Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET YONG PENG DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NOMBOR JK-89-3-04/2025 ANTARA JIAN HOONG QUAN ENTERPRISE SDN BHD ... PEMOHON
JK-89-3-04/2025
Magistrates Court of Malaysia2 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t because a prosecution only commences when a charge is read to an accused and he enters his plea in relation thereto. Similarly, the power to transfer cases to the High Court under s. 177A(2) of the Criminal Procedure Code is not subject to the prohibition under s. 177A(1) of the said Code for the same reason. As such”
“LJ 319 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[45] As outlined above, the Court of Appeal in Marwan Ismail (supra) held that the power to transfer cases to the High Court unders. 41A(1) of the Dangerous Drugs Act 1952 is not subject to the prohibition under s. 39B(3) of the said Act because a prosecution only com”
“7. Pihak syarikat merujuk kepada kes Perumal v Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 265; [1970] 1 MLRA 25; [1970] CLJU 101 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 **Note : Serial number will be use”
“10. Maka, berdasarkan nas-nas di atas, pihak syarikat memohon Mahkamah untuk tidak mengikuti kes Mahkamah Tinggi Reza Kianmehr v PP [2012] MLJU 1514; [2012] MLRHU 1746; [2013] 7 CLJ 265; [2013] 3 AMR 163.”
“10. Maka, berdasarkan nas-nas di atas, pihak syarikat memohon Mahkamah untuk tidak mengikuti kes Mahkamah Tinggi Reza Kianmehr v PP [2012] MLJU 1514; [2012] MLRHU 1746; [2013] 7 CLJ 265; [2013] 3 AMR 163.”
“yang tidak melibatkan peruntukan yang serupa. Perkara ini dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Hazrin Izzuddin Jamaluddin & Yang Lain v PP [2019] 5 MLJ 545; [2018] MLRAU 417;[2019] 5 CLJ 179; [2019] 1 AMR 854 dimana Mahkamahmemutuskanbahawa:- “[39] Dalam kes ini, perayu telah d”
“h Persekutuan juga telah mengendors keputusan Mahkamah Rayuan ini dalam kes Raqeem Rizqin Enterprise & Yang Lain v Ketua Polis Negara & Satu Lagi [2019] 5 MLJ 693; [2019] 5 MLRA 475; [2019] 8 CLJ 41; [2019] AMEJ 0693 seperti berikut:- “[54] Kami bersetuju dengan kesimpulan Mahkamah Rayuan bahawa bagi tujuan s. 52A Akta”
“57(3) Akta Tersebut yang dirujuk adalah bukan peruntukan kesalahan (not a criminalization provision) dan merupakan peruntukan hukuman. Peguam Syarikat merujuk kepada kes PP v Samsul Zariman Zulkapli [2019] MLJU 1602; [2019] MLRHU 1108; [2019] 10 CLJ 651; [2019] 8 AMR 278 dan berhujah bahawa dalam kes tersebut, Mahkamah”
“ut yang dirujuk adalah bukan peruntukan kesalahan (not a criminalization provision) dan merupakan peruntukan hukuman. Peguam Syarikat merujuk kepada kes PP v Samsul Zariman Zulkapli [2019] MLJU 1602; [2019] MLRHU 1108; [2019] 10 CLJ 651; [2019] 8 AMR 278 dan berhujah bahawa dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi memutuska”
“27. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Azura Masri v Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd [2023] MLJU 2554; [2023] MLRHU 1871; [2023] 1 CLJU 2317; [2023] AMEJ 2327 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[40] In Petronas Carigali Sdn Bhd v. Acetimur Drilling Sdn Bhd [2020] 1 LNS 866, the High Court said: "[79] It”
“27. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Azura Masri v Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd [2023] MLJU 2554; [2023] MLRHU 1871; [2023] 1 CLJU 2317; [2023] AMEJ 2327 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[40] In Petronas Carigali Sdn Bhd v. Acetimur Drilling Sdn Bhd [2020] 1 LNS 866, the High Court said: "”
“27. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Azura Masri v Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd [2023] MLJU 2554; [2023] MLRHU 1871; [2023] 1 CLJU 2317; [2023] AMEJ 2327 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[40] In Petronas Carigali Sdn Bhd v. Acetimur Drilling Sdn Bhd [2020] 1 LNS 866, the High Court said: "[79] It”
“Mahkamah Tinggi. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa isu yang sama menjadi pertikaian di hadapan Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya v Ever Youth & 5 Others [2024] MLJU 3072; [2024] CLJU 2633; [2024] AMEJ 2612 seperti berikut:- “(c) Peruntukan s. 57(3) Akta itu merupakan "penalty provision" dan bukannya "criminal”
“ah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa isu yang sama menjadi pertikaian di hadapan Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya v Ever Youth & 5 Others [2024] MLJU 3072; [2024] CLJU 2633; [2024] AMEJ 2612 seperti berikut:- “(c) Peruntukan s. 57(3) Akta itu merupakan "penalty provision" dan”
“ayuan tersebut telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa isu yang sama menjadi pertikaian di hadapan Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya v Ever Youth & 5 Others [2024] MLJU 3072; [2024] CLJU 2633; [2024] AMEJ 2612 seperti berikut:- “(c) Peruntukan s. 57(3) Akta itu merupakan "pena”
“at bahawa pendirian peguam Syarikat adalah pendirian sama yang diambil Mahkamah Majistret dalam kes Public Prosecutor (Pengarah Jabatan Pengangkutan Negeri Selangor) v Virvin Trading and Another Case [2024] MLJU 581; [2024] SMCU 62 di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- “[23] This is because it is appa”
“an peguam Syarikat adalah pendirian sama yang diambil Mahkamah Majistret dalam kes Public Prosecutor (Pengarah Jabatan Pengangkutan Negeri Selangor) v Virvin Trading and Another Case [2024] MLJU 581; [2024] SMCU 62 di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- “[23] This is because it is apparent while sectio”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET YONG PENG DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NOMBOR JK-89-3-04/2025 ANTARA JIAN HOONG QUAN ENTERPRISE SDN BHD ... PEMOHON
2
PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN-RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH MAJISTRET YONG PENG DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NOMBOR JK-89-4-04/2025
2
PENDAKWA RAYA ... PEMOHON-PEMOHON DAN JIAN HOONG QUAN ENTERPRISE SDN BHD ... RESPONDEN --------------------------------------------------------------------------------------------------------- ALASAN PENGHAKIMAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
1
Pemohon dalam kes JK-89-3-04/2025 memohon antara lain bagi pelepasan kenderaan motorlori JXH7099 (selepas ini dirujuk sebagai “Kenderaan Tersebut”). Responden-responden dalam kes JK-89-3- 04/2025 pula turut ada memfailkan permohonan JK-89-4-04/2025 antara lain bagi memohon perintah perlucutan hak kenderaan tersebut. Memandangkan isu-isu dalam kedua-dua permohonan akan bertindih, Mahkamah memutuskan untuk mendengar bersama kedua-dua permohonan tersebut sebagaimana dipersetujui pihak-pihak.
