Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA NO. KES: AA-83-2307-12/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN KALAIVANI A/P PALANIYNDY [NO. K/P: 881021-08-5676] ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Pada 13 Disember 2024, tertuduh di dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah bagi tiga (3) pertuduhan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama seperti berikut: “PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu, pada 09/06/2016 hingga 31/12/2016 pengadu telah pergi ke Maybank Cawangan Silibin Ipoh, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, dengan curangnya telah menipu Muniamah a/p R. Subramaniam: 650727086816 dengan menawarkan peguam bagi menyelesaikan kes yang dalam pengetahuan kamu bahawa peguam tersebut tidak wujud, dengan itu kamu dengan curangnya telah mendorong Muniamah a/p Subramaniam: 650727086816 menyerahkan wang sebanyak RM3,710.00 di mana beliau tidak akan menyerahkannya jika tidak diperdaya oleh kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu, pada 04/01/2017 hingga 28/12/2017 pengadu telah pergi ke Maybank Cawangan Silibin Ipoh, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, dengan curangnya telah menipu Muniamah a/p R. Subramaniam: 650727086816 dengan menawarkan peguam bagi menyelesaikan kes yang dalam pengetahuan kamu bahawa peguam tersebut tidak wujud, dengan itu kamu dengan curangnya telah mendorong Muniamah a/p Subramaniam: 650727086816 menyerahkan wang sebanyak RM27,170.00 di mana beliau tidak akan menyerahkannya jika tidak diperdaya oleh kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan. PERTUDUHAN KETIGA Bahawa kamu, pada 02/01/2018 hingga 13/02/2018 pengadu telah pergi ke Maybank Cawangan Silibin Ipoh, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, dengan curangnya telah menipu Muniamah a/p R. Subramaniam: 650727086816 dengan menawarkan peguam bagi menyelesaikan kes yang dalam pengetahuan kamu bahawa peguam tersebut tidak wujud, dengan itu kamu dengan curangnya telah mendorong Muniamah a/p Subramaniam: 650727086816 menyerahkan wang sebanyak RM 2,960.00 di mana beliau tidak akan menyerahkannya jika tidak diperdaya oleh kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan. HUKUMAN Hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak lebih dari lima tahun atau boleh didenda atau kedua-duanya.” [2] Di dalam kes ini, sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa yang difahami iaitu Bahasa Tamil, tertuduh telah memilih untuk mengaku salah terhadap kesemua pertuduhan serta faham sifat dan akibat pengakuannya. [3] Mahkamah berpuas hati bahawa tidak wujud sebarang keraguan berkenaan keesahan pengakuan bersalah tertuduh. Pengakuan ini dibuat dengan jitu, tanpa ragu-ragu, dan “unequivocal” tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Tertuduh juga telah diberikan penerangan oleh jurubahasa Mahkamah tentang kesan dan akibat pengakuannya. [4] Setelah mengambil kira pengakuan tertuduh terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua dokumen yang telah dikemukakan sebagai eksibit di dalam kes ini, Mahkamah telah mendapati tertuduh bersalah dan mensabitkan tertuduh atas semua pertuduhan seterusnya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500.00; jika gagal bayar empat (4) bulan penjara bagi setiap pertuduhan. [5] Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati terhadap keseluruhan hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh ini telah memfailkan notis rayuan terhadap hukuman. [6] Mahkamah berpendapat bahawa sabitan dan hukuman yang telah dikenakan terhadap tertuduh ini adalah wajar, adil dan setimpal berdasarkan alasan-alasan seperti berikut: HUKUMAN MENURUT UNDANG-UNDANG [7] Pertuduhan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama ini memperuntukkan hukuman jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua- duanya. Hukuman dan perintah yang telah dikenakan terhadap tertuduh di dalam kes ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang mana hukumannya memperuntukkan penjara atau denda sebagaimana ditentukan oleh Mahkamah. [8] Mahkamah berpendapat hukuman yang telah dijatuhkan ke atas tertuduh ini adalah berpatutan dengan kesalahan yang telah dilakukan dan juga sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada rakan-rakan sepenjenayahnya dan keseluruhan masyarakat awam agar menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti menipu dan memperdayakan orang lain. Ingin ditekankan di sini bahawa hukuman penjara adalah tidak mandatori di bawah peruntukan ini, maka Mahkamah setelah menimbangkan semua faktor telah memilih untuk menjatuhkan hukuman berbentuk denda kepada tertuduh ini. PENGAKUAN SALAH [9] Tertuduh telah mengaku salah atas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya pada kali pertama dihadapkan ke Mahkamah. Pengakuan salah tertuduh secara asasnya wajar diberikan pengurangan atau diskaun atas hukuman yang bakal dikenakan atas faktor pengakuan salah tertuduh tersebut bukan sahaja menjimatkan masa pihak Mahkamah malah pihak pendakwaan juga tidak perlu mengemukakan saksi-saksi pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan ke atas tertuduh. [10] Namun, Mahkamah ini sedar dan ambil maklum bahawa pengurangan hukuman atau diskaun tersebut bukanlah sesuatu yang automatik memandangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan itu masih atas budi bicara Mahkamah yang mendengar pertuduhannya setelah menilai keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan serta faktor-faktor lain yang menjadi aras pertimbangannya. [11] Selanjutnya, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes PUBLIC PROSECUTOR v. KAMARUZAMAN BIN MAHMUD & ANOR [2006] 4 CLJ 792; [2007] 1 MLJ 750 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[68] Ordinarily a plea of guilty has been treated as a mitigating factor since it saves judicial time in conducting a lengthy trial but it also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Melvani v. Public Prosecutor [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134, Loh Hock Seng & Anor v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v. Leo Say & 2 Ors [1985] 2 CLJ 155, Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167, Public Prosecutor v. Ravindran a/l N Rethinam & 5 Ors [1992] 4 CLJ 2043, Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2001] 1 MLJ 135). The court has recognized that a plea of guilty is ordinarily a consideration to be taken into account in mitigation of punishment but it must be made clear that it is not the law that a sentencing judge must exercise a discretion to provide a non-custodial sentence in every case of plea of guilty as each case is dealt with on its own individual merits and should not be assumed mechanically that it will be spared the custodial sentence. A plea advanced on counsel's advice late in the day because a conviction is almost inevitable, will be given less weight than one advanced from arrest or committal, on the first day he is charged in court to save witnesses from the trauma of a trial or to reduce court delays, (see R Lawrence [1980] 1 NSWLR 122,) Laurentiu [1992] 63 A Crim R 402)." [12] Pertimbangan Mahkamah ini dalam memutuskan hukuman denda bukanlah hanya semata-mata untuk kepentingan tertuduh tetapi juga kepada faktor kepentingan awam serta keseriusan kesalahan yang dilakukan sepertimana pertuduhan. MITIGASI TERTUDUH DAN HUJAHAN PENDAKWAAN [13] Sebelum menjatuhkan hukuman, adalah wajar untuk Mahkamah ini mempunyai pengetahuan tentang latar belakang tertuduh to strike a balance between the interest of the public and interest of the tertuduh sepertimana yang diputuskan di dalam kes PP V. MOHD FUAD [2000] 1 LNS 190. [14] Tertuduh telah diwakili peguam YBGK dalam mengemukakan mitigasi. Menurut peguam, tertuduh berumur 36 tahun, beliau bekerja di kilang, pendapatan lebih kurang RM1500.00 sebulan, beliau merupakan seorang janda di mana suaminya telah meninggal 1 tahun yang lepas dan beliau juga perlu menanggung seorang bapa yang kini di hospital kerana mengalami lung infection. Peguam juga memohon agar hukuman denda yang minima sebanyak RM2,000.00 dikenakan bagi kesemua pertuduhan dengan mengambil kira kemampuan tertuduh. [15] Manakala, pihak pendakwaan dalam hujahannya memohon 1 hukuman yang berat dijatuhkan kepada tertuduh sebagai 1 pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat. Kejadian berlaku pada 2016, tertuduh masih lagi memperdaya mangsa pada 2017 dan sehingga akhir 2018 dengan melakukan kesalahan yang sama. Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa transaksi-transaki memasukkan wang adalah pada tarikh yang berbeza. Walaupun kejadian melibatkan pengadu yang sama, tertuduh menggunakan modus operandi yang sama pada tarikh-tarikh yang berlainan. Jumlah kerugian pengadu mengikut fakta kes adalah RM33,800.00. Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa tertuduh tidak menyesal dengan kesalahan yang dilakukan dan masih melakukan kesalahan sehingga tahun 2018. Oleh itu, pihak pendakwaan mohon hukuman berat dijatuhkan. Pihak pendakwaan berhujah bahawa jumlah denda yang dipohon oleh pihak tertuduh iaitu RM2,000.00 tidak mencerminkan kesalahan tersebut dan tidak akan menjadikan 1 hukuman berbentuk deterrence kepada kesalahan tersebut. [16] Mahkamah bersetuju bahawa tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang serius apabila menipu pengadu untuk mendapatkan khidmat guaman kepadanya dari tahun 2016 sehingga 2018 dan menerima bayaran dengan curang. Namun, Mahkamah telah mengambil perhatian bahawa kesalahan ini telah dilakukan pada waktu tertuduh ini berusia antara 28 tahun hingga 30 tahun. Pertuduhan ini hanya dibuat selepas lebih kurang 6 tahun hingga 8 tahun kesalahan dibuat. Tiada apa-apa rekod lampau dikemukakan oleh pihak pendakwaan di hadapan Mahkamah ini berkenaan kesalahan yang sama dilakukan oleh tertuduh sebelum atau selepas kejadian ini. Maka, Mahkamah berpendapat tertuduh hendaklah diberikan peluang untuk mengubah dan menginsafi kesalahan yang telah dilakukannya. KESALAHAN PERTAMA [17] Di dalam kes ini juga tertuduh tidak pernah mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan kesalahan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh yang dilakukan lebih kurang 8 tahun yang lalu. Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang rekod lampau tertuduh atau bukti kesalahan ini dilakukan secara berterusan sejak tahun 2018 hingga kini. Dengan ini, Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh ini bukanlah seorang yang ‘habitual offender’. [18] Sebagaimana dinyatakan di dalam kes PP v. JAFA BIN DAUD [1981] SMCU 28; [1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Mahkamah mengambil kira faktor tertuduh ini adalah pesalah pertama sebelum menjatuhkan hukuman. YA Hakim Azmi dalam kes PP v. Jafa Bin Daud telah menerangkan konsep penghukuman sebagaimana berikut: "A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature or value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor". KEPENTINGAN AWAM [19] Dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Mahkamah juga telah mengambilkira dan menimbangkan faktor utama iaitu kepentingan awam. Mahkamah dalam kes PP v. SULAIMAN AHMAD [1992] 4 CLJ 2283; [1992] 3 CLJ (Rep) 447; [1993] 1 MLJ 74 telah memutuskan bahawa: "Apabila membuat keputusan mengenai hukuman yang perlu dijatuhkan, mahkamah mesti mengambil berat tentang kepentingan awam, akuan yang dibuat, umur si tertuduh, kesihatan, kelakuan dan latar belakangnya, sifat kesalahan dan keadaan dan cara kesalahan dilakukan". [20] Melalui hujahan mitigasi yang dikemukakan oleh peguam YBGK, tertuduh juga telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa suaminya telah meninggal dunia setahun yang lepas dan terdapat tanggungan keluarga yang perlu ditanggung oleh tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah merasakan bahawa hukuman denda yang dijatuhkan kepada tertuduh adalah munasabah dan wajar dengan mengambilkira bahawa tertuduh adalah penanggung utama keluarganya. [21] Di sini, Mahkamah telah mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan tertuduh apabila menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh. Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah ini adalah suatu hukuman munasabah sebagai suatu bentuk pengajaran kepada tertuduh secara khusus supaya tidak diulanginya lagi di masa hadapan dan juga suatu mesej kepada masyarakat secara umumnya agar tidak sewenangnya melibatkan diri dengan sebarang perbuatan jenayah. [22] Berdasarkan pertuduhan dan fakta kes yang telah dikemukakan, Mahkamah berpendapat, ia adalah sejajar dengan kepentingan awam jika tertuduh diberi suatu hukuman denda yang munasabah supaya tertuduh mempunyai peluang untuk memperbaiki diri dan berubah menjadi insan yang berguna. HUKUMAN DETERRENT [23] Hukuman berbentuk deterrent perlu dikenakan bagi kesalahan serius seperti penipuan. Di dalam kes R v. BALL (KENNETH JOHN) [1951] 35 Cr App R164, Hakim Hilbery menyatakan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [24] Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah ini adalah suatu hukuman munasabah sebagai suatu bentuk pengajaran kepada tertuduh secara khusus yang terpaksa membayar denda sebanyak RM4,500.00 dan jika gagal terpaksa menjalani hukuman penjara selama 12 bulan. Hukuman ini cukup berat kepada tertuduh yang hanya berpendapatan rendah supaya tidak diulanginya lagi di masa hadapan dan juga suatu mesej kepada masyarakat secara umumnya agar tidak sewenangnya melibatkan diri dengan sebarang perbuatan jenayah. KESIMPULAN [25] Mengambil kira faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas, hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini ke atas tertuduh adalah selari dengan peruntukan undang-undang serta setimpal atas kesalahan yang telah dilakukannya. Hukuman tersebut adalah suatu bentuk pengajaran agar tertuduh tidak sewenangnya melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. [26] Oleh itu, Mahkamah berpendapat hukuman denda yang dikenakan adalah wajar di dalam kes ini kerana Mahkamah ini never intended to act as a vehicle of vengeance. Hukuman tersebut adalah sesuai bagi tertuduh mengubah hidupnya untuk memupuk nilai murni yang positif; boleh membezakan di antara baik dan buruk dan ia dapat membantunya menjadi seorang insan yang berguna selepas ini. [27] Kaedah yang wajar digunakan Mahkamah adalah membuat imbangan di antara kepentingan awam dan kepentingan tertuduh dalam menentukan hukuman yang berpatutan. Rujukan selanjutnya di dalam kes PP v. MD RASHID HARUN [2000] 3 CLJ 832 yang menggariskan seperti berikut: “Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence"...The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence... Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence... Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent sentence... That is not to say though, that "the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from risk even to their lives". Public interest must not be relegated to the background. "The correct approach is to strike a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused." [28] Oleh itu, atas imbangan dan pertimbangan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini yang memutuskan tertuduh didenda RM4,500.00 bagi kesemua pertuduhan tersebut adalah setimpal, wajar dan selari dengan peruntukan undang-undang. Bertarikh 14 Februari 2025 Disediakan oleh, (PUNITHA A/P SIVARAJI) Majistret Mahkamah Majistret Ipoh Perak