Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES JENAYAH NOMBOR: BL-83JS-3-07/2019 ANTARA JURAIMI BIN ABD KADIR … PERAYU [K/P: 770506-10-5581] DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
BL-83JS-3-07/2019
Magistrates Court of Malaysia6 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“20. Walaupun pembelaan ada merujuk kepada satu dapatan Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya lwn Lim Po Seng [2021] MLJU 1682 di mana Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah bersetuju dengan dapatan Tuan Majistret bahawa menghayun-hayun tangan bukanlah suatu bentuk kekerasan jenayah apabila tertuduh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES JENAYAH NOMBOR: BL-83JS-3-07/2019 ANTARA JURAIMI BIN ABD KADIR … PERAYU [K/P: 770506-10-5581] DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
1
PENDAHULUAN Tertuduh telah dituduh di bawah S. 354 Kanun Keseksaan pada 3/7/2019 dan telah selesai sehingga ke peringkat membela diri pada 25/3/2024.
2
Di akhir kes pembelaan, Tertuduh telah didapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan tersebut. Tertuduh telah di jatuhi hukuman Penjara 1 tahun dari tarikh sabitan (6/5/2024) dan denda RM 6000 gagal bayar 12 bulan penjara.
3
Pihak Pembelaan telah memanggil 1 saksi sahaja iaitu Tertuduh sendiri sebagai SD1.
4
Kejadian berlaku pada 30/6/2019 lebih kurang jam 4 PM ketika mangsa (SP1) bersama teman lelakinya, SP2 serta anak SP2 sedang berjalan di kaki lima Emporium Makan, Jalan Pasar.
5
Ketika kejadian, SD1 (OKT) juga sedang berjalan di kaki lima tersebut namun dari arah bertentangan dengan mereka (SP1 dan yang lain).
6
Mangsa (SP1) menyatakan bahawa ketika kejadian, Tertuduh telah mencabul SP1 dengan cara memegang punggung SP1. SP1 kemudian telah terkejut dan memberitahu SP2 mengenai perkara tersebut dan SP2 telah menahan dan bercakap dengan tertuduh kemudian SP2 juga telah melontar kerusi kepada Tertuduh.
Preamble
Menurut keterangan SD1 (OKT), SD1 ada meminta maaf kepada mereka berkali-kali ketika itu.
7
SP1 kemudian telah pergi ke balai polis berhampiran dengan berjalan kaki bersama SP2, teman lelaki SP1 dan anak perempuan SP2. SD1 (OKT) juga telah mengikuti mereka ke balai polis tersebut.
8
Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh bersifat fikiran kemudian “afterthought” dan penafian semata-mata.
9
Sebaliknya, pihak Pembelaan pula berhujah bahawa pihak Pendakwaan tidak dapat membuktikan intipati pertuduhan & pihak Pendakwaan juga gagal membuktikan niat OKT untuk mencabul mangsa.
10
Disamping itu, menurut pihak Pembelaan, pihak Pembelaan juga telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Mereka juga telah mengutarakan isu kegagalan pihak Pendakwaan untuk soal balas SD1 (OKT) berkenaan bahagian material kes dan mangsa (SP1) bukannya seorang saksi yang boleh dipercayai. Menurut pihak Pembelaan juga, terdapat kekurangan keterangan yang menyokong (corroborative evidence) untuk menyokong kes pendakwaan.
11
Daripada pemerhatian mahkamah ketika SD1 memberikan keterangan, mahkamah mendapati SD1 ini merupakan satu saksi yang tidak dapat dipercayai. Ini kerana ketika disoal, SD1 kerap kali mengambil masa untuk memberikan jawapan dan mahkamah percaya, berdasarkan perilaku (demeanor) SD1 ketika memberikan jawapanya, ianya tidak memberikan gambaran bahawa SD1 sedang mengimbas kembali ingatan terhadap kejadian, tetapi lebih kepada SD1 memikirkan apakah jawapan terbaik untuk dirinya ketika itu.
12
Mahkamah merujuk kepada satu kes terdahulu Tun Haji Datu Mustapha v Tun Datuk Haji Mohamed Adnan Robert (No.2) [1986] 2 MLJ 420 di mana mahkamah dalam kes tersebut juga membuat pemerhatian ke atas saksi semasa saksi memberikan keterangan dan mendapati saksi tersebut tidak dapat dipercayai. Petikan adalah seperti berikut: “In the light of the evidence of D.W.8 and D.W.9 involving P.W.3 and P.W.4 which I have accepted, and having observed him giving evidence, I find P.W.3 to be an unimpressive and unreliable witness whose evidence lacks credibility. He was evasive at times, as, for example, when asked about the part P.W.4 played in the checking in of the cars, and whether the latter was with him. I have referred to some of the inconsistencies and contradictions in his evidence. I have also referred to his mentioning of the names of the plaintiff and Sunarno spoken by D.W.1 to P.W.4 during the alleged incident at 2.30 a.m. in cross-examination, when he made no such mention in his evidence-in-chief. There were pauses, sometimes long, before a number of his answers given in cross-examination which did not give the impression that he was recollecting events, but rather thinking of the best way to answer. For the reasons already given, I reject his evidence…”
13
Selain daripada itu, keterangan daripada SD1 juga ketika pembelaan tidak konsisten sebagai contoh pada mulanya SD1 menyatakan tidak sengaja tersentuh bahagian bawah SP1 ketika bertembung, kemudian ketika diperiksa semula, SD1 menyatakan pula SD1 tidak pasti tersentuh atau apa ke atas SP1. Pada masa yang sama, SD1 turut menyatakan tangannya cuba mengelak daripada tersentuh SP1 dan tidak disengajakan.
