Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45B-1-05/2022 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN JOHANIZAM BIN JJOHARI … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 860404-09-5027 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
KA-45B-1-05/2022
High Court of Malaysia12 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“74. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its ca”
“: Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal cardiac arrest. As was said by the Supreme Court of India when dealing with the identical provisions of the Indian Penal Code in Virsa Singh v State of Punjab at p 467: that is not the kind of enquiry. It is broad based and simpl”
“perhaps not out of place. There are, of course, limits to the exercise of such a right to prevent its abuse especially when it could become a pretext for a disproportionately vicious response. [18] Our Penal Code covers this right of private defence quite extensively with ten provisions from ss 96 to 106… [19] These pr”
“rprising that the right of self-preservation has been given due recognition by law in almost all civilised jurisdictions. This right of self-preservation, or self-defence, or, as characterised in our Penal Code, the right of private defence, arises when the State apparatus, whose duty it is to protect all and maintain”
“ersendirian hilang atau luput apabila ancaman atau bahaya (imminent danger) tidak lagi wujud. Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Ngoi Ming Sean (supra) di mukasurat 25: “The Penal Code provides that nothing is an offence which is done in the exercise of the rightof private defence of a pers”
“taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation i”
“ginality of this document via eFILING portal … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no bett”
“elonging to the same class of society as the accused, placed in the situation in which the accused was placed would be so provoked as to lose his self-control (see Nanavati v State of Maharashtra AIR [1962] SC 605, 530).” [penekanan ditambah]”
“encukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via e”
“a dinyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause”
“100. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45B-1-05/2022 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN JOHANIZAM BIN JJOHARI … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 860404-09-5027 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dituduh dengan satu pertuduhan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574].
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 16 Februari 2021 pada jam antara 7.30 pagi hingga 8.00 pagi, bertempat di rumah No.252, Jalan Hong Seng, Pasar Kota Sarang Semut, Alor Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah membunuh Yuvaraja a/l Kanagaraj (No. K/P: 830208-05-5637) dan dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan dan telah memerintahkan OKT membela diri atas pertuduhan.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah (sebagai SD1) dan pihak Pembelaan tidak mengemukakan keterangan saksi pembelaan yang lain. Pembelaan utama yang diketengahkan oleh OKT adalah wujudnya pergaduhan (sudden fight) yang telah mengakibatkan bangkitan marah yang besar dan mengejut (grave and sudden provocation) di bawah Kecualian 1 danKkecualian 4 seksyen 300 Akta 574 yang dikatakan berpunca daripada hinaan oleh si mati terhadap bangsa dan agama OKT. OKT turut mengetengahkan pembelaan bahawa OKT tidak sedar apa yang dilakukannya akibat marah dan kesan pengaruh dadah yang diambilnya, serta turut menegaskan bahawa OKT sebenarnya cuba mempertahankan diri daripada dipukul oleh si mati.
5
Pada akhir kes pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan telah gagal membuktikan pembelaan-pembelaan sebagaimana didakwa atas imbangan kebarangkalian terhadap pertuduhan dikemukakan. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT atas pertuduhan membunuh serta telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya. OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
6
Pada 16.2.2021, lebih kurang pukul 8.05 pagi, semasa SP4 bertugas di Balai Polis Kota Sarang Semut, telah menerima panggilan telefon daripada orang awam bahawa berlakunya pergaduhan melibatkan seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki India di alamat No. 252, Jalan Hong Seng, Market Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah (lokasi kejadian). SP4 kemudiannya telah membuat laporan polis dijadikan sebagai laporan maklumat pertama sebagaimana Kota Sarang Semut/000067/21 (eksibit P6).
7
Pada lebih kurang pukul 8 pagi, SP8 (pegawai tangkapan) yang merupakan Ketua Balai Kota Sarang Semut telah menerima panggilan telefon daripada mengatakan berlaku pergaduhan di rumah lokasi kejadian. SP8 telah menasihati SP2 untuk menghubungi balai polis bagi tujuan membuat laporan. Selepas menerima panggilan telefon tersebut, SP8 telah pergi ke lokasi kejadian dan sampai pada lebih kurang pukul 8.10 pagi. SP8 telah menemui si mati di ruang tamu tingkat atas rumah lokasi kejadian dan berada dalam keadaan terbaring dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala. SP8 telah menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan bantuan. SP8 turut mendapat maklumat bahawa OKT telah keluar dari rumah lokasi kejadian dengan memegang sebatang besi dan melarikan diri. SP8 kemudiannya telah membuat laporan polis sebagaimana Kota Sarang Semut/000068/21 (eksibit P27).
8
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 8.30 pagi, SP8 telah menemui OKT yang dalam keadaan mencurigakan sedang berdiri di tepi jalan Pekan Kota Sarang Semut. SP8 telah berbual-bual dengan OKT kerana SP8 mengenali OKT yang merupakan orang di bawah pengawasan Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] yang di bawah seliaan SP8. SP8 kemudiannya telah membawa OKT balik ke Balai Polis Kota Sarang Semut dan menahan OKT. SP8 kemudiannya telah membuat laporan tangkapan sebagaimana Kota Sarang Semut/000070/21 (eksibit P28). Si mati pula telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah (“HSB”) dengan kenderaan ambulans.
9
Selanjutnya, pada lebih kurang pukul 12.15 tengahari, SP3 yang ketika itu bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Langgar telah menerima panggilan telefon daripada pihak HSB dan dimaklumkan bahawa si mati telah mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul. SP3 telah membuat laporan polis mengenai aduan tersebut dijadikan sebagai Kota Sarang Semut/000069/21 (eksibit P5).
10
Pegawai Penyiasat (SP15) telah menerima arahan untuk menyiasat kes ini di bawah seksyen 302 Akta 574. Pada hari sama, lebih kurang pukul 12.20 tengahari, SP15 telah mengarahkan jurufoto (SP5) untuk merakam 11 keping gambar si mati yang cedera akibat dipukul di Wad Pemerhatian, Bahagian Kecemasan, HSB.
11
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 12.30 tengahari, si mati telah disahkan meninggal dunia oleh SP10 semasa menerima rawatan di HSB. Setelah menerima maklumat kematian si mati, SP15 telah mengarahkan SP13 untuk membuat tangkapan semula OKT. Pada lebih kurang pukul 1.15 petang, SP13 bersama beberapa orang anggota pasukan polis telah pergi ke Balai Polis Kota Sarang Semut dan menangkap OKT. Lebih kurang pukul 1.35 petang, SP13 telah menjalankan temubual secara lisan terhadap OKT. Hasil temubual tersebut, OKT telah menunjukkan sebatang besi yang digunakannya untuk memukul si mati dan tuala yang digunakan untuk mengelap darah yang disembunyikan di dalam bangunan di belakang Market, Jalan Hong Seng, Kota Sarang Semut. SP13 telah turut membuat catatan temubual tersebut (eksibit P68). Selanjutnya, SP13 telah membuat laporan polis berkaitan tangkapan semula, temubual dan penemuan barang-barang kes tersebut dan dijadikan Kota Sarang Semut/000071/21 (eksibit P67), Kota Sarang Semut/000072/21 (eksibit P69) dan Kota Sarang Semut/000073/21 (eksibit P70).
12
Semasa di lokasi kejadian, SP15 telah mengarahkan SP5 untuk merakam 29 keping gambar lokasi kejadian (eksibit P2(1)-(29)). Pada hari yang sama juga, anggota forensik PDRM (SP9) telah menerima arahan daripada SP15 untuk membantu siasatan kes dan SP9 bersama pasukannya telah tiba di lokasi kejadian pada lebih kurang pukul 2.30 petang. SP9 kemudiannya telah membuat tandaan pada penemuan barang kes bagi tujuan siasatan forensik. SP9 telah membuat tandaan 1 dan 2 bagi 2 bantal bercorak kelabu, tandaan 3 hingga 8 bagi serpihan-serpihan dipercayai tulang, tandaan 9 bagi kain cadar bercorak putih dan tandaan 10 bagi serpihan disyaki tulang juga di atas lantai bahagian atas rumah lokasi kejadian. Setelah gambar forensik di lokasi kejadian dirakam, SP9 telah membungkus kesemua item yang ditandakan tadi dan dimeterai dengan meterai forensik. Setelah selesai tugasan, SP9 telah menyerahkan kesemua eksibit forensik tersebut dan diserahkan kepada SP15 berserta dokumen serah menyerah barang kes (eksibit P30). Seterusnya, SP9 telah pergi ke IPD Kota Setar bagi tujuan membuat swabbing pada satu batang besi berwarna hijau yang SP9 tandakan dengan tandaan 13. Setelah selesai gambar eksibit forensik tersebut dirakam, SP9 telah membungkus barang kes tersebut dan dimeterai dengan meterai forensik. Barang kes tersebut juga kemudiannya telah diserahkan kepada SP15 berserta borang serah menyerah barang kes (eksibit P31).
13
Pada 17.2.2021, lebih kurang pukul 8 pagi, SP15 telah mengarahkan SP7 untuk menemubual OKT dan hasil temubual tersebut OKT telah memaklumkan tentang pakaian yang dipakai semasa kejadian. SP7 dengan dipandu arah oleh OKT telah pergi ke satu locker yang mana di dalamnya terdapat pakaian yang dipakai OKT semasa kejadian. SP7 kemudiannya telah membuat rampasan sehelai baju T berkolar belang putih biru (eksibit P24) dan sehelai seluar jeans berwarna biru jenama Levis (eksibit P22) yang digunakan oleh OKT semasa kejadian. SP7 telah membuat borang pemeriksaan (eksibit P18) serta laporan polis berkenaan temubual dan rampasan hasil dari temubual tersebut iaitu Alor Setar/003041/21 (eksibit P16) dan Alor Setar/003042/21 (eksibit P17). SP7 juga telah menyerahkan barang kes yang dirampas, borang pemeriksaan dan borang serah menyerah barang kes (eksibit P19) kepada
14
Pada 17.2.2021 lebih kurang pukul 5.40 pagi, bedah siasat ke atas si mati telah dijalankan oleh SP11. SP15 telah mengarahkan SP6 untuk merakam 108 keping gambar bedah siasat (eksibit P13(1)-(108)) si mati di HSB. SP11 telah turut menyerahkan beberapa sampel kuku, rambut dan tompokan darah daripada si mati untuk dibuat ujian pengesanan DNA. SP11 telah menyediakan Laporan Forensik (Autopsy No: A 55/21) (eksibit P63) yang mengesahkan punca kematian si mati adalah ‘Blunt Force Trauma to the Head’.
