/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/40355f40-c8f3-4bc5-97f0-9961bfcadf8e
Court of Appeal of Malaysia15 Aug 2018N-05(SH)-593-12/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“berusia 73 tahun sebaliknya Perayu berusia 45 tahun. Faktor-faktor ini lebih cenderung untuk memberatkan hukuman. 10 [13] Kami telah merujuk kepada “trend” hukuman seperti berikut: Section 304(a) Penal Code Plead Guilty Case Facts Sentence Date of Offence PP v Kanadasan Sankaran & anor [2010] 1 CLJ 596 PG alternative c”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: N-05(SH)-593-12/2017 ANTARA K. PARAMESWARAN A/L KALIMUTHU … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Negeri Sembilan Perbicaraan Jenayah No: 45B-04-01/2017) Antara Pendakwa Raya Lawan K. Parameswaran a/l Kalimuthu KORUM: MOHTARUDIN BAKI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR RHODZARIAH BINTI BUJANG, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan oleh Orang Kena Tuduh (Perayu) terhadap hukuman penjara selama 18 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkap atas kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. [2] Pertuduhan (pilihan): “Bahawa kamu pada 12.8.2016 jam antara 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari, di Tokong Cina Chin Kong Toh Tong, Jalan Lama, Pekan Port Dickson, di dalam daerah Port Dickson, di dalam Negeri, Negeri Sembilan, telah menyebabkan kematian ke atas Tan Kok Kim (No. KP 431214-05-5125) dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.” [3] Kami telah mendengar rayuan Perayu dan memutuskan sebulat suara bahawa rayuan Perayu ditolak sebagai tidak bermerit. [4] Fakta kes Pendakwaan:
section
4.1 Pada 12.8.2016 jam lebih kurang 1.30 petang, semasa pengadu, Koperal Imeran bin Haji Ibrahim sedang bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, beliau telah menerima panggilan telefon daripada Asp Zamsari memaklumkan penemuan mayat satu lelaki berbangsa Cina berdekatan Tokong Cina Chin Kong Toh Tong, Jalan Lama, Pekan Port Dickson. Pengadu telah membuat laporan polis sepertimana Port Dickson Report No. 5529/16; 3
section
4.2 Mayat tersebut telah dicamkan sebagai Tan Kok Kim (No. KP 431214-05-5125) (si mati). Si mati dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas simen dengan kesan cecair berwarna merah dan putih mengalir daripada tubuh badan;
section
4.3 Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Dr. Sharifah Safoorah bt Syed Alwee Al’Aidrus pada 13.8.2016, mendapati punca kematian si mati ialah kecederaan di kepala yang disebabkan oleh kudrat tumpul. Kecederaan ini telah mengakibatkan kecederaan teruk di kepala si mati dan menyebabkan pendarahan dalam otak;
section
4.4 Keterangan menunjukkan pada 12.8.2016, jam lebih kurang 9.30 pagi, Perayu bersama anak saudaranya, Thinakaran a/l Suthes telah pergi ke Tokong Cina Chin Kong Toh Tong, Port Dickson untuk bertanyakan kenapa si mati memberitahu pihak polis tentang hal jual dadah di kawasan tokong tersebut;
section
4.5 Setelah sampai di Tokong Cina tersebut, Perayu telah mengambil dua batang kayu yang ditemui berdekatan tokong tersebut. Perayu menyerahkan sebatang kayu tersebut kepada anak saudaranya. Perayu sendiri memegang sebatang kayu yang lain;
section
4.6 Perayu kemudian masuk ke dalam tokong tersebut dan menemui si mati. Perayu telah bertanyakan kepada si mati kenapa si mati memberitahu pihak polis tentang urusan jual dadah di tokong tersebut. Si mati menafikan perkara tersebut; 4
section
4.7 Seterusnya Perayu telah memukul si mati dengan kayu yang dipegangnya menyebabkan si mati jatuh ke lantai. Apabila si mati cuba bangun, Tertuduh sekali lagi memukul bahagian belakang kepala sehingga si mati jatuh dalam keadaan tertiarap;
section
4.8 Setelah itu, Perayu menyeluk poket seluar si mati dan mengambil cincin dan wang tunai RM100.00 daripada si mati;
section
4.9 Perayu dan anak saudaranya telah melarikan diri dari Tokong Cina tersebut. Semasa Perayu melarikan diri, Perayu mencampakkan kayu yang dipegang olehnya ke dalam kawasan semak berhampiran dengan tokong tersebut;
section
4.10 Pada 5.11.2016 jam lebih kurang 4.20 petang, Perayu telah ditangkap oleh pihak polis;
section
4.11 Laporan kimia menunjukkan kesan darah pada sebatang kayu bertanda A11 yang ditemui dalam semak berdekatan dengan tokong tersebut berpadanan dengan profil DNA si mati;
