S/N SAW8crSdgketxwZ7je981g [17] Mahkamah mendapati terdapat dua perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Mahkamah merujuk sebagai perjanjian pertama (antara Plantif dan Defendan Pertama) manakala perjanjian kedua (antara Plantif dan Defendan-Defendan). Perjanjian pertama adalah Perjanjian Persefahaman Perniagaan merujuk kepada dokumen di m/s 4 Ikatan C manakala Perjanjian kedua adalah Perjanjian Jaminan merujuk kepada dokumen di m/s 8. Mahkamah berpendapat tujuan penguatkuasaan perjanjian pertama perlu diputuskan terlebih dahulu atas sebab tujuan penguatkuasaan perjanjian kedua bergantung kepada perjanjian pertama. [18] Adalah fakta yang tidak dinafikan oleh Plantif, Defendan Pertama dan Defendan Kedua bahawa mereka bertiga telah menurunkan tanda tangan masing-masing pada dokumen perjanjian pertama. Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati persoalan tujuan di bawah Perjanjian Pertama tersebut iaitu sejumlah wang RM 52,000.00 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank Defendan Pertama sepertimana tertera pada dokumen penyata akaun bank Defendan Pertama di m/s 1 Ikatan D bagi tujuan modal perniagaan untuk menjalankan urusan perniagaan jual beli emas telah gagal dibuktikan oleh Plantif. [19] Mahkamah meneliti perjanjian pertama tersebut, didapati tiada terma yang menyatakan tujuan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak adalah bagi modal perniagaan untuk menjalankan urusan perniagaan jual beli emas malah Plantif semasa pemeriksaan balas bersetuju perjanjian tersebut terlalu umum walhal beliau sendiri yang menyediakan perjanjian tersebut. Oleh yang demikian, adalah mustahil bagi Mahkamah untuk mentafsir niat dan tujuan perjanjian ini hanya berdasarkan kepada perjanjian yang telah ditandatangani semata-mata. Penyataan tuntutan hanya menyatakan sejumlah wang tesebut adalah sebagai modal perniagaan dan kemudian dalam Jawapan pula menyatakan penyelesaian hutang PTPTN Defendan. [20] Keterangan dokumen yang telah dikemukakan oleh Plantif terutamanya merujuk kepada Borang permohonan kiriman wang di m/s 2 Ikatan B jelas menunjukkan tujuan wang sebanyak RM 50,000.00 yang telah dimasukkan oleh Plantif ke dalam akaun Maybank Defendan adalah untuk membeli tanah di Tanjung Karang, Selangor. Plantif telah membuat deklarasi dalam Borang kiriman wang tersebut bahawa segala maklumat yang telah diberikan oleh beliau dalam borang berkenaan adalah benar dan bukan palsu menurut Akta Bank Negara Malaysia 1959. Malah Plantif dengan menandatangani borang kiriman wang tersebut turut mengesahkan bahawa ianya adalah satu kontrak di antara beliau dengan Bank Islam. Tujuan tersebut juga terpapar pada dokumen penyata akaun bank Defendan Pertama di m/s 1 Ikatan D. Oleh yang demikian, tindakan ini langsung jelas bercanggah dengan versi S/N SAW8crSdgketxwZ7je981g keterangan Plantif di Mahkamah bahawa ianya telah diberikan kepada Defendan Pertama sebagai modal perniagaan jual beli emas (seperti jawapan soalan no.3 SP1). [21] Selanjutnya Plantif dalam SP1 soalan 15 telah menyatakan menjelaskan percanggahan tersebut seperti berikut: Tujuan tersebut ditulis sebegitu adalah kerana pada masa saya berada di Bank Islam Cawangan Kelana Jaya untuk membuat pindahan wang kepada Defendan Pertama, saya telah ditanya tujuan pemindahan dan saya memaklumkan bahawa saya meminjamkan wang kepada rakan. Namun demikian, pegawai tersebut meminta saya untuk meletakkan tujuan pindahan sebagai jual beli hartanah bagi mempercepatkan urusan pemindahan wang kepada Defendan Pertama. Dengan tujuan di atas, wang kepada Defendan Pertama telah dengan segera dipindahkan ke akaun Defendan Pertama. Mahkamah berpendapat keterangan ini adalah satu bentuk keterangan yang gagal dibuktikan di Mahkamah. Lebih memburukkan kes Plantif pekara ini juga tidak dibangkitkan dalam penyataan tuntutan mahupun jawapan Plantif. Malah Plantif gagal untuk memanggil pegawai bank tersebut bagi mengesahkan dan sekaligus menyokong keterangannya. Mahkamah berpendapat keterangan pegawai bank tersebut adalah amat penting kerana jelas percanggahan keterangan dalam pekara ini yang melibatkan keterangan lisan dan tindakan yang beliau lakukan iaitu memasukkan wang RM 50,000.00 ke dalam akaun milik Defendan Pertama bagi tujuan pembelian tanah. [22] Manakala bagi wang RM 2,000.00 pula, menurut keterangan Plantif merujuk kepada jawapan soalan no.16 menyatakan wang tersebut telah dipindahkan kepada akaun bank Defendan Pertama melalui akaun bank penama Erna Shakila Binti Bahari disokong dengan dokumen resit pemidahan di m/s 3 Ikatan B. Di sini juga, Mahkamah berpendapat tindakan dan dokumen yang disokong tidak mampu memberi indikasi tujuan dan niat berkontrak pihak-pihak yang menandatangani perjanjian tersebut. [23] Selanjutnya, Mahkamah tidak terlepas pandang untuk meneliti keterangan SD1 dan SD2 bagi memutuskan isu pertama ini. Mahkamah mendapati bahawa mereka tidak bersetuju wang yang dimasukkan dalam akaun RM 52,000.00 tersebut adalah untuk modal perniagaan bagi tujuan perlaburan emas yang dipinjamkan oleh Plantif kepada Defendan Pertama yang mana jelas tidak berpadanan dengan tujuan perjanjian pertama yang ditandangani mereka. Kedua-duanya berpendirian wang yang diterima oleh SD2 iaitu Defendan Kedua adalah bagi urusan jual beli tanah di Tanjung Karang. [24] Memandangkan wujudnya versi yang bercanggah ini menjadikan Mahkamah harus bergantung kepada keterangan-keterangan bebas dan keterangan sokongan yang lain S/N SAW8crSdgketxwZ7je981g untuk membuat penilaian sepertimana dijelaskan di dalam kes GUAN TEIK SDN BHD V. HJ. MOHD NOOR HJ YAKOB & ORS [2000] 4 CLJ 324 yang mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: In cases where conflicting evidence are presented before a court, is is the duty of the court not only to weigh such evidence on balance of probabilities but it is also encumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weight and evaluate contemporaneous documents that may tend to established the truth or otherwise of a given fact. Berpandukan otoriti kes tersebut, Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk mengambil pendekatan yang sempit. Penelitian Mahkamah ini tidak harus hanya tertumpu kepada dokumen perjanjian semata-mata kerana ianya tidak mencukupi dalam menterjemahkan tujuannya. Pertimbangan Mahkamah harus merangkumi ruang yang lebih luas dan mengambil kira pelbagai hal keadaan, tindakan dan kelakuan pihak-pihak, keseluruhan urusan dan keterangan-keterangan lisan seperti yang dijelaskan di atas. [25] Oleh yang demikian, Plantif secara asasnya atas imbangan kebarangkalian telah gagal melepaskan beban pembuktian Plantif dalam membuktikan bahawa tujuan dan niat berkontrak perjanjian-perjanjian tersebut adalah sebagai modal perniagaan pelaburan emas yang diberikan kepada Defendan Pertama. ii. Samada perjanjian-perjanjian tersebut tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan di bawah Seksyen 30 Akta Kontrak 1950; dan [26] Umum menyedari bahawa sebarang perjanjian yang mempunyai unsur ketakpastian adalah terbatal sebagai mana menurut Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: Agreements, the meaning of which is not certain, or capable of being made certain, are void Setelah Mahkamah meneliti terma-terma yang terkandung dalam perjanjian pertama dan perjanjian kedua, Mahkamah berpendapat sungguhpun terma-terma yang tertulis tersebut dikatakan sebagai terma-terma kontrak, ia adalah suatu kontrak