Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. JB-41(ORS)-4-09/2025 ANTARA JIAN HOONG QUAN ENTERPRISE SDN. BHD [NO. SYARIKAT: 609523-W] … PERAYU
JB-41(Ors)-4-09/2025
High Court of Malaysia29 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“8. Mahkamah ini juga telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, Pedoman Abadi Sdn Bhd lwn. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan [2025] CLJU 1338 yang melibatkan rayuan yang sama seperti kes ini. Timbalan Pendakwa Raya yang telah hadir semasa perbicaraan rayuan ini tidak mempunyai apa-apa bantahan selepas merujuk kes ters”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. JB-41(ORS)-4-09/2025 ANTARA JIAN HOONG QUAN ENTERPRISE SDN. BHD [NO. SYARIKAT: 609523-W] … PERAYU
1
1.
2
PENDAKWA RAYA … RESPONDEN-RESPONDEN DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET YONG PENG DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH: JK-89-3-04/2025 ANTARA 03/03/2026 16:20:46 JB-41(Ors)-4-09/2025 Kand. 21 S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A JIAN HOONG QUAN ENTERPRISE SDN. BHD [NO. SYARIKAT: 609523-W] … PEMOHON
1
1.
2
PENDAKWA RAYA … RESPONDEN-RESPONDEN
1
lni adalah rayuan perayu terhadap keputusan Majistret Yong Peng yang menolak permohonan perayu yang dibuat di bawah Seksyen 80(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010). Permohonan tersebut merupakan satu permohonan untuk pelepasan motor lori bernama JXH 7099 kepada perayu sementara menunggu pelupusan kes perayu yang dituduh di Mahkamah Majistret Yong Peng di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) APAD 2010 atas kesalahan membawa muatan melebihi berat yang dibenarkan dan pelucuthakan di bawah Seksyen 80(4) APAD 2010. S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A
2
Di peringkat Mahkamah Majistret, 4 isu berikut telah dibangkitkan: - i) Tiada pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 80(5) APAD 2010 dalam tempoh masa yang ditetapkan. ii) Peruntukkan undang-undang defektif (Defective provision of law). iii) Notis Penyitaan yang defektif. iv) Isu penangguhan yang dibangkitkan oleh Majistret Yong Peng.
3
Mahkamah ini bersetuju bahawa tidak ada apa-apa merit di dalam isu-isu yang dibangkitkan seperti di atas. Ini dapat dilihat daripada alasan penghakiman Mahkamah Majistret yang terperinci. (Rekod Rayuan Kandungan 2 muka surat 11 hingga 33).
4
Apa yang penting di kes-kes macam ini adalah sememangnya sangat jelas iaitu kenderaan yang disita boleh mengikut budi bicara pegawai pengangkutan jalan atau pun Mahkamah, dikembalikan secara sementara kepada tuanpunya, apabila jaminan yang memuaskan diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik apabila diminta tanpa apa-apa pindaan kepada kenderaan tersebut. Apa yang perlu diteliti di sini adalah apakah alasan-alasan yang dikemukakan untuk tidak melepaskan kenderaan tersebut sementara kes dibicarakan. S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A (Would there be any prejudice to the case or the respondents if the vehicle is released to the owner). Samada permohonan ini akan memudaratkan kes atau pihak responden.
5
Mahkamah ini mendapati tidak ada apa-apa alasan yang munasabah yang dikemukakan oleh pihak responden di dalam affidavit balasan mahu pun oleh pihak pendakwa raya semasa penghujahan di hadapan saya. Apa yang dapat dilihat daripada affidavit permohonan adalah pihak perayu yang akan mengalami kerugian besar (memudaratkan) di mana tidak dapat meneruskan perniagaannya atau menepati pesanan kerja yang telah dipersetujui. Tambahan pula, tanpa pelepasan sementara kenderaan, perayu akan mengalami kerugian kerana tiada pendapatan boleh diperolehi daripada kenderaan tersebut dan hutang pihak bank masih perlu dibayar setiap bulan untuk kenderaan tersebut. Selain daripada itu, tidak tahu berapa lama kes di hadapan Mahkamah Majistret akan diambil sebelum kes tersebut diputuskan. Kenderaan yang tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama akan mengalami kerosakan seterusnya.
6
Demi kepentingan keadilan, Mahkamah dalam rayuan ini telah membuat keputusan untuk pelepasan sementara lori tersebut dengan syarat-syarat tertentu sehingga pendakwaan kes tersebut diselesaikan di Mahkamah Majistret Yong Peng. S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A Keputusan pelucuthakan atau pelepasan lori tersebut boleh dibuat setelah pendakwaan kes tersebut selesai dilakukan.
7
Berlandaskan alasan-alasan yang diberikan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan perayu dan memerintahkan supaya lori tersebut dilepaskan sementara kepada perayu dengan syarat-syarat berikut: -
i
Lori tersebut hendaklah dilepaskan kepada Perayu selepas segala urusan yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan selesai dengan syarat tidak melebihi 14 hari dan tarikh perintah ini;
II
(ii) Perayu atau sesiapa jua tidak dibenarkan menjual dan menukar milik lori;
III
(iii) Perayu atau sesiapa jua tidak dibenarkan untuk mengecat warna lori tersebut;
IV
(iv) Perayu atau sesiapa jua tidak dibenarkan untuk menggantikan peralatan lori tersebut yang rosak tanpa kebenaran pihak Responden atau Mahkamah; S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A
v
Perayu atau sesiapa jua tidak dibenarkan untuk membawa keluar lori tersebut dari negara Malaysia.
VI
(vi) Perayu hendaklah memastikan lori tersebut berada dalam keadaan yang baik sebagaimana semasa lori tersebut disita;
VII
(vii) Perayu tidak melakukan kesalahan yang sama seperti yang dituduh dalam kes tersebut selepas lori tersebut dipulangkan sementara;
VIII
(viii) Perayu atau sesiapa jua hendaklah membawa lori tersebut ke pejabat Responden atau Mahkamah apabila diminta;
IX
(ix) Sekiranya Perayu gagal mematuhi atau melanggar mana-mana syarat yang dinyatakan di atas, pihak Responden berhak menyita semula lori tersebut sehingga keputusan sebaliknya oleh pihak Responden atau mahkamah.
x
Perintah Mahkamah ini hendaklah dilampirkan bersama borang pelepasan bagi kenderaan JXH 7099 yang akan ditandatangani oleh Perayu, dan segala syarat yang S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A dinyatakan dalam perintah ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada syarat yang terkandung dalam borang pelepasan tersebut.
8
Mahkamah ini juga telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi, Pedoman Abadi Sdn Bhd lwn. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan [2025] CLJU 1338 yang melibatkan rayuan yang sama seperti kes ini. Timbalan Pendakwa Raya yang telah hadir semasa perbicaraan rayuan ini tidak mempunyai apa-apa bantahan selepas merujuk kes tersebut. Bertarikh 29 Januari 2026 t.t. KALYANA KUMAR A/L SOCKALINGAM PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MUAR JOHOR DARUL TAKZIM Timbalan Pendakwa Raya : Siti Asmah binti Zainal Ariffin Timbalan Pendakwa Raya Johor S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A Peguambela bagi perayu : Shah Wira bin Abdul Halim Tetuan Azlan Bohari & Co. S/N s73uUTqQnkhrKmKUg8g8A
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.