Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG KES TANGKAP NO: PB-62-5-01/2022 ANTARA
PB-62-5-01/2022
Sessions Court of Malaysia6 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“onable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s. 173 (f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“or shooting, stabbing or cutting, or any instrument which, used as a weapon of offence, is likely to cause death, or any scheduled weapon as specified under the Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act 1958, or by means of fire or any heated substance, or by means of any poison or any corrosive subs”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG KES TANGKAP NO: PB-62-5-01/2022 ANTARA
1
Tertuduh (selepas ini dikenali sebagai OKT) di dalam kes ini iaitu Jeyabalan a/l Kumarasamy telah didakwa di atas kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada 10hb Januari, 2022 jam lebih kurang 7.30 petang bertempat di sebuah stor penyimpanan barang lusuh di alamat Lot 399 Kampung Permatang Tinggi 14100 Bukit Mertajam, di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada Jasber Singh a/l Dial Singh KPT 800828-08-5119 dengan menggunakan sebilah parang iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan 2 sebagai senjata salah. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. HUKUMAN: Jika disabitkan kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.
2
Setelah pertuduhan dibacakan terhadap OKT di dalam Bahasa Tamil, OKT faham pertuduhan tersebut, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
3
Pada peringkat awal, OKT telah diwakili oleh Tetuan S.Supramanian & Co sehingga selesai keterangan SP1. Kemudiannya OKT telah melantik peguambela daripada Tetuan VS Kumar & Co. Namun begitu, setelah kes ditangguhkan untuk sambung perbicaraan saksi seterusnya, peguambela En Sivakumar telah membuat permohonan di dalam mahkamah terbuka untuk menarik diri daripada mewakili OKT atas alasan tidak mendapat kerjasama daripada OKT.
4
Ekoran daripada itu, mahkamah telah menangguhkan kes ini beberapa kali bagi memberi peluang kepada OKT untuk melantik peguambela yang baru atau pun mendapatkan khidmat bantuan guaman daripada pihak Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), namun OKT gagal melantik peguambela yang baru dan meneruskan kes tanpa diwakili oleh mana-mana peguam sehinggalah peringkat akhir kes pembelaan. Keterangan kes pendakwaan.
5
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai enan (6) orang saksi bagi membuktikan pertuduhan terhadap OKT. Saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut:
a
SP1, Jasber Singh a/l Dial Singh, mangsa;
b
SP2, Dr Sindhupriya a/p Muniandy;
c
SP3, Pathmanathan a/l Murugason, saksi awam di tempat kejadian;
d
SP4, Koperal Shahrul Fahmi bin Abdul Rahman, jurufoto;
e
SP5, ASP Shanjeevan a/l Devadas, pegawai tangkapan
f
SP6, SM Kanagasundaram a/l Jayaraman, pegawai penyiasat (warisan). [6] Selanjutnya sepanjang perbicaraan ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan sebanyak tujuh belas (17) eksibit seperti berikut: Bil Jenis dokumen / barang kes
1
8 keping gambar tempat kejadian
2
1 sampul barang kes PDRM
3
1 bilah parang berhulu kayu
4
13 keping gambar kecederaan mangsa
5
Laporan polis Bukit Tengah Report 481/22
6
Laporan perubatan Jasber Singh a/l Dial Singh
7
Pelan Tapak Bersebelahan
8
Laporan Perubatan OKT
9
Laporan polis Bukit Tengah Report 870/22
10
Pemegang Cangku Kayu
11
Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta Keterangan 1950
12
1 keping CD PDRM
13
Laporan polis Bukit Mertajam 515-516/2022
14
Borang Pemeriksaan
15
Borang Serah Menyerah Barang Kes
16
Sijil Kematian Pegawai Penyiasat Insp Kunes Raw
17
Rajah Kasar Tempat Kejadian P17 [7] SP1 telah memberikan keterangan bahawa pada jam lebih kurang 6.00 petang, ketika SP1 bersama dengan OKT berada di tempat kejadian iaitu stor penyimpanan besi buruk beralamat di no Lot 399, Kampung Permatang Tinggi, 14100 Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah berlaku peselisihan faham di antara mereka berdua kerana perebutan tempat tersebut. Menurut SP1, tempat tersebut telah diusahakan oleh mendiang bapa mertuanya yang mendirikan bengkel kereta di atas tanah tersebut. Tanah tersebut adalah tanah rizab milik kerajaan. [8]
Preamble
