Akta yang sama. HUKUMAN: Mandatori gantung sampai mati KES PENDAKWAAN [3] Pada 4.1.2021 jam lebih kurang 10.20 malam pegawai tangkapan, Insp Sri Amutheyundharan Chettiar (SP2) bersama sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Johor telah pergi ke tepi Jalan Jaya Putra 5, Taman JP Perdana, 81100 Johor Bahru dan telah membuat pemerhatian selama 20 minit. [4] Kemudian tiba sebuah kereta Perodua Myvi berwarna ungu dengan nombor pendaftaran JRJ 9972 yang dipandu oleh Prabagaran A/L Konasegaran (selepas ini dirujuk sebagai “Prabagaran”) dalam keadaan mencurigakan. SP2 dan anggota lain telah keluar dari kenderaan dan telah menuju ke kereta Myvi JRJ 9972 dan telah memperkenalkan diri sebagai polis serta telah menjalankan pemeriksaan terhadap Prabagaran tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. [5] Setelah selesai menjalankan pemeriksaan ke atas Prabagaran, telah datang Tertuduh berjalan ke arah kereta Myvi JRJ 9972 sambil membawa 1 bungkusan plastik berwarna hijau/putih bertulis “Selamat Datang Terima Kasih” (Ekshibit P7A). Apabila bersama-sama anggotanya telah mendekati dan cuba menahan Tertuduh, Tertuduh telah melarikan diri sejauh lebih kurang 10 hingga 20 meter dan telah berlaku pergelutan antara Tertuduh dengan anggota serbuan sebelum Tertuduh akhirnya berjaya ditahan. [6] SP2 telah menjalankan pemeriksaan lanjut dalam bungkusan plastik berwarna hijau/putih bertulis “Selamat Datang Terima Kasih” (Ekshibit P7A) dan telah menjumpai 1 peket plastik lutsinar hablur kristal berisi dadah disyaki syabu. SP2 juga telah menjalankan pemeriksaan badan ke atas Tertuduh dan telah menjumpai dipoket kanan hadapan seluar jeans jenama Levis yang dipakai Tertuduh seperti yang berikut: a. 1 anak kunci berlogo Perodua berserta alat kawalan jauh; b. 1 anak kunci berlogo Ford. [7] SP2 telah bertanyakan Tertuduh apakah lagi barang salah yang disimpan dan Tertuduh kemudian telah membawa SP2 dengan berjalan kaki ke sebuah kereta Perodua Myvi berwarna ungu nombor pendaftaran BMF 7673 (Ekshibit P17) yang diparkir dalam kawasan perumahan di tepi Jalan Jaya Putra 5/49A, Taman JP Perdana, 81100 Johor Bahru, Johor (“tempat kejadian”). Dengan disaksikan oleh Tertuduh, SP2 telah menjalankan pemeriksaan lanjut di tempat duduk bahagian penumpang belakang dan telah menjumpai seperti yang berikut: a. 1 plastik berwarna biru di dalam mengandungi: i. 1 peket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi tumbuhan daun-daun kering disyaki dadah ganja ii. 5 peket plastik hitam di dalamnya masing-masing mengandungi satu peket plastik lutsinar di dalamnya berisi dadah disyaki heroin. b. 1 bungkusan plastik berwarna putih/kuning bertulis BRB dalamnya terdapat 1 ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah ganja. [8] SP2 telah merampas kesemua barang kes dan sesalinan borang bongkar (Ekshibit P12) telah dikeluarkan terhadap Tertuduh dan kesemuanya telah dibawa ke Pejabat JSJN IPK Johor untuk tindakan selanjutnya. [9] Pada 05.01.2021 jam lebih kurang 2.00 pagi, SP2 telah sampai di Balai Polis Setia Indah dan telah membuat penimbangan dan tandaan pada barang kes yang dirampas dengan disaksikan oleh Tertuduh. Penimbangan pada barang kes dadah yang dirampas dan tandaan SP2 adalah seperti yang berikut: a) 1 peket plastik lutsinar hablur kristal berisi dadah disyaki syabu (AB: 523 gram) yang ditandakan sebagai R1 (Ekshibit P7A(1)); b) 1 peket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi tumbuhan daun-daun kering disyaki dadah ganja (AB: 104 gram) yang ditandakan sebagai S1 (Ekshibit P7C(1)); c) 5 peket plastik hitam di dalamnya masing-masing mengandungi satu peket plastik lutsinar di dalamnya berisi dadah disyaki heroin yang masing-masing ditandakan sebagai S2a hingga S6a yang mengandungi (S2a: AB 459 gram) (Ekshibit P7E(1)), (S3a: AB 460 gram) (Ekshibit P7F(1)), (S4a: AB 460 gram), (S5a: AB 422 gram) (Ekshibit P7G(1)) dan (S6a: 460 gram) (Ekshibit P7H(1)). d) 1 bungkusan plastik berwarna putih/kuning bertulis BRB dalamnya terdapat 1 ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah ganja (AB: 1023 gram) yang ditandakan sebagai T1 (Ekshibit P7K(1)). BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Di akhir kes pendakwaan adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie ke atas Tertuduh sepertimana yang diperuntukkan di bawah s. 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Prinsip ini ada termaktub dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301. [11] Dalam berbuat demikian, pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati berikut berkaitan kesemua Pertuduhan Pindaan di bawah s. 39B(1)(a) ADB: a) Barang kes dadah yang dikemukakan adalah merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB; b) Tertuduh mempunyai pemilikan serta pengetahuan dadah tersebut; c) Tertuduh pada masa, tarikh dan tempat tersebut yang dinyatakan dalam Pertuduhan melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN BERDASARKAN INTIPATI PERTUDUHAN YANG PERLU DIBUKTIKAN a) BARANG KES YANG DIRAMPAS MERUPAKAN DADAH BERBAHAYA YANG TERSENARAI DALAM JADUAL PERTAMA, ADB [12] Rantaian keterangan barang kes daripada waktu rampasan