(B) Hujahan Pendakwaan / Responden [40] Hujahan pihak pendakwaan secara keseluruhannya menyatakan bahawa perintah sabitan yang dibuat oleh HMS adalah selamat dan berlandaskan undang-undang dan fakta yang tepat. [41] Pendakwaan berhujah bahawa HMS telah dengan betul menilai keterangan saksi-saksi, khususnya keterangan SP1 yang konsisten dan disokong oleh keterangan SP3 serta laporan perubatan yang disediakan oleh SP2. Tindakan OKT menetak SP1 S/N tTipYZ2Z8kesa4WYocvo/A Page 11 of 16 dengan parang menunjukkan niat OKT untuk mencederakan SP1 secara sengaja, dan bukannya untuk OKT mempertahankan diri. [42] SP1 merupakan saksi yang kredibel dan tiada sebab untuk SP1 mereka-reka cerita. Malah, beliau masih trauma semasa memberi keterangan. SP3 merupakan saksi bebas dan beliau bukanlah saksi yang berkepentingan, beliau telah menyaksikan permulaan pertelingkahan antara OKT dan SP1 dan beliau juga telah melihat OKT ambil satu objek dari dalam keretanya. [43] Keterangan SP2 dan laporan perubatan yang telah disediakannya adalah konsisten dengan kecederaan akibat tetakan senjata tajam (parang). Keterangan ini menyokong versi SP1 bahawa beliau telah dicederakan dengan menggunakan senjata tajam. Tindakan OKT mengambil parang dari kereta dan menetak kepala SP1 sebanyak tiga kali menunjukkan niat OKT untuk mencederakan SP1 dan ianya bukanlah tindakan defensif. Kecederaan yang dialami oleh SP1 iaitu tempurung kepala koyak, telinga terputus adalah tidak sepadan dengan tindakan untuk mempertahankan diri seperti yang dikatakan oleh OKT dalam pembelaannya. [44] Pihak pendakwaan berhujah bahawa hukuman penjara 7 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM5,000 adalah setimpal dan wajar. Di dalam menjatuhi hukuman ke atas OKT, HMS telah menekankan kepentingan awam dan kecederaan serius serta trauma yang dialami oleh SP1. Isu untuk Penentuan Dalam Rayuan Ini [45] Isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah sama ada perintah sabitan oleh HMS itu selamat dan sama ada hukuman yang dijatuhinya berlebihan atau sebaliknya. S/N tTipYZ2Z8kesa4WYocvo/A Page 12 of 16 Analisis dan dapatan Mahkamah ini [46] Mahkamah ini merujuk prinsip yang digariskan dalam kes Bhandulananda Jayatilake v PP [1982] 1 MLJ 83 bahawa campur tangan Mahkamah Rayuan hanya wajar sekiranya terdapat salah arah atau ketidakadilan yang nyata. [47] Mahkamah ini juga mengambil maklum prinsip yang dinyatakan di dalam kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 dan Ong Lai Kim v PP & Other Appeals [1991] 3 MLJ 111; bahawa dalam menentukan hukuman, mahkamah perlu mengimbangi kepentingan peribadi pesalah dengan kepentingan awam. [48] Berdasarkan Alasan penghakiman oleh HMS, Mahkamah ini mendapati HMS telah membuat penilaian yang teliti terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan, khususnya SP1, SP2 dan SP3. Keterangan SP1 didapati konsisten dengan keterangan saksi lain serta dokumen sokongan seperti laporan perubatan (P6) dan gambar-gambar kecederaan (P4). [49] HMS mendapati pembelaan OKT adalah penafian semata-mata dan pengataan OKT bahawa dia bertindak hanya untuk mempertahankan diri adalah tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Tambahan pula, kecederaan yang dialami oleh SP1 adalah sangat serius dan tidak sepadan dengan dakwaan OKT bahawa dia menggunakan parang hanya untuk menakut-nakutkan SP1. [50] Adalah menjadi dapatan HMS bahawa tindakan OKT mengambil parang dari keretanya dan menetak kepala SP1 sebanyak tiga kali jelas menunjukkan niat OKT untuk mencederakan SP1 secara sengaja. Kecederaan parah yang dialami oleh SP1 iaitu fracture, concussion, dan ear pinna loss adalah selari dengan tindakan S/N tTipYZ2Z8kesa4WYocvo/A Page 13 of 16 menetak, dan tidak boleh dianggap sebagai kesan sampingan daripada tindakan mempertahankan diri. [51] Selanjutnya HMS berpendapat bahawa pembelaan OKT tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Keterangan SP3 menunjukkan SP1 berada dalam keadaan pasif sebelum diserang, dan tiada bukti kukuh bahawa SP1 memulakan provokasi atau menyerang terlebih dahulu. Pembelaan provokasi atau mempertahankan diri oleh OKT tidak berjaya ditunjukkan secara meyakinkan. Hukuman oleh HMS [52] OKT dalam rayuannya kepada HMS memohon hukuman yang ringan atas alasan dia adalah pesalah pertama dan penanggung keluarga. HMS berpendapat walaupun OKT merupakan pesalah kali pertama dan mempunyai tanggungan keluarga, ianya bukanlah secara automatik melayakkan OKT mendapat hukuman yang ringan. [53] Dalam menjatuhkan hukuman, HMS telah menekankan kepentingan awam, graviti kesalahan iaitu kecederaan parah serta trauma yang dialami oleh SP1. Maka, satu hukuman yang tegas dan berpadanan wajar dikenakan. Oleh itu, HMS telah menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM5,000, jika tidak bayar denda, 5 bulan penjara. Hukuman sebatan tidak dikenakan atas faktor OKT telah berumur melebihi 50 tahun. [54] Hukuman yang dikenakan adalah sejajar dengan tahap kecederaan yang dialami mangsa, sifat jenayah yang kejam serta keperluan untuk menjaga kepentingan awam. S/N tTipYZ2Z8kesa4WYocvo/A Page 14 of 16