Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. KES: BD-89-242-08/2023 ANTARA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, NEGERI SELANGOR ... PEMOHON
BD-89-248-08/2023
Magistrates Court of Malaysia23 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. KES: BD-89-242-08/2023 ANTARA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, NEGERI SELANGOR ... PEMOHON
1
K&K ENGINE LINK (M) SDN BHD [No. Syarikat.: 201901040671]
2
SMFL HIRE PURCHASE (M) SDN BHD [No. Syarikat.: 0715689U] … RESPONDEN-RESPONDEN (didengar bersama) DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. KES: BD-89-248-08/2023 S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw K&K ENGINE LINK (M) SDN BHD [No. Syarikat.: 201901040671] … PEMOHON
2
NEGERI SELANGOR PENDAKWA RAYA … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Permohonan di Kand. 1 bagi kes no. BD-89-242-08/2023 (“Kes 242”) adalah permohonan yang difailkan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Selangor (“Pengarah JPJ”) terhadap (1) K&K Engine Link (M) Sdn. Bhd. (“KEL”) dan (2) SMFL Hire Purchase (M) (“SMFL”) Sdn. Bhd. untuk mendapatkan suatu perintah lucuthak bagi kenderaan jenis Tipping Trailer bernombor pendaftaran AMD9388 / T/AA3028 (“Tipping Trailer tersebut”) yang telah disita di bawah seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] (“APAD 2010”) kerana telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 57(1)(a) dan (b), (iv) APAD 2010. Permohonan di Kand. 1 adalah seperti berikut: S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw [2] Manakala permohonan di Kand. 1 bagi kes no. BD-89-248-08/2023 (“Kes 248”) adalah permohonan yang difailkan oleh K&K Engine Link (M) Sdn. Bhd. terhadap (1) Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Selangor dan S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw
2
Pendakwa Raya untuk suatu pelepasan semula Tipping Trailer tersebut selaras dengan peruntukkan seksyen 80(3) APAD 2010, seperti berikut: S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw [3] Bagi Kes 242, dokumen sokongan dan diari siasatan bagi menyokong permohonan di Kand. 1 oleh Pengarah JPJ telah difailkan di Kand. 2, 3 dan 4, namun tiada apa-apa affidavit sokongan atau hujahan bertulis telah difailkan. [4] Bagi Kes 248, affidavit sokongan serta hujahan-hujahan bertulis KEL telah difailkan di Kand. 2, 3 dan 4. [5] Pendengaran permohonan berkenaan kedua-dua Kes 242 dan Kes 248 telah ditetapkan pada 12.1.2024 pada awalnya dan ditangguhkan ke selanjutnya ke 23.1.2024 atas sebab ketidakhadiran pihak pendakwaraya di Mahkamah pada 12.1.2024. Fakta Ringkas [6] Pada 30.8.2024, kedua-dua Kes 242 dan 248 telah dipanggil di hadapan Mahkamah Majistret Selayang (2) untuk sebutan kes dengan kehadiran pegawai pendakwaraya bagi pihak Pengarah JPJ dan peguam-peguam bagi pihak KEL dan SMFL. [7] Pada tarikh tersebut, pegawai pendakwaraya telah memohon penangguhan kes dan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa terdapatnya (2) kes berkenaan permohonan lucuthak motorlori yang berkaitan dengan permohonan di Mahkamah ini telah dirayu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan masih menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mana dijangkakan akan diberikan keputusan pada 29.9.2023. S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw [8] Sehubungan itu, mengambil kira tiada apa-apa bantahan daripada pihak peguam, Mahkamah ini telah membenarkan penangguhan pendengaran Kes 242 dan Kes 248 dan selanjutnya menetapkan tarikh pengurusan kes pada 12.10.2023 sementara menunggu keputusan rayuan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi kes-kes berkaitan. [9] Seterusnya pada pengurusan kes 12.10.2023, pegawai pendakwaraya telah memaklumkan kepada Mahkamah ini bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah ditetapkan semula pada 20.10.2023. Oleh itu, pegawai pendakwaraya dan peguam-peguam telah memohon penangguhan ke suatu tarikh selepas 20.10.2023 dan dibenarkan Mahkamah. Pengurusan kes bagi Kes 242 dan Kes 248 ditetapkan seterusnya pada 8.11.2023. [10] Pada 8.11.2023, pegawai pendakwaraya telah memaklumkan kepada Mahkamah ini bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memberikan keputusan yang memihak kepada Pengarah JPJ di mana Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan lucuthak motorlori Hong Seng Trading Sdn Bhd, kes no. BA-41ORS-7-03/2023. [11] Lanjutan daripada itu, Mahkamah ini telah memberi arahan kepada pihak-pihak untuk memfailkan kertas kausa dan menetapkan tarikh pendengaran di Kand. 1 bagi kedua-dua Kes 242 dan Kes 248 seperti berikut: S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw Kes 242–
a
14 hari dari hari ini iaitu pada atau sebelum 22.11.2023 untuk Pengarah JPJ failkan apa-apa affidavit sokongan;
b
14 hari dari 22.11.2024 iaitu pada atau sebelum 6.12.2023 untuk KEL & SMFL failkan apa-apa affidavit jawapan;
c
hujahan bertulis bagi pihak-pihak difailkan serentak pada atau sebelum 20.12.2023;
d
hujahan balas pihak-pihak difailkan serentak pada atau sebelum 3.1.2024; dan
e
pendengaran permohonan di Kand. 1 ditetapkan pada 12.1.2024, jam 9.00am.