Menurut SP1, sebelum tarikh kejadian tersebut, SP1 bersama-sama bapa mertuanya pernah berjumpa dengan OKT untuk berbincang mengenai isu berkaitan tanah tersebut di mana OKT juga menuntut tempat tersebut sebagai miliknya. Selepas itu, SP1 tidak bertemu dengan OKT lagi sehinggalah selepas bapa mertuanya meninggal dunia, OKT datang semula ke tempat tersebut. Tempat tersebut telah diambil alih oleh SP1 dan dijadikan sebagai tempat pengumpulan besi-besi buruk. [9] Semasa hari kejadian, SP1 sedang berada di tempat tersebut bersama dengan kawannya iaitu SP3 di mana SP3 berjumpa dengan SP1 untuk meminta kebenaran untuk tinggal di tempat tersebut. Ketika SP1 sedang duduk berbual-bual dengan SP3, OKT telah datang ke arah dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap mendiang bapa mertua SP1. SP1 memarahi OKT atas tindakannya tersebut dan ketika itulah OKT telah menterbalikkan sehingga terjatuh. [10] Sejurus selepas itu OKT telah menolak badan SP1 sehingga SP1 terjatuh ke atas tanah dan telah berlaku pergaduhan bertumbuk sehingga OKT juga terjatuh. Selepas itu, OKT telah bangun berlari ke arah kereta jenis Proton Wira yang dinaikinya dan mengambil sebilah parang panjang menuju ke arah SP1. [11] OKT cuba menetak SP1 dengan parang tersebut dan SP1 cuba mempertahankan diri. Dalam masa yang sama, OKT mengugut SP3 supaya tidak masuk campur urusannya dan jika tidak, SP3 juga akan ditetak oleh OKT. SP3 takut dan terus lari menyelamatkan dirinya.
Preamble
Menurut SP1, OKT telah melibas parang tersebut ke arah SP1 dan bagi mempertahankan dirinya SP1 telah mengambil kerusi plastik untuk menghalang parang tersebut terkena padanya. SP3 mengesahka mengenai pergelutan tersebut dan nampak OKT telah mengambil parang. [12] SP1 telah melarikan diri, namun OKT telah mengejar SP1 dengan parang sehingga SP1 terjatuh di sebelah kereta OKT. OKT telah menetak SP1 di bahagian kepala sebanyak tiga (3) kali sehingga menyebabkan kecederaan yang parah di bahagian kepala dan telinga SP1 terputus. [13] Menurut SP1, apabila OKT melihat keadaan SP1 yang berlumuran darah, OKT telah masukkan SP1 ke dalam keretanya dan menurunkan SP1 di hadapan pintu masuk Hospital Bukit Mertajam. SP1 juga menyatakan semasa di dalam perjalanan ke hospital, OKT ada berhenti sebentar di kawasan Kondominium Residence Sentosa tetapi SP1 tidak tahu untuk tujuan apa OKT berbuat sedemikian, [14] SP1 juga mengesahkan akibat kecederaan parah yang dialaminya, SP1 telah dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam dan dirujuk juga ke Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang. [15] SP1 juga dapat mengecam gambar-gambar tempat kejadian (eksibit P1 (A-H) dan gambar kecederaan yang dialaminya (eksibit P4(A-M). Selain itu, SP1 juga dapat mengesahkan senjata parang yang digunakannya semasa kejadian tersebut iaitu sebilah parang berhulu kayu (eksibit P3). [16] SP2, pegawai perubatan yang memeriksa dan memberikan rawatan terhadap SP1 mengesahkan bahawa SP1 mengalami kecederaan parah iaitu “cerebral concussion, left parietal bone fracture, left mandible fracture dan left ear pinna loss” sepertimana dizahirkan melalui laporan perubatan (eksibit P6). [17] Siasatan bagi kes ini telah dijalankan oleh Inspektor Kunes Raw a/l Ramachandran dan ketika kes masih di peringkat sambung bicara, pegawai penyiasat telah meninggal dunia. Pegawai penyiasat gantian iaitu SM Kanagasundaram a/l Jayaraman telah hadir memberikan keterangan. Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [18] Pada peringkat akhir kes pendakwaan, beban adalah terletak di bahu pihak pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie sebelum OKT diperintahkan untuk membela diri. Pertimbangan berhubung isu prima facie telah dijelaskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan, PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 seperti berikut:- “After the amendment to ss 173(f) and s 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a subordinate court and the High Court under the amended section is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to take a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves assessment of the credibility of witnesses called by the prosecution and the drawing inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution’s evidence admits of two or more inferences, one which is in the accused’s favour,then it is the duty of the court to draw the inference that is favaourable to the accused.” [19] Mahkamah juga telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 yang dengan jelasnya menerangkan maksud prima facie. “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be suct that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase “prima facie case” is defined in similar term in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand, if a prima facie case has been not made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence has been established. Peruntukkan undang-undang [20] Seksyen 