sehinggalah barang kes dikemukakan di mahkamah adalah terjaga dan tidak terputus. Hal ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP1, SP2 dan SP5 yang berperanan penting dalam menjamin integriti barang kes yang dirampas. [13] Sepanjang masa dari SP2 merampas barang kes daripada Tertuduh sehinggalah barang kes dihantar kepada Insp Zulhilmi, SP2 telah mengesahkan bahawa barang kes sentiasa di bawah jagaan dan kawalannya sepertimana keterangan beliau. [14] Setiba di Balai Polis, SP2 telah membuat penimbangan dan tandaan barang kes di hadapan Tertuduh. mengesahkan bahawa barang kes pada setiap masa yang material adalah diletakkan di bawah kawalannya dan tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan bahawa barang kes telah dikacau ganggu oleh mana-mana pihak selepas dirampas daripada Tertuduh. [15] Pada hari yang sama, SP2 telah menyerahkan barang kes kepada Insp Zulhilmi sebagaimana dicatatkan dalam Borang Serah Terima. SP2 telah mengesahkan bahawa beliau melihat Insp Zulhilmi telah memasukkan kesemua barang kes ke dalam Kotak Barang Kes PDRM dan telah meletakkan meterai pada kotak tersebut. Pegawai penyiasat warisan dalam kes ini, iaitu Inspektor Muhammad Hafiz Bin Mohd Zaini (SP6) telah mengemukakan Diari Siasatan (Ekshibit P20) yang mengesahkan bahawa Insp Zulhilmi telah menyimpan barang kes dalam kabinet besi berkunci pada 5.6.2021 sebaik sahaja menerimanya daripada SP2. Pada 11.01.2021 kesemua barang kes telah dihantar oleh Insp Mohammad Azraf Bin Mohammad Ali (SP5) ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa kerana pada ketika itu Insp Zulhilmi telah dijangkiti covid dan kemudiannya telah meninggal dunia. Barang kes telah dicamkan oleh saksi-saksi, terutamanya SP1 (Ahli Kimia), SP2 (Pegawai Serbuan) dan SP5 (Penghantar Barang Kes) di mahkamah sebagaimana Ekshibit P7A(1), Ekshibit P7C(1), Ekshibit P7E(1), Ekshibit P7F(1), Ekshibit P7G(1), Ekshibit P7H(1), Ekshibit P7I(1) dan Ekshibit P7K(1). [16] Rantaian keterangan barang kes yang dirampas oleh SP2 dari tempat tangkapan sehinggalah barang kes dikemukakan di Mahkamah tidak terputus. Walaupun pegawai penyiasat dalam kes ini bukanlah orang yang menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa, namun ianya tidak menjejaskan kes kerana Insp Mohammad Azraf Bin Mohammad Ali (SP5) telah dipanggil untuk memberi penjelasan yang memuaskan di mana beliau mengesahkan pegawai penyiasat pada ketika itu sedang menjalani tempoh kuarantin kerana dijangkit covid-19 dan segala serah terima antara mereka turut direkod dalam bentuk dokumentasi sepertimana ekshibit P18. Keterangan SP1 sebagai saksi pakar analisa dadah berbahaya diterima sebagai suatu keterangan yang kukuh dengan ketiadaan apa-apa keterangan yang mematahkan (rebuttal evidence). b) TERTUDUH MEMPUNYAI PEMILIKAN SERTA PENGETAHUAN TENTANG DADAH TERSEBUT [17] Barang kes dadah menurut ketiga-tiga pertuduhan dijumpai di “tepi Jalan Jaya Putra 5/49A, Taman Jp Perdana, Dalam Daerah Johor Bahru, Dalam Negeri Johor Darul Ta’zim”. Walau bagaimanapun, menurut keterangan saksi pendakwaan, barang kes dadah dijumpai di lokasi berikut:- a) Dari tangan pengadu di “tepi pondok pengawal Jalan Jaya Putra 5” b) Didalam tempat duduk penumpang belakang motokar Myvi bernombor BMF 7673 yang terletak di “tepi Jalan Jaya Putra 5/49A. [18] Adalah jelas menurut keterangan bahawa terdapat dua lokasi berbeza dimana barang kes dadah dijumpai dan Mahkamah ini akan mengupas isu ini serta sama ada Tertuduh mempunyai pemilikan dan pengetahuan berkenaan barang kes dadah di kedua-dua lokasi. [19] Dalam kes PP lwn Gunawan dan lain-lain [2025] MLJU 2919 telah didapati: “[18] Setelah mempertimbang semua keterangan, Mahkamah mendapati terdapat isu berkaitan percanggahan keterangan SP3 dengan keterangan dokumentar mengenai lokasi sebenar di mana serbuan dan tangkapan berlaku. Isu ini memberi kesan kepada isu-isu lain yang akan dibincang selanjutnya. Dalam dapatan Mahkamah, isu-isu ini mencukupi dalam menentukan sama ada pihak Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kesemua Tertuduh.” [20] Dalam kes Mahkamah Rayuan Kesavan Krishnan v PP [2015] 6 CLJ 135, Mahkamah telah mendapati seperti berikut:- “[26] Pada pandangan kami, set fakta dan keterangan mengenai tempat di mana tangkapan dibuat yang diputuskan oleh hakim bicara sebagai telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan berhubung dengan tertuduh kedua dan tertuduh ketiga adalah set fakta dan keterangan yang sama yang dikemukakan terhadap perayu pertama dan perayu kedua. Tempat sebenar mereka ditangkap adalah penting kerana tunjang/akar (root) kes pendakwaan ialah bahawa perayu kedua dikatakan telah keluar daripada kereta dengan memegang eks. P10A dan kemudiannya telah menyerahkan eksibit itu kepada perayu pertama di tempat kejadian. SP3 dan pasukannya telah menyerbu dan menangkap mereka di Jalan Niaga 2 (di hadapan Plaza Kota Tinggi). Pada masa tangkapan, perayu pertama dikatakan masih memegang eks. P10A di tangan kanannya.” [21] Lebih-lebih tiada rajah kasar disediakan oleh pegawai penyiasat untuk menggambarkan keadaan lokasi memandangkan sepertimana yang diakui oleh saksi-saksi pendakwaan