Permohonan Kandungan 9 Plaintif melalui permohonan di Kandungan 12 memohon supaya satu Penghakiman Terus direkodkan terhadap Defendan atas jumlah RM 70,000.00, berserta faedah dan 40 kos. Alasan permohonan Plaintif ialah seperti berikut: a. Plaintif adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan mengedar dan menjual kenderaan baru dan terpakai termasuk kenderaan berjenama, menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan agensi insurans kenderaan. 45 b. Manakala Defendan adalah seorang perunding jualan dan ejen Plaintif. Dimana skop kerja Defendan adalah berunding harga dan menyelesaikan kontrak jualan dan pembelian, membimbing pelanggan melalui proses pembayaran,memastikan kejelasan dan memberikan bantuan seperti yang diperlukan untuk memastikan pengalaman pembelian kereta berjalan lancar dan 50 memuaskan. c. Defendan telah mengendalikan 5 transaksi pembelian kereta bagi 5 orang pembeli iaitu i. Ahmad Kamil Bin Hashim S/N cDC1v5AjaEq/wtz2U/qHnw ii. Zulkifli Bin Abu Bakar 55 iii. Mat Rejab Bin Hasim iv. Kalaiselvan A/L Givindarajoo v. Azianstocan Sdn.Bhd. d. Dimana invois-invois dan “sales order” dari Plaintiff bagi kesemua 5 pembeli 60 tersebut dilampirkan. Dan jumlah bayaran sebanyak RM 244,335.82 secara tunai sebagai cangkeram bagi pembelian untuk sebuah setiap 5 buah kereta. Defendan sebagai ejen plaintif mempunyai kewajipan untuk menyerahkan wang cangkeram yang dikutip dari pelanggan-pelanggan kepada Plaintif tetapi Plaintif menyimpan wang cangkeran yang dikutip secara tunai oleh 5 pembeli 65 tersebut tanpa pengetahuan plaintif. e. 4 daripada cangkeran untuk pembelian kereta telah selesai dan hanya baki RM 70,000 iaitu baki bagi pembeli bernama Kalaiselvan a/l Gonvidanrajoo sahaja masih belum selesai. f. Pada 11.1.22 seorang pelanggan bernama EN WAN MUHAMAD ASHRAFF 70 BIN AHMAD WIZAN iaitu adik kepada pelanggan yang ingin membeli kereta iaitu EN MUHAMAD AIMAN BIN AHMAD WIZAN telah membayar RM 1,000 sebagai yuran tempahan untuk satu kereta Mitsubishi secara pindahan ke dalam akaun Plaintif di Alliance bank malaysai berhad dan pembelian kereta oleh pelanggan dikendalikan oleh Defendan sendiri. 75 g. Kemudian tanpa pengetahuan Plaintif dan CEO syarikat, pelanggan itu telah membayar RM 69,000 secara cek Malayan Banking Berhad Cek No. 223912 bertarih 22.03.2022 atas nama Plaintif sebagai baki cangkeram pembelian S/N cDC1v5AjaEq/wtz2U/qHnw kereta tersebut dan diserahkan secara serahan tangan kepada Defendan pada hari tersebut juga. 80 h. Defendan telah mendepositkan cek tersebut ked ala akaun plaintif dan melalui wasap telah membuat representasi palsu kepada pengurus iaitu EN LIM BENG CHONG bahawa jumlah RM 70,000 termasuk jumlah Yuran tempahan yang telah dibuat pada awalnya adalah baki wang cangkeram pembelian kereta oleh Klaiselvan a/l Govindarajoo sedangkan ia tidak benar di mana bukti wasap telah 85 dilampirkan. i. Disebabkan hal palsu di atas, Plaintif telah meneruskan transaksi pembelian kereta Kalaiselvan dengan meghantarserah keretanya. Bukti serahan dan lesen kenderaan disertakan. j. Isu timbul bilamana pada 25.4.22 pelanggan tersebut hadir di pejabat plaintif 90 dan bertanyakan kepada EN LIM BENG CHONG tentang status pembelian kereta yang ditempah beliau dengan bayaran penuh cangkeram RM 70,000 melalui ejen plaintif iaitu Defendan. k. Plaintif langsung tidak tahu mengenai bayaran yang dibuat oleh pelanggan ini sehinggalah pelanggan hadir pada hari berkenaan. 95 l. Defendan telah mengingkar kewajipan fidusiari dan melakukan tor of konversi dengan menyalahgunakan jumlah tersebut yang dibayar pelanggan tersebut dan enggan memulangkan wang tersebut kepada plaintif walaupun EN LIM telah banyak kali meminta defendan untuk memulangkan wang tersebut. Plaintif telah mengalami ganti rugi kerana terpaksa membayar semula wang RM 70,000 100 kepada pelanggan tersebut. m. Setelah beberapa kali notis tuntutan diserahkan kepada Defendan, tetapi Defendan masih enggan membuat pembayaran kepada Plaintif. S/N cDC1v5AjaEq/wtz2U/qHnw n. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah jelas dan terang dan Defendan tiada pembelaan terhadap tuntutan Plaintif.