a
14 hari dari hari ini iaitu pada atau sebelum 22.11.2023 untuk KEL failkan apa-apa afidavit sokongan;
b
14 hari dari 22.11.2023 iaitu pada atau sebelum 6.12.2023 untuk pihak responden failkan apa-apa afidavit jawapan;
c
hujahan bertulis bagi pihak-pihak difailkan serentak pada atau sebelum 20.12.2023; dan S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw
d
hujahan balas pihak-pihak difailkan serentak pada atau sebelum 3.1.2024; dan
e
pendengaran permohonan di Kand. 1 ditetapkan pada 12.1.2024, jam 9.00am. [12] Pada 12.1.2024, Kes 242 dan Kes 248 telah ditetapkan untuk pendengaran permohonan masing-masing di Kand. 1. Apabila kes-kes tersebut dipanggil di Mahkamah ini, Peguam-peguam bagi pihak KEL & SMFL hadir manakala pegawai pendakwaraya bagi pihak Pengarah JPJ tidak hadir. [13] Selanjutnya, Mahkamah ini telah menangguhkan kes-kes tersebut dan mengarahkan jurubahasa Mahkamah ini untuk membuat panggilan telefon kepada pihak pegawai pendakwaraya JPJ sama ada pihaknya akan hadir di Mahkamah atau tidak pada hari tersebut. [14] Selepas itu, kes-kes tersebut telah dipanggil semula di Mahkamah ini pada hari yang sama dan peguam-peguam bagi KEL & SMFL telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak pegawai pendakwaraya JPJ iaitu Mohammad Yusof Ahmad yang sepatutnya hadir di Mahkamah pada hari tersebut telah menghubungi pihak peguam melalui telefon dan memaklumkan supaya pihak peguam boleh memaklumkan kepada Mahkamah ini untuk memohon tarikh baru untuk pendengaran Kes 242 dan S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw Kes 248 dalam masa 2 bulan kerana pegawai pendakwaraya yang incas iaitu Mr. Bernard Surendran a/l Victor (“Mr. Bernard”) sedang bercuti sakit. [15] Peguam bagi pihak KEL dan SMFL membantah dan memohon pendengaran diteruskan kerana pihak pendakwaraya tidak hadir di Mahkamah, tidak memfailkan apa-apa affidavit atau hujahan bertulis sebagaimana arahan Mahkamah bagi kedua-dua kes, tiada membuat permohonan lanjutan masa atau penangguhan dan tidak memaklumkan kepada pihak peguam langsung sehinggalah kes-kes dipanggil dan stand down serta jurubahasa membuat panggilan kepada pihak pendakwaraya barulah pihak pendakwaraya menghubungi pihak peguam untuk memohon penangguhan. [16] Pihak peguam bagai KEL dan SMFL juga memaklumkan kepada Mahkamah memandangkan tiada apa-apa kertas kausa difailkan oleh pihak pendakwaraya, maka tiada apa-apa pendirian diambil dalam Kes 242 dan Kes 248 oleh pihak pendakwaraya. [17] Dengan persetujuan pihak peguam untuk satu penangguhan singkat, Mahkamah menetapkan semula tarikh pendengaran di Kand. 1 bagi Kes 242 dan Kes 248 pada 23.1.2024, 2.30pm. [18] Pada 23.1.2024, semua pihak hadir untuk pendengaran kedua-dua kes. Hujahan Pegawai Pendakwaraya bagi Kes 242 dan 248 S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw [19] Secara ringkasnya, the pihak pegawai pendakwaraya menghujahkan seperti berikut:
a
pegawai pendakwaraya Saharudin bin Haji Safirol (“Tuan Saharudin”) memaklumkan bahawa beliau baru sahaja menerima kertas siasatan hari ini dan pegawai pendakwaraya yang incas adalah pegawai pendakwaraya Mr. Bernard yang bercuti sakit, dan kemukakan sijil cuti sakit kepada Mahkamah;
b
cuti sakit Mr. Bernard daripada 18.1.2024 hingga ke 14.2.2024 kerana terjatuh di pejabat dan mengalami kecederaan pada buku lali beliau;
c
oleh itu, pegawai pendakwaraya Tuan Saharudin mohon satu tempoh penangguhan pendengaran bagi kedua-dua Kes 242 dan Kes 248 untuk semakan fail dan mematuhi segala arahan yang gagal disempurnakan oleh Mr. Bernard;
d
memandangkan jua ini adalah kes lucuthak motorlori di mana keputusan prosiding kes yang berkaitan masih lagi dalam pertimbangan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan;
