b) prayers/relief pada perenggan (3) Kand. 26 adalah dibenarkan. c) kos dalam kausa. [3] JN Saf Industries (M) Sdn. Bhd. tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberikan pada 11 September 2025, merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Fakta secara ringkas [4] Tuntutan Plaintif (JN Saf Industries (M) Sdn. Bhd.) terhadap Defendan (Yuken Industrial Sdn Bhd) adalah berkenaan dengan penyewaan tanah dan bangunan milik Defendan oleh Plaintif. Pada atau sekitar Disember 2023, Plaintif dan Defendan telah memasuki sesalinan Perjanjian Sewa bertarikh 22 Disember 2023 (“Perjanjian Sewa tersebut”) selama 2 tahun bermula dari 1/3/2024 hingga 28/2/2026 (“Tempoh Pertama”). Antara terma penyewaan adalah − • Defendan hendaklah memberikan Plaintif tempoh untuk pengubahsuaian dan fit out secara percuma dari tarikh pengambilan milikan kosong Premis tersebut sehingga 28.2.2024 (“Tempoh Tanpa Sewa”). • Sewa bulanan untuk Tempoh Pertama adalah sebanyak RM138,000.00; Plaintif hendaklah membayar sewa pendahuluan sebanyak RM138,000.00 untuk bulan pertama kepada Defendan. • Plaintif hendaklah membayar deposit sewa sebanyak RM600,000.00 kepada Defendan (“Deposit Sewaan tersebut”). • Plaintif hendaklah dengan kos dan perbelanjaannya sendiri memohon kepada Tenaga Nasional Berhad (“TNB”) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”) untuk pendaftaran akaun dengan TNB dan Air Selangor atas nama Plaintif sendiri. • Plaintif tidak buat atau membenarkan sebarang perubahan untuk dibuat sama sekali ke atas Premis tersebut tanpa terlebih dahulunya mendapatkan kebenaran bertulis daripada Defendan; daripada pihak berkuasa; dan pengesahan oleh perunding bertauliah bagi semua lukisan dan rancangan untuk perubahan atau pengubahsuaian. • Defendan tidak boleh secara tidak munasabah menahan kebenaran bertulisnya terhadap sebarang perubahan yang dimaksudkan kecuali kepada perubahan atau pengubahsuaian struktur yang mana Defendan mempunyai budi bicara mutlak untuk buat keputusan; dan tiada pengubahsuaian atau perubahan yang boleh dilakukan oleh Plaintif yang boleh menjejaskan perakuan kecergasan Bangunan, dinding, lantai, integriti struktur dan asas Bangunan tersebut dan/atau estetika dan nilai Premis tersebut. [5] Plaintif memplidkan bahawa Plaintif telah mematuhi terma-terma penyewaan dan memperoleh milikan kosong Premis tersebut daripada Defendan. [6] Setelah milikan kosong Premis tersebut diberikan kepada Plaintif, Plaintif dan/atau wakil Plaintif telah mengangkut, menghantar dan mengumpul stok-stok dan/atau barang-barang perniagaannya ke dalam Premis tersebut. Namun begitu, selepas itu, wakil Defendan yang bernama Dato’ Lim Keng Siew (“Dato Lim tersebut”) telah berhubung dengan Plaintif dan/atau wakil Plaintif kerana Defendan dan/atau Dato’ Lim tersebut mempunyai kebimbangan dan bimbang dengan sifat perniagaan Plaintif yang antara lain, (i) melibatkan aktiviti untuk menghancurkan dan/atau mengisar batu mineral ke bentuk serbuk, (ii) penyimpanan batu mineral; dan aktiviti lain-lain, adalah berbahaya dan tidak mesra alam. Setelah beberapa perbincangan antara Plaintif dan/atau wakil Plaintif dengan Defendan dan/atau Dato’ Lim tersebut, akhirnya Dato’ Lim tersebut sedar dan memahami dengan sifat perniagaan Plaintif dan mengakui bahawa batu mineral tersebut adalah tidak berbahaya dan adalah mesra alam. Berikutan kebimbangan Defendan dan/atau Dato’ Lim tersebut yang telah menyebabkan operasi dan perniagaan Plaintif untuk lewat bermula, Defendan