Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO:WA-B52NCvC-474-10/2023 ANTARA JET VALET SDN BHD (NO SYARIKAT: 1397693-W) …PLAINTIF
WA-B52NCvC-474-10/2023
Sessions Court of Malaysia19 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rial Court the first defendant is claiming for statutory remedy of ‘reinstatement to his former position in the company without loss of any benefits monetary or otherwise whatsoever under s 20 of the Industrial Relations Act 1967’, whereas in his counterclaim the first defendant is claiming under common law for general”
“f litigation, in particular to avoid parallel proceedings and the risk of inconsistent findings, as well as to avoid the causing of inconvenience to third parties (Incitec Ltd v Alkimos Shipping Corp [2004] FCA 698 at pp 12 and 13) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILI”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO:WA-B52NCvC-474-10/2023 ANTARA JET VALET SDN BHD (NO SYARIKAT: 1397693-W) …PLAINTIF
1
LUKMAN HAKIM BIN MOHD ZAKI (NO KP: 820825-11-5667) …DEFENDAN PERTAMA
2
NORZALINA BINTI HARON (NO KP: 760428-13-5822) …DEFENDAN KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan pihak Defendan Pertama terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah yang diberikan pada 19.9.2024 yang telah menolak permohonan Defendan Pertama melalui [Lampiran 7] untuk semua prosiding lanjut dalam Mahkamah Sesyen ini ditangguhkan sementara menunggu pendengaran dan pelupusan tuntutan Defendan Pertama terhadap Plaintif di Mahkamah Perusahaan dengan kos sebanyak RM 3000 diberikan kepada Plaintif. 04/11/2024 16:02:29 WA-B52NCvC-474-10/2023 Kand. 44 [2] Melalui Lampiran 7 tersebut, Defendan memohon untuk satu perintah menurut Aturan 92 Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, untuk perintah-perintah yang berikut:- 1) Bahawa semua prosiding lanjut dalam tindakan ini ditangguhkan sementara menunggu pendengaran dan pelupusan bagi permohonan Defendan Pertama di sini; 2) Bahawa semua prosiding lanjut dalam tindakan ini ditangguhkan sementara menunggu pendengaran dan pelupusan tuntutan Defendan Pertama terhadap Plaintif di Mahkamah Perusahaan; 3) Sekiranya permohonan Defendan Pertama di sini ditolak, Defendan Pertama diberikan lanjutan masa untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan atau Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas; 4) Bahawa Defendan Pertama diberikan kebebasan memohon; 5) Bahawa kos bagi dan yang bersampingan kepada permohonan Defendan Pertama di sini ditanggung dan dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama; 6) Sebarang relif lanjut dan/atau lain-lain yang mana Mahkamah Yang Mulia ini fikirkan adil dan wajar untuk diberikan. [3] Bagi permohonan ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ Saman Plaintif bertarikh 20.10.2023 (Lampiran 1); b) Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 20.10.2023 Pernyataan (Lampiran 2); c) Notis Permohonan Defendan Pertama bertarikh 14.11.2023 (Lampiran 7); d) Afidavit Sokongan Defendan Pertama yang diikrarkan oleh Lukman Hakim Bin Mohd Zaki bertarikh 14.11.2023 (Lampiran 8); e) Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Sulaiman @ Mohamed Helmi Bin Mohd Ilyas pada 20.12.2023 (Lampiran 12); f) Afidavit Balasan Defendan Pertama yang diikrarkan oleh Lukman Hakim Bin Mohd Zaki bertarikh 2.1.2024 (Lampiran 14); g) Afidavit Tambahan Defendan Pertama yang diikrarkan oleh Lukman Hakim Bin Mohd Zaki bertarikh 15.2.2014 (Lampiran 25). [4] Mahkamah setelah meneliti kertas-kertas kausa yang berkaitan serta hujahan kedua-dua belah pihak, atas imbangan kebarangkalian telah menolak permohonan Defendan Pertama di Lampiran 7 ini dengan kos sebanyak RM 3000. [5] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan Pertama telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi melalui notis rayuan bertarikh 2.10.2024. LATAR BELAKANG KES [6] Plaintif merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 dan terlibat dalam bidang perkhidmatan jet peribadi yang memberi pelbagai pilihan perjalanan kepada ahli Koperasi Amanah Pelaburan Berhad dengan alamat perniagaan di Tingkat 18, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No 33, Jalan Rakyat, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia. [7] Defendan Pertama merupakan seorang warganegara Malaysia yang cukup umur, dan mempunyai alamat penyampaian di 82973, Taman Koperasi Guru, Jln. Sek. Chendering 21080 Kuala Terengganu, Terengganu dan/atau A1-11-02, Residensi Hijauan No 4 Jalan Budiman 22/3, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor. Defendan Pertama merupakan seorang juruterbang. [8] Defendan Kedua merupakan seorang warganegara Malaysia yang cukup umur, dan mempunyai alamat penyampaian di No 15, Jalan Ara SD 7/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur dan merupakan penjamin kepada Defendan Pertama. [9] Pada 19.05.2021, Plaintif dan Defendan Pertama telah menandatangani Kontrak Tempoh Tetap untuk Krew Penerbangan (selepas ini dirujuk sebagai “Kontrak Tempoh Tetap”), di mana