lokasi pertuduhan dalam kes ini adalah kawasan berdekatan namun bukan ditempat yang sama. Justeru itu Mahkamah tidak mendapat gambaran jelas keadaan lokasi dan penerangan berkenaan lokasi dari rajah kasar. [22] Walaupun percanggahan lokasi pada pertuduhan adalah ketara, namun pihak Pendakwaan tidak mengambil sebarang langkah untuk meminda pertuduhan. PENEMUAN BARANG KES DADAH DI TEPI PONDOK PENGAWAL JALAN JAYA PUTRA 5 [23] SP2, Pegawai Tangkapan, Insp Sri Amutheyindharan Chettiar dalam pemeriksaan utama beliau telah mengatakan seperti berikut:- a) Semasa beliau dam pasukan menyoal Prabagaran a/l Konasegaran yang ditahan ditepi pondok pengawal Jalan Jaya Putra 5, Tertuduh datang ke arah beliau dan pasukan beliau dengan membawa beg hijau putih P7A. b) Apabila Tertuduh ditahan untuk membuat pemeriksaan OKT cuba melarikan diri 20 ke 30 meter dan telah berlaku pergelutan dan jatuh ke jalan raya. [24] Versi ini bagi Mahkamah adalah meragukan memandangkan adalah tidak munasabah untuk seseorang yang membawa barang salah dadah untuk berjalan menuju kearah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali pada waktu lewat malam tanpa apa-apa tujuan khusus seolah-olah ingin mencari masalah. Sudah tentu dalam keadaan sedemikian, seseorang yang membawa sesuatu yang dilarang akan mengelak untuk bertembung dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali. Dalam kes PP v Mohd Farhan Akmal Mohamed Nain (2019) CLJU 79 diputuskan seperti berikut:- “[49] Mana-mana orang yang munasabah akan bersetuju dengan dapatan Mahkamah ini bahawa tiada mana-mana orang yang memiliki dadah atau menjadi pengedar dadah akan memegang dadah di tangan mereka secara terbuka tanpa berselindung di kawasan di mana orang itu boleh dilihat dengan mudah oleh orang lain yang berada berdekatan. Orang yang membawa barang salah pastinya akan menyembunyikan barang yang dibawa, kecuali orang itu sudah tidak siuman lagi! Keterangan yang diberikan oleh SP3 dan SP8 bahawa dadah yang menjadi subjek T1 dipegang begitu sahaja tanpa dimasukkan ke dalam apa-apa bungkusan atau bekas, pada penemuan Mahkamah ini adalah sama seperti memberi keterangan, "Saya melihat Hang Tuah menunggang keldai di gelung Zuhal ". SP3 dan SP8 pada dapatan Mahkamah ini memberi keterangan yang tidak boleh diterima akal. Oleh itu, kredibiliti SP3 dan SP8 terjejas dengan teruknya. Pada hemat Mahkamah ini, mereka mencipta keterangan yang tidak masuk akal seperti menambah rencah dalam masakan untuk menyedapkan dan memberi kekuatan kepada kes pendakwaan.” [25] Semasa pemeriksaan balas SP2 telah memberikan keterangan seperti berikut:- a) Lokasi tangkapan Tertuduh adalah di tepi pondok pengawal Jalan Jaya Putra 5 berbeza dengan lokasi dalam tuduhan, iaitu Jalan Jaya Putra 5/94A; b) Apabila pasukan beliau ingin menangkap Tertuduh, beliau telah cuba melarikan diri dalam 10 ke 20 meter; c) Tertuduh ditahan pada jam 10.40 malam dan pencahayaan adalah malap/samar-samar. Beliau juga mengatakan tidak dapat menunjukkan dimana terdapat tiang lampu yang menerangi tempat tangkapan tanpa sebarang rajah kasar. Beliau tidak pernah menunjukkan kepada pegawai penyiasat tempat Tertuduh ditangkap untuk diambil gambar; d) Beliau juga mengatakan walaupun terdapat 2 tempat tangkapan namun hanya 1 tempat sahaja yang direkodkan sebagai 11 barang dijumpai; S : Ada 2 tempat kejadian yang direkodkan betul tempat rampasan yang direkodkan atau soalan saya ada berapa tempat kejadian direkodkan 11 barang ini dijumpai ada berapa tempat kejadian? J : 1 tempat sahaja Yang Arif e) Juga terdapat 2 suspek, iaitu Tertuduh dan Prabagaran yang mengesahkan barang rampasan ditempat kejadian sepertimana borang bongkar P12; f) Walaupun mengetuai operasi, beliau tidak dapat mengenalpastikan siapakah anggota yang mula-mula menahan Tertuduh dan merampas beg P7A. Malah ia juga tidak dinyatakan dalam laporan polis P11. g) SP2 tidak ingat sama ada Tertuduh memegang barang dadah P7A semasa serbuan/tangkapan ke atas Tertuduh. Ianya juga tidak direkodkan dalam borang bongkar P12. Tiada juga keterangan berkenaan dari tangan kanan suspek manakah bag plastik P7A dirampas, sama ada Prabagaran atau Tertuduh; Dalam kes PP v Tamim Azmi Abdul Hamis [2022] MLJU 3726 Mahkamah telah memutuskan berikut berkenaan keterangan yang tidak jelas dan bercanggah: “Fakta mengenai rampasan kunci kereta dan penggera tersebut juga tidak dinyatakan dalam borang senarai pemeriksaan yang dikeluarkan oleh SP2 kepada Tertuduh. Oleh itu, jelas bahawa keterangan lisan SP2 berkenaan jumpaan dan rampasan kunci kereta Naza Citra PHK 7756 tidak konsisten dan bercanggah dengan keterangan dokumentari yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sendiri. Oleh itu, keterangan yang bercanggah tersebut telah menimbulkan dua versi atau dua set keterangan yang berbeza dan bercanggah oleh pihak pendakwaan di mana the benefit of the doubt must be given to the accused (Public Prosecutor v. Lee Eng Kooi [1993] 2 MLJ 322);” h) Beliau juga mengakui tidak direkodkan rampas plastik hijau putih P7A dan 1 peket plastik lutsinar dalam borang bongkar P12. Setuju dengan saya tiada apa-apa tandaan pada 1 peket plastik