SP7 terus berusaha melarikan diri untuk keluar dari bilik sejuk tersebut sambil dikejar oleh OKT dengan parang. SP7 yang dalam keadaan panik terus berlari sambil menjerit meminta ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 16 | 43 bantuan. SP7 akhirnya berjaya keluar dari bilik sejuk dan beliau nampak OKT juga keluar dari bilik sejuk, OKT lalu mengambil motosikal yang terletak di luar pintu dan OKT membuang senjata parang tersebut. [36] OKT tinggal di rumah tempat kejadian bersama-sama Si Mati dan SP7 sebelum dan semasa kejadian. Sepanjang tempoh ketiadaan Si Mati iaitu sebelum dia dijumpai di dalam bilik sejuk, tiada keterangan bahawa terdapat orang lain yang masuk ke bilik sejuk selain seorang pelanggan yang datang dalam tempoh yang sekejap. Kredibiliti SP7 [37] Semasa kejadian, SP7 merupakan seorang kanak-kanak berumur 14 tahun dan semasa memberi keterangan beliau telah berumur 19 tahun. Walaupun peristiwa kematian ibunya amat menyayat hati tetapi SP7 telah dapat menceritakan apa yang beliau alami pada hari tersebut dengan baik. [38] Mahkamah mendapati beliau hanya menceritakan apa yang sebenarnya dialami dan bukannya menambah cerita atau mereka-reka cerita. Setelah memerhati dan melihat demeanour beliau sepanjang memberi keterangan, Mahkamah berpuas hati bahawa SP7 merupakan seorang saksi yang boleh dipercayai. ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 17 | 43 Apakah motif OKT membunuh Si Mati? [39] Ketiadaan motif bukanlah halangan untuk membuat penemuan bersalah. Ini telah dinyatakan di dalam kes Public Prosecutor v. Hassan bin Hj Ali Basri [2014] 7 MLJ 153, seperti berikut: “Absence of motive is generally not relevant in law for the reason that motive is not an ingredient of criminal offences. However, evidence of motive is admissible under s. 8 of the Evidence Act 1950 as motive can provide corroborative evidence.”. [40] Selanjutnya di dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v. Public Prosecutor and Anor [2017] MLJU 257 di mana rujukan telah dibuat kepada Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes, With List of Malaysian Cases (24th Edition) di mukasurat 1391 seperti berikut: “[161] Ratanlal & Dhirajlal’s, Law of Crimes, With List of Malaysian Cases, (24th edn.) vol. 2, p. 1391 summarises the law on motive in the following words: “158. Motive is the ultimate end which a person hopes to achieve whereas intention is the immediate effect of his act. Motive is something which prompts a person to form an intention. The motive behind a crime is a relevant fact on which evidence can be given. Absence of motive is also a circumstance which is relevant for assessing the evidence. Proof of motive satisfies the judicial mind about the authorship of the crime but the absence does not ipso facto result in the acquittal of the accused. Motive is not a sine qua non to prove the case of the prosecution. Absence of proof only demands deeper forensic search and cannot undo the effect of evidence if otherwise is reliable and sufficient.” ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 18 | 43 [162] In Molu v. State of Haryana AIR [1976] SC 2499, the Indian Supreme Court aptly observed: It is well settled that where the direct evidence regarding the assault is worthy of credence and can be believed, the question of motive becomes more or less academic. Sometimes, the motive is clear and can be proved and sometimes, however, the motive is shrouded in mystery and it is very difficult to locate the same. If, however, the evidence of eye witnesses is creditworthy and is believed by the court which has placed implicit reliance on them, the question whether there is any motive or not becomes wholly irrelevant. [163] The Court of Appeal in Abdul Samid Edward v. PP [2015] 4 CLJ 149 made similar remarks which read: Although motive was an important element to look out for when relying on circumstantial evidence to convict an accused, it was not in our view, an absolute must, in the sense that, an absence of an established “motive” would exculpate the accused from the charge proffered against him, notwithstanding all other evidence which points to the accused being guilty of the crime charged. [164] Similarly, Sinha J in Atley v. State of Uttar Pradesh AIR [1955] SC 807, 810 stated: Where there is clear proof of motive for the crime that lends additional support to the finding of the court that the accused was guilty but the absence of clear proof of motive does not necessarily lead to the contrary conclusion. If the prosecution has proved by clear evidence that the appellant had reasons of his own for getting his first wife out of the way, that would have lent additional assurance to the circumstantial evidence pointing to his guilt. But the fact that the prosecution has failed to lead such evidence has this effect only that, the other evidence bearing on the guilt of the accused has to be very closely examined. ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 19 | 43 [165] We wholly endorse the observations made above in that motive is an important factor but not an ingredient of an offence to be proved in cases which turn on circumstantial evidence as in the present case. That said, it does not mean that where evidence of motive is vague, non-existent or not clear, an accused is exculpated provided there is sufficient evidence pointing to his guilt.”. [41] Berdasarkan perbincangan di dalam kes di atas, dapat difahami bahawa motif bukanlah elemen yang perlu dibuktikan dalam suatu kesalahan bagi kes-kes yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, walaupun motif itu penting. Pihak pendakwaan boleh mendapatkan sabitan yang sah walaupun tanpa mengemukakan bukti mengenai motif. Ia hanya boleh membantu untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada. [42] Setelah menilai semua keterangan yang ada, Mahkamah mendapati keadaan-keadaan berikut jika dipertimbangkan secara kolektif membolehkan Mahkamah ini membuat beberapa inferens yang munasabah dan menjurus kepada satu kesimpulan bahawa OKT sendiri yang bertanggungjawab terhadap kematian Sia Seok Nee. [43] Keterangan SP7 bahawa beliau melihat melalui rakaman CCTV bahawa Si Mati masuk ke dalam bilik sejuk pada jam 3.00 pm hari yang sama. Selanjutnya Keterangan SP9 bahawa Si Mati ada berbual dengannya, kemudiannya OKT memanggil Si Mati. SP9 mengakui bahawa dia tidak melihat Si Mati masuk ke dalam bilik sejuk. [44] Keterangan SP10 mengesahkan bahawa pembayaran gaji OKT diuruskan oleh Si Mati. Pihak pembelaan mencadangkan bahawa terdapat tunggakan gaji OKT sebanyak RM20,000.00 yang masih belum dibayar oleh pihak Syarikat. ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 20 | 43 [45] Mengenai isu gaji tertunggak yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, Mahkamah berpendapat ianya satu isu yang tidak memuaskan hati OKT tambahan pula dia bercadang untuk balik ke Indonesia bagi menyambut Krismas yang hanya tinggal 6 hari sahaja lagi dari tarikh kejadian. OKT juga berhasrat untuk meraikan hari jadi anaknya, maka inferens yang dapat dibuat bahawa motif pembunuhan adalah akibat rasa tidak puas hati kerana gajinya sejumlah RM20,000.00 masih dipegang oleh majikan / syarikat dan gaji tersebut diuruskan oleh Si Mati. [46] Mahkamah perturunkan keterangan SP10 semasa pemeriksaan balas mengenai gaji OKT di mana beliau mengesahkan gaji OKT diuruskan oleh Si Mati, keterangannya seperti berikut: “PB: Berapa gaji Jonathan? SP10: Gaji akhir adik perempuan saya yang uruskan. Saya sudah lupa gaji dia. Kena tengok, Jonathan makan dengan kita atau makan sendiri. PB: Put - Gaji Jonathan dijanjikan oleh Syarikat sebanyak RM1600 sebulan. SP10: Saya tak pasti sebab adik yang uruskan. PB: Put – Jonathan hanya terima RM900 sahaja. SP10: Saya tidak tahu. Dia ada ambil RM50, RM50. PB: Put – setakat Disember 2018, ada tunggakan gaji RM20,000 terhadap Jonathan. SP10: Tak setuju PB: Put – Jonathan beritahu kamu pada Disember 2018 dia hendak pulang ke Indonesia untuk raikan harijadi anaknya. SP10: Tidak. ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 21 | 43 PB: Adakah kamu memohon permit kerja untuk Jonathan? SP10: Tidak.”. [47] SP7 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau hendak masuk ke bilik sejuk untuk mencari ibunya tetapi OKT mengarahkannya membuat kerja yang lain di luar bilik sejuk. Berdasarkan keterangan SP7 ini, inferens yang wajar dan adil bahawa OKT mengarahkan SP7 membuat kerja yang lain seolah-olah menghalang SP7 masuk ke bilik sejuk kerana OKT hendak mengelakkan SP7 menemui Si Mati dan OKT juga hendak menyembunyikan penglibatannya dalam kecederaan yang dialami oleh Si Mati. [48] Selanjutnya apabila SP7 dan Sia Yung Jern masuk ke dalam bilik sejuk dan menemui Si Mati dalam keadaan berlumuran darah di satu sudut yang gelap, kemudian mereka berdua diserang oleh OKT dengan parang hingga menyebabkan mereka berdua mengalami cedera parah. [49] Berdasarkan perbuatan OKT yang menyebabkan kecederaan parah kepada SP7 dan Sia Yung Jern, jelas menunjukkan motif OKT hendak menyembunyikan rahsianya yang telah membunuh Si Mati dan sekali gus OKT hendak menghapuskan / membunuh SP7 dan Sia Yung Jern. SP7 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau mendengar OKT berkata “semua pergi mati” semasa mencederakan mereka berdua. [50] Inferens yang boleh dibuat daripada tindakan OKT yang telah mencederakan SP7 dan Sia Yung Jern bahawa dia juga sebenarnya telah menetak Si Mati dan tindakannya yang secara tiba-tiba menyerang dan menetak SP7 dan Sia Yung Jern adalah untuk menutup perbuatannya yang telah menetak Si Mati. ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 22 | 43 [51] Si Mati ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di bawah rak tempat penyimpanan barang-barang sejuk beku. Pihak pembelaan ada mencadangkan kepada SP8 bahawa ada kemungkinan Si Mati dicederakan ditempat lain dan kemudian di bawa ke situ. [52] Mahkamah berpendapat cadangan tersebut tidak bermerit kerana meneliti gambar bilik sejuk tersebut dan berdasarkan keterangan SP7 bahawa pintu untuk masuk dan keluar bilik sejuk tersebut adalah menggunakan pintu yang sama. Jika Si Mati dicederakan di luar bilik sejuk, kemudian dibawa masuk ke dalam, maka sudah tentulah perbuatan itu boleh dilihat oleh SP7 dan Sia Yung Jern kerana pada masa yang material mereka berada di luar bilik sejuk. Selain itu akan terdapat kesan darah di kawasan luar bilik sejuk. [53] Berdasarkan keterangan yang ada, satu inferens yang munasabah dapat dibuat bahawa terdapat kaitan antara kematian Si Mati dengan tindakan OKT seperti dinyatakan di atas. [54] SP9 mengesahkan bahawa beliau mendengar OKT ada memanggil Si Mati. Walaupun SP9 tidak tahu ke mana Si Mati pergi selepas dipanggil oleh OKT tetapi fakta bahawa Si Mati dijumpai di dalam bilik sejuk tidak lama selepas Si Mati dipanggil oleh OKT membolehkan inferens yang munasabah dibuat bahawa Si Mati telah masuk ke dalam bilik sejuk dan menemui kematiannya di tangan OKT semasa Si Mati dan OKT berada di dalam bilik sejuk tersebut, maka teori “last seen person” adalah terpakai dalam kes ini. [55] Mengenai teori “last seen person”, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Rakesh Kumar ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 23 | 43 Thangagrajoo lwn PP [2017] 1 LNS 502 yang membincangkan konsep tersebut dan menyatakan seperti berikut: “Kami juga bersetuju dengan penghujahan Timbalan Pendakwa Raya berkenaan dengan pemakaian konsep “last seen together” seperti mana diputuskan dalam kes Ashok v. State of Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393. Dalam kes ini, Mahkamah Agung di India telah memutuskan seperti yang berikut: The “last seen together” theory has been elucidated by this Court in Trimukh Marotiu Kirkan v. State of Maharashtra, [2006] 10 SCC 106, in the following words: Where an accused is alleged to have committed the murder of his wife and the prosecution succeeds in leading evidence to show that shortly before the commission of crime they were seen together or the offence takes place in the dwelling home where the husband also normally resided, it has been consistently held that if the accused does not offer any explanation how the wife received injuries or offers an explanation which is found to be false, it is a strong circumstance which indicates that he is responsible for the commission of the crime. Thus, the doctrine of last seen together shifts the burden of proof on the accused, requiring him to explain how the incident had occurred. Failure on the part of the accused to furnish any explanation in this regard, would give rise to a very strong presumption against him.”. [56] Pemakaian prinsip "last seen together" terhadap fakta-fakta di sini bermaksud bahawa pendakwaan dikecualikan daripada perlu membuktikan kejadian yang tepat kerana OKT sendiri mempunyai pengetahuan khas mengenai kejadian tersebut dan dia akan menanggung beban pembuktian. [57] Mahkamah berpendapat, jika tiada motif yang jelas dapat ditunjukkan di dalam kes ini, ianya tidak prejudis kepada kes pendakwaan kerana semua bukti, walaupun bersifat mengikut keadaan, menunjukkan satu dan hanya satu kesimpulan, iaitu OKT ALASANPENGHAKIMANPP v s JONATHANSIHOTANG - P a g e 24 | 43 adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Si Mati. [58] Keterangan SP7 dan SP9 bahawa OKT telah melarikan diri dengan menggunakan motosikal yang berada di luar bilik sejuk selepas OKT mengejar SP7 dengan menggunakan parang. Tindakan-tindakan OKT yang berikut dengan jelas menunjukkan bahawa OKT telah menyebabkan kecederaan parah kepada Si Mati hingga membawa kepada kematiannya: