Content
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: N-01(IM)(NCVC) - 649 - 11/2018
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2019/7df0aa64-7d0e-4f46-ab04-3d0bc546263d
Court of Appeal of Malaysia29 Mar 2019N-01(IM)(NCVC)-649-11/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“) RHC on the ground of limitation to bring an action, a distinction must be made as to which provision of the law is used to ground such application. If is is based on s.2(a) of PAPA or s.7(5) of the Civil Law Act, where the period of limitation is absolute then in a clear and obvious case such application should be gr”
“fter referring to the English Court of Appeal case of Carey v. Metropolitan Borough of Bermondsey 20 TLR the learned judge said this at p. 259: Court of Appeal held in respect of that section of the English Act which was pari materia with our section 2(a) that "the language of the section was reasonably plain and it wa”
“on is absolute then in a clear and obvious case such application should be granted without having to plead such defence. However, in a situation where limitation is not absolute, like in a case under Limitation Act, such application for striking out should not be allowed until and unless limitation is pleaded as requir”
“i. Perayu pertama dan kedua belum lagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Perayu ketiga pula adalah seorang kanak-kanak di bawah umur yang belum mencapai umur dewasa 18 tahun menurut seksyen 2 Age of Majority Act 1971. Maka yang demikian timbul isu 'locus standi' perayu-perayu dalam tindakan ini yang menjadi perkara be”
“Renggam Johor Darul Takzim & 5 Ors v. Lee Foo Chuan [2017] 1 LNS 1932 HC. [21] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) terpelajar bagi pihak responden responden sebaliknya menegaskan peruntukan seksyen 2(a) Public Authorities Protection Act 1948 (PAPA) adalah peruntukan mutlak dan mandatori untuk dipatuhi. Tindakan yang difailk”
“f the United Kingdom was construed to mean "a continuing cause of action" or the continuance of the act which caused the damage. (see also: Markey v. Tolworth Joint Isolation Hospital District Board [1900] QBD 454).” [33] Fakta yang serupa dengan kes Ibrahim bin Mohideen Kutty v Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors (sup”
“-barred and must fail for that reason." [37] Prinsip undang-undang mantap yang sama diikuti oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Vista Specialist Eye Centre Sdn Bhd v Dato' Loo Son Yong and another appeal [2016] MLJU 412, apabila menolak rayuan perayu terhadap perintah pembatalan tindakan disebabkan tindakan perayu difailkan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: N-01(IM)(NCVC) - 649 - 11/2018
1
KALIAMAH A/P RAJAN (No. K/P: 761022-10-7206)
2
YUGESH VARAN A/L KARUNA NITHI (No. K/P: 980804-04-5287)
3
KISHO KUMAR A/L KARUNA NITHI (No. K/P: 000427-04-0467) ... PERAYU-PERAYU
1
SUPERINTENDAN WOOI KOOI CHEANG,
2
DCP OSMAN BIN SALLEH,
4
L/KOPERAL MOHD FATAHA HAPIZI BIN MAT SALLEH [165387]
5
L/KOPERAL MUHAMMAD ZUHAIRI BIN TAHA [16981]
6
L/KOPERAL MOHD REDZUAN BIN ABDUL WAHAB [169396]
7
KOPERAL ABD. AZIZ BIN ATAN @ JANTAN [121035]
8
KONSTABEL MOHD KHAIRI BIN GHAZALI [201288]
9
L/KOPERAL KHAIROL NIZAM BIN MOHAMAD [20779]
10
L/KOPERAL ABDUL AZIZ FAHMI BIN MAMAT [175561]
11
L/KOPERAL MOHAMED FIRDAUS BIN CHE ZAKI [21489]
13
L/KOPERAL SUHAIMI BIN ZULKIFLI [S 20423]
16
KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM PERKARA MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : NA - 21NCVC - 3 - 01/2018
1
KALIAMAH A/P RAJAN (No. K/P: 761022-10-7206)
2
YUGESH VARAN A/L KARUNA NITHI (No. K/P: 980804-04-5287)
3
KISHO KUMAR A/L KARUNA NITHI (No. K/P:000427-04-0467) ... PLAINTIF-PLAINTIF
2
DCP OSMAN BIN SALLEH,
4
L/KOPERAL MOHD FATAHA HAPIZI BIN MAT SALLEH [165387]
5
L/KOPERAL MUHAMMAD ZUHAIRI BIN TAHA [16981]
6
L/KOPERAL MOHD REDZUAN BIN ABDUL WAHAB [169396]
7
KOPERAL ABD. AZIZ BIN ATAN @ JANTAN [121035]
8
KONSTABEL MOHD KHAIRI BIN GHAZALI [201288]
9
L/KOPERAL KHAIROL NIZAM BIN MOHAMAD [20779]
10
L/KOPERAL ABDUL AZIZ FAHMI BIN MAMAT [175561]
11
L/KOPERAL MOHAMED FIRDAUS BIN CHE ZAKI [21489]
13
L/KOPERAL SUHAIMI BIN ZULKIFLI [S 20423]
16
KERAJAAN MALAYSIA ... DEFENDAN-DEFENDAN] KORUM ZALEHA BINTI YUSOF, HMR YAACOB BIN HAJI MD SAM, HMR LAU BEE LAN, HMR ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Rayuan ini adalah oleh Perayu Pertama, Perayu Kedua dan Perayu Ketiga (perayu-perayu) (plaintif-plaintif di mahkamah bawahan) terhadap keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban yang telah membenarkan permohonan responder-responden (defendan-defendan di mahkamah bawahan) untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan perayu-perayu bertarikh 25.1.2018 serta Jawapan Kepada Pembelaan Defendan-Defendan bertarikh 30.4.2018 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Perayuperayu juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM4,000.00 kepada responder-responden. [2] Terkilan terhadap keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman tersebut, perayu-perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini. Kami telah mendengar rayuan perayu-perayu dan memutuskan secara sebulat suara menolak rayuan perayu-perayu. [3] Kami kini memberikan alasan-alasan keputusan kami tersebut. LATAR BELAKANG [4] Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 25.1.2018, perayu-perayu telah memohon relif-relif berikut terhadap responderen responden, secara bersesama atau