Content
JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 667 – 10/2022 ANTARA KALIMUTHU A/L GOVANASAMY …
JA-A53KJ-667-10/2022
Sessions Court of Malaysia19 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“un tiada pembuat dokumen dipanggil. Mahkamah Tinggi memutuskan: “Documents that are marked as ID, therefore, are not automatically rendered inadmissible, but will be subject to the full force of the Evidence Act. [55] This was also explained by Ramly Ali J (as he then was) in Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v S”
“w up a legal agreement for them. On recovering such an amount, the husband should hold it on trust for her and pay it over to her. She cannot herself sue the wrongdoer (see Best v Samuel Fox & Co Ltd [1952] AC 716); but she has rendered services necessitated by the wrong-doing, and should be compensated for it. If she”
“sible, but will be subject to the full force of the Evidence Act. [55] This was also explained by Ramly Ali J (as he then was) in Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] MLJU 125; [2001] 2 CLJ 474: … At that stage of the proceedings, all those documents have to be marked as ‘ID’ firs”
“76. Mahkamah merujuk kepada kes Nor Amelia binti Karim dan satu lagi v Mohamad Rohim bin Kamis dan satu lagi dan satu lagi rayuan [2017] MLJU 147 di mana Mahkamah Tinggi memberikan awad RM250,000.00 bagi kecederaan di kepala.”
“lam membuat pertimbangan versi yang lebih berkemungkinan. Mahkamah merujuk kepada kes Rosnah bt Mt Ariff (Ibu Kandung Kepada Simati, Muhamad Rohaizad Bin Alias) v Sentiasa Hebat Sdn Bhd Dan Satu Lagi [2023] MLJU 965 yang menyatakan: “Dalam kes Dharam Singh Dhillon v Ibrahim Bin Shaaban &Anor [1995] 4 CLJ 207, Mahkamah”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 667 – 10/2022 ANTARA KALIMUTHU A/L GOVANASAMY …
1
1.
2
ABDUL HADI BIN ABDULLAH MOHD RODZI BIN SAKOOR … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tindakan ini berasal dari satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 18.5.2019 melibatkan plaintif dan defendan.
2
Pada akhir kes, Mahkamah memutuskan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian defendan pertama dan membahagikan liabiliti 90:10.
3
Mahkamah juga memberikan keputusan taksiran gantirugi am dan khas dan juga mengawadkan kos kepada plaintif.
4
Defendan tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi.
5
Mahkamah kini memberikan alasan-alasannya seperti berikut. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 2
6
Pada 18.5.2019 lebih kurang pukul 7.45 pagi di KM 0.7 Lebuhraya Link Kedua plaintif yang menunggang motorsikal no. pendaftaran JKM 2637 telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya dengan defendan pertama yang menunggang motorsikal no. JRT 2480. Motorsikal JRT 2480 tersebut didaftarkan di atas nama defendan kedua.
7
Akibat kemalangan tersebut, plaintif telah mengalami kecederaan parah dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
8
Plaintif memulakan tindakan ini terhadap defendan-defendan untuk gantirugi dan kehilangan yang ditanggung oleh plaintif lanjutan kemalangan tersebut.
9
Saksi-saksi yang dipanggil di dalam kes ini ialah seperti berikut: i. Saraswathy a/p Kanisan (SP1) – isteri plaintif; ii. Karthesan a/l Kanisan (SP2) – abang ipar plaintif; iii. Kalimuthu a/l Govindasamy (SP3) – plaintif; iv. Sarjan Kanagaletchumi a/p TH Wilson (SP4) – pegawai penyiasat; v. Dr Sanmugarajah Paramasvaran (SP5) – pakar pembedahan neuro; vi. Abdul Hadi bin Abdullah (SD1) – defendan pertama. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 3 LIABILITI Versi Plaintif 10.
Preamble
Menurut plaintif, pada masa yang material plaintif dalam perjalanan dari tempat kerja di Singapura hendak balik ke rumah di Kota Tinggi. Plaintif menunggang motorsikal JKM 2637 di Lebuhraya Link Kedua dan semasa sampai di KM 0.7 semasa plaintif sedang menunggang di lorong kecemasan tiba-tiba terdapat sebuah motorsikal yang dipercayai hilang kawalan telah terbabas secara mengejut di hadapan plaintif. Plaintif cuba mengelak daripada melanggar motorsikal tersebut namun tidak Berjaya. Plaintif terlanggar bahagian kotak belakang motorsikal tersebut dan terjatuh.
11
Motorsikal tersebut merupakan motorsikal yang ditunggang oleh defendan pertama dengan no pendaftaran JRT 2480.
12
Semasa disoal balas, plaintif menyatakan motorsikal defendan pertama telah memotong plaintif dari belakang, hilang kawalan lalu terjatuh di hadapan plaintif. Oleh kerana plaintif tidak sempat mengelak, motorsikal plaintif telah terlanggar kotak motorsikal defendan pertama sebelum plaintif sendiri terjatuh.
13
Plaintif membuat laporan polis berkenaan kemalangan tersebut melalui Trafik IPuteri/006290/20 (eksibit P1) pada 19.8.2020. Kandungan P1 adalah sama seperti keterangan utama plaintif di Mahkamah. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 4
14
SP4 merupakan pengawai penyiasat yang ditugaskan menyiasat kemalangan tersebut. Menurut SP1 laporan polis pertama (FIR) yang diterima oleh pihak polis merupakan laporan polis yang dibuat oleh Sivaprakash a/l Krishnan, adik kepada plaintif pada hari kemalangan 18.5.2019 lebih kurang pukul 12.24 tengahari. SP4 pergi ke lokasi kemalangan pada hari yang sama lebih kurang pukul 1.30 petang bersama-sama jurugambar.
