semasa rayuan memandangkan trend hukuman adalah suatu panduan semata-mata; f) Tiada prejudis sebenar yang dialami oleh Responden. [38] Dalam PP v. Sundaravelu [1967] 1 MLJ 79 Raja Azlan Shah HMT (Baginda ketika itu) yang memutuskan: "This application brings into review the provisions of s. 310 of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6). It is clear from the provisions of that section that this court has a discretion whether or not to allow the application, but to my mind, emphasis is laid on the phrase 'in order that substantial justice may be done in the matter'. I think the provisions of this section have been well gone into by the Court of Appeal in Veerasingam's case. There it was said that the section is one of discretion and no hard and fast rules can be laid down, otherwise it ceases to be a discretion and becomes a rule of law. [39] Mahkamah Rayuan dalam PP v. Azman Abdul Ghani [2007] 3 CLJ 135 telah mentafsirkan Seksyen 310 KTJ:- "[18] Upon a proper construction of s. 310, Thomson CJ (later LP) who delivered the judgment of the court enunciated that: (])Where a person is debarred from appealing, s. 310 empowers a judge to grant him indulgence on such terms as he may consider desirable in order that substantial justice may be done in the matter;
3
(3)The court would not attempt any definition of what is substantial justice beyond suggesting in this connection tit at substantial justice is done wit en a riglttful conviction is uplteld and a wrongful one is quaslted;
5
(5)The only fetter which s. 310 places upon the exercise of the discretion is tltat it sltall be exercised in order tit at substantial justice may be done;" [40] Sebagai kesimpulan Mahkamah ini berpendapat tujuan Parlimen menggubal Seksyen 310 KTJ adalah untuk memberi ruang kepada pihak yang terkesan untuk mengakas kekhilafan asal mereka untuk membolehkan Mahkamah melakukan ‘substantial justice’. [41] Dalam kes ini Mahkamah telah menimbangkan dan berpuashati Pemohon perlu diberi ruang untuk merayu terhadap hukuman dan berhujah di hadapan Mahkamah Tinggi untuk menyakinkan Yang Arif Hakim untuk mengakas keputusan Mahkamah rendah yang mana merupakan proses biasa dalam sistem keadilan di Malaysia. Perintah
1
Notis Usul dalam Lampiran 1 dibenarkan;
2
Notis Rayuan Terpinda hendaklah difailkan dalam masa 14 hari dari tarikh hari ini, 19.12.2025. Bertarikh : 19-12-2025 t.t (ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru KAUNSEL : PEGUAM PEMOHON : Aisywarya Devi A/P Chantirakumar Tetuan Sivananthan Suite No. 1, L17-01, PJX Tower, 16A, Persiaran Barat, Seksyen 16, 46200 Petaling Jaya, Selangor PENDAKWA RAYA : Mohd. Afdhalan Syafiq Azmi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Ja’afar Muhammad, Kota Iskandar 79100 Nusajaya, Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.