lutsinar berisi syabu ini yang dibuat oleh kamu dan direkodkan dalam P12 (senarai geledah) tiada tandaan? Setuju Yang Arif [26] Adalah dapat dirumuskan bahawa tidak ada kepastian bahawa sememangnya SP2 nampak yang bungkusan plastik P7A dirampas dari Tertuduh selepas Tertuduh ditangkap setelah berlaku pergelutan. P7A adalah ekshibit penting dimana didalamnya didakwa telah dijumpai barang salah dadah yang menjadi pertuduhan dalam kes ini. PENEMUAN BARANG KES DADAH DALAM KERETA MYVI BMF 7673 [27] SP2, Pegawai Tangkapan, Insp Sri Amutheyindharan Chettiar dalam pemeriksaan utama beliau telah mengatakan seperti berikut:- a) Semasa pemeriksaan lanjut ke atas Tertuduh beliau telah berjumpa 1 anak kunci berlogo Perodua berserta alat kawalan jauh dan 1 anak kunci berlogo Ford dalam poket kanan seluar Tertuduh; b) Tertuduh telah membawa SP2 dan pasukan ke kereta Myvi BMF7673 yang di parkir di tepi Jalan Jaya Putra 5/49A dengan berjalan kaki selama 2-3 minit dari tempat tangkapan; c) SP2 telah membuka kereta tersebut dengan menggunakan alat kawalan jauh yang dijumpai dalam poket seluar Tertuduh; d) Beliau telah menemui barang kes dadah di bahagian penumpang belakang kereta tersebut; [28] Semasa pemeriksaan balas beliau telah memberikan keterangan seperti berikut:- a) Beliau mengakui tidak memberi amaran kepada Tertuduh seksyen 37B Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum Tertuduh disoal dan memandu arah SP2 ke kereta Myvi. Walau bagaimanapun perkara ini tidak direkodkan dalam laporan polis P11; b) Beliau mengatakan beliau dan mana-mana anggota serbuan tidak pernah melihat Tertuduh turun dari kereta tersebut; c) Semasa serbuan alat kawalan jauh digunakan untuk membuka kereta tersebut, namun hanya kunci ekshibit P14 untuk mengunci bahagian pintu hadapan bahagian pemandu dikemukakan di Mahkamah; Guna kunci untuk kunci bahagian pemandu betul? Betul Yang Arif Tetapi bila inspektor disuruh buat demonstrasi untuk membuka pintu bahagian belakang pemandu pintu tersebut masih boleh buka betul? Betul Yang Arif Dan semasa demonstrasi kereta di mahkamah kamu juga tidak ada remote control untuk digunakan bagi membuka lock kereta BMF7673 tersebut? Betul Yang Arif d) Beliau juga mengakui anak kunci dan alat kawalan jauh dalam P13 untuk Myvi BMF 7673 tidak ditanda oleh beliau dan pegawai penyiasat. Kemudian lihat kepada bilangan 12, sebuah kereta Myvi berwarna ungu nombor pendaftaran BMF7673 bersama satu anak kunci kereta berlogo perodua beserta alat kawalan jauh. Soalan saya, 1 anak kunci kereta berlogo perodua beserta alat kawalan jauh dalam P13 ini tidak ada apa-apa rekod mempunyai tandaan kamu sebagai pegawai serbuan betul? J : Setuju Yang Arif Dan juga tiada tandaan oleh pegawa penyiasat terhadap barang kes kunci dan alat kawalan jauh kereta perodua ini? Setuju Yang Arif e) Beliau juga mengakui tidak menemui apa-apa barang milik Tertuduh dalam kereta Myvi tersebut dan kereta tersebut berada di tempat umum ditepi jalan awam. Beliau juga mengakui kerosakan pintu Myvi di bahagian belakang pemandu membolehkan pintu ini dibuka oleh sesiapa sahaja; f) Beliau juga tidak membawa pegawai penyiasat untuk menunjukkan tempat kereta ditemui dan juga tiada rajah kasar dibuat. Gambar kedudukan kereta semasa serbuan juga tidak diambil; g) Semasa pemeriksaan dan rampasan kereta Myvi BMF7673, suspek Prabagaran juga berada di lokasi bersama dengan Tertuduh. Beliau juga telah turut mengesahkan barang-barang yang dijumpa dan menurunkan tandatangan beliau dalan borang bongkar P12; Dan dibahagian pengesahan penerimaan penghuni dibahagian bawah pengesahan penerimaan penghuni/sesiapa yang hadir ada nama Prabagaran a/l Kunasegara dan tandatangan beliau setuju? Setuju Yang Arif h) Beliau bersetuju bahawa tanpa tandaan beliau dan nama pegawai penyiasat, ekshibit P14 tidak boleh dipastikan sebagai kunci Myvi BMF7673 kerana tiada tandaan dan nama orang lain dan bukannya nama pegawai penyiasat yang tertera disitu; Jadi setuju dengan saya saya cadangkan tanpa tandaan kamu dan nama IO yang berlainan saya cadangkan ekshibit P14 ini bukanlah kunci Myvi BMF7673 tak boleh pastikan kerana tak ada tandaan pada ekshibit itu dan juga nama IO pun orang yang lain pegawai yang lain jadi tidak boleh pastikan ekshibit P14 ini adalah kunci Myvi BM7673 setuju atau tidak? Setuju Yang Arif [29] Keseluruhan keterangan perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati memandangkan semasa memberikan keterangan beliau telah memberikan jawapan ‘kurang ingat’, ‘tidak ingat’ atau ‘tidak tahu’ untuk beberapa soalan berkenaan fakta kes ini. [30] Dalam kes Kesavan Krishnan v. PP (2015) 6 CLJ 177 telah diputuskan bahawa hanya kerana seseorang saksi adalah seorang anggota polis, ianya tidak bermakna keterangan beliau perlu diberikan pemberatan yang lebih secara automatik berbanding dengan seorang tertuduh. Malah ianya juga tidak bermakna mahkamah boleh mengambil pendekatan kurang berhati-hati dalam menilai keterangan tersebut. [31] Justeru itu, keterangan yang diberikan oleh beliau berkenaan rampasan dadah semasa Tertuduh ditahan setelah pergelutan tidak boleh diterima secara bulat-bulat memandangkan beliau tidak