berasingan: i) Gantirugi Am untuk ditaksirkan; ii) Gantirugi Kehilangan Tanggungan untuk ditaksirkan; iii) Faedah ke atas gantirugi am dan gantirugi kehilangan tanggungan pada kadar 5% setahun dari tarikh kematian (1.6.2013) sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; iv) Gantirugi khas; v) Faedah ke atas gantirugi khas pada kadar 5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kematian (1.6.2013) sehingga penyelesaian penuh; vi) Gantirugi Atas Kesedihan ('bereavement') vii) Gantirugi Teruk sebanyak RM2,500,000.00; viii) Gantirugi Teladan sebanyak RM2,500,000.00; ix) Faedah ke atas gantirugi teruk dan gantirugi teladan pada kadar 5% setahun dari tarikh kematian (1.6.2013) sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; x) Suatu perintah diberikan supaya Defendan Ke-14, Ke-15 dan Ke-16 mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai pegawai penjaga lokap yang sengaja memungkiri kuasa, dan undang-undang, sehingga membawa maut kepada si mati, di dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh perintah ini; xi) Kos tindakan ini; dan xii) Lain-lain relif yang difikirkan suai manfaat dan adil untuk dibenarkan oleh Mahkamah. [5] Perayu-perayu dalam writ dan pernyataan tuntutan memplidkan bahawa si mati bernama Karuna Nithi a/l Palani Velu telah ditangkap oleh pihak polis pada 28.5.2013 pada pukul 5.30 petang untuk siasatan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan, berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh perayu pertama bahawa si mati telah memukulnya dengan helmet semasa berlaku satu salah faham antara suami isteri [muka surat 34-56 Rekod Rayuan Jilid IA(P)]. Perayu pertama adalah isteri si mati. [6] Pada 29.5.2013, Majistret Mahkamah Majistret Tampin telah membenarkan permohonan reman selama 4 hari terhadap si mati bermula pada 29.5.2013 hingga 1.6.2013 untuk tujuan siasatan di bawah kesalahan seksyen 324 Kanun Keseksaan. Pada 31.5.2013, si mati telah dituduh di Mahkamah Majistret Tampin di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. Si mati tidak mengaku salah terhadap pertuduhan dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 1.7.2013 untuk menunggu laporan perubatan. Mahkamah Majistret menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000.00, tetapi si mati gagal mengadakan wang jaminan. Si mati sepatutnya dihantar ke penjara untuk ditahan lanjut menunggu sebutan/bicara, tetapi oleh sebab berlaku kesilapan dalam Waran Penahanan, si mati telah dibawa balik dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polsi Daerah (IPD) Tampin menunggu pindaan pembetulan dilakukan atas Waran Penahanan pada keesokan harinya. [7] Perayu-perayu seterusnya memplidkan bahawa si mati telah meninggal dunia pada 1.6.2013, pada pukul 6.30 petang, di dalam lokap IPD Tampin, Negeri Sembilan, akibat penderaan, pukulan, serangan, hentaman, yang mengakibatkan kecederaan luaran dan dalaman badan si mati yang teruk, berikutan penderaan dari segi mental, emosi dan fisikal, pukulan, serangan, dan hentaman yang dilakukan oleh responden ke-4 hingga ke-13 semasa si mati ditahan di lokap tersebut bermula pada 31.5.2013 hingga 1.6.2013. [8] Perayu-perayu memplidkan bahawa responden-responden selaku pihak berkuasa awam telah gagal menjaga kebajikan dan keselamatan simati di dalam lokap daripada didera, dipukul, diserang dan dihentam oleh tahanan-tahanan lain di dalam lokap, secara spesifik bagi insiden yang berlaku pada 31.5.2013 dan 1.6.2013, sehingga membawa maut kepada si mati. [9] Perayu-perayu oleh itu menuntut terhadap responder-responden untuk relif-relif seperti mana yang disebutkan di perenggan (4) di atas. [10] Responden-responden telah memasukkan pernyataan Pembelaan Defendan-Defendan bertarikh 10.4.2018. Responden-responden tidak mengakui dan menafikan sebarang tanggungan terhadap tuntutan perayuperayu tersebut [muka surat 59-73 Rekod Rayuan IA(P)]. [11] Pada 30.4.2018, perayu-perayu memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan Defendan-Defendan [muka surat 74-90 Rekod Rayuan Jilid IA(P)]. NOTIS PERMOHONAN DEFENDAN-DEFENDAN (Lampiran 10) [12] Pada 30.5.2018, responden-responden memasukkan Notis Permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran 10). Permohonan tersebut disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Nadiatul Syima binti Ismail, Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara. [13] Melalui notis permohonan tersebut, defendan-defendan memohon untuk mendapatkan perintah berikut:
Subsection
(1) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 25.1.2018 serta Jawapan Kepada Pembelaan Defendan-Defendan bertarikh 30.4.2018 dibatalkan menurut Aturan 18 kaedah 19(1)(a) atau (b) atau (c) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012;
Subsection
(2) Segala prosiding terhadap defendan-defendan digantung sehingga keputusan muktamad permohonan ini;
Subsection
(3) Kos permohonan ini dan guaman ini dibayar oleh plaintiff-plaintiff kepada defendan-defendan selaras dengan peruntukan seksyen 2(b) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam, 1948; dan
Subsection
(4) Apa-apa perintah yang difikirkan suai manfaat dan patut oleh mahkamah yang mulia ini. [14] Alasan-alasan permohonan oleh defendan-defendan adalah seperti berikut:
a
(a)Writ saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif serta Jawapan Kepada Pembelaan Defendan-Defendan tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap defendan-defendan;
b
