Content
November 9, 2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MUAR DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JB-12AC-1-06/2023 ANTARA JM LETRIK SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 178143-K) …PERAYU
JB-12AC-1-06/2023
High Court of Malaysia9 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rikan oleh Defendan untuk membayar Plaintif sekiranya pihak MIYA tersebut tidak membayar. [39] Kemudian Plaintif merujuk kepada kes Mega Mayang M & E Sdn Bhd v Utama Lodge Sdn Bhd and another appeal [2018] MLJU 1323 untuk hujahan bahawa Plaintif juga dalam alternatifnya berhak untuk membuat tuntutan menurut “quantum me”
“36, Tan Wei Hong (a minor suing through guardian ad litem and next friend Chuang Yin e & ors v Malaysian Airlines Bhd and other appeals [2019] 1 MLJ 59 and Protasco Bhd v PT Anglo Slavic Utama & ors [2020] MLJU 1413. [16] Plaintif bukanlah pihak kepada Kontrak Utama di antara Defendan Pertama dan Defendan Keempat. **No”
“epada Kontrak Utama di antara Defendan Pertama dan Defendan Keempat, namun Plaintif masih boleh menuntut terhadap Defendan Keempat. [36] Kes pertama adalah PBLT Sdn Bhd v Prestasi Reka Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 2056. Mahkamah berpendapat bahawa fakta kes ini boleh dibezakan dari segi fakta kerana wujudnya Surat Indemni”
“kita di sini, tiada Surat Indemniti sedemikian sebagaimana dalam kes PBLT Sdn Bhd v Prestasi Reka Sdn Bhd & Ors. [38] Selanjutnya, kes kedua iaitu Pembinaan BLT Sdn Bhd v Nazarin (NBM) Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1254 juga boleh dibezakan dari segi fakta kerana wujudnya suatu Surat Akujanji serta representasi dan keyakin”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
November 9, 2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MUAR DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JB-12AC-1-06/2023 ANTARA JM LETRIK SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 178143-K) …PERAYU
1
IR TS. HAJI KAMARUZAMAN BIN KASIMIN Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor 2.
3
KERAJAAN MALAYSIA … RESPONDEN-RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO.: JB-B51C-1-08/2022 ANTARA JM LETRIK SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 178143-K) … PLAINTIF
1
CLEAN IMAGE SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 192988-H) November 9, 2023 2
2
IR TS. HAJI KAMARUZAMAN BIN KASIMIN Ketua Jurutera Elektrik Negeri Johor 3.
4
KERAJAAN MALAYSIA … DEFENDAN-DEFENDAN) KORAM: SURIA KUMAR A/L DURAIRAJ JOHNSON PAUL PESURUHJAYA KEHAKIMAN ALASAN PENGHAKIMAN PERMULAAN [1] Kes ini melibatkan tuntutan oleh pihak “Nominated Sub-Contractor” terhadap majikan dalam satu projek walaupun tiada hubungan kontrak sesama mereka. [2] Hubungan kontrak yang wujud adalah di antara pihak Majikan dan Kontraktor Utama serta antara Kontraktor Utama dan “Nominated Sub-Contractor”. LATAR BELAKANG KES [3] Perayu/Plaintif dalam kes ini merupakan Sub-kontraktor, Defendan Pertama merupakan Kontraktor Utama dan Responden- November 9, 2023 3 Responden/Defendan Kedua hingga Keempat, khususnya Defendan Keempat merupakan Kerajaan Malaysia dan/atau Superintending Officer (S.O.) bagi tujuan Perjanjian-Perjanjian yang akan dinyatakan selepas ini. [4] Defendan Pertama telah memasuki satu perjanjian ‘Cadangan Meroboh Dua Blok Bangunan Sedia Ada dan Membina Semula Bangunan Pejabat Baru 2 Tingkat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Muar Johor” bertarikh 23.03.2017 bersama Defendan Keempat. (“Perjanjian Utama”). [5] Peruntukkan dalam Perjanjian Utama membolehkan Defendan Keempat menamakan Sub-kontraktor (“nominated sub-contractor”). Defendan Keempat telah menamakan Plaintif sebagai Sub-kontraktor bagi kerja-kerja pemasangan Elektrik di tapak projek Perjanjian Utama. [6] Dalam Perjanjian Utama juga terdapat peruntukkan di mana setelah Sub-kontraktor dinamakan, Kontraktor Utama hendaklah memasuki Perjanjian Sub-kontrak dengan Sub-kontraktor yang dinamakan. [7] Oleh yang demikian, Plaintif telah menandatangani satu surat setuju terima tender bertarikh 22.6.2017 yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama bagi tujuan kerja-kerja pemasangan Elektrik dan kemudiannya memasuki kontrak formal dengan Defendan Pertama bagi tujuan ‘Pemasangan Elektrik dan ELV Bagi Cadangan Meroboh 2 Blok Bangunan Sedia Ada dan Membina Semula Bangunan Pejabat 2 Tingkat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Muar (“Perjanjian Sub-Kontrak”) bertarikh 20.7.2017. November 9, 2023 4 [8] Dalam Perjanjian Utama, Defendan Pertama hendaklah menyiapkan dan menyerahkan kepada Defendan Keempat bahagian-bahagian dan keseluruhan projek mengikut masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Utama atau pun dalam tempoh apa-apa lanjutan yang dibenarkan. Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) akan dikenakan terhadap Defendan Pertama jika terdapat kelewatan oleh Defendan Pertama dalam penyerahan bahagian-bahagian dan keseluruhan projek mengikut masa yang ditetapkan. [9] Defendan Pertama telah gagal untuk menyiapkan dan menyerahkan kepada Defendan Keempat bahagian-bahagian dan keseluruhan projek mengikut waktu yang ditetapkan dan apa-apa Tarikh perlanjutan dan LAD telah dikutip melalui bayaran interim. Dalam memperakukan bayaran interim, bayaran kepada sub-kontraktor juga akan dikenakan LAD sebagaimana bayaran ke atas Defendan Pertama. [10] Plaintif telah tidak berpuas hati dengan LAD yang dikenakan terhadap bayaran-bayaran interim dan telah membuat tuntutan kepada Defendan-Defendan seperti berikut:- No. Kemajuan Nilai kerja Bayaran diterima
1
Tuntutan kemajuan No. 1 RM 20,132.00
2
Tuntutan kemajuan No. 2 RM 36,600.00
3
Tuntutan kemajuan No. 3 RM 27,000.00
4
Tuntutan kemajuan No. 4 RM 44,800.00 RM 0
5
Tuntutan kemajuan No. 5 RM 349,400.00 RM 91,600.00 RM 257,800.00
6
Tuntutan kemajuan No. 6 RM 88,400.00 RM 27,441.00 RM 60,959.00 November 9, 2023 5 DAPATAN DAN ANALISA Isu tiada hubungan kontrak (privity of contract) [11] Defendan Kedua hingga Keempat telah membuat permohonan menurut Aturan 18 Kaedah 19(1) (a) dan (d) KKM 2012 untuk membatalkan tuntutan Plaintif. [12] Hakim Mahkamah Sesyen YB telah membenarkan permohonan Defendan Kedua hingga Keempat tersebut dan tuntutan Plaintif terhadap mereka telah dibatalkan. [13] Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan merayu ke Mahkamah ini sekarang. [14] Mahkamah ini ambil maklum bahawa menurut Seksyen 29 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 and Aturan 55 Kaedah 2 KKM 2012, rayuan ini adalah satu pendengaran semula di hadapan saya. [15] Prinsip undang-undang berkaitan sesuatu permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012 adalah “trite”. Sila rujuk kepada kes-kes Bandar Builder Sdn. Bhd. & ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36, Tan Wei Hong (a minor suing through guardian ad litem and next friend Chuang Yin e & ors v Malaysian Airlines Bhd and other appeals [2019] 1 MLJ 59 and Protasco Bhd v PT Anglo Slavic Utama & ors [2020] MLJU 1413. [16] Plaintif bukanlah pihak kepada Kontrak Utama di antara Defendan Pertama dan Defendan Keempat. November 9, 2023 6 [17] Klausa 60.1 Kontrak Utama berkenaan “Nominated Sub-Contractors” memperuntukkan seperti berikut:- “60.0 NOMINATED SUB-CONTRACTORS AND/OR