15
Pada 18/2/2021, lebih kurang pukul 6.20 petang, SP15 telah mengarahkan SP5 untuk merakam 12 keping gambar barang-barang kes (eksibit P3(1)-(12)) yang melibatkan satu helai baju T berkolar belang warna gelap dan putih (eksibit P24), satu helai seluar panjang jenama Levis (eksibit P22), satu helai seluar pendek si mati jenis Sport berwarna kelabu (eksibit P77), satu batang besi berwarna hijau (eksibit P62) dan satu helai kain warna merah hati (eksibit P72).
16
Pada 19.2.2021, lebih kurang pukul 2.23 petang, SP15 telah menyerahkan tiga eksibit bertanda C16, C17 dan C18 yang mengandungi sampel darah, kandungan perut dan cecair hempedu si mati kepada ahli kimia Nurul Nadia binti Ahmad di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang dan diserahkan dengan resit kimia dengan nombor makmal 21-FR-P-00900 (eksibit P80). Laporan kimia (eksibit P81) bagi eksibit dengan nombor makmal yang sama juga telah diserahkan kepada SP15 pada 7.12.2021.
17
Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 2.24 petang, SP15 telah menyerahkan 19 barang kes yang mengandungi barang-barang kes yang dirampas dari OKT dan dari tempat kejadian serta spesimen-spesimen darah si mati dan OKT, kepada ahli kimia (SP14) di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang, dan telah menerima resit kimia dengan nombor makmal 21-FR-P-00901 (eksibit P74). Selanjutnya, pada 23.2.2021, lebih kurang pukul 12.33 tengahari, SP15 telah menyerahkan dua lagi eksibit bertanda C23 dan C24 (2 bantal kelabu mempunyai kesan darah) kepada SP14 dan telah menerima resit kimia dengan nombor makmal 21-FR-P-00962 (eksibit P75). SP14 kemudiannya telah menyediakan laporan kimia (eksibit P76) bagi kesemua barang kes eksibit tersebut dan telah menyerahkannya berserta barang kes kepada SP15 pada 7.12.2021, lebih kurang pukul 2.20 petang.
18
SP2 yang merupakan jiran si mati menyatakan bahawa semasa beliau sedang tidur, telah mendengar bunyi suara jeritan yang kuat. SP2 telah bangun dan membuka tingkap rumahnya. Dari tingkap rumahnya itu, SP2 nampak OKT telah keluar dari rumah lokasi kejadian dengan tangan kanan OKT memegang satu besi berwarna hijau yang panjangnya lebih kurang 15 – 16 inci dan dibalut dengan satu kain. SP2 mengenali OKT kerana OKT juga pernah duduk di rumah lokasi kejadian bersama si mati sebelum OKT dipindahkan ke rumah lain. SP2 turut mengecamkan besi yang dibawa OKT kerana besi tersebut banyak di tempat kerja SP2 iaitu bengkel yang berada di sebelah rumah SP2 sahaja. Setelah OKT beredar, SP2 telah pergi ke rumah lokasi kejadian dan memanggil nama si mati tetapi tiada jawapan. SP2 telah memasuki rumah tersebut dan naik ke atas rumah. SP2 melihat si mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. SP2 kemudiannya telah terus pulang ke rumahnya dan menghubungi polis. SP2 turut mengesahkan tidak melihat orang lain yang pergi ke rumah lokasi kejadian pada waktu kejadian.
19
Berdasarkan keterangan Pakar Patologi Forensik, HSB, pada 17.2.2021, beliau telah menjalankan satu pemeriksaan bedah siasat terhadap si mati. Beliau turut mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah ‘Blunt force trauma to the Head’ atau kecederaan daya tumpul ke kepala, yang mana kecederaan dialami si mati bersifat maut secara langsung (fatal in nature) dan peluang untuk diselamatkan adalah hampir sifar. Keterangan SP11 ini disokong oleh laporan bedah siasat si mati (eksibit P63). ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
20
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
21
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
22
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: a) bahawa simati sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan telah mati; b) bahawa si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian kepala yang dialaminya; c) bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati adalah akibat perbuatan OKT; d) bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Kanun Keseksaan. Elemen (a): bahawa simati sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan telah mati
23
Berdasarkan keterangan SP11, mayat si mati telah dikenalpasti oleh SP15 dan bapa si mati. Laporan bedah siasat si mati juga turut mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah ‘Blunt Force Trauma to the Head’.
24
Di samping itu, pihak Pembelaan juga tidak pernah menafikan mahupun mempertikaikan elemen pertama ini iaitu bahawa si mati telah mati. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Elemen (b): bahawa si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian kepala yang dialaminya
25
Bagi elemen ini, keterangan SP11 telah mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah ‘Blunt Force Trauma to the Head’ yang turut disokong oleh laporan bedah siasat berkaitan (eksibit
26
Berdasarkan laporan bedah siasat (eksibit P63), bedah siasat ke atas si mati telah dijalankan pada 17.2.2021 lebih kurang pukul 5.40 petang hingga 9.40 malam di HSB, Alor Setar.
27
Dalam keterangannya, SP11 telah menjelaskan bahawa pemeriksaan awal luaran terhadap si mati mendapati si mati berpakaian hospital dengan seutas gelungan tangan kain berwarna perang dipakai pada pergelangan tangan kanan serta alat pemerhatian elektronik (EMD) dipakai pada pergelangan kaki kanan. SP11 turut mendapati bahawa terdapat tanda rawatan perubatan awal pada tubuh si mati dalam bentuk kesan cucukan jarum pada kawasan pelipat lengan kanan, enam kesan jahitan luka pada kawasan kulit kepala dan kesan jahitan luka pada jari telunjuk kiri.
28
Selanjutnya hasil pemeriksaan luaran terhadap si mati SP11 mendapati si mati mengalami kecederaan-kecederaan seperti yang berikut: i. Luka koyak pada bahagian puncak kepala berukuran 6 x 0.5 cm; ii. Luka koyak pada bahagian belakang puncak kepala berukuran 4.5 x 0.5 cm dan berkedudukan 2.5 cm di bawah kecederaan nombor (i); iii. Luka koyak pada bahagian belakang kepala berukuran 9 x 1 cm dan berkedudukan 4 cm di bawah kecederaan nombor (ii). Bukaan luka ini menunjukkan keretakan tengkorak di dalamnya; iv. Luka koyak pada bahagian belakang kepala berukuran 3 x 0.5 cm dan berkedudukan 2 cm di bawah kecederaan nombor (iii); v. Luka koyak pada bahagian belakang kanan kepala berukuran 3 x 1 cm dan berkedudukan 1 cm ke kanan dari kecederaan nombor (iv); vi. Luka koyak pada bahagian kanan tepi kepala berukuran 6.5 x 1 cm. Bukaan luka ini menunjukkan keretakan tengkorak di dalam kawasan tersebut; vii. Luka koyak pada bahagian belakang cuping telinga kanan berukuran 1 x 0.5 cm; viii. Luka koyak pada bahagian dahi kanan berukuran 3 x 1 cm; ix. Luka koyak pada bahagian soket mata kanan berukuran 1 x 0.3 cm; dan x. Luka koyak pada jari telunjuk kanan berukuran 2 x 0.3 cm.
29
Selanjutnya SP11 turut mengesahkan dalam keterangannya tentang hasil pemeriksaan dalaman yang dijalankan, yang mana kecederaan yang dialami diringkaskan sebagai lebam pendarahan berganda pada bahagian otak, retak dan pecah tempurung kepala yang amat teruk, retak dan pecah tengkorak pada dasar tengkorak dan termasuklah pendarahan di bawah selaput otak, serta pendarahan di dalam rongga ventrikal otak.
30
SP11 dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa kecederaan yang menyebabkan kematian si mati adalah kecederaan daya tumpul ke kepala si mati, yang mana kecederaan dialami si mati bersifat maut secara langsung (fatal in nature) dan peluang untuk diselamatkan (chances of survival) adalah hampir sifar. SP11 dalam keterangannyga juga turut menegaskan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami si mati pada bahagian kepala adalah sangat berat dan boleh membawa maut walaupun dengan bantuan perubatan yang segera. Malahan SP11 bertegas dan tidak bersetuju bahawa kecederaan dialami si mati ini boleh diselamatkan jika si mati dibawa mendapatkan rawatan lebih awal.
31
SP11 turut mengakui bahawa walaupun wujud kemungkinan kecederaan sedemikian boleh dilakukan oleh si mati sendiri, tetapi perkara tersebut adalah suatu yang luarbiasa. SP11 kemudiannya telah memberikan penjelasan lanjut bahawa ‘luarbiasa’ yang beliau maksudkan adalah jika si mati dalam keadaan penuh sedar, si mati tidak akan menghasilkan kecederaan sebagaimana yang dialaminya. Di samping itu juga, SP11 turut mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan beliau, tidak wujud kecederaan berbentuk defensive pada bahagian badan si mati. SP11 juga turut mendapati bahawa hasil daripada pemeriksaan dalaman yang dilakukan ke atas si mati, SP11 tidak menemui sebarang penyakit kronik pada si mati yang boleh menyumbang kepada kematiannya.
32
Berdasarkan keseluruhan fakta-fakta dan keterangan dikemukakan oleh SP11 ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa kematian si mati adalah akibat daripada kecederaan-kecederaan di bahagian kepala yang dialaminya. Elemen (c): bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh si mati adalah akibat perbuatan OKT
33
Bagi elemen ini, pihak Pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) kerana tiada saksi mata yang melihat secara jelas OKT telah melakukan kecederaan yang dialami oleh si mati yang membawa kepada kematiannya.
34
Dalam membuktikan keterangan mengikut keadaan ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and other appeals [2017] 3 MLJ 141 telah memutuskan seperti yang berikut: “[173] The law is well settled on the standard of proof required in criminal cases where the evidence presented before the court to prove the commission of the offence by the accused person is circumstantial in nature. [174] In Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] 1 MLJ 307, Thomson CJ, said that ‘… where the evidence is wholly circumstantial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope’. [175] In Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2007] 2 MLJ 505; [2007] 2 CLJ 229, Abdul Aziz Mohamad JCA (as he then was), delivering the judgment of the Court of Appeal said: … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no better definition than quote to you the words of Lord Cairns in the case of Belhaven & Stenton Peerage reported in 1875–6 Appeal Cases, p 279: My Lords, in dealing with circumstantial evidence we have to consider the weight which is to be given to the united force of all the circumstances put together. You may have a ray of light so feeble that by itself it will do little to elucidate a dark corner. But on the other hand you may have a number of rays, each of them insufficient, but all converging and brought to bear upon the same point, and when united, producing a body of illumination which will clear away the darkness which you are endeavouring to dispel. In other words circumstantial evidence consists of this: that when you look at all the surrounding circumstances, you find such a series of undesigned, unexpected coincidences that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion. If the circumstantial evidence is such as to fall short of that standard, if it does not satisfy that test, if it leaves gaps then it is of no use at all …”. [penekanan ditambah]
35
Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa keterangan saksi-saksi Pendakwaan berjaya membuktikan bahawa OKT yang telah mengakibatkan kecederaan yang dialami si mati. Pendakwaan berhujah berdasarkan kepada fakta-fakta berikut: a) Rumah lokasi kejadian disewa dan diduduki oleh si mati dan urusan permulaan sewaan dilakukan oleh SP8; b) SP2 yang merupakan jiran OKT dan si mati tinggal berhadapan dengan rumah lokasi kejadian; c) Pada tarikh kejadian, SP2 yang sedang tidur telah terjaga setelah mendengar suara jeritan yang kuat, SP2 telah bangun dan membuka tingkap rumahnya; d) Keterangan SP2 bahawa dari tingkap rumahnya pada jarak lebih kurang 30 kaki, SP2 nampak OKT keluar dari pintu rumah lokasi kejadian dengan tangan kanan memegang satu besi berukuran 2 x 2, panjang lebih kurang 15 – 16 inci berwarna hijau dan terdapat juga satu kain yang melindungi besi tersebut; e) SP2 mengecamkan besi tersebut (eksibit P62) kerana besi tersebut ada banyak di tempat kerja SP2 iaitu bengkel di sebelah rumahnya; f) SP2 telah memanggil nama si mati tetapi tiada jawapan. SP2 seterusnya masuk ke dalam rumah lokasi kejadian melalui pintu yang mana OKT dilihat keluar dan SP2 terus naik ke bahagian atas rumah; g) SP2 nampak si mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah; h) SP2 mengesahkan bahawa SP8 telah datang ke rumah lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kejadian; i) SP2 mengesahkan bahawa OKT dan si mati pernah bergaduh sebelum kejadian; j) SP2 mengesahkan bahawa tidak ada orang lain yang dilihat pergi ke rumah lokasi kejadian; k) SP2 juga telah mengecamkan gambar OKT, gambar rumah lokasi kejadian, gambar si mati dan gambar barang kes besi dan tuala yang dilihat dipegang OKT; l) Keterangan SP13 mengesahkan bahawa hasil temubual beliau terhadap OKT, OKT telah memandu arah SP13 ke sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di belakang market, Jalan Hong Seng, Market Kota Sarang Semut, Kedah, di mana satu batang besi (eksibit P62) dan sehalai tuala (eksibit P72) telah dirampas.
36
Mahkamah ini telah meneliti hujahan pihak Pendakwaan berkenaan fakta-fakta dikemukakan ini. Keterangan SP2 dengan jelas menunjukkan bahawa beliau terjaga dari tidur apabila terdengar suara jeritan dari rumah lokasi kejadian. Seterusnya apabila SP2 melihat dari tingkap rumahnya, SP2 melihat OKT keluar dari rumah lokasi kejadian dengan membawa sebatang besi yang berbalut dengan sehelai tuala.
37
Keterangan SP2 mengesahkan bahawa SP2 mengecamkan batang besi hijau (eksibit P62) tersebut kerana besi tersebut banyak terdapat di tempat kerjanya iaitu bengkel yang terletak di sebelah rumah SP2. SP2 selanjutnya telah pergi ke rumah lokasi kejadian, dan apabila panggilan kepada si mati tidak dijawab, SP2 telah memasuki rumah tersebut dan naik ke bahagian atas rumah tersebut. SP2 telah melihat si mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. SP2 kemudiannya telah menghubungi SP8 dan balai polis. turut mengesahkan bahawa tiada orang lain di rumah lokasi kejadian pada hari tersebut.
38
Keterangan SP8 pula menjelaskan bahawa pada pagi hari kejadian, SP2 telah menghubungi beliau dan memaklumkan tentang kejadian yang berlaku. SP8 telah menasihatkan SP2 untuk menghubungi balai polis dan membuat laporan tersebut. SP8 kemudiannya telah pergi ke rumah lokasi kejadian dan bertemu SP2 di rumah tersebut. SP8 juga telah mengarahkan anggotanya menghubungi ambulans, kerana SP8 mendapati si mati masih hidup semasa beliau sampai di situ. Selanjutnya, SP8 telah beredar dari lokasi tempat kejadian untuk mencari OKT kerana SP8 mengenali OKT sebagai orang di bawah pengawasan SP8 yang dikenakan sekatan selama satu tahun. SP8 kemudiaannya telah menemui OKT di kawasan pekan Kota Sarang Semut di sebuah simpang tiga dalam keadaan OKT hendak melintas jalan. SP8 turut mendapati keadaan OKT ketika itu dalam keadaan mencurigakan kerana OKT hendak melintas jalan dalam keadaan berjalan laju. SP8 telah berjaya memujuk OKT untuk menemani beliau dan selanjutnya telah berjaya membawa OKT ke balai polis Kota Sarang Semut untuk ditahan.
39
Keterangan SP13 pula telah mengesahkan bahawa hasil daripada temubual terhadap OKT, dan dengan dipandu arah oleh OKT beliau telah pergi ke sebuah bangunan di belakang market, Jalan Hong Seng, Kota Sarang Semut dan telah menemui satu batang besi hijau (eksibit P62) dan sehelai tuala (eksibit P72).
40
Fakta-fakta sebagaimana dinyatakan di atas telah tidak dinafikan mahupun dipertikaikan oleh pihak Pembelaan. Apa yang diketengahkan oleh pihak Pembelaan pada peringkat kes Pendakwaan adalah berlakunya pergaduhan dan akibat daripada pergaduhan tersebut telah mengakibatkan bangkitan marah yang besar dan mengejut. Di samping itu, akibat daripada pengaruh dadah yang dimbilnya, OKT juga tidak sedar akan perbuatannya.
41
Berdasarkan fakta-fakta dinyatakan di atas, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa semasa kejadian, hanya OKT dan si mati sahaja yang berada di rumah lokasi kejadian. Penemuan barang kes besi hijau dan sehelai tuala hasil daripada pandu arah oleh OKT adalah pada pendapat Mahkamah ini menunjukkan bahawa sememangnya OKT berada di rumah lokasi kejadian dan mengetahui apa yang telah berlaku di rumah tersebut. Tambahan pula, keterangan SP2 dengan jelas menunjukkan bahawa setelah mendengar bunyi jeritan dari rumah lokasi kejadian, OKT dilihat telah keluar dari rumah tersebut, dan apabila SP2 naik ke rumah tersebut, SP2 dapati si mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Sehubungan itu berdasarkan kesemua fakta-fakta dinyatakan di atas adalah dapatan Mahkamah ini bahawa OKT berada di rumah lokasi kejadian kerana tiada orang lain dilihat memasuki atau keluar dari rumah tersebut pada masa kejadian, dan OKT telah membersihkan dan menyembunyikan barang kes yang digunakan untuk menyebabkan kecederaan pada si mati.
42
Sehubungan itu, berdasarkan kesemua fakta-fakta dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa inferens yang boleh dibuat adalah bahawa OKT adalah orang yang telah menyebabkan kecederaan yang dialami oleh si mati. Dengan itu, elemen ketiga ini juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan iaitu bahawa kecederaan dialami oleh si mati adalah akibat perbuatan OKT.
d
(d): bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Kanun
43
Sebelum Mahkamah membuat dapatan berkenaan niat OKT hendak menyebabkan kecederaan terhadap si mati, Mahkamah ini akan menilai terlebih dahulu elemen bahawa kecederaan yang dialami si mati adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574.