(b)Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga (plaintif-plaintif) tidak mempunyai "locus standi" untuk membawa tindakan ini terhadap defendan-defendan;
c
(c) Tindakan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan difailkan di luar had masa;
d
(d)Relif-relif dipohon tidak dibenarkan di bawah undang-undang; dan
e
(e)Dalam semua hal keadaan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah. [15] Pada 8.10.2018, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah membenarkan permohonan defendan-defendan tersebut. Rayuan Perayu-Perayu di Mahkamah ini [16] Dalam Memorandum Rayuan bertarikh 25.12.2018, perayu-perayu memberikan lapan alasan rayuan seperti berikut:
1
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada fakta bahawa Writ Saman bertarikh 25.1.2018 ke atas responden-responden telah difailkan di dalam tempoh masa yang dibenarkan di bawah undang-undang, iaitu di dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh keputusan Inkues bertarikh 28.1.2015, apabila membenarkan permohonan responden-responden untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan perayu-perayu;
2
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap fakta bahawa jika perayu-perayu memfailkan tindakan sivil terhadap responden-responden sebaik sahaja selepas kematian si mati di Lokap Balai Polis Tampin pada 1.6.2013, tanpa mengetahui punca kematian asalnya (iaitu sebelum keputusan Inkues dikeluarkan), maka tindakan perayu-perayu akan dianggap pra-matang, dan boleh dibatalkan;
3
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap fakta bahawa perayu-perayu yang merupakan isteri yang sah dan anak-anak kandung yang sah kepada si mati mempunyai kausa tindakan (cause of action) yang sah terhadap responden-responden yang mengakibatkan kematian si mati semasa si mati dalam tahanan polis di Lokap Balai Polis Tampin, apabila membenarkan permohonan responden-responden untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan perayu-perayu; dan
4
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya bahawa perayu-perayu mempunyai 'locus standi' untuk membawa tindakan ini ke atas responden-responden dan juga undang-undang tidak mensyaratkan keperluan surat kuasa wakil untuk perayu-perayu menuntut gantirugi tanggungan (dependency claim) terhadap responden-rtesponden, yang bertanggungjawab untuk kematian si mati yang berada di dalam tahanan polis di Lokap Balai Polis Tampin pada 1.6.2013, dengan kecederaan teruk pada badannya, apabila membenarkan permohonan responden-responden untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan perayu-perayu;
5
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada fakta bahawa keputusan Inkues bertarikh 28.1.2015 telah dirayukan di Mahkamah Tinggi yang telah menolak rayuan dan mengekalkan keputusan Inkues pada 9.10.2017 dan seterusnya masih lagi berada pada tahap rayuan di Mahkamah Rayuan, apabila memutuskan bahawa tindakan yang difailkan oleh perayu-perayu berada di luar had masa tiga (3) tahun dari tarikh kematian pada 1.6.2013, dan gagal memberikan pertimbangan yang adil bahawa kes ini masih berada di dalam had masa tiga tahun, dari tarikh kelutusan Inkues bertarikh 28.1.2015;
6
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya bahawa had masa untuk kes ini seharusnya bermula dari tarikh keputusan Inkues bertarikh 28.1.2015 dan/atau selepas suatu keputusan yang muktamad dikeluarkan untuk kes Inkues, yang masih berada dalam rayuan;
7
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya bahawa perayu-perayu masih boleh memfailkan suatu permohonan untuk Surat Kuasa Mentadbir, sebelum tarikh bicara atau selepasnya, dan tiada apa-apa halangan untuk mahkamah menetapkan gantirugi atau kuantum yang sewajarnya, untuk kecederaan-kecederaan yang dialami di dalam lokap, sementara Pperayu-perayu menyelesaikan masalah keluarga, dan memohon untuk Surat Kuasa Mentadbir; dan
8
Hakim yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal memberikan pertimbangan yang sewajarnya bahawa tiada sebarang halangan di sisi undang-undang untuk memfailkan suatu tuntutan gantirugi pergantungan (dependency), tanpa memperoleh Surat Kuasa Mentadbir, dan isu sama ada gantirugi am dibayar oleh responden-responden kepada perayu-perayu, untuk kecederaan-kecederaan badan yang teruk, yang telah dialami oleh si mati, sewajarnya ditetapkan, selepas perbicaraan. Keputusan Mahkamah ini [17] Alasan rayuan di perenggan (1), (2), (5) dan (6) adalah berhubung kait melibatkan isu yang sama, iaitu sama ada tindakan oleh perayu-perayu telah terhalang oleh sekatan had masa. Kami akan menimbangkan dahulu isu ini memandangkan ia adalah isu utama dalam rayuan ini. [18] Kami mengamati penghakiman YA Pesuhjaya Kehakiman untuk isu ini. Kami mendapati dalam perenggan-perenggan (10), (11), (16), (17), (18) dan (19) penghakiman, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah menimbangkan isu had masa yang terpakai dalam tindakan yang difailkan oleh perayuperayu. [19] Selanjutnya pada perenggan (20) dan (21) penghakiman, YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan seperti berikut: "(20) Si mati meninggal dunia pada 1 Jun 2013. Kausa tindakan bermula dari tarikh kematian si mati pada 1 Jun 2013. Kausa tindakan kecuaian dan kausa tindakan bagi kehilangan tanggungan di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 adalah bermula dari tarikh kematian si mati pada 1 Jun 2013 dan bukan dari tarikh keputusan inkues pada 28 Januari 2015 seperti yang dihujahkan oleh peguam cara plaintiff-plaintiff.
Subsection
(21) Tempoh tiga puluh enam bulan untuk plaintif-plaintif memfailkan tindakan ini adalah berakhir pada 31 Mei 2016. Plaintif-plaintif hanya memfailkan tindakan ini pada 25 Januari 2018, di luar tempoh tiga puluh enam bulan yang ditetapkan oleh seksyen 2(a) PAPA." [20] Di hadapan Mahkamah ini, peguamcara terpelajar bagi pihak perayuperayu menegaskan bahawa punca kematian si mati hanya dikenalpasti dan diketahui pada 28.1.2015, iaitu tarikh keputusan Inkues oleh koroner. Maka itu, writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh perayuperayu terhadap responden-responden pada 25.1.2018 masih dalam lingkungan had masa 3 tahun seperti mana yang dibenarkan di bawah undang-undang. Peguamcara merujuk kepada dua kes autoriti untuk menyokong hujahannya dalam isu penentuan had masa tindakan, iaitu kes Ibrahim bin Mohideen Kutty v. Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors [2003] 5 MLJ 294 HC dan kes Penguasa Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam Johor Darul Takzim & 5 Ors v. Lee Foo Chuan [2017] 1 LNS 1932 HC. [21] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) terpelajar bagi pihak responden responden sebaliknya menegaskan peruntukan seksyen 2(a) Public Authorities Protection Act 1948 (PAPA) adalah peruntukan mutlak dan mandatori untuk dipatuhi. Tindakan yang difailkan oleh perayu-perayu pada 28.1.2015 oleh itu telah terhalang oleh had masa yang diperuntukkan di bawah seksyen 2(a) PAPA. PKP selanjutnya menegaskan bahawa bantahan halangan had masa telah diplidkan secara nyata dalam perenggan (25) dan (37) Pernyataan Pembelaan Defendan-Defendan. PKP merujuk kepada kes-kes autoriti berikut bagi menyokong penegasannya untuk isu keesahan had masa tindakan: Tasja Sdn Bhd v Golden Approach Sdn Bhd [2011] 3 CLJ 751 FC; Selvaraju a/l Ponniah v Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor [2007] 7 MLJ 1 FC; Alias Ismail v Hairuddin Mohamad & Anor [1997] 4 CLJ 669 CA; Credit Corp. (M) Sdn Bhd v Fong Tak Sin [1991] 1 CLJ (Rep) 69 SC; dan Sr Katherine Lim KH v Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan Malaysia & Ors [1997] 2 MLJ 538 CA. [22] Seksyen 2(a) PAPA memperuntukkan seperti berikut: "Protection of person acting in execution of statutory or other public duty
2
Where, after the coming into force of this Act, any suit, action, prosecution or other proceeding is commenced in the Federation against any person for any act done in pursuance or execution or intended execution of any written law or of any public duty or authority or in respect of any alleged neglect or default in the execution of any such written law, duty or authority the following provisions shall have effect:
a
(a) the suit, action, prosecution or proceeding shall not lie or be instituted unless it is commenced within thirty-six months next after the act, neglect or default complained of or, in the case of a continuance of injury or damage, within thirty-six months next after the ceasing thereof." [23] Dalam kes Selvaraju a/l Ponniah v Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Ors (supra), perayu telah digantung tugasnya sebagai pemandu di Jabatan Peguam Negara selepas perayu ditahan di bawah s.4(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah)
1969
Perayu kemudiannya telah dipecat daripada perkhidmatan awam melalui surat bertarikh 16.7.1992 dan berkuatkuasa dari tarikh 6.7.1992. Perayu mengemukakan rayuan bertarikh 26.7.1992 kepada Lembaga Rayuan. Pada 19.10.1992, Lembaga Rayuan membuat keputusan menolak rayuan perayu. Surat keputusan Lembaga Rayuan tersebut dibuat serahan ke atas perayu pada 26.11.1992. Pada 24.11.1995, perayu memfailkan satu tindakan terhadap responden-responden memohon deklarasi bahawa pemecatannya adalah terbatal dan tidak sah atas alasan bahawa pemecatan itu berdasarkan perintah tahanan yang tidak sah. Mahkamah Tinggi telah menolak tindakan perayu. Mahkamah Rayuan juga telah menolak rayuan perayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Perayu memfailkan permohonan untuk merayu. Mahkamah Persekutuan telah memberikan kebenaran merayu berdasarkan persoalan-persoalan berikut: (1) sama ada perintah penahanan boleh dicabar dalam prosiding kolateral; dan (2) berdasarkan tempoh had masa sama ada masa bermula dari tarikh perintah penahanan atau dari tarikh keputusan Lembaga dimaklumkan kepada perayu. [24] Untuk persoalan pertama, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perayu tidak boleh mencabar kesahan perintah tahanan melalui tindakan kolateral dalam mencabar keputusan pemecatan perayu. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tindakan perayu untuk mencabar kesahan perintah tahanan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana perayu telah gagal untuk berbuat demikian dalam tempoh 36 bulan yang dibenarkan oleh s. 2 PAPA untuk mencabar perintah tahanan yang dibuat pada 5.8.1991 dan masa untuk mencabar telah luput pada 4.8.1994 walhal writ hanya difailkan pada 24.11.1995, satu kelewatan lebih 15 bulan selepas tamat tempoh had masa. [25] Untuk persoalan kedua, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: [20] In our judgment, s. 2(a) of the Act is mandatory in its term. The word 'shall' is used in that section indicating that the 36 months period in respect of time is a mandatory requirement and it cannot be abridged. It is therefore clear that time starts from the act complained of and not the communication of the decision as contended by the appellant. The 'act' in the present case is the decision of the Board dismissing the appellant's appeal. The decision was made on 19 October 1992 as stated in the letter dated 26.11.1992. Hence, the time to file the action runs from the date of the decision and the last day to file it would be on 18.10.1995 and not on 25.11.1995. If time were to run from the date of communication of the decision on 26.11.1992 as contended by the appellant and not the date when the decision was made on 19.10.1992, then the provision in s. 2(a) of the Act would have said so in the section. [21] ... Such being the case, we find that the appellant's action was time-barred as he was 39 days late when he filed the action." [26] Mahkamah Persekutuan selanjutnya menegaskan secara per incuriam tentang pentingnya mahkamah bawahan mematuhi doktrin stare decisis atas sesuatu tafsiran statut yang telah dibuat oleh mahkamah atasan. [27] Dalam kes Alias Ismail v Hairuddin Mohammad & Anor (supra), Mahkamah Rayuan di muka surat 673 memutuskan seperti berikut: "The court has no discretion to set aside a defence of limitation. In Riches v. Director of Public Prosecutions [1973] 1 WLR 1019, it was held that it was open to the defendant on an application to dismiss an action as being frivolous and vexatious or an abuse of the process of the court to show that the plaintiff's cause of action was statute barred and must inevitably fail for that reason. This has been followed by the Federal Court in Tio Chee Hing & Ors v Government of Sabah [1981] 1 MLJ 207 and Haji Hussin bin Haji Ali & Ors. v Datuk Haji Mohamed bin Yaacob & Ors,; and connected cases [1983] 2 MLJ 227." [28] Kami mengamati pernyataan tuntutan perayu-perayu dalam tindakan terhadap responden-responden. Perayu-perayu telah memplidkan dua kausa tindakan terhadap responden-responden, iaitu (i) kausa tindakan kecuaian, dan (ii) kausa tindakan di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Civil 1956. Tidak terdapat dalam mana-mana pernyataan tuntutan tersebut perayu-perayu menyebutkan bahawa mereka membawa tindakan atas kapasiti wasi kepada estet si mati. Perayu pertama dan kedua belum lagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Perayu ketiga pula adalah seorang kanak-kanak di bawah umur yang belum mencapai umur dewasa 18 tahun menurut seksyen 2 Age of Majority Act 1971. Maka yang demikian timbul isu 'locus standi' perayu-perayu dalam tindakan ini yang menjadi perkara berbangkit oleh responden-responden dalam penegasan bahawa perayu-perayu tidak mempunyai kapasiti undang-undang atau 'locus standi' untuk membawa tindakan ini secara sah. Isu ini akan kami kupas lebih lanjut nanti. [29] Dalam kes Tasja Sdn Bhd v Golden Approach Sdn Bhd (supra), Mahkamah Persekutuan di muka surat 764 memutuskan seperti berikut: "[25] ... in an application for striking out under O.18 r.19(1) RHC on the ground of limitation to bring an action, a distinction must be made as to which provision of the law is used to ground such application. If is is based on s.2(a) of PAPA or s.7(5) of the Civil Law Act, where the period of limitation is absolute then in a clear and obvious case such application should be granted without having to plead such defence. However, in a situation where limitation is not absolute, like in a case under Limitation Act, such application for striking out should not be allowed until and unless limitation is pleaded as required under s.4 of the Limitation Act." [30] Berbalik semula kepada rayuan ini. Perayu-perayu menegaskan had masa tindakan mereka hanya bermula pada 28.1.2015, iaitu tarikh mahkamah koroner membuat keputusan Inkues berkaitan sebab kematian si mati. Maka itu apabila perayu-perayu menfailkan tindakan ini pada 25.1.2018, mereka berada dalam tempoh masa yang dibenarkan, iaitu 36 bulan dikira daripada tarikh keputusan Inkues. YA Pesuruhjaya Kehakiman tidak bersetuju atas hujahan tersebut. Fakta yang tidak dipertikaikan adalah si mati mati pada 1.6.2013. Sudah tentunya terdapat sijil kematian si mati dan kebenaran bagi pengkebumian mayat si mati dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada keluarga si mati. Oleh kerana kematian si mati sewaktu berada di dalam lokap polis, maka sudah tentu terdapat laporan polis yang dikenali sebagai laporan maklumat pertama dibuat oleh pegawai polis tentang kematian orang dalam tahanan seperti mana yang dikehendaki oleh peruntukan Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 334 Kanun Tatacara Jenayah menghendaki pegawai polis di mana tahanan mati semasa berada di bawah kustodinya, membuat laporan dengan segera kepada Majistret terdekat tentang kematian yang berlaku. Majistret akan hadir membuat pemeriksan mayat si mati sebelum mayat si mati dibenarkan dipindahkan keluar daripada lokap bagi dihantar ke hospital untuk bedah siasat (post mortem) oleh pakar patologi untuk mengetahui sebab kematian seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 330 Kanun Tatacara Jenayah. Oleh yang demikian, akan terdapat laporan bedah siasat oleh pakar patologi atas sebab kematian si mati yang akan dibuat serahan kepada pegawai penyiasat (IO) kes kematian. Inkues pula adalah merupakan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya di bawah seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah untuk memberi arahan supaya majistret yang akan bertindak sebagai koroner melaksanakan Inkues atau siasatan sesuatu kes kematian yang pada pendapat Pendakwa Raya memrlukan Inkues diadakan. Maka yang demikian Inkues bukan satu kewajipan dalam semua kejadian kematian. Di atas dasar ini hujahan perayu-perayu bahawa mereka menunggu keputusan Inkues sebelum boleh memulakan tindakan ke atas esponden-responden adalah satu falasi atau “misconceived”. Perayu-perayu telah berterusan berdiam diri dan duduk atas hak mereka daripada mengambil tindakan terhadap responden-responden. Tindakan terhadap responden-responden boleh dimulakan awal sebelum tempoh 36 bulan daripada tarikh kematian si mati pada 1.6.2013. Maklumat-maklumat untuk menyokong tindakan boleh diperolehi oleh perayu-perayu jika usaha diligen dilakukan. Penyataan Tuntutan boleh dipinda pada mana-mana peringkat prosiding seperti yang dibenarkan oleh Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memasukkan keterangan baharu jika terdapat fakta-fakta baharu yang releven dengan kausa tindakan. Terdapat juga peruntukan berkaitan dengan 'discoveries' setelah tindakan difailkan. Undang-undang membenarkan keterangan baharu dibawa masuk sekiranya terdapat keterangan baharu walau pun setelah kes diputuskan jika sekiranya keterangan baharu yang material itu tidak diperolehi dahulunya atau keterangan tersebut yang baharu diperolehi mempunyai elemen kemungkinan besar yang boleh mengubah sesuatu penghakiman yang telah dibuat jika keterangan tersebut wujud sebelum penghakiman. Laporan atau keputusan Inkues kematian yang hanya wujud selepas perayu-perayu menfailkan tuntutan adalah salah satu contoh fakta baharu yang membolehkan perayu-perayu untuk memohon meminda pernyataan tuntutan. Tetapi pra-syarat untuk perkara ini hanya terpakai sekiranya tuntutan difailkan dalam tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang. Jelasnya, perayu-perayu gagal dan tidak melihatkan mereka mengambil langkah-langkah sedemikian. [31] Peguamcara perayu-perayu merujuk kepada kes Ibrahim bin Mohideen Kutty v Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors (supra) untuk menyokong hujahannya. Kes ini melibatkan plaintiff yang ditahan di bawah perintah penahanan bertarikh 7.7.1998 selama tempoh 2 tahun oleh Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pada 29.9.1998, plaintiff dimaklumkan bahawa ia digantung kerja tanpa gaji mulai 8.7.1998. Plaintiff kemudiannya dibebaskan pada 3.1.2000 selepas tamat tempoh perintah penahanan. Beberapa bulan selepas dibebaskan, plaintiff dimaklumkan bahawa perkhidmatannnya ditamatkan berkuatkuasa mulai 16.6.2000. Plaintiff telah memfailkan saman pemula terhadap defendan pada 14.3.2002, antaranya, mencabar penamatan perkhidmatan plaintiff sebagai tidak sah selain daripada mencabar perintah penahanannya juga sebagai tidak sah. Defendan membuat permohonan di bawah A 18 k 19(1)(b) atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk membatalkan saman pemula plaintiff atas alasan saman pemula itu difailkan setelah tempoh masa 36 bulan telah luput. Mahkamah Tinggi bagaimana pun telah menolak permohonan defendan untuk membatalkan saman pemula plaintiff atas alasan kecederaan dan kerugian atau kerosakan yang dialami plaintiff adalah secara berterusan, dalam bentuk menyekat kebebasan asasi yang disebabkan oleh perintah tahanan tersebut dan yang demikian tempoh masa hanya akan bermula apabila kecederaan atau kerosakan tersebut terhenti, iaitu tarikh plaintiff dibebaskan pada 3.1.2000. Oleh itu tempoh 36 bulan diputuskan sebagai bermula dari tarikh 3.1.2000. Memandangkan saman pemula plaintiff difailkan pada 14.4.2002, iaitu dalam masa 26 bulan, maka plaintiff berada dalam tempoh had masa 36 bulan seperti yang disyaratkan di bawah seskyen 2(a) PAPA 1948. Bagaimana pun, kami dapati kes Ibrahim bin Mohideen Kutty ini tidak membantu hujahan perayu-perayu kerana dalam tindakan di hadapan kami ini tidak terdapat elemen kecederaan atau kerosakan yang berterusan dilakukan oleh responden-responden terhadap si mati, yang mati pada 1.6.2013. Kematian si mati hanya melibatkan satu elemen 'single act', iaitu serangan dan kecuaian yang berlaku pada 1.6.2013 dan tiada elemen kecederaan atau kerosakan yang berterusan. Tarikh keputusan Inkues pada 25.1.2015 tidak boleh disifatkan sebagai kecederaan dan kerosakan berterusan atas si mati yang boleh menangguh tempoh had masa. Tempoh had masa untuk membawa tindakan kekal bermula pada 1.6.2013. [32] Dalam kes Ronald Beadle v Hamzah HM Saman & Ors [2007] 1 CLJ 421, Mahkamah Rayuan memberikan maksud elemen "single act" ialah seperti berikut (muka surat 432): "[19] This section was also succinctly explained by Wan Sulaiman J (as he then was) in the case of Mak Koon Yong & Anor v Municipal Councillors, Melaka [1967] 1 MLJ 256. After referring to the English Court of Appeal case of Carey v. Metropolitan Borough of Bermondsey 20 TLR the learned judge said this at p. 259: Court of Appeal held in respect of that section of the English Act which was pari materia with our section 2(a) that "the language of the section was reasonably plain and it was manifest that the continuance of the injury or damage meant the continuance of act which caused the damage." Time would therefore begin to run for the purposes of the Ordinance, from the time the act was caused, not from the time when the injury or damage ceased, or in the case of a continuing injury or damage, when the act causing the injury or damage ceased. [20] Indeed in Carey v. Bermondsey Borough Council [1906] 94 LT 216 the word 'continuance' found in s.1 of the Public Authorities Protection Act 1893 of the United Kingdom was construed to mean "a continuing cause of action" or the continuance of the act which caused the damage. (see also: Markey v. Tolworth Joint Isolation Hospital District Board [1900] QBD 454).” [33] Fakta yang serupa dengan kes Ibrahim bin Mohideen Kutty v Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors (supra) juga terdapat dalam kes kedua yang dirujuk oleh peguamcara perayu, iaitu kes Lee Foo Chuan (supra) yang dikenakan perintah tahanan oleh Menteri Dalam Negeri. Plaintif dalam kes ini mencabar keesahan perintah tahanan tersebut melalui permohonan habeas corpus. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan plaintiff itu. Mahkamah Tinggi memutuskan tempoh had masa tindakan oleh plaintiff hanya bermula dari tarikh plaintiff dibebaskan melalui perintah mahkamah yang membenarkan permohonan habeas corpus plaintiff pada 21.2.2011, iaitu tarikh kecederaan atau sekatan terhadap kebebasan plaintiff terhenti. Plaintif berada di bawah perintah tahanan sejak 22.4.2009. Plaintif memfailkan writ tuntutan pada 19.2.2014. [34] Kami berpendapat kes Lee Foon Chuan (supra) ini juga tidak dapat membantu hujahan perayu-perayu kerana elemen kecederaan dan kerosakan berterusan dalam kes tersebut tidak terdapat dalam kes rayuan di hadapan kami ini yang mana si mati mati pada 1.6.2013. Kematian si mati hanya melibatkan satu elemen 'single act' iaitu dakwaan akibat dari serangan dan kecuaian responden-responden yang semuanya terjadi dan berakhir pada hari yang sama, iaitu 1.6.2013. Perayu-perayu tidak boleh bersandarkan kepada faktor keputusan Inkues dalam mana kuasa budi bicara terletak kepada Pendakwa Raya untuk mengarahkan Inkues dibuat atau tidak. Jika sekiranya tiada Inkues diarahkan oleh Pendakwa Raya apakah yang masih ada untuk ditunggu oleh perayu-perayu sebelum boleh memfailkan tindakan? Jelasnya Inkues tidak boleh dijadikan alasan yang membentuk elemen kecederaan dan kerosakan berterusan yang boleh menunda atau menangguh tempoh had masa tindakan. Oleh itu hujahan peguamcara perayu-perayu bahawa sekiranya tindakan perayu perayu difailkan sebelum Inkues akan menjadikan tuntutan tersebut sebagai pra-matang yang akan membolehkan responden-responden membatalkan tindakan tidak mempunyai merit. Perayu-perayu tidak boleh berterusan duduk diam atas haknya dan hanya bangkit menuntut hak tersebut setelah luput tempoh masa yang dibenarkan di bawah undang-undang. [35] Dalam kes Sr Katherine Lim KH v Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan Malaysia & Ors (supra), Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut di muka surat 543: "...Having filed the originating summons only on 7 November 1996, she is clearly out of time by five years and four months. On this preliminary point alone, her claim fails." [36] Dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Lay Kee Tee & Ors [2009] 1 CLJ 663, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut (muka surat 680): "[23] ... In so far as PAPA is concerned, the law is settled. The Privy Council in Yew Bon Tew & Anor v Kenderaan Bas Mara [1983] 1 CLJ 11; [1983] CLJ (Rep) 56 held that limitation under PAPA is "just as much a "right" as any other statutory or contractual protection against a future suit". [24] In this respect, both Court of Appeal and the Federal Court have consistently struck out claims when it was clear that the statute of limitations would be relied on or raised. In Alias Ismail v. Hairuddin bin Mohamad & Anor [1997] 4 CLJ 669 the Court of Appeal held that the court has no discretion to set aside a defence of limitation. It was open to the defendant on an application to dismiss an action as being frivolous and vexatious or an abuse of the process of the court to show that the plaintiff's cause of action was statute-barred and must fail for that reason." [37] Prinsip undang-undang mantap yang sama diikuti oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Vista Specialist Eye Centre Sdn Bhd v Dato' Loo Son Yong and another appeal [2016] MLJU 412, apabila menolak rayuan perayu terhadap perintah pembatalan tindakan disebabkan tindakan perayu difailkan selepas masa luput. [38] Berdasarkan kepada huraian yang kami nyatakan, kami mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman tidak melakukan kekhilafan apabila membenarkan permohonan responden-responden untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan perayu-perayu dan juga jawapan perayu-perayu kepada pembelaan responden-responden. Jelas telah berlaku kelewatan selama 4 tahun 7 bulan