60
60.1 The S.O. shall obtain tenders for Nominated sub-Contractor’s or Nominated Supplier’s work or services, or for the supply of materials or goods in respect of which Prime Cost Sums or Provisional Sums are included in the Bills of Quantities, and the Contractor shall, on the written instruction of the S.O., enter into such sub-contracts with the Nominated Sub-Contractor or Nominated Supplier as the case may be and such sub-contracts shall be in the form as referred to in clause 60.2(b)” [18] Klausa ini menunjukkan pihak yang akan memasukI kontrak bersama “Nominated Sub-Contractors” adalah Defendan Pertama. [19] Manakala klausa 61.1 Kontrak Utama memperuntukkan bahawa bayaran terus akan dibuat oleh Defendan Keempat kepada Plaintif sebagai “Nominated Sub-Contractors” dan sebarang bayaran kepada “Nominated Sub-Contractors” iaitu Plaintif akan diandaikan sebagai bayaran yang telah dibuat kepada Defendan Pertama sebagai kontraktor utama. “61.0 PAYMENT TO NOMINATED SUB-CONTRACTOR OR SUPPLIER November 9, 2023 7
61
61.1 The S.O. in issuing Interim Certificates under clause 28 or the Final Certificate under clause 32 hereof shall state separately the amount of interim or final payment due to each Nominated Sub-Contractors or Suppliers which amount subject to clause 61.2 hereof, shall be paid by the Government direct to the Nominated Sub-contractors or Suppliers. The amount paid by the Government direct to the Nominated Sub-contractors or Suppliers shall be deemed to be a payment to the Contractor by the Government under and by virtue of this Contract.” [20] Lanjutan daripada itu, klausa 62.0 Kontrak Utama memperuntukkan secara nyata bahawa tidak ada apa-apa dalam klausa 60 dan 61 Kontrak Utama tersebut yang boleh menjadikan Defendan Keempat bertanggungan kepada Plaintif. “62.0 NO LIABILITY OF GOVERNMENT TO NOMINATED AND/OR SUB-CONTRACTOR OR SUPPLIER Nothing in clauses 60 or 61 or anything else contained in this Contract shall render the Government in any way liable to any Nominated and/or Sub-Contractor or Supplier.” [21] Selanjutnya Surat Setuju Terima Tender telah ditandatangani antara Defendan Pertama dan Plaintif. Defendan Keempat bukanlah pihak kepada Surat Setuju Terima Tender ini. November 9, 2023 8 [22] Defendan Keempat juga bukanlah phak kepada sub-kontrak yang dimasuki di antara Defendan Pertama dan Plaintif. [23] Klausa 4 Sub-Kontrak pula memperuntukkan bahawa Plaintif adalah diandaikan sebagai telah meneliti Kontrak Utama serta mempunyai pengetahuan penuh mengenai terma-terma dalam Kontrak Utama tersebut. “4.0 MAIN CONTRACT The Nominated Sub-Contractor shall be deemed to have examined the Main Contract or a copy thereof and to have full knowledge of all the provisions of the Main Contract except the details of the prices included therein.” [24] Ini bermakna, Plaintif diandaikan sebagai mempunyai pengetahuan dan pemahaman akan klausa-klausa 60, 61 dan 62 dalam Kontrak Utama tersebut yang dirujuk di atas. [25] Seterusnya, klausa 34.0 Sub-Kontrak memperuntukkan bahawa sekiranya perkhidmatan Defendan Pertama di bawah Kontrak Utama ditamatkan, maka perkhidmatan Plaintif juga akan ditamatkan. “34.0 TERMINATION OF THE CONTRACTOR’S EMPLOYMENT UNDER THE MAIN CONTRACT If for any reason the Contractor’s employment under the Main Contract is terminated, then the employment of the Nominated November 9, 2023 9 Sub-Contractor under this Sub-Contract shall thereupon also be terminated.” [26] Manakala menurut klausa 39.0 Sub-Kontrak, Plaintif boleh memperolehi sebarang hak atau manfaat dalam Kontrak Utama setakat yang terpakai kepada kerja-kerja Sub-Kontrak dengan membuat permintaan hanya melalui Defendan Pertama. “39.0 NOMINATED SUB-CONTRACTOR’S CLAIM TO RIGHTS AND BENEFIT UNDER THE MAIN