15
Semasa sampai ke tempat kejadian, kenderaan-kenderaan yang terlibat masih berada di lokasi tetapi telah dialihkan ke tepi jalan. SP4 menyediakan rajah kasar (eksibit P4) dan juga mengambil gambar-gambar lokasi kejadian dan kenderaan-kenderaan yang terlibat (eksibit P5 a – k).
16
Terdapat 6 laporan polis yang difailkan berkaitan kemalangan ini dan SP4 juga mengambil keterangan pihak-pihak yang terlibat. SP4 mengesahkan keterangan pihak-pihak adalah konsisten dengan laporan polis masing-masing.
17
Siasatan SP4 mengesahkan kemalangan membabitkan dua buah motorsikal JKM 2637 ditungggang oleh plaintif dan motorsikal JRT 2480 yang ditunggang oleh defendan. Tempat kemalangan merupakan laluan lebuhraya yang lurus di mana kedua-dua motorsikal bergerak dari bawah ke atas iaitu dari Singapura menghala ke Malaysia.
18
Tiada apa-apa kesan pecahan dilakarkan di atas rajah kasar. Hanya terdapat kesan seretan yang bertanda “F” di atas rajah kasar dan JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 5 kesan seretan bermula dari lorong kecemasan. Kesan seretan juga dapat dilihat di dalam gambar P5(k).
19
SP4 juga membuat pemeriksaan kerosakan ke atas kedua-dua motorsikal yang terlibat. Motorsikal plaintif JKM 2637 mengalami kerosakan di bahagian hadapan iaitu pada mudguard, lampu, coverset dan cermin sisi patah.
20
Manakala motorsikal defendan pertama JRT 2480 mengalami kerosakan pada bahagian kotak belakang, tapak kotak patah, lampu depan calar dan coverset calar.
21
21.
Preamble
Menurut siasatan SP4, versi kemalangan plaintif ialah semasa kejadian plaintif menunggang di lorong kecemasan. Tiba-tiba motorsikal defendan pertama yang berada di hadapan hilang kawalan terbabas dan terjatuh sendiri. Plaintif cuba mengelak tetapi terlanggar juga motorsikal defendan pertama dari belakang di bahagian kotak motorsikal defendan pertama.
22
Versi defendan pula semasa siasatan menurut SP4 pula plaintif telah melanggar defendan pertama dari belakang. Semasa siasatan defendan pertama memberitahu beliau menunggang di lorong A1-
23
Oleh kerana terdapat dua versi yang berbeza-beza, SP4 tidak dapat menentukan punca kemalangan ini berlaku. SP4 mengeluarkan keputusan RTM (refer to magistret) bagi kes ini. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 6
24
Plaintif berhujah bahawa kemalangan ini berlaku apabila motorsikal defendan pertama yang berada di laluan plaintif telah hilang kawalan terbabas dan terjatuh di hadapan plaintif. Plaintif yang berada di belakang, tidak sempat mengelak telah terlanggar kotak motorsikal defendan lalu terjatuh juga.
25
Kesan sereta di “F” menyokong dakwaan plaintif bahawa kemalangan ini berlaku di lorong kecemasan. Dakwaan defendan pertama bahawa beliau berada di lorong A1-A2 adalah keterangannya sendiri tanpa apa-apa keterangan sokongan yang lain.
26
Selain itu defendan turut berhujah bahawa kerosakan kedua-dua motorsikal adalah selari dengan versi plaintif. Kerosakan pada bahagian kotak belakang motorsikal defendan pertama adalah lebih konsisten dengan pelanggaran dari arah belakang sewaktu motorsikal defendan pertama telah terjatuh dan bukannya semasa motorsikal defendan pertama berada di dalam keadaan menegak. Versi Defendan 27. Defendan pertama memberi keterangan bahawa pada hari kejadian beliau dari Singapura hendak ke Malaysia menunggang motorsikal JRT 2480. Apabila sampai di KM 0.7 semasa defendan pertama bergerak lurus di lorong kiri (A1-A2) telah datang sebuah motorsikal melanggar motorsikal defendan pertama dari arah belakang. Motorsikal yang melanggar defendan pertama ialah motorsikal JKM 2637 yang ditunggang oleh plaintif. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 7
28
Semasa disoal balas, defendan pertama menyatakan kemalangan berkemungkinan berlaku apabila dia dilanggar dari belakang oleh sebuah motorsikal. Beliau mengakui kerosakan pada kotak belakang motorsikal tidak mungkin berlaku sekiranya motorsikal di belakang melanggarnya dalam keadaan menegak kerana kedudukan kotak motorsikal yang tinggi selari dengan tempat duduk penunggang motorsikal.
29
Defendan pertama juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam plaintif bahawa beliau menunggang di lorong kecemasan semasa kejadian, sebaliknya beliau mendakwa menunggang di lorong A1-A2 pada sepanjang masa.
30
Hujahan defendan ialah kemalangan ini berlaku akibat kecuaian plaintif sendiri yang menunggang dengan laju dan melanggar defendan pertama dari arah belalakang. Akibat pelanggaran, plaintif tercampak dan terseret jauh ke hadapan seperti yang ditunjukkan pada kesan sereta di dalam rajah kasar.
31
Di dalam mana-mana kes kemalangan jalan raya yang bersandarkan kepada kecuaian sebagai kausa tindakan, beban pembuktian kecuaian adalah ke atas plaintif. Prinsip undang-undang matan ini dinyatakan dengan jelas di dalam locus classicus Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 8 “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.”; see 15 Halsbury (3rd Edn.) p. 260.”