section
4.12 Perayu telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah ditawarkan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksan oleh pihak pendakwaan. Perayu telah mengaku bersalah serta faham akibat pengakuannya. 5 [5] Rayuan meringankan hukuman:
section
5.1 Perayu berumur 45 tahun dan telah bercerai. Perayu mempunyai 3 orang anak berumur 18, 20 dan 22 tahun;
section
5.2 Perayu berpendidikan setakat Darjah Empat di Sekolah Tamil, bekerja sendiri dan tidak berpendapatan tetap;
section
5.3 Perayu tidak merancang melakukan kesalahan tersebut dan dia tidak juga berniat untuk membunuh;
section
5.4 Pada asalnya Perayu ke tokong tersebut untuk bersemuka dengan si mati selepas dia menerima panggilan telefon daripada rakan perempuannya “she instigated him to confront the victim” sebab mengganggu perniagaan mereka;
section
5.5 Perayu sebenarnya hanya ingin memberi amaran kepada si mati agar tidak mengganggu urusan perniagaannya;
section
5.6 Perayu di provokasi oleh si mati;
section
5.7 Perbalahan berlaku dan mangsa telah jatuh di atas lantai simen;
section
5.8 Perayu menyesal atas perbuatannya dan pengakuan salahnya telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah; 6
section
5.9 Peguam Perayu mencadangkan satu hukuman penjara antara 10-15 tahun sahaja. [6] Hujahan TPR untuk hukuman berat:
section
6.1 Pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan kerana melibatkan kematian;
section
6.2 Pindaan kepada s 304(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun;
section
6.3 Si mati berumur 73 tahun dan tidak bersenjata;
section
6.4 Si mati tidak berpeluang mempertahankan diri;
section
6.5 Kecederaan di bahagian kepala dan kayu digunakan;
section
6.6 TPR merujuk kes Mahkamah Rayuan seperti berikut: - PP v Ramakrishnan [2012] 9 CLJ 443 hukuman dikenakan 15-18 tahun penjara - PP v Azizol Aisha [2016] 3 CLJ 536 hukuman dikenakan ialah 18 tahun penjara 7 [7] Dapatan Hakim bicara:
section
7.1 Pertuduhan adalah serius dan melibatkan si mati yang berusia 73 tahun serta si mati tidak bersenjata;
section
7.2 Peruntukan hukuman juga boleh dikenakan hukuman pemenjaraan sehingga 30 tahun;
section
7.3 Walaupun Perayu mengaku bersalah, pengakuan salah ini perlu dipertimbangkan dengan pertuduhan yang serius;
section
7.4 Mengambil kira faktor bahawa Perayu mempunyai tanggungan anak, bekerja sendiri serta sesalan Perayu, maka hukuman melebihi 18 tahun hingga 30 tahun adalah bersesuaian;
section
7.5 Hukuman di bawah 18 tahun penjara tidak bersesuaian kerana ini merupakan kesalahan serius dan menyebabkan kematian, lebih-lebih lagi melibatkan orang tua yang tiada keupayaan mempertahan diri;
section
7.6 Perayu juga mengakui fakta bahawa dia mengambil cincin dan wang tunai RM100.00 daripada poket si mati selepas kejadian;
section
7.7 Atas alasan-alasan di atas, hukuman pemenjaraan 18 tahun dari tarikh tangkap yang dikenakan adalah bersesuaian dan berpatutan dengan Perayu. 8 [8] Rayuan di hadapan kami. Perayu tidak diwakili peguam. Perayu telah menyediakan hujah bertulis: “Selamat sejahtera Yang Arif, saya Parameswaran a/l Kalimuthu, banduan yang pada masa kini sedang menjalani hukuman penjara sebanyak 18 tahun di institusi penjara Sungai Udang, Melaka ingin membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman penjara saya. Yang Arif untuk pengetahuan Yang Arif, saya sebenarnya ditawarkan oleh Pendakwa Raya sebanyak 10 tahun dan saya menerimanya. Tetapi bila dijatuh hukum, saya dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 18 tahun. Yang Arif, saya seorang duda yang mempunyai 3 orang anak perempuan, di mana ibu mereka telah hilang meninggalkan anak-anak perempuan tersebut dengan saya. Untuk pengetahuan Yang Arif, anak sulung saya mengalami sakit strok akibat jatuh dari tangga dan pada masa kini dijaga oleh anak kedua dan ketiga saya. Yang Arif, saya memohon dengan tulus ikhlas, jasa baik Yang Arif untuk mengurangkan hukuman penjara saya ini. Tujuan utama agar saya dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa kepada ketiga-tiga anak perempuan saya. Saya merayu agar Yang Arif memberi peluang kepada saya untuk menjadi seorng insan yang berguna kepada masyarakat. Dengan ini, saya mengakhiri rayuan saya ini dengan mengucap ribuan terima kasih kepada Yang Arif kerana memberi peluang bagi saya membuat rayuan ini di Mahkamah yang amat