Lampiran
Lampiran A Jadual Pertama A menurut Seksyen 19 dan 21 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. ANALISIS DAN KEPUTUSAN Isu: Sama ada terdapat isu-isu untuk dibicarakan 9. Meneliti pembelaan defendan, Mahkamah mendapati defendan selain menafikan tuntutan plaintif, defendan hanya memplidkan tiada pengetahuan tentang perjanjian yang dimasuki olehnya dengan plaintif. 10. Pemerhatian Mahkamah ini terhadap perjanjian pinjaman tersebut yang ditunjukkan dalam Ekshibit MV-1 Afidavit Sokongan, setiap muka surat dalam perjanjian tersebut mengandungi tandatangan defendan. Bahkan tandatangan tersebut adalah sama dan serupa dengan tandatangan pada bahagian tandatangan di muka surat akhir. 11. Adalah juga didapati bahawa pembelaan defendan memplidkan bahawa defendan tidak menandatangani perjanjian menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Selain itu, perenggan 11 Pernyataan Pembelaan diplidkan oleh defendan bahawa tuntutan plaintif berasaskan fraud. Namun demikian, Mahkamah ini mendapati Pembelaan defendan yang berakhir dengan perenggan 12 tidak mengandungi sebarang butiran mengenai frod yang diplidkan. Aturan 18 kaedah 12 KKM 2012 memperuntukkan bahawa pliding hendaklah mengandungi butir-butir yang perlu bagi pembelaan yang berasaskan frod. 12. Selaras dengan keputusan dalam kes National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300, didapati bahawa prasyarat sebelum penghakiman terus telah dipenuhi oleh plaintif iaitu memorandum kehadiran telah dimasuki oleh defendan pada 2.2.2025 setelah pernyataan tuntutan disampaikan dengan sempurna kepada defendan pada 8.1.2025. Plaintif juga melalui Afidavit Sokongan telah membuat verifikasi fakta bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan plaintif. 13. Selanjutnya Mahkamah ini mendapati defendan gagal membangkitkan isu-isu untuk dibicarakan terhadap tuntutan plaintif. Mahkamah Agung melalui kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 telah memutuskan seperti berikut: (1) In an application under O 14, the court has to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue but also that the said issue is triable. The determination of whether an issue is or is not triable depends on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue. (2) Under an O 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with the undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is inherently improbably in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable. Unless this principle is adhered to, a judge is in no position to exercise his discretion judicially in an O 14 application. 14. Alegasi defendan berkenaan isu tandatangan pada perjanjian tersebut tidak disokong dengan sebarang dokumen kontemporari yang menegatifkan setiap mukasurat perjanjian mengandungi tandatangan defendan. 15. Pihak defendan telah mengira tempoh masa dengan merujuk tarikh perjanjian dan bukan tarikh kegagalan defendan membuat bayaran. Berkenaan isu had masa, had masa mula terakru dari tarikh pemecahan obligasi defendan untuk membayar balik pinjaman selaras dengan kes Credit Corp v Fong Tak Sin [1991] 1 MLJ 409 di mana Mahkamah di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: (1) It is established that the cause of action normally accrues where there is in existence a person who can sue and another who can be sued and when all the facts happened which are material to be proved to entitle the plaintiff to succeed. In the present case the relevant date is 18 June 1979, when there existed the person in existence who can sue, that is the respondent, the person in existence who can be sued, the appellant, and the facts to be proved by the respondent to entitle him to succeed in the action. 16. Seksyen 16(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 memperuntukkan keperluan untuk perjanjian pinjaman ditandatangani dan salinan disetemkan serta diserahkan kepada peminjam – 16. Moneylending agreement to be given to the borrower (1) No moneylending agreement shall be enforceable unless the agreement has been signed by all the parties to the agreement and a copy of the agreement, duly stamped, is delivered to the borrower by the licensee before the money is lent. 17. Afidavit Sokongan plaintif telah mengemukakan Ekshibit “MV- 1” dan “MV-2” (m/s 73-80 & 81-82 dari Rekod Rayuan Jilid 2B (Bahagian C) yang menunjukkan bahawa salinan perjanjian tersebut di Ekshibit MV-1 mengandungi tandatangan defendan yang memperakui bahawa dokumen-dokumen pinjaman yang merangkumi Perjanjian Pemberian Pinjaman Wang bertarikh 20.12.2018 telah diterima selain Ekshibit MV-2 yang menunjukkan bahawa defendan mengakui penerimaan jumlah pokok pinjaman sebanyak RM150,000.00. Jelas dan nyata keperluan seksyen 16(1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 telah dipenuhi. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam AmWang Credit Sdn Bhd v Goh Che Chern [2014] 5 MLJ 843 diikuti. 18. Prinsip berkaitan kepentingan untuk tuntutan pihak-pihak dan pembelaan dinilai berdasarkan pliding adalah mengikat. Sebarang fakta yang dikemukakan tanpa diplidkan dalam pliding sememangnya tidak akan dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. 19. Defendan telah menerima manfaat dari daripada kontrak antara pihak-pihak. Mahkamah Rayuan dalam kes Fawziah Hikdings Sdn Bhd v Metramac Corp Sdn Bhd (formerly known as Syarikat Teratai KG Sdn Bhd) and another appeal [2006] 1 MLJ 505 telah menzahirkan prinsip berikut – “[26] Next, American Jurisprudence (2nd Ed, 1966) Vol 28, pp 677-680 states as follows: Estoppel by the acceptance of benefits: Estoppel is frequently based upon the acceptance and retention, by one having knowledge or notice of the facts, of benefits from the transaction, contract, instrument, regulation which he might have rejected or contested. This doctrine is obviously a branch of the rule against assuming inconsistent positions. As a general principle, one who knowingly accepts the benefits of a contract or conveyance is estopped to deny the validity or binding effect on him of such contract or conveyance. This rule has to be applied to do equity and must not be applied in such a manner as to violate the principles of right and good conscience. 20. Setelah meneliti keseluruhan afidavit oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini sampai kepada satu dapatan bahawa defendan gagal menunjukkan defendan mempunyai pembelaan yang wajar dibicarakan. Mahkamah ini mendapati tiada khilaf nyata dalam keputusan Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan penghakiman terus. KESIMPULAN 21. Setelah meneliti rekod-rekod rayuan dan hujahan oleh peguam cara defendan dan plaintif, Notis Rayuan Kandungan 1 ditolak dengan kos RM5000 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 1 Disember 2025. Ditandatangani .......................................... Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor 1. Bagi Pihak Perayu : S. Krishnan Tetuan Lakshmi Gandhi Nathan & Partners (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2. Bagi Pihak Responden : Lee Wenxu Tetuan Sathya, Lee & Co. (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)