Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-32-05/2021 ANTARA JEMMINGS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 232835-V) … PLAINTIF DAN PEMBINAAN JAYA ZIRA SDN BHD (NO. SYARIKAT: 294855-M) … DEFENDAN
DA-22NCvC-32-05/2021
High Court of Malaysia6 Apr 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e case of an application for some other form of interim preservation of the subject matter of an appeal, such as the grant of an injunction or other appropriate relief under s. 44(1) of the Courts of Judicature Act 1964, is that the appeal to this court, if successful, should not be rendered nugatory. If upon balancing”
“ches. The general rule is that an appeal shall not operate as a stay of execution unless the Court so orders. Accordingly, as Brown J said in Serangoon Garden Estate Ltd v. Ang Keng [1953] 1 LNS 98; [1953] MLJ 116 while commenting on the discretion to grant a stay: But it is a clear principle that the Court will not de”
“k mempunyai sebarang pilihan melainkan mematuhi Perintah Mahkamah Rayuan tersebut.. [19] Situasi di dalam kes di hadapan Mahkamah adalah berbeza dengan kes Khazanah Jaya Sdn Bhd v Abdul Rahman Ahmad [2017] MLRHU 768 yang dirujuk oleh Defendan di mana di dalam kes tersebut, ia melibatkan satu perbicaraan penuh di hadapa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-32-05/2021 ANTARA JEMMINGS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 232835-V) … PLAINTIF DAN PEMBINAAN JAYA ZIRA SDN BHD (NO. SYARIKAT: 294855-M) … DEFENDAN
1
Ini adalah merupakan satu permohonan oleh Defendan melalui Notis Permohonan di K53 untuk satu pergantungan perlaksanaan penghakiman Mahkamah ini bertarikh 2/2/2023. Notis Permohonan ini disokong oleh Afidavit Sokongan di K54 dan Plaintif telah memfailkan Afidavit Jawapan di K56. Defendan selanjutnya telah memfailkan Afidavit Balasan sepertimana di K57 dan ianya telah dibalas melalui Afidavit Jawapan Kedua oleh Plaintif di K58. 05/07/2023 14:53:09 DA-22NCvC-32-05/2021 Kand. 76 S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Kes ini melibatkan tuntutan asal oleh Plaintif ke atas Defendan bagi suatu Perjanjian Usahasama bertarikh 4/4/2017. Di dalam tindakan asal tersebut Plaintif telah memfailkan satu Notis Permohonan bagi satu Penghakiman Terus dimasukkan ke atas Defendan namun ianya ditolak oleh Mahkamah ini (rujuk; Jemmings Sdn Bhd Lwn. Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd [2022] 1 LNS 717).
3
Keputusan Mahkamah ini kemudiannya telah dirayu oleh Plaintif dan Mahkamah Rayuan pada 23/11/2022 telah membenarkan rayuan Plaintif dan mengenepikan perintah Mahkamah ini. (selepas ini akan dirujuk sebagai Perintah Mahkamah Rayuan).
4
Perintah Mahkamah Rayuan tersebut adalah antara lainnya memerintahkan supaya Defendan mendepositkan sejumlah RM5,130,137.75 ke dalam akaun Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh penghakiman sementara menunggu pelupusan bicara penuh di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan jika Pemohon gagal membuat bayaran deposit tersebut, penghakiman hendaklah direkodkan ke atas Defendan bagi jumlah RM5,130,137.75 tersebut di hadapan Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
5
Pada 23/12/2022, Defendan telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Rayuan tersebut. Walau bagaimanapun pada S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
03
03.01.2023, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Defendan tersebut dan sebaliknya memberikan Defendan lanjutan masa selama empat (4) minggu untuk mendepositkan sejumlah RM5,130,137.75 ke dalam akaun Mahkamah Tinggi Kota Bharu. [6] Memandangkan Defendan masih gagal untuk mematuhi Perintah Mahkamah Rayuan tersebut walaupun telah diberikan lanjutan masa oleh Mahkamah Rayuan, maka pada 2/2/2023, Mahkamah ini telah merekodkan penghakiman ke atas Defendan bagi jumlah RM5,130,137.75 tersebut (selepas ini dirujuk sebagai Penghakiman Mahkamah Tinggi). [7] Ini membawa kepada permohonan ini difailkan bagi menggantung pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Tinggi tersebut di atas alasan permohonan Defendan adalah untuk mengekalkan ‘status quo’ Defendan sementara pelupusan tindakan ini dan juga pelupusan Notis Usul di Mahkamah Persekutuan oleh Defendan yang memohon kebenaran merayu ke atas perintah Mahkamah Rayuan. Undang-undang berkaitan Penggantungan Perlaksanaan [8] Prinsip berkaitan penggantungan perlaksanaan telah dijelaskan oleh beberapa kes dan memadai bagi Mahkamah ini untuk merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1 yang telah memutuskan seperti berikut; S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg “The view expressed by learned counsel on the law relating to stay of executions and the prevailing view in some quarters make it necessary for me to first determine its propriety to facilitate a lawful appraisal of the grounds advanced in support of the motion. This, in essence, would entail a consideration of the relationship between the special circumstances and nugatory approaches. The general rule is that an appeal shall not operate as a stay of execution unless the Court so orders. Accordingly, as Brown J said in Serangoon Garden Estate Ltd v. Ang Keng [1953] 1 LNS 98; [1953] MLJ 116 while commenting on the discretion to grant a stay: But it is a clear principle that the Court will not deprive a successful party of the fruits of his litigation until an appeal is determined, unless the unsuccessful party can shew special circumstances to justify it. This is a re-statement of the common law rule explained in The Annot Lyle [1886] 11 PD 114 where Lord Esher MR said at p. 116: ... that an appeal shall be no stay of proceedings except the court may so order. We are asked to depart from this rule, although it is admitted that there are no special circumstances in this case which afford a ground for so doing. If in any particular case there is a danger of the appellants not being repaid if their appeal is successful, either because the respondents are foreigners, or for other good reason, this must be shewn by affidavit, and may form a ground for ordering a stay. To grant the present application would, in the S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg absence of special circumstances, clearly be to act contrary to the provisions and intention of the Rules of Court. The need to establish the existence of special circumstances to enable the court to grant a stay of execution has been well established in this country. See, for example, the Federal Court cases of Re Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd; Ling Beng Sung v. Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd & Ors (No 2) [1974] 1 LNS 136; [1976] 1 MLJ 131; Kerajaan Malaysia v. Jasanusa Sdn Bhd [1995] 2 CLJ 701and Kerajaan Malaysia v. Dato' Hj Ghani Gilong [1995] 3 CLJ 161. There are numerous other cases which have adopted this test. See, for example, Leong Poh Shee v. Ng Kat Chong [1965] 1 LNS 90; [1966] 1 MLJ 86; Ajaib Singh v. Jeffrey Fernandez [1971] 139; Syarikat Berpakat v. Lim Kai Kok [1983] 1 MLJ 406; Matang Holdings Bhd & Ors v. Dato' Lee San Choon & Ors [1985] 1 LNS 42; [1985] 2 MLJ 406; Che Wan Development Sdn Bhd v. Co-operative Central Bank Bhd [1989] 2 CLJ 584; [1989] 1 CLJ (Rep) 366and Wu Shu Chen (sole executrix of the estate of Goh Keng How, deceased) v. Raja Zainal Abidin Raja Hussain & Anor [1996] 2 CLJ 353. However, the need to show special circumstances to justify a stay was declared as bad law in See Teow Guan & Ors v. Kian Joo Holdings Sdn Bhd & Anor [1997] 2 CLJ 299where Gopal Sri Ram JCA, after having referred to Dickson Trading (S) Pte Ltd v. Transmarco Ltd [1987] 1 LNS 139; [1989] 2 MLJ 408, Mohamed Mustafa v. Kandasami (No 2) [1979] 1 LNS 54; [1979] 2 MLJ 126 and Alexander v. Cambridge Credit Corp Ltd [1985] 10 ACLR 42, said at pp. 605-606: At one time it was thought that an appellant had to demonstrate that there were special circumstances warranting a stay of proceedings or of execution. This was founded on the notion that a successful litigant ought not to S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg be deprived of the fruits of his litigation. See the case of The Annot Lyle [1886] 11 PD 114. The authority constantly relied upon in support of the proposition that special circumstances ought to be demonstrated before a stay of execution may be granted is the judgment of Brown J in Serangoon Garden Estate Ltd v. Ang Keng [1953] MLJ 116. For my part, having considered the more recent authorities on the subject, I have come to the conclusion that that decision is bad law, and ought no longer to be followed by this court. His Lordship then said at p. 610: In my judgment, the paramount consideration governing an application for a stay, whether of execution or of proceeding, or, in the case of an application for some other form of interim preservation of the subject matter of an appeal, such as the grant of an injunction or other appropriate relief under s. 44(1) of the Courts of Judicature Act 1964, is that the appeal to this court, if successful, should not be rendered nugatory. If upon balancing all the relevant factors, this court comes to the conclusion that an appeal would be rendered nugatory without the grant of a stay or other interim preservation order, then, it should normally direct a stay or grant other appropriate interim relief that has the effect of maintaining the status quo. The declaration that the need to establish special circumstances in an application for a stay is bad law warrants serious consideration as it departs from established authorities. In Ming Ann Holdings Sdn Bhd v. Danaharta Urus Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 380Abdul Hamid Mohamad JCA (as he then was) said at p. 404: First, See Teow Guan declares 'special circumstances' as bad law and should no longer be followed. With respect, I do not S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg think that the Court of Appeal can do so, particularly in view of the Federal Court judgments in Re Kong Tai Sawmill (Miri) Sdn Bhd, Jasanusa Sdn Bhd and Dato' Hj Ghani Gilong.” Analisis dan dapatan Mahkamah [9] Alasan pertama yang dibangkitkan oleh Defendan adalah berkaitan Notis Usul yang telah difailkan oleh Defendan bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan. Peguam Defendan menghujahkan bahawa Defendan mempunyai merit di dalam rayuan mereka dan di atas alasan tersebut, ia telah membangkitkan satu keadaan istimewa bagi membolehkan permohonan ini dibenarkan (rujuk; Tneoh Hong Seng v Dayani Sdn Bhd [1997] 2 MLRH 595). [10] Mahkamah ini berpandangan bahawa seksyen 73 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 telah dengan jelas menyatakan bahawa sesuatu rayuan bukanlah menjadi penyebab kepada sesuatu tindakan penggantungan perlaksanaan atau prosiding kecuali jika diperintahkan sebaliknya. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kosmo Palm Oil (supra) turut telah menyentuh perkara ini sepertimana yang dirujuk di awal penghakiman Mahkamah ini. [11] Berdasarkan kedudukan undang-undang ini adalah sudah cukup bagi Mahkamah ini untuk menolak permohonan Defendan kerana jelas alasan Defendan bahawa terdapat Notis Usul di Mahkamah S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg Persekutuan bukanlah merupakan suatu keadaan istimewa yang melayakkan penggantungan perlaksanaan. [12] Apatah lagi di dalam kes ini ia bukanlah merupakan satu rayuan tetapi sebaliknya hanyalah di peringkat permohonan kebenaran merayu. Ia bukan di dalam mana-mana keadaan merupakan satu rayuan. Dengan kata yang lain, adalah tidak tepat bagi Defendan untuk menyatakan bahawa kewujudan Notis Usul tersebut merupakan satu rayuan dan oleh itu ia adalah satu keadaan istimewa yang mewajarkan permohonan ini. [13] Selain itu, Mahkamah turut mendapati bahawa pihak Defendan semasa di Mahkamah Rayuan telah turut membuat permohonan agar satu pergantungan perlaksanaan ke atas Perintah Mahkamah Rayuan. Namun permohonan tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan, yang pada hemat Mahkamah ini, Mahkamah Rayuan turut berpegang kepada prinsip yang sama iaitu ketidakwujudan sebarang keadaan istimewa. [14] Bagi Mahkamah, apabila Defendan gagal untuk melaksanakan obligasinya di dalam Perintah Mahkamah Rayuan tersebut, maka Mahkamah ini berhak merekodkan Penghakiman Mahkamah Tinggi tersebut. Di dalam masa yang sama, tiada sebarang rayuan telah difailkan ke atas Penghakiman Mahkamah Tinggi. Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa tindakan pergantungan perlaksanaan adalah tidak lagi relevan. S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg [15] Selanjutnya, Mahkamah turut berpandangan bahawa jika permohonan Defendan ini dibenarkan, ianya seolah-olah menafikan Plaintif sebagai pelitigasi yang berjaya untuk mendapat nikmat dari penghakiman yang diperolehinya. Ia seolah-olah menjadikan Perintah Mahkamah Rayuan tersebut yang kemudian direkodkan oleh Mahkamah ini tidak mempunyai nilai atau kepentingan (of no value or importance). [16] Berkaitan cadangan Defendan agar jumlah bayaran di dalam Perintah Mahkamah Rayuan tersebut diganti dengan cagaran tanah sementara menunggu pelupusan kes di Mahkamah ini, Mahkamah mendapati cadangan ini telah dikemukakan kepada Plaintif namun ditolak. [17] Di dalam apa jua keadaan, Mahkamah masih menimbang cadangan Defendan ini, namun Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat sedemikian. Ini kerana Perintah Mahkamah Rayuan tersebut adalah jelas dan tidak memberi sebarang pilihan kepada Defendan. [18] Sebaliknya Defendan, pada hemat Mahkamah ini perlu membuat permohonan sewajarnya kepada Mahkamah Rayuan