Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-90-09/2019
BA-45A-90-09/2019
High Court of Malaysia28 Feb 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“] Dalam kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 CA, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whet”
“‘Frontdesk’ yang bertanggungjawab bagi pendaftaran masuk hotel oleh Tertuduh tidak dapat dipanggil memberi keterangan, namun Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa prasyarat di bawah seksyen 32(1)(i) Evidence Act [Akta 56] telah dipenuhi dan oleh itu rakaman percakapan ke atas pekerja ‘Frontdesk’ yang berkenaan iaitu R”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-90-09/2019
1
Jefri (“Tertuduh”) yang merupakan seorang warga negara Indonesia (No. Pasport: B9207926) telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap Tertuduh (ekshibit P2) adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 24 April 2019 lebih kurang jam 9.00 pagi bertempat di bilik 101 Portview Hotel, No. 1 Jalan Sungai Aur 42000 Pelabuhan Klang, di dalam daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 6022.3 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
3
Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial), Mahkamah ini pada 28.2.2023 telah mensabitkan Tertuduh ke atas pertuduhan kesalahan tersebut dan memerintahkan supaya Tertuduh dikenakan hukuman gantung di leher sampai mati menurut seksyen 277 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
4
Melalui notis rayuan yang telah difailkan pada 1.3.2023, Tertuduh telah merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
5
Perbicaraan kes ini telah bermula pada 11.5.2022 dan pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 9.9.2022 setelah memanggil seramai 7 orang saksi pendakwaan seperti berikut: SP1 : Muhammad Fauzi bin Ahmad (Ahli Kimia Forensik) SP2 : Lee Yun Sheng (Manager Port View Hotel) SP3 : ASP Nurul Hafiz bin Mohamad (Pegawai serbuan) SP4 : Dr Vanitha a/p Kunalan (Ahli Kimia Narkotik) SP5 : SJN Chik bin Kassim (Jurustor) SP6 : SJN Muhammad Amin bin Ishak (Anggota serbuan) SP7 : INSP Saiful Adzreen bin Ekhsan (Pegawai Penyiasat).
6
Bertindak atas maklumat, ASP Nurul Hafiz bin Mohamad (SP3) telah mengetuai sepasukan anggota serbuan yang terdiri daripada 6 orang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Klang Selatan telah membuat serbuan ke atas bilik 101 Portview Hotel, No. 1 Jalan Sungai Aur 42000 Pelabuhan Klang Selangor (“bilik serbuan”).
7
SP3 bersama dengan 2 orang anggota serbuan telah pergi ke bilik serbuan. Manakala 4 orang anggota serbuan yang lain membuat pemerhatian di luar dan lobi hotel. Hasil pemerhatian tidak mendapati apa-apa pergerakan keluar dari bilik serbuan atau dari lobi hotel semasa dalam tempoh pemerhatian.
8
SP3 telah mengetuk pintu bilik serbuan beberapa kali dan kemudiannya telah dibuka sedikit oleh seseorang. Apabila SP3 memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, orang yang membuka pintu sedikit tersebut telah menutup semula pintu bilik serbuan itu dan mengunci pintu dari dalam. SP3 dengan dibantu oleh 2 anggota serbuannya telah berjaya membuka pintu bilik serbuan tersebut secara paksa sehingga menyebabkan kerosakan pada kunci bahagian dalam (engsel pintu). Setelah SP3 dan 2 anggota serbuan tersebut berjaya memasuki bilik serbuan tersebut, kelihatan seorang lelaki berhampiran 4 dengan tingkap. Apabila SP3 cuba menahan lelaki tersebut, lelaki tersebut enggan memberikan kerjasama dan oleh itu berlaku sedikit pergelutan hingga akhirnya lelaki tersebut berjaya diberkas dan digari. Lelaki tersebut telah dicamkan dalam Mahkamah ini sebagai Tertuduh.
9
Hasil pemeriksaan tubuh badan Tertuduh tidak menjumpai apa-apa barang salah. Hasil pemeriksaan di dalam bilik serbuan tersebut oleh SP3 telah menjumpai yang berikut:
a
Sebuah beg galas berwarna hitam jenama ‘POLO LOUIE’ di atas katil dalam bilik serbuan [ekshibit P19] yang mengandungi di dalamnya 8 peket plastik chinese tea ‘Guanyinwang’ setiap satu berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu [ekshibit P23(A) hingga (H)] dan satu pasport Indonesia atas nama Jefri No. B9207926 [ekshibit P20];
b
Wang tunai bercampur-campur berjumlah RM300 dari atas meja solek [gambar 7 dalam ekshibit P18];
c
Satu kad akses bilik No. 101 Portview Hotel [ekshibit P21]. [10] Seterusnya SP3 telah merampas semua barang-barang yang dijumpai tersebut seperti mana disenaraikan dalam Borang Senarai Geledah [ekshibit P12]. SP3 juga telah membuat laporan polis berkaitan serbuan dan tangkapan tersebut seperti mana dalam Pelabuhan Klang Report No. 1673/19 [ekshibit P13] serta pembetulan report No. 1679/19 [ekshibit P14]. [11] SP3 telah menyerahkan Tertuduh berserta barang kes dan rampasan kepada Insp. Saiful Adzreen bin Mohamad, Pegawai Penyiasat (SP7) seperti mana dinyatakan dalam Borang Serah Terima Barang Kes antara SP3 dan SP7 [ekshibit P15]. [12] Hasil siasatan SP7 mengesahkan bahawa bilik serbuan tersebut dihuni oleh Tertuduh seperti mana Invois Portview Hotel bertarikh 24.4.2019 [ekshibit P9]. Malahan keterangan Pengurus hotel tersebut iaitu Lee Yun Sheng (SP2) mengesahkan bahawa Tertuduh adalah pelanggan yang menginap di bilik serbuan tersebut. [13] Pada 26.4.2019, SP7 telah menghantar barang kes dadah yang telah dimasukkan ke dalam kotak bertanda “S” yang mengandungi barang kes dadah iaitu 8 peket plastik chinese tea ‘Guanyinwang’ kepada Ahli Kimia iaitu Dr. Vanitha a/p Kunalan (SP4) bagi tujuan dibuat analisis seperti mana dinyatakan dalam Borang POL 31 [ekshibit P25] dan disahkan penerimaannya oleh SP4 dan dikeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia [ekshibit P26]. [14] Ahli Kimia (SP4) telah menjalankan pemeriksaan ke atas barang kes dadah daripada dalam kotak bertanda “S” tersebut dan mendapati di dalamnya mengandungi 8 bungkusan plastik berjenama ‘Guanyinwang’ yang mengandungi bahan kristal jernih yang mengandungi Methamphetamine. SP4 telah menjalankan analisis dan mengesahkan melalui Laporan Kimia dengan No. Makmal: 19-FR-B-10167 [ekshibit P27] bahawa dadah Methamphetamine dengan berat bersih 6022.3 gram tersebut adalah dadah berbahaya seperti mana ditakrifkan dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [15] Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah bagi memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [16] Suatu kes prima facie dikatakan berjaya dibuktikan hanyalah apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap dan tiap-tiap intipati/elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: “For the purpose of this section, a prima facie is made out against the accused where the prosecution had adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” (Penekanan ditambah) [17] Prinsip-prinsip tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan ini telah dijelaskan dalam beberapa kes tersohor termasuklah PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “[15] For the guidance of the court below, we summarise as follows the steps that should be taken by trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: if I call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” [18] Elemen-elemen (ingredients) pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah:
a
Perkara atau ‘subject matter’ yang terlibat dalam pertuduhan kesalahan mengedar itu adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 6022.3 gram;
b
Tertuduh mempunyai pemilikan (jagaan atau kawalan dan pengetahuan) tentang dadah tersebut; dan
c
Tertuduh telah pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan melakukan perbuatan mengedar dadah atau ‘trafficking’. Analisis dan Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Identiti Dadah Berbahaya [19] SP4 yang merupakan Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 6022.3 gram tersebut adalah merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952. SP4 telah menjalankan analisis dan telah membuat dapatannya seperti mana dalam Laporan Kimia No. 19-FR-B-10167 [ekshibit P27]. [20] Tiada sebarang cabaran yang serius oleh peguambela terhadap identiti dadah yang telah diterima dan dianalisa oleh SP4. Pemeriksaan balas ke atas SP4 hanyalah berkaitan proses analisis yang dijalankan dan tentang kehadiran pembantu makmal yang membantu SP4 menjalankan ujian analisisnya dari aspek penyediaan radas. Manakala peralatan mesin bagi ujian GCMS telah dikalibrasikan oleh Penolong Pegawai Sains. Selain daripada itu, tiada cabaran lain ditimbulkan berkenaan dengan identiti dadah berbahaya tersebut yang telah dijalankan analisis oleh SP4 dan keputusan analisisnya seperti mana dinyatakan dalam Laporan Kimia