32
Beban pembuktian yang diletakkan ke atas plaintif untuk membuktian kesnya adalah selari dengan peruntukan seksyen-seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 (rujuk MGI Securities Sdn Bhd v. Teong Teck Leng & Ors [2000] 5 CLJ 163; [2000] 1 MLJ 354).
33
Di dalam kes ini kedua-dua pihak melalui keterangan lisan mereka di Mahkamah telah memberikan dua versi kemalangan yang bercanggah. Plaintif mendakwa kemalangan akibat kecuaian defendan pertama yang memotong motorsikalnya dari belakang, hilang kawalan dan terjatuh di hadapan plaintif dan plaintif melanggar motorsikal defendan pertama kerana tidak sempat mengelak. Defendan pertama pula mendakwa kemalangan berlaku kerana plaintif melanggarnya dari belakang.
34
Apabila terdapat percanggahan di dalam keterangan pendekatan yang perlu diambil oleh Mahkamah telah dijelaskan di dalam kes Tabarani Mohd Arshad v Chan Ten Yeu [1993] 3 CLJ 1888 yang mana diputuskan: “When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 9 probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the testimony of the credible witnesses.”
35
Berdasarkan nas undang-undang di atas, Mahkamah perlu memutuskan versi manakah yang lebih berkemungkinan berdasarkan keseluruhan keterangan mengambil kira kredibiliti saksi-saksi yang dipanggil.
36
Sebagai permulaan, Mahkamah menilai keterangan senyap yang diperolehi semasa siasatan SP4 iaitu kesan seretan dan juga kerosakan kepada kenderaan-kenderaan yang terlibat,
37
Kesan sereta yang dijumpai di lokasi kemalangan dan ditandakan “F” di dalam rajah kasar menunjukkan seretan bermula di laluan kecemasan A-A1 masuk sedikit di lorong kiri A1-A2 sebelum berakhir berhampiran garisan A1. Tiada ukuran dibuat mengenai panjang kesan seretan tersebut.
38
Namun apa yang pasti, Mahkamah berpendapat kesan seretan tersebut terjadi akibat pelanggaran kedua-dua motorsikal yang mana menyebabkan motorsikal terjatuh dan dan terseret di atas jalan. Keterangan defendan pertama mengesahkan bahawa selepas dilanggar dari arah belakang, beliau tercampak ke depan dan motorsikalnya dilanggar lagi sekali sehingga tertolak ke arah defendan pertama dan melanggar defendan pertama sekali lagi. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 10
39
Defendan pertama menandakan “X” di atas rajah kasar sebagai tempat pelanggaran iaitu di lorong A1-A2. Namun Mahkamah berpendapat berdasarkan kesan seretan, besar kemungkinan kemalangan berlaku di laluan kecemasan iaitu di mana kesan seretan bermula (rujuk kes Muhamad Salleh bin Awang v Low Han Leong [1982] 1 MLJ 82 di mana diputuskan bahawa kesan seretan dan kesan brek digunakan untuk menentukan tempat berlaku impak pelanggaran).
40
Daripada keterangan kedua-dua pihak, semasa kemalangan, motorsikal plaintif berada di belakang dan motorsikal defendan pertama berada di depan.
41
Kerosakan yang menonjol di dalam kes ini ialah pada kotak belakang motorsikal defendan pertama. Menurut siasatan SP4, kotak belakang motorsikal defendan pertama didapati tercabut dari tapaknya dan tapaknya telah patah. Selain itu mudguard dan pemijak kaki belakang juga rosak.
42
Tiada kerosakan dilaporkan pada plat nombor motorsikal defendan pertama di bahagian belakang seperti yang direkodkan melalui gambar P5(i). Seperti yang dapat diperhatikan kedudukan tapak kotak belakang motorsikal adalah selari dengan kedudukan penunggang motorsikal dan kotak tersebut adalah sedikit tinggi dari tapaknya.
43
Seperti yang dihujahkan oleh plaintif, adalah mustahil pelanggaran dengan motorsikal plaintif dari arah belakang dalam keadaan JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 11 menegak (dan bergerak) menyebabkan kerosakan ini kerana tayar depan dan pemegang tangan mtorsikal lebih rendah daripada kotak belakang tersebut. Selain itu, plat nombor motorsikal defendan pertama juga tidak rosak.
44
Pada hemat Mahkamah ini menunjukkan pelanggaran motorsikal plaintif dengan kotak belakang motorsikal defendan pertama berlaku semasa motorsikal defendan pertama sudah terjatuh di atas jalan raya dan dilanggar dari belakang oleh motorsikal plaintif.
45
Ini juga selari dengan kerosakan yang dialami oleh motorsikal plaintif iaitu rosak pada bahagian depan mudguard, lampu, coverset, tayar dan cermin sisi patah.
46
Mahkamah berpendapat bukti senyap ini merupakan satu keterangan yang penting dalam membuat pertimbangan versi yang lebih berkemungkinan. Mahkamah merujuk kepada kes Rosnah bt Mt Ariff (Ibu Kandung Kepada Simati, Muhamad Rohaizad Bin Alias) v Sentiasa Hebat Sdn Bhd Dan Satu Lagi [2023] MLJU 965 yang menyatakan: “Dalam kes Dharam Singh Dhillon v Ibrahim Bin Shaaban &Anor [1995] 4 CLJ 207, Mahkamah telah memutuskan bahawa di dalam kes melibatkan versi bercanggah, Iain-Iain keterangan harus dipertimbangkan: “when the oral evidence from evidence adduced from the witnesses opposed each other, it is necessary to seek assistance from the sketch plan of the scene of accident to ascertain the positions of the vehicles involved in the accident in relation to the road, photographs of the portions of the JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 12 vehicle damaged and all the mute evidence to determine which version of the manner in which the accident occurred is inherently probable or improbable...”