14
Keterangan SD1 juga ada bersetuju dengan cadangan Tuan Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar bahawa SD1 ada masa untuk mereka-reka cerita sebelum melaporkan perkara tersebut.
15
SD1 turut bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan bahawa rakaman percakapan SD1 dan repot polis SD1 (exhibit D6) adalah tidak konsisten sebahagian daripadanya.
16
Saya berpendapat ketika Tertuduh ini disabitkan, bahawa, intipati pertuduhan Tertuduh telah mencabul kehormatan SP1 di bawah S.354 Kanun Keseksaan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
17
Selepas kejadian SP1 terus memaklumkan pada SP2 dan SP2 telah menyoal SD1 mengenai kejadian. SP1 juga daripada keterangannya berada dalam keadaan trauma. Kedudukan tangan SD1 yang menyentuh punggung SP1 dengan keadaan jari ke bawah memegang punggung SP1 juga telah menunjukkan niat SD1 untuk melakukan pencabulan itu.
18
Pembelaan SD1 antara lain turut menyatakan tiada elemen kekerasan jenayah dilakukan ke atas SP1. Mahkamah ini berpendapat bahawa bagi suatu pertuduhan di bawah S.354 Kanun Keseksaan ini, kekerasan jenayah tidak semestinya suatu kekerasan yang mendatangkan kecederaan yang zahir. Cukup dengan perbuatan Tertuduh yang dibuat tanpa kerelaan mangsa dan Tertuduh tahu perbuatan itu akan mendatangkan kecederaan atau menakutkan atau menjengkelkan mangsa. Ini adalah sebagaimana yang terdapat di ilustrasi (f) S. 350 Kanun Keseksaan. Ianya seperti berikut: “(f) A intentionally pulls up a woman’s veil. Here A intentionally uses force to her; and if he does so without her consent, intending or knowing it to be likely that he may thereby injure, frighten or annoy her, he has used criminal force to her.” 469
19
Penerangan Illustrasi (f) ini juga sama seperti yang dinyatakan dalam kes Nuna (1912) 13 Cri LJ (PUN), di mana mahkamah menyatakan seperti berikut: “Accused took off a girl’s clothes, threw her on the ground, sat down beside her and said nothing to her nor did he do anything to her, it was held that he was guilty of an offence under this section (354)”
20
Walaupun pembelaan ada merujuk kepada satu dapatan Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya lwn Lim Po Seng [2021] MLJU 1682 di mana Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah bersetuju dengan dapatan Tuan Majistret bahawa menghayun-hayun tangan bukanlah suatu bentuk kekerasan jenayah apabila tertuduh di dalam kes tersebut tangannya telah terkena kemaluan mangsa ketika menghayunkan tangannya dan mangsa tidak merasakan dirinya terancam ketika kejadian, akan tetapi bagi kes terhadap Tertuduh Juraimi ini, mangsa (SP1) telah merasakan bahawa perbuatan Tertuduh itu tidak direlakan dan telah mendatangkan ketakutan dan kejengkelan ke atas diri SP1.
21
Sungguhpun SP1 tidak terus menjerit atau menunjukan reaksi yang jelas sejurus selepas dicabul namun SP1 telah segera memberitahu SP2 mengenai kejadian. Konfrontasi antara SP2 dan Tertuduh dilakukan serta merta oleh SP2 ditempat kejadian.
22
Kedudukan tangan Tertuduh di punggung SP1 juga dan keadaan ianya memegang punggung sepertimana ditunjukkan (lakon semula) oleh SP1 (menurut SP1 perbuatan Tertuduh itu dikatakan sebagai “grab” punggung beliau) dalam mahkamah ketika memberikan keterangan menunjukkan Tertuduh sememangnya berniat melakukan perkara itu dan bukan sekadar tersentuh sebab keadaan sempit. Tertuduh juga tidak meminta maaf ketika itu, hanya apabila ditegur SP2 ketika kejadian.
23
Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam kes Sena Shetty
1890
1 Weir 347: “Knowledge that modesty is likely to be outraged is sufficient to constitute the offence without any deliberate intention of having such outrage alone for its object.”
24
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes terdahulu mengenai “modesty” dan reaksi mangsa seperti berikut: Di dalam kes State v Major Singh AIR 1967 SC 63, Yang Arif Hakim Bachawat ketika itu menyatakan: “ I think that the essence of a woman’s body is her sex. The modesty of an adult female is writ large on her body. Young or old, intelligent or imbecile, awaken or sleeping, the woman possess a modesty capable of being outraged.” … “The reaction of the woman is very relevant, but its absence is not always decisive, as for example, when the accused with a corrupt mind stealthily touches the flesh of a sleeping woman. She may be an idiot, she maybe under the spell of anesthesia, she maybe sleeping, she maybe unable to appreciate the significance of the act, nevertheless, the offender is punishable under the section.”
25
Mahkamah turut berpendapat “modesty” seseorang perempuan juga bergantung kepada pelbagai faktor antaranya budaya, agama, pegangan moral,bangsa dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam kes-kes terdahulu seperti berikut:
i
George Evans (1906) Criminal Application for Revision No. 58 of 1906 decided on April 10, 1906 per Jenkins CJ and Aston J: “To place hands on the shoulder of a woman will be an outrage on the modesty of a Hindu or Mohamedan woman, but not
II
(ii) Baloobhai Hari Shankar Bhat (1931) Criminal Appeal No. 279 of 1931: “In construing this section, the Court must have regard to the race and the position in life of the particular woman…” … “…and women of one nationality may have different standards of modesty from women of another nationality…”
26
Jati diri rakyat Malaysia itu penuh dengan adab ketimuran perlakuan sedemikian bukanlah budaya kita yang sewenang-wenangnya boleh menyentuh orang lain terutamanya yang berlawanan jantina dan pada bahagian sulit, jadi apabila Tertuduh menyentuh (menurut SP1 dan lakon semula – “grab”) punggung mangsa (SP1) dan SP1 tidak merelakanya itu menyebabkan SP1 segera memberitahu SP2 mengenai perkara tersebut. Jika SP1 tidak berasa dicabuli ketika kejadian sudah tentu SP1 tidak membesarkan perkara ini.
27
Oleh yang demikian, mahkamah ini setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di dalam kes ini di peringkat pendakwaan dan juga pembelaan, setelah juga mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan itu mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan atas kesalahan di bawah S. 354 Kanun Keseksaan.
28
Pihak pembelaan dalam rayuannya menyatakan bahawa Tertuduh berusia 47 tahun, merupakan seorang pekerja am yang bergaji RM1500. Tertuduh mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pihak pembelaan berhujah bahawa pertuduhan yang dikenakan ada memberikan pilihan denda. Dalam kes ini, Tertuduh merupakan pesalah pertama dan daripada fakta kes tiada unsur kekerasan jenayah seperti yang diputuskan dalam kes-kes lain seperti pembukaan baju, memegang payudara. Sentuhan kurang dari 1 saat seperti di sahkan mangsa sendiri. Prinsip undang-undang menyatakan bahawa denda harus diberikan terlebih dahulu ke atas Tertuduh dan mohon agar denda seringan-ringannya diberikan.
29
Pihak pendakwaan berhujah bahawa merujuk kepada fakta kes, mangsa seorang wanita dan telah memberi keterangan di mahkamah dan emosi mangsa terganggu apabila Tertuduh menggunakan kekerasan jenayah telah mencabul kehormatannya. Setiap harga diri dan maruah harus di hormati. Pihak pendakwaan memohon hukuman deterent dan kejadian berlaku ditempat awam dan ianya telah menggugat emosi mangsa. Pihak pendakwaan telah mohon hukuman deterent sebagai pengajaran terhadap Tertuduh.
30
Pihak pembelaan kemudiannya telah memohon untuk penggantungan hukuman memandangkan terdapat kes-kes terdahulu di Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggantungan hukuman. Dalam kes ini menurut pembelaan ada keadaan khas untuk diberikan penggantungan hukuman. Ini kerana jika Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan mahkamah ini, penjara tidak boleh diganti dan Tertuduh tidak pernah tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebelum ini.
31
Permohonan ini telah ditentang oleh pihak pendakwaan kerana menurut pihak pendakwaan tiada keadaan khas wujud dalam kes ini. Jika Tertuduh ada masalah kesihatan, Tertuduh boleh mendapatkan rawatan di penjara.
32
Mahkamah ini kemudiannya memutuskan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman tersebut ditolak. Ini kerana S.311 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan penggantungan hukuman adalah untuk hukuman sebatan sahaja, tidak terpakai untuk pemenjaraan & dalam kes ini tiada keadaan khas untuk mewajarkan penggantungan hukuman.
33
Setelah mendengar hujahan rayuan Tertuduh dan hujahan pemberatan pihak Pendakwaan, mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan atas kesalahan di bawah S.354 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman Denda Rm 6000 gagal bayar 12 bulan Penjara dan Penjara 1 tahun dari tarikh sabitan 6 Mei 2024. Bertarikh 18 Oktober 2024 Disediakan oleh: (NOORJIDAH BINTI MOHD JUSAN) MAJISTRET JENAYAH 5 KLANG SELANGOR Bagi Pihak Pendakwaan: TPR Tuan Muhammad Hanis Bin Zulkapli TPR Tuan Ahmad Amsyar bin Ahmad Effendy Bagi Pihak Pembelaan: Puan Darshne A/P Jeevananthan dari Tetuan WH Tan Darshne & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.