No. 19-FR-B-10167 [ekshibit P27]. [21] Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [22] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP4 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut dan adalah dapatan (finding) Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama bahawa perkara sabjek kepada pertuduhan ke atas Tertuduh tersebut adalah dadah berbahaya yang termasuk dalam Jadual Pertama ADB 1952 iaitu jenis Methamphetamine seberat 6022.3 gram. Pemilikan (possession) Dadah Berbahaya [23] Bagi membuktikan pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952, satu lagi elemen penting yang perlu dibuktikan ialah milikan (possession) ke atas dadah berbahaya tersebut. [24] Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. v PP [2011] 4 CLJ 113 FC, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain seperti berikut: “[6] It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the prosecution must prove the ingredient of “possession” and the trial judge must make an affirmative finding of “possession” before the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act can be invoked.” (Penekanan ditambah) [25] Bagi membuktikan elemen milikan (possession), 2 unsur utama yang perlu dibuktikan ialah elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen mental iaitu pengetahuan (mens rea possession). [26] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.” (Penekanan ditambah) [27] Berpandukan kepada nas yang dinyatakan di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. [28] Mahkamah ini telah mendapati bahawa Tertuduh sememangnya mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut:
a
SP3 dan dua lagi anggota serbuan yang tiba di bilik serbuan tersebut mendapati bilik serbuan tersebut dalam keadaan berkunci. SP3 terpaksa memecah masuk ke dalam bilik serbuan setelah gagal dibuka oleh penghuninya iaitu Tertuduh, hingga menyebabkan kerosakan pada engsel pintu di sebelah dalam yang disahkan melalui keterangan oleh Lee Yun Sheng, Pengurus di Portview Hotel (SP2);
b
Barang salah atau dadah berbahaya yang dijumpai adalah daripada dalam beg galas warna hitam berzip dan mudah dibuka [ekshibit P19] yang berada di atas katil dalam bilik serbuan tersebut. Turut dijumpai dalam beg galas berwarna hitam tersebut adalah merupakan barangan peribadi Tertuduh iaitu pasport milik Tertuduh [ekshibit P20] dan juga wang tunai berjumlah RM300 seperti mana dinyatakan dalam Borang Senarai Geledah [ekshibit P12];
c
Malahan turut dirampas bersama Tertuduh oleh SP3 ialah kad akses bilik serbuan tersebut [ekshibit P21] yang dapat membuktikan bahawa Tertuduh sebagai pelanggan atau penghuni bilik serbuan tersebut dan disokong lagi dengan invois hotel [ekshibit P9] atas nama Tertuduh serta disokong oleh keterangan SP2 sebagai Pengurus Hotel;
d
Walaupun pekerja di ‘Frontdesk’ yang bertanggungjawab bagi pendaftaran masuk hotel oleh Tertuduh tidak dapat dipanggil memberi keterangan, namun Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa prasyarat di bawah seksyen 32(1)(i) Evidence Act [Akta 56] telah dipenuhi dan oleh itu rakaman percakapan ke atas pekerja ‘Frontdesk’ yang berkenaan iaitu Rusdalina binti Mohamed Hamza yang diambil semasa dalam proses siasatan telah diterima masuk sebagai keterangan [ekshibit P32]. Berdasarkan ekshibit P32 tersebut, Rusdalina binti Mohamed Hamza telah mengecam Tertuduh yang merupakan orang yang membuat pendaftaran masuk ke hotel tersebut pada 19.4.2019 secara seorang diri. Malahan beliau juga dapat mengecam beg hitam [ekshibit P19) apabila ditunjukkan dengan gambar berdasarkan bentuk dan warna beg tersebut serta terdapat jalur-jalur pada bahagian hadapan beg berkenaan;
e
Hasil siasatan oleh Pegawai Penyiasat (SP7) mendapati bahawa Tertuduh telah menginap di bilik hotel tersebut sejak 19.4.2019 dan SP7 tidak mendapati sesiapa yang lain turut tinggal di bilik serbuan tersebut sama ada orang luar mahu pun pelawat yang lain. Malahan SP7 telah merampas barang-barang keperluan peribadi Tertuduh dari dalam bilik serbuan itu iaitu berus gigi [ekshibit P8(A)(2)I], seluar dalam [ekshibit P8(A)(1)] dan putik kapas [ekshibit P8(A)(3)I];
f
Hasil analisis oleh Muhammad Fauzi bin Ahmad, Ahli Kimia Forensik (SP1) ke atas barang-barang keperluan peribadi tersebut mendapati bahawa seluar dalam dan putik kapas tersebut adalah positif mempunyai DNA yang berpadanan dengan DNA Tertuduh. Ini mengesahkan lagi bahawa Tertuduh adalah satu-satunya individu yang tinggal dalam bilik serbuan tersebut. SP1 telah menyediakan Laporan Kimia No. Makmal: 19-FR-B-10985 bertarikh 27.5.2019 [ekshibit P7]; dan
g