319 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: Hurt: "319. Whoever causes bodily pain, disease or infirmity to any person is said to cause hurt." [21] Manakala Seksyen 326 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan seperti berikut: Voluntarily causing grievous hurt by dangerous weapons or means: "326. Whoever, except in the case provided by s 335, voluntarily causes grievous hurt by means of any instrument for shooting, stabbing or cutting, or any instrument which, used as a weapon of offence, is likely to cause death, or any scheduled weapon as specified under the Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act 1958, or by means of fire or any heated substance, or by means of any poison or any corrosive substance, or by means of any explosive substance, or by means of any substance which it is deleterious to the human body to inhale, to swallow, or to receive into the blood, or by means of any animal, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to fine or to whipping." [22] Perkataan griveous hurt telah ditakrifkan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan seperti berikut: Grievous hurt: "320. The following kinds of hurt only are designated as "grievous":
a
emasculation;
b
permanent privation of the sight of either eye;
c
permanent privation of the hearing of either ear;
d
privation of any member or joint;
e
destruction or permanent impairing of the powers of any member or joint;
f
permanent disfiguration of the head or face;
g
fracture or dislocation of a bone;
h
any hurt which endangers life, or which causes the sufferer to be, during the space of 10 days, in severe bodily pain, or unable to follow his ordinary pursuits [23] Berbalik kepada kes di hadapan mahkamah ini, OKT telah didakwa telah dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada Jasber Singh a/l Dial Singh KPT 800828-08-5119 dengan menggunakan sebilah parang iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian. Pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen-elemen pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan seperti berikut:
a
OKT telah sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas SP1 dengan menggunakan senjata atau alat yang digunakan untuk memotong; dan
b
SP1 telah mengalami kecederaan parah sepertimana yang disenaraikan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan. Elemen 1: OKT telah sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas SP1 dengan menggunakan senjata atau alat yang digunakan untuk memotong. [24] SP1 telah memberikan keterangan bahawa ketika berada bersama-sama dengan SP3 di tempat kejadian, OKT telah datang ke tempat tersebut dan telah berlaku pertengkaran mulut ekoran perebutan tapak tanah tempat kejadian tersebut. OKT telah mengeluarkan kata-kata lucah dan memaki mendiang bapa SP1. SP1 memarahi OKT atas tindakannya tersebut dan ketika itulah OKT telah menterbalikkan sehingga terjatuh. SP1 juga di dalam keterangannya di mahkamah dapat mengecam secara positif bahawa OKT adalah Bala yang telah datang ke tempat tersebut semasa tarikh kejadian. SP1 juga mengesahkan sebelum kejadian ini semasa mendiang bapa mertuanya masih hidup, SP1 pernah berjumpa dengan OKT bersama-sama mendiang bapa mertuanya untuk berbincang mengenai tempat tersebut. [25] Selanjutnya menurut SP1, OKT telah menolak badan SP1 sehingga SP1 terjatuh ke atas tanah dan telah berlaku pergaduhan bertumbuk sehingga OKT juga terjatuh. Selepas itu, OKT telah bangun berlari ke arah kereta jenis Proton Wira yang dinaikinya dan mengambil sebilah parang panjang menuju ke arah SP1. [26] OKT telah menetak sebanyak tiga (3) kali di bahagian kepala SP1 dengan menggunakan parang tersebut sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada SP1 di mana luka yang dalam sehingga ke tengkorak kepala SP1 dan juga bahagian telinga kiri. [27] Mahkamah ini berpendapat OKT ini mempunyai pengetahuan bahawa tindakannya menggunakan senjata tajam iaitu sebilah parang tersebut untuk menetak SP1 adalah natijahnya akan mengakibatkan kecederaan dan kesakitan kepada SP1. Malahan tindakan dan perbuatan OKT yang melibas dan menetak kepala SP1 dengan menggunakan sebilah parang itu juga boleh menyebabkan kematian kepada SP1. [28] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa tindakan OKT ini adalah amat jelas dan sudah semestinya mempunyai niat untuk mencederakan SP1. [29] Berdasarkan keterangan SP1 juga mengesahkan bahawa OKT sendiri yang pergi mengambil parang tersebut dari dalam kereta Proton Wira milik OKT, menghala ke arah SP1 dan terus menetak SP1 sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada bahagian kepala dan telinga SP1. Mahkamah ini juga mendapati keterangan lisan SP1 mengenai kecederaan yang dialaminya akibat perbuatan OKT adalah konsisten dengan gambar kecederaan yang dialaminya iaitu eksibit P4(A-M). [30] Selanjutnya mahkamah ini berpendapat bahawa OKT sebagai seorang yang waras dan rasional akan menjangka perbuatannya yang menetak SP1 dengan menggunakan parang akan menyebabkan kecederaan yang yang parah terhadap SP1. Kesan tetakan dengan tekanan yang kuat telah mengakibatkan kecederaan dan luka terkoyak yang luas pada bahagian kepala dan telinga SP1 seperti di dalam gambar P4 (J,K,L dan M). [31] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa kesan kecederaan yang dialami oleh SP1 tersebut adalah konsisten dengan kesan akibat daripada menggunakan alat tajam yang digunakan untuk memotong iaitu sebilah parang. [32] Selanjutnya di dalam kes ini, mahkamah juga mendapati bahawa sewaktu kejadian tersebut berlaku, SP3, Pathmananthan a/l Murugeson berada di tempat kejadian tersebut sedang duduk berbual-bual dengan SP1. Menurut SP3, ketika itu tiba-tiba ada seorang yang tidak dikenali telah datang ke tempat tersebut dan telah berlaku pergaduhan mulut dengan SP1. SP3 nampak OKT telah mengambil sesuatu macam besi dari keretanya untuk memukul SP1 dan ketika itu SP3 telah melarikan diri daripada tempat kejadian tersebut. SP3 tidak tahu apa yang berlaku seterusnya dan hanya datang semula ke tempat kejadian sejam selepas itu untuk mengambil motosikalnya. Ketika itu SP3 mendapati motosikalnya dan motosikal SP1 telah terjatuh dan terdapat dompet dan telefon bimbit milik SP1 berada di situ. [33] Mahkamah ini mendapati SP3 ini adalah saksi bebas yang jujur dan tidak menokok tambah cerita. SP3 menceritakan apa yang telah berlaku semasa OKT mula-mula datang ke tempat kejadian sehinggalah berlaku pergaduhan bermula. SP3 mengesahkan OKT ada mengambil sesuatu dari keretanya dan telah berlaku pergaduhan mulut di antara SP1 dan OKT, sejurus selepas itu SP3 sendiri telah melarikan diri. [34] Keterangan daripada SP3 ini adalah jelas menyokong keterangan daripada SP1 bahawa semasa kejadian, OKT ada mengambil sesuatu macam besi daripada keretanya yang telah digunakan untuk mencederakan SP1 sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada SP1. [35] Selanjutnya pemeriksaan oleh SP2, Dr Sindhupriya a/p Muniandy bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh SP1 iaitu cerebral consussion, left parietal bone fracture, left mandible fracture dan left ear pinna loss adalah akibat dari sesuatu objek yang tajam. [36] Dapatan ini adalah selari dengan keterangan SP1 bahawa OKT telah menetaknya dengan menggunakan sebilah parang dan fakta ini juga disokong dengan keterangan SP3 yang nampak OKT telah mengambil sesuatu dari keretanya semasa pergaduhan bermula. SP1 juga dapat mengecam senjata yang digunakan iaitu sebilah parang berhulu kayu yang telah dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit P3. [37] Oleh yang demikian, bagi elemen yang pertama ini, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT telah sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas SP1 dengan menggunakan senjata atau alat yang digunakan untuk memotong iaitu sebilah parang. Elemen 2: SP1 telah mengalami kecederaan parah sepertimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 320 Kanun Keseksaan. [38] Bagi membuktikan elemen kecederaan parah, pihak pendakwaan telah memanggil SP2, Dr. Sidhupriya a/p Muniandy seorang pegawai perubatan di Hospital Bukit Mertajam yang telah merawat SP1. [39] Menurut SP2, pertama kali beliau merawat SP1 adalah pada 11/1/2022 dan kali pertama SP1 mula-mula menerima rawatan adalah pada 10/1/2022. SP1 telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Bukit Mertajam dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Seberang jaya untuk beberapa rawatan seperti CT Scan dan sebagainya. SP1 telah dimasukkan ke Wad Surgical Hospital Bukit Mertajam dan hasil pemeriksaan fizikal oleh SP2 mendapati SP1 mengalami kecederaan-kecederaan seperti berikut:-
i
deep laceration wound at left temporal region, left mandible;
II
(ii) left temporal region wound no active bleeding, 5cm x 5cm;
III
(iii) Underlying scalp bone exposed ( not overlapping);
IV
(iv) left mandible laceration wound extending from cheek until subauricular area;
v
underlaying bone exposed. [40] Manakala hasil keputusan makmal dan radiology (CT scan) pula mendapati terdapat multiple skull fracture, facial bone fracture dan small intracranial bleed. [41] Hasil diagnosis oleh SP2 mengesahkan bahawa SP1 mengalami kecederaan seperti berikut:
i
cerebral concussion;
II
(ii) left parietal bone fracture;
III
(iii) left mandible fracture; dan
IV
(iv) left ear pinna. [42] SP2 di dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa kecederaan-kecederaan tersebut adalah diakibatkan daripada tetakan dengan menggunakan senjata tajam. Laporan perubatan oleh SP1 iaitu eksibit P6 mengesahkan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh SP1. [43] Bersandarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh SP2 yang merawat SP1 dan dapatan hasil pemeriksaannya yang dizahirkan melalui laporan perubatan (eksibit P6), tiada keraguan di minda mahkamah ini bahawa SP1 telah mengalami kecederaan parah seperti yang diperuntukan di bawah s 320(g) Kanun Keseksaan. [44] Selanjutnya, mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa keterangan SP2 yang menyatakan kecederaan dialami oleh SP1 tersebut boleh disebabkan oleh benda yang tajam adalah selari dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain bahawa OKT telah menggunakan senjata tajam iaitu sebilah parang untuk mencederakan SP1 sehingga SP1 mengalami kecederaan parah. [45] Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen kedua iaitu mangsa, SP1 telah mengalami kecederaan parah. [46] Atas isu-isu lain yang dihujahkan, mahkamah ini mendapati saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP1 adalah seorang saksi yang jujur dan krdibel. Tiada sebab SP1 mereka-reka cerita mengenai kejadian tersebut, malahan SP1 sendiri semasa memberikan keterangan masih mengalami kesakitan dan trauma akibat kecederaan tersebut. [47] Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah jelas bahawa tidak wujud sebarang provokasi di pihak SP1 memandangkan semasa kejadian SP1 berada di tempat kejadian sedang berbual-bual dengan SP3. OKT sendiri yang telah pergi ke tempat tersebut sehingga menyebabkan perbalahan mulut sehinggalah OKT mengambil tindakan menyerang SP1 dengan senjata. [48] Sehubungan dengan itu, setelah mahkamah ini menilai keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan berlandaskan kepada penilaian maksima serta setelah memperhalusi hujahan kedua-dua pihak, maka mahkamah ini mendapati bahawa pada peringkat ini, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. [49] Oleh yang demikian, OKT ini dengan ini diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Kes pembelaan [50] Mahkamah telah menerangkan tiga pilihan kepada OKT untuk membela diri selaras dengan peruntukkan Seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah. OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi pada peringkat kes pembelaan ini. Hanya OKT sahaja sebagai saksi pembelaan. Mahkamah juga telah menangguhkan kes bagi membolehkan OKT melantik peguambela yang baru semasa kes pembelaan ini. [51] Namun, OKT sehingga tarikh sambung bicara seterusnya mewakili dirinya sendiri dan masih tidak melantik peguambela yang baru, justeru mahkamah ini mempunyai kewajipan statutori untuk memberitahu kepada OKT yang ia berhak sendiri untuk memberikan keterangan untuk membela dirinya. Mahkamah ini selanjutnya telah menerangkan kepada OKT berkenaan perkara-perkara utama keterangan kes pendakwaan yang tidak menyokongnya selaras dengan peruntukkan di bawah Seksyen 257 Kanun Tatacara Jenayah. Perkara-perkara ini telah diterangkan kepada OKT di dalam Bahasa Tamil dan telah diakui faham oleh OKT. [52] Peruntukan s 257 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan: "(1) Setiap perbicaraan di Mahkamah Majistret jika dan apabila Mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri, jika ia tidak diwakili oleh peguambela, Mahkamah hendaklah memberitahu kepadanya yang ia berhak sendiri memberi keterangan untuk membela dirinya, dan jika ia memilih memberi keterangan untuk membela dirinya hendaklah ia diheri ingatan berkenaan perkara-perkara utama keterangan pendakwa terhadapnya supaya ia berpeluang menerangkannya.” [53] Setelah mahkamah menerangkan perkara-perkara dan keterangan utama kes pendakwaan secara keseluruhan kepada OKT dan menerangkan pilihan kepada OKT untuk membela diri, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi. [54] OKT telah memberikan keterangan bersumpah bahawa OKT tidak memukul SP1 dan SP1 yang memukul OKT dengan kayu. OKT menyatakan OKT bertindak mengambil parang semata-mata untuk melindungi dirinya dan menakut-nakutkan SP1. Menurut OKT, SP1 yang telah memukulnya dengan kerusi besi dan sebab itu berlaku pergaduhan tersebut. [55] OKT di dalam keterangannya menyatakan bahawa ketika kejadian, dia juga telah terjatuh dan telah dipijak oleh dua orang. OKT menyatakan ketika itu, tangannya secara tidak