47
Selain itu, Mahkamah juga mendapati keterangan defendan pertama juga tidak menyakinkan tentang bagaimana kemalangan ini berlaku. Semasa disoal balas: PP: Kamu jatuh ke depan, ke kanan atau ke kiri? D: ke depan lepas saya jatuh saya rasa ada satu motor langgar saya dari belakang saya tak ingatlah tolak saya. PP: Maksudnya lepas kamu jatuh? D: Kemungkinan saya anggaplah, saya imagine dia langgar saya saya lompat ke depan then still motor kat belakanglah jadi motor pun jalan saya pun jalan so saya dah stabil nk bangun tolak lagi jatuh lagi, tapi saya tak pasti motor saya ke motor orang lain. Semasa pemeriksaan semula: PD: Encik Hadi, tadi peguamcara plaintif bertanya kedudukan paras box adalah di atas motorsikal dan mustahil untuk motorsikal itu melanggar kamu punya box melainkan kamu berada di dalam position yang terbaring, boleh encik jelaskan sebab tadi encik tak setuju? D: Saya pun tak surelah macam mana dia langgar dari belakang ke tepi ke kanan ke kiri, tapi saya sure dia langgar boxlah. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 13
48
Mahkamah mendapati keterangan defendan pertama tidak konsisten dan seringkali berubah-berubah. Apa yang pasti defendan pertama menegaskan kemalangan berlaku di lorong A1-A2.
49
Mahkamah berpendapat keterangan defendan pertama bahawa kemalangan berlaku di “X” di lorong A1-A2 merupakan keterangan defendan pertama semata-mata tanpa disokong dengan apa-apa keterangan lain.
50
Keterangan bukti senyap menunjukkan sebaliknya. Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa adalah lebih berkemungkinan kemalangan ini berlaku apabila motorsikal defendan pertama yang ditunggang di lorong kecemasan (A-A1) terjatuh dan hilang kawalan menyebabkan plaintif yang datang dari arah belakang terlanggar motorsikal defendan tersebut di bahagian kotak belakang dan motorsikal defendan pertama terseret (tertolak) sehingga ke depan.
51
Versi plaintif berdasarkan keterangan yang dikemukakan adalah lebih berkemungkinan.
52
Defendan menimbulkan isu bahawa plaintif membuat laporan polis lewat setahun tiga bulan daripada tempoh kemalangan. Laporan polis plaintif bertarikh 19.8.2020 (eksibit P1) manakala kemalangan berlaku pada 18.5.2019. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 14
53
Plaintif memberitahu Mahkamah laporan polisnya dibuat lewat kerana plaintif mengalami kecederaan parah dan perlu menjalankan rawatan yang lama.
54
Mahkamah sedar mengenai panduan dan amaran yang diberikan oleh Mahkamah di dalam kes Karthiyayani & Anor v Lee Leong Sin & Anor [1975] 1 MLJ 119 mengenai kemungkinan kandungan laporan polis direka-reka kerana dibuat lewat.
55
Namun begitu di dalam kes ini memandangkan plaintif mengalami kecederaan yang parah (seperti dibincangkan di bawah) dan terdapat keterangan-keterangan senyap seperti yang telah diulas di atas, Mahkamah mendapati tiada apa-apa sebab untuk menolak laporan plaintif dan keterangan plaintif semata-mata kerana kelewatan plaintif membuat laporan polis.
56
Mahkamah mendapati keterangan plaintif adalah konsisten dengan laporan polisnya dan secara keseluruhannya disokong dengan keterangan-keterangan lain.
57
Oleh yang demikian, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan plaintif telah Berjaya membuktikan kesnya terhadap. Mahkamah mendapati kemalangan ini disebabkan kecuaian defendan pertama di mana defendan pertama bertanggungan cuai 90% dan plaintif menyumbang cuai 10%. Sumbang cuai plaintif atas alasan plaintif gagal menjaga jarak selamat semasa menunggang sehingga menyebabkan gagal mengelak dan melanggar defendan pertama. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 15 KUANTUM ATAS DASAR 100%
58
Prinsip yang dirujuk dan digunapakai oleh Mahkamah semasa menilai dan mengawadkan gantirugi sebagai pampasan telah diputuskan terleibh dahulu di dalam banyak nas undang-undang. Mahkamah merujuk kepada kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through His Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 di mana Abdul Hamid Embong HMP menyatakan: “It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; 1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.
59
Antara perkara yang perlu diambil kira semasa mengira jumlah kuantum yang akan diberikan ialah kadar inflasi serta kejatuhan nilai matawang seperti yang diputuskan di dalam kes Raji Transport Sdn Bhd v. Idayu Zukafli [2004] 5 CLJ 479.
60
Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Abdul Waffiy bin Wahubbi & Anor v. A K Nazaruddin bin Ahmad [2017] 5 LNS 52; [2017] MLJU JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 16 761 tentang rujukan kuantum di dalam Compendium di mana YA S Nantha Balan, H (sekarang HMR) menyatakan: “It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering for personal injuries, the court must endeavour to ensure that the sum awarded falls within the range as stipulated in the Compendium and it would be wrong for trial courts to ignore the range of damages as recommended in the Compendium and to pluck a quantum from the air and make an award for a particular injury which does not resonate with the range in the Compendium.
61
Awad yang diberikan juga perlu seiring dengan tren semasa berdasarkan keputusan kes-kes terdahulu yang digunakan sebagai perbandingan (rujuk Red and Yellow Omnibus [1993] 2 CLJ 480).