a
The Contractor will, in so far as he lawfully can at the request and cost of the Nominated Sub-Contractor, obtain for him any rights or benefits of the Main Contract so far as the same are applicable to the Sub-Contract Works but no further or otherwise.” [27] Ini bermakna Defendan Keempat bukanlah majikan Plaintif dan Majikan Plaintif adalah Defendan Pertama. [28] Selanjutnya, klausa 35.0 Sub-Kontrak pula memperuntukkan bahawa bayaran menurut Kontrak Utama akan dibuat secara terus kepada Plaintif oleh Defendan Keempat. [29] Klausa 35.0 ini juga mengandungi suatu “Proviso” yang menyatakan bahawa peruntukkan dalam klausa ini atau mana-mana klausa lain dalam Sub-Kontrak tersebut tidak boleh November 9, 2023 10 menjadikan Defendan Keempat sebagai bertanggungan terhadap Plaintif. “35.0 PAYMENT TO NOMINATED SUB-CONTRACTOR Subject to clause 37 hereof, the amount certified as due to the Nominated Sub-Contractor in any Interim Certificate issued by the S.O. in accordance with the relevant provisions in the Main Contract shall within the period for honouring payment certificates stipulated in the Main Contract be paid by the Government direct to the Nominated Sub-Contactor. PROVIDED THAT nothing in this clause or anything else contained in this Sub-Contract shall render the Government in any way liable to the Nominated Sub-Contractor.” [30] Daripada bacaan dan efek kesemua klausa-klausa ini secara kolektif, Mahkamah berpuashati bahawa tidak wujud suatu hubungan kontrak (“Privity of Contract”) di antara Defendan Keempat dan Plaintif untuk menjadikan Defendan Keempat bertanggungan terhadap tuntutan Plaintif. [31] Tambahan pula, Klausa 62.0 Kontrak Utama serta klausa 35.0 dalam Sub-Kontrak dengan jelas dan nyata memperuntukkan bahawa Defendan Keempat tidak boleh dijadikan bertanggungan kepada Plaintif dan ini telah pun dipersetujui oleh Plaintif sendiri. [32] Plaintif telah pun mempersetujui klausa-klausa ini dan sekiranya Plaintif ingin Defendan Keempat bertanggungan dalam apa jua keadaan, Plaintif tidak seharusnya mempersetujui klausa-klausa ini. November 9, 2023 11 [33] Plaintif berhujah bahawa isu tiada hubungan kontrak (“Privity of Contract”) antara Plaintif dan Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat tidak diplidkan dalam Pembelaan. [34] Mahkamah telah meneliti keseluruhan fakta-fakta yang diplidkan oleh Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat dalam Pembelaan mereka dan mendapati bahawa walaupun fakta ini tidak diplidkan secara nyata, namun sekiranya perenggan-perenggan 8.1 dan 8.2 dibaca bersama fakta-fakta lain yang diplidkan dalam Pembelaan, ianya membawa maksud bahawa Defendan Keempat tidak boleh dijadikan bertanggungan kepada Plaintif disebabkan tiada hubungan kontrak di antara Plaintif dan Defendan Keempat. [35] Plaintif telah mengemukakan 3 otoriti untuk menyokong hujahan mereka bahawa walaupun Plaintif bukanlah pihak kepada Kontrak Utama di antara Defendan Pertama dan Defendan Keempat, namun Plaintif masih boleh menuntut terhadap Defendan Keempat. [36] Kes pertama adalah PBLT Sdn Bhd v Prestasi Reka Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 2056. Mahkamah berpendapat bahawa fakta kes ini boleh dibezakan dari segi fakta kerana wujudnya Surat Indemniti yang dikeluarkan oleh sub-kontraktor kepada Majikan. Hakim Lim Chong Fong (pada ketika itu) telah memutuskan bahawa wujud hubungan kontrak terhad (“limited privity