Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN NO: KF-A73KJ-356-11/2021 ANTARA KALAIARASAN A/L MURUGAN - PLAINTIF
KF-A73KJ-356-11/2021
Magistrates Court of Malaysia11 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“In legal language, and in Acts of Parliament, as well as with regard to the rights of the parties, there is a well known distinction between a ‘judgment’ and an ‘order’. No doubt the Orders under the Judicature Act provide that every order may be enforced in the same manner as a judgment; but still judgments and orders”
“failan kes adalah di luar tempoh had masa dibenarkan iaitu hari terakhir pada 20.5.2004. Plaintif telah terlewat 1 hari dalam memfailkan kes. ii) Lee Kim Noor & Anor v Julian Chong Sook Keong & Anor [2021] MLJU 1224 - Mahkamah memutuskan bahawa kausa tindakan bagi kecuaian professional (professional negligence) telah b”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN NO: KF-A73KJ-356-11/2021 ANTARA KALAIARASAN A/L MURUGAN - PLAINTIF
1
WAKIL DIRI HARTA PUSAKA SIMATI SUBRAMANIAM
2
MUNIANDY SUBRA ENTERPRISE - DEFENDEN-DEFENDEN ALASAN PENGHAKIMAN [NOTIS PERMOHONAN LAMPIRAN 22] A.
1
Ini adalah Notis Permohonan yang difailkan oleh pihak Plaintif (Lampiran 22) di untuk perintah-perintah seperti berikut : a) Kebenaran dan perlanjutan masa diberikan kepada Plaintif di bawah Aturan 3 Kaedah 5(1) & (2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memfailkan Notis Permohonan ini di luar masa yang telah ditetapkan; b) Memohon perintah di bawah Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah, di mana Mahkamah perlu memberikan perhatian kepada kepentingan utama keadilan; c) Memohon perintah di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di atas kuasa sedia ada Mahkamah; d) Pohon kebenaran untuk menghidupkan semula kes yang dibatalkan pada 8/11/2022; dan e) Kos permohonan ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif.
2
Pihak-pihak telah memfailkan kertas-kertas kausa seperti berikut bagi melengkapkan pendengaran Notis Permohonan ini:
a
Notis Permohonan yang difailkan oleh pihak Plaintif bertarikh 6.12.2024 (“Notis Permohonan tersebut”) - Lampiran 22;
b
Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan oleh Devi a/p Muniappan bertarikh 3.12.2024 (“Afidavit Sokongan”) –
Lampiran
Lampiran 23; (c) Afidavit Balasan Defenden yang diikrarkan oleh Tan Sue Jeen bertarikh 30.12.2024 (“Afidavit Balasan”) – Lampiran 25; (d) Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Devi a/p Muniappan bertarikh 28.1.2025 (“Afidavit Jawapan”) – Lampiran 26. B. KEPUTUSAN BAGI NOTIS PERMOHONAN 3. Mahkamah ini, setelah meneliti dan mempertimbangkan Notis Permohonan, keseluruhan afidavit dan hujahan serta autoriti-autoriti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, telah memutuskan membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 22 dengan kos di dalam kausa. 4. Pihak Defendan yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Sungai Petani. 5. Alasan penghakiman ini merangkumkan dapatan dan alasan Mahkamah ini yang telah memutuskan keputusan yang sedemikian. C. FAKTA KES SECARA RINGKAS 6. Kes ini telah dibatalkan oleh Mahkamah dengan kebebasan memfailkan semula pada 8.11.2022 atas permohonan pihak Plaintif sendiri. 7. Berdasarkan kepada Pernyataan Tuntutan yang difailkan, kemalangan jalanraya yang melibatkan Plaintif dan Defenden telah berlaku pada 28.11.2015 dan kes telah ditetapkan untuk perbicaraan kali kelima pada tarikh kes ditarik balik tersebut. Di sini, diperturunkan minit Hakim yang membatalkan kes tersebut adalah seperti berikut; Peguam Plaintif - Devi (menyebut bagi pihak peguam Defendan) Peguam Defendan baru menetapkan tarikh janji temu dengan Pakar Defendan dan pihak-pihak mohon tarikh lain untuk Bicara. Mah : hari ini telah ditetapkan untuk Bicara akhir dan ini adalah untuk kali yang kelima. Sehingga hari ini laporan pakar Defendan masih belum diperolehi dan Plaintif juga tidak bersedia dengan saksi Plaintif yang lain. Mahkamah tidak akan benarkan apa-apa penangguhan lagi. Kes dipanggil semula – Peguam Plaintif - mohon kes ditarik balik dengan kebebasan untuk difailkan semula. Peguam Plaintif 8. Setelah menyedari bahawa kes tidak dapat difailkan semula kerana tempoh had masa telah mengambil tempat, maka pihak Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan ini. D. ISU DAN HUJAHAN PIHAK-PIHAK 9. Kedua-dua pihak telah membangkitkan beberapa isu yang menjadi pertimbangan Mahkamah di dalam membuat Keputusan ini. 2 isu yang menjadi pertimbangan adalah berkenaan dengan isu-isu berikut; i) Berdasarkan kepada fakta kes ini, Notis Permohonan untuk menghidupkan semula kes tidak akan memprejudiskan pihak Defenden; dan ii) Isu had masa. E. DAPATAN DAN ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH 10. Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan Permohonan Plaintif ini setelah pihak Plaintif berjaya untuk mengemukakan alasan yang bermerit dan ternyata Permohonan Plaintif ini mempunyai asas untuk dibenarkan. 11. Sebelum itu, ingin Mahkamah jelaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah pada 8.11.2022 merupakan satu perintah (order) dan bukan satu penghakiman (judgment). Perintah yang diberikan oleh Hakim untuk membatalkan kes ini merupakan satu perintah yang tidak memberi kesan kepada hak pihak-pihak. Maka secara asasnya pihak Plaintif boleh memfailkan Notis Permohonan ini untuk menghidupkan semula kes ini. 12. Isu berkenaan dengan perbezaan perintah dan penghakiman telah dijelaskan di dalam kes Kembang Serantau Sdn Bhd v Perbadanan Putrajaya 2024 CLJU 866 di mana Mahkamah menyatakan seperti berikut; “25. In the GOJ, the learned JC had repeatedly referred to the “consent Order” and not the Consent Judgment (1st suit). With respect, this constitutes a legal error on the part of the High Court (1st legal error). This is because we are of the view that there is a difference between a “judgment” and an “order”. Our reasons are as follows; (1) Unlike an “order”, a “judgment” given in an action means a judgment which has finally decided on the rights and liabilities of parties in the action. We cite the following judgment of Lord Esher MR in the English Court of Appeal case of Onslow v Commisisoner of Inland Revenue (1890) 25 QBD 465, at 465 to 466; “In the present case it becomes necessary for us to determine what is meant by an order and a judgment,, and to see what is the distinction between them. I entirely adopt the decision of Cotton, L.J., in Ex parte Chiney, a decision supported by Bowen and Fry, L.JJ. In that case Cotton, L.J., says: In legal language, and in Acts of Parliament, as well as with regard to the rights of the parties, there is a well known distinction between a ‘judgment’ and an ‘order’. No doubt the Orders under the Judicature Act provide that every order may be enforced in the same manner as a judgment; but still judgments and orders are kept entirely distinct. It is not said that the word ‘judgment’ shall in other Acts of Parliament include an ‘order’. I think we ought to give the words ‘final judgment’ in this subsection their strict and proper meaning, i.e., a judgment obtained in an action by which a previously existing liability of the defendant to the plaintif is ascertained or established, unless there is something to shew an intention to use the words in a more extended sense.” In the same case Bowen, L.J., says that there is an inherent distinction between judgments and orders, and that the words “final judgment” have a professional meaning; by which expression I think he meant to say, as Cotton, L.J., had previously said, that a “judgment” is a decision obtained in an action, and if that was his meaning, both those learned lords justices gave judgment to the same effect, and Fry, L.J., agreed with them. A “judgment,” therefore, is a decision obtained in an action, and every other decision is an order.” (emphasis added); and (2) “Black’s Law Dictionary”, Ninth Edition (2009), at p, 918, has defined a “judgment” as, among others, “A court’s final dtermination of the rights and obligations of the parties in a case.” According to the same law dictionary, at p. 1206, an “order” has the following meanings – “1. A command, direction, or instruction…. 2. A written direction or command delivered by a court or judge….” (emphasis added). 13. Di sini, Mahkamah mengemukakan 2 alasan yang berikut untuk membenarkan permohonan Plaintif; i) Isu berkenaan dengan menghidupkan semula kes, adakah ianya memprejudiskan pihak Defenden. 14. Sebagaimana isu yang dibangkitkan oleh pihak Plaintif ini, Mahkamah berpandangan dan mendapati bahawa adalah jelas dan terang bahawa perintah yang diberikan untuk menghidupkan semula kes ini tidak akan langsung memprejudiskan pihak Defenden. 15. Di dalam kes ini, kes belum lagi dimulakan dengan perbicaraan dan tidak ada isu merit dibangkitkan pada peringkat ini. Maka pihak Defenden masih mempunyai ruang dan peluang untuk mempertahankan kesnya dan mencabar kes Plaintif. Maka tiada sebarang prejudis akan berbangkit ke atas Defenden. ii) Isu Had Masa. 16. Berkenaan isu kedua ini yang dibangkitkan oleh pihak Defenden, adalah lebih elok untuk meneliti terlebih dahulu kepada peruntukan di bawah Seksyen 6(1) Akta Had Masa tersebut yang menyatakan seperti berikut; “(1) Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say- (a) actions founded on a contract or on tort; (b) …………………………………. (c) …………………………………. (d) ………………………………….” (emphasis added) 17. Berdasarkan kepada Seksyen 6(1) Akta Had Masa di atas, Mahkamah menyatakan bahawa semua perkara berkenaan dengan had masa ini adalah berkait rapat dengan tempoh pemfailan sesuatu kes di Mahkamah untuk sesuatu pihak memulakan tindakan itu. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa perkataan yang ditekankan di sini “shall not be brought after the expiration of six years” adalah merujuk kepada tarikh pemfailan kes di Mahkamah. Ini bermakna kes tersebut hendaklah difailkan di dalam tempoh had masa. Sekiranya pemfailan dibuat selepas tempoh had masa, maka isu had masa akan berbangkit. 18. Mahkamah merujuk kepada kes Wan Ahmad Wan Salleh & Another v Bangkok Bank Bhd [1998] 4 CLJ SUPP 257 yang mana YA Hakim menyatakan seperti berikut berkenaan dengan pemfailan kes; “Since the actions were commenced on 12 October 1995 ie, within 12 years from 10 October 1985 and 4 October 1986, the respondent is well within time and hence not barred by the limitation period.” 19. Mahkamah telah merujuk kepada Afidavit Balasan yang difailkan oleh pihak Defenden di mana pihak Defenden telah beberapa kali membangkitkan isu berkenaan dengan tempoh had masa yang telah luput. Begitu juga di dalam hujahan yang difailkan oleh pihak Defenden yang memberikan penekanan khusus kepada isu had masa. 20. Namun, Mahkamah berpendapat bahawa isu utama di dalam Notis Permohonan ini bukanlah terletak pada isu had masa. Ini kerana pemfailan kes ini telah dibuat oleh pihak Plaintif pada 25.11.2021. Sekiranya isu had masa dibangkitkan, maka tarikh pemfailan ini hendaklah menjadi asas kepada pengiraan tempoh pemfailan. Maka tempoh pemfailan di atas adalah di dalam tempoh masa yang dibenarkan dan tidak melebihi tempoh 6 tahun yang ditetapkan oleh undang-undang. 21. Mahkamah berpendapat bahawa, pihak Defenden telah terkhilaf di dalam memberi penekanan kepada isu had masa apabila menghujahkan berkenaan isu di dalam Notis Permohonan tersebut. Isu utama adalah yang wajar diberi pertimbangan oleh pihak Defenden adalah berkenaan isu menghidupkan semula kes (reinstatement of the case) dan bukanlah pemfailan semula kes (refiling of the case). 