SP7 juga telah mendapatkan rakaman CCTV dan diterima masuk sebagai keterangan dalam Mahkamah [ekshibit P11]. Walaupun rakaman CCTV tersebut tidak secara berterusan, namun jelas ada menampakkan Tertuduh yang keluar dan masuk bilik serbuan tersebut. [29] Bagi pembuktian ‘pengetahuan’ (knowledge) Tertuduh ke atas dadah berbahaya yang berada dalam kawalan atau jagaannya itu pula, Mahkamah ini berpandukan kepada kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan menyatakan yang berikut: “It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case.” (Penekanan ditambah) [30] Berpandukan otoriti di atas, Mahkamah ini merumuskan berdasarkan keterangan mengikut keadaan secara keseluruhan bahawa inferens yang dapat dibuat bahawa Tertuduh sememangnya mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya tersebut. Ini adalah berdasarkan bahawa dadah yang dijumpai itu telah disembunyikan di dalam satu beg hitam bertulis ‘POLO LOUIE’ [ekshibit P19] dengan liciknya agar dadah tersebut tidak didedahkan secara terbuka dan tidak mudah dijumpai oleh pihak berkuasa. Malahan dadah itu juga diletakkan dalam bungkusan rapi chinese tea dengan tulisan ‘Guanyinwang’. Beg hitam tersebut merupakan satu-satunya beg yang dijumpai bersama-sama dengan Tertuduh dalam bilik serbuan tersebut. [31] Mahkamah ini juga membuat inferens tentang pengetahuan Tertuduh ke atas dadah berbahaya tersebut yang merupakan suatu barang salah berdasarkan kepada kelakuan (conduct) Tertuduh semasa serbuan dibuat oleh SP3. Tindakan Tertuduh yang menutup semula pintu bilik serbuan itu daripada dalam bilik setelah SP3 memperkenalkan diri sebagai pegawai polis hingga menyebabkan pasukan serbuan terpaksa memecah masuk bilik tersebut. Malahan juga telah berlaku pergelutan akibat keengganan Tertuduh memberikan kerjasama semasa dalam proses penahanan Tertuduh, sedangkan pada masa itu belum pun lagi dikenalpasti barang rampasan dadah tersebut. Adalah jelas berdasarkan kelakuan Tertuduh tersebut bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dia mempunyai pengetahuan tentang barang salah yang dimilikinya dan barang salah itu adalah dadah berbahaya. [32] Dalam kes Parlan bin Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan antara lain ada menyatakan yang berikut: “If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any act in issue or relevant fact as required by s. 8 Evidence Act 1950 (‘EA’), then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. The degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight od an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required.” (Penekanan ditambah) [33] Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “(1) Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact.
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person of an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto.” (Penekanan ditambah) [34] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya yang terkandung dalam beg sandang hitam [ekshibit P19] yang dijumpai di atas katil dalam bilik serbuan yang dihuni oleh Tertuduh tersebut. [35] Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan (possession) oleh Tertuduh ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut berdasarkan inferens ke atas keterangan-keterangan mengikut keadaan secara total (inferred from the totality of the circumstances) berpandukan kes Teh Hock Leong v. PP (supra). Mengedar (trafficking) Dadah Berbahaya [36] Pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen pengedaran dadah berbahaya iaitu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952. Oleh itu, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh telah mengedar dadah (trafficking) jenis Methamphetamine dengan berat bersih 6022.3 gram. [37] Seksyen 2 ADB 1952 memberikan tafsiran ‘trafficking’ seperti berikut: “ “trafficking” includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act” (Penekanan ditambah) [38] Mahkamah ini telah memetik keputusan Mahkamah Agong dalam kes Teh Geok Hock v PP [1989] 3 MLJ 162 di mana Hashim Yeop A. Sani CJ antara lain ada menyatakan seperti berikut: “True, the definition in the Act sounds artificial and not according to the ordinary meaning of the word ‘trafficking’ which is normally understood to mean to trade in, buy or sell, any commodity, albeit often with sinister implication. See also the Shorter Oxford English Dictionary. The definition of ‘trafficking’ in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping.” (Penekanan ditaambah) [39] Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Tertuduh menyimpan (keeping) dadah berbahaya tersebut di dalam beg hitam [ekshibit P19] yang dalam milikan Tertuduh adalah terjumlah kepada perbuatan pengedaran secara langsung seperti mana definisi ‘trafficking’ di bawah seksyen 2 ADB 1952. [40] Mahkamah mendapati bahawa dalam kes ini, beg hitam jenama “POLO LOUIE’ adalah dijumpai di atas katil dalam bilik serbuan yang dihuni oleh Tertuduh. Daripada dalam beg hitam tersebut selepas pemeriksaan telah dijumpai 8 bungkusan chinese tea bertulis “Guanyinwang’ yang disahkan oleh Ahli Kimia (SP4) selepas analisis sebagai mengandungi dadah berbahaya tersebut. Inferens yang munasabah adalah bahawa dadah tersebut disorokkan dalam bungkusan chinese tea bagi tujuan menyorok/menyembunyikan kandungan sebenar yang mengandungi bahan terlarang iaitu