yang tidak sah kerana terdapat unsur ketidakpastian. [27] Perjanjian pertama tersebut terbatal disebabkan wujud pekara ketidakpastian dalam perjanjian tersebut. Antara pekara-pekara ketidakpastian yang wujud adalah tentang persoalan mengenai ketiadaan tarikh dalam perjanjian pertama tersebut. Seterusnya seperti yang dijelaskan dalam isu pertama, tujuan utama perjanjian pertama tersebut dari segi balasan sebenar RM 52,000.00 tidak dinyatakan secara spesifik walaupun dalam Pernyataan S/N SAW8crSdgketxwZ7je981g Tuntutan, Plantif telah memplidkan ianya sebagai bantuan kewangan bagi modal perniagaan. Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan jenis perniagaan walaupun keterangan Plantif menyatakan ia bertujuan bagi modal perniagaan jual beli emas oleh Defendan Pertama. [28] Mahkamah berpendapat penjelasan Plantif berkaitan percanggahan keterangannya di Mahkamah dengan dokumen Borang permohonan kiriman wang di m/s 2 Ikatan B adalah gagal dibuktikan. Plantif juga tidak memberikan sebarang alasan munasabah mahupun penjelasan atas kegagalan memanggil Pegawai Bank yang didakwa menasihati Plantif untuk menulis tujuan wang tersebut dikirimkan kepada Defendan Pertama. Oleh itu, Mahkamah menggunapakai Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 apabila Defendan tidak memanggil Pegawai Bank tersebut sebagai saksi dalam kes ini. Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 memperuntukan seperti berikut: The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. [29] Selanjutnya, Mahkamah juga mengambil kira keterangan SD1 dan SD2 yang mana menyatakan ketiadaan butiran keuntungan dalam perjanjian pertama disebabkan Plantif mendakwa dalam plidingnya bahawa beliau tidak mendapat apa jua keuntungan daripada perjanjian pertama tersebut. Mahkamah berpendapat ketidakpastian yang wujud dalam perjanjian pertama yang didakwa Plantif sebagai modal perniagaan jual beli emas berkemungkinan satu perlaburan atau pinjaman kewangan oleh Plantif kepada Defendan Pertama. Sepatutnya skop tanggungjawab Defendan dan apakah pulangan yang dijanjikan Defendan perlu dinyatakan jelas dalam perjanjian sedemikian. [30] Mahkamah mendapati dakwaan penipuan yang kononya telah dilakukan Defendan-Defendan adalah satu dakwaan yang terpesong tanpa arah. Mahkamah meneliti pliding Plantif berkenaan isu penipuan yang mana gagal diterjemahkan ketika Plantif memberikan keterangan di Mahkamah. Apakah asas pemerdayaan dan representasi yang telah dibuat oleh Defendan-Defendan? Mahkamah berpendapat dakwaan ini gagal dibuktikan oleh Plantif atas imbangan kebarangkalian disebabkan perjanjian tersebut dipenuhi dengan elemen ketidakpastian. Mahkamah berpendapat kehadiran terma-terma yang jelas dan tidak meragukan adalah perlu untuk perjanjian pertama untuk menentukan atau mengawal selia perhubungan Plantif dan Defendan-Defendan. Lebih lagi apabila Plantif mendakwa ianya bertujuan sebagai modal perniagaan bagi perlaburan emas. [31] Bagi Perjanjian Kedua pula, Plantif dalam Pernyataan Tuntutan di perenggan 9 memplidkan ianya sebagai Perjanjian Jaminan bertarikh 24/7/2019. Maka mengikat Defendan Kedua sebagai penjamin di bawah perjanjian tersebut. Mahkamah mendapati dalam S/N SAW8crSdgketxwZ7je981g perjanjian kedua tersebut, terdapat kewujudan elemen ketidakpastian mengenai isu tarikh kerana perjanjian tersebut tidak bertarikh. Malah Plantif menganggap dan membawa tuntutan tersebut terhadap Defendan Kedua sebagai Penjamin walaupun perjanjian kedua tersebut dengan jelas tidak menyebut perkataan penjamin. Plantif memplidkan bahawa Defendan Kedua telah menjadi penjamin bagi wang berjumlah RM 52,000.00 di bawah perjanjian kedua tersebut walhal adalah jelas terdapat juga tandatangan Defendan Pertama dan Defendan Ketiga dalam perjanjian tersebut. Mahkamah berpendapat Plantif membuktikan dirinya gagal mengenalpasti kedudukan mereka dalam perjanjian kedua tersebut. iii. Sama ada Defendan Pertama bertanggungan membayar semula kepada Plantif wang RM 52,000.00 tersebut [32] Plantif dalam hujahan bertulis menuntut relif alternatif di bawah Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang mana wang RM 52,000.00 perlu dikembalikan kepadanya oleh Defendan-Defendan. Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan mengenai prinsip quantum meruit seperti berikut: Where a person lawfully does anything for another person, or delivers anything to him, not intending to do so gratuitously, and such other person enjoys the benefit thereof, the latter is bound to make compensation to the former in respect of, or to restore, the thing so done or delivered. Manakala dalam kes TANJUNG TERAS SDN BHD V. KERAJAAN MALAYSIA [2015] 9 CLJ 1002 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: [1] Section 71 of the CA is the statutory embodiment of the common law principle of quantum meruit, which provides for a just compensation as the measure of the work done as opposed to contractual damages. Liability under S. 71 is not based on any existing contract between the parties. Rather, it is based on equitable principle of conscionable and restitution to prevent unjust enrichment by one party at the expense of another party. [33] Walaubagaimanapun, Plantif tidak sama sekali memplidkan tuntutan relif alternatif ini dalam Pernyataan Tuntutan Plantif. Pihak-pihak dalam tindakan sivil ini amat mengetahui bahawa mereka adalah terikat dengan pliding seperti diputuskan dalam kes THE CARBON CO SDN BHD & ANOR V. NG LEE HOON (CONDUCTING UNDER 'FOREST WOOD FLOORING') [2017] 6 CLJ 189 seperti berikut: S/N SAW8crSdgketxwZ7je981g [36] Pleadings play an important role in civil litigation, as parties are bound by their respective pleadings. This is trite. The facts pleaded in the pleadings will define the parameters of each party's case and serve as a clear notice to the adverse party the case that will be adjudicated so as to prevent either party from being taken by surprise during trial. Pleadings too will serve a guide to the court in determining the issues to be tried. [34] Malah bukan tanggungjawab Mahkamah ini untuk menolong mengukuhkan kes Plantif seperti yang ditegaskan dalam kes YEW WAN LEONG V. LAI KOK CHYE [1990] 1 CLJ REP 330 seperti berikut: In disposing of a suit or matter involving a disputed question of fact, it is not proper for the court to displace the case made by a party in its pleadings and give effect to an entirely new case which the party had not made out in its own pleadings. The trial of a suit should be confined to pleas on which the parties are at variance. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat Plantif tidak sesekali dibenarkan untuk mengemukakan fakta dan isu yang tidak diplidkan oleh mereka. Maka jelas dalam keadaan di mana keterangan Plantif berhubung dengan isu ini adalah ditolak oleh Mahkamah. KESIMPULAN [35] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi dan dokumentar kedua-dua pihak, serta hujahan-hujahan yang dikemukakan secara keseluruhannya, dan berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian, berpuas hati dan memutuskan Plantif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Oleh yang demikian, tuntutan Plantif adalah ditolak dengan kos mengikut skala seperti Aturan 59 Kaedah 23 KKM 2012. Bertarikh pada 5 Febuari 2024 S/N SAW8crSdgketxwZ7je981g Disediakan oleh: SITI HAJAR BINTI ALI Majistret Mahkamah Majistret Kuala Selangor Jehan & Co Peguamcara pihak Plantif Mann & Associates Peguamcara pihak Defendan