2
Bagi memudahkan rujukan, Pemohon dalam kes JK-89-3-04/2025 akan dirujuk sebagai “Syarikat Tersebut” dan Responden-responden dalam kes JK-89-3-04/2025 akan dirujuk sebagai “JPJ”.
3
Kes pendakwaan adalah pada 18.3.2025, pihak penguatkuasa JPJ telah menjalankan operasi dan menahan kenderaan tersebut di Kilometer 128.6 Lebuhraya Utara Selatan dalam Daerah Batu Pahat, Johor. Kenderaan tersebut dipandu oleh Veeran A/L Supermaniam. Kenderaan tersebut yang dimiliki Syarikat Tersebut telah diuji timbang dan didapati kenderaan tersebut membawa lebihan muatan sebanyak 33,800 Kilogram bersamaan dengan 109.3% dari had yang dibenarkan iaitu 31,000 Kilogram. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
4
Maka, kenderaan tersebut telah disita di bawah seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta Tersebut”).
5
Pihak JPJ telah memohon mengeluarkan saman terhadap Syarikat Tersebut bagi kesalahan di bawah seksyen 57(1) (b) (vi) Akta Tersebut dibaca bersama seksyen 57(3) Akta Tersebut. Saman Tersebut telah didaftarkan sebagai kes JK-87-49-04/2025. Saman tersebut telah disampaikan kepada kerani syarikat pada 10.4.2025 secara kediri. Sebutan pertama kes ditetapkan pada 15.4.2025. Isu Pertama: Tiada pendakwaan mengikut seksyen 80(5) Akta Tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan
6
Pihak syarikat berhujah bahawa kenderaan tersebut telah disita oleh Responden pada 18.3.2025 dan saman JPJ hanya difailkan pada 9.4.2025. Pihak syarikat berhujah bahawa pertuduhan hanya dibacakan terhadap syarikat pada 13.5.2025 iaitu satu tempoh melebihi 1 bulan sebagaimana dibenarkan di bawah seksyen 80(5) Akta Tersebut. Seksyen 80(5) Akta Tersebut memperuntukkan bahawa:- “(5) If there is no prosecution with regard to any relevant vehicle seized under subsection (1), such vehicle shall be released at the expiration of one calendar month from the date of seizure unless it has sooner been released.”
7
Pihak syarikat merujuk kepada kes Perumal v Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 265; [1970] 1 MLRA 25; [1970] CLJU 101 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ “But we agree that the to sub-section (1), and the new sub-section (2) of section 26 of the Act limit the meaning of the phrase "institution of prosecution" and that for the purposes of this section a prosecution is instituted is when the accused is called upon to plead to the charge. In other words, irrespective of what happened prior to that stage, there must be a consent of the Public Prosecutor when the accused is called up to plead.”
8
Pihak Syarikat berhujah menurut nas di atas, intipati seksyen 80(5) Akta Tersebut dan bagi maksud seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah, perkataan “prosecution” dalam seksyen 80(5) Akta Tersebut perlu ditafsirkan bukan sahaja sebagai pendaftaran (registration) atau pemfailan, tetapi perlu juga dipastikan bahawa Orang Kena Saman hadir ke Mahkamah, pertuduhan dibacakan serta diterangkan kepada Orang Kena Saman dan Orang Kena Saman perlu membuat pengakuan. Memandangkan dalam kes ini pertuduhan hanya dibacakan kepada Orang Kena Saman pada 13.5.2025 iaitu tempoh melebihi 1 bulan sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 80(5) Akta Tersebut, maka Syarikat berhujah bahawa pihak JPJ tidak mempunyai apa-apa budi bicara terhadap kenderaan tersebut, maka kenderaan tersebut hendaklah dilepaskan dan dikembalikan kepada pihak Syarikat.
9
Dalam hujahan balas Syarikat, Syarikat merujuk kepada kes Gan Kok Shang & Anor v PP [2025] 3 MLJ 174; [2025] 1 MLRA 860; [2025] 3 CLJ 319 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[45] As outlined above, the Court of Appeal in Marwan Ismail (supra) held that the power to transfer cases to the High Court unders. 41A(1) of the Dangerous Drugs Act 1952 is not subject to the prohibition under s. 39B(3) of the said Act because a prosecution only commences when a charge is read to an accused and he enters his plea in relation thereto. Similarly, the power to transfer cases to the High Court under s. 177A(2) of the Criminal Procedure Code is not subject to the prohibition under s. 177A(1) of the said Code for the same reason. As such, the act of transferring the appellants' cases to the High Court was not in breach of s. 177A(1) of the Criminal Procedure Code.” S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
10
Maka, berdasarkan nas-nas di atas, pihak syarikat memohon Mahkamah untuk tidak mengikuti kes Mahkamah Tinggi Reza Kianmehr v PP [2012] MLJU 1514; [2012] MLRHU 1746; [2013] 7 CLJ 265; [2013] 3
11
Berkenaan isu ini, pihak JPJ telah berhujah bahawa kes sebutan pertama untuk memulakan pendakwaan telah ditetapkan pada 15.4.2025 dan sebutan kali kedua pada 22.4.2025 namun pihak peguam Syarikat telah membuat penangguhan melalui surat kepada Mahkamah.