e
khususnya keputusan Mahkamah Rayuan yang mana pengurusan kes telah ditetapkan pada 31.1.2024; dan S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw
f
dan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ditetapkan pada 23.2.2024 untuk pihak-pihak melengkapkan rekod-rekod rayuan. Hujahan Peguam KEL bagi Kes 248 [20] Secara ringkasnya, peguam bagi pihak KEL menghujahkan seperti berikut:
a
memohon Mahkamah ini menerima pakai hujahan bertulis pihak KEL dan afidavit yang difailkan serta diserahkan kepada pihak pendakwaraya dengan sempurna;
b
pihak pendakwaraya gagal memfailkan apa-apa affidavit atau hujahan bertulis sebagaimana arahan Mahkamah sejak dari 8.11.2023;
c
tiada apa-apa afidavit atau hujahan bertulis diserahkan kepada pihak KEL;
d
isu undang-undang yang dihujahkan dalam hujahan bertulis pihak KEL adalah tiada apa-apa kaitan dan berbeza dengan isu undang-undang yang berada dalam peringkat rayuan berkenaan kes-kes yang sedang dirayu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan; S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw
e
pihak pendakwaraya telah gagal mematuhi Kaedah 23 dan 24 Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 dan merujuk kepada kes Shaari Sahat & Ors V. Tsuritani (Malaysia) Sdn Bhd (Melaka) 2002 2 CLJ 53;
f
tiada apa-apa permohonan lanjutan masa ataupun penangguhan telah dimohon langsung atau dimaklumkan kepada pihak peguam sehinggalah tarikh pendengaran pada 23.1.2024; dan
g
Tipping Trailer tersebut telah ditahan sejak dari 31.5.2023 lagi, pihak syarikat KEL hilang hak penggunaan dan Tipping Trailer KEL yang ditahan begitu lama sudah tentu akan mengalami kerosakkan serta pihak syarikat masih lagi membayar ansuran bulanan kepada pihak SMFL. Hujahan Peguam KEL dan SMFL bagi Kes 242 [21] Peguam KEL dan SMFL menghujahkan bahawa permohonan di Kand. 1 bagi Kes 242 akan menjadi ‘redundant’ dan hendaklah ditolak memandangkan jika mana permohonan di Kes 248 dibenarkan Mahkamah ini. Keputusan Mahkamah bagi Kes 248 [22] Mahkamah ini telah mempertimbangkan semua dokumen dan kertas kausa yang telah difailkan serta mengambil kira semua hujahan pihak-pihak. S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw [23] Kes ini telah didaftarkan pada 29.8.2023 dan pengurusan kes telah ditetapkan sejak dari 30.8.2023. Mahkamah juga telah memberi arahan untuk memfailkan apa-apa dokumen, kertas kausa yang berkaitan, apa-apa afidavit dan hujahan bertulis sejak dari 8.11.2023. [24] Pendengaran kes ini juga telah ditetapkan sejak dari 8.11.2023. Mahkamah juga telah memberikan penangguhan pendengaran pada 12.1.2024 kerana ketidakhadiran pihak pendakwaraya tanpa apa-apa alasan munasabah. [25] Pada 12.1.2024 ketidakhadiran pihak pendakwaraya itu tidak dimaklumkan kepada Mahkamah dan / atau pihak peguam sedangkan ia boleh dimaklumkan sejak dari awal lagi melalui apa-apa sekalipun. [26] Ketidakhadiran pihak pendakwaraya di Mahkamah pada tarikh pendengaran 12.1.2024 itu hanya diketahui Mahkamah setelah Mahkamah tangguhkan kes sebentar dan mengarahkan jurubahasa Mahkamah untuk menelefon pihak pendakwaraya bagi menanyakan kenapa pihak pendakwaraya tidak hadir di Mahkamah. Selepas itu, barulah Mahkamah dapat tahu bahawa pegawai pendakwaraya tidak dapat hadir. [27] Selanjutnya, apabilan kes dipanggil semula pada 12.1.2024, pihak peguam untuk memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak pendakwaraya baru sahaja menelefon pihak peguam dan memaklumkan S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw supaya pihak peguam boleh menyebut bagi pihak pendakwaraya untuk memohon penangguhan selama 2 bulan bagi pendengaran kes. [28] Pihak peguam membantah permohonan penangguhan pihak pendakwaraya dan memohon untuk pendengaran