dadah. Berdasarkan dapatan bahawa Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah tersebut, telah mencukupi bagi membuat inferens bahawa Tertuduh sememangnya menyimpan (keeping) atau berada dalam simpanan Tertuduh dadah berbahaya tersebut, yang menepati salah satu maksud pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. [41] Selain itu, jumlah dadah jenis methamphetamine yang ditemui dengan berat bersih 6022.3 gram itu membuktikan bahawa ia bukanlah untuk tujuan kegunaan (consumption) oleh Tertuduh sendiri tetapi sebaliknya membuktikan bahawa ia bagi tujuan diserahkan kepada pihak lain. Tindakan Tertuduh menyimpan jumlah dadah yang banyak tersebut merupakan suatu ‘overt act’ oleh Tertuduh menyimpan dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. [42] Mahkamah ini merujuk petikan daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Konradt Prosch v PP [2020] 1 LNS 2065 yang menyatakan seperti berikut: “[22] Coming back to the present case, the appellant was carrying grammes of methamphetamine, which was a large quantity of drugs and clearly not for his own consumption. Hence, the inference is that, the appellant was carrying or transporting the drugs for the purpose of trafficking which need plausible explanation from the appellant which the appellant had failed to do. As such, the trial judge was correct in his finding that the element of trafficking under section 2 of the DDA had been proven by the prosecution.” (Penekanan ditambah) [43] Mahkamah Rayuan dalam kes Mohamed Yazri Minhat v PP [2003] 2 CLJ 65 telah menerima pakai inferens bahawa semakin banyak dan semakin berat dadah berbahaya yang dimiliki, semakin kuat inferens yang boleh dibuat bahawa seseorang itu mengedar dadah berbahaya tersebut: “As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it.” (Penekanan ditambah) [44] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan tentang bagaimana Tertuduh ditahan dan tentang bagaimana dadah berbahaya itu ditemui serta jumlah besar dadah tersebut, Mahkamah ini mendapati suatu inferens yang dapat dibuat bahawa Tertuduh menyimpan (keeping) dadah jenis methamphetamine tersebut bagi tujuan pengedaran (trafficking). Rantaian Keterangan Barang Kes [47] Rantaian keterangan barang kes dadah berbahaya itu bermula dengan rampasan oleh Pegawai Serbuan iaitu SP3 yang kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat SP7 dan seterusnya diserahkan kepada Ahli Kimia SP4 serta diambil semula oleh SP7. Barang kes tersebut kemudiannya disimpan oleh Jurustor (SP5) sehinggalah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah ini. [48] Malahan SP3, SP7, SP4, dan SP5 masing-masing telah dapat mengecam dengan positif setiap barang kes berdasarkan penandaan masing-masing terhadap setiap barang kes tersebut. Oleh itu, identiti barang kes bukanlah menjadi isu dalam kes ini. Malahan rantaian keterangan barang kes juga tidak pernah terputus dan dadah yang dirampas adalah barang kes yang sama telah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah ini. [49] Tiada cabaran yang kukuh oleh pihak pembelaan berkenaan rantaian keterangan barang kes dadah tersebut melainkan berkenaan rampasan telefon bimbit dan kegagalan mengemukakannya dalam perbicaraan yang mana Mahkamah ini berpendapat ia tidaklah menjejaskan kes pendakwaan. Kredibiliti Saksi-Saksi Pendakwaan [50] Pihak pendakwaan telah memanggil 7 orang saksi pendakwaan memberi keterangan dalam kes ini. Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP1 hingga SP7 adalah kredibel, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain. Sekiranya pun terdapat percanggahan antara keterangan saksi-saksi pendakwaan, ia tidak ke atas perkara asas atau perkara pokok serta tidaklah menjejaskan atau ‘fatal’ kepada kes pendakwaan. [51] Malahan Mahkamah ini juga tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mempercayai jika dikatakan pasukan serbuan tersebut mengada-adakan cerita berkenaan rampasan dadah berbahaya tersebut. Keputusan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [52] Setelah meneliti secara keseluruhan dan membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan oleh yang demikian, Tertuduh dipanggil untuk membela diri. [53] Mahkamah ini telah menerangkan 3 pilihan kepada Tertuduh sama ada untuk memberi keterangan secara bersumpah (sworn statement) dalam kandang saksi (witness box), memberi keterangan tidak bersumpah (unsworn statement) daripada kandang tertuduh atau berdiam diri. Tertuduh kemudiannya telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Ringkasan Kes Pembelaan [54] Perbicaraan kes pembelaan telah bermula pada 13.1.2023 dan pihak pembelaan telah menutup kes pembelaan pada hari yang sama setelah hanya Tertuduh (SD1) yang memberi keterangan di peringkat kes pembelaan. Tertuduh telah memberi keterangan bersumpah dari dalam kotak saksi (witness box). [55] Secara ringkas keterangan Tertuduh (SD1) adalah seperti berikut:
a
Tertuduh berasal dari Sumatra Utara, Indonesia dan telah masuk ke Malaysia menggunakan pasport yang sah serta bekerja sebagai buruh di tapak binaan di Telok Gong dan tinggal di sana;
b
Tertuduh menyatakan tentang panggilan telefon daripada seorang kenalannya di Indonesia yang dikenali dengan panggilan Ronald meminta supaya membantu adik Ronald yang bernama Jahar yang sudah berada di Malaysia (sebagai PATI) dan ingin balik ke Indonesia melalui jalan laut. Tertuduh diminta tolong supaya memberikan salinan pasportnya kepada Jahar bagi membolehkan Jahar menyewa bilik hotel beberapa malam;
c
Tertuduh telah memberikan salinan pasportnya kepada Jahar melalui aplikasi Whatsapp kepada nombor telefon bimbit Jahar bagi tujuan menyewa bilik hotel dan Tertuduh mengatakan tidak pernah berjumpa dengan Jahar itu;
d
Pada 23.4.2019 jam lebih kurang 10 malam, Tertuduh telah pergi ke Hotel Portview untuk berjumpa Jahar bagi menemaninya semasa berada di Malaysia dan Tertuduh menyatakan juga bahawa dia sendiri telah juga telah membeli tiket untuk pulang ke Indonesia pada 26.4.2019 melalui Port
e
Semasa pergi ke hotel tersebut, Tertuduh ada membawa sebuah beg galas warna coklat dengan tulisan “Polo Sport” dengan tertera nama dan nombor telefon Tertuduh di sebelah tepi beg itu. Tertuduh juga ternampak sebuah beg galas warna hitam kepunyaan Jahar dalam bilik itu tapi dia tidak pernah membukanya;
f
(f)
Preamble
Menurut Tertuduh, semasa datang ke Hotel tersebut, Jahar ada meminjam seluar dalam Tertuduh pada malam itu;
g
Pada pagi 24.4.2019, selepas subuh lebih kurang jam 6.30 pagi, Jahar telah keluar untuk bersarapan dengan kawan yang lain dan meninggalkan Tertuduh seorang diri di bilik hotel itu;
h
Pada pagi yang sama, jam lebih kurang 9 pagi, Tertuduh mendengar ketukan di pintu bilik hotel itu dan apabila dibuka kelihatan 2 staff hotel bertanya ‘housekeeping’. Tertuduh menjawab ‘tengahari’ kerana dia masih ingin tidur lagi. Walau bagaimanapun, sebelum sempat menutup pintu bilik itu, tiba-tiba beberapa lelaki telah memecah masuk ke dalam bilik itu;
i
Tertuduh mengatakan telah ditutup muka dengan pita pelekat, dipukul dan ditendang oleh beberapa lelaki tersebut. Lelaki tersebut mencari Jahar. Selepas dibuka pita pelekat, Tertuduh mendapati bungkusan yang dia tidak pernah nampak bersama-sama dengan beg galas hitam kepunyaan Jahar berada di atas katil;
j
Tertuduh menafikan beg galas hitam itu sebagai miliknya tetapi adalah milik Jahar dan Tertuduh tidak tahu apa kandungannya; dan
k
(k)
Preamble
Menurut Tertuduh, Jahar yang telah melanggan bilik 101 tersebut dengan menggunakan salinan pasport milik Tertuduh dan dia juga tidak mempunyai pengetahuan tentang invois hotel yang tertera nama ‘Jefri’ dan menafikan nombor telefon yang tertera pada invois itu (017-344 3013) sebagai miliknya. Tugas Mahkamah Di Akhir Perbicaraan [56] Tugas Mahkamah di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: “(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [57] Dalam kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 CA, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word ‘shall’ in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence. This was exactly what the learned judge had undertaken at the end of the defence case having considered the case of Jaafar Ali v. PP [1999] 1 CLJ 410...” (Penekanan ditambah) Ringkasan Hujahan Pembelaan [58] Secara umumnya, pihak pembelaan menghujahkan bahawa keterangan kes pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [59] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa keterangan-keterangan di peringkat kes pendakwaan hendaklah dibuat penilaian maksimum semula (shall be re-evaluated on a maximum evaluation) dengan mengambil kira keterangan yang dikemukakan di peringkat kes pembelaan. Sekiranya pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah, maka ‘benefit of doubt’ hendaklah diberikan kepada Tertuduh. [60] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan berdasarkan kepada 4 isu seperti berikut:
a
Tertuduh tidak mempunyai kawalan dan jagaan ke atas apa-apa barang yang mengandungi dadah berbahaya tersebut dengan merujuk kepada beg galas warna hitam ‘POLO LOUIE’ [ekshibit P19]. Sekadar kehadiran atau keberadaan Tertuduh di bilik serbuan tersebut adalah tidak mencukupi untuk dibuat inferens bahawa Tertuduh memiliki dadah berbahaya tersebut;
b
Pembelaan Tertuduh bukanlah penafian semata-mata (not a bare denial) dan bukan juga pemikiran terkemudian (not an afterthought). Pembelaan Tertuduh yang dikatakan memberikan imej pasportnya kepada seseorang bernama Jahar telah mula dibangkitkan atau ditimbulkan sejak daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan lagi (SP3, SP6 dan SP7);
c
Kegagalan pihak pendakwaan mematahkan pembelaan yang dibangkitkan oleh Tertuduh. Pihak pendakwaan dikatakan tidak mencabar atau mematahkan versi pembelaan Tertuduh tentang kehadiran seseorang bernama ‘Jahar’ yang mendaftar masuk bagi bilik serbuan tersebut menggunakan salinan pasport Tertuduh dan mempunyai akses ke atas bilik serbuan itu;
d
Siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat adalah tidak lengkap dan kegagalan menyiasat, antara lain-
i
ketiadaan rakaman CCTV khususnya pada 19.4.2019 yang boleh menyelesaikan keraguan tentang siapa sebenarnya yang mendaftar masuk bagi bilik hotel tersebut pada 19.4.2019;
II
(ii) ketiadaan rakaman CCTV di luar bilik serbuan tersebut pada 24.4.2019 yang boleh menunjukkan tentang bagaimana serbuan tersebut dijalankan;
III
(iii) Ketiadaan rakaman CCTV dalam hotel tersebut secara berterusan (running sequence) khususnya daripada tarikh 19.4.2019 hingga 24.4.2019 yang boleh menentukan tanpa keraguan sama ada Tertuduh mempunyai akses dan kegunaan eksklusif bilik serbuan tersebut dan sama ada Jahar sememangnya wujud;
IV
(iv) Kegagalan menjalankan siasatan ke atas ‘receptionist’ yang bertugas pada 19.4.2019 sama ada Tertuduh atau Jahar yang mendaftar masuk hotel tersebut pada 19.4.2019;
v
Kegagalan menyiasat nombor telefon yang tertera atas invoice hotel [ekshibit P9];
VI
(vi) Kegagalan menjelaskan tentang telefon jenama ‘Oppo’ yang dirampas daripada Tertuduh seperti dalam senarai barang rampasan; dan
VII
(vii) Kegagalan mengemukakan gambar-gambar acu pakai yang dikatakan ada dijalankan oleh SP7. [61] Oleh yang demikian, adalah menjadi hujah pihak pembelaan bahawa pihak pembelaan telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah dalam kes ini dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah. Ringkasan Hujahan Pendakwaan [62] Pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan di peringkat kes pembelaan, versi pembelaan Tertuduh adalah diragui dan tidak munasabah. Pembelaan Tertuduh bersifat penafian semata-mata (bare denial) iaitu penafian sebagai pemilik dadah tersebut, penafian ke atas pengetahuan dan penglibatan dalam pengedaran dadah. [63] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa penafian oleh Tertuduh tanpa disokong mana-mana keterangan yang membantu pembelaan Tertuduh bukanlah satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [64] Pihak pendakwaan telah merujuk kepada kes D A Duncan v PP [1980] 1 LNS 12 yang memutuskan bahawa penafian semata-mata bukanlah suatu pembelaan: “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” [65] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata yang bukanlah merupakan suatu pembelaan yang baik untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Penilaian Keterangan dan Dapatan Di Akhir Perbicaraan [66] Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. [67] Adalah menjadi tanggungjawab mahkamah di peringkat kes pembelaan ini untuk mempertimbangkan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan itu telah mewujudkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tugas pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [68] Walau apa pun pembelaan yang dikemukakan dan walaupun pembelaan yang dikemukakan itu adalah lemah, mahkamah masih bertanggungjawab untuk memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas keterangan pembelaan tersebut bagi menentukan sama ada pembelaan sedemikian mampu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [69] Dalam kes Ganapathy Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan telah membuat pemerhatian berikut: “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which if consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth.” Pembelaan bersifat penafian semata-mata (bare denial) [70] Kesimpulan daripada naratif pembelaan Tertuduh dapat dibuat kesimpulan bahawa pembelaan Tertuduh berkisar pada penafian Tertuduh tentang pengetahuannya ke atas kandungan beg sandang hitam yang mengandungi dadah berbahaya tersebut yang mana menurut Tertuduh beg sandang hitam itu adalah milik individu bernama Jahar. [71] Tertuduh juga cuba menafikan bahawa Tertuduh yang mendaftar masuk ke bilik hotel itu. Pembelaan Tertuduh cuba membuktikan bahawa individu bernama Jahar yang mendaftar masuk ke hotel tersebut menggunakan imej pasport yang dia hantar melalui aplikasi Whatsapp kepada nombor telefon Jahar. [72] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa hasil penilaian ke atas keterangan Tertuduh (SD1) dapatan perkara-perkara berikut:
a
Keterangan Tertuduh bahawa dia telah masuk ke Malaysia menggunakan pasport yang sah serta bekerja sebagai buruh di tapak binaan di Telok Gong dan tinggal di sana tidak pernah dibangkitkan semasa perbicaraan kes pendakwaan ke atas mana-mana saksi pendakwaan. Malahan Tertuduh gagal membuktikan sebarang surat tawaran pekerjaan, majikan atau maklumat tempat tinggalnya. Sekiranya dibangkitkan di peringkat siasatan lagi, sudah pasti akan disiasat oleh SP7;
b
Apabila dirujuk dengan pasport Tertuduh sendiri [ekshibit P20], Tertuduh mengakui bahawa dia telah memasuki Malaysia pada Februari 2019, meninggalkan Malaysia pada 2 Mac 2019 dan memasuki Malaysia semula pada 15 April
2019