Defendan Pertama telah bekerja sebagai Pegawai Pertama (juruterbang) bagi Plaintif. [10] Defendan Pertama telah menerima gaji daripada Plaintif berdasarkan Kontrak Tempoh Tetap sebanyak RM15,000.00 sebulan, yang terdiri daripada gaji asas berjumlah RM9,000.00, elaun produktiviti berjumlah RM3,000.00 dan elaun pengangkutan berjumlah RM3,000.00. [11] Berdasarkan Kontrak Tempoh Tetap, Defendan Pertama dikehendaki mempunyai pengalaman lengkap dan juga kemahiran, kecenderungan, serta kebolehan untuk memenuhi keperluan Kontrak Tempoh Tetap dan berada di tahap yang memuaskan hati Plaintif seperti yang ditetapkan dalam Kontrak Tempoh Tetap. [12] Pada masa yang sama, Defendan Pertama pada setiap masa mestilah memenuhi keperluan, dan ini tidak terhad kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (“CAAM”), sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (“FAA”). [13] Plaintif, Defendan Pertama, dan Defendan Kedua juga telah menandatangani Perjanjian untuk Kursus Latihan Penukaran (Agreement for a Course of Conversion Training) bertarikh 19.05.2021 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Latihan”) bagi Defendan Pertama untuk menjalani kursus latihan penukaran untuk pesawat Hawker Beechcraft 4000 dan mendapatkan sijil bertaraf jenis yang diperlukan, yang dibiayai sepenuhnya oleh Plaintif. [14] Defendan Pertama memulakan latihannya di Amerika Syarikat di mana Plaintif telah membiayai kos keseluruhan latihan tersebut, iaitu sebanyak RM414,697.49. [15] Defendan Kedua telah memberikan jaminan kepada Plaintif untuk membayar semua jumlah yang terhutang kepada Plaintif di bawah Perjanjian Latihan tersebut dan memastikan bahawa Defendan Pertama akan mematuhi semua terma dan syarat Perjanjian Latihan tersebut. [16] Defendan Pertama dan Defendan Kedua menjamin bahawa setelah tamat kursus latihan untuk pesawat Hawker Beechcraft 4000, Defendan Pertama akan terus bekerja dengan Plaintif untuk tempoh tujuh (7) tahun seperti yang ditetapkan dalam Fasal 4 Perjanjian Latihan. [17] Pada 15.08.2023, Plaintif telah menjalankan pemeriksaan pengurusan rutin ke atas juruterbang-juruterbang mereka dan meminta status perubatan terkini daripada Defendan Pertama di mana mengikut peraturan, Defendan Pertama dikehendaki untuk memiliki Sijil Perubatan Kelas 1 yang sah untuk menerbangkan pesawat. [18] Defendan Pertama tidak dapat memberikan sijil perubatan terkininya dan tidak lagi memiliki Sijil Perubatan Kelas 1 yang sah. Ini kerana berdasarkan peraturan-peraturan FAA, Sijil Perubatan Kelas 1 kekal sah untuk tempoh enam bulan. Jika tidak diperbaharui dalam tempoh 6 bulan pengeluaran, ia akan menjadi Sijil Perubatan Kelas 2 dan sekiranya masih tidak diperbaharuidalam tempoh enam bulan lagi selepas diturunkan taraf ke Kelas 2, iaakan diturunkan taraf dan dikategorikan sebagai Kelas 3. [19] Pihak Plaintif mendapati bahawa Defendan Pertama telah membenarkan Sijil Perubatan Kelas 1 tamat tempoh dan hanya memiliki Sijil Perubatan Kelas 3.Ini menyebabkan Plaintif tidak dapat menjadualkan Defendan Pertama untuk sebarang produktiviti atas sebab Defendan Pertama tidak layak untuk terbang. [20] Kesan pemilikan Sijil Perubatan Kelas 3, Defendan Pertama tidak dibenarkan menerbangkan pesawat Plaintif. Juruterbang dengan Kelas 3 hanya dibenarkan untuk menerbangkan pesawat yang dimiliki oleh juruterbang tersebut untuk kegunaannya sendiri dan bukannya untuk menyewa atau sebagai ganjaran. [21] Plaintif telah mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab kepada Defendan Pertama, bagi meminta penjelasan atas kegagalannya untuk mengekalkan Sijil Perubatan Kelas 1 yang sah seperti yang dikehendaki di bawah Kontrak Tempoh Tetap. [22] Defendan Pertama telah menjawab surat tunjuk sebab dan memberikan alasan bahawa pesawat Hawker Beechcraft 4000 tidak beroperasi (‘grounded’) oleh itu tiada keperluan untuk Defendan Pertama memperbaharui Sijil Perubatan Kelas 1. [23] Plaintif tidak berpuas hati dengan penjelasan pihak Defendan Pertama di mana menurut Plaintif, walaupun pesawat Hawker Beechcraft 4000 tidak beroperasi, Defendan Pertama masih perlu mempunyai Sijil Perubatan Kelas 1 berdasarkan Kontrak Tempoh Tetap. Tambahan pula, Plaintif juga tidak pernah gagal membayar gaji dan elaun sepenuhnya kepada Defendan Pertama sehingga bulan Julai 2023. [24] Pada 29.08.2023, Plaintif telah menyelaraskan gaji Defendan Pertama dengan membatalkan elaun produktiviti sebanyak RM3,000 sehingga notis selanjutnya, yang telah berkuat kuasa mulai bulan Ogos 2023 menurut Lampiran A Kontrak Tempoh Tetap. [25] Pada 21.09.2023, Plaintif telah mengeluarkan Notis Penamatan kepada Defendan Pertama, dengan tarikh penamatan berkuat kuasa pada 22.09.2023. [26] Alasan utama penamatan Kontrak Tempoh Tetap tersebut adalah kegagalan Defendan Pertama untuk mengekalkan Sijil Perubatan Kelas 1 yang sah seperti yang dikehendaki oleh terma-terma Kontrak Tempoh Tetap. Ini kerana Defendan dikatakan telah melanggar Kontrak Tempoh Tetap apabila gagal mengekalkan Sijil Perubatan Kelas 1 yang sah. [27] Plaintif kini menuntut pampasan berdasarkan Kontrak Tempoh Tetap tersebut di mana berdasarkan Fasal 3.6 kontrak tersebut, sebarang penamatan atas sebab-sebab yang dinyatakan di dalam Fasal 3.3, Plaintif akan diberi pampasan oleh Defendan Pertama untuk baki tahun Kontrak Tempoh Tetap pada asas perkadaran berjumlah RM150,000.00. [28] Plaintif memplidkan bahawa Defendan Pertama bertanggungjawab untuk membayar pampasan berjumlah RM98,214.05 kepada Plaintif menurut Fasal 3.6 Kontrak Tempoh Tetap. [29] Berdasarkan perjanjian latihan, Defendan Pertama sepatutnya berkhidmat selama 7 tahun. Namun begitu, akibat kegagalan untuk mengekalkan Sijil Perubatan Kelas 1, Defendan Pertama ditamatkan perkhidmatan sebelum cukup 7 tahun. [30] Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga telah melanggar Perjanjian Latihan kerana Defendan Pertama telah gagal untuk mengekalkan status pekerjaan dengan Plaintif yang sepatutnya adalah selama 7 tahun. [31] Berdasarkan Perjanjian Latihan, Defendan Pertama dan Defendan Kedua bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk membayar seratus lima puluh peratus (150%) daripada ganti rugi yang tertentu dan dipastikan, di mana menurut Fasal 5(b)(ii) Perjanjian Latihan, adalah sebanyak RM622,046.24. [32] Dalam kes ini, Plaintif menuntut daripada Defendan Pertama:- a) Jumlah sebanyak RM98,214.05; b) Faedah ke atas jumlah RM98,214.05 pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman; c) Kos; dan d) Apa-apa relif yang dianggap wajar dan sesuai oleh Mahkamah [33] Plaintif menuntut daripada Defendan Pertama dan Kedua:- a) Jumlah sebanyak RM622,046.24; b) Faedah ke atas jumlah RM622,046.24 pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman; c) Kos; dan d) Apa-apa relif yang dianggap wajar dan sesuai oleh Mahkamah. ALASAN PERMOHONAN [34] Defendan Pertama menyatakan niat dan objektif perkhidmatan Defendan Pertama dengan Plaintif adalah untuk menerbangkan pesawat jenis Hawker Beechcraft 4000 (Pesawat Tersebut). Oleh sebab itu, Defendan Pertama telah menjalani kursus “conversion” bagi membolehkan Defendan Pertama menerbangkan pesawat jenis tersebut. Selepas tamat latihan, kelayakan dan lesen penerbangan Defendan Pertamaspesifiknyauntukhanya menerbangkan Pesawat Tersebut. [35] Sejak November 2022, Pesawat Tersebut telah mengalami gangguan teknikal yang menyebabkan Pesawat Tersebut tidak boleh diterbangkan (grounded/unserviceable). Sejak itu, Pesawat Tersebut telah ditempatkan di Lapangan Antarabangsa Kuching, Sarawak sehingga kini. [36] Defendan Pertama tidak mempunyai sebarang pesawat untuk diterbangkan yang menyebabkan objektif perkhidmatan Defendan Pertama dengan Plaintif sudah tidak lagi tercapai. [37] Pada 14.8.2023, Defendan Pertama telah diarahkan untuk menerbangkan suatu pesawat yang dikenali sebagai "Beachcraft Premier 1" ("Pesawat Premier 1"). Pesawat Premier 1 merupakan jenis pesawat yang berbeza dengan Pesawat Tersebut. [38] Defendan Pertama juga menyatakan dia tidak mempunyai Sijil Perubatan Kelas 1 yang sah pada masa material tersebut kerana Pesawat Tersebut tidak dapat diterbangkan.Pada setiap masa material sehingga Pesawat Tersebut tidak dapat diterbangkan, Defendan Pertama telah sentiasa mempunyai Sijil Kelas 1 yang sah. Maka, keperluan memperbaharui Sijil Kelas 1 tersebut hanya berbangkit apabila Pesawat Tersebut boleh beroperasi. [39] Defendan Pertama telah ditamatkan perkhidmatan dengan alasan utama penamatan tersebut adalah disebabkan Defendan Pertama telah gagal mempunyai Sijil Kelas 1 yang sah. [40] Menurut Defendan Pertama, keperluan Sijil Kelas 1 hanyalah relevan bagi juruterbang pesawat komersil dan tidak perlu dan tidak relevan untuk juruterbang pesawat peribadi. Walau bagaimanapun, pada setiap masa material sehingga Pesawat Tersebut tidak dapat diterbangkan, Defendan Pertama mempunyai Sijil Kelas 1 yang sah. [41] Sekali pun jika Defendan Pertama mempunyai Sijil Kelas 1 yang sah semasa diarahkan untuk menerbangkan Pesawat Premier 1, Defendan Pertama tetap tidak mempunyai kelayakan dan pensijilan untuk menerbangkan Pesawat Premier 1 tersebut. [42] Plaintif kemudiannya mengeluarkan notis tuntutan menuntut ganti rugi akibat perlanggaran Kontrak Perkhidmatan Tersebut dan Perjanjian Tersebut di mana ini telah dinafikan oleh Defendan Pertama apabila menjawab notis tuntutan tersebut. [43] Defendan Pertama percaya bahawa penamatan perkhidmatan Defendan Pertama adalah salah di bawah undang-undang, yang mana Defendan Pertama telah memulakan proses untuk membawa tuntutan terhadap Plaintif di Mahkamah Perusahaan atas penamatan perkhidmatan secara tidak sah, tidak adil dan tidak munasabah. [44] Defendan Pertama telah merujuk penamatan perkhidmatan tersebutke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) di bawah No. Rujukan (S20/2023/51000/00997). [45] Suatu Rundingan Damai telah diadakan antara Defendan Pertama dengan Plaintif pada 12.10.2023.Namun, Rundingan Damai tersebut telah gagal kerana Plaintif enggan untuk mengembalikan semula (reinstate) perkhidmatan Defendan Pertama dengan Plaintif. [46] Memandangkan kegagalan tersebut, penamatan perkhidmatan tersebut akan akhirnya dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, yang mana Defendan Pertama menuntut daripada Plaintif suatu Award dari Mahkamah Perusahaan oleh sebab penamatan perkhidmatan tersebut. [47] Sifat dan bentuk pertikaian antara Plaintif dan Defendan Pertama sebenarnya merupakan suatu pertikaian perindustrian (industrial dispute), yang mana Defendan Pertama mempunyai tuntutan-tuntutan tersendiri terhadap Plaintif berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pemotongan gaji seperti yang dilaksanakan oleh pihak Plaintif, tetapi terdapat juga gaji yang tidak dibayar serta pampasan daripada penamatan perkhidmatan tersebut. [48] Defendan Pertama percaya bahawa forum sewajarnya bagi mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan tersebut adalah di Mahkamah Perusahaan. [49] Tuntutan-tuntutan Plaintif di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutannya bertarikh 20.10.2023 adalah bergantung kepada dapatan Mahkamah Perusahaan sama ada terdapat perlanggaran Kontrak Perkhidmatan dan Perjanjian tersebut oleh Defendan Pertama atau Plaintif. [50] Tuntutan Plaintif di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutannya ini adalah pra-matang dan menyalah guna proses Mahkamah. Mahkamah ini akan berada dalam kedudukan yang lebih baik dan wajar bagi mendengar perkara ini setelah terdapat dapatan dan keputusan Mahkamah Perusahaan berkenaan perlanggaran Kontrak Perkhidmatan dan Perjanjian tersebut. [51] Sekiranya permohonan ini tidak dibenarkan, akan terdapat penggandaan (duplicity) atau kepelbagaian (multiplicity) prosiding-prosiding yang memungkinkan dapatan-dapatan fakta dan undang-undang yang tidak konsisten dibuat oleh Mahkamah-Mahkamah terlibat. Perkara ini akan memprejudiskan hak-hak dan remedi-remedi yang tersedia kepada pihak-pihak. [52] Menurut Plaintif, Defendan Pertama telah melanggar Kontrak Tempoh Tetap kerana tanpa Sijil Perubatan Kelas1 yang sah, Defendan Pertama tidak boleh ditugaskan apabila Kontrak Tempoh Tetap dengan jelas menyatakan bahawa Defendan Pertama mesti sesuai untuk terbang pada setiap masa. Ini telah menyebabkan kesulitan dan perubahan operasi kepada Plaintif. [53] Walaupun Sijil Perubatan Kelas 1 biasanya untuk penerbangan komersial, namun apabila Notis Tunjuk Sebab bertarikh 16.08.2023 diserahkan, Defendan Pertama jatuh di bawah kategori Sijil Perubatan Kelas 3 yang hanya membenarkan Defendan Pertama untuk menerbangkan pesawat pemilikan beliau untuk kegunaan peribadinya. Tambahan pula, juruterbang yang mempunyai Sijil Perubatan Kelas 3 tidak layak mendapat gaji atau ganjaran (not for hire). [54] Plaintif dan Defendan Pertama telah menghadiri satu rundingan di Mahkamah Perusahaan. Namun begitu, Plaintif masih belum menerima sebarang Pernyataan Kes daripada Defendan Pertama di Mahkamah Perusahaan. Selain itu, tiada sebarang kemajuan dalam permohonan Defendan Pertama ke Mahkamah Perusahaan setakat ini. DAPATAN MAHKAMAH [55] Permohonan ini dibuat di bawah Aturan 92 Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah yang dinyatakan sebagaimana di bawah: Inherent powers of the Court (O. 92, r. 4)
4
For the removal of doubt it is hereby declared that nothing in these Rules shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the Court to make any order as may be necessary to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court. [56] Dalam kes Selinsing Mining Sdn Bhd v. Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd & Ors [2015] 1 LNS 1310 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: [8] Apart from Order 4, the power to order a stay of proceedings can also be exercised under Order 92 Rule 4 which is a provision enshrining the inherent powers of the Court to make orders to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court.” Thus the Courts have an unimpeded discretion to grant or refuse a stay. In this, like in all other instances of discretion, the Court is bound to exercise its discretion both judicially as well as judiciously and not erratically (see Serangoon Garden Estate Ltd v. Ang Keng [1953] 1 MLJ 116). The paramount consideration in allowing a stay of proceedings is the existence of special circumstances to justify the grant of a stay. What constitute special circumstances is explained in the Federal Court’s case of Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v. Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1 [57] Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mempertimbangkan keperluan untuk membenarkan penggantungan prosiding berdasarkan prinsip kehakiman yang ditetapkan. [58] Dalam kes Mohamed Mustafa v Kandasami (No 2) [1979] 2 MLJ 126 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “On the question of stay of execution it is I think settled law that the granting of such a stay is a matter of the court's discretion, and it is true that the exercise of such discretion must be founded upon established judicial principles. One of the determining factors that calls for consideration is whether by not making an order to stay of the execution it would make the appeal if successful, nugatory in that it would deprive an appellant of the results of the appeal. How pertinent that factor would be may vary according to the circumstances of each particular case.” [59] Pertimbangan utama dalam membenarkan sesuatu permohonan penggantungan prosiding adalah sama ada wujud keadaan-keadaan khas yang mewajarkan penggantungan tersebut. [60] Dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors V. Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “[1] There are many factors that may constitute special circumstances and the fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one; it is an example of special circumstances.Asnugatorinessis a species of special circumstances, a mere reference to it is sufficient to convey the correct legal impression, and any attempt to restrict the grant of a stay to nugatoriness, quite apart from its impropriety, will severely restrict the grounds upon which an applicant may rely. Therefore, the applicants were wrong in submitting that the nugatory approach was not a matter for consideration in this case and that only the special circumstances approach was relevant. They would have been correct if they had said that they were not relying on nugatoriness but on some other species of special circumstances” [61] Beban pembuktian adalah pada pihak DefendanPertama untuk menunjukkan kewujudan keadaan khas untuk mewajarkan pemberian penangguhan prosiding. [62] Mahkamah merujuk pada kes Salconmas Sdn Bhd v Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri & Anor [2021] 7 MLJ 907 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan sebagaimana berikut: “[50] In an earlier case of Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86, Raja Azlan Shah J (as he then was) has decided that the court has an absolute discretion to grant or refuse a stay. In granting the stay application, the applicant must show the special circumstances in his affidavit in support. His Lordship held as follows: Although the court has an unqualified discretion to grant a stay it has never been the practice to do so unless it is supported by an affidavit of special circumstances. The law on the point is well settled. I quote a passage from Halsbury's Laws of England (3rd Ed) Vol 16, para 51 at p 35: The court has an absolute and unfettered discretion as to the granting or refusing a stay, and as to the terms upon which it will grant it, and will, as a rule, only grant it if there are special circumstances, which must be deposed to on affidavit unless the application is made at the hearing. I would also adopt a passage in Mallal's Supreme Court Practice at p 573 where the learned author said: A stay will not be allowed unless there are special circumstances. (Emphasis added.) [51] The principle of special circumstances has also been considered in the case of Syarikat Berpakat v Lim Kai Kok where Hashim Yeop A Sani J held that: Held: as a rule the court will only grant a stay if there are special circumstances, In this case no special circumstances had been shown to justify a stay.” [63] Rujukan juga dibuat pada kes Universal Trustee (M) Bhd v Lambang Pertama Sdn Bhd & Anor [2015] 7 MLJ 305 di mana Mahkamah Tinggi dalam menolak permohonan Defendan untuk penggantungan prosiding menyatakan sebagaimana berikut: [21] Case law does not distinguish stay of execution from stay of proceedings. Case law requires both the applicants for stay of execution and stay of proceedings to show 'special circumstances' to justify a stay. [22] I am of the view that an application for a stay of proceedings should bear a heavier burden vis a vis an applicant for a stay of execution. This is because an application to stav proceedings will hinder an expeditious disposal of a suit as decided by the following cases:
a
The Court of Appeal held in Jagdis Singh a/I Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd [2013] 4 MLJ 213 at p 222 [2013] 3 CLJ 47, at p 58, as follows: It is important to stress that initiation of a suit in a court of law demands the suit will be heard expeditiously and completed without any inhibition midway. Therefore, where an application for stay of proceedings is intended to merely stop or suspend the proceedings, it will be refused. Some applicants, on seeing the weakness of their client's case, would resort to application for stay and thereby waste the time of the other party and the court. The party simply cannot resort to the interlocutory of stay proceedings on having the slightest disagreement with any ruling of a trial judge. Courts are enjoined not to encourage such unwholesome practice.” [64] Mahkamah Rayuan dalam kes Jagdis Singh a/I Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd [2013] 4 MLJ 213 telah memberi beberapa garis panduan untuk dipertimbangkan dalam permohonan untuk penggantungan prosiding ini. Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: [22] Now, what factors or principles will, and should, guide the courts in applications for a stay of an order granted by a court. These factors or principles have been reiterated in very many of cases decided by our courts. The factors or principles so enumerated are inexhaustive, and not all of them are applicable to every case. Each has its own peculiar principle. Some of the principles to be considered in the motions may be stated as follows:
a
the courts have an unimpeded discretion to grant or refuse stay. In this, like in all other instances of discretion, the court is bound to exercise that discretion both judicially as well as judiciously and not erratically (see Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] 1 MLJ 116; Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86);
b
an unsuccessful party applying for a stay must show 'special circumstances'. What will constitute 'special circumstances' will no doubt vary from case to case. The fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one (see Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 MLJ 257; [2003] 4 CLJ 1 and Re Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd; Ling Beng Sung v Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd & Ors (No 2) [1976] 1 MLJ 131). The application is not granted as a matter of routine and it is not an automatic or mechanical relief slavishly followed after filing an appeal. In every matter or suit before a court of law, whether in its original or appellate stage of proceedings, the court will consider the competing rights of both parties including the applicant and respondent to justice;
c
there is a need to preserve the res or preservation of the subject matter of litigation. The courts have an obligation to protect the res for the purpose of ensuring that the appeal, if successful will not be rendered nugatory (see Erinford Properties Ltd v Cheshire County Council [1974] 2 WLR 749). But where it is shown by affidavit evidence, say by the respondent, that the res will not be destroyed or there is in fact no res, an application may not be granted;
d
where an application is an abuse of the court process, then the stay of proceedings will not be granted. A typical example of abuse of court process is where a suit is duplicated or where a party employs improper and perverse procedure to obtain an advantage undeservedly;
e
it is important to stress that initiation of a suit in a court of law demands the suit will be heard expeditiously and completed without any inhibition midway. Therefore, where an application for stay of proceedings is intended to merely stop or suspend the proceedings; it will be refused. Some applicants, on seeing the weakness of their client's case, would resort to application for stay and thereby waste the time of the other party and the court. The party simply cannot resort to the interlocutory of stay proceedings on having the slightest disagreement with any ruling of a trial judge. Courts are enjoined not to encourage such unwholesome practice; and
f
an applicant for stay of proceedings must come with clean hands because what he is asking is an equitable relief. Equity will not assist the unclean. That is why the court has to look into the antecedents of the parties.” [65] Pihak Defendan mempunyai tuntutan terhadap Plaintif di Mahkamah Perusahaan di mana asas tuntutan Defendan adalah berkenaan penamatan perkhidmatan secara salah dan/atau tidak adil dan/atau tidak munasabah. Pada masa yang sama pihak Defendan juga mempunyai tuntutan-tuntutan lain berkaitan gaji yang tidak dibayar dan sebagainya. [66] Oleh sebab itu,menurut pihak Defendan Pertama, terdapatnya penggandaan prosiding (duplicity) di Mahkamah Perusahaan dan juga Mahkamah ini. Isu yang menjadi persoalan pokok di Mahkamah Perusahaan dan juga di Mahkamah ini adalah sama iaitu sama ada pihak Defendan melanggar kontrak yang terlibat. Oleh sebab itu, ada dalam menjawab isu tersebut, kedua-dua mahkamah boleh menjurus kepada dapatan-dapatan fakta dan undang-undang yang tidak konsisten antara kedua-dua Mahkamah tersebut. [67] Tuntutan “bersilang” antara pihak-pihak di sini berkenaan hal perkara yang sama namun di dua (2) Mahkamah yang berbeza merupakan suatu keadaan istimewa yang membangkitkan keperluan penggantungan prosiding tindakan Plaintif di Mahkamah ini. [68] Ini kerana, tidak mustahil ada Mahkamah yang memutuskan pihak Defendan melanggar kontrak dan ada Mahkamah yang memutuskan bahawa pihak Defendan tidak melanggar kontrak dan sekiranya ini terjadi, ia akan sangat memperjudiskan pihak Defendan. [69] Dalam kes Jaya Sudhir a/l Jayaram v Nautical Supreme Sdn Bhd & Ors [2019] 5 MLJ 14, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sebagaimana berikut: “[61] Furthermore, once a duplication between two proceedings is identified it immediately becomes relevant for the court to consider an intersection of two powerful considerations and these are firstly, the desire of courts to hold commercial parties to their bargain and secondly, the desire of courts to avoid disruption and multiplicity or duplicity of litigation, in particular to avoid parallel proceedings and the risk of inconsistent findings, as well as to avoid the causing of inconvenience to third parties (Incitec Ltd v Alkimos Shipping Corp [2004] FCA 698 at pp 12 and 13) [62] … In Incitec Ltd at p 14, the court held that courts in the UK and Australia had expressed ‘deep and strong antipathy for the promotion of circumstances allowing for inconsistent curial approaches to the same dispute’. Our review of relevant authorities below confirms this finding. Thus in Lin Ming, the Hong Kong High Court there in para [54] held: This Court accepts that it is in general undesirable to have parallel proceedings in this jurisdiction involving the same factual disputes, with the concomitant risk of inconsistent factual findings.” [70] Dalam kes Abd Rahman bin Soltan & Ors v Federal Land Development Authority & Anor and other appeals [2023] 4 MLJ 3187, Mahkamah Rayuan juga menyatakan sebagaimana berikut: “In that event, there is obviously a risk of duplicity and inconsistent decisions if both the court proceedings and arbitration proceedings were to proceed concurrently. On the issue of conspiracy too there will be a duplicity and risk of inconsistent decisions. In view of the Federal Court decision in Jaya Sudhir, it appears that I have a discretion not to enforce the arbitration clause since the interests of third parties are involved and there is a risk of parallel proceedings and inconsistent decisions.” [71] Pihak Defendan Pertama juga telah merujuk kepada kes Samling Resources Sdn Bhd v Ekovest Bhd & Anor [2022] 9 MLJ 8039, di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “Given the substantial disputes between the parties regarding many crucial aspects of the case and the fact that the principal witnesses for both sides were highly likely to be the same persons, by allowing the claim against D1 to be disposed of first would neutralise the risk of inconsistent findings by the two separate forums with regard to D1’s role in the project. [72] Mahkamah walau bagaimanapun lebih menerima hujahan yang diberikan oleh pihak Plaintif. Mahkamah berpendapat, Mahkamah ini dan juga Mahkamah Perusahaan, walaupun mempunyai kes berdasarkan fakta yang sama, tetapi perintah yang boleh diberikan oleh setiap Mahkamah adalah berbeza. [73] Tuntutan Plaintif di Mahkamah ini adalah berhubung dengan perlanggaran kontrak di mana Plaintif menuntut ganti rugi berdasarkan kontrak. Tindakan Defendan di Mahkamah Persekutuan adalah berhubung dengan penamatan perkhidmatan Defendan di mana Mahkamah Perusahaan mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula (reinstate) perkhidmatan Defendan Pertama dengan Plaintif atau memerintahkan pihak Plaintif membayar ganti rugi yang sewajarnya atas sebab penamatan perkhidmatan Defendan Pertama yang tidak sah. [74] Dengan kata lain, kedua-dua Mahkamah mempunyai kausa tindakan yang berbeza dan relief yang berbeza. Dalam kes Ng Chia Wei v Air Asia Bhd & Ors [2019] 9 MLJ 332, Mahkamah Tinggi iaitu Azmi Abdullah PJK telah menyatakan bahawa dua saman tidak boleh dikatakan satu tindakan yang sama walaupun mempunyai dan berkongsi fakta yang sama: “[26] From the authorities it can be gathered that there was no duplicity of proceedings just by the reason of the two suits sharing the same underlying facts. The causes of action were different in nature and the remedies sought for were entirely different. [27] In Maybank Investment Bank Berhad v Hamzah Mahmood & Anor [2011] 1 LNS 643, the defendant was allowed to claim damages for breach of contract in the civil court despite having a pending claim in the Industrial Court. The court also held that there was no duplicity as the defendant was claiming for different remedies under the two suits. It was held at para 3.8 as follows: On Issue 1, the court is of the view that the addition of the first defendant’s counterclaim for damages for breach of contract should be allowed notwithstanding that the first defendant has a pending claim against the plaintiff in the Kuala Lumpur Industrial Court. The court holds this view asthere does not appear to be any duplicity in the claims of the first defendant. In the Industrial Court the first defendant is claiming for statutory remedy of ‘reinstatement to his former position in the company without loss of any benefits monetary or otherwise whatsoever under s 20 of the Industrial Relations Act 1967’, whereas in his counterclaim the first defendant is claiming under common law for general damages arising from the breach of contract by the plaintiff. A civil claim for damages for wrongful dismissal has been recognised in the case of Fung Keong Rubber Manufacturing (M) Sdn Bhd v Lee Eng Kiat & Ors [1981]1 MLJ 238 where the Federal Court held that ‘in the case of a claim for wrongful dismissal, a workman may bring an action for damages at common law’. The decision in Fung Keong was followed in the case of Shamsulbahri Shaffie v Titan Petchem (M) Sdn Bhd [2010] 4 CLJ 242 where the court held that the plaintiff