diteruskan. Namun begitu, Mahkamah dengan persetujuan pihak peguam memberi penangguhan singkat, telah memberi peluang pada pihak pendakwaraya untuk memfailkan semua dokumen yang diarahkan serta memjawab kepada Mahkamah berkenaan isu ketidakhadiran pihak pendakwaraya. [29] Oleh itu, mahkamah telah menangguhkan kes pendengaran pada 12.1.2024 walaupun pegawai pendakwaraya tidak hadir di Mahkamah pada hari tersebut tanpa apa-apa alasan munasabah atau surat penangguhan. [30] Berkenaan sijil cuti sakit pegawai pendakwaraya Mr. Bernard yang dikemukakan kepada Mahkamah, selepas Mahkamah ini memerhati dan meneliti sijil cuti sakit tersebut, Mahkamah mendapati ia telah dikeluarkan pada 17.1.2024 untuk tempoh bermula dari 18.1.2024 hingga 12.2.2024. [31] Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya sijil cuti sakit tersebut dikeluarkan pada 17.1.2024, maka alasan pihak pendakwaraya tidak memfailkan afidavit dan hujahan sebagaimana arahan Mahkamah adalah tidak dapat diterima kerana pihak pendakwaraya sememangnya ada banyak masa dan peluang untuk mematuhi arahan Mahkamah sejak dari 8.11.2023 lagi. S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw [32] Berhubung alasan pihak pendakwaraya yang dihujahkan pegawai pendakwaraya Tuan Saharudin bahawa pegawai pendakwaraya Mr. Bernard sebenarnya telah bercuti sakit sejak dari 3.11.2023 lagi juga tidak dapat diterima Mahkamah kerana tiada apa-apa sijil cuti sakit telah dikemukakan untuk pertimbangan Mahkamah dan perkara ini tidak pernah diketengahkan di depan Mahkamah ini sejak dari pengurusan kes bertarikh 8.11.2023. [33] Bukan sahaja begitu, pihak pendakwaraya juga tidak pernah membuat apa-apa permohonan lanjutan masa / penangguhan kes kepada Mahkamah sama ada melalui surat ataupun membuat permohonan secara lisan di Mahkamah sejak dari 8.11.2023 sehinggalah ke 23.1.2024. [34] Mahkamah berpendapat sekiranya benar pegawai pendakwaraya yang incas telah jatuh sakit atau cuti sakit sejak dari 3.11.2023, kes ini sepatutnya telah dirujuk kepada pihak pegawai atasan, pengarah dan sebagainya. Pengawai pendakwaraya yang lain hendaklah dilantik dan / atau ditugaskan untuk mengambil alih kes ini sejak dari bulan Nov 2023 lagi. [35] Malangnya, Mahkamah ini mendapati kes ini bagaikan telah dibiarkan tanpa apa-apa arahan lanjut diambil sehinggalah tiada seorang pegawai pun hadir di Mahkamah pada tarikh pendengaran kes pada 12.1.2043. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaraya untuk lanjutan masa dan / atau penangguhan pendengaran kes. S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw [36] Sehubungan itu, Mahkamah membenarkan permohonan pihak KEL di Kand. 1 bagi perenggan 1 dan 4 sahaja. Keputusan Mahkamah bagi Kes 242 [37] Memandangkan Mahkamah ini telah membenarkan permohonan di Kand. 1 bagi Kes 248, maka permohonan di Kand. 1 bagi Kes 242 telahpun menjadi ‘redundant’. [38] Selain itu, berkenaan permohonan di Kes 242 jua, Mahkamah mendapati–
a
tiada apa-apa afidavit dan / atau hujahan telah difailkan oleh pihak pendakwaraya sejak dari 8.11.2023; dan
b
pihak pendakwaraya tidak menyerahkan apa-apa dokumen lain, dokumen sokongan berkenaan permohonan di Kand. 1 kepada pihak peguam KEL dan SMFL selain daripada notis lucuthak sebagaimana dihujahkan pihak peguam, dan ia tidak dinafikan oleh pihak pendakwaraya; [39] Oleh itu, Mahkamah menolak permohonan di Kand. 1 bagi Kes 242. Bertarikh: 6.2.2024 S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw t.t (CHAI GUAN HOCK) Majistret Selayang (2) Selangor Peguam Pegawai Pendakwaraya: Tuan Saharudin bin Haji Safirol Peguam bagi KEL: Salim Bashir, MK Dass & Izzuddin Peguam bagi SMFL: Lee Tze Jiun S/N g6qp0A0uxkGEStTdvgnxsw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.