12
Dalam hal ini, Mahkamah kurang bersetuju dengan hujahan pihak peguam Syarikat bahawa “prosecution” yang dimaksudkan dalam seksyen 80(5) Akta Tersebut hanya berlaku apabila seseorang Orang Kena Saman hadir ke Mahkamah untuk pertuduhan dibacakan dan pengakuan diambil terhadapnya. Dalam hal ini, Mahkamah telah teliti nas Perumal (supra) yang disandarkan peguam dengan teliti dan cermat dan Mahkamah mendapati prinsip kes tersebut wajar dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah.
13
Penelitian Mahkamah mendapati peruntukan yang menjadi tafsiran Mahkamah dalam kes Perumal (supra) adalah seksyen 26 Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang memperuntukkan bahawa:- “(1) A prosecution under this Act shall not be instituted except by or with the consent of the Public Prosecutor: Provided that a person charged with such an offence may be arrested, or a warrant may be issued and executed, and any such person may be remanded in custody or on bail, notwithstanding that the consent of the Public Prosecutor to the institution of a prosecution for the offence has not been obtained, but the case shall not be further prosecuted until that consent has been obtained. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
2
When a person is brought before a Court under this section before the Public Prosecutor has consented to the prosecution the charge shall be explained to him but he shall not be called upon to plead, and the provisions of the law for the time being in force relating to criminal procedure shall be modified accordingly.”
14
Mahkamah dapati pentafsiran Mahkamah berkenaan peruntukan “institution of prosecution” bermula apabila seseorang Tertuduh dibacakan pertuduhan dan diambil pengakuan adalah jelas berdasarkan tafsiran spesifik kepada seksyen tersebut. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila Mahkamah Persekutuan menjelaskan prinsip tersebut dengan menyatakan “sub-section (1), and the new sub-section
2
of section 26 of the Act limit the meaning of the phrase "institution of prosecution" and that for the purposes of this section a prosecution is instituted is when...”.
15
Malah, peruntukan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menjadi tafsiran dalam kes Gan Kok Shang (supra) turut mengandungi peruntukan yang serupa dengan seksyen 26 Akta Pencegahan Rasuah 1961 di mana seksyen tersebut memperuntukkan bahawa:- “(3) A prosecution under this section shall not be instituted except by or with the consent of the Public Prosecutor: Provided that a person may be arrested, or a warrant for his arrest may be issued and executed, and any such person may be remanded in custody notwithstanding that the consent of the Public Prosecutor to the institution of a prosecution for the offence has not been obtained, but the case shall not be further prosecuted until the consent has been obtained.
4
When a person is brought before a Court under this section before the Public Prosecutor has consented to the prosecution the charge shall be explained to him but he shall not be called upon to plead, and the provisions of the law for the time being in force relating to criminal procedure shall be modified accordingly.” S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
16
Maka, Mahkamah berpendapat bahawa prinsip yang diputuskan dalam kes-kes Perumal (supra) dan Gan Kok Shang (supra) perlu dilihat dari konteks peruntukan spesifik akta yang terlibat dalam kes-kes tersebut sebagaimana dinyatakan di atas dan tidak seharusnya dipanjangkan secara am kepada semua kes-kes lain yang tidak melibatkan peruntukan yang serupa. Perkara ini dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Hazrin Izzuddin Jamaluddin & Yang Lain v PP [2019] 5 MLJ 545; [2018] MLRAU 417;[2019] 5 CLJ 179; [2019] 1 AMR 854 dimana Mahkamahmemutuskanbahawa:- “[39] Dalam kes ini, perayu telah dituduh di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 ("APR"). Subseksyen 26(1) APR mengkehendaki setiap pendakwaan di bawah APR dibuat dengan izin bertulis daripada Pendakwa Raya. Dalam kes ini, izin bertulis telah dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Mahkamah Persekutuan dalam kes ini memutuskan bahawa pendakwaan di bawah APR "dimulakan" apabila seseorang itu dipanggil untuk membuat pengakuan atas pertuduhan yang dibuat terhadapnya. [40] Pendekatan ini diambil oleh Mahkamah Persekutuan berikutan sub-s. 26(2) APR menyatakan bahawa apabila seseorang dibawa ke mahkamah sebelum Pendakwa Raya memberikan izin untuk mendakwa, pertuduhan hendaklah dibacakan terhadap orang itu tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pengakuan. [41] Fakta dalam rayuan ini boleh dibezakan dengan fakta dalam kes Perumal (supra). Izin dalam rayuan ini telah dikeluarkan oleh responden menurut s. 93 AMLATFAPUA. Namun, tiada peruntukan seperti sub-s. 26(2) APR dinyatakan dalam mana-mana bahagian AMLATFAPUA. Oleh itu, kami berpandangan bahawa pemakaian prinsip ini adalah terhad kepada peruntukan yang serupa dalam undang-undang bertulis yang lain. [42] Pada hemat kami, pendakwaan di bawah AMLATFAPUA "dimulakan" apabila mahkamah "take cognisance" kesalahan terhadap seseorang. Dapatan kami ini selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Yap Peng (supra) bahawa suatu prosiding jenayah dimulakan apabila mahkamah "take cognisance" kesalahan yang dipertuduhkan terhadap seseorang. [43] Setelah mempertimbangkan keseluruhan proses pendakwaan dan autoriti-autoriti yang dikemukakan di atas, kami berpandangan bahawa seseorang itu "dituduh" apabila prosiding jenayah atau pendakwaan "dimulakan" terhadapnya. Oleh itu, kami bersetuju dengan dapatan Pesuruhjaya Kehakiman bahawa perayu-perayu dalam rayuan ini telah "dituduh" apabila mahkamah "take cognisance" kesalahan terhadap mereka melalui izin mendakwa yang dikemukakan oleh responden ke mahkamah.” S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
17
Mahkamah Persekutuan juga telah mengendors keputusan Mahkamah Rayuan ini dalam kes Raqeem Rizqin Enterprise & Yang Lain v Ketua Polis Negara & Satu Lagi [2019] 5 MLJ 693; [2019] 5 MLRA 475; [2019] 8 CLJ 41; [2019] AMEJ 0693 seperti berikut:- “[54] Kami bersetuju dengan kesimpulan Mahkamah Rayuan bahawa bagi tujuan s. 52A Akta 613, seseorang itu dikatakan "dipertuduhkan" apabila mahkamah telah mengambil perhatian terhadap kesalahan berkenaan.”