daripada tarikh 1.6.2013, iaitu tarikh kejadian serangan yang dikatakan dilakukan terhadap si mati dan dakwaan kecuaian responden-respondan untuk menghalang kejadian serangan daripada berlaku. Tuntutan oleh perayu-perayu oleh itu telah terhalang di bawah seksyen 2(a) PAPA dan satu penyalahgunaan proses mahkamah yang mewajarkan tuntutan perayu-perayu dibatalkan di bawah semua cabang yang terdapat dalam A.18 k. 19(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Hujahan peguamcara perayu-perayu tidak mempunyai merit dalam isu ini. [39] Kami menimbangkan pula alasan rayuan perayu-perayu di bawah perenggan (3), (4), (7) dan (8) Memorandum Rayuan yang kami gabungkan kerana saling kait mengait dalam isu sama ada perayu-perayu mempunyai "locus standi" untuk membawa tindakan ini dan sama ada perayu ketiga yang masih di bawah umur mempunyai kapasiti undang-undang untuk membawa tindakan ini atas namanya sendiri. Peguamcara perayu-perayu mengakui bahawa perayu pertama dan perayu kedua masih belum mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) untuk mentadbir dan mewakili estate si mati. Dengan kata lain mereka bukanlah wasi kepada si mati. Tidak dinafikan juga bahawa perayu ketiga adalah seorang kanak-kanak yang masih di bawah umur. Peguamcara perayu-perayu bagaimana pun menghujahkan bahawa perayu pertama sebagai isteri si mati dan perayu kedua serta perayu ketiga sebagai anak-anak kandung si mati mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini bagi menuntut gantirugi terhadap responden-responden atas kematian si mati. Peguamcara juga menegaskan demi keadilan tindakan perayu-perayu ini tidak harus dibatalkan atas isu locus standi. [40] Perayu-perayu telah memplidkan dua kausa tindakan terhadap responden-responden, iaitu kausa tindakan kecuaian dan kausa tindakan di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Civil 1956. Perayuperayu ketika membawa tindakan ini bukanlah wasi (executor) kepada si mati dan dengan itu gagal mematuhi pra-syarat seksyen 7(2) Akta Undang-Undang Civil 1956. Perayu ketiga pula, seorang kanak-kanak bawah umur membawa tindakan ini atas nama sendiri dan bukan melalui wakil litigasi dan dengan itu melanggari pra-syarat A. 76 k. 2(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. [41] Seksyen 7(2) Akta Undang-Undang Civil 1956 (Akta 67) memperuntukkan seperti berikut: "7(2) Every such action shall be for the benefit of the wife, husband, parent, and child, if any, of the person whose death has been so caused and shall be brought by and in the name of the executor of the person deceased." [42] Aturan 76 kaedah 2(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan: "O.76,r.2
Subsection
(1) A person under disability may not bring, make a claim in, defend, make a counterclaim in, or intervene in any proceedings, or appear in any proceedings under a judgment or order notice of which has been served on him, except by his litigation representative." [43] A. 76, r. 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memberi definasi perkataan "person under disability" bermaksud kanak-kanak di bawah umur atau orang yang sakit. [44] Kami mengamati penghakiman YA Pesuruhjaya Kehakiman untuk isu ini. Dalam perenggan (14) dan (15) penghakiman, YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan bahawa perayu-perayu tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini. YA Pesuruhjaya Kehakiman juga memutuskan perayu ketiga seorang kanak-kanak bawah umur tidak kompeten untuk membawa tindakan ini di atas namanya sendiri yang bukan melalui wakil litigasinya, dan oleh itu bertentangan dengan kehendak peruntukan A. 76 k. 2(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Kami tidak mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman melakukan kekhilafandalam keputusannya apabila membenarkan permohonan responderesponden untuk membatalkan tindakan perayu-perayu atas isu ini. [45] Prinsip undang-undang mantap dalam pembatalan tindakan di bawah A. 18 k 19(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (A. 18 k 19 (1) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 sebelumnya) telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Agung dalam kes Bandar Builders Sdn Bhd v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36. Kami tidak berhasrat mengulangi prinsip mantap tersebut dalam penghakiman kami ini. Tindakan perayu-perayu "obviously unsustainable" dan mewajarkan pembatalannya. KESIMPULAN [46] Berdasarkan kepada huraian di atas, kami sebulat suara memutuskan rayuan oleh perayu-perayu tidak mempunyai merit. Rayuan perayu-perayu dengan itu ditolak. Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 8.10.2018 dikekalkan. Tiada kos diperintahkan. (YAACOB HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 08 Julai 2020 Peguamcara bagi pihak perayu-perayu: Manoharan a/l Tevadasin Ong & Partners Peguambela & Peguamcara No. 10-1, 10-2, 10-M Jalan PJU 5/22 The Strand, Seksyen 5 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Peguamcara bagi pihak responden-responden: Kamal Azira bin Hassan, Peguam Kanan Persekutuan (Nadiatul Syima binti Ismail, Peguam Persekutuan bersamanya) Jabatan Peguam Negara Bahagian Guaman No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.