in a claim for a declaration that his purported dismissal by the defendant was wrongful was not in any way restricted to bring an action in a civil suit as opposed to by way of representations to the Industrial Court under s 20 of the Industrial Relations Act 1967. However, such a claim was restricted to damages as provided for under the common law. [28] It is also discovered that where claims had been filed in the Industrial Court as well as the civil court, parties tended not to raise the objection of duplicity. For example, in the case of Barbara Lim Cheng Sim v Uptown Alliance (M) Sdn Bhd & Ors [2013] 10 MLJ 1; [2013] 5 CLJ 488, the plaintiff brought an action against the defendants for damages for, inter alia, slander and conspiracy to injure arising from her unlawful dismissal. She also sought relief in the Industrial Court for the claim for unlawful dismissal. The issue of duplicity of proceedingswas not raised as they were based on different causes of action.” [75] Tuntutan di Mahkamah Perusahaan melibatkan Defendan Pertama sahaja sedangkan tuntutan di Mahkamah ini melibatkan Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Oleh sebab itu, tuntutan terhadap Defendan Kedua hanya boleh dilaksanakan di Mahkamah ini. Adalah tidak adil untuk pihak Defendan Kedua menunggu keputusan di Mahkamah Perusahaan sebelum kes terhadap Defendan Kedua dimulakan. Ini kerana Mahkamah ini tidak dapat menjalankan kes terhadap Defendan Kedua sahaja tanpa keterangan dan penglibatan pihak Defendan Pertama memandangkan Defendan Kedua merupakan penjamin kepada Defendan Pertama. [76] Dalam kes Ng Chia Wei v Air Asia Bhd & Ors (supra), Azmi Abdullah PJK menyatakan sebagaimana berikut: “[29] There are seven defendants in this suit whist in the Industrial Court case, the sole respondent is the second defendant herein. The first defendant has been joined as a co-respondent in the Industrial Court case pursuant to a recent order for joinder dated 4 April 2018. The rest of the defendants cannot be added as respondents in the Industrial Court case as they are not the ‘employer’. [30] It is trite law that when a wrong has been done by several parties either jointly or jointly and severally to another party, that party is entitled to file a claim against all or any one or more of the wrong doers. Since the third to seventh defendants cannot be joined as parties in the Industrial Court, it is apt that a separate action be brought against them in a civil court.” [77] Kebimbangan pihak Defendan Pertama ialah mengenai persoalan sama ada pihak Defendan Pertama telah melanggar kontrak di mana menurut Defendan kemungkinan kedua-dua Mahkamah memberi keputusan yang berbeza. Mahkamah ini berpendapat bahawa isu tersebut merupakan isu utama di Mahkamah ini tetapi di Mahkamah Perusahaan terdapat beberapa isu lain lagi yang terlibat seperti tindakan untuk menempatkan Defendan Pertama di tempat lain, surat tunjuk sebab yang dikeluarkan serta lain-lain perkara yang boleh dipertimbangkan di Mahkamah Perusahaan. [78] Mahkamah juga berpendapat bahawa memandangkan relief yang dituntut serta perintah yang bakal diberikan adalah berbeza, tidak ada masalah besar sekiranya kedua-dua Mahkamah memberikan dapatan yang berbeza bagi persoalan utama Defendan Pertama berkaitan adakah Defendan Pertama telah melanggar kontrak yang terlibat. [79] Pada masa yang sama, perlu diingatkan bahawa tuntutan di mana-mana Mahkamah merupakan satu tindakan adversarial di mana akan ada pihak yang akan menang dan akan ada pihak yang kalah. Pihak yang kalah atau yang terkilan sentiasa ada peluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Atasan yang lebih tinggi. Mahkamah atasan kebiasaannya akan membuat dapatan yang sama berdasarkan kepakaran dan pengalaman pihak-pihak yang terlibat. [80] Defendan Pertama pada peringkat ini masih belum memfailkan sebarang pembelaan. Pada masa yang sama, tindakan di Mahkamah Perusahaan masih di peringkat yang terlalu awal iaitu setakat diberikan nombor pendaftaran sahaja. Mahkamah berpendapat, tindakan untuk menangguhkan prosiding di peringkat ini masih terlalu awal dan bertujuan untuk melengah-lengahkan masa. KESIMPULAN [81] Secara kesimpulannya Mahkamah berpendapat bahawa pihak Defendan Pertama telah gagal membuktikan wujudnya keadaan istimewa untuk mewajarkan penangguhan prosiding diberikan. Mahkamah berpendapat kedua-dua kausa tindakan di Mahkamah ini dan Mahkamah Perusahaan adalah berbeza dan mempunyai relief yang berbeza. Perintah yang diberikan oleh kedua-dua Mahkamah tidak mengikat dan memberi kesan antara satu sama yang lain. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 4.11.2024 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif: Encik Wan Mohammad Arfan Wan Othman bersama-sama Encik Genevive Bridie Vanniasingham dan Encik Thilagan Mehanathan. [Tetuan Shafee & Co.] Peguam cara Pihak Defendan Pertama: Cik Zahria Eleena Binti Ahmad Redza bersama-sama Encik Hafizuddin Amir Hasim. [Tetuan Redza Eleena Chong]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.