Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN JENAYAH NO: BA-44-152-12/2023 ANTARA Jeddahlyn Lopez Lingat (No. Pasport: P3574386C) … Pemohon
BA-44-152-12/2023
High Court of Malaysia28 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“An Act to provide for the preventive detention of persons associated with any activity relating to or involving the trafficking in dangerous drugs.”
“r. [51] Sebagai hujahan balas, Responden menyatakan bahawa isu ini telah diputuskan oleh Hasbullah Adam PK (sebagaimana dia dahulu) dalam Nazri Mohamed lwn. Menteri Dalam Negeri Malaysia & yang lain [2022] CLJU 1115: “[48] Mahkamah ini juga mendapati tiada sebarang keperluan prosedur untuk Insp. Muhammad Zaini bin Abd”
“(a) dan seksyen 3(2)(b) Akta 316. [73] Undang-undang statutory juga tidak memerlukan laporan tangkapan dilampirkan dalam afidavit [rujuk kes Nazri Mohamed v Menteri Dalam Negeri Malaysia & Yang Lain [2022] CLJU 115]. Kesimpulan [74] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan diatas, permohonan writ habeas corpus adalah d”
“al number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 AND WHEREAS Parliament considers it necessary to stop such action; NOW, THEREFORE, pursuant to Article 149 of the Constitution BE IT ENACTED by the Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong with the advice and consent of the Dewan Ne”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN JENAYAH NO: BA-44-152-12/2023 ANTARA Jeddahlyn Lopez Lingat (No. Pasport: P3574386C) … Pemohon
1
Menteri Dalam Negeri Malaysia 2. Ketua Polis Negara Malaysia 3. Pengarah, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak … Responden-responden Alasan Penghakiman Pengenalan [1] Kes ini adalah berkaitan dengan persoalan sama ada writ habeas corpus patut diberi kepada Pemohon. Susulan pengurusan kes bertarikh 2.5.2024, "isu-isu yang dipersetujui untuk dibicarakan" telah difailkan semula melalui Lampiran 31 ( versi terpinda ). [2] Berdasarkan Lampiran 31, Pemohon mengemukakan 5 isu yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. [3] Lima (5) isu yang dibangkitkan oleh Pemohon adalah seperti yang berikut:- a) Isu Pertama: Gagal buktikan pematuhan kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (“Akta 316”); b) Isu Kedua: Isu Kelewatan i) Jumlah kelewatan selama 28 hari dalam menjalankan siasatan ke atas Pemohon oleh Pegawai Siasatan KDN dan ketidakpatuhan kepada seksyen 5(2), 5(3), dan 5(4) Akta 316; ii) Jumlah kelewatan selama 15 hari dalam menjalankan siasatan dan mengemukakan laporan lengkap di bawah seksyen 3(3) Akta tersebut oleh Pegawai Siasatan dan gagal membuktikan pematuhan kepada seksyen 3(3) Akta 316; c) Isu Ketiga: Ketidakpatuhan kepada Kaedah 3(4) Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 (“Kaedah-Kaedah tersebut”). d) Isu Keempat: Ketidakpatuhan kepada seksyen 9 (1) Akta tersebut, Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-Kaedah tersebut yang dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan dan tidak diberikan peluang untuk mendapatkan representasi yang adil dan efektif di hadapan Lembaga Penasihat; dan e) Isu Kelima: Gagal buktikan pematuhan kepada seksyen 3(2)(a) dan 3(2)(b) Akta 316 berhubung dengan laporan tangkapan. [4] Setelah mempertimbangkan semua fakta, bukti dan keterangan yang dikemukakan di hadapan saya serta mendengar hujahan kedua-dua pihak, saya menolak permohonan Pemohon. Latar belakang [5]
Preamble
Menurut Perintah Tahanan bertarikh 4.10.2023, Pemohon diperintahkan untuk ditahan selama 2 tahun sehingga 3.10.2025 di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak (“PPA Batu Gajah”). Ini adalah berdasarkan seksyen 6(1) Akta 316 yang memperuntukkan:- Section 6. Power to order detention and restriction of persons. [6] Tidak berpuas hati dengan penahanan tersebut, Pemohon memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan writ habeas corpus. Walau bagaimanapun, adalah memadai untuk mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada permohonan ini sebahagian besarnya adalah tidak dipertikaikan. Setakat ini, Mahkamah ini menerima pakai sepenuhnya “fakta kronologi” yang dihuraikan oleh peguam Responden dalam hujahan bertulis mereka dalam Lampiran 21 (lihat muka surat 3 – 6). [7] Untuk membantah permohonan ini, pihak Responden mengemukakan afidavit daripada, antara lain:- Penyiasat”); Siasatan” atau “Inquiry Officer”); Menteri); Hujahan pihak-pihak Isu Pertama: Gagal buktikan pematuhan kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985 (“Akta 316 ”). [8] Pemohon mengadu bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan serta Mukadimah Akta 316. Secara spesifiknya, Pemohon berhujah bahawa Perintah Tahanan dan Pengataan Fakta yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (“TMDN”) adalah kabur dan tidak jelas dan pihak Responden telah gagal menunjukkan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Jika dirujuk kepada Mukadimah Akta 316 mengatakan seperti berikut: Long Title & Preamble
Preamble
An Act to provide for the preventive detention of persons associated with any activity relating to or involving the trafficking in dangerous drugs.
Preamble
WHEREAS action which is prejudicial to public order in Malaysia has been taken and further similar action is being threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia; AND WHEREAS Parliament considers it necessary to stop such action; NOW, THEREFORE, pursuant to Article 149 of the Constitution BE IT ENACTED by the Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong with the advice and consent of the Dewan Negara and Dewan Rakyat in Parliament assembled, and by the authority of the same, as follows: [9] Pemohon berhujah bahawa Perkara 149 dan Mukadimah Akta itu mewajibkan "sekumpulan besar orang" (a substantial body of persons) untuk membolehkannya tertakluk kepada Akta 316. Bahasa Mukadimah adalah jelas dan oleh kerana Pemohon di sini hanyalah "individu" dan bukan "sekumpulan besar orang", adalah salah untuk menahannya di bawah Akta 316. [10] Mengikut Pemohon, Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan Parlimen kuasa untuk menggubal undang-undang (seperti Akta 316) untuk berurusan dengan individu tertentu (seperti Pemohon dalam kes ini). Sebaliknya, Akta itu digubal untuk menangani ancaman (seperti isu dadah berbahaya) yang memudaratkan masyarakat dan kemudaratan itu ditimbulkan oleh "sekumpulan besar orang". Menurut peguam terpelajar Pemohon, agak jelas bahawa TMDN pada masa ini tidak memenuhi syarat ini apabila mengeluarkan Perintah Tahanan. Oleh itu, ini merupakan ketidakpatuhan prosedur yang mewajarkan pengeluaran writ habeas corpus. [11] Responden menyangkal hujah-hujah di atas dan mengatakan bahawa bantahan Pemohon adalah tidak benar terutamanya berdasarkan fakta dalam kes ini. [12] Sebenarnya, Perintah Tahanan, Pengataan-Pengataan Fakta serta Alasan Penahanan (selepas ini dikenali sebagai “3 Dokumen tersebut”) telah menyatakan secara terperinci bahawa Perintah Tahanan dibuat kerana terdapat sebab untuk mempercayai Pemohon adalah berkaitan/ada hubungan dengan "sekumpulan besar orang" dalam aktiviti berkaitan dadah. TMDN sendiri berpuas hati dengan laporan bertulis yang dihasilkan oleh Pegawai Penyiasat dan Pegawai Siasatan sebelum menggunakan kuasa statutorinya di bawah Akta 316 terhadap Pemohon. Ini jelas dalam afidavit TMDN yang diikrarkan pada 17.1.2014 (Lampiran 11). [13] Oleh yang demikian, Responden berhujah bahawa mereka telah mematuhi 3 elemen seperti yang digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Selva Vinayagam Sures v Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors [2021] 2 CLJ 29 seperti berikut:- “[47] …One, that the activity which has been taken or is being threatened by a substantial body of persons relates to or involves the trafficking in dangerous drugs. Two, that the detenu is a member of a substantial body of persons. Three, that the Minister is satisfied that it is necessary in the interest of public order that the detenu be subject to preventive detention.” [14] Pihak Responden berhujah bahawa semua tiga (3) elemen atau keadaan di atas telah dipatuhi sebelum TMDN mengeluarkan Perintah Tahanan tersebut. Oleh itu, Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta 316tidak menjadi isu. Isu Kedua: Isu Kelewatan sama ada Responden melanggar seksyen 3(3) dan 5(4) Akta 316. [15] Berkaitan seksyen 3(3), Pemohon berhujah bahawa Pegawai Penyiasat telah gagal menjalankan siasatannya dengan sewajarnya seperti yang dikehendaki di bawah seksyen tersebut: Section 3. Power to detain suspected persons. …
3
The police officer making an investigation pertaining to a person arrested and detained under this section shall cause a copy of the complete report of the investigation to be submitted—
a
to an Inquiry Officer appointed under subsection 5(1); and
b
to the Minister,within such period as may be prescribed by the Minister by regulations made under this Act. [16] Menurut Pemohon, terdapat sejumlah 15 hari kelewatan di pihak Pegawai Penyiasat Polis. Pemohon menjelaskan seperti berikut:-
a
Dia ditahan pada 6.8.2023 dan hanya sehingga 9.8.2023 kenyataannya (statement) direkodkan oleh Pegawai Penyiasat. Ini bermakna kelewatan selama 2 hari.
b
Saksi terakhir yang ditemubual oleh Pegawai Penyiasat ialah 17.8.2023 tetapi Pegawai Penyiasat mengambil masa kira-kira 13 hari untuk menyiapkan laporan bertulisnya. [17] Walaupun Pegawai Penyiasat mengemukakan alasan kelewatan itu, Pemohon menggesa Mahkamah ini menolak justifikasi tersebut kerana ia hanyalah beban kerja pentadbiran (“mere administrative workload”). Dan walaupun adalah benar bahawa seksyen 3(3) tidak menetapkan tempoh masa khusus untuk Pegawai Penyiasat melaksanakan tugasnya, kes Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dalam Chua Kian Voon lwn. Timbalan Menteri Dalam Negeri & 1 Lagi [2020] 1 CLJ 747 dan Dhinesh a/l Tanaphll lwn. Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors [2022] 5 CLJ 1 secara konsisten menegaskan bahawa Responden mesti melaksanakan tugas masing-masing “dengan pantas” dan Mahkamah tidak akan membenarkan sebarang bentuk kelewatan yang melampau. [18] Mengambilkira kes di atas, Pemohon berhujah bahawa terdapat ketidakpatuhan seksyen 3(3) Akta 316. [19] Responden tidak bersetuju dengan hujahan di atas. Menurut Responden, jika membaca Akta 316 dengan teliti, tiada mana-mana bahagian dalam seksyen 3(3) menetapkan tempoh tertentu untuk menyiapkan laporan. Selagi semua tugas dilakukan dengan pantas, tidak boleh dikatakan terdapat pelanggaran seksyen 3(3) Akta 316. [20] Responden selanjutnya menjelaskan bahawa "dengan semua kelajuan yang mudah" (with all convenient speed) mesti bermaksud "tidak ada sikap malas" (no lackadaisical attitude) di pihak Pegawai Penyiasat dan sama ada Pegawai Penyiasat mempamerkan sikap sambil lewa dalam melaksanakan tugasnya bergantung sepenuhnya pada fakta dan keadaan kes [rujukan dibuat kepada Lampiran 5 Afidavit Jawapan Inspektor Polis Mohamed Basheer Bin A.G.Sulaiman Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Miri, Sarawak]. [21] Dalam kes ini, ia bukan senario yang ada pada Pegawai Penyiasat untuk melengahkan penyiasatan kerana Pegawai Penyiasat telah menyelesaikan tugas penyiasatannya secepat yang munasabah dari tarikh tahanan Pemohon (6.8.2023) sehingga tarikh laporan bertulis dikemukakan (30.8.2023). Pegawai Penyiasat pastinya telah menyiasat kes Pemohon dengan semua kelajuan yang mudah (with all convenient speed), dengan mengambil kira bahawa Pegawai Penyiasat juga perlu: • mengenal pasti, mengesan, menyoal siasat, merakam percakapan saksi-saksi lain yang berkaitan dengan penangkapan Pemohon dan juga merekodkan kenyataan saksi-saksi lain; • menyediakan dokumentasi yang berkaitan; • memastikan lokasi atau tempat iaitu kawasan yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah oleh Pemohon adalah sahih dan wujud; • perlu memastikan jenis dadah yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah oleh Pemohon seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; • perlu menghubungi agensi penguatkuasaan yang lain; dan • perlu menyediakan dan menyiapkan laporan lengkap penyiasatan di bawah seksyen 3(3) Akta 316 terhadap Pemohon untuk laporan lengkap penyiasatan terhadap Pemohon tersebut sebelum dihantar dan dikemukakan kepada TMDN dan Pegawai Siasatan KDN. [Penekanan diberikan kepada perenggan 15(a) hingga (g) (i) - (xx)
Lampiran
Lampiran 5 Afidavit Jawapan Inspektor Polis Mohamed Basheer Bin A.G. Sulaiman] [22] Afidavit Pegawai Penyiasat juga telah menyatakan secara luas apa yang dilakukannya terhadap keseluruhan siasatan dari saat Pemohon ditangkap (6.8.2023) sehinggalah tarikh dia menyediakan laporan (30.8.2023). Oleh itu, hujahan Pemohon bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada seksyen 3(3) Akta 316 adalah tidak bermerit. [23] Berkaitan seksyen 5(4), Pemohon berhujah bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada peruntukan ini. Seksyen 5(4) Akta 316 memperuntukkan: Section 5. Inquiry Officer. … (4) An Inquiry Officer shall submit his report in writing to the Minister within such period as may be prescribed by the Minister by regulations made under this Act. [24] Menurut Pemohon, terdapat kelewatan selama 28 hari di pihak Pegawai Siasatan KDN (inquiry officer) En Muhammad Habibullah Bin Mohammad Shah kerana beliau tidak memulakan siasatan ke atas Pemohon secepat mungkin. Ini kerana Pegawai Siasatan KDN dalam afidavitnya menyatakan bahawa dia menerima laporan Pemohon daripada Pegawai Penyiasat pada 30.8.2023, tetapi tiada tindakan lanjut diambil sehingga kira-kira 11 hari kemudian pada 10.9.2023. [rujukan kepada afidavit jawapan Lampiran 10]. [25] Selanjutnya, Pemohon menyatakan Pegawai Siasatan KDN hanya menyerahkan laporannya pada 27.9.2023, iaitu lebih kurang 17 hari selepas 10.9.2023. Oleh itu, secara kumulatif, terdapat kelewatan sebanyak 28 hari di pihak Pegawai Siasatan KDN dan ini terjumlah kepada ketidakpatuhan seksyen 5 Akta 316. [26] Responden tidak bersetuju dengan hujahan Pemohon. Menurut Responden, sama seperti hujahan yang dikemukakan bagi pihak Pegawai Penyiasat (supra), Pegawai Siasatan KDN juga telah melaksanakan tugasnya dengan pantas. Malah, daripada " 28 hari " yang diadukan oleh Pemohon, sebenarnya terdapat 6 hari yang terdiri daripada hujung minggu dan cuti. Adalah agak tidak munasabah bagi Pemohon untuk mengambil kira 6 hari dan menganggapnya sebagai "kelewatan yang tidak wajar". Oleh itu, persoalan yang tinggal ialah sama ada terdapat kelewatan yang melampau selama 22 hari di pihak Pegawai Siasatan KDN. [27] Menurut Responden, tempoh 22 hari yang diambil bukanlah suatu kelewatan yang melampau. Pegawai Siasatan KDN dalam Lampiran 10 telah menerangkan bahawa beliau telah menjalankan inkuiri fizikal terhadap Pemohon pada 10.9.2023 dan telah menjelaskan / memperincikan tindakan-tindakan yang telah diambil olehnya seperti dalam perenggan 10 (a) hingga (f)(i) - (xi) Lampiran 10. [28] Responden juga ingin menarik perhatian Mahkamah kepada fakta bahawa Pegawai Siasatan KDN tidak hanya mengendalikan kes Pemohon namun juga ditugaskan untuk menggendalikan fail-fail kes daripada IPD Miri. Semua kes ini adalah di bawah Akta 316 yang mana perlu diberikan keutamaan oleh pihak Pegawai Siasatan KDN. Tugasnya tidak pernah terhad kepada kes Pemohon sahaja [penekanan diberikan dalam perenggan 10 (a) hingga(f)(i)-(xi)]. [29] Agak penting, Responden berhujah bahawa adalah tidak logik untuk menghabiskan keseluruhan siasatan secara tergesa-gesa. Jika tidak, ia akan memberi risiko laporan bertulis yang tidak lengkap sebelum ia diserahkan kepada TMDN untuk pertimbangan penahanan, lebih-lebih lagi kes yang melibatkan tahanan tanpa perbicaraan. Atas dasar inilah Parlimen meluluskan tempoh penahanan 60 hari untuk membolehkan siasatan yang rapi dan komprehensif dijalankan ke atas Pemohon. Jika siasatan dibuat dengan tergesa-gesa, hal ini akan menyebabkan laporan yang disediakan tidak lengkap dan menyukarkan Menteri Dalam Negeri atau TMDN untuk membuat keputusan. Tentu sekali, sekiranya siasatan mengambil terlalu lama pula, hak Pemohon akan terkesan dan diprejudiskan. [30] Dalam permohonan ini, adalah jelas bahawa kedua-dua Pegawai Penyiasat [seksyen 3(3)] dan Pegawai Siasatan KDN [seksyen 5(4)] hendaklah diberi masa yang cukup munasabah untuk melaksanakan tugas mereka, dan selagi mereka melakukannya dengan pantas tanpa kelewatan yang melampau, maka tindakan tersebut adalah dalam bidangkuasa Akta. Oleh itu, hujahan Pemohon tidak patut diterima sama sekali oleh Mahkamah ini. Isu Ketiga: Ketidakpatuhan kepada Kaedah 3(4) Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 (“Kaedah-Kaedah tersebut”). [31] Pemohon membangkitkan hujahan bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada peraturan 3(4) Peraturan 1987. Peruntukan ini berkata: Rule 3. Procedure for making representation. … “ (4) The Officer in Charge of the Police District where the detention order was served or the Officer in Charge, as the case may be, who receives any written representation in Form 1 shall forthwith forward such representation to the Secretary.” [32] Pemohon berhujah bahawa Pegawai Penyiasat tidak berbuat demikian dalam kes ini. Borang 1 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani tidak dimajukan kepada Lembaga Penasihat seperti yang dikehendaki di bawah peraturan 3(4). Sebaliknya, ini hanya dilakukan kira-kira 12 hari kemudian dan oleh kerana tiada justifikasi yang pernah dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat atas kelewatan ini, ini adalah suatu ketidakpatuhan prosedur. [33] Dalam hujahan balas mereka, Responden menyatakan bahawa jurang di sini adalah munasabah kerana mereka perlu membuat pengaturan logistik yang wajar untuk menghantar Pemohon dari Miri, Sarawak ke PPA Batu Gajah, Perak. [34] Terma “forthwith” telah dijelaskan oleh Prasad Sandosham Abraham HMP dalam kes Menteri Dalam Negeri & Ors v Gopal R Subramaniam [2017] 6 CLJ 593 yang boleh disimpulkan seperti berikut:- (a) Mahkamah perlu menilai afidavit yang berkenaan untuk menentukan sama ada kelewatan telah dijelaskan, sekiranya Mahkamah mendapati terdapat kelewatan dalam pelaksanaan sesuatu tindakan: dan (b) Mahkamah kemudiannya perlu pertimbangkan keadaan kes dan penjelasan kelewatan tersebut tanpa kelengahan yang tidak munasabah. [35] Berkenaan tempoh masa yang diambil untuk menghantar Pemohon dari Miri, Sarawak ke PPA Batu Gajah, Perak, keterangan afidavit jawapan Inspektor Polis Mohamed Basheer Bin A.G Sulaiman (Pegawai Penyiasat Polis) yang diikrarkan pada 24.1.2024 dalam Lampiran 5, perenggan 28 adalah relevan dan dipetik seperti berikut:- “28. Seterusnya, saya menyatakan bahawa Pemohon hanya dapat dihantar dan dibawa masuk PPA Batu Gajah, Perak pada 16-10- 2023 walaupun Perintah Tahanan berkuat kuasa pada 4-10-2023. Hal ini demikian kerana pihak polis perlu menguruskan hal pentadbiran dan keperluan logistik terlebih dahulu seperti penempahan tiket kapal terbang untuk membawa Pemohon dari Miri, Sarawak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor dan kemudiannya dari Sepang, Selangor dan ke PPA Batu Gajah, Perak. Sesungguhnya penyediaan teratur diperlukan bagi menempah tiket penerbangan Pemohon memandangkan Pemohon sebagai Orang Tahanan dan bukan orang awam biasa dan oleh itu, kelulusan perlu diperolehi daripada dari pihak atasan terlebih dahulu dan daripada pihak syarikat penerbangan dan kelulusan berlepas juga perlu diperolehi untuk membawa Orang Tahanan. Tambahan pula, pihak Polis perlu menugaskan pegawai-pegawai dan juga perlu menempah tiket penerbangan bagi pegawai-pegawai tersebut dan urusan pengangkutan yang lain. Sesungguhnya, saya menyatakan bahawa Pemohon hanya dapat dibawa ke PPA Batu Gajah, Perak pada 16- 10-2023 iaitu dalam tempoh kesegeraan yang praktik. Maka, sehingga Pemohon dimasukkan ke PPA Batu Gajah, Perak Pemohon masih berada dalam jagaan sementara dan pengawasan saya di Lokap Balai Polis Trafik Miri, Sarawak.” (Penekanan ditambah) [36] Mengenai dakwaan kelewatan memajukan Borang 1 kepada Lembaga Penasihat, Responden mengambil pendirian bahawa ini adalah tidak benar kerana sebaik sahaja Pemohon dibawa ke PPA Batu Gajah pada 16.10.2023, Borang 1 telah diserahkan oleh Mohd Yusof Bin Harun iaitu Pegawai Yang Menjaga PPA Batu Gajah dengan kadar segera kepada Lembaga Penasihat pada hari yang sama 16.10.2023 jam 1.45 petang melalui emel [rujukan dibuat kepada perenggan 13 Afidavit Jawapan Mohd Yusof Bin Harun yang diikrarkan pada 18.1.2024 Lampiran 12]. Penyerahan Borang 1 ini telah disahkan terima secara rasmi oleh Setiausaha Lembaga Penasihat pada hari yang sama juga [lihat perenggan 4 Afidavit Jawapan Liyana Izzati Binti Aris yang diikrarkan pada 23.1.2024 Lampiran 14]. [37] Dalam apa jua keadaan, perkara yang wajib dan mandatori di bawah Kaedah 3(4) Kaedah-Kaedah tersebut adalah Borang 1 tersebut dihantar dengan serta merta dan mematuhi Kaedah-Kaedah tersebut. Sehubungan itu, tiada ketidakpatuhan prosedur peraturan 3(4) Kaedah-Kaedah tersebut dan isu ini yang dibangkitkan oleh Pemohon adalah tidak bermerit dan patut ditolak oleh Mahkamah. Isu Keempat: Ketidakpatuhan kepada seksyen 9 (1) Akta tersebut, Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-Kaedah tersebut yang dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan dan tidak diberikan peluang untuk mendapatkan representasi yang adil dan efektif di hadapan Lembaga Penasihat. [38] Pemohon juga membangkitkan isu bahawa dia tidak diberi perbicaraan yang adil di hadapan Lembaga Penasihat dan ini merupakan ketidakpatuhan kepada seksyen 9(1) Akta 316 dan juga peraturan 5(1) dan 5(2) Peraturan 1987 dan dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan-peruntukan yang disebut di sini mengatakan seperti berikut: Section 9. Representations against detention order. (1) A copy of every order made by the Minister under subsection 6(1) shall as soon as may be after the making thereof be served on the person to whom it relates, and every such person shall be entitled to make representations to an Advisory Board.… Rule 5. Hearing of representation (1) Subject to the provisions of this Act, when any representation is received by the Secretary, the Chairman shall appoint a time and place for the consideration of the representation by the Board and shall cause a notice thereof in Form II in the Schedule to be served on the detained person and his advocate if such advocate is named in Form I. (2) At the time and place appointed, the detained person may appear the Board either in person or with his advocate or be represented by his advocate. [39] Mengikut Pemohon, Lembaga Penasihat telahpun dimaklumkan bahawa Pemohon berhasrat untuk diwakili peguam dalam prosiding representasi. Perkara ini turut diakui oleh Responden melalui afidavit Liyana 'Izzati binti Aris (iaitu Setiausaha Lembaga Penasihat) tetapi atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Lembaga Penasihat, mereka tidak menangguhkan prosiding tersebut dan meneruskan prosiding representasi tanpa kehadiran mana-mana peguam. [40] Sehubungan itu, adalah jelas bahawa Pemohon telah dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil dalam prosiding representasi tersebut. [41] Responden tidak bersetuju dengan hujahan di atas. Berdasarkan Afidavit Setiausaha Lembaga Penasihat [penekanan dibuat kepada Afidavit Jawapan Liyana Izzati Binti Aris terutama perenggan 5 hingga hingga 14], adalah jelas bahawa Pemohon yang sendiri bersetuju untuk meneruskan pendengaran prosiding representasi Pemohon dan Pemohon juga tidak ingin memohon apa-apa penangguhan bagi tujuan untuk melantik peguam. Maka, Lembaga Penasihat telah meneruskan prosiding pendengaran representasi Pemohon pada hari itu. Di hadapan pihak Lembaga Penasihat, Pemohon juga telah memanggil seorang saksi semasa prosiding representasi tersebut iaitu Richard Jong Kuek Ping yang merupakan suami Pemohon yang turut sama ditahan di PPA Batu Gajah, Perak dan saksi ini telah memberikan keterangan di hadapan pihak Lembaga Penasihat. [42] Dalam Afidavit Jawapan Dato Habibah Binti Mohamed Yusof sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, beliau menyatakan bahawa semasa prosiding representasi, Pemohon telahpun dimaklumkan, diterangkan dan diberikan hak-hak Pemohon untuk diwakili oleh peguambela dan memanggil saksi-saksi Pemohon. Sewaktu pendengaran representasi Pemohon pada 9.11.2023 secara fizikal, Pemohon telah hadir tanpa diwakili peguambela. Sebelum pendengaran bermula pihak Lembaga Penasihat telah bertanya sama ada Pemohon diwakili oleh mana-mana peguambela. Lembaga Penasihat juga seterusnya telah bertanya sama ada Pemohon ingin menangguhkan pendengaran representasi Pemohon untuk melantik peguam. Namun, Pemohon telah memaklumkan bahawa Pemohon tidak ingin melantik peguam dan Pemohon memaklumkan bahawa Pemohon tidak ingin memohon penangguhan representasi dan Pemohon sudah sedia untuk meneruskan representasi Pemohon pada hari tersebut dan akan memanggil seorang saksi iaitu suami Pemohon yang turut ditahan di PPA Batu Gajah, Perak. [penekanan diberikan kepada Afidavit Jawapan Pengerusi Lembaga Penasihat Lampiran 15] [43] Responden menyatakan bahawa pendengaran representasi Pemohon pada 9.11.2023 telah berjalan atas kerelaan Pemohon sendiri dan Pemohon tiada memohon sebarang penangguhan pada tarikh tersebut. [44] Responden juga menyatakan bahawa Pemohon telah memahami hak-hak Pemohon dan Pemohon boleh berkomunikasi dengan sempurna semasa prosiding pendengaran representasi dijalankan. Prosiding representasi telah dijalankan dalam Bahasa Melayu dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dengan sempurna. Segala kehendak dan keperluan prosedur di bawah peruntukan Kaedah-Kaedah tersebut dan Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan telah dipatuhi dengan sempurna. Peluang membuat representasi yang adil, efektif dan sempurna juga telah diberikan kepada Pemohon sepenuhnya tanpa memprejudiskan hak-hak Pemohon. [45] Berkaitan kegagalan Responden mengemukakan nota prosiding, menurut Responden, walaupun mereka mengambil tahu permintaan Pemohon untuk mendapatkan nota prosiding untuk prosiding pendengaran representasi tersebut, Responden mengambil pendirian bahawa nota prosiding tersebut adalah sulit kerana ia mengandungi butir-butir saksi yang memberi keterangan terhadap Pemohon. Hujahan ini adalah berlandaskan seksyen 14 Akta 316: Section 14. Disclosure of information. Nothing in this Part or in any rules or regulations made thereunder shall require the Minister or any member of an Advisory Board or any Inquiry Officer or any public servant to disclose facts or to produce documents which he considers to be against the national interest to disclose or produce. [46] Responden juga menghujahkan bahawa dalam permohonan writ habaes corpus, hanya isu berkenaan ketidakpatuhan prosedur sahaja boleh dibangkitkan oleh Pemohon. Apa-apa “ketidakpatuhan prosedur” yang tidak langsung diperuntukkan di bawah Akta 316 tidak akan terjumlah kepada suatu ketidakpatuhan prosedur, melainkan prosedur tersebut secara jelas diperuntukkan secara spesifik di bawah Akta 316. [47] Oleh itu, memandangkan tiada langsung keperluan prosedur di bawah Akta 316 ataupun Kaedah-Kaedah tersebut bagi Lembaga Penasihat untuk melampirkan atau mengemukakan nota prosiding Lembaga Penasihat, hal ini bukanlah suatu ketidakpatuhan prosedur di bawah Akta 316 [rujukan kepada kes Lew Kee Sang v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3CLJ 914]. [48] Dalam keadaan sedemikian dan atas alasan kepentingan awam, afidavit oleh Setiausaha Lembaga Penasihat dan afidavit Pengerusi Lembaga Penasihat adalah memadai dan harus diberikan dengan wajaran yang sama seperti keterangan langsung (direct evidence). Isu Kelima: sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada seksyen 3(2)(a) dan 3(2)(b) Akta tersebut mengenai laporan tangkapan. [49] Terdapat satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Pemohon. Menurut Pemohon, Pegawai Penyiasat tidak mengemukakan sebarang laporan tangkapan untuk mewajarkan penahanan itu. Oleh itu, persoalan ini adalah sama ada seksyen 3(2)(a) dan 3(2)(b) Akta 316 telah dipatuhi dengan sewajarnya: Section 3. Power to detain suspected persons. … (2) Any person arrested and detained under this section may be detained in police custody for a period not exceeding sixty days without an order of detention having been made in respect of him under subsection 6(1): Provided that— (a) he shall not be detained for more than twenty four hours except with the authority of a police officer of or above the rank of Inspector; (b) he shall not be detained for more than forty eight hours except with the authority of a police officer of or above the rank of Assistant Superintendent of Police; … [50] Berdasarkan alasan ini, Pemohon berhujah bahawa ini merupakan ketidakpatuhan prosedur. [51] Sebagai hujahan balas, Responden menyatakan bahawa isu ini telah diputuskan oleh Hasbullah Adam PK (sebagaimana dia dahulu) dalam Nazri Mohamed lwn. Menteri Dalam Negeri Malaysia & yang lain [2022] CLJU 1115: “[48] Mahkamah ini juga mendapati tiada sebarang keperluan prosedur untuk Insp. Muhammad Zaini bin Abd Halim mengemukakan repot tangkap berhubung penangkapan dan penahanan Pemohon itu. Malahan penjelasan beliau di dalam afidavit jawapannya adalah selaras dan konsisten dengan afidavit jawapan oleh ASP Syazana Syarliza binti Abdul Ghani (Lampiran 15) dan DSP Mohd Suffian bin Hj Saari (Lampiran 7). Tiada sebab bagi Mahkamah ini untuk tidak membenarkan keterangan-keterangan afidavit oleh penjawat awam tersebut. [49] Mahkamah ini berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan adalah wajar dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati isu dakwaan kegagalan membuktikan alasan yang munasabah bagi penangkapan dan penahanan Pemohon dan dakwaan tangkapan yang berniat jahat (mala fide) adalah tidak berasas dan tidak merit. [52] Dan oleh kerana undang-undang tidak menghendaki laporan tangkapan Pemohon dimasukkan ke dalam afidavit, maka kedua-dua seksyen 3(2)(a) dan 3(2)(b) telah dipatuhi dengan sewajarnya oleh Responden. Analisis dan keputusan [53] Setelah menghuraikan fakta serta hujahan pihak-pihak, dan bagi meringkaskan / memudahkan rujukan, Mahkamah akan meringkaskan isu-isu berbangkit seperti berikut:- Isu Pertama: Sama ada Responden mematuhi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan serta mukadimah Akta 316? [54] Pada pandangan Mahkamah, pertikaian Pemohon adalah tidak bermerit. Seperti yang dinyatakan oleh Responden, 3 Dokumen tersebut (iaitu Perintah Tahanan, Pengataan Fakta serta Alasan Penahanan) telah menyatakan dengan jelasnya bahawa Pemohon telah ditahan kerana dia dikaitkan dengan "substantial body of persons” dalam aktiviti berkaitan dadah seperti termaktub di bawah Akta 316 (lihat ekshibit dalam afidavit TMDN dalam Lampiran 11). [55] Oleh itu, Responden dalam kes ini telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Mukadimah Akta 316. Isu Kedua (i): Isu kelewatan Pegawai Penyiasat PDRM. Sama ada Responden melanggar seksyen 3(3) Akta 316 [56] Berkenaan isu kelewatan selama 15 hari dalam menjalankan siasatan dan mengemukakan laporan lengkap Pemohon kepada TMDN dan Pegawai Siasatan KDN di bawah seksyen 3(3) Akta 316. [57] Mahkamah mendapati tidak ada kelewatan yang tidak wajar/tidak munasabah di pihak Pegawai Penyiasat dalam menyiasat kes Pemohon kerana siasatan telah diambil serta-merta. [penekanan diberikan kepada Afidavit Pegawai Penyiasat dalam Lampiran 5]. [58] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Responden bahawa siasatan sebenarnya juga merangkumi rakaman kenyataan saksi lain yang berkaitan dengan kes Pemohon dan juga termasuk mengenal pasti bukti / maklumat yang diperlukan berkenaan Pemohon. Lebih penting lagi, apabila Mahkamah membaca Afidavit Pegawai Penyiasat dalam Lampiran 5, Mahkamah mendapati tiada insiden di mana Pegawai Penyiasat mengambil masa yang lama dan tidak munasabah untuk menyelesaikan siasatan ke atas Pemohon. [59] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Chua Kian Voon (supra) yang menjelaskan Mahkamah juga mesti melihat sama ada kelewatan itu wajar dalam menilai sama ada siasatan dilakukan dengan "at all convenient speed": “[68] It is trite that where there is delay on the part of the Respondents to complete the report with "convenient speed", it is incumbent upon the Respondents to discharge the burden of proffering a satisfactory explanation for the delay.' [60] Pada pendapat Mahkamah, jurang 15 hari dalam kes sekarang oleh Pegawai Penyiasat adalah wajar. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Responden bahawa masa yang cukup munasabah mesti diberikan kepada Pegawai Penyiasat untuk menilai kes Pemohon. Cubaan untuk menyegerakan keseluruhan siasatan sehingga tidak memberi Pegawai Penyiasat ruang yang mencukupi hanya akan memberi risiko menjadikan siasatan sia-sia sahaja. [61] Berdasarkan analisis di atas, hujahan Pemohon di bawah seksyen 3(3) adalah ditolak. Isu Kedua (ii): Isu kelewatan Pegawai Siasatan KDN. Sama ada Responden melanggar seksyen 5(4) Akta 316. [62] Jumlah kelewatan selama 28 hari dalam menjalankan siasatan ke atas Pemohon dan mengemukakan laporan bertulis Pemohon kepada TMDN oleh Pegawai Siasatan KDN. [63] Mahkamah mendapati tiada kelewatan di pihak Pegawai Siasatan dalam kes ini. Pada pandangan Mahkamah, Pegawai Siasatan telah menjalankan tugasnya dengan pantas dan siasatan terhadap Pemohon juga telah dilakukan dengan secepat mungkin [penekanan diberikan kepada afidavit Pegawai Siasatan dalam Lampiran 10]. [64] Dalam kes ini, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tiada kelewatan yang tidak wajar di pihak Pegawai Siasatan. Daripada 28 hari kelewatan yang dikatakan, 6 hari adalah hujung minggu dan cuti dan Mahkamah tidak akan menyamakan 6 hari ini sebagai "kelewatan". Manakala bagi baki 22 hari kelewatan, jurang tersebut telah dijelaskan oleh Pegawai Siasatan dalam afidavit Lampiran 10 beliau. Sehubungan itu, Mahkamah menolak hujahan / bantahan Pemohon. Isu Ketiga: Sama ada Responden mematuhi peraturan 3(4)Kaedah-Kaedah tersebut apabila Pegawai Polis gagal untuk menghantar Borang 1 kepada Lembaga Penasihat dalam tempoh serta merta? [65] Setelah mempertimbangkan hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah bersetuju dengan Responden mengenai isu ini. Untuk memudahkan rujukan, peraturan 3(4) Peraturan 1987 diterbitkan semula: Rule 3. Procedure for making representation. … (4) The Officer in Charge of the Police District where the detention order was served or the Officer in Charge, as the case may be, who receives any written representation in Form 1 shall forthwith forward such representation to the Secretary. [66] Pada masa ini, pihak-pihak setuju bahawa Perintah Tahanan telah dikeluarkan pada 4.10.2023 terhadap Pemohon, dan pihak-pihak juga setuju bahawa Pemohon akan dibawa dari Miri, Sarawak ke PPA Batu Gajah, Perak. Seterusnya, adalah juga benar bahawa Borang 1 telah ditandatangani pada 4.10.2023 oleh Pemohon dan Pemohon hanya sampai ke PPA Batu Gajah, Perak pada 16.10.2023. [67] Pada pandangan Mahkamah, memandangkan Pemohon tidak segera dihantar ke PPA Batu Gajah, Perak dari Miri, Sarawak (disebabkan oleh urusan logistik), maka Responden / Pegawai Penyiasat tidak perlu segera menghantar Borang 1 yang telah ditandatangani kepada Setiausaha Lembaga Penasihat pada hari pengeluaran Perintah Tahanan (4.10.2023). Ini adalah kerana: • Pemohon sendiri masih belum "sampai" PPA Batu Gajah, Perak pada 4.10.2023; • tiada gunanya menghantar Borang 1 yang ditandatangani pada 4.10.2023 kepada setiausaha kerana “corpus” / “badan” Pemohon pada dasarnya masih di Miri, Sarawak; • Borang 1 adalah terutamanya untuk tujuan prosiding representasi. [68] Oleh itu, Mahkamah mendapati tiada sebarang ketidakpatuhan prosedur apabila Borang 1 hanya dimajukan kepada Setiausaha Lembaga Penasihat pada 16.10.2023 (iaitu hari Pemohon akhirnya tiba di PPA Batu Gajah, Perak). Isu Keempat: Sama ada Responden melanggar seksyen 9(1) Akta 316 serta peraturan 5(1) dan 5(2) Peraturan 1987? [69] Berkaitan isu ini, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Pemohon bahawa dia telah dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di hadapan Lembaga Penasihat. [70] Pengerusi dan juga Setiausaha Lembaga Penasihat masing-masing telah secara konsisten dalam afidavit Lampiran 15 dan 14 menyatakan bahawa mereka telah memaklumkan kepada Pemohon haknya untuk melantik peguam bagi prosiding representasi tetapi pemohon sendiri yang berpuas hati untuk meneruskan prosiding itu. Mahkamah tidak mempunyai sebab untuk meragui kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi dan Setiausaha Lembaga Penasihat dan oleh itu Mahkamah tidak yakin bahawa Pemohon telah dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. [71] Pada masa yang sama, Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan Responden berkaitan pemakaian seksyen 14 Akta 316 dalam kes ini berkenaan dengan permintaan nota prosiding. Isu Kelima: Sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada seksyen 3(2)(a) dan 3(2)(b) Akta 316 mengenai laporan tangkapan? [72] Pemohon mendakwa bahawa tiada laporan tangkapan Pemohon dikemukakan dalam afidavit Pegawai Penyiasat Polis. Keterangan afidavit jawapan oleh Inspektor Polis Mohamed Basheer Bin A.G. Sulaiman (Lampiran 5) adalah mencukupi untuk menunjukkan pematuhan dalam aspek tangkapan Pemohon. Dan afidavit Asisten Superintenden Polis Zulpaka Bin Aidee (Lampiran 7) adalah juga mencukupi untuk menunjukkan kepatuhan kepada seksyen 3(2)(a) dan seksyen 3(2)(b) Akta 316. [73] Undang-undang statutory juga tidak memerlukan laporan tangkapan dilampirkan dalam afidavit [rujuk kes Nazri Mohamed v Menteri Dalam Negeri Malaysia & Yang Lain [2022] CLJU 115]. Kesimpulan [74] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan diatas, permohonan writ habeas corpus adalah ditolak. ………...…………………... LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 25. MAHKAMAH SHAH ALAM 6.2024 COUNSEL Bagi Pihak Pemohon: TPR Tuan Nor Izham Ismail Pejabat Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri Putrajaya Bagi Pihak Responden : Puan Naizatul Zamrina binti Karizaman Tetuan K.L Chee & Co. Peguambela & Peguamcara Suite D1-2-7 Solaris Dutamas No.1 Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.