62
Awad yang diberikan di dalam kes ini adalah berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Revised Compendium 2018, nas ndang-undang serta kadar inflasi matawang terkini.
63
Kedua-dua pihak telah memfailkan laporan-laporan perubatan dan pakar masing bagi tujuan penilaian gantirugi am akibat kecederaan. Laporan-laporan tersebut ialah: i. Laporan perubatan bertarikh 21.9.2020 dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu (“HSAJB”); ii. Laporan perubatan bertarikh 28..10.2022 dari Klinik Pakar Neurosurgeri HSAJB; iii. Laporan perubatan bertarikh 10.9.2020 dari Hospital Kota Tinggi, Johor; iv. Laporan pakar neurosurgeri plaintif bertarikh 28.10.2020; v. Laporan pakar ortopedik plaintif bertarikh 20.10.2020; JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 17 vi. Laporan pakar neurosurgeri defendan bertarikh 27.3.2023; vii. Laporan pakar ortopedik defendan bertarikh 27.3.2023.
64
Kesemua laporan-laporan perubatan dan pakar ini dipersetujui tertakluk kepada hujahan (melainkan laporan pakar neurosugeri plaintif yang diterima masuk sebagai eksibit P7 melalui SP5).
65
Berdasarkan laporan-laporan tersebut, plaintif direkodkan dihantar ke HSAJB selepas kemalangan dengan bacaan GCS 7/15 (E1V1M5). CT Scan menunjukkan severe head injury without skull fracture and intracranial bleeding of intra-parenchymal type di mana Jabatan Neurosurgeri memberikan rawatan secara konservatif di ICU. Plaintif juga mengalami patah pada tulang rusuk dan left coronoid process of ulna.
66
Berikut adalah gantirugi am untuk kecederaan-kecederaan yang dialami oleh plaintif. Severe head injury without skull fracture and intracranial bleeding of intra-parenchyma type
67
Kecederaan ini dilaporkan di dalam laporan-laporan awal perubatan dari HSJB iaitu hospital yang menerima dan merawat plaintif buat kali pertama.
68
Plaintif juga dirujuk kepada pakar neurosurgeri plaintif pada 28.10.2022 dan pakar neurosurgeri defendan pada 27.3.2023. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 18
69
Mahkamah telah meneliti kedua-dua laporan pakar neurosurgeri tersebut dan mendapati tiada apa-apa percanggahan yang ketara dan material di antara kedua-duanya.
70
Mahkamah juga mendapati laporan pakar defendan merupakan laporan pakar yang terkini yang mana disediakan lebih kurang 5 bulan selepas laporan pakar neurosurgeri plaintif.
71
Mahkamah memberikan keutamaan diberikan kepada laporan perubatan dan/atau laporan pakar terkini bagi menentukan keilatan yang dialami oleh plaintif.
72
Dapatan pakar neurosurgeri defendan setelah pemeriksaan dibuat ke atas plaintif ialah seperti berikut: “At present, the patient bears the following deficits: 1) Physically, he has a left-sided hemiparesis. He has a non-functioning left upper limb. He has reduced power in the left lower limb. He is only able to walk slowly with a quadripod stick; 2) He has an upper motor neuron type of facial weakness; 3) He has anosmia and reduced sense of taste; 4) He has reduced sensation in the left half of his body; 5) Cognitively, he has impairments of concentration, short term recall and long term recall, and information processing speed; 6) Behaviourally the patient has irritability, tendency to temper. He has sadness at his plight and has frequent crying episodes. His wife said that he appears depressed. The patient admitted to having frequent disturbing thoughts of failing to provide for his children; JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 19 7) Subjectively he did not complaint of significant headaches or giddiness. He has insomnia.”
73
Akibat keilatan yang dialami oleh plaintif, kehidupan plaintif telah berubah secara keseluruhannya. Plaintif kini tidak lagi berupaya bergerak dengan normal, perlukan bantuan untuk aktiviti harian selain mengalami masalah kognitif dan perlakuan akibat kecederaan di kepalanya.
74
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan defendan bahawa kecederaan pada kepala plaintif tidak terlalu serius dan awad berjumlah RM100,000.00 adalah memadai.
75
Pada hemat Mahkamah, kecederaan pada kepala ini telah mengakibatkan lumpuh pada separuh badan plaintif dan telah mengganggu proses kognitif dan tingkah-laku plaintif.
76
Mahkamah merujuk kepada kes Nor Amelia binti Karim dan satu lagi v Mohamad Rohim bin Kamis dan satu lagi dan satu lagi rayuan [2017] MLJU 147 di mana Mahkamah Tinggi memberikan awad RM250,000.00 bagi kecederaan di kepala.
77
Mahkamah berpendapat berdasarkan keilatan yang disenaraikan oleh pakar neurosurgeri kedua-dua pihak dan mengambil kira umur dan latar belakang plaintif, awad RM250,000.00 adalah lebih munasabah bagi kecederaan ini. Impaired right ear hearing JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 20
78
Kedua-dua laporan pakar neurosurgeri melaporkan aduan plaintif mengenai kekurangan pendengaran pada telinga kanan selepas kemalangan. Kedua-dua pakar tersebut telah mencadangkan plaintif dirujuk kepada pakar ENT. Namun tiada apa-apa laporan pakar ENT dikemukakan oleh plaintif untuk mengesahkan perkara ini.
79
Oleh yang demikian Mahkamah menolak tuntutan ini. Fracture and dislocation of left ulna
80
Pakar ortopedik defendan melaporkan: “The fracture of the left coronoid is in non-union. No further management is required as the left elbow joint is reduced.”