melakukan tangkapan secara fizikal terhadap Tertuduh dan beliau juga tidak dapat mengenalpasti siapakah anggota yang sebenarnya telah menangkap Tertuduh. [32] SP6 Inspektor Muhammad Hafiz Mohd Zaini adalah pegawai penyiasat warisan yang telah mengambil alih siasatan dari pegawai penyiasat asal yang telah meninggal dunia. Antara keterangan SP6 semasa pemeriksaan balas adalah seperti berikut:- a) Beliau tidak pasti berdasarkan laporan polis, pegawai serbuan SP2 ada menjumpai dadah dalam Myvi BMF 7673; b) Tiada siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat asal berkenaan pemilik berdaftar Myvi BMF 7673. Beliau juga tidak tahu samada terdapat arahan Timbalan Pendakwaraya untuk melakukan siasatan sedemikian. Beliau mengakui adalah penting untuk melakukan siasatan pemilik berdaftar sekiranya dadah dijumpai dalam kereta; Berdasarkan pengalaman kamu jika dadah berbahaya dijumpai dalam sebuah kenderaan adalah penting untuk IO menyiasat siapakah pemilik berdaftar kereta tersebut betul? Betul Yang Arif Tapi dalam kes ini tiada siasatan dijalankan terhadap pemilik kenderaan setuju? Setuju Yang Arif c) Beliau juga tidak pasti berkenaan pertuduhan yang Tertuduh ada memegang bungkusan plastik ditangan. Beliau juga tidak tahu lokasi Tertuduh ditangkap; d) Beliau mengatakan berdasarkan diari siasatan pegawai penyiasat asal, alat CCTV di pos pengawal tidak diambil untuk siasatan dan tiada rakaman percakapan diambil dari pengawal yang bertugas semasa kejadian. Beliau juga tidak berbuat demikian; e) Dari diari siasatan pegawai penyiasat asal tidak dapat dikenal pasti siapakah 2 orang anggota yang mula-mula menahan Tertuduh. Beliau juga tidak mendapat arahan pegawai atasan untuk merakam percakapan mereka; Berdasarkan keterangan pegawai tangkapan ada 2 anggota serbuan yang mula-mula menangkap Tertuduh dalam kes ini. Soalan saya adakah dalam diari siasatan IO asal dapat mengenal pasti siapakah 2 anggota yang mula-mula menangkap Tertuduh dihadapan pos pengawal? Tiada Yang Arif f) Dari diari siasatan, pegawai penyiasat asal tidak dibawa oleh pegawai serbuan ke tempat kejadian untuk melakar tempat kejadian. Beliau juga tidak berbuat demikian. Beliau bersetuju bahawa beliau tiada pengetahuan pada masa Tertuduh ditahan, samada ada barang kes yang dijumpai; g) Beliau juga bersetuju bahawa dalam borang bongkar P12 tidak terdapat rampasan plastik hijau putih dan juga tidak mengetahui dimanakah barang kes dadah disimpan oleh pegawai penyiasat asal selepas diserah oleh pegawai penyiasat asal; Saya ingin merujuk kamu borang senarai geledah ekshibit P12 dalam kes ini search list (P12) borang senarai geledah. Kalau kamu tengok dalam senarai geledah ni ada tak dinyatakan rampasan plastik warna hijau/putih bertulisan Selamat Datang Terima Kasih. Ada tak dirampas daripada Tertuduh dalam Borang senarai geledah P12 ini? Tiada Yang Arif h) Beliau tidak tahu sama ada kedua-dua Tertuduh dan Prabagaran diserahkan kepada pegawai penyiasat asal untuk siasatan dan tiada rakaman percakapan diambil dari Prabagaran; i) Beliau tiada pengetahuan berkenaan gambar kunci dan alat kawalan jauh dan tandaan padanya; j) Beliau mengakui siasatan oleh pegawai penyiasat asal adalah tidak lengkap berkenaan penemuan dadah semasa OKT ditahan dan juga penemuan dadah dalam kereta BMF7673. Beliau sebagai penyiasat warisan juga tidak menerima arahan dari pegawai atasan untuk melengkapkan siasatan; Jadi saya cadangkan bahawa dalam kes ini siasatan oleh IO asal adalah tidak lengkap berkaitan penemuan dadah didalam kereta BMF7673? Setuju Yang Arif Maka saya cadangkan bahawa siasatan terhadap penemuan dadah ketika OKT ditahan adalah tidak lengkap? Setuju, Yang Arif Dan kamu sebagai pegawai penyiasat warisan tidak pernah menerima apa-apa arahan daripada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) untuk melengkapkan siasatan tersebut? Benar, Yang Arif [33] Adalah jelas bahawa terdapat banyak kelompangan dan persoalan dari aspek siasatan dan/atau kegagalan menyiasat oleh pegawai penyiasat dan/atau pengawai penyiasat warisan yang memberi kelebihan kepada Tertuduh. Dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan [2014] 5 MLJ 433 Mahkamah Rayuan telah berpendapat seperti berikut: "The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the Court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see: Jamuna Chaudhary & Ors v. State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774). The appellant cannot be penalized for lack of ingenuity in investigation by PW6 depriving him of the time honoured benefit of doubt (see: Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ Rep 265; [1992] 1 MLJ 137). This was never considered by the learned trial judge. Consequently, the appellant's right to a fair trial has been compromised, which has the effect of rendering the conviction very unsafe. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see: Mraz v. The Queen [1953] 93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon v. PP [2007] 4 CLJ 114; [2007] 1 MLJ 46)." c) TERTUDUH PADA MASA, TARIKH DAN TEMPAT TERSEBUT YANG DINYATAKAN DALAM PERTUDUHAN MELAKUKAN KESALAHAN MENGEDAR DADAH BERBAHAYA [34] Dalam keadaan tiada pembuktian melangkaui keraguan munasabah bahawa Tertuduh mempunyai pemilikan, iaitu kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah, dengan sendirinya tidak timbul persoalan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya. Justeru itu, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen ini. DAPATAN MAHKAMAH [35] Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) menyatakan bahawa standard pembuktian bagi pihak pendakwaan pada akhir kes pendakwaan adalah untuk membuktikan kes prima facie. Apabila kes pendakwaan selesai, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh. Jika Mahkamah mendapati bahawa pendakwaan tidak membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pelepasan dan pembebasan. Jika Mahkamah mendapati bahawa kes prima facie telah dibuat terhadap Tertuduh atas kesalahan yang didakwa, Mahkamah hendaklah memanggil Tertuduh untuk membela diri. [36] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah hendaklah menjalankan penilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan pada peringkat perbicaraan apabila memutuskan sama ada untuk memanggil Tertuduh untuk membela diri atau tidak. PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Ooi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 [37] Fakta-fakta dan keterangan material yang telah dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam membuat keputusan dalam kes ini adalah seperti berikut:- a) Juru Stor SP4 Itiza Shamsul semasa pemeriksaan balas mengatakan alat kawalan jauh untuk kenderaan Myvi tidak diserahkan kepada beliau, berbeza dengan gambar P10 yang menunjukkan kunci dan alat kawalan jauh. Beliau mengakui ekshibit kunci P14 tidak sama dengan gambar barang kes P10; Mana alat kawalan jauh ada terima atau pun tidak? Tidak ada terima Jadi kalau kita lihat kepada barang kes tadi ID10 gambar yang ketujuh. Gambar barang kes ada kunci dan alat kawalan jauh betul? Betul Tapi yang ditunjukkan dalam mahkamah hari ini kepada kamu P14 tadi adalah kunci tidak sama dengan gambar barang kes dalam ID10 gambar yang ketujuh betul? Betul b) Terdapat dua lokasi berbeza dimana barang kes dadah dijumpai, namun hanya 1 tempat direkodkan sebagai tempat barang kes ditemui. Adalah wajar untuk butiran yang memadai dinyatakan dalam pertuduhan bagi membolehkan maklumat diperolehi oleh Tertuduh bagi membuat pembelaan. Oleh itu adalah amalan yang baik sebelum sesuatu pertuduhan dikemukakan di Mahkamah semakan yang terperinci dibuat berkenaan dengan butiran dalam kertas pertuduhan dan memastikan ianya mematuhi seksyen 152 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan undang-undang yang berkaitan. Jika ini tidak dilakukan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada Tertuduh. c) Tertuduh dengan tak semena-mana berjalan kearah SP2 dan pasukan beliau dengan membawa barang salah dadah semasa pemeriksaan dilakukan terhadap Prabagaran; d) Identiti 2 orang anggota yang mula-mula menahan Tertuduh bersama barang kes dadah; Kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi-saksi ini untuk memberi keterangan menyebabkan kelompangan didalam kes pendakwaan yang memberi kelebihan kepada pihak pembelaan. Inferens dibawah seksyen 114(g) Akta Keterangan boleh digunakan atas pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan didalam Vinod Raj a/l Uthayakumar v. Pendakwaraya [2023] MLRAU 6, YA Che Mohd Ruzima bin Ghazali HMR memutuskan: "[34] Pada pandangan kami, walaupun pihak pendakwaan berhak untuk milih saksi mana yang hendak dipanggil bagi mengemukakan keterangan dan menurut S. 134 Akta Keterangan 1950, tiada bilangan tertentu saksi dikehendaki untuk membuktikan sesuatu fakta, hakikatnya pihak pendakwaan perlulah membuktikan tanpa keraguan bahawa perayu memiliki Cannabis semasa ditahan.” e) Dalam borang bongkar tidak dinyatakan siapakah di antara Prabagaran dan Tertuduh yang memegang bungkusan berisi dadah P7A dan dari tangan siapakah ianya dirampas; Mahkamah Rayuan di dalam kes Vinod Raj a/l Uthayakumar v. PP [2023] MLRAU 6 ada menyatakan seperti berikut; "[32] Beralih pula kepada satu isu yang lain, undang-undang berhubung dengan beban pembuktian yang adalah jelas. Pihak pendakwaan bertanggungan untuk membuktikan tuduhan terhadap perayu tanpa sebarang keraguan yang munasabah pada setiap peringkat iaitu di peringkat pendakwaan ataupun di peringkat pembelaan. Lihat keputusan Mahkamah ini dalam kes Mohan Singh A/L Lachman Singh v. Public Prosecutor [2002] 3 CLJ 293; [2002] 3 MLJ 291. Dengan itu, pihak pendakwaan perlulah mengambil segala langkah untuk mengetepikan sebarang kemungkinan lain berkait dengan pemilikan Cannabis tersebut, terutamanya kemungkinan bahawa Cannabis tersebut bukanlah milik perayu. f) SP2 juga mengakui bahawa tiada tandaan direkodkan berkenaan bag plastik P7A dalam borang bongkar. Begitu juga tiada tandaan dalam laporan polis ekshibit P11. Dan dalam search list juga tidak ada direkodkan plastik hijau/putih Selamat Datang Thank You. Saya ulang tidak ada direkodkan sebarang rampasan plastik hijau/putih Selamat Datang Thank You yang didakwa dibawa oleh OKT masa tangkapan? Betul Yang Arif g) Tiada juga siasatan dan keterangan yang mengenai siapakah pemilik kenderaan Myvi tersebut. Ini adalah penting untuk mengecualikan akses mana-mana orang lain kepada kereta Myvi tersebut dan memperkukuhkan pertuduhan terhadap Tertuduh. Dalam kes PP v Lin Lian Chen (1992) 2 MLJ 961 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan berikut:- “Turning to the evidence, although it is true that the respondent was the sole occupant of the Honda, being the driver and therefore in charge of it, the fact remains, that he was not its owner and, there was no evidence from which it could be reasonably inferred that he must have been in custody or control of the seven newspaper packages or the cigarette packet which contained the offending exhibits. In this context, mere knowledge of the presence of the seven newspaper packages or the cigarette packet in the Honda without more would not be sufficient to constitute custody or control thereof though it would constitute an essential step in that direction. But, the position here was that there was not even proof of such knowledge much less proof of knowledge of the presence of the offending exhibits in the seven newspaper packages or the cigarette packet. For example, there was nothing to indicate for how long in all the respondent had been in charge of the Honda and such evidence as had been adduced indicated that he was seen only briefly at the wheel. No evidence was adduced as to whether the seven packages or the cigarette box had been dusted for fingerprints or as to whether the respondent’s hands or fingernail clippings were examined for traces of heroin nor was there anything even suspicious about the behaviour of the respondent before or at the time of his arrest; for example, he made no difficulties when arrested.” h) Dalam kes Ahmad Azhari Ahmad Zaini [2015] 1 CLJ 157 telah diputuskan berikut: “[43] Viewed in the light of the following facts, namely that the appellants were not the owner of the Mercedes; that there was no evidence for how long the first appellant had been driving the Mercedes; that no evidence was adduced as to who had access to the Mercedes prior to the arrest of the appellants; that there was no physical contact between both the appellants and the two bags containing the cannabis in the boot of the Mercedes (given the evidence of SP4 that the police team had raided the appellants before they could lift the bags); and in the light of the defence, we were of the view that the prosecution had failed to prove the charges against the appellants beyond reasonable doubt.” i) Dalam kes ini, Tertuduh hanya mempunyai kunci dan alat kawalan jauh dalam poket seluar beliau semasa semasa beliau ditahan berdekat pos kawalan dan bukan berhamipran dengan kereta Mvyi tersebut. SP2 menyatakan bahawa alat kawalan jauh kereta tersebut digunakan untuk membuka pintu kereta Myvi tersebut, namun alat kawalan jauh tersebut gagal dikemukakan semasa perbicaraan. Semasa perbicaraan juga pintu bahagian pemandu kereta telah dibuka secara manual menggunakan kunci. Namun kunci ekshibit P14 tidak boleh dipastikan sebagai kunci sebenar kerana ketiadaan tandaan pegawai serbuan dan pegawai penyiasat padanya. Dalam kes Alvin Tilok lwn PP [2021] MLJU 3030 telah diputuskan berikut: “[52] Menurut SP2 beliau telah membuat tandaan namun jika dirujuk kepada gambar-gambar di eksibit P1, tiada sebarang tandaan yang dapat mengesahkan keadaan itu. Hal ini diakui sendiri oleh SP2 ketika disoal oleh pihak Peguam. [53] Keadaan ini menimbulkan keraguan terhadap barang yang dimaksudkan dalam kes ini. Tiada apa-apa yang dapat mengesahkan barang tersebut adalah barang yang sama ketika ditemui oleh SP2 pada badan OKT.” j) Tambahan pula, tiada sebarang barang milikan tertuduh dijumpai dalam kereta Myvi BMF 7673. Dalam kes PP lwn. Omar Mohamad [2003] 6 CLJ 87 telah diputuskan: “keterangan pendakwaan bahawa OKT memiliki kunci kereta walaupun dalam keadaan gelisah, hanya menunjukkan syak kuat dan tidak mencukupi dan selamat untuk memutuskan bahawa OKT mempunyai pengetahuan dan jagaan atau kawalan terhadap dadah di dalam laci dashboard. Tanpa keterangan jagaan atau kawalan dan pengetahuan yang jelas dan pasti ke atas dadah oleh OKT, pihak pendakwa telah gagal membuktikan dengan afirmatifnya bahawa OKT telah memiliki dadah di dalam laci dashboard kereta itu (Muhammed bin Hassan v. PP[1998] 2 CLJ 170FC).” k) Adalah menjadi kemusykilan bahawa Prabagaran yang berada di lokasi yang sama dengan Tertuduh mengesahkan barang-barang yang dijumpai dan menurunkan tandatangan pada Borang Bongkar yang mana keadaan ini telah menimbulkan persoalan barang kes dadah berada dibawah kawalan dan jagaan siapa sebenarnya; Dalam kes Vinod Raj a/l Uthayakumar v PP (2022) 2 MLJ 789 diputuskan: [36] Dalam situasi tersebut, wujud dua versi yang sama sekali berbeza berhubung dengan penemuan cannabis tersebut. Dengan kata lain wujud situasi satu lawan satu. Timbul persoalan atau keraguan, versi mana yang perlu dipercayai? Kami dapati, dokumen kontemporari iaitu Borang Senarai Geledah eksh P10 yang dikemukakan pihak pendakwaan melalui SP3 tidak dapat membantu. Ini kerana, di dalam kandungan