18
Berdasarkan perbincangan di atas, adalah jelas bahawa kes-kes yang dirujuk peguam Syarikat adalah kes-kes spesifik berkenaan tafsiran peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 mahupun Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang membenarkan orang yang ditangkap dituduh walaupun izin untuk mendakwa tidak diperolehi terlebih dahulu dan Mahkamah putuskan bahawa pendakwaan dimulakan hanya apabila izin pendakwaan diperolehi dan pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh untuk membuat pengakuan.
19
Mahkamah berpendapat bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadi tafsiran dalam kes-kes tersebut ternyata berbeza dengan kes ini yang dituduh di bawah Akta Tersebut. Menurut seksyen 241(1) Akta Tersebut, tiada pendakwaan boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya. Maka, Mahkamah tidak bersetuju bahawa prinsip yang dinyatakan dalam kes-kes tersebut terpakai dalam kes ini. Mahkamah tidak perlu pergi jauh untuk menyokong penemuan Mahkamah ini. Perkara ini ada dijelaskan sendiri Mahkamah Persekutuan dalam kes Perumal (supra) yang dirujuk peguam Syarikat sendiri seperti berikut:- S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ “We agree that in the light of the above authorities a prosecution is normally instituted when a complaint is laid or an arrest made. This was laid down as far back as in 1847 by John Brooks & William Gibson supra. This was a prosecution for night poaching by armed persons. The provisions of the statute contravened required that the "prosecution for every offence... shall be commenced within 12 calendar months after the commission of such offence". The offence was committed on 4 December 1845, and on 19 December 1845, information was laid before a Magistrate and summonses were issued. It will be noticed that the information was laid well within the time limit. The accused were arrested in September 1846 and in the following month committed for trial. Indictment was preferred on 5 April 1847, well outside the time limit. The Judge, after convicting the accused, referred the matter to fifteen Judges, who held that the prosecution had been commenced by the information and warrants to apprehend or at all events by the apprehension of the prisoners and was therefore commenced within time.”
20
Mahkamah Persekutuan dengan jelas mengendors prinsip yang diputuskan dalam kes Regina v John Brooks and William Gibson
1847
175 ER 166 di mana Mahkamah United Kingdom telah memutuskan bahawa pendakwaan telah dimulakan apabila maklumat disalurkan kepada Majistret dan setelah mengambil tahu maklumat tersebut, Majistret tersebut mengeluarkan waran tangkap, dan bukannya apabila pertuduhan (indictment) dikemukakan terhadap Tertuduh. Mahkamah berpendapat bahawa prinsip kes Reza Kianmehr (supra) adalah konsisten dengan prinsip am yang dinyatakan dalam kes Perumal (supra) apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[16] The second issue projected by learned counsel for the appellant is on the contention that the seizure of the said vehicle was exceeded the period of one month specified under s. 80(5) of Act 715. It was argued by learned counsel that the said vehicle was seized on the 17 March 2012 but the prosecution was only done on 17 June 2012. It was submitted that there was a delay in the prosecution of the appellant over more than three months. Therefore learned counsel submitted that the said vehicle should be released earlier to the appellant that is after the expiration of one month after the date of seizure. As in this case, the said vehicle was wrongly seized therefore the Magistrate does not have the power to order for the forfeiture of the said vehicle. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ [17] Learned DPP submitted that the consent in writing from the PP to prosecute the appellant under s. 241 of Act 715 (p. 16 Record of Appeal) was issued on 6 April 2012 and the summons was issued by the Magistrates' Court on 17 April 2012. Therefore there was prosecution initiated within one month against the appellant. The question arose when the prosecution commenced against the appellant in the present case. [18] Under Chapter XVI and ss. 136 and 137 of the CPC provides provisions regarding commencement of proceedings before a Magistrate Court. In respect of proceedings by summons, under s. 136(1) of the CPC the proceedings for indictment of the person summoned of starts after the Magistrate take cognizance of the offence complained of and there is sufficient ground for summons to be issued to the person and thereby summons issued for the appearance of the person named in the summons. When the summons is issued and if it is so required, the sanction, consent or requisition of the PP is issued, then the proceedings for the prosecution of the person so summoned starts to commence (see PP v. Leonard [1959] 1 LNS 75). In the present case, the consent dated 6 April 2012 shows serious intention by the prosecution to prosecute the appellant. The summons was issued by the Magistrates' Court on 17 April 2012 which is well within one month after the said vehicle had been seized. Therefore the Magistrate has the power to order for the forfeiture of the said vehicle. I hold that the issue raised by learned counsel for the appellant is without merits.”
21
Maka, berdasarkan analisis di atas, kronologi kes ini menunjukkan bahawa kesalahan didakwa berlaku pada 18.3.2025 dan izin untuk mendakwa sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 241 Akta Tersebut telah diperolehi pada 8.4.2025 (lampiran 2). Seterusnya, permintaan untuk mengeluarkan saman bersama saman difailkan pada 9.4.2025 dan Mahkamah telah mengambil tahu mengenai kesalahan bagi maksud seksyen 128 Kanun Tatacara Jenayah pada tarikh sama iaitu 9.4.2025. Mahkamah juga telah mengeluarkan saman pada tarikh sama. Saman telah disampaikan kepada Syarikat pada 10.4.2025 dan tarikh sebutan pertama di hadapan Mahkamah ditetapkan pada 15.4.2025. Berdasarkan kronologi tersebut di atas, pendakwaan telah dimulakan dalam tempoh 1 bulan berdasarkan nas-nas Perumal (supra), Hazrin Izzuddin (supra) dan Reza Kianmehr (supra) dan dengan demikian tidak melanggar peruntukan seksyen 80(5) Akta Tersebut. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
22
Mahkamah ingin menambah bahawa pendekatan ini adalah pendekatan yang rasional sekiranya diteliti proses pengeluaran saman dan penyampaian saman yang dinyatakan dalam seksyen 34 hingga 36 Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 35(1) Kanun Tatacara Jenayah memerlukan penyampaian kediri saman dan sekiranya orang yang disaman tidak dapat dijumpai walaupun usaha yang wajar (exercise of due diligence) telah diambil, maka menurut seksyen 35(4) Kanun Tatacara Jenayah, saman tersebut boleh disampaikan dengan mana-mana ahli keluarga dewasa atau kepada orang gajinya yang tinggal bersama. Seterusnya, apabila Orang Kena Saman masih tidak dapat ditemui setelah usaha yang wajar telah diambil dan saman tersebut juga tidak dapat disempurnakan penyampaian menurut seksyen 35(4) Kanun yang sama, maka Mahkamah boleh mengarahkan penyampaian melalui penampalan salinan saman tersebut di mana-mana bahagian rumah itu yang dapat dilihat atau di mana-mana tempat lain di mana Orang Kena Saman itu tinggal.
23
Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya pendirian Peguam Syarikat diterima, adalah tidak praktikal langsung untuk permohonan untuk mengeluarkan sesuatu saman, proses penyampaian saman sebagaimana dinyatakan di atas bagi saman yang tidak dapat disampaikan secara kediri, dan seterusnya untuk kehadiran Orang Kena Saman ke Mahkamah untuk pembacaan pertuduhan, yang kesemuanya perlu dilakukan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kesalahan yang didakwa. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
24
Mahkamah juga ingin menambah bahawa sebagaimana dihujahkan JPJ, tarikh sebutan pertama bagi kes ini telah ditetapkan pada 15.4.2025, iaitu dalam tempoh sebulan dari tarikh kesalahan yang didakwa pada 18.3.2025. Namun, peguam OKS mengutuskan surat bertarikh 11.4.2025 kepada Mahkamah memohon supaya kes ditangguhkan ke tarikh 22.4.2025 antara lain kerana peguam OKS mempunyai perbicaraan lain dari 14 hingga 16.4.2025 di Mahkamah Sesyen Putrajaya (lampiran 5 kes saman JK-87-49-04/2025).
25
Malah, peguam Syarikat juga ada mengusulkan surat susulan bertarikh 19.4.2025 (lampiran 6 kes saman JK-87-49-04/2025) untuk memaklumkan bahawa peguam Syarikat tidak dapat hadir pada sebutan 22.4.2025 kerana berada di luar negara dan akan menghantar peguam yang menyebut bagi pihak, dan memohon antara lain permohonan Syarikat di sini didengar terlebih dahulu sebelum kes saman Syarikat JK-87-49-04/2025. Kandungan yang relevan adalah seperti berikut:- “3. Untuk makluman Tuan, kami akan menghantar peguam dari firma lain iaitu Puan Siti Nabila binti Hamzah bagi menyebut bagi Pengurusan Kes bagi kedua-dua kes memandangkan pihak kami telah memfailkan satu Permohonan Jenayah No. JK-89- 3-04/2025 yang mana tarikh sama telah ditetapkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini dan pihak kami dengan rendah diri serta percaya permohonan ini sewajarnya didengar dan diputuskan dahulu sebelum kes JK-87-49-04/2025”
26
Berdasarkan surat-surat tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa pertuduhan tidak dapat dibacakan kepada Orang Kena Saman pada kedua-dua tarikh 15.4.2025 dan 22.4.2025 di atas ketidakupayaan peguam untuk hadir sebutan dan/atau permohonan peguam untuk permohonan di sini diputuskan terlebih dahulu sebelum saman didengar S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ dan diputuskan. Maka, keadaan pertuduhan tidak dapat dibacakan kepada Orang Kena Saman pada kedua-dua tarikh 15.4.2025 dan 22.4.2025 adalah bukan disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh JPJ. Maka, Mahkamah berpendapat bahawa ketidakupayaan peguam sendiri untuk hadir pada 15.4.2025 dan permohonan peguam untuk mendahulukan permohonan ini bagi tujuan prosiding 22.4.2025, tidak boleh digunakan bagi manfaat Syarikat Repsonden untuk menggagalkan kuasa JPJ yang diperuntukkan dalam Akta Tersebut.
27
Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Azura Masri v Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd [2023] MLJU 2554; [2023] MLRHU 1871; [2023] 1 CLJU 2317; [2023] AMEJ 2327 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[40] In Petronas Carigali Sdn Bhd v. Acetimur Drilling Sdn Bhd [2020] 1 LNS 866, the High Court said: "[79] It is trite that no man can take advantage of his own wrong and should not benefit from his own mistake. This principle was laid out in Hock Hua Bank (Sabah) Bhd v. Lam Tat Ming & Ors [1995] 1 LNS 81; [1995] 4 MLJ 328 at 344 which said: "In any event it is the law that no man can take advantage of his own wrong... but we may state the principle upon which the Court invariably acted, namely, that the author of wrong, who has put a person in a position in which he has no right to put him, shall not be able to take advantage of his own illegal act, or, in other words, shall not avail himself of his own wrong."
28
Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah menolak hujahan Syarikat di atas isu pertama. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ Isu Kedua: Peruntukan Undang-undang yang Defektif
29
Peguam Syarikat berhujah bahawa merujuk kepada seksyen 80(1) Akta Tersebut, seksyen 57(3) Akta Tersebut yang dirujuk adalah bukan peruntukan kesalahan (not a criminalization provision) dan merupakan peruntukan hukuman. Peguam Syarikat merujuk kepada kes PP v Samsul Zariman Zulkapli [2019] MLJU 1602; [2019] MLRHU 1108; [2019] 10 CLJ 651; [2019] 8 AMR 278 dan berhujah bahawa dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seksyen 39C bukan satu peruntukan kesalahan jenayah dan merupakan peruntukan hukuman dan tiada individu boleh dituduh dan didapati bersalah atas peruntukan tersebut.
30
Seksyen 80(1) Akta Tersebut memperuntukkan bahawa:- “(1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat.
31
Peguam syarikat berhujah bahawa peruntukan hukuman di bawah seksyen 57(3) Akta Tersebut tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menyita kenderaan tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 80(1) Akta Tersebut kerana tidak ada dinyatakan sebarang bentuk kesalahan dalam seksyen 57(3) Akta Tersebut. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
32
Mahkamah berpendapat bahawa pendirian peguam Syarikat adalah pendirian sama yang diambil Mahkamah Majistret dalam kes Public Prosecutor (Pengarah Jabatan Pengangkutan Negeri Selangor) v Virvin Trading and Another Case [2024] MLJU 581; [2024] SMCU 62 di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan bahawa:- “[23] This is because it is apparent while section 80(1) allows for the seizure of a vehicle if there is reasonable cause to suspect the licensed operators commit an offence under section 57(3), and likewise, while sections 80(3) and (4) provide that the Court shall grant an order for forfeiture if the Court is satisfied that an offence under section 57(3) has been committed, be that as it may, it is evident that section 57(3) does not constitute an offence but rather a penalty provision. [24] The emphasis is that, section 57(3) of the Act 715 pertains not to an offence but rather to the imposition of penalty as the said section discloses no offence but a punishment for violating the offences in sections 57(1) of the same Act… [27] The case of PP v. Samsul Zariman Zulkapli [2019] 10 CLJ 651 is instructive wherein the High Court in allowing the appeal held that – "[16] Section 39C (just as in the case of s. 39A ) is not a criminalisation provision. It is a punishment provision. No person can be charged and found guilty under that section. Section 39C is an extension of s. 10(2)(b), s. 15(1)(a) and s. 31A. A person must be charged and found guilty under s. 10(2)(b), s. 15(1)(a) or s. 31A, and one of the criteria sets out ins. 39C(1)(a)-
e
shall have been fulfilled before s. 39C can be triggered. [28] Applying the case of PP v. Samsul Zariman Zulkapli (ibid) and the rule of construction of penal law to the present Cases 61 and 63, it is plain and clear that the offences committed by the respondents under sections 57(1)(a) and (b)(vi) of the Act 715 for which the respondents were charged and pleaded guilty, are clearly not stipulated in sections 80(1), (3) and (4) of the Act 715. [29] The relevant provision of law which empowers the invocation of sections 80(1),
3
and (4) of the Act 715 in the present cases is none other than section 57(3), a penalty provision in which the respondents cannot be held liable for the commission of the same as section 57(3) is definitely not an offence but a penalty provision for the offences under section 57(1) of the Act 715. [30] Therefore, in the absence of sections 57(1)(a) and (b)(vi) of Act 715 being explicitly specified as the criminalization provision in section 80(1), (3) and (4) of the same Act, the applicant cannot invoke and / or rely on section 80(3) of Act 715 to apply to this Court for orders of forfeiture of the vehicles as the there can be no offence committed under section 57(3) of the Act 715 by the respondents and hence, the four-pronged test under sections 80(3) and (4) has not been satisfied and / or proven by the applicant.” S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
33
Semakan Mahkamah mendapati pihak pendakwaan ada membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi ke atas keputusan Virvin (supra) melalui rayuan jenayah nombor BA-41(Ors)-6-02/2024. Namun, pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan tersebut pada 14.11.2024 dan dengan demikian, rayuan tersebut telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa isu yang sama menjadi pertikaian di hadapan Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya v Ever Youth & 5 Others [2024] MLJU 3072; [2024] CLJU 2633; [2024] AMEJ 2612 seperti berikut:- “(c) Peruntukan s. 57(3) Akta itu merupakan "penalty provision" dan bukannya "criminalization provision"?”
34
Namun, memandangkan isu-isu lain adalah memadai untuk melupuskan rayuan tersebut, isu tersebut tidak dijawab secara spesifik oleh Mahkamah Tinggi.
35
Dalam hal ini, Mahkamah tiada pertikaian mengenai keputusan Samsul Zariman Zulkapli (supra) yang dirujuk peguam Syarikat. Namun, Mahkamah perlu mengkaji kebenaran dakwaan peguam Syarikat bahawa seksyen 57(3) Akta Tersebut adalah seksyen yang memperuntukkan hukuman wal hal kesalahan adalah diperuntukkan di bawah seksyen 57(1) Akta Tersebut. Bagi memudahkan rujukan, Mahkamah menterbitkan semula seksyen 57 Akta Tersebut seperti berikut:- “(1) Subject to this Act, the Director General of Land Public Transport may attach to an operator's licence issued under this Chapter such conditions as it may think fit, and in particular-S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
a
that the licensed operator shall, in connection with his operator's licence, only use the goods vehicles of the class of goods vehicles specified in the operator's licence to operate or provide the goods vehicle service specified in the operator's licence; and
b
that the licensed operator shall have such duties, rights, obligations or restrictions as may be imposed by the Director General of Land Public Transport, including-
i
that the goods vehicle shall or shall not be used in specified areas or between specified places or during specified times;
II
(ii) that the goods vehicle shall or shall not be operated in areas other than the areas for which the operator's licence was issued;
III
(iii) that certain classes or description of goods only shall or shall not be carried;
IV
(iv) that goods shall or shall not be carried for specified persons;
v
that the labour charges for the loading and unloading of the goods vehicle and the charges for the demurrage of the goods vehicle shall be as determined by the Director
VI
(vi) that the laden weight of any goods vehicle shall not exceed a specified maximum;
VII
(vii) that dangerous goods or goods which give off an offensive smell shall be carried in a specified manner and that specified precautions shall be taken in relation to the carriage of such goods;
VIII
(viii) the conduct of drivers and attendants of the goods vehicle;
IX
(ix) whether there is, and if so, the maximum number of passengers that may be carried on each goods vehicle;
x
the measures to safeguard the safety of passengers on the goods vehicles and other road users including, the manner and timing of loading and unloading of goods on roads;
XI
(xi) the type of documents to be carried and information to be displayed on each goods vehicle, such as copies of the operator's licence, timetable and fare table, and which shall be liable for inspection;
XII
(xii) that the licensed operator shall keep and produce on demand for inspection and verification specified accounts, documents and records, other than the documents mentioned in subparagraph (1)(b)(xi); and
XIII
(xiii) the requirement that each goods vehicle is kept in a designated place while not in use.
2
The Director General of Land Public Transport may, at any time in its discretion, add, cancel or vary any of the conditions attached to an operator's licence under this section.
3
A licensed operator who fails to comply with any of the conditions attached to the operator's licence under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
36
Penelitian seksyen 57(1) Akta Tersebut sebagaimana dinyatakan di atas menunjukkan bahawa peruntukan tersebut memberi kuasa budi bicara kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi menetapkan syarat-syarat bersesuaian yang difikirkan patut. Pemerhatian Mahkamah adalah syarat-syarat yang disenaraikan bukannya syarat-syarat tetap atau wajib yang perlu ditetapkan pada lesen pengendali kerana seksyen 57(1) tersebut menggunakan perkataan boleh (“may”). Undang-undang adalah mantap bahawa apabila sesuatu peruntukan menggunakan perkatan boleh (may), maka peruntukan tersebut adalah direktori dan bukan mandatori. Sebagai sokongan, Mahkamah merujuk kepada kes Perbadanan Nasional Insurans Sdn Bhd v Pua Lai Ong [1996] 3 MLJ 85; [1996] 1 MLRA 308; [1996] 3 CLJ 321; [1996] 3 AMR 2869 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “The word 'must' as opposed to 'may' is used in the rule, and we interpret that to mean as implying a peremptory mandate as opposed to a mere direction or discretion as the word "may" implies. We equate the meaning of the word "must" as that given to the word "shall" and for that reason the choice of the word "must" in the rule does not create the existence of any discretion or empowers the Court to exercise such a discretion.”
37
Malah, penelitian seksyen 57(1)(b) Akta Tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa senarai syarat-syarat yang dinyatakan dalam perenggan tersebut adalah bukan terhad (exhaustive) memandangkan subseksyen tersebut menggunakan perkataan “including”. Malah, seksyen 57(2) Akta Tersebut dengan jelas memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan kepada lesen pengendali. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
38
Maka, pembacaan keseluruhan seksyen 57(1) dan (2) Akta Tersebut menunjukkan peruntukan-peruntukan tersebut hanya berkisar berkenaan kuasa Ketua Pengarah menetapkan apa-apa syarat yang bersesuaian, yang termasuk dan bukan terhad kepada apa-apa syarat yang disenaraikan dalam seksyen 57(1). Persoalan yang timbul, bilakah “berlaku apa-apa kesalahan” (committed any offence) sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 80(1) Akta Tersebut?
39
Mahkamah berpendapat bahawa kesalahan berlaku apabila mana-mana pengendali lesen tidak mengikuti apa-apa syarat yang ditetapkan Ketua Pengarah berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 57(1) dan (2), yang termasuk dan tidak terhad kepada senarai syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 57(1) Akta Tersebut.
40
Maka, seksyen kesalahan adalah seksyen 57(3) Akta Tersebut yang dengan jelas memperuntukkan bahawa “mana-mana pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali di bawah seksyen ini melakukan satu kesalahan. (A licensed operator who fails to comply with any of the conditions attached to the operator's licence under this section commits an offence).
41
Berdasarkan analisis di atas, Mahkamah dengan hormatnya tidak bersetuju dengan hujahan peguam Syarikat dan keputusan kes Virvin Trading (supra) bahawa seksyen kesalahan adalah seksyen 57(1) Akta Tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa seksyen 57(1) mahupun (2) Akta Tersebut hanya menetapkan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menetapkan syarat-syarat bersesuaian, dan apabila ditetapkan sedemikian dan apabila syarat-syarat tersebut dilanggar sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 57(3) Akta Tersebut, barulah kesalahan berlaku bagi maksud seksyen 80(1) Akta Tersebut. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
42
Maka, seksyen 80(1) Akta Tersebut dengan jelas memberi kuasa kepada pegawai JPJ untuk menyita kenderaan tersebut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 57(3) Akta Tersebut iaitu gagal mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan Ketua Pengarah menurut kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 57(1) dan (2) Akta Tersebut. Pendekatan Mahkamah dalam membaca keseluruhan seksyen tersebut dalam mencapai tafsiran ini adalah konsisten dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Lim Guan Eng v PP [2000] 2 MLJ 577; [1999] 1 MLRA 724; [2000] 2 CLJ 541; [2000] 2 AMR 1619 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “In our opinion s. 73A should be read as a whole. The subsections should not be read in isolation of one another. After reading the section, we are satisfied that the whole section refers to the question of admissibility of a statement made by a person in civil proceedings.”
43
Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah menolak hujahan peguam Syarikat berkenaan isu ini.
44
Peguam berhujah bahawa Notis Penyitaan bertarikh 18.3.2025 adalah defektif dan cacat kerana JPJ gagal menyatakan dengan jelas kesalahan yang telah dilakukan oleh Syarikat. Peguam berhujah bahawa JPJ gagal memotong kesalahan mana yang dilakukan dalam Notis Penyitaan tersebut yang menyebabkan kekeliruan berkenaan peruntukan yang akan disaman. S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
45
Mahkamah bersetuju bahawa terdapat ketinggalan oleh pihak JPJ dalam memotong seksyen yang tidak berkaitan dalam Notis Penyitaan tersebut. Namun, persoalan yang perlu dipertimbangkan Mahkamah adalah sama ada ketinggalan tersebut semata-mata mencukupi untuk membatalkan sitaan yang dibuat oleh pihak JPJ. Dalam hal ini, JPJ telah mendeposkan dalam afidavit fakta-fakta berikut:-
a
Pada 18.3.2025 di KM 128.6 Lebuhraya Plus Arah Selatan kenderaan tersebut telah ditahan dan diarahkan untuk membuat timbangan;
b
Hasil timbangan yang dilakukan, pemandu Veeran A/L Supermaniam didapati memandu kenderaan tersebut dengan muatan habuk batu pejal sebanyak 64,800 kg iaitu lebihan muatan sebanyak 33,800kg iaitu 109.03% dari berat muatan yang dibenarkan dalam lesen atau permit iaitu sebanyak 31,000 kg;
c
JPJ juga telah mengeksibitkan permit, notis arah timbang, tiket timbang dan notis penyitaan dalam afidavit yang difailkan; dan
d
Kenderaan tersebut disita kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 57(1)(b)(iv) dan seksyen 57(3) Akta Tersebut.
46
Mahkamah dapati tiada di mana-mana afidavit Syarikat yang menafikan kewujudan fakta-fakta ini. Maka, apabila pemandu tersebut diarahkan untuk menimbang berat menerusi notis arah timbang dan seterusnya selepas penimbangan tersebut telah diserahkan dengan tiket timbang, sememangnya Syarikat dapat mengetahui asas penyitaan kenderaan tersebut. Perkara ini disahkan sendiri dalam Afidavit Syarikat seperti berikut:- S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ “8. Saya sesungguhnya menyatakan di sini bahawa pada tarikh 18 Mac 2025, bahawa motorlori milik Syarikat telah disita oleh pihak Responden atas alasan membawa muatan yang melebihi muatan yang dinyatakan.”
47
Memandangkan pihak Syarikat mengetahui atau mempunyai asas untuk mengetahui alasan penyitaan kenderaan tersebut, maka peninggalan JPJ untuk memotong seksyen-seksyen yang tidak relevan dalam Notis Penyitaan tersebut semata-mata tidak menjadikan sitaan tersebut tidak sah.
48
Maka, atas alasan-alasan ini, Mahkamah menolak hujahan syarikat berkenaan isu ini. Isu keempat: Penduaan prosiding
49
Syarikat berhujah bahawa Permohonan perlucutanhak oleh JPJ adalah penduaan prosiding kerana dalam Saman Jabatan No.JK-87-49- 04/2025, JPJ telah memohon untuk melucuthak kenderaan tersebut dimana dinyatakan “jika dibuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah, kenderaan hendaklah dilucuthakan di bawah seksyen 80(4) Akta yang sama”. Dalam permohonan JK-89-4-04/2025, JPJ memohon untuk perintah Mahkamah bagi pelucuthakan kenderaan sita di bawah seksyen 80(3) dan (4) Akta Tersebut.
50
Mahkamah dalam isu ini bersetuju dengan hujahan Syarikat bahawa permohonan JPJ dalam kes JK-89-4-04/2025 adalah penduaan prosiding. Memandangkan permohonan yang sama untuk melucuthak kenderaan telah dibuat dalam Saman Jabatan JK-87-49-04/2025 yang S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ mana Syarikat mengaku tidak bersalah, maka permohonan tersebut akan diputuskan selepas selesai pendengaran saman tersebut. Maka, Mahkamah membatalkan permohonan JPJ dalam kes JK-89-4-04/2025 dan akan menentukan isu perlucutanhak di bawah seksyen 80(4) Akta Tersebut dalam saman Jabatan JK-87-49-04/2025, sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa Syarikat telah melanggar syarat lesen pengendali di bawah Akta Tersebut, sebagaimana dipohon dalam saman jabatan tersebut.
51
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah menolak permohonan Syarikat dalam kes JK-89-3-04/2025 untuk kenderaan tersebut dilepaskan kepada Syarikat. Mahkamah juga membatalkan permohonan JPJ dalam kes JK-89-4-04/2025 dan akan menentukan isu perlucutanhak di bawah seksyen 80(4) Akta Tersebut dalam saman Jabatan JK-87-49-04/2025, sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa Syarikat telah melanggar syarat lesen pengendali di bawah Akta Tersebut. Bertarikh: 2 September 2025 Disediakan oleh, …………………………………. ARUN A/L NOVAL DASS Majistret Mahkamah Majistret Yong Peng Johor S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ Pihak-pihak: Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Batu Pahat KM 11, Jalan Kluang, Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor (Ruj: JK-87-49-04/2025) ...Encik Md Khir Bin Mohd Yunos Tetuan Azlan Bohari & Co Peguambela dan Peguamcara Peguam bagi pihak Syarikat No.2 Jalan Pulai Indah 5/13, Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, 81300 Johor Bahru, Johor (Ruj: AB/JPJ/MM/CR/SW/JHQ) ...Encik Syah Wira Abdul Halim S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ Kes-kes yang dirujuk:-
1
Perumal v Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 265; [1970] 1 MLRA 25; [1970] CLJU 101
2
Gan Kok Shang & Anor v PP [2025] 3 MLJ 174; [2025] 1 MLRA 860; [2025] 3 CLJ 319
3
Reza Kianmehr v PP [2012] MLJU 1514; [2012] MLRHU 1746; [2013] 7 CLJ 265; [2013] 3 AMR 163
4
Hazrin Izzuddin Jamaluddin & Yang Lain v PP [2019] 5 MLJ 545; [2018] MLRAU 417; [2019] 5 CLJ 179; [2019] 1 AMR 854
5
Raqeem Rizqin Enterprise & Yang Lain v Ketua Polis Negara & Satu Lagi [2019] 5 MLJ 693; [2019] 5 MLRA 475; [2019] 8 CLJ 41; [2019] AMEJ 0693
6
Regina v John Brooks and William Gibson (1847) 175 ER 166
7
Azura Masri v Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd [2023] MLJU 2554; [2023]
8
MLRHU 1871; [2023] 1 CLJU 2317; [2023] AMEJ 2327 PP v Samsul Zariman Zulkapli [2019] MLJU 1602; [2019] MLRHU 1108; [2019] 10
9
CLJ 651; [2019] 8 AMR 278 Public Prosecutor (Pengarah Jabatan Pengangkutan Negeri Selangor) v Virvin
10
Trading and Another Case [2024] MLJU 581; [2024] SMCU 62 Pendakwa Raya v Ever Youth & 5 Others [2024] MLJU 3072; [2024] CLJU 2633; [2024] AMEJ 2612
11
Perbadanan Nasional Insurans Sdn Bhd v Pua Lai Ong [1996] 3 MLJ 85; [1996] 1 MLRA 308; [1996] 3 CLJ 321; [1996] 3 AMR 2869
12
Lim Guan Eng v PP [2000] 2 MLJ 577; [1999] 1 MLRA 724; [2000] 2 CLJ 541; [2000] 2 AMR 1619 S/N 1eIpVbdwUOJji8Ur8x4rQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.