44
Pemakaian subseksyen 300(c) Akta 574 ini telah dibincangkan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP [2025] 4 CLJ 837. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[85] Seterusnya, salah satu elemen yang penting dalam pembuktian s. 300(c) ialah kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Penekanan di sini adalah pada frasa "lazimnya untuk menyebabkan kematian". (In the ordinary course of nature to cause death). [86] Kamus Dewan Perdana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di ms. 1269, mentafsirkan makna perkataan "lazim" sebagai "biasa" atau "selalu". Di sini, perkataan lazimnya untuk menyebabkan kematian membawa maksud kebiasaannya atau selalunya membawa kematian. Sehubungan itu, pihak pendakwaan mesti membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada kebiasaannya atau selalunya untuk menyebabkan kematian. [87] Maksud frasa 'mencukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut:
16
In Clause 3 of Section 300, instead of the words likely to cause death occurring in the corresponding clause (b) of section 299, the words "sufficient in the ordinary course of nature" have been used. Obviously, the distinction lies between a bodily injury likely to cause death and a bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The distinction is fine but real and if overlooked, may result in miscarriage of justice. The difference between Clause (b) of section 299and Clause (3) of section 300 is one of the degree of probability of death resulting from the intended bodily injury. To put it more broadly, it is the degree of probability of death which determines whether a culpable homicide is of the gravest, medium or the lowest degree. The word "likely" in clause (b) of section 299 conveys the sense of probable as distinguished from a mere possibility. The words "bodily injury...sufficient in the ordinary course of nature to cause death" mean that death will be "most probable" result of the injury, having regard to the ordinary course of nature. (penekanan ditambah) [88] Selanjutnya, maksud "sufficient" di bawah s. 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkiple Mohamad di mana dinyatakan: [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause death, s. 300(c)murder would have been committed "as a matter of course". Chan Sek Keong CJ speaking for the court also touched on the issue of "sufficiency" at p. 602:
33
33."Sufficiency" in this context refers to the high probability of death in the ordinary course of nature (Rajwant Singh v. State of Kerala, AIR 1966 SC 1874 at 1879). The test of whether a bodily injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death is objective - it is not necessary for the accused to have known or intended the potentially fatal consequence of inflicting the bodily injury. It is sufficient that the accused intentionally caused the particular bodily injury inflicted (Tan Chee Wee at [42]-[43]). Hence, a fatal act accidentally caused is a defence to a charge of s. 300(c)murder. (penekanan ditambah)”. [penekanan ditambah]
45
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut di atas, kecederaan yang dialami, secara lazimnya akan menyebabkan kematian dan secara ‘lazimnya’ pula membawa maksud bahawa kecederaan yang dialami selalunya akan mengakibatkan kematian.
46
Dalam kes yang sama juga, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa dalam menentukan sama ada kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian adalah suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh Mahkamah: “[89] Kembali kepada kes ini, isu sama ada kecederaan luka bakar yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian merupakan suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh mahkamah. Dalam membuat dapatan fakta ini, mahkamah perlu mempertimbangkan segala keterangan yang relevan terutamanya keterangan forensik dan perubatan seperti keterangan pakar yang melakukan bedah siasat terhadap si mati dan laporan bedah siasat serta keterangan pakar lain dalam bidang ini. Keterangan pakar-pakar ini amat penting dalam membantu mahkamah menentukan isu sama ada kecederaan luka bakar tersebut pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian kepada si mati. Mahkamah juga perlu meneliti keterangan lain yang relevan seperti keterangan saksi-saksi selepas kejadian si mati ditekap dengan seterika wap berkenaan yang boleh menunjukkan keadaan si mati setelah mengalami kecederaan berkenaan. (Lihat PP v. Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517; PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823; Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673). [90] Dinyatakan di sini juga keterangan pakar tidak sama sekali mengikat hakim bicara dalam membuat dapatan fakta berhubung isu ini tetapi akan membantu hakim bicara membuat dapatan fakta berkenaan dan dalam kes ini sama ada kecederaan pada si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Keterangan pakar in boleh diterima di bawah s. 45 Akta Keterangan 1950.”.
47
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, Mahkamah ini perlu meneliti keseluruhan keterangan pakar dan juga keterangan-keterangan lain dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, bagi menentukan bahawa kecederaan dialami si mati secara lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian ataupun tidak.
48
SP11 dalam keterangannya mengesahkan bahawa kecederaan yang menyebabkan kematian si mati adalah kecederaan daya tumpul pada kepala si mati, yang mana kecederaan-kecederaan tersebut bersifat maut secara langsung (fatal in nature). Selanjutnya SP11 turut mengesahkan bahawa berdasarkan kecederaan-kecederaan dialami si mati, peluang untuk diselamatkan (chances of survival) adalah hampir sifar. SP11 dalam keterangannya turut menegaskan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami si mati pada bahagian kepala adalah sangat berat dan boleh membawa maut walaupun dengan bantuan perubatan yang segera. Malahan SP11 bertegas dan tidak bersetuju bahawa kecederaan dialami si mati ini boleh diselamatkan sekiranya si mati dibawa mendapatkan rawatan lebih awal.
49
Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa kecederaan dialami si mati secara lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574.
50
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP (supra) di atas juga, niat yang perlu dibuktikan bukanlah niat menyebabkan suatu kecederaan secara spesifik sehingga mengakibatkan kematian, tetapi cukup dengan sekadar niat untuk menyebabkan kecederaan yang dialami, dan kecederaan tersebut pula cukup, secara lazimnya akan menyebabkan kematian. Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memutuskan seperti yang berikut: “[77] Dalam kes Public Prosecutor v Visuvanathan [1978] 1 MLJ 159 isu berbangkit ini ada dijelaskan seperti yang berikut: It is irrelevant and totally unnecessary to enquire what kind of injury the accused intended to inflict. The crucial question always is, was the injury found to be present intended or accidental. As was observed by Bose J in Virsa Singh’s case at p 476: It does not matter that there was no intention … to cause injury of a kind that is sufficient to cause death in the ordinary cause of nature And at p 478: … the question, so far as the intention is concerned, is not whether he intended to inflict the injury in question. (Penekanan ditambah.) [78] Selanjutnya, dalam kes yang sama, dinyatakan: At p 158, Lord Diplock states: To establish that an offence had been committed under section 300(c), or under section 299, it would not have been necessary for the trial judge in the instant case to enter an inquiry whether the appellant intended to cause the precise injuries which in fact resultant or had sufficient knowledge of anatomy to know that the internal injury which might result from his act would take the form of fracture of the ribs, followed by cardiac arrest. As was said by the Supreme Court of India when dealing with the identical provisions of the Indian Penal Code in Virsa Singh v State of Punjab at p 467: that is not the kind of enquiry. It is broad based and simple and based on common sense. It was however essential for the prosecution to prove, at very least, that the appellant did intend by sitting on the victim’s chest to inflict upon her some internal, as distinct from mere superficial, injuries or temporary pain … (Penekanan ditambah.).”. [penekanan ditambah]
51
Dalam hal ini, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa OKT sebenarnya tidak mempunyai sebarang niat untuk menyebabkan sebarang kecederaan terhadap si mati, sebaliknya kecederaan dialami si mati adalah diakibatkan daripada pergaduhan (sudden fight) dan bangkitan marah yang besar dan mengejut (grave and sudden provocation) dan bahawa OKT tidak sedar apa dilakukannya kerana keadaan marah dan berada di bawah pengaruh dadah. Di samping itu, pihak Pembelaan turut mencadangkan bahawa sebenarnya si mati yang telah memulakan pergaduhan dan telah menggunakan besi tersebut untuk memukul OKT tetapi OKT telah berjaya mengambil besi tersebut daripada si mati dan selanjutnya telah memukul si mati.
52
Prinsip undang-undang berkaitan pembuktian niat seseorang adalah jelas. Niat seseorang tidak boleh dibuktikan melalui keterangan secara langsung, sebaliknya hanya boleh dibuktikan melalui inferens berdasarkan keseluruhan fakta-fakta yang dikemukakan (rujuk kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237). Dalam kes ini, niat untuk menyebabkan kecederaan perlu dilihat dari keseluruhan fakta kes dikemukakan.
53
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh Pendakwaan. Pertamanya, Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP11 dan pendapat beliau mengenai kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati. Walaupun SP11 turut mengakui bahawa kecederaan sedemikian mungkin boleh dilakukan oleh si mati sendiri, tetapi perkara tersebut adalah suatu yang luarbiasa. SP11 kemudiannya telah memberikan penjelasan lanjut bahawa ‘luarbiasa’ yang beliau maksudkan adalah jika si mati dalam keadaan penuh sedar, si mati tidak akan menghasilkan kecederaan sebagaimana yang dialaminya. Di samping itu juga, SP11 turut mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan beliau, tidak wujud kecederaan berbentuk defensive pada bahagian badan si mati. SP11 juga turut mendapati bahawa hasil daripada pemeriksaan dalaman yang dilakukan ke atas si mati, SP11 tidak menemui sebarang penyakit kronik pada si mati yang boleh menyumbang kepada kematiannya.
54
Berkenaan senjata yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan sebagaimana dialami si mati, SP11 berpendapat bahawa berdasarkan kecederaan-kecederaan yang dialami si mati senjata yang mengkin digunakan adalah merupakan objek yang tumpul, keras dan mempunyai berat yang signifikan seperti apa-apa besi dan tukul. Apabila SP11 dirujukkan dengan besi hijau (eksibit P62), SP11 bersetuju bahawa eksibit P62 tersebut boleh menyebabkan kecederaan yang dialami oleh si mati. Semasa soal balas, sekali lagi SP11 telah menegaskan bahawa walaupun SP11 tidak mengetahui apa sebenarnya objek yang digunakan yang telah menyebabkan kecederaan-kecederaan pada si mati, tetapi besi eksibit P62 memenuhi definisi objek yang boleh mendatangkan kecederaan maut kepada si mati.
55
Keterangan SP11 berkaitan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati adalah keterangan berbentuk fakta. Namun begitu, keterangan SP11 berkenaan senjata yang mungkin digunakan adalah merupakan keterangan pendapat pakar yang boleh diterimapakai di bawah seksyen 45 Akta 56 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “45. (1) Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, pendapat atas perkara itu, daripada Keterangan 47 orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, ialah fakta berkaitan.
2
Orang sedemikian itu dipanggil pakar. MISALAN
a
Soalnya adalah sama ada kematian A telah disebabkan oleh racun. Pendapat pakar tentang gejala yang disebabkan oleh racun yang disangkakan telah menyebabkan kematian A adalah berkaitan.
b
… ”.
56
Dalam kes di Mahkamah ini, tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan fungsi seorang saksi pakar patologi forensik adalah sangat penting, lebih-lebih lagi dalam keadaan ketiadaan saksi mata yang melihat atau menyaksikan bagaimana kejadian yang membawa kepada kematian si mati itu berlaku.
57
Dalam kes Pubalan a/l Peremal v Public Prosecutor [2020] 5 MLJ 442 Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan kepentingan dan fungsi keterangan ahli patologi forensik seperti yang berikut: “Role of a Forensic Pathologist [11] The main thrust of the appellant’s argument relates to the infirmities of the evidence of PW4, the forensic pathologist. We think that it is important to revisit the role of a forensic pathologist as an expert witness, especially in the context of a criminal trial. Put simply, an expert witness is a person whose level of specialized knowledge or skill in a particular field qualifies him to present his opinion about the facts of a case during legal proceedings. An expert witness’s overriding duty is to provide independent, impartial, and unbiased evidence to the Court. The fact that the expert witness is called by one party does not detract from the overriding duty to the Court. It is the duty of an expert witness to assist the Court on the matters within his expertise. This duty overrides any obligation to the person from whom he has received instructions or by whom he is paid: see O 40A r 2(1) & (2) of the Rules of Court 2012. [12] In a book entitled Forensic Pathology, Principles and Practice (Elsevier Academic Press, 2005) co-authors David Dolinak M.D, Evan W. Matshes, M.D, and Emma O. Lew, M.D presented an illuminating overview of the role of a forensic pathologist. Their observations may be distilled as follows: The forensic pathologist should understand what his role is in the legal process before providing testimony. As a competent and acute observer in the laboratory he testifies as to his factual findings and opinions in a clear, straightforward, unbiased, and professional manner. The ‘testimony’ actually begins in the autopsy room where the anatomic studies are conducted to his professional satisfaction. At this time, the forensic pathologist must recognize, collect, and preserve medical evidence and prepare a report of such findings for possible future testimony. On the stand, the forensic pathologist does not simply testify as to cause and manner of death. Much of the forensic pathologist’s testimony revolves around autopsy findings and the correlation of the autopsy findings with other case information. This requires expanding the case file and one’s critical review of the information to the fullest. This may involve ancillary information collected to enhance findings and support conclusions. The forensic pathologist interprets how a death came about and may be questioned on various aspects of the death such as what type of instrument may have been used to inflict the injury, and how long an injured individual may have been dead until he was found. The forensic pathologist’s observations must be of high professional caliber and be thoroughly and well documented. There are two key features of sound medical testimony: (i) scientific validity and (ii) personal impartiality. As for scientific validity, the forensic pathologist is to restrict his testimony to facts objectively noted, analysed in detail, and accurately recorded, and to opinions solidly derived from these data. The forensic pathologist’s observations must be of high professional caliber and be thoroughly and well documented. Regarding personal impartiality, the forensic pathologist, although usually called to testify by the prosecution, must give fair and dispassionate testimony and must not permit himself to become a prosecuting witness. His testimony must not be “prosecution minded” or “defense minded,” for he is not testifying for or against either party. The goal is to present the truth as he sees it, willingly and unemotionally doing what is possible within the bounds of unbiased and disinterested observations to help the court reach a just decision. The value of the most competently performed autopsy is diminished in the courtroom if the information derived from it is presented by a poor witness: one who mumbles, argues with counsel, or commits a number of other violations of good and proper testimony. The forensic pathologist’s opinion must never be biased for or against the prosecution or defence. It is a factual presentation of evidence collected during the course of an entire death investigation. The forensic pathologist does not win or lose a case. Although the anatomic findings and opinions are important and necessary, rarely do they alone permit the court to come up with an enlightened decision. So long as the forensic pathologist is mindful of his role, including what is expected of him, and knowing the limitations of what he can say, and “knows that it is up to the attorneys to ask the appropriate questions to win or lose the case,” then the forensic pathologist as an expert witness, through experience, will become more comfortable in his role and provide effective, appropriate, and proper testimony.”.
58
Berdasarkan keputusan kes tersebut di atas, dan setelah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh SP11, Mahkamah ini berpendapat bahawa SP11 adalah seorang saksi pakar yang kredibel dan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh beliau tidak langsung menunjukkan sifat cenderung terhadap mana-mana pihak tertentu, terutamanya terhadap pihak Pendakwaan. Keterangan beliau sangat jelas, berpandukan fakta yang diperolehi sepanjang bedah siasat dijalankan, dan pandangan beliau jelas menunjukkan seorang saksi pakar yang professional dan mempunyai integriti yang tinggi.
59
Pihak Pendakwaan turut menghujahkan bahawa penggunaan senjata besi menunjukkan niat si pelaku iaitu OKT untuk menyebabkan kecederaan kepada si mati. Keterangan saksi-saksi Pendakwaan turut menunjukkan bahawa pernah berlaku perselisihan antara si mati dan OKT kerana OKT merupakan seorang yang susah untuk bekerja dan sering meminta duit daripada si mati, yang turut menunjukkan terdapatnya motif pada pihak OKT.
60
Walaupun Mahkamah ini akur bahawa motif bukanlah satu elemen yang perlu dibuktikan bagi pertuduhan terhadap OKT ini, tetapi motif merupakan suatu fakta yang penting yang dapat membantu Mahkamah dalam membuat inferens berkenaan niat OKT. Di dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and other appeals [2017] 3 MLJ 141, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[159] Learned counsel for the first accused also submitted that, premised on the evidence before the court, there is no evidence of motive on the part of the first accused to be rid of Sosilawati and the three others. He said that the two cheques according to the first accused were merely for a loan from the first accused to Sosilawati and that even assuming he did not have sufficient funds to honour the two cheques that was not sufficient reason to impel him to commit the murder. [160] Section 8(1) of the EA stipulates that motive is a relevant fact. It reads: 8 Motive, preparation and previous or subsequent conduct
1
Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact. … [161] Ratanlal & Dhirajlal’s, Law of Crimes, With List of Malaysian Cases, (24th Ed) Vol 2, at p 1391 summarises the law on motive in the following words:
158
Motive is the ultimate end which a person hopes to achieve whereas intention is the immediate effect of his act. Motive is something which prompts a person to form an intention. The motive behind a crime is a relevant fact on which evidence can be given. Absence of motive is also a circumstance which is relevant for assessing the evidence. Proof of motive satisfies the judicial mind about the authorship of the crime but the absence does not ipso facto result in the acquittal of the accused. Motive is not a sine qua non to prove the case of the prosecution. Absence of proof only demands deeper forensic search and cannot undo the effect of evidence if otherwise is reliable and sufficient. [162] In Molu And Ors v State of Haryana AIR 1976 SC 2499, the Indian Supreme Court aptly observed: It is well settled that where the direct evidence regarding the assault is worthy of credence and can be believed, the question of motive becomes more or less academic. Sometimes, the motive is clear and can be proved and sometimes, however, the motive is shrouded in mystery and it is very difficult to locate the same. If, however, the evidence of eye witnesses is creditworthy and is believed by the court which has placed implicit reliance on them, the question whether there is any motive or not becomes wholly irrelevant. [163] The Court of Appeal in Abdul Samid bin Edward v Public Prosecutor [2015] 4 MLJ 58; [2015] 4 CLJ 149 made similar remarks which read: Although motive was an important element to look out for when relying on circumstantial evidence to convict an accused, it was not in our view, an absolute must, in the sense that, an absence of an established ‘motive’ would exculpate the accused from the charge proffered against him, notwithstanding all other evidence which points to the accused being guilty of the crime charged. [164] Similarly, Sinha J in Atley v State of Uttar Pradesh AIR 1955 SC 807 at p 810 stated: Where there is clear proof of motive for the crime that lends additional support to the finding of the court that the accused was guilty but the absence of clear proof of motive does not necessarily lead to the contrary conclusion. If the prosecution has proved by clear evidence that the appellant had reasons of his own for getting his first wife out of the way, that would have lent additional assurance to the circumstantial evidence pointing to his guilt. But the fact that the prosecution has failed to lead such evidence has this effect only, that the other evidence bearing on the guilt of the accused has to be very closely examined. [165] We wholly endorse the observations made above in that motive is an important factor but not an ingredient of an offence to be proved in cases which turn on circumstantial evidence as in the present case. That said, it does not mean that where evidence of motive is vague, non-existent or not clear, an accused is exculpated provided there is sufficient evidence pointing to his guilt. [166] Having considered the matter, we agree with the defence that evidence of motive as adduced by the prosecution is far from being satisfactory. At one stage, the prosecution contended that the unavailability of sufficient funds in the bank account of the first accused was the motive for the murder of Sosilawati and the three others. Later, the prosecution referred to the Penang land transaction as the motive behind the murder. In the circumstances, we hold that the evidence as regards motive is far too equivocal to be of any value. [167] However, as said earlier, motive may be helpful in assisting the court in coming to its decision but the absence of such evidence is not fatal to the prosecution case (see Bhikari Behera v State of Orissa 1995 CriLJ 2998 at p 3000; and Rangi Lal And Ors v State of UP 1991 CriLJ 916 at p 921).”
61
Kewujudan motif semata-mata tidak membuktikan niat OKT untuk melakukan perbuatan mengakibatkan kecederaan tersebut. Namun begitu, jika dikaitkan dengan keterangan-keterangan lain yang wujud, terutamanya keterangan tentang senjata yang digunakan, bahagian badan yang mengalami kecederaan iaitu kepala si mati, juga fakta bahawa OKT dilihat keluar dari rumah si mati sejurus sebelum si mati ditemui dalam keadaan berlumuran darah, menunjukkan bahawa motif OKT merupakan suatu fakta yang relevan. Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan kewujudan motif di pihak OKT membawa kepada kewujudan niat untuk melakukan sesuatu, dan dalam kes ini niat tersebut adalah untuk menyebabkan kecederaan terhadap si mati.
62
Pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan saksi-saksi SP2, SP8 dan SP15, wujudnya pergaduhan antara si mati dan OKT. Dan ini merupakan keterangan yang dicadangkan oleh Pembelaan dari awal kes lagi.
63
Mahkamah ini telah meneliti keterangan saksi-saksi tersebut. Pertamanya, menyatakan bahawa beliau pernah mendengar OKT dan si mati bergaduh. Begitu juga dengan keterangan SP8 yang menyatakan bahawa OKT dan si mati pernah berselisih faham kerana OKT sering meminta duit daripada si mati. Keterangan SP15 pula adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan yang mana berdasarkan keterangan-keterangan saksi yang dirakam, OKT dan si mati pernah bergaduh. Namun begitu, tiada keterangan daripada mana-mana saksi tersebut yang dengan jelas menunjukkan bahawa berlakunya pergaduhan pada pagi kejadian. SP2 dengan jelas menyatakan bahawa beliau mendengar jeritan dan semasa soal balas juga SP2 menyatakan bahawa suara jeritan yang beliau dengar adalah suara jeritan OKT. Mahkamah ini berpendapat bahawa jikapun wujud sebarang perselisihan faham atau pergaduhan pada peringkat ini, tidak wujud keterangan bagaimana ianya berlaku. Keterangan yang ada pada peringkat Pendakwaan menunjukkan bahawa si mati telah ditemui berlumuran darah selepas OKT dilihat keluar daripada rumah lokasi kejadian. Cadangan tentang berlakunya pergaduhan sebagaimana ditegaskan Pembelaan, pada peringkat ini, tidak disokong dengan bukti yang kukuh kerana keterangan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa pergaduhan pernah berlaku antara OKT dan si mati sebelum daripada tarikh kejadian.
64
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan dan berpendapat bahawa OKT mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan terhadap si mati berdasarkan fakta-fakta yang berikut: a) kecederaan yang dialami oleh si mati iaitu kecederaan-kecederaan di bahagian kepala adalah kecederaan-kecederaan yang bersifat maut secara langsung; b) keterangan SP11 bahawa tiada kecederaan ‘defensive’ ditemui pada badan si mati; c) kecederaan-kecederaan yang dialami si mati juga tidak konsisten dengan self infliction, sebagaimana diperjelaskan oleh SP11; d) senjata yang digunakan yang merupakan besi yang berdasarkan keterangan SP2 biasa dilihat di bengkel di tempat SP2 bekerja yang terletak di sebelah rumah SP2; e) motif OKT yang didapati pernah bergaduh dengan si mati kerana OKT sering meminta duit daripada si mati; dan f) juga tindakan OKT sendiri selepas daripada kejadian yang telah membersihkan dan menyembunyikan senjata besi (eksibit P62).
65
Berdasarkan keseluruhan fakta-fakta tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574.
66
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT iaitu: a) bahawa simati dalam pertuduhan telah mati; b) bahawa si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan di bahagian kepala yang dialaminya; c) bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh si mati adalah akibat perbuatan OKT; d) bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574.
67
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan terhadapnya.
68
Pada peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan Pembelaan tidak memanggil mana-mana saksi lain.
69
Keterangan OKT melalui pernyataan bertulis (eksibit D87) serta keterangan lisannya, menyatakan bahawa beberapa hari sebelum kejadian, si mati dan OKT telah bergaduh. Dalam pergaduhan tersebut, si mati telah mengeluarkan kata-kata kesat menghina bangsa dan agama OKT. Si mati dikatakan telah cuba menikam OKT dengan pisau tetapi OKT berjaya menepisnya. Susulan peristiwa tersebut, SP8 telah memisahkan OKT dan dipindahkan ke rumah lain.
70
Selanjutnya, pada 15.2.2021, OKT telah mengambil dadah jenis ais sehingga tidak sedarkan diri dan OKT menjadi khayal. Setelah selesai solat subuh di Masjid Pekan Kota Sarang Semut pada pagi 16.2.2021, OKT terdengar suara menyuruhnya pergi ke rumah si mati iaitu rumah lokasi kejadian. OKT mengambil keputusan pergi ke rumah lokasi kejadian bagi tujuan mengambil barang-barangnya yang masih berada di rumah tersebut. Menurut keterangan OKT, semasa sampai di rumah tersebut, OKT dapati si mati sedang tidur lalu OKT telah menggerakkan si mati supaya bangun. Apabila si mati telah bangun dari tidurnya, OKT memberitahu yang dia hendak mengambil barangnya yang masih tinggal. Si mati dikatakan telah memaki OKT dengan mengatakan ‘Melayu tidak guna’ dan menghina agama OKT. Selepas itu, si mati dikatakan telah mengambil satu besi hijau yang berada di tepi tempat si mati tidur dan menggertak OKT, dan cuba memukul OKT dengan besi hijau tersebut.
71
71.
Preamble
Menurut OKT lagi, dalam keadaan dipengaruhi dadah, OKT telah merampas besi hijau tersebut dan memukul kembali kepala dan badan si mati. Setelah melihat si mati jatuh di tempat tidurnya dengan berlumuran darah, OKT menjadi panik dan melarikan diri. Menurut OKT lagi, semasa itu, si mati masih lagi bernyawa. Besi hijau tersebut bersama kain berwarna maroon telah OKT simpan di tempat seperti yang OKT tunjukkan kepada SP13.
72
OKT bertegas bahawa OKT tiada niat membunuh si mati tetapi bertindak sedemikian akibat provokasi oleh si mati apabila si mati memaki dan menghinanya, yang menyebabkan OKT bertindak memukul si mati menggunakan besi hijau tersebut. OKT turut menegaskan bahawa si mati yang mula-mula menghayunkan besi hijau tersebut tetapi OKT berjaya mengelak dan merampasnya. OKT juga menyatakan bahawa OKT tidak sedar kesan dan akibat perbuatannya kerana berada di bawah pengaruh dadah yang diambilnya sehari sebelum kejadian.
73
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
74
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
75
OKT telah memilih memberi keterangan bersumpah dan secara umumnya pembelaan OKT mengetengahkan fakta bahawa kejadian yang membawa kepada kematian si mati adalah berpunca daripada si mati sendiri yang telah mengakibatkan pergaduhan dan OKT telah menjadi berang dan telah memukul badan dan kepala si mati. Dalam erti kata lain, OKT mengetengahkan pembelaan pergaduhan (sudden fight) yang telah mengakibatkan bangkitan marah yang besar dan mengejut (grave and sudden provocation) di bawah Kecualian 1 dan Kecualian 4 seksyen 300 Akta 574. Di samping itu juga, OKT turut mengetengahkan pembelaan bahawa OKT tidak sedar apa yang dilakukannya akibat daripada marah dan kesan pengaruh dadah yang diambilnya (intoxication), serta turut menegaskan bahawa OKT sebenarnya cuba mempertahankan diri daripada dipukul si mati yang merupakan hak pertahanan persendirian (right of private defence) sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen-seksyen 96 - 106 Akta 574.
76
Dalam pembuktian pembelaan-pembelaan di bawah mana-mana Pengecualian Am yang diperuntukkan di bawah Akta 574, mahupun mana-mana pengecualian khas atau proviso di bawah Akta 574, beban pembuktian adalah terletak kepada pihak Pembelaan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 105 Akta 56. Beban pembuktian yang perlu dibuktikan oleh Pembelaan adalah atas imbangan kebarangkalian.
77
Mahkamah ini perlu meneliti setiap fakta yang dikemukakan pada kedua-dua peringkat perbicaraan dalam menentukan sama ada tindakan OKT boleh dikategorikan di bawah mana-mana pengecualiaan yang diperuntukkan undang-undang. Dalam kes ini pembelaan-pembelaan yang diketengahkan melibatkan hak pertahanan persendirian, intoxication, pembelaan berlakunya pergaduhan (sudden fight) dan juga wujudnya bangkitan marah yang besar dan mengejut (grave and sudden provocation).
78
Pertamanya, Mahkamah akan meneliti berkenaan hak mempertahankan diri yang dihujahkan oleh Pembelaan. Perlu diingat bahawa pembelaan hak pertahanan persendirian merupakan pembelaan mutlak (complete defence). Mahkamah Persekutuan dalam kes Mickelson Gerald Wayne v Public Prosecutor [2022] 6 MLJ 118 telah memperjelaskan pemakaian pembelaan hak pertahanan persendirian ini dalam keputusannya seperti yang berikut: “THE RIGHT TO PRIVATE DEFENCE [16] Historically speaking, from the existence of mankind, the right to protect one’s person, one’s family and property was accepted as an inherent right of every human being. This right was closely tied to one’s honour, dignity and the right to life. Protecting oneself or others from harm is a basic human instinct propelled by a primary impulse in the law of nature for the right to self-preservation. Seen in this way, many see self-preservation as the most basic and fundamental natural right that any individual may possess far eclipsing other basic rights. [17] It is therefore not surprising that the right of self-preservation has been given due recognition by law in almost all civilised jurisdictions. This right of self-preservation, or self-defence, or, as characterised in our Penal Code, the right of private defence, arises when the State apparatus, whose duty it is to protect all and maintain law and order, is unable or unavailable to protect an individual who is faced with imminent danger of himself or his property. The utilitarian philosophy of ‘kill or be killed’ may come leaping to mind and is perhaps not out of place. There are, of course, limits to the exercise of such a right to prevent its abuse especially when it could become a pretext for a disproportionately vicious response. [18] Our Penal Code covers this right of private defence quite extensively with ten provisions from ss 96 to 106… [19] These provisions clearly provide that the right of private defence, or self-defence in ordinary parlance, is a complete defence. However, in order for this defence to bite, there must exist certain circumstances which are again subject to certain limitations. The first of these circumstances is that the right only arises when an offence against the human body is being committed against the person’s own body or the body of another person (s 97(a) of the PC). We are not here concerned with the right to protect property. The second circumstance for the right to apply is that there must have been no time to have recourse to the protection of the public authorities (s 99(3) of the PC). [20] Now, of course, the presence of these circumstances is further circumscribed by two limitations. The first is that the right of private defence will not extend to the case where more harm than necessary is inflicted for the purpose of the defence (s 99(4) of the PC). The second limitation is that the right of private defence only commences when there is reasonable apprehension of danger to the body (s 102 of the PC). The right dissipates when there is no longer any such apprehension of danger.”. [penekanan ditambah]
79
Berdasarkan keputusan kes Mickelson Gerald Wayne v Public Prosecutor (supra) di atas, hak tersebut hanya wujud sekiranya wujudnya ancaman terhadap tubuh badan dan tidak wujudnya peluang untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak berkuasa awam (there must have been no time to have recourse to the protection of the public authorities). Selain itu hak tersebut juga ‘will not extend to the case where more harm than necessary is inflicted for the purpose of the defence’ di bawah subseksyen 99(4) Akta 574. Hak tersebut juga hanya bermula apabila wujudnya kebimbangan yang munasabah terhadap bahaya ke atas tubuh badan, dah hak tersebut luput sebaik sahaja tiada lagi wujudnya kebimbangan atas bahaya tersebut (rujuk kes Public Prosecutor v Ngoi Ming Sean [1982]
80
Berbalik kepada kes terhadap OKT ini, keterangan OKT sendiri menyatakan bahawa OKT telah merampas besi hijau tersebut daripada si mati dan kemudiannya OKT telah memukul kepala dan badan si mati. Berdasarkan keterangan OKT ini sendiri, jikapun berlakunya pergaduhan sebagaimana didakwa OKT, namun begitu, sebaik sahaja besi tersebut berjaya dirampas oleh OKT, tidak lagi wujud ancaman atau kebimbangan atas bahaya yang mungkin dilakukan terhadap OKT.
81
Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa hak pertahanan persendirian hilang atau luput apabila ancaman atau bahaya (imminent danger) tidak lagi wujud. Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Ngoi Ming Sean (supra) di mukasurat 25: “The Penal Code provides that nothing is an offence which is done in the exercise of the rightof private defence of a person's body. But there is no such right where the person has time to seek the protection of the public authorities. Nor will this right of private defence extend to the inflicting of more harm than is necessary for the purpose ofdefence. Subject to these limitations the right of private defence of the body extends even to the voluntary causing of death or any other harm to the assailant if the person who exercises his right of private defence is under a reasonable apprehension thatdeath or grievous hurt would be caused to him by the assailant. The right of private defence commences as soon as there is reasonable apprehension of danger to the body and this right continues so long as such apprehension of danger continues. (See sections 96 to 102 of the Penal Code). And it goes without saying that the right of private defence ceases and is not available when there is no more apprehension of danger to the body.”. [penekanan ditambah]
82
Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan melalui keterangan OKT sendiri yang menunjukkan bahawa OKT telah merampas besi hijau tersebut daripada si mati, jelas tiada lagi wujudnya ancaman atau bahaya kepada nyawa OKT. Tambahan pula fakta bahawa si mati telah mati akibat kecederaan benda tumpul di kepalanya yang mana kecederaan tersebut merupakan kecederaan yang teruk, menunjukkan bahawa tindakan OKT memukul kepala si mati adalah satu tindakan yang pada pendapat Mahkamah ini, telah mengakibatkan lebih keburukan dari yang sepatutnya bagi tujuan mempertahankan diri (more harm than is necessary for the purpose of defence) kerana senjata yang dikatakan digunakan si mati sudah tiada lagi pada genggamannya. Dalam kes Public Prosecutor v Ngumbang ak Abang and another appeal [2024] 4 MLJ 796, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[27] In the course of exercising the right of the private defence, the law stipulated the conditions which described the parameter and the terms of the extension of the right. First, sub-s 99(4) of the PC sets a condition that the right of private defence does not extends to the inflicting of more harm than is necessary for the purpose of defence. This provision clearly envisages a case that where the right of private defence exists, there is a perimeter within which the defence must operate.” [penekanan ditambah] Sehubungan itu, berdaskan fakta-fakta dan nas undang-undang di atas, jelas pembelaan hak pertahanan persendirian tidak terpakai kepada OKT bagi kes ini.
83
Selanjutnya, pembelaan utama OKT adalah berlakunya pergaduhan (sudden fight) dan juga bangkitan marah yang besar dan mengejut (grave and sudden provocation). Pembelaan ini diperuntukkan di bawah kecualian 1 dan kecualian 4 kepada seksyen 300 Akta 574. Pengecualian-pengecualian tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: “Exception 1 - Culpable homicide is not murder if the offender, whilst deprived of the power of self control by grave and sudden provocation, causes the death of the person who gave the provocation, or causes the death of any other person by mistake or accident. … Exception 4 - Culpable homicide is not murder if it is committed without premeditation in a sudden fight in the heat of passion upon a sudden quarrel, and without the offender having taken undue advantage or acted in a cruel or unusual manner.”
84
Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT berkenaan pembelaan-pembelaan ini. Mahkamah ini akan membincangkan kedua-dua pembelaan secara bersama memandangkan fakta-fakta yang dikemukakan berkenaan pembelaan-pembelaan ini adalah berkait.
85
OKT dalam keterangannya menyatakan bahawa si mati telah memaki OKT dengan menyatakan ‘Melayu tak guna’ dan menghina agama OKT. Akibat daripada tindakan si mati tersebut, telah berlakunya pergaduhan antara si mati dan OKT. Namun begitu, pihak Pembelaan tidak mengemukakan apakah sebenar-benarnya ayat yang digunakan oleh si mati yang dikatakan telah mengakibatkan pergaduhan sekaligus mengakibatkan bangkitan marah OKT tersebut. Kenyataan dalam pernyataan bertulis OKT (eksibit D87) hanyalah berbentuk umum dan langsung tidak menjelaskan apakah kata-kata yang diungkapkan oleh si mati kepada OKT.
86
Ujian bagi menentukan sama ada kata-kata yang diungkapkan oleh si mati mampu atau tidak menimbulkan bangkitan mara yang besar dan mengejut adalah sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Surbir Gole [2017] 1 MLJ 549, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[33] In the case of Lorensus Tukan v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 251; [1988] 1 CLJ 143; [1988] 1 CLJ Rep 162, referred to by the Federal Court in Che Omar’s case, Seah SCJ, in delivering the judgment of the Supreme Court said: The test of ‘grave and sudden’ provocation is whether a reasonable man, belonging to the same class of society as the accused, placed in the situation in which the accused was placed would be so provoked as to lose his self-control (see Nanavati v State of Maharashtra AIR [1962] SC 605, 530).” [penekanan ditambah]
87
Berpandukan ujian dinyatakan dalam kes tersebut di atas, adalah pada pendapat Mahkamah ini, hanya dengan kata-kata ‘Melayu tak guna’ tidak mampu untuk menimbulkan suatu bangkitan marah yang besar dan mengejut. Penghinaan terhadap agama OKT juga hanyalah pernyataan secara umum, yang pada pendapat Mahkamah ini juga, tidak mencukupi untuk menyokong fakta bahawa akibat daripada kata-kata diungkapkan oleh si mati telah mampu menimbulkan suatu bangkitan marah yang besar dan mengejut.
88
Di samping itu juga, Pembelaan turut menghujahkan bahawa wujudnya pergaduhan antara si mati dan OKT pada pagi kejadian. Namun begitu berdasarkan keterangan SP2, apa yang beliau dengar hanyalah suara orang menjerit dan suara tersebut adalah suara OKT. SP2 mengenali OKT sebagai penghuni rumah tempat kejadian sebelum OKT dipindahkan keluar dari rumah tersebut. Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa sekiranya berlaku pergaduhan, pastinya terdapat bunyi pergaduhan dan jika dikatakan si mati yang telah memaki dan menghina OKT, maka sepatutnya suara si matilah yang sepatutnya kedengaran. Dalam hal ini, Mahkamah ini juga berpendapat bahawa OKT telah gagal mengemukakan keterangan yang menunjukkan wujudnya suasana pergaduhan (sudden fight).
89
Selain itu juga, Pembelaan turut mengetengahkan pembelaan bahawa OKT tidak sedar dan tidak mengetahui apa yang dilakukannya. Secara ringkas, OKT ingin menimbulkan pembelaan ‘intoxication’ yang diakibatkan daripada pengaruh dadah yang diambil OKT sehari sebelum kejadian, iaitu pembelaan di bawah seksyen 85 Akta 574. Seksyen tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: “Section 85. Intoxication when a defence.
1
Save as provided in this section and in section 86, intoxication shall not constitute a defence to any criminal charge.
2
Intoxication shall be a defence to any criminal charge if by reason thereof the person charged at the time of the act or omission complained of did not know that such act or omission was wrong or did not know what he was doing and-
a
the state of intoxication was caused without his consent by the malicious or negligent act of another person; or
b
the person charged was by reason of intoxication insane, temporarily or otherwise, at the time of such act or omission.”
90
Selanjutnya, seksyen 86 Akta 574 pula memperuntukkan seperti yang berikut: “Section 86. Effect of defence of intoxication when established.
1
Where the defence under subsection 85(2) is established, then in a case falling under paragraph (a) thereof the accused person shall be acquitted, and in a case falling under paragraph
b
(b), the provisions of section 84 of this Code, sections 347 and 348 of the Criminal Procedure Code [Act 593] shall apply.
2
Intoxication shall be taken into account for the purpose of determining whether the person charged had formed any intention, specific or otherwise, in the absence of which he would not be guilty of the offence.
3
For the purpose of this and the preceding section "intoxication" shall be deemed to include a state produced by narcotics or drugs.”
91
Nas undang-undang utama bagi pembelaan ‘intoxication’ ini boleh dilihat melalui keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kenneth Fook Mun Lee v Public Prosecutor [2007] 2 MLJ
130
Dalam kes tersebut, telah diputuskan seperti yang berikut: “Putting aside cl (d) for the moment, it is trite law that intention may be inferred from the known relevant facts and on the totality of the surrounding circumstances. Thus, in our view where intoxication is in issue the process of determining the state of mind of an accused person at the time of commission of the offence for which he is charged should be by way of inferences from the known relevant facts and on the totality of the surrounding circumstances including his conduct at the material time and taking into account the evidence of his intoxicated state and not by way of ‘ascertaining the existence of intention where intoxication is in issue, that is to say, whether such a determination must first be made without taking intoxication into consideration’. In other words, the application of s 86(2) entails that if there is evidence of intoxication before a trial judge, he should take such fact into account and to determine whether it is weighty enough to leave him with a reasonable doubt about the accused’s guilty intent. Section 86(2) and hence intoxication, in our view, should not be construed as providing an unqualified exception or excuse for an offence which requires intention, specific or otherwise. Indeed, the provision only stipulates that where intent, specific or otherwise, is an essential element of a particular offence, evidence of the state of drunkenness rendering the accused incapable of forming such intent should be taken into consideration in order to determine whether he had in fact formed the intent necessary to commit the particular crime. If he was so drunk at the material time that he was incapable of forming the intent required he would not be convicted of the crime which could only be committed with the required intent, specific or otherwise.”. [penekanan ditambah]
92
Berdasarkan keputusan kes Kenneth Fook Mun Lee (supra) di atas, fakta bahawa OKT berada dalam keadaan mabuk (intoxicated) merupakan satu fakta yang perlu diambilkira oleh Mahkamah bagi menentukan niat semasa melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan. Dan bagi menentukan keadaan mabuk OKT sebagaimana dihujahkan Pembelaan telah menjadikan OKT gila semasa kejadian, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menilai keseluruhan keterangan dikemukakan sama ada wujud fakta yang dapat membuktikan dakwaan tersebut.
93
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan-keterangan dikemukakan oleh OKT dan juga saksi-saksi Pendakwaan. Walaupun Mahkamah ini tidak menafikan bahawa berdasarkan keterangan SP15, beliau mendapati bahawa semasa SP15 hendak merakam percakapan OKT, SP15 mendapati OKT memberikan keterangan tidak betul kerana berada di dalam pengaruh dadah. Namun begitu, keterangan SP8 yang telah menemui dan membawa OKT ke balai selepas daripada kejadian, telah menyatakan bahawa semasa beliau menemui OKT, beliau dapati OKT berjalan laju. Selanjutnya apabila ditanya oleh SP8 hendak ke mana, OKT telah menjawab yang dia hendak ke seberang jalan.
94
Selain itu juga, berdasarkan keseluruhan keterangan bertulis dan juga pemerhatian Mahkamah semasa OKT memberikan keterangan lisan di Mahkamah ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT sedar apa yang berlaku pada hari kejadian. Keterangan OKT dalam pernyataan bertulis dan keterangan lisannya telah menjelaskan tentang keadaan rumah lokasi kejadian, tentang keberadaan si mati semasa berada di dalam rumah, dakwaan tentang bagaimana pergaduhan berlaku dan tindakan OKT yang dikatakan diambil semasa pergaduhan tersebut, tindakan OKT membersihkan dan menyembunyikan besi hijau tersebut, serta fakta-fakta yang membawa kepada penemuan barang kes iaitu besi hijau dan tuala maroon, secara keseluruhannya menunjukkan bahawa OKT sedar apa yang berlaku, walaupun atas dakwaan OKT sedang dlm pengaruh dadah.
95
Selanjutnya, dalam pernyataan bertulisnya juga, OKT menyatakan bahawa dia telah mendengar suara yang menyuruhnya ke rumah lokasi kejadian tetapi selanjutnya OKT menyatakan bahawa OKT telah ke rumah lokasi kejadian untuk mengambil barang-barangnya yang masih tinggal di rumah tersebut. Fakta mendengar suara dengan fakta OKT membuat keputusan untuk pergi ke rumah tersebut untuk mengambil barangnya yang masih tinggal merupakan dua keterangan yang bercanggah. Pada awalnya OKT seolah-olah hendak mengetengahkan bahawa dia menjadi gila apabila mendengar suara menyuruhnya ke rumah lokasi kejadian. Akan tetapi, selepas itu OKT menyatakan yang dia membuat keputusan ke rumah lokasi kejadian untuk mengambil barang-barangnya yang masih tinggal. Kedua-dua fakta ini menunjukkan dua keadaan mental yang berbeza yang mana pada pendapat Mahkamah ini, kewujudan suara yang dikatakan oleh OKT adalah suatu yang tidak berlaku. Sebaliknya apa yang berlaku adalah, OKT membuat keputusan untuk ke rumah lokasi kejadian dalam keadaan OKT sedar tindakannya itu. Tambahan pula, keterangan lanjut OKT turut menyatakan bahawa apabila OKT mengejutkan si mati dari tidur, OKT telah memaklumkan yang dia hendak mengambil barang-barangnya yang masih tinggal, yang selaras dengan tujuan asal OKT ke rumah tersebut. Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa berdasarkan fakta-fakta yang telah dinyatakan di atas, walaupun semasa kejadian OKT berada di bawah pengaruh dadah, tetapi keadaan mental OKT ketika itu tidak sampai kepada menjadi gila, dan OKT sedar serta mengetahui apa yang dilakukannya.
96
Selain itu juga, keterangan OKT dalam pernyataan bertulisnya sendiri (eksibit D87) adalah bercanggah dengan keterangannya semasa disoal balas oleh pihak Pendakwaan. Dalam pernyataan bertulisnya (eksibit D87), OKT sendiri telah menyatakan bahawa OKT telah menyimpan besi hijau yang digunakan untuk memukul si mati bersama kain maroon di tempat seperti yang ditunjukkan kepada SP13, yang mana berdasarkan keterangan SP13, setelah soal siasat dijalankan ke atas OKT, OKT telah memandu arah SP13 dan hasilnya telah menemui satu batang besi hijau dan satu helai tuala. Sedangkan dalam keterangan OKT semasa disoal balas, OKT menyatakan bahawa OKT telah dipukul dan besi hijau tersebut telah ditemui oleh anggota polis sendiri dan bukannya seperti yang ditunjuk olehnya. Percanggahan ket OKT ini sekaligus menunjukkan bahawa keterangan OKT di Mahkamah ini adalah merupakan rekaannya semata-mata.
97
Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan pembelaan dan juga keterangan-keterangan yang telah dikemukakan pada peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan dikemukakan OKT ini hanyalah satu penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata. Ini kerana berdasarkan fakta kes yang dinaratifkan pada peringkat Pendakwaan, jelas tindakan-tindakan OKT menunjukkan bahawa beliau sedar dan mengetahui apa yang dilakukan.
98
Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan juga, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan telah gagal membuktikan wujudnya pembelaan-pembelaan yang diketengahkan atas imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan dengan itu Mahkamah ini mensabitkan OKT atas pertuduhan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Akta 574.
99
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
100
Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah]
101
Berdasarkan hujahan mitigasi, dinyatakan bahawa OKT kini berumur 39 tahun. OKT telah menyatakan keinsafan dan kekesalannya atas perbuatan dilakukan dan berjanji untuk tidak melakukan kesalahan yang sama apabila dibebaskan dari penjara. Pembelaan memohon Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan, dan tidak menjatuhkan hukuman mati walaupun Mahkamah ini mempunyai budibicara dalam menentukan hukuman yang sesuai. Turut dihujahkan bahawa kesalahan ini adalah kesalahan pertama OKT dan OKT tiada rekod kesalahan lain. OKT telah memberikan kerjasama dengan pihak polis serta tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pihak penjara. Pihak Pembelaan secara spesifik memohon Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh 30 tahun dan 12 sebatan.
102
Dalam hujahan pemberatan hukumannya, pihak Pendakwaan memohon Mahkamah ini untuk menjatuhkan hukuman maksimum yang mungkin terhadap OKT kerana kesalahan dilakukan OKT adalah satu kesalahan serius yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa. Pihak Pendakwaan juga memohon Mahkamah ini untuk mempertimbangkan kepentingan awam dan menuntut hukuman berat dikenakan terhadap OKT. Turut dihujahkan bahawa kesalahan terhadap OKT telah dibuktikan secara perbicaraan penuh dengan seramai 15 orang saksi telah dipanggil. Pendakwaan turut menegaskan bahawa semasa kesalahan dilakukan, OKT adalah seorang yang di bawah pengawasan di bawah Akta 297. Secara spesifik, pihak Pendakwaan memohon supaya OKT dijatuhi hukuman mati.
103
Budibicara menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah yang membicarakan. Sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 183 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], apabila seseorang itu disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (sentence according to law). Di dalam kes Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa: “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” Berpandukan kepada kes di atas, budibicara tersebut hendaklah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan.
104
Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT, Mahkamah ini telah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor peringanan hukuman yang dihujahkan oleh pihak Pembelaan dan juga faktor-faktor pemberatan hukuman yang telah dihujahkan oleh pihak Pendakwaan.
105
Mahkamah ini telah mempertimbangkan faktor bahawa OKT merupakan seorang pesalah kali pertama dalam menentukan hukuman yang bersesuaian terhadapnya, sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1
106
Namun begitu, bagi kesalahan berat seperti yang dipertuduhkan terhadap OKT ini, kepentingan awam adalah satu faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Sebagaimana diputuskan di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote apassage from the judgment of Hilbery J. inRex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:– "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.".” [penekanan ditambah]
107
Setelah Mahkamah ini mempertimbangkan hujahan mitigasi dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak Pembelaan dan Pendakwaan dan juga setelah Mahkamah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes ini serta bahawa Akta 846 yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan juga sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini adalah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan berdasarkan kepada alasan-alasan seperti yang berikut: a) fakta bahawa OKT telah pergi ke rumah lokasi kejadian yang merupakan rumah diduduki si mati dan telah mengakibatkan kematian si mati dalam keadaan si mati sedang tidur; b) fakta tentang senjata yang digunakan dan tempat di mana kecederaan dilakukan iaitu di bahagian kepala yang mana telah mengakibatkan kecederaan teruk yang menjadi punca kematian si mati; c) tindakan OKT yang cuba menyembunyikan senjata besi digunakan dan cuba melarikan diri; d) kesalahan telah dilakukan OKT semasa OKT dalam pengawasan di bawah Akta 297, yang menunjukkan bahawa OKT telah menaiktarafkan dirinya dengan melakukan kesalahan yang lebih berat; dan e) bahawa sepanjang perbicaraan, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT tidak langsung menunjukkan sebarang sifat keinsafan mahupun kekesalan atas tindakan yang dilakukannya, di mana semasa prosiding perbicaraan dijalankan pada 5.3.2025, OKT didapati dalam keadaan khayal yang dipercayai akibat pengambilan dadah dalam penjara, sekaligus menunjukkan bahawa OKT langsung tidak menunjukkan sebarang niat mahupun usaha untuk memperbaiki dirinya.
108
Sehubungan itu, berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, pada pendapat Mahkamah, ini merupakan suatu kes berkecuali (exceptional case) yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT bagi pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. Bertarikh : 8 Oktober 2025. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah. Timbalan Pendakwa Raya : Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang, Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT : Rafidi bin Mohamad
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.