Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.:BA-12B-54-06/2024
BA-12B-56-06/2024
High Court of Malaysia10 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Sebab itulah jika berlaku kemalangan dengan kenderaan yang melanggari peraturan lalulintas, maka pelanggaran tersebut adalah bukti prima facie kecuaian pihak tersebut. (CANNING v. R [1924] NZLR 118; [1923] GLR 595; GRAVES v. WALCOM [1926] SASR 34; COLEMAN v. HOGG [1931] NZLR 513, GLR 185; DOMINION AIRLINES LTD v. STRAN”
“dinyatakan: [17] Sebab itulah jika berlaku kemalangan dengan kenderaan yang melanggari peraturan lalulintas, maka pelanggaran tersebut adalah bukti prima facie kecuaian pihak tersebut. (CANNING v. R [1924] NZLR 118; [1923] GLR 595; GRAVES v. WALCOM [1926] SASR 34; COLEMAN v. HOGG [1931] NZLR 513, GLR 185; DOMINION AIRL”
“ngan dengan kenderaan yang melanggari peraturan lalulintas, maka pelanggaran tersebut adalah bukti prima facie kecuaian pihak tersebut. (CANNING v. R [1924] NZLR 118; [1923] GLR 595; GRAVES v. WALCOM [1926] SASR 34; COLEMAN v. HOGG [1931] NZLR 513, GLR 185; DOMINION AIRLINES LTD v. STRAND [1933] NZLR 1, GLR 22; HENWOOD”
“ggari peraturan lalulintas, maka pelanggaran tersebut adalah bukti prima facie kecuaian pihak tersebut. (CANNING v. R [1924] NZLR 118; [1923] GLR 595; GRAVES v. WALCOM [1926] SASR 34; COLEMAN v. HOGG [1931] NZLR 513, GLR 185; DOMINION AIRLINES LTD v. STRAND [1933] NZLR 1, GLR 22; HENWOOD v. MUNICIPAL TRAMWAYS TRUST [19”
“ah bukti prima facie kecuaian pihak tersebut. (CANNING v. R [1924] NZLR 118; [1923] GLR 595; GRAVES v. WALCOM [1926] SASR 34; COLEMAN v. HOGG [1931] NZLR 513, GLR 185; DOMINION AIRLINES LTD v. STRAND [1933] NZLR 1, GLR 22; HENWOOD v. MUNICIPAL TRAMWAYS TRUST [1938] 60 CLR **Note : Serial number will be used to verify t”
“D [1933] NZLR 1, GLR 22; HENWOOD v. MUNICIPAL TRAMWAYS TRUST [1938] 60 CLR **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 438; MCASEY v. LOBBAN [1938] VLR 140 & TUCKER v. MCCANN [1948] VLR 222).”
“. MUNICIPAL TRAMWAYS TRUST [1938] 60 CLR **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 438; MCASEY v. LOBBAN [1938] VLR 140 & TUCKER v. MCCANN [1948] VLR 222).”
“4. Penilaian Versi Kemalangan – Aplikasi Kes Chong Keow v Shaari Yaacob [1987] MLJU 5”
“5. Pembayaran Saman Sebagai “Admissible Admission” – Aplikasi Kes LOO KUO CHIEN & SATU LAGI lwn. CHAI KOK SHING & SATU LAGI; BINAFORM SDN BHD [2013] PILRU 48, CHOCK KEK LING v. PATT HUP TRANSPORT CO LTD & ORS [1965] 1 MLRH 351 dan MUHAMMAD NAZREEN SHAH TAMAT lwn. HOO SOOK PING [2020] MLRHU 1700”
“59. Mahkamah turut merujuk kepada kes Ravinder Ragavan v Bhokarajan Rajamohan & Anor; Sujethiran Nadarasan [2016] PILRU 42, di mana RM300,000 telah dianugerahkan untuk kecederaan otak traumatik yang setara.”
“N & SATU LAGI lwn. CHAI KOK SHING & SATU LAGI; BINAFORM SDN BHD [2013] PILRU 48, CHOCK KEK LING v. PATT HUP TRANSPORT CO LTD & ORS [1965] 1 MLRH 351 dan MUHAMMAD NAZREEN SHAH TAMAT lwn. HOO SOOK PING [2020] MLRHU 1700”
“1. Pelanggaran Peraturan Lalu Lintas – Aplikasi Kes Desa bin Saad v PP [2022] MLJU 194”
“62. Mahkamah merujuk kepada kes Mohamad Ismail bin Mohd Yusoff v Mohamad Jusoh [2023] MLJU 2140, yang mengiktiraf fraktur tulang belakang tanpa lumpuh berada dalam julat ini.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.:BA-12B-54-06/2024
1
1.
2
(NO. K/P: 153727-K) … PERAYU-PERAYU Seorang wakil diri litigasi kepada (NO. K/P : 000705-10-1523) seorang yang kurang Upaya dan/atau dari segi perubatan seorang yang Tidak waras (unsound mind) … RESPONDEN (Digabungkan bersama dengan Rayuan) DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.:BA-12B-56-06/2024 Seorang wakil diri litigasi kepada (NO. K/P : 000705-10-1523) seorang yang kurang Upaya dan/atau dari segi perubatan seorang yang tidak waras (unsound mind) … PERAYU
1
1.
2
(NO. K/P: 153727-K) … RESPONDEN-RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. BK-B53KJ-7-11/2020 ANTARA Seorang wakil diri litigasi kepada (NO. K/P : 000705-10-1523) seorang yang kurang Upaya dan/atau dari segi perubatan seorang yang tidak waras (unsound mind) …PLAINTIF
1
1.
2
(NO. K/P: 153727-K) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Rayuan pada asalnya dikemukakan oleh kedua-dua pihak terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Sepang berhubung kemalangan jalan raya melibatkan Plaintif, Kesavan A/L Rajasekar (“Plaintif”), dan Defendan-Defendan yang mengendalikan sebuah motortreler bermuatan besar jenis “cutter head” (“Defendan”).
2
Mahkamah Sesyen telah memutuskan liabiliti sebanyak 70% ke atas Defendan dan 30% ke atas Plaintif, manakala isu kuantum diputuskan sepenuhnya memihak kepada Plaintif.
3
Plaintif merayu agar liabiliti Defendan ditingkatkan kepada 100%, manakala Defendan berhujah bahawa Plaintif sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kemalangan.
4
Setelah meneliti sepenuhnya rekod rayuan, alasan penghakiman Mahkamah Sesyen, hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak, serta menilai bukti secara menyeluruh, Mahkamah ini memutuskan bahawa dapatan Mahkamah Sesyen perlu dipinda dari segi liabiliti, tetapi keputusan mengenai kuantum adalah betul dan dikekalkan.
5
Oleh itu, Mahkamah ini menetapkan liabiliti baharu iaitu 90% ke atas Perayu/Defendan dan 10% ke atas Responden/Plaintif, manakala kuantum kekal sebagaimana diputuskan Mahkamah Sesyen.
6
Rayuan selanjutnya telah difailkan oleh Perayu atas keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan rayuan silang pula difailkan oleh Responden atas isu kuantum.
7
Kemalangan berlaku pada 13 Mac 2020 sekitar jam antara 1.55 pagi hingga 2.11 pagi di KM10 Jalan Banting–Dengkil, iaitu kawasan jalan gelap, sempit, dan tanpa lampu jalan.
8
Motortreler milik Defendan membawa muatan “cutter head” yang sangat besar dan melintang melebihi 1.5 meter ke dalam laluan bertentangan iaitu laluan yang digunakan oleh Plaintif.
9
Motortreler diiringi oleh polis eskot, namun tiada lampu amaran dipasang pada hujung muatan yang melintang. Beacon hanya ada pada bahagian kabin treler dan kenderaan pengiring.
10
Simpang berhampiran tempat kejadian tidak ditutup walaupun SOP eskot mewajibkan simpang dan trafik hadapan dihentikan apabila mengiring muatan luar biasa.
11
Permit perjalanan treler didapati tidak sah pada hari kejadian; permit hanya sah pada 11.03.2020.
12
Plaintif melanggar bahagian hadapan muatan yang melintang ke laluannya sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan parah. C.
13
Isu-isu utama untuk diputuskan ialah:
i
sama ada Defendan cuai;
II
(ii) sama ada Plaintif turut cuai;
III
(iii) kadar liabiliti yang wajar;
IV
(iv) sama ada kuantum harus diubah.
14
Setelah penelitian, Mahkamah memutuskan bahawa kuantum adalah tepat dan tidak perlu diubah, dan isu utama hanyalah kadar liabiliti. D.
1
Pelanggaran Peraturan Lalu Lintas – Aplikasi Kes Desa bin Saad v PP [2022] MLJU 194
15
Adalah tidak dipertikaikan bahawa muatan treler melebihi lebar kenderaan dan memasuki laluan bertentangan. Ini adalah pelanggaran nyata Kaedah 16, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (“obstruction”).
16
Saman dikeluarkan kepada pemandu treler dan dibayar tanpa bantahan.
17
Dalam Desa bin Saad (supra), Mahkamah memutuskan bahawa pelanggaran peraturan lalu lintas adalah prima facie evidence of negligence, dan beban pembelaan beralih kepada pihak yang melanggar undang-undang. Dalam kes Desa bin Saad (supra) dinyatakan: [17] Sebab itulah jika berlaku kemalangan dengan kenderaan yang melanggari peraturan lalulintas, maka pelanggaran tersebut adalah bukti prima facie kecuaian pihak tersebut. (CANNING v. R [1924] NZLR 118; [1923] GLR 595; GRAVES v. WALCOM [1926] SASR 34; COLEMAN v. HOGG [1931] NZLR 513, GLR 185; DOMINION AIRLINES LTD v. STRAND [1933] NZLR 1, GLR 22; HENWOOD v. MUNICIPAL TRAMWAYS TRUST [1938] 60 CLR 438; MCASEY v. LOBBAN [1938] VLR 140 & TUCKER v. MCCANN [1948] VLR 222).
18
Dalam kes ini, Defendan gagal menunjukkan sebarang sebab munasabah mengapa perjalanan tanpa permit sah, muatan melintang, dan ketiadaan lampu tidak patut dianggap sebagai kecuaian.
19
Justeru, berdasarkan Desa bin Saad (supra), kecuaian Defendan adalah sangat jelas.
2
Standard Berhati-Hati Lebih Tinggi untuk Kenderaan Besar – Aplikasi Kes Mariam Ahad v Ernesto Gacad [1986] 1 MLJ 266
20
Dalam kes Mariam Ahad (supra), Mahkamah menegaskan bahawa pemandu kenderaan besar mempunyai “higher duty of care” kerana risiko yang mereka wujudkan terhadap pengguna lain.
21
Dalam kes Mariam Ahad (supra) dibahagian finding Mahkamah menyatakan: “It is obvious that somebody in charge of a vehicle of such size, on roads of limited width, is under a duty to maintain a very high degree of care in his driving. It is not for the driver of a vehicle of this size to enter a portion of road where there is a centre line, knowing that his vehicle is bound to extend beyond the centre line, unless he is satisfied that there is no danger of collision with an oncoming vehicle. Unfortunately, in this instance, I find that that is what the 1st defendant did.”
22
Treler dalam kes ini membawa muatan yang bukan sahaja besar tetapi melintang ke laluan bertentangan pada waktu malam yang gelap.
23
Ketiadaan lampu amaran pada hujung muatan adalah pelanggaran serius terhadap standard penjagaan yang dituntut dalam Mariam Ahad (supra).
24
Treler dengan muatan luar biasa sebegini mesti mematuhi amalan keselamatan ketat, termasuk: lampu amaran pada muatan; penggunaan escort yang efektif; penutupan simpang; perjalanan mengikut permit sah; memastikan muatan tidak memasuki laluan lain.
25
Defendan gagal dalam semua keperluan ini, maka kesalahan mereka adalah utamanya (dominant).
3
Percanggahan Keterangan Defendan – Aplikasi Kes Bank Pertanian Malaysia v Nora’rifah bt Darus [2014] 6 MLJ 870 & Gunalan Ramachandran v PP [2006] 1 CLJ 857
26
Dalam Nora’rifah dan Gunalan (supra), Mahkamah menetapkan bahawa keterangan saksi yang bercanggah dalam perkara material adalah tidak boleh dipercayai.
27
Saksi Defendan menyatakan dalam laporan polis bahawa mereka “melihat kemalangan”, tetapi di mahkamah mengaku tidak melihat dan hanya dimaklumkan oleh eskot.
28
Ini adalah percanggahan material yang menjejaskan keseluruhan kredibiliti mereka.
29
Petikan dalam kes Nora’ifah (supra) di Held 4: “The respondent's version of the case was fraught with inconsistencies, contradictions and a lot of shifting of facts. It was trite that when witnesses gave conflicting evidence on material facts in issue, the trial judge had to make specific findings on the point and in so deciding had to give reasons for rejecting one version and accepting another. This was not done by the trial judge in the instant case. A court could not base its conclusion on only part of the evidence and ignore the other parts (see paras 22 & 28).”
30
Selaras dengan Nora’rifah (supra), Mahkamah menolak versi Defendan kerana ketidakkonsistenan tersebut tidak dijelaskan.
31
Justeru, versi Plaintif lebih diyakini.
4
Penilaian Versi Kemalangan – Aplikasi Kes Chong Keow v
32
Prinsip daripada Chong Keow (supra) mengkehendaki mahkamah memilih versi yang lebih probable berdasarkan bukti objektif, termasuk kesan fizikal, lokasi kenderaan, dan kedudukan mayat/injured body.
33
Dalam kes Chong Keow (supra) dinyatakan sebagaimana berikut: “The existence of two conflicting versions of how an accident occurred (as it happens here) is typical in almost all motor vehicle accident cases. In such a situation, I will have to carry out a searching evaluation and assessment of the totality of the oral evidence and also to resort to the documentary evidence in order to find out the truth. In my attempt to uncover the truth in order to arrive at a just decision, I must not lose sight of the principle that in assessing the evidence of the parties in a suit, it is not merely a question of whom to believe but rather whose version is more inherently probable which is the prime consideration.”
34
Kedudukan motosikal Plaintif dan kesan hentaman menunjukkan ia melanggar bahagian muatan yang melintang dan bukan treler, bukan pula bergerak laju melulu.
35
Kecederaan dialami Plaintif juga konsisten dengan hentaman objek tidak bergerak yang melintang separuh jalan.
36
Maka, selaras dengan Chong Keow (supra), versi Plaintif dipilih.
5
Pembayaran Saman Sebagai “Admissible Admission” – Aplikasi Kes LOO KUO CHIEN & SATU LAGI lwn. CHAI KOK SHING & SATU LAGI; BINAFORM SDN BHD [2013] PILRU 48, CHOCK KEK LING v. PATT HUP TRANSPORT CO LTD & ORS [1965] 1 MLRH 351 dan MUHAMMAD NAZREEN SHAH TAMAT lwn. HOO SOOK PING [2020] MLRHU 1700
37
Dalam ketiga-tiga kes ini, Mahkamah memutuskan bahawa pembayaran saman trafik bukan bukti konklusif kecuaian, tetapi ia adalah bukti sokongan (supporting admission).
38
Pemandu treler dalam kes ini membayar saman obstruction. Ini menunjukkan: mereka mengakui kewujudan halangan; halangan itu adalah bahaya; halangan itu disebabkan kenderaan mereka.