81
Compendium 2018 mencadangkan awad dalam jumlah RM9,500.00 – 27,500.00 bagi kepatahan ulna.
82
Defendan pula merujuk kepada kes Naziera binti Kaderi & Anor v Anika Tuga [2019] 1 PIR [8] yang membenarkan awad RM15,000.00 bagi closed fracture of the olecranon.
83
Memandangkan dalam kes di hadapan Mahkamah ini plaintif mengalami kepatahan dan seliuh (dislocation) dan kepatahan tidak bercantum, maka Mahkamah berpendapat awad RM20,000.00 adalah lebih wajar dan munasabah. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 21 Multiple laceration wounds 84. Kecederaan ini dilaporkan di dalam laporan perubatan awal HSAJB. Tiada apa-apa keilatan dilaporkan akibat kecederaan ini. Berdasarkan Compendium 2018, Mahkamah membenarkan RM2,000.00 untuk tuntutan ini. Fracture of right 5th rib 85. Kepatahan pada tulang rusuk plaintif ini telah bercantum dan tiada apa-apa keilatan dilaporkan.
86
Mahkamah membenarkan RM4,000.00 sebagai awad berdasarkan kepada Compendium 2018. Right 5th proximal phalanx base fracture of hand 87. Kepatahan ini juga telah bercantum berdasarkan laporan pakar ortopedik defendan dengan tiada apa-apa keilatan.
88
Mahkamah membenarkan RM8,000.00 sebagai awad berdasarkan Compendium 2018. Multiple scars
89
Berdasarkan laporan pakar ortopedik defendan (yang merupakan laporan pakar ortopedik terkini), parut-parut yang dikesan akibat kemalangan dan pembedahan adalah seperti berikut: • 7 x 3 cm hypertrophic abrasion scar dorsum right hand • 7 x 2 cm laceration scar lateral right hand • 14 x 7 cm abrasion scar right forearm JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 22 • 8 x 3 cm abrasion scar lateral left elbow • 4 x 2 cm abrasion scar left wrist • 2 cm abrasion scar left dorsum • 8 x 6 cm abrasion scar left shoulder • 4 cm laceration scar left forehead.
90
Mahkamah membenarkan RM8,000.00 bagi parut-parut ini berdasarkan Compendium 2018 dan juga kes Satiswaran a/l Muniandy v Kartheegesu a/l Chalavu & Anor (Surenthar a/l Chelliah – Third Party) and 2 Other Summonses [2020] 1 PIR [18].
91
Plaintif turut menuntut awad bagi kehilangan pendapatan sebenar dan kehilangan pendapatan masa hadapan.
92
92.
Preamble
Menurut keterangan plaintif, semasa kemalangan beliau bekerja di Singapura sebagai ‘warehouse supervisor’ di Cold Storage Singapore Pt Ltd dengan pendapatan bulanan lebih kurang SGD2,400.00. Plaintif memberitahu beliau telah bekerja di syarikat ini selama lebih kurang 15 tahun.
93
Plaintif telah mengemukakan slip-slip gaji dari bulan Mei – September 2019 (eksibit ID2) dan surat berhenti kerja (eksibit ID3) yang dikeluarkan oleh majikan plaintif. Salinan asal dokumen-dokumen ini dibawa ke Mahkamah pada hari perbicaraan oleh plaintif dan ditunjukkan kepada Mahkamah dan juga pihak defendan. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 23
94
94.
Preamble
Menurut keterangan plaintif, beliau tidak pasti sama ada dibayar gaji oleh majikan semasa dalam tempoh cuti sakit. Plaintif memberitahu beliau memperolehi cuti sakit selama lebih kurang 1 tahun dari pihak hospital.
95
Majikan plaintif tidak hadir memberi keterangan. Peguamcara plaintif menyatakan usaha telah dibuat olehnya untuk berhubung dengan bekas majikan plaintif untuk memberi keterangan namun tidak membuahkan hasil.
96
Plaintif berhujah walaupun bekas majikan tidak dipanggil, slip-slip gaji dan surat berhenti kerja tersebut adalah mencukupi bagi membuktikan plaintif bekerja dan mempunyai pendapatan semasa kemalangan.
97
Defendan pula berhujah memandangkan pembuat dokumen-dokumen tersebut iaitu bekas majikan plaintif tidak dipanggil dan plaintif gagal menunjukkan usaha yang mencukupi untuk mendapatkan bekas majikan hadir memberi keterangan, maka slip-slip gaji dan surat berhenti kerja tersebut harus kekal sebagai ID.
98
Oleh yang demikian, dokumen-dokumen tersebut tidak wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah dan plaintif gagal membuktikan beliau bekerja dan memperoleh pendapatan semasa kemalangan.