eksh P10 tidak dinyatakan secara jelas bahawa beg plastik berwarna merah yang mengandungi cannabis tersebut dirampas daripada tangan perayu sama ada diruangan ‘BARANG YANG DIJUMPAI/DIRAMPAS’ ataupun di ruangan TEMPAT DIJUMPAI’. Begitu juga dalam kes Low Ah Leck v Public Prosecutor [2012] 3 MLJ 531 Mahkamah Rayuan telah memutuskan: [13] In view of the fact that exh P5 (search list) is a contemporaneous document prepared by SP1 on 23 May 2008 after the joint search of and seizure from the appellant (accused) and one other suspect Kwong Peng Seng at the scene of the alleged trafficking, there is a serious doubt as to whether possession of the plastic bag was in fact at all material times in the hands of the accused as testified by SP1 and SP4 on 2 March 2010 and 4 March 2010, almost two years after the incident. [14] Further, as the other suspect, one Kwong Peng Seng, had also signed the document exh P5 jointly together with the accused as evidence and acknowledgement of the seizure of the several items listed therein (including the plastic bag), and the said Kwong Peng Seng was: (a)neither charged with any offence nor did he (b)testify on behalf of the prosecution that the plastic bag was seized from the accused, it is unsafe to make a finding that the plastic bag was in fact seized from the accused or was in fact in the possession of the accused at any material time notwithstanding the oral testimony of SP1 and SP4 that the accused was seen carrying the plastic bag in his hand, having regard in particular to the following: (a)the defence that the plastic bag was found (by the police) beside the drain near the tyre of the car at the scene of the alleged trafficking and; (b)the contemporaneous document P5, with the two suspects’ signatures, was prepared by SP1 himself, with no evidence therein, direct or indirect, to incriminate the accused with possession of the plastic bag; and (c)the absence of any credible evidence tendered by the prosecution exculpating or exculpatory of Kwong Peng Seng, bearing in mind the contemporaneous document P5 could give rise to the inference that the plastic bag could very well have been in the possession of Kwong Peng Seng. [15] The conviction of the appellant for an offence carrying the mandatory death sentence is unsafe. l) Terdapat kerosakan pada pintu bahagian belakang bahagian pemandu Myvi yang memungkinkan sesiapa sahaja untuk mempunyai akses kepada kereta tersebut; m) Pegawai penyiasat asal dan warisan tidak dibawa oleh pegawai serbuan ke lokasi kejadian untuk melakar tempat kejadian yang sebenar; n) Pegawai penyiasat warisan tiada pengetahuan sama ada rakaman percakapan telah diambil dari Prabagaran dan ianya juga tidak dikemukakan di Mahkamah; o) Pengakuan pegawai siasatan warisan bahawa siasatan oleh pegawai siasatan asal adalah tidak lengkap berkenaan penemuan dadah semasa OKT ditahan dan juga penemuan dadah dalam kereta Myvi BMF 7673 dan beliau juga tidak menerima arahan pegawai atasan untuk melengkapkan siasatan; [38] Dalam kes ini, adalah jelas bahawa pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan inferens bagi membuktikan milikan dadah oleh Tertuduh. Berkenaan isu ini saranan Mahkamah Agung dalam kes Choo Chang Teik v. PP[1991] 3 CLJ 2387; [1991] 1 CLJ (Rep) 54 perlu diambil perhatian di mana Mahkamah Agung telah berkata seperti berikut di ms. 2391 (ms. 59): “... we feel that in offences involving capital punishment such as trafficking in drugs, evidence by inference alone is not sufficient to support a conviction of the appellant without some proof of the element of control.” [39] Dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s 302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard.” [40] Dari analisa fakta kes adalah jelas terdapat banyak kelompangan dan persoalan dalam kes Pendakwaan yang memerlukan jawapan. Namun jawapan tersebut gagal dikemukakan melalui saksi-saksi Pendakwaan. Justeru itu Mahkamah ini mendapati pihak Pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh berdasarkan analisa fakta-fakta yang telah ditimbangkan sebelum dari ini. Mahkamah Persekutuan dalam kes Sia Soon Suan v PP [1966] 1 MLJ 116 telah merumuskan seperti berikut: “Nevertheless, the requirements of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether this court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else. This is axiomatic.” RUMUSAN / KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [41] Berdasarkan perkara-perkara di atas, setelah melakukan penilaian maksimum, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh dan oleh yang demikian Mahkamah melepas dan membebaskan Tertuduh tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh: 22hb Disember 2025 T.T. (Abdul Fareed bin Abdul Gafoor) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 3 (Jenayah) Johor Bahru PENDAKWA RAYA : Foo Fang Leong Timbalan Pendakwa Raya Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar, 79100 Nusajaya Johor Darul Ta’zim PEGUAMBELA : Mohd Daud Ismail dan Hang Lee Ying Daud & Co Advocates & Solicitors Peguambela dan Peguamcara No. 2-27, Jalam Kolam Air 2 Nong Chik, Riverside 80100 Johor Bahru