39
Maka, ia menguatkan lagi dapatan bahawa Defendan cuai.
6
Kegagalan SOP Eskot Polis
40
SP4 mengesahkan SOP eskot mewajibkan: hentikan trafik hadapan, tutup simpang, pastikan laluan jelas.
41
Simpang tidak ditutup dan Plaintif tidak dapat dijangka mengetahui keberadaan muatan.
42
Defendan tidak boleh meletakkan tanggungjawab kepada Plaintif atas kecuaian pengiring mereka. E. SUMBANGAN KECUAIAN PLAINTIF (10%)
43
Plaintif mempunyai sedikit tanggungan (10%) berdasarkan kemungkinan tidak 100% memastikan keadaan jalan utama jelas sebelum masuk.
44
Namun kesilapan ini adalah minor dan tidak mampu menyebabkan kemalangan jika tidak wujud halangan melintang yang luar biasa tersebut.
45
Prinsip tort mengenali konsep apportionment, di mana kecuaian aksesori (secondary negligence) hanya diberi peratusan kecil.
46
Oleh itu, tanggungan Plaintif ditetapkan 10% sahaja, dan Defendan 90% sebagai penyebab utama. F.
47
Adalah menjadi prinsip mantap bahawa mahkamah di peringkat rayuan agak jarang untuk mengusik dapatan yang telah dibuat oleh mahkamah di peringkat perbicaraan berkaitan kuantum. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Rasidin Binpartorjo v. Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214 ; [1976] 1 LNS 123, telah menggariskan bahawa Perayu perlu mengetengahkan kepada mahkamah sebarang kekhilafan oleh hakim perbicaraan sama ada di dalam tafsiran undang-undang, mahupun apresiasi fakta atau apa-apa perkara lain sehingga menjejaskan keputusan hakim perbicaraan di dalam memutuskan jumlah kuantum. Ini dinyatakan oleh Wan Suleiman FCJ seperti berikut: “The principle upon which a appellate court will interfere with an award of damages made by a judge sitting alone has been stated by Lord Wright in Davies v. Powell Duffryn Associated Collieries Ltd (2) at pp 616-617 as follows: Where the award is that of the judge alone, the appeal is by way of rehearing on damages as on all other issues, but as there is generally so much room for individual choice so that the assessment of damages is more like an exercise of discretion than an ordinary act of decision, the appellate court is particularly slow to reverse the trial judge on a question of the amount of damages. It is difficult to lay down any precise rule which will cover all cases, but a good general guide is given by Greer LJ in Flint v. Lovell. In effect the court, before it interferes with an award of damages, should be satisfied that the judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for these or other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered. It is not enough that there is a balance oof opinion or preference. The scale must go down heavily against the figure attacked if the appellate court to interfere, whether on the ground of excess or insufficiency. Thus the appellant here has to convince us that the learned trial judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered.
48
Di dalam kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22 Abdul Hamid Omar CJ (Malaya) (pada ketika itu) menyatakan; “Now, in appeal on quantum of damages, it is essential in order to come to a conclusion, to bear in mind certain principles which are well established. The appeal court is slow, indeed, disinclined to interfere with the judge’s finding merely because the appeal court thinks that if the case had been before it in the first instance a lesser sum would have been awarded. Azmi CJ (Malaya) (as he then was) giving the judgment of the Federal Court in Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 said that: In order to justify reversing the trial judge on the question of the amount of damages it will generally be necessary that this court should be convinced either that the judge acted on some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it entirely an erroneous estimate of the damages to which the plaintiff is entitled (see Flint v. Lovell [1935] 1 KB 354). The principle that should guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also is that much depends on the circumstances of each case is particular the amount of the award. In a particular case therefore, it is or the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purpose of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the judge had acted upon wrong principle of law then it is justified in reversing; indeed, it is the duty to reverse the finding of the trial judge.”
49
Mahkamah ini mendapati tiada merit dalam rayuan Perayu-Perayu (Defendan) berhubung kuantum ganti rugi yang dianugerahkan oleh Mahkamah Sesyen. Prinsip undang-undang yang terpakai adalah bahawa Mahkamah Rayuan hanya akan campur tangan sekiranya Mahkamah yang lebih rendah telah melakukan kesilapan prinsip dalam menilai ganti rugi, atau jika jumlah yang dianugerahkan adalah sangat tinggi atau rendah sehingga menjadi anggaran yang tersasar (wholly erroneous estimate).
1
Ganti Rugi Am (General Damages)
50
Kuantum yang dianugerahkan hendaklah mencerminkan pampasan yang adil dan munasabah bagi kesakitan dan penderitaan (pain and suffering) serta kehilangan kenikmatan hidup (loss of amenities) yang dialami oleh Responden (Kesavan).
51
Kecacatan Kekal dan Keadaan Khas: Keterangan pakar perubatan jelas menunjukkan bahawa Responden mengalami kecederaan otak traumatik yang parah (Severe Traumatic Brain Injury) dan kini merupakan seorang yang tidak waras (unsound mind) serta memerlukan penjagaan sepanjang hayat. Ini adalah kecederaan yang paling serius.
2
Ganti Rugi Khas (Kos Penjagaan dan Kehilangan
52
HMS pasti telah merujuk kepada julat ganti rugi yang ditetapkan dalam kes-kes ini untuk menentukan nilai saksama bagi Ganti Rugi Am, dan kemudian mengira Ganti Rugi Khas berdasarkan bukti perubatan dan kewangan yang diserahkan.
53
Ganti rugi khas mesti dibuktikan secara khusus (specifically pleaded and strictly proved). Mahkamah mendapati Responden telah membuktikan tuntutan-tuntutan berikut melalui bil, resit, dan laporan pakar.
54
Keperluan Penjagaan Masa Hadapan: Tuntutan yang paling ketara adalah kos penjagaan sepanjang hayat (future care expenses), yang mana pakar telah mengesahkan keperluannya. Mahkamah Sesyen telah menggunakan formula yang betul untuk mengira ganti rugi ini berdasarkan faktor pengganda (multiplier) dan multiplicand yang sesuai dengan usia dan jangka hayat Responden.
55
Kos Perubatan Masa Hadapan: Tuntutan bagi peralatan, ubat-ubatan, dan sesi terapi yang berterusan juga telah disokong oleh keterangan pakar. G. PERMOHONAN RESPONDEN UNTUK MENAIKKAN
56
Responden telah memohon peningkatan seperti berikut:
a
Kecederaan kepala serius: dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM400,000;
b
Terapi & pemulihan: dinaikkan daripada RM42,000 kepada RM124,800;
c
Kecederaan tulang belakang C6–C7: dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM300,000;
d
Kos penjagaan masa hadapan: daripada RM800 sebulan kepada RM1,800 sebulan.
57
Hujahan utama Responden ialah kecederaan yang dialami adalah sangat serius, kekal, melibatkan hilang upaya sepanjang hayat serta menjejaskan kualiti hidup, justeru memerlukan peningkatan kuantum yang besar. H.
1
Kecederaan Kepala Serius – RM300,000
58
Mahkamah Sesyen merujuk kepada Guidelines for the Assessment of General Damages in Personal Injury Cases, yang menetapkan julat antara RM220,000 hingga RM300,000 bagi kecederaan kepala tahap tertinggi.
59
Mahkamah turut merujuk kepada kes Ravinder Ragavan v Bhokarajan Rajamohan & Anor; Sujethiran Nadarasan [2016] PILRU 42, di mana RM300,000 telah dianugerahkan untuk kecederaan otak traumatik yang setara.
60
Atas asas tersebut, Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa RM300,000 merupakan nilai maksimum dalam garis panduan dan sesuai dengan kecederaan yang dialami Plaintif.
2
Kecederaan Tulang Belakang – RM30,000
61
Kecederaan C6–C7 diputuskan berada dalam kategori fraktur 2–5 vertebra, dengan julat garis panduan RM22,000–
62
Mahkamah merujuk kepada kes Mohamad Ismail bin Mohd Yusoff v Mohamad Jusoh [2023] MLJU 2140, yang mengiktiraf fraktur tulang belakang tanpa lumpuh berada dalam julat ini.
63
Sehubungan itu, anugerah RM30,000 adalah konsisten dan munasabah.
3
Kos Terapi Pemulihan – RM42,000
64
Mahkamah Sesyen menerima jumlah RM42,000 kerana ia disokong sepenuhnya oleh resit, jadual rawatan dan keterangan saksi.
65
Tuntutan RM124,800 oleh Responden tidak disokong bukti kukuh atau dokumen tambahan.
4
Kos Penjagaan Masa Hadapan – RM800 × 25 tahun
66
Mahkamah mendapati jumlah RM800 sebulan adalah nilai sebenar yang terbukti melalui keterangan penjaga dan resit terdahulu.
67
Responden tidak mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong kadar RM1,800 sebulan.
68
Multiplikasi 25 tahun pula ditentukan berdasarkan jangka hayat munasabah dan keperluan penjagaan jangka panjang.
69
Jumlah RM249,000 adalah hasil daripada formula tersebut dan tidak dipertikaikan oleh undang-undang. I. Analisis Mahkamah
70
Mahkamah ini mengakui bahawa kecederaan Plaintif amat serius dan memberi kesan sepanjang hayat. Namun, peningkatan kuantum tidak boleh dibuat semata-mata berdasarkan keseriusan kecederaan; ia mesti disokong bukti dan selaras dengan garis panduan serta kes bandingan.
71
Bagi setiap kategori, Mahkamah Sesyen telah menjalankan analisis dan menilai bukti dengan cermat. Kuantum yang diputuskan adalah dalam julat amalan kehakiman dan konsisten dengan kes setanding.
72
Jumlah tambahan yang dimohon Responden, seperti RM300,000 bagi fraktur tulang belakang atau RM124,800 bagi terapi, adalah melampaui julat garis panduan dan tidak disokong keterangan.
73
Justeru, Mahkamah mendapati bahawa Mahkamah Sesyen tidak tersilap, tidak cuai dalam pertimbangan, dan tidak mengaplikasikan prinsip undang-undang yang salah.
74
Setelah menimbangkan kesemua hujahan dan alasan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa kuantum yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen adalah adil, munasabah, proporsional dan berlandaskan bukti yang kukuh.
75
Responden gagal menunjukkan sebarang asas bagi Mahkamah Tinggi menaikkan kuantum tersebut.
76
Oleh itu, kuantum gantirugi yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan sepenuhnya.
77
Rayuan berhubung kuantum adalah ditolak, dengan kos diberikan kepada Perayu.
78
Mahkamah Sesyen telah membuat penilaian yang wajar dan saksama, mengikut stare decisis (doktrin duluan kehakiman) dalam kes kecederaan parah. Oleh itu, tiada alasan untuk Mahkamah Tinggi mengubah jumlah kuantum tersebut.
79
Rayuan Plaintif dibenarkan sebahagian; rayuan Defendan ditolak.
80
Liabiliti ditetapkan sebagai: Defendan: 90% Plaintif: 10%
81
Kuantum kekal sebagaimana diputuskan Mahkamah Sesyen, hanya diselaraskan mengikut liabiliti baharu.
82
Kos rayuan diberikan kepada Plaintif. Dated this 26th November 2025 -sgd- ………………………………….. Datin Asmah binti Musa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Shah Alam Peguam bagi pihak Perayu : Mr. Kajendra Balan Tetuan V P Nathan & Partners Peguam bagi pihak Responden : Ms. Mariammah D/O Bharathan Tetuan B. mariammah & Co
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.