99
Mahkamah memutuskan untuk menerima masuk (ID2) dan surat berhenti kerja (ID3) sebagai keterangan yang membuktikan pekerjaan dan pendapatan plaintif dibawah s 73A (2) Akta JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 24 Keterangan 1950 sungghpun majikan plaintif tidak dipanggil memberi keterangan. Mahkamah merujuk kepada kes Pannir Selvam A/L Sinnaiyah & Anor v Tan Chia Foo & Ors [2021] 7 MLJ 384 yang membincangkan isu ini apabila mempertimbangkan sama ada pesanan Whatapps dan resit deposit dibenarkan diterima masuk sebagai esksibit walaupun tiada pembuat dokumen dipanggil. Mahkamah Tinggi memutuskan: “Documents that are marked as ID, therefore, are not automatically rendered inadmissible, but will be subject to the full force of the Evidence Act. [55] This was also explained by Ramly Ali J (as he then was) in Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] MLJU 125; [2001] 2 CLJ 474: … At that stage of the proceedings, all those documents have to be marked as ‘ID’ first, but it does not stop the court from deciding on their admissibility at the end of the trial ie, during submissions stage. Section 73A (2) of the Evidence Act 1950 empowers the court to do so. The said subsection provides for the exercise of the power ‘at any stage of the proceedings, having regards to all the circumstance of the case’. There is nothing to say that those documents cannot be admitted as evidence under s 73A(2) just because they have only been marked as ‘ID’… (Emphasis added.) Selanjutnya: [62] The exception that renders admissible the WhatsApp messages as well as the deposit transaction records is s 73A of the Evidence Act. The plaintiffs JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 25 were never going to be able to trace CK Lim and in that respect, the court is empowered under s 73A(2) of the Evidence Act to dispense with the requirement of the maker if it is just to do so. Section 73A(2) reads: Section 73A — Admissibility of documentary evidence in civil cases, etc …
2
In any civil proceedings, the court may at any stage of the proceedings, if having regard to all the circumstances of the case it is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused, order that such a statement as is mentioned in subsection (1) shall be admissible as evidence or may, without any such order having been made, admit such a statement in evidence —
a
(a)notwithstanding that the maker of the statement is available but is not called as a witness; and
b
(b)notwithstanding that the original document is not produced, if, in lieu thereof, there is produced a copy of the original document or of the material part thereof certified to be a true copy in such manner as may be specified in the order or as the court may approve, as the case may be. (Emphasis added.) [63] Counsel for the second defendant argued that it was for the plaintiffs to prove the unavailability of CK Lim. In my view, the unavailability of CK Lim has been proved, since it is obvious that CK Lim would never be found. Secondly, it is clearly stipulated in s 73A (2) of the Evidence Act that ‘the court may at any stage of the proceedings, if having regard to all the circumstances of the case’. This means that the court has to act according to the individual facts of the case.” JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 26
100
Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, plaintif telah cuba memanggil bekas majikannya, namun tidak Berjaya. Walaupun hanya terdapat satu sahaja surat daripada peguamcara plaintif dikemukakan sebagai bukti cubaan, namun pada pendapat Mahkamah ianya menunjukkan plaintif telah berusaha untuk memanggil majikannya.
101
Selain itu, plaintif juga mengemukakan Salinan-salinan asal ID2 dan ID3 tersebut. Mahkamah telah memeriksa Salinan-salinan tersebut dan berpuas hati bahawa Salinan-salinan tersebut merupakan salinan asal ID2 dan ID3. Ini membuktikan kesahihan dan ketulinan kedua-dua dokumen tersebut.
102
Mahkamah juga berpendapat dakwaan bahawa plaintif bekerja dan memperoleh pendapatan semasa kemalanga juga disokong oleh keterangan lain seperti keterangan isteri plaintif dan fakta semasa kemalangan plaintif bergerak arah Singapura ke Malaysia dari pintu sempadan Malaysia di Tuas.
103
Menggunakan budicara Mahkamah di bawah S73A (2) Akta Keterangan 1950 berdasarkan nas undang-undang di atas dan fakta kes ini keseluruhannya, Mahkamah menerima masih ID2 dan ID3 sebagai eksibit dan ditandakan sebagai P2 dan P3 masing-masing.
104
Mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, plaintif telah Berjaya membuktikan bahawa pada masa kemalangan plaintif bekerja dengan Cold Storage Pt Ltd dengan gaji bulanan SGD2,400.00. JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 27
105
Adalah jelas bahawa selepas kemalangan plaintif tidak kembali. Malahan kesemua pakar-pakar yang memeriksa plaintif juga bersetuju bahawa plaintif sudah tidak dapat bekerja pada masa hadapan akibat keilatan kekal yang dialaminya.
106
Oleh yang demikian, plaintif adalah berhak kepada kehilangan pendapatan sebenar iaitu pada tempoh kemalangan sehingga Tarikh perbicaraan dan juga untuk kehilangan pendapatan masa hadapan.
107
Kehilangan pendapatan sebenar (dibawah gantirugi khas) yang dibenarkan oleh Mahkamah ialah seperti berikut: SGD 2,400 x 3.49 (kadar pertukaran semasa) = RM8,376.00 RM 8,376.00 – 1/3 x 58 bulan (tempoh dari kemalangan sehingga perbicaraan) = RM 323,872.00
108
Mahkamah membuat tolakan 1/3 sebagai jumlah yang munasabah sebagai ‘living expenses’mengambil kira plaintif bekerja di Singapura dan berulang-alik dari Johor Bharu setiap hari. Plaintif sudah pasti membelanjakan sebahagian wangnya untuk petrol, makan minum serta untuk selenggaraan motorsikalnya semasa keluar bekerja dan jumlah tersebut wajar dan munasabah untuk ditolak bagi pengiraan kehilangan pendapatan.
109
Bagi kehilangan pendapatan masa hadapan (dibawah gantirugi am), awad yang dibenarkan oleh Mahkamah ialah: Multiplier: 55 – 48 /2 = 3.5 Multiplicand: RM8,376.00 – 1/3 x 3.5 x 12 bulan = RM 234,528.00 (tanpa faedah). JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 28
110
Plaintif turut menuntut kos penjagaan sebenar dan kos penjagaan masa hadapan.
111
Bagi membuktikan tuntutan ini, keterangan diperolehi oleh plaintif sendiri, isteri plaintif SP1, abang ipar plaintif SP2 dan juga berdasarkan laporan-laporan pakar pihak-pihak.
112
Keterangan SP1 ialah selepas kemalangan dan selepas kembali dari hospital SP1 menjaga plaintif sepenuh masa. SP1 sebelum ini tidak bekerja dan merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.