22. Berdasarkan kepada hujahan pihak Defenden, 3 kes telah dirujuk untuk menguatkan hujahannya. Mahkamah merujuk kepada kes-kes yang dirujuk oleh pihak Defenden berkenaan dengan had masa. i) Muhamad Salleh bin Saarani & Anor v Norruhadi bin Omar & Ors [2010] 9 MLJ 603 – Mahkamah telah memutuskan bahawa kausa tindakan bermula pada tarikh kemalangan iaitu pada 21.5.1998. Manakala pihak Plaintif telah memfailkan kes pada 21.5.2004. Maka Mahkamah memutuskan bahawa pemfailan kes adalah di luar tempoh had masa dibenarkan iaitu hari terakhir pada 20.5.2004. Plaintif telah terlewat 1 hari dalam memfailkan kes. ii) Lee Kim Noor & Anor v Julian Chong Sook Keong & Anor [2021] MLJU 1224 - Mahkamah memutuskan bahawa kausa tindakan bagi kecuaian professional (professional negligence) telah bermula pada 6.4.2004 atau 24.4.2004, maka pihak Plaintif mempunyai tempoh masa selama 6 tahun sehingga 2010 untuk memfailkan kes di Mahkamah. Tetapi Plaintif hanya memfailkan kes pada tahun 2015 selepas tempoh had masa telah berakhir. Untuk tarikh yang lebih tepat, tarikh pemfailan kes adalah pada 28.7.2015. iii) Ng Kim Gek & Anor v New Age Portfolio Sdn. Bhd. – Di dalam kes ini, Mahkamah memutuskan bahawa kausa tindakan hanya bermula selepas kerja-kerja pembinaan telah lengkap dan surat bertarikh 23.2.2012 dihantar untuk perayu mengambil milikan kosong dan membayar bayaran penuh di dalam tempoh 14 hari. Maka kausa tindakan hanya bermula selepas tempoh 14 hari surat tersebut dihantar pada 10.3.2012. Kes ini telah difailkan di Mahkamah pada 28.2.2018 dan ianya masih di dalam tempoh yang dibenarkan. 23. Meneliti kepada ketiga-tiga kes yang dirujuk oleh pihak Defenden di dalam kes ini, semua kes tersebut adalah merujuk kepada isu pemfailan kes (filing of cases) di dalam Mahkamah yang mana isu tersebut adalah berbeza sama sekali dengan isu utama kes ini iaitu isu berkenaan dengan menghidupkan semula kes (reinstatement of the case). Oleh yang demikian, kes-kes yang dirujuk oleh pihak Defenden adalah tidak releven bagi isu di sini. 24. Mahkamah ingin menambah satu isu lagi iaitu berkenaan dengan penggunaan kuasa di bawah Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang berbunyi seperti berikut; “Regard shall be to justice In administering these rules, the Court or Judge shall have regard to the overriding interest of justice and not only to the technical non-compliance with these rules” 25. Melihat kepada fakta kes ini yang, Mahkamah berpendapat bahawa adalah wajar untuk Mahkamah menggunakan budibicara bagi mengaplikasikan Aturan 1A ini di dalam kes ini. Ini akan memberikan keadilain kepada semua pihak termasuk Defenden yang mempunyai hak untuk membela kepada tuntutan pihak Plaintif. 26. Ini adalah berdasarkan fakta bahawa semasa kes ini dibatalkan, pihak Defenden juga tidak hadir dan pemfailan Ikatan Dokumen Defenden iaitu Laporan Pakar belum dibuat. 27. Tambahan lagi, di dalam kemalangan ini, pihak Plaintif telah mengalami kecederaan dan wajar untuk dipampaskan dengan bersandarkan kepada pembuktian oleh pihak Plaintif jika berjaya membuktikan kesnya. F. KESIMPULAN 28. Oleh yang demikian Mahkamah ini dalam menggunakan budi bicara berpandangan dan memutuskan bahawa adalah wajar untuk Notis Permohonan yang difailkan oleh pihak Plaintif di Lampiran 22 dibenarkan. 29. Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah dalam membenarkan permohonan pihak Plaintif di Lampiran 22 adalah adil, wajar dan seharusnya dikekalkan. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim Mahkamah Sesyen Kulim Kedah Darul Aman. Tarikh : 7.10.2025 Peguamcara Plaintif : Tetuan Devi Muniappan & Co. Peguamcara Defenden : Tetuan Khalil Surinder & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.