sengaja telah terkena meja sehingga minuman keras di atas meja terjatuh dan ini menyebabkan SP1 dan kawannya terus marah. Mengikut OKT, SP1 telah menolaknya hingga terjatuh. [56] Pada masa itu, OKT telah mengambil parang dari kawasan itu dan berkata perkara tersebut boleh dibawa berbincang tetapi SP1 telah memukul OKT berkali-kali tanpa berhenti. Menurut OKT, selepas pukulan kali kesembilan baru OKT mengambil parang untuk menahan dirinya daripada dipukul. OKT menafikan ada menetak kepala SP1 tetapi parang itu telah terkena di bahagian kepala SP1. Menurut OKT, parang tersebut memang tajam dan jika OKT memotong dengan parang tersebut, sudah pasti SP1 akan mendapat kecederaan yang lebih teruk. [57] OKT juga menyatakan ketika itu ada kawan SP1 dan apabila SP1 terjatuh di atas lantai, kawan SP1 telah melarikan diri. [58] OKT juga menyatakan bahawa selepas kejadian tersebut, OKT sendiri yang membawa SP1 ke hospital dan semasa itu menurut OKT dia ada bertanya kepada SP1 sama ada kes ini boleh diselesaikan dan SP1 menyatakan boleh diselesaikan. Namun menurut OKT, walaupun SP1 berjanji untuk menyelesaikan kes pukul tersebut, tetapi SP1 telah membuat laporan polis. OKT juga menyatakan bahawa dia juga akan membuat laporan polis sekiranya tahu SP1 akan membuat laporan polis. [59] Selepas meninggalkan SP1 di Hospital Bukit Mertajam, OKT telah pergi bekerja. Apabila sampai di tempat kerja, OKT menyatakan bahawa orang-orang SP1 ada menelefon OKT dan OKT telah menerangkan apa yang telah terjadi di tempat kejadian tersebut. [60] Menurut OKT, selepas lima hari pihak polis telah membuat tangkapan ke atasnya di tempat kerja. Beban pembuktian di akhir kes pembelaan. [61] Tugas Mahkamah di akhir kes pembelaan ini adalah untuk menilai dan meneliti kesemua keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan secara keseluruhan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui tahap keraguan yang munasabah. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Agung di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 1 CLJ (rep) 311 , Mohamad Azmi SCJ:- “It is well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabalities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s. 173 (f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP [1987] CLJ (Rep) 221). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. [62] Mahkamah ini juga telah merujuk kepada kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 di mana Mahkamah Persekutuan telah memberikan garis panduan mengenai beban pembuktian melampaui tahap keraguan yang munasabah seperti berikut:- “"Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has dosed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s182A (1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt". Analisa dan dapatan mahkamah di akhir kes pembelaan. [63] Pada peringkat ini, tugas mahkamah adalah untuk menilai secara keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan dan sekiranya telah wujud keraguan yang munasabah yang telah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan. Kes pembelaan bergantung kepada keterangan pihak OKT sahaja. [64] Di dalam kes ini, mahkamah telah membuat penilaian yang terperinci terhadap keterangan bersumpah yang diberikan oleh OKT dan dibandingkan dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan sebelum ini. Mahkamah ini mendapati keterangan OKT hanyalah berbentuk penafian semata-mata bahawa OKT tidak mempunyai niat untuk menetak SP1 sebaliknya apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk mempertahankan dirinya sahaja. [65] Mahkamah ini telah meneliti secara keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan dibandingkan dengan keterangan OKT semasa peringkat kes pembelaan. Berdasarkan keterangan SP1, ketika kejadian OKT yang telah datang ke tempat kejadian dan telah berlaku pergaduhan mulut dimana OKT telah memaki hamun dan mengeluarkan perkataan lucah terhadap mendiang bapa mertua SP1. Punca pergaduhan mulut ini adalah mengenai perebutan tempat kejadian tersebut dan fakta ini juga tidak dinafikan oleh pihak OKT. [66] Mahkamah ini mendapati tidak wujud sebarang provokasi di pihak SP1, namun sebaliknya OKT yang bertindak memulakan pergaduhan dan menolak meja sehingga terjatuh. OKT di dalam keterangannya menyatakan bahawa tangannya secara tidak sengaja terkena meja tersebut sehingga menyebabkan minuman keras terjatuh. Mahkamah ini mendapati fakta tersebut adalah rekaan OKT semata-mata untuk menegakkan benang yang basah sahaja. [67] Selanjutnya mahkamah ini mendapati bahawa OKT sendiri di dalam keterangannya ada mengakui bahawa dia ada mengambil parang