telah memberi lanjutan sebanyak 1 bulan dari tarikh akhir Tempoh Tanpa Sewa tersebut, di mana tempoh baharu tanpa sewa akan berakhir pada bulan Mac 2024. Plaintif menyatakan bahawa dalam perbincangan wakilnya dengan Dato’ Lim tersebut, Plaintif dan/atau wakil Plaintif juga telah memberi notis kepada Defendan dan/atau Dato’ Lim tersebut bahawa Plaintif ingin menggali satu lubang di lantai Premis tersebut untuk memasang mesin-mesin operasi untuk perniagaan Plaintif. Pada masa yang material, Defendan dan/atau Dato’ Lim tersebut adalah amat khuatir dengan galian lubang tersebut yang akan merosakkan dan/atau memudaratkan integriti struktur dan asas Premis tersebut. Oleh itu, Dato’ Lim tersebut telah memperkenalkan seorang perunding bertauliah dari Jurutera Perunding Teguh Sdn. Bhd. untuk membuat satu penilaian berkenaan cadangan kerja-kerja pembinaan dan/atau pengubahsuaian tersebut terlebih dahulu kepada Plaintif sebelum memberikan kebenaran bertulis kepada Plaintif. Plaintif akur dengan arahan Defendan. [7] Jurutera Perunding Teguh Sdn. Bhd. telah mengeluarkan sesalinan laporan yang bertajuk “Engineering Assessment of the Existing RC Slab bearing resistance and plinth foundation design for factory at Lot 566, Mukim Semenyih, Daerah Ulu Langat, Selangor” (“Laporan tersebut”) kepada Plaintif pada atau sekitar 22/4/2024. Plaintif menyatakan bahawa berdasarkan Laporan tersebut, keputusan penilaian adalah memihak kepada Plaintif dan cadangan kerja-kerja pembinaan dan/atau pengubahsuaian tersebut tidak akan merosakkan dan/atau memudaratkan integriti struktur dan asas Premis tersebut. Pada atau sekitar 22/4/2024, Plaintif juga telah menyerahkan Laporan tersebut kepada wakil Defendan. [8] Lanjutan daripada itu, Defendan dan/atau Dato’ Lim tersebut telah bersetuju untuk memberi kelulusan kepada Plaintif untuk pengubahsuaian tertakluk kepada syarat baru iaitu Plaintif hendaklah membayar deposit sewa tambahan sebanyak RM600,000.00. Plaintif tidak bersetuju dengan syarat tambahan yang telah dikenakan secara sepihak oleh Defendan kerana ia adalah bertentangan dengan terma-terma dan/atau syarat-syarat Perjanjian Sewa tersebut. [9] Plaintif mengambil tindakan terhadap Defendan atas kausa − • penyangkalan dan/atau kemungkiran perjanjian sewa tersebut oleh Defendan. Butir-butir penyangkalan dan/atau kemungkiran Perjanjian Sewa tersebut diperihalkan dalam pernyataan tuntutan, antaranya − (a) Keengganan dan/atau kegagalan Defendan untuk memberi kebenaran bertulis kepada Plaintif walaupun Laporan tersebut telah dengan jelasnya menyatakan bahawa pengubahsuaian Plaintif tidak akan memudaratkan integriti struktur dan asas Premis tersebut; (b) Keengganan dan/atau kegagalan Defendan untuk memberi kebenaran bertulis kepada Plaintif melainkan ia dibayar jumlah sebanyak RM600,000.00 sebagai deposit sewa tambahan oleh Plaintif; (c) Pengenaan terma dan/atau syarat baru untuk deposit sewa tambahan sebanyak RM600,000.00 ke atas Plaintif; dan/atau (d) Penahanan kebenaran bertulis secara tidak munasabah oleh Defendan. • pencerobohan oleh Defendan ke atas premis tersebut. • kerugian dan/atau kerosakan yang dialami oleh Plaintif iaitu, antara lain, (a) Deposit Sewaan tersebut masih sedang dipegang dan/atau disimpan oleh Defendan dan enggan dipulang balik oleh Defendan kepada Plaintif; (b) Plaintif tidak dapat menjalankan operasi-operasi, aktiviti-aktiviti dan/atau perniagaannya di Premis tersebut [10] Relief yang dimohon oleh Plaintif terhadap Defendan adalah −