yang merupakan Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut bagi membolehkan Mahkamah Rayuan menimbangkan kesesuaian cadangan Defendan tersebut. Apabila ianya tidak dilaksanakan, S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg maka Defendan tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan mematuhi Perintah Mahkamah Rayuan tersebut.. [19] Situasi di dalam kes di hadapan Mahkamah adalah berbeza dengan kes Khazanah Jaya Sdn Bhd v Abdul Rahman Ahmad [2017] MLRHU 768 yang dirujuk oleh Defendan di mana di dalam kes tersebut, ia melibatkan satu perbicaraan penuh di hadapan Mahkamah dan cagaran yang diberikan adalah ke atas jumlah yang menjadi pertikaian serta diputuskan oleh Mahkamah. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, sepertimana yang diulas, ia melibatkan Perintah Mahkamah Rayuan yang hanya perlu dikuatkuasakan oleh Mahkamah ini. [20] Selain itu Defendan turut membangkitkan berkaitan kedudukan syarikat Plaintif yang merupakan syarikat dalam penggulungan. Ini dihujahkan sebagai menggambarkan senario kewangan Plaintif dan oleh itu terdapat risiko bayaran yang dibuat tidak boleh dikembalikan semula. Faktor ini dihujahkan sebagai satu alasan yang istimewa sepertimana yang diputuskan di dalam kes Wu Shu Chen (sole executrix of the estate of Goh Keng How, deceased) v Raja Zainal Abidin bin Raja Hussin & anor [1995] 4 MLRH 45. [21] Di dalam menyentuh isu ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan buat masa ini turut berada di dalam proses untuk digulung sepertimana yang dapat dilihat dari ekshibit MKR-3. Terdapat keberangkalian yang munasabah bahawa kedudukan kewangan Defendan adalah terjejas dan berisiko untuk membuat pembayaran sepertimana yang diperlukan melalui Perintah Mahkamah Rayuan. S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg [22] Berkaitan kedudukan kewangan Plaintif, Defendan menghujahkan bahawa terdapat tuntutan balas oleh Defendan berjumlah RM 33,678,185.66 yang merupakan 6 kali ganda dari tuntutan Plaintif. Maka adalah rasional dan munasabah untuk perintah penggantungan dikenakan (rujuk; Lee Guat Eng v Seet Tiam Hock [1971] 1 MLRH 423). [23] Bagi isu ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa isu berkenaan pembayaran balik adalah tidak lagi relevan kerana Perintah Mahkamah Rayuan telah menjadikan jumlah penghakiman tersebut sebagai hak Plaintif. Ia tidak boleh dipotong jika sekalipun tuntutan balas dibenarkan kemudiannya. Oleh itu, tidak timbul isu ianya tidak boleh dikembalikan kepada Defendan. [24] Malahan bagi Mahkamah apabila Plaintif digulungkan, maka status perjalanan Plaintif adalah terletakhak kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Ini mewujudkan senario yang lebih memihak kepada Defendan kerana sebarang tuntutan ke atas Plaintif akan diuruskan terus oleh JIM. Hak Defendan sebenarnya akan lebih terjaga serta tidak dijejaskan. Oleh itu kebimbangan Defendan adalah tidak berasas apatah lagi untuk menimbulkan satu keadaan istimewa. S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg Kesimpulan [25] Berdasarkan kepada analisis ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan telah gagal untuk menunjukkan kepada Mahkamah sebarang kewujudan keadaan istimewa bagi membolehkan Mahkamah ini membenarkan satu perintah pergantungan dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, permohonan Defendan di K53 ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 2hb Julai, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg Pihak-pihak: Bagi Pihak Plaintif : Zainal Abidin bin Mustafa Tetuan Zainal & Mariani Peguambela dan Peguamcara Lot 356 & 357, Tingkat 1 Wisma Zainal & Mariani Jalan Sultan Ibrahim 15150 Kota Bharu Kelantan. Bagi Pihak Defendan : Rajashree Suppiah [Bersamanya Rex] Tetuan Rajashree 17-2, Jalan Radin Bagus 6 Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur. Tarikh Bicara : 02hb. Mac, 2023 Tarikh Keputusan : 06hb. April, 2023 S/N GluxsSx8w0aGqLcXEIzdtg Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Akta Mahkamah Kehakiman 1964 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Jemmings Sdn Bhd Lwn. Pembinaan Jaya Zira Sdn Bhd [2022] 1 LNS 717 ➢ Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1 ➢ Tneoh Hong Seng v Dayani Sdn Bhd [1997] 2 MLRH 595 ➢ Khazanah Jaya Sdn Bhd v Abdul Rahman Ahmad [2017] MLRHU 768 ➢ Wu Shu Chen (sole executrix of the estate of Goh Keng How, deceased) v Raja Zainal Abidin bin Raja Hussin & anor [1995] 4 MLRH 45 ➢ Lee Guat Eng v Seet Tiam Hock [1971] 1 MLRH 423
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.