of contract”) di antara majikan dan sub-kontraktor dalam kes tersebut kerana pihak sub-kontraktor telah memberikan satu Surat Indemniti kepada pihak majikan mengenai beberapa perkara atas balasan pihak majikan beri akujanji untuk buat bayaran secara terus kepada sub-kontraktor. Oleh yang demikian, Mahkamah dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa sub-kontraktor boleh menuntut terhadap November 9, 2023 12 majikan terhadap keingkaran bayaran sijil interim dan sijil muktamad walaupun sub-kontraktor bukanlah pihak kepada kontrak utama antara majikan dan kontraktor utama. [37] Dalam kes kita di sini, tiada Surat Indemniti sedemikian sebagaimana dalam kes PBLT Sdn Bhd v Prestasi Reka Sdn Bhd & Ors. [38] Selanjutnya, kes kedua iaitu Pembinaan BLT Sdn Bhd v Nazarin (NBM) Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1254 juga boleh dibezakan dari segi fakta kerana wujudnya suatu Surat Akujanji serta representasi dan keyakinan dari pihak Defendan kepada Plaintif bahawa sekiranya pihak dikenali MIYA gagal untuk membayar mereka bagi kerja-kerja “scaffolding” yang telah dibuat atau akan dibuat, Defendan akan membayar kepada Plaintif. Selanjutnya, Mahkamah juga dalam kes tersebut telah membuat satu penemuan bahawa kausa tindakan Plaintif dalam kes tersebut adalah berdasarkan kepada kemungkiran akujanji yang diberikan oleh Defendan untuk membayar Plaintif sekiranya pihak MIYA tersebut tidak membayar. [39] Kemudian Plaintif merujuk kepada kes Mega Mayang M & E Sdn Bhd v Utama Lodge Sdn Bhd and another appeal [2018] MLJU 1323 untuk hujahan bahawa Plaintif juga dalam alternatifnya berhak untuk membuat tuntutan menurut “quantum meruit” berdasarkan Seksyen 71 Akta Kontrak 1950. [40] Prinsip pemakaian Seksyen 71, Akta Kontrak 1950 ini telah diputuskan oleh Privy Council dalam kes Siow Wong Fatt v. Susur Rotan Mining Ltd & Anor [1967] 1 MLRA 53. November 9, 2023 13 [41] Kes Siow Wong Fatt ini telah diikuti oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Tanjung Teras Sdn Bhd v Kerajaan Malaysia [2015] 9 CLJ 1002 di mana Mahkamah Rayuan telah membenarkan tuntutan oleh sub-kontraktor yang bukan pihak kepada kontrak utama untuk bayaran kos pembinaan “super structure” memandangkan majikan dalam kes tersebut telah manfaat darpada pembinaan “super structure” tersebut. [42] Mahkamah juga dalam kes Tanjung Teras tersebut membenarkan tuntutan “quantum meruit” oleh sub-kontraktor kerana mendapati majikan langsung tidak membayar kontraktor utama untuk pembinaan “super structure” tersebut. [43] Walau bagaimanapun dalam kes di sini, segala bayaran bagi kerja-kerja yang disiapkan oleh Plaintif telah pun dibayar kepada Defendan Pertama melalui tolakkan (“set-off”) daripada tuntutan LAD yang terakru kepada Defendan Keempat daripada Defendan Pertama. [44] Ini bermakna, sekiranya Mahkamah bersetuju dengan tuntutan Plaintif di sini, maka Defendan Keempat perlu membuat bayaran sekali lagi bagi kerja-kerja yang disiapkan oleh Plaintif di mana bayaran ini telah pun diambil kira melalui tolakkan (“set-off”) LAD yang terakru kepada Defendan Keempat daripada bayaran kemajuan kepada Defendan Pertama. [45] Tambahan pula, sekiranya Plaintif bergantung kepada tuntutan berdasarkan kepada “quantum meruit”, Plaintif tidak boleh bergantung kepada kadar bayaran yang ditentukan menurut Kontrak kerana tuntutan berdasarkan “quantum meruit” bukan November 9, 2023 14 berdasarkan prinsip “contractual damages” tetapi berdasarkan “restitution for the work done”. Sila rujuk kepada kes Spatial Ventures Sdn Bhd v. Twintech Holdings Sdn Bhd [2013] 1 LNS 729 di mana telah diputuskan oleh Nallini Pathmanatha. J (pada ketika itu) :- “24. The position in law is that an assessment for restitution on the basis of quantum meruit is in reality a measure of the costs of the work done, a matter which does not depend upon the contract and therefore will not be trammelled or limited by the contract rate. This gives the plaintiff, not contractual damages, but restitution for the work done…
25
It follows from the foregoing that the Plaintiff cannot seek to recover damages on quantum meruit basis by reference to the scale in the contract or on the contract price. Therefore, the Plaintiff’s claim premised on the scale costs in the letters of engagement is not a tenable basis on which to assess or award damages and accordingly the said basis, in accordance with the law, is rejected.” [46] Dalam kes di sini adalah jelas bahawa Plaintif menuntut menurut kadar-kadar bayaran yang ditentukan oleh kontrak. Ini boleh dilihat daripada dokumen-dokumen sokongan untuk tuntutan kemajuan bersama-sama invois yang dikemukakan oleh Plaintif sebagai ekshibit-ekshibit “ZB-9”, “ZB-10” dan “ZB-11” dan butir-butir tuntutan dalam perenggan 9 Pernyataan Tuntutan. November 9, 2023 15 [47] Jelas bahawa ini adalah tidak memadai dari segi undang-undang untuk satu tuntutan berdasarkan kepada “quantum meruit”. Oleh yang demikian, hujahan Plaintif bahawa Plaintif boleh menuntut berdasarkan berdasarkan kepada “quantum meruit” tiada merit dan ditolak. Pengetahuan dan persetujuan Plaintif berkenaan potongan Denda Gantirugi Tertentu (LAD) daripada bayaran kemajuan. [48] Menurut Plaintif, mereka tidak menerima bayaran sebanyak RM44,800.00 bagi bayaran kemajuan No. 4, bagi bayaran kemajuan No. 5, hanya menerima sebanyak RM91,600.00 serta bagi bayaran kemajuan No. 6 hanya menerima sebanyak RM27,441.00 meninggalkan baki sebanyak RM363,559.00 yang masih belum dibayar oleh Defendan Keempat kepada mereka. [49] Menurut Klausa 40.2 Kontrak Utama, Defendan Keempat berhak memotong sebarang Denda Gantirugi Tertentu (LAD) daripada bayaran kemajuan kepada Defendan Pertama. [50] Menurut hujahan Defendan-Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat, Defendan Pertama telah tidak menyiapkan projek tersebut dan telah dikenakan Denda Gantirugi Tertentu (LAD) yang telah dipotong daripada bayaran kemajuan kepada mereka menurut klausa 40.2 Kontrak Utama. [51] Manakala, menurut klausa 4.0 Sub-Kontrak, Plaintif diandaikan sebagai telah meneliti Kontrak Utama serta mempunyai pengetahuan peruntukkan-peruntukkan Kontrak Utama tersebut. Ini menunjukkan, Plaintif mempunyai pengetahuan penuh mengenai November 9, 2023 16 hak Defendan Keempat untuk memotong Denda Gantirugi Tertentu (LAD) daripada bayaran kemajuan yang Defendan Pertama berhak. [52] Mahkamah mendapati Plaintif sebenarnya mempunyai pengetahuan penuh mengenai perkara ini dan telah menerima dan bersetuju (“acquiesce”) terhadap pemotongan Denda Gantirugi Tertentu (LAD) tersebut daripada bayaran kemajuan kepada Defendan Pertama yang akan dibayar kepada Plaintif kerana:-
i
Bagi bayaran kemajuan No. 4 untuk jumlah RM44,000.00, Plaintif tidak mengemukakan sebarang invois kepada Defendan Keempat untuk tuntutan sebanyak RM44,000.00 disebabkan potongan Denda Gantirugi Tertentu (LAD) dibuat daripada bayaran kemajuan ini kepada Defendan Pertama yang merangkumi jumlah ini.
II
(ii) Bagi bayaran kemajuan No. 5 untuk jumlah RM349,000.00, Plaintif hanya kemukakan invois bertarikh 8 November 2019 untuk jumlah sebanyak RM91,600.00 setelah mengambil kira potongan Denda Gantirugi Tertentu (LAD) dibuat daripada bayaran kemajuan kepada Defendan Pertama.
III
(iii) Manakala bagi bayaran kemajuan No. 6 untuk jumlah RM88,400.00, Plaintif hanya kemukakan invois bertarikh 27 November 2019 untuk jumlah RM27,441.00 setelah mengambil kira potongan Denda Gantirugi Tertentu (LAD) dibuat daripada bayaran kemajuan kepada Defendan Pertama. November 9, 2023 17 [53] Fakta ini menunjukkan Plaintif mempunyai pengetahuan penuh mengenai pemotongan Denda Gantirugi Tertentu (LAD) daripada bayaran-bayaran kemajuan No. 4, No. 5 dan No. 6 sejak tahun 2019 lagi dan telah tidak kemukakan sebarang bantahan. [54] Sekiranya Plaintif tidak bersetuju, Plaintif seharusnya megeluarkan bantahan kepada Defendan Keempat. Mahkamah Rayuan dalam kes David Wong Hon Leong v Noorazman Adnan [1995] 4 CLJ 155 telah memutuskan seperti berikut:- “During argument, we registered our surprise at the learned Judge's reluctance to enter judgment for this sum of RM100,000. After all, the appellant had failed to respond to the letter of 17 December. If there had never been an agreement as alleged, it is reasonable to expect a prompt and vigorous denial. But, as we have pointed out, there was no response whatsoever from the appellant. In this context, we recall to mind the following passage in the judgment of Edgar Joseph Jr. J. in Tan Cheng Hock v. Chan Thean Soo [1986] 1 LNS 42 [1987] 2 MLJ 479-487: In Wiedemann v. Walpole [1891] 2 Q.B. 534, 537 an action for breach of promise of marriage, it was held, that the mere fact that the defendant did not answer letters written to him by the plaintiff in which she stated that he had promised to marry her, was no evidence corroborating the plaintiff’s testimony in support of such promise. November 9, 2023 18 Lord Esher M.R., in his judgment, remarked, Here, we have only to see whether the mere fact of not answering the letters, with nothing else for us to consider is any evidence in corroboration of the promise.’ (Emphasis added). Earlier, in his judgment, he said, ‘Now there are cases - business and mercantile cases in which the Courts have taken notice that, in the ordinary course of business, if one man of business states in a letter to another that he has agreed to do certain things, the person who receives that letter must answer it if he means to dispute the fact that he did so agree. (The emphasis is ours.)” [55] Lehih-lebih lagi Plaintif juga langsung tidak mengeluarkan invois untuk tuntutan bayaran kemajuan No. 4 dan invois untuk jumlah penuh bagi tuntutan bayaran kemajuan No. 5 dan No. 6 terhadap Defendan Keempat serta menuntut untuk jumlah penuh invois-invois tersebut. [56] Mahkamah juga mendapati tiada Notis Tuntutan juga dihantar oleh Plaintif kepada Defendan Keempat untuk menuntut jumlah RM363,559.00 yang dituntut oleh Plaintif sekarang. [57] Kesemua fakta ini menunjukkan bahawa Plaintif sebenarnya mempunyai pengetahuan penuh bahawa Defendan Keempat berhak untuk memotong dan telah pun potong Denda Gantirugi Tertentu (LAD) daripada bayaran-bayaran kemajuan tersebut dan telah tidak membantah. November 9, 2023 19 [58] Fakta ini turut mendedahkan bahawa Plaintif tidak jujur dalam membuat tuntutan ini terhadap Defendan Keempat. KEPUTUSAN [59] Maka, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah mendapati tiada isu yang perlu dibicarakan dan tiada guna sekiranya suatu perbicaraan penuh dijalankan. [60] Oleh yang demikian, Rayuan Plaintif ditolak dengan kos dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen YB bertarikh 19.6.2023 dikekalkan. Bertarikh pada 9 November 2023 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel : Bagi pihak Perayu : Amy Chia Mei Yan Bagi pihak Responden-Responden : Nur Syamim Fateha binti Mohd Amin November 9, 2023 20 Peguamcara : Bagi pihak Perayu Tetuan K.H Tan & Co. Peguambela & Peguamcara No. 5-18, Tingkat 1 Jalan Ibrahim 84000 Muar Johor [Ruj. No.: TKH/OR/1207/22/ac] Bagi pihak Responden-Responden Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Unit Guaman, Aras 1 Blok Laksamana Seri Negeri Ayer Keroh Hang Tuah Jaya Peti Surat 20 75450 MELAKA [Ruj. No.: PN/MK/PP/26/01/1/2023(2018)] Tarikh Pendengaran : 2 Oktober 2023 Tarikh Keputusan : 9 November 2023
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.