dari kawasan itu walaupun dinafikan bahawa parang diambil daripada kereta Proton Wiranya, namun fakta wujudnya parang adalah jelas. OKT di dalam keterangannya menyatakan dia terpaksa menggunakan parang tersebut untuk menahan daripada dipukul oleh SP1 dengan kerusi besi. Fakta bahawa OKT telah menggunakan sebilah parang semasa kejadian tersebut juga tidak dinafikan oleh OKT sendiri. [68] Mahkamah ini mendapati sekiranya OKT menggunakan parang tersebut untuk menahan SP1 daripada memukul dan menyerangnya mustahil kecederaan yang dialami oleh OKT akan berlaku di bahagian kepala dan bahagian telinga. Kecederaan yang teruk sehingga terkoyak tempurung kepala SP1 seperti di dalam gambar P4 ini jelas menunjukkan OKT telah melibas dan menetak parang tersebut ke arah bahagian kepala SP1. [69] Mahkamah juga mendapati keterangan-keterangan OKT juga konsisten dengan keterangan saksi pendakwaan terutamanya SP1. Fakta bahawa OKT ada menghantar SP1 ke hospital selepas kejadian tersebut juga disahkan oleh OKT sendiri di dalam keterangannya. [70] Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah lebih kredibel dan dipercayai berbanding dengan keterangan OKT sendiri tanpa apa-apa keterangan sokongan yang lain. Keterangan OKT adalah bersifat penafian semata-mata bahawa OKT tiada niat mencederakan SP1 dan kecederaan yang dialami oleh SP1 adalah akibat OKT mempertahankan dirinya. [71] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksima mahkamah terhadap keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan pembelaan secara keseluruhan dan berpandukan kepada eksibit-eksibit yang dikemukakan, mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan satu keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui tahap keraguan yang munasabah terhadap OKT bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan sepertimana di dalam pertuduhan. [72] OKT dengan ini didapati bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan tersebut. Rayuan Mitigasi oleh OKT [73] Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman ke atas OKT telah memberi peluang kepada pihak-pihak berhujah untuk tujuan pengukuman. Seksyen 326 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman pemenjaraan boleh sampai dua puluh (20) tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat. [74] OKT memohon hukuman hukuman denda diringankan kerana OKT mempunyai banyak tanggungan iaitu mempunyai anak seramai lima (5) orang. Anak ketiga OKT merupakan seorang anak OKU yang menghidap penyakit kencing manis. OKT hanya bekerja sebagai seorang pemotong rumput dan OKT menyatakan jika OKT tiada, keluarga dan isteri OKT akan mengalami kesusahan. Hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan. [75] Pihak pendakwaan memohon satu hukuman yang setimpal dikenakan ke atas OKT dengan mengambilkira kekerapan kes dan kecederaan yang dialami oleh mangsa di dalam kes ini. Pihak OKT telah mengejar mangsa dan menetak mangsa beberapa kali. [76] Selanjutnya pihak pendakwaan memohon mahkamah mengambilkira trauma yang dialami mangsa. OKT juga tidak menunjukkan tanda-tanda keinsafan dan kes ini telah berjalan secara perbicaraan penuh. Pertimbangan dan alasan kepada hukuman. [77] Setelah Mahkamah menimbangkan faktor-faktor mitigasi yang dihujahkan oleh pihak OKT sendiri dan faktor-faktor pemberatan oleh pihak pendakwaan dan berlandaskan prinsip undang-undang berkaitan penghukuman, maka OKT dikenakan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh sabitan 6.9.2024 dan denda RM5000.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara. Hukuman sebatan terhadap OKT dikecualikan memandangkan OKT telah berumur melebihi 50 tahun. [78] Di dalam kes ini, mahkamah telah menimbangkan faktor-faktor berikut sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal dan berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Perbicaraan penuh [79] Mahkamah di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT telah mengambilkira bahawa sabitan bagi kes ini adalah selepas satu perbicaraan penuh dijalankan yang melibatkan seramai enam (6) orang saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan. Kes ini mengambil masa hampir 2 tahun 7 bulan untuk diselesaikan. Perbicaraan penuh ini telah menyebabkan kos dan masa pihak-pihak yang terlibat dan sudah pasti OKT tidak layak diberikan sebarang diskaun sepertimana untuk hukuman sekiranya OKT mengaku bersalah. Kepentingan awam [80] Perkara utama yang dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT adalah faktor kepentingan awam. Mahkamah telah mengimbangi antara kepentingan awam dan juga kepentingan OKT itu sendiri. [81] Di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 yang menjelaskan berkaitan prinsip penghukuman seperti berikut: “One of the main consideration in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v Kenneth John Ball as follows:- In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certains considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public served the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be neglible. Such a sentence may also deter the particular crimnal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for particular crime but fixes a maximun, the appropriate sentence for each of the criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” [81] Mahkamah ini berpendapat bagi kes seperti ini satu hukuman yang agak berat haruslah dikenakan kepada OKT sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat secara umumnya supaya tidak mengikut nafsu amarah dan dendam dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. OKT boleh sahaja berbincang secara baik dengan mangsa dan tidak sepatutnya menggunakan kekerasan dan memukul mangsa semata-mata akibat perselisihan faham berebut tanah rizab kerajaan yang sememangnya bukan hakmilik kedua-dua mereka. [82] Rujukan juga telah dibuat kepada kes Ong Lai Kim v. Public Prosecutor And Other Appeals [1991] 3 MLJ 111 yang memutuskan seperti berikut:- “The punishment must not only deter the appellants from committing a similar offence in the future but it must also deter others from committing such an offence.” [83] Oleh yang demikian, berlandaskan kepada prinsip undang-undang dan nas-nas awalan yang dirujuk, mahkamah ini memberi penekanan yang lebih terhadap kepentingan awam berbanding kepentingan OKT sendiri dalam menjatuhkan hukuman yang berpadanan dengan kesalahan dilakukan OKT. Mahkamah ini berpendapat satu hukuman yang berat dan setimpal haruslah dikenakan kepada OKT dan pelaku-pelaku jenayah keganasan seperti OKT ini. Graviti kesalahan yang dilakukan OKT. [84] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT juga mengambilkira tindakan OKT yang mencederakan SP1 dengan menetaknya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan yang parah merupakan satu kesalahan yang amat serius sepertimana dapat dilihat melalui eksibit P4(A-M). Akibat daripada tindakan OKT tersebut telah menyebabkan kecacatan dan kesan parut yang kekal terhadap SP1. Malahan SP1 semasa memberikan keterangan kepada mahkamah menyatakan sehingga kini bahagian kepalanya masih sakit dan kadangkala SP1 mengalami masalah lupa ingatan. [85] Laporan perubatan (eksibit P6) juga mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP1 adalah sangat serius dan parah iaitu cerebral consussion, left parietal bone fracture, left mandible fracture dan left ear pinna loss [86] Mahkamah ini berpendapat satu hukuman yang agak berat hendaklah dikenakan ke atas OKT dengan mengambilkira tahap kecederaan yang dialami oleh SP1 dan perbuatan OKT adalah satu perbuatan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusian. Trauma dan impak psikologi oleh mangsa. [87] Selanjutnya, mahkamah ini dalam mempertimbangkan hukuman yang wajar dan berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan OKT telah mengambilkira trauma dan kesan psikologi / emosi sepanjang hayat SP1 akibat daripada kejadian yang menimpanya ini. Pesalah pertama dan latar belakang OKT [88] Selain daripada itu, mahkamah ini juga telah menimbangkan faktor mitigasi iaitu OKT ini merupakan pesalah utama dan juga telah mengambilkira sedikit sebanyak mengenai latar belakang OKT yang merupakan seorang penanggul tunggal keluarga. Kesimpulan [89] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, mahkamah ini dengan rendah diri berpendapat hukuman penjara 7 tahun dari tarikh sabitan 6.9.2024 dan denda RM5000.00 jika gagal bayar lima (5) bulan penjara adalah berpadanan, wajar dan munasabah dengan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh OKT. Hukuman tersebut juga adalah di dalam ruang lingkup peruntukkan undang-undang di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. [90] Besarlah harapan mahkamah ini supaya hukuman ini dapat dijadikan pengajaran kepada OKT dan masyarakat secara amnya supaya tidak meletakkan undang-undang ditangan sendiri apabila berlaku perselisihan faham. Hukuman ini juga diharap membentuk OKT menjadi insan yang lebih berguna kepada masyarakat di masa hadapan. Bertarikh 5 November, 2024 Bagi pihak pendakwaan: Tuan Muhammad Syafiq Nasrullah Bin Saleem Ali Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang. Bagi Pihak Pembelaan: OKT mewakili diri sendiri.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.