113
SP1 memberi keterangan bahawa plaintif telah hilang deria rasa, bau dan pendengaran selepas kemalangan. Plaintif juga tidak dapat menggunakan tangan kirinya untuk melakukan aktiviti harian. SP1 menyatakan plaintif sentiasa perlukan seseorang untuk menjaga dan memantaunya sepenuh masa.
114
Plaintif juga perlu memakai lampin dewasa setiap hari kerana tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan air besar. Plaintif boleh makan sendiri serta berdiri sendiri tapi cepat jatuh dan sukar berjalan.
115
Memandangkan plaintif sudah tidak berupaya untuk bekerja, maka SP1 perlu keluar bekerja untuk menyara keluarga. SP1 bekerja sebagai pembantu kedai bunga dengan pendapatan sebanyak JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 29 RM1200.00 – RM1,500.00 sebulan. SP1 bekerja setiap hari mulai 9.00 pagi – 7.00 petang.
116
Sewaktu SP1 keluar bekerja, plaintif akan dijaga oleh abangya iaitu SP2. SP2 memberi keterangan beliau menjaga plainitf bermula dari pukul 12 tengahari – 5.00 petang.
117
SP2 bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan Grab dan mempunyai waktu bekerja yang fleksibel. SP2 memberitahu adiknya membayar RM250.00 sebulan bagi perkhidmatan yang diberikan.
118
Keterangan SP2 ini disokong oleh SP1. SP1 memberitahu abangnya meminta upah RM500.00 namun SP1 tidak mampu membayarnya. SP1 hanya mampu membayar RM250.00 pada masa kini.
119
SP1 juga berhasrat mengambil pembantu untuk menjaga plaintif sepenuh masa memandangkan SP1 perlu keluar bekerja untuk keluarga.
120
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas plaintif menuntut kos penjagaan sebelum perbicaraan dan juga selepas perbicaraan.
121
Adalah satu prinsip undang-undang matan bahawa perkhidmatan jagaan yang diberikan oleh ahli keluarga terdekat kepada plaintif selepas kemalangaan wajar diberi pampasan yang munasabah. Dalam kes Ahmad Daman Huri Bin Hussein v Koo Chin Yau [1990] 3 MLJ 53, isu yang sama timbul dimana plaintif di dalam kes tersebut mengalami kecederaan parah pada kepala yang mengakibatkan JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 30 fakulti mentalnya seperti seorang bayi yang memerlukan penjagaan sepenuh masa. Plaintif menuntut kos penjagaan sebelum dan selepas bicara di dalam kes ini dan Mahkamah Tinggi membenarkannya. YA Hakim Lim Beng Choon (pada masa itu) menyatakan: “As to the claim for nursing care, it has been stated in Cunningham v Harrison [1973] 3 WLR 97 at p 98that: It seems to me that when a husband is grievously injured – and is entitled to damages – then it is only right and just that, if his wife renders services to him, instead of a nurse, he should recover compensation for the value of the services that his wife has rendered. It should not be necessary to draw up a legal agreement for them. On recovering such an amount, the husband should hold it on trust for her and pay it over to her. She cannot herself sue the wrongdoer (see Best v Samuel Fox & Co Ltd [1952] AC 716); but she has rendered services necessitated by the wrong-doing, and should be compensated for it. If she had given up paid work to look after him, he would clearly have been entitled to recover on her behalf; because the family income would have dropped by so much: see Wattson v Port of London Authority [1969] 1 Lloyd's Rep 95 at 102, per Megaw J. Even though she had not been doing paid work but only domestic duties in the house, nevertheless all extra attendance on him certainly calls for compensation. It is clear from the proposition stated in that case that the plaintiff here is entitled to claim for compensation for the value of the services that his wife has rendered.”
122
Mahkamah mendapati didalam kes ini plaintif sememangnya memerlukan penjagaan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti hariannya JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 31 seperti mandi, makan, membersihkan diri, berjalan dan memakai pakaian. Kedua-dua pakar neurosurgeri juga memberikan pendapat yang sama di dalam laporan mereka.
123
Mahkamah menerima keterangan SP1 dan SP2 yang memberikan keterangan yang konsisten di antara satu sama lain. Sungguhpun kedua-dua ini merupakan saudara terdekat plaintif dan saksi berkepentingan, namun setelah meneliti keterangan mereka dan demeanour mereka, Mahkamah memutuskan kedua-duanya adalah saksi yang kredible dan keterangan yang diberikan boleh dipercayai.
124
Bagi kos penjagaan sebelum perbicaraan, awad sejumlah RM500.00 adalah munasabah bagi penjagaan yang diberikan oleh SP1 dan SP2 kepada plaintif. Oleh yang demikian Mahkamah membenarkan RM500.00 x 58 bulan (tempoh kemalangan hingga perbicaraan) bagi kos penjagaan (dibawah gantirugi khas).
125
Bagi awad penjagaan masa hadapan pula Mahkamah membenarkan jumlah RM1,000/sebulan sebagai upah kepada pembantu sepenuh masa untuk menjaga plaintif semasa SP1 keluar bekerja. Jumlah ini adalah jumlah yang munasabah mengambil kira gaji minimum negara ini yang berada pada paras RM1,500.00.
126
Pengiraan multiplier adalah seperti berikut: Jangka hayat plaintif 70 tahun – 48 tahun (umur sekarang) = 22 tahun 22 tahun x 12 bulan = 264 bulan 264 – 1/3 (contingencies) = 176 bulan JA-A53KJ-667-10/2022 Alasan Penghakiman 32
127
Jