Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN GEORGETOWN DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG KES JENAYAH NO: PA-62-159-04/2023 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN JEEVAGANTH A/L KUNASIGARAN ALASAN [1]. Di dalam kes ini OKT tidak berpuashati dengan hukuman yang saya telah berikan terhadap beliau pada 14/2/2025 setelah saya mensabitkan OKT dengan pertuduhan di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Barbahaya 1952 Kanun Kesiksaan iaitu: Penjara Enam (6) Tahun dari Tarikh Tangkap Semula 8.3.2023 dan, dua (2) tahun Pengawasan AADK serta, satu sebatan rotan. [2] OKT mewakili diri beliau sendiri dan telah minta dibicarakan selepas pertuduhan di bawah Seksyen 39 C (1) ADB 1952 dibacakan terhadapnya. [3] Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi di peringkat kes Pendakwaan seperti berikut: SP 1: Koperal Wan Mohd Faris Bin Wan Shaari. - Jurugambar &Penghantar Spesimen Urin; SP 2: Norhana Bt Ayub - Penolong Pendaftar Jenayah, Pusata Pendafataran Jenayah Malaysia & Singapura, Bukit Aman; SP 3: G/ 25883 Inspektor Mohd Yusoff Bin Ramli – Pegawai Tangkapan; SP 4: Chan Gaik Yin - Ahli Kimia Hayat Hospital Kepala Batas SP5: Inspektor G/24766 Nur Hasanah binti Jamil – Pegawai Penyiasat; SP6: G/25646 Inspektor Mohd Fazri Bin Padok – Pegawai Perakam Percakapan Beramaran OKT. [4] Seterusnya, pihak-pihak telah berhujah dan di akhir kes pendakwaan dan saya telah membuat keputusan ujud kes prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri. [5] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi sewaktu pembelaan dan tidak memanggil mana-mana saksi lain. Setelah pihak-pihak berhujah, di akhir kes pembelaan, saya telah memutuskan OKT gagal mengujudkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Seterusnya, saya telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan dan OKT telah diberi peluang membuat rayuan sebelum saya memutuskan hukuman. [6] Kes ini telah didaftarkan pada 18/4/2023 dan selesai dibicarakan pada 14/2/2025, iaitu lebih kurang setahun dan sepuluh bulan (1 tahun 10 bulan). [7] Peruntukan hukuman di bawah seksyen 39 C ADM 1952 adalah, penjara selama tempoh tidak kurang (5) tahun tetapi tidak melebihi (7) tahun dan hendaklah juga dikenakan dengan hukuman sebat tidak lebih daripada tiga sebatan. [8] OKT di dalam rayuannya menyatakan bahawa beliau menjaga ibunya yang sakit dan mohon hukuman yang ringan manakala, pendakwaan mohon kekerapan kes OKT diambilkira dan mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran. [9] Berdasar keterangan-keterangan yang telah dinyatakan, saya berpendapat hukuman Penjara Enam (6) Tahun dari Tarikh Tangkap Semula 8.3.2023 dan, dua (2) tahun Pengawasan AADK serta, satu sebatan rotan adalah berpadanan dengan mengambilkira masa dan kos yang telah diambil untuk menyelesaikan kes OKT. Mahkamah juga berharap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada OKT agar berubah menjadi sebahagian dari ahli masyarakat yang baik, pada masa akan datang. t.t Mohammad Khalid bin Ab Karim Hakim Mahkamah Sesyen Georgetown Pulau Pinang BERTARIKH : 10/4/2025 Pendakwa Raya-Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia OKT – mewakili diri sendiri.