Adalah tidak logik bahawa Tertuduh yang kerap kali masuk dan keluar dari Malaysia dalam jarak masa yang dekat tetapi dalam masa yang sama mengatakan beliau bekerja sebagai buruh binaan di Teluk Gong. Malahan Tertuduh sendiri bersetuju bahawa berdasarkan P20 tersebut ia mempunyai Pas Lawatan Sosial sahaja dan tanpa Pas
c
Tertuduh juga gagal membuktikan kewujudan individu bernama Jahar dan tidak pernah berjumpa individu bernama Jahar tersebut sebelum itu;
d
Sekiranya benar Tertuduh menemui Jahar di hotel tersebut bagi menemaninya sebelum pulang ke Indonesia, adalah tidak munasabah versi pembelaan Tertuduh yang menyatakan pada waktu serbuan dijalankan itu, Jahar telah keluar pergi sarapan bersama kawannya yang lain. Sedangkan Tertuduh mengatakan baru sahaja sampai di hotel tersebut menemui Jahar pada 23.4.2019 jam lebih kurang 10 malam dan tujuan Tertuduh datang ke hotel tersebut bagi menemani Jahar;
e
Adalah tidak munasabah juga keterangan Tertuduh yang mengatakan Jahar telah meminjam seluar dalam Tertuduh [ekshibit P8(A)(1)I] pada malam tersebut sedangkan Tertuduh baru sahaja sampai di hotel itu jam 10 malam pada 23.4.2019. Seterusnya adalah tidak masuk akal juga apabila seluar dalam yang mempunyai DNA yang berpadanan dengan DNA Tertuduh boleh berada dalam bilik serbuan tersebut pada pagi 24.4.2019 sedangkan Tertuduh hanya seorang diri dalam bilik serbuan itu tanpa kehadiran Jahar;
f
Keterangan Tertuduh bahawa dia memberikan imej pasport miliknya kepada Jahar yang dia tidak pernah berjumpa.
Preamble
Menurut Tertuduh lagi, Jahar yang telah melanggan bilik serbuan itu dengan hanya menggunakan imej pasport milik Tertuduh. Keterangan ini bercanggah dengan keterangan Pengurus Hotel (SP4) sendiri tentang perlunya menunjukkan pasport sebenar bagi tujuan pendaftaran hotel bagi pelanggan yang bukan warga negara dan bukan dengan hanya menunjukkan salinan gambar melalui telefon sahaja;
g
Malahan Invois Hotel bagi bilik tersebut [ekshibit P9] jelas tertera nama Tertuduh. Tertuduh mengatakan tidak mempunyai pengetahuan mengenai Invois tersebut yang tertera namanya sedangkan menurut Tertuduh dalam keterangan pembelaannya bahawa Tertuduh yang menghantar gambar pasport miliknya itu kepada Jahar bagi tujuan mendaftar masuk ke hotel tersebut. Kalau benar Tertuduh yang menghantar gambar pasportnya itu, sewajarnya dia mengetahui bahawa langganan bilik hotel itu sudah pasti atas nama Tertuduh sendiri;
h
Tertuduh juga gagal membuktikan atau mengemukakan apa-apa laporan polis bahawa dia telah dipukul dan ditendang semasa serbuan tersebut sedangkan Tertuduh memang daripada awal lagi telah diwakili oleh seorang peguam;
i
Walaupun Tertuduh cuba mengatakan bahawa Tertuduh telah memaklumkan peranan Jahar itu sejak awal ditahan polis dan juga memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat, tapi tiada apa-apa keterangan yang dapat membuktikan perkara tersebut seperti rakaman percakapan beramaran ke atas Tertuduh sehinggalah pihak pembelaan menutup kes pembelaan. [73] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati versi pembelaan Tertuduh bahawa individu bernama Jahar yang mendaftar masuk ke hotel tersebut menggunakan imej pasport yang dia hantar melalui aplikasi Whatsapp kepada nombor telefon Jahar dan tentang beg sandang hitam yang mengandungi dadah berbahaya itu sebagai milik Jahar juga adalah tidak dapat dipercayai atau tidak dapat menyakinkan Mahkamah ini. [74] Setelah meneliti segala keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini secara keseluruhannya di peringkat kes pendakwaan dan juga di peringkat kes pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan atau Tertuduh telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Adalah dapatan (finding) Mahkamah ini bahawa keterangan-keterangan saksi pendakwaan adalah tetap utuh dan tiada keraguan munasabah yang telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan ke atas kebenaran kes pendakwaan tersebut. Sebaliknya Mahkamah ini berpuas hati dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 6022.3 gram melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Keputusan Di Akhir Perbicaraan [75] Oleh yang demikian, di akhir perbicaraan setelah mempertimbangkan segala keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini adalah diputuskan bahawa Tertuduh adalah disabitkan ke atas pertuduhan kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 6022.3 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. [76] Bagi hukuman kesalahan mengedar dadah berbahaya, seksyen 39B(2) ADB 1952 memperuntukkan seperti berikut: “Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than fifteen strokes.” [77] Oleh kerana Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa keadaan yang mewajarkan pelaksanaan budi bicara untuk mengenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup dan sebatan menurut seksyen 39(2A) ADB 1952, maka Mahkamah ini memerintahkan Tertuduh dikenakan hukuman gantung di leher sampai mati menurut seksyen 277 Kanun Tatacara Jenayah bagi pertuduhan kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.