Selanjutnya HMS telah membuat dapatan fakta yang tepat berkenaan isu permit kerja apabila membuat dapatan bahawa permit kerja perlu diperolehi untuk kesemua kerja berhampiran dengan saluran paip gas Plaintif, dan permit kerja "is issued on a day to day basis and valid for the time stipulated''. Defendan telah gagaI memohon permit kerja untuk meneruskan Kerja Defendan pada 1.10.2020 dan 2.10.2020, dan oleh itu menjalankan Kerja Defendan tanpa permit kerja dan pengawasan Plaintif. Rujuk kepada Pemeriksaan Balas SD1 dan SD2 yang menyokong dapatan ini. S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw Pemeriksaan Balas SD1: Peg. Plaintif: Setuju dengan saya Encik, permit kerja ini adalah untuk hari Sabtu, satu hari sahaja, ya. Untuk 3 September sahaja, betul? SD1 : Betul. Peg. Plaintif: Ini kerana kalau Encik rujuk kepada work requirement di tengah muka surat, point 4, work permit is issued on a day to day basis and valid for the time stipulated, betul? SD1 : Betul. Peg. Plaintif: Setuju dengan saya Encik, kesemua kerja, kerja-kerja Defendan perlu mendapatkan work permit. SD1 : Betul. Setuju. Peg. Plaintif: Dan ia adalah kerana kerja-kerja Defendan perlu dijalankan dibawah pengawasan Plaintif. SD1: Setuju. Peg. Plaintif: Dan ia juga satu syarat kerja-kerja Defendan tidak boleh dijalankan tanpa supervision Plaintif. Setuju? SD1: Setuju. Pemeriksaan Balas SD2: Peg. Plaintif : Sekiranya Encik Latif boleh tengok pada work requirement. Pilih salah satu pun boleh. Muka surat 68 pun boleh. Work requirement point 4. Work permit is issued on a day to day basis and valid for a time stipulated. Betul? SD2 : Work permit is issued on a day.. Peg. Plaintif : On a day to day basis and valid for a time stipulated. Betul? SD2 : Betul. Peg. Plaintif : Encik Latif tahu kan ini? SD2 : Ya. Peg. Plaintif : Jadi permohonan permit adalah diwajibkan untuk sebarang kerja disekitar saluran paip gas Plaintif, setuju? SD2 : Ya, setuju. S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw Peg. Plaintif : Dan kesemua kerja-kerja Defendan mahupun untuk mendedahkan saluran paip gas Plaintif seperti pada lawatan tapak bersama, perlu dijalankan di bawah pengawasan Plaintif. SD2 : Pengawasan? Peg. Plaintif : Pengawasan Plaintif, Gas Malaysia. SD2 : Setuju. Akibat Tindakan kecuaian defendan tersebut, pihak plaintif telah mengalami kerugian dan kerugian tersebut adalah tidak “not so unforeseeable as to be too remote”.