mulia ini. 9 [9] Isu pertama yang dihujahkan oleh Perayu ialah diatelah ditawarkan hukuman penjara 10 tahun untuk mengaku bersalah tetapi Hakim bicara telah menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkap. [10] Kami telah meneliti rekod rayuan untuk menentusahkan hujah tersebut. Pada hemat kami, tiada “plea bargain” menurut undang-undang di hadapan Hakim bicara. Malah Peguam bela Perayu mencadangkan kepada Hakim bicara untuk tempoh pemenjaraan antara 10 hingga 15 tahun (rujuk m.s. 6 Rekod Rayuan Jld. 2). Fakta ini bertentangan dengan apa yang dihujahkan oleh Perayu. [11] Isu seterusnya adalah faktor peribadi dan keluarga. Kami bersependapat faktor-faktor peribadi dan keluarga seharusnya dipertimbangkan oleh Perayu sendiri sebelum melakukan kesalahan yang amat kejam. Daripada fakta kes yang diakui benar oleh Perayu jelas menunjukkan betapa kejam perbuatan Perayu. Perayu telah memukul si mati dengan sebatang kayu menyebabkan si mati jatuh ke lantai. Apabila si mati cuba bangun, Perayu memukul sekali lagi di bahagian belakang kepala si mati. Sebab kematian menurut bedah siasat ialah “kecederaan di kepala disebabkan kudrat tumpul.” [12] Punca pertengkaran antara Perayu dengan si mati adalah remeh atau “trivial”. Perayu dikatakan telah diapi-apikan (instigate) oleh rakan perempuan Perayu. Fakta ini juga adalah remeh dan “trivial”. Si mati seorang tua berusia 73 tahun sebaliknya Perayu berusia 45 tahun. Faktor-faktor ini lebih cenderung untuk memberatkan hukuman. 10 [13] Kami telah merujuk kepada “trend” hukuman seperti berikut: Section 304(a) Penal Code Plead Guilty Case Facts Sentence Date of Offence PP v Kanadasan Sankaran & anor [2010] 1 CLJ 596 PG alternative charge s. 304(a). Slashed the deceased on his face and neck whilst deceased was as sleep (sleeping). Enhanced from 10 years to 17 years by COA.
section
6.9.2001 Kesavan Baskaran v PP [2008] 6 CLJ 390 PG to alternative charge s 304(a). Appellant enlisted assistance of 2 other accused to commit the crime. Deceased savagely beaten then tied up and placed in a sack and thrown into a pond. From 14 years enhanced to 18 years by COA 2003 PP v Karthiselvam Vengatan [2009] 4 CLJ 632 PG to alternative charge s 304(a). Smashed the deceased’s head with a grinding stone whilst the latter was asleep because afraid that deceased would discover the theft. Enhanced from 13 years to 20 years by COA 2007 PP v Beiti binti Abdul Sawab S-05-275-2010 15.3.2012 PG to alternative charge. There was a provocation from the deceased to the R where the deceased had said “dayus” to him. R had stabbed 7 times at the chest and and back of the deceased. The cause of death of the deceased was “hemorrhagic due to stab wounds.” From 10 years imprisonment was enhanced to 15 years 16.10.2017 11 PP v Ramakrishnan Subramaniam & ors [2012] 9 CLJ 443 PG to alternative charge s 304(a). Deceased was tied up and savagely beaten by the appellants using hands, wood and belt. Since the deceased had refused to answer the question put by R3, R3 then used a parang to hit the deceased’s head. The next day he was brought to a jungle area and again was beaten by the appellants. He was left alone. From 13 years (for R3) and 11 years (for R1, R2, R4, R5) enhanced to 18 years (for R3) and 15 years (R1, R2, R4,
section
26. R5)
section
4.2007 PP v Amil bin Mohd Shah N-05-46-2010 19.5.2011 COA increased sentence given by HC (12yrs). The respondent killed her girlfriend because she wanted to end their relationship 15 years imprisonment Kammon Wanga & 1 v PP R-05-93-2008 8.3.2011 Appellants originally charged under section 302 PC read with section 34 PC. COA increased sentence given by HC which is 8½ years for 1st respondent and 8 years for 2nd respondent. 15 years (1st appellant), 13 years (2nd appellant). [14] Hukuman maksimum untuk kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ialah 30 tahun penjara. Kami berpendapat hukuman penjara 18 tahun bukanlah “manifestly excessive” memandangkan fakta-fakta memberatkan hukuman. 12 [15] Atas alasan-alasan di atas, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu sebagai tidak bermerit. Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim bicara dikekalkan dan disahkan. t.t MOHTARUDIN BIN BAKI 28 Januari 2019 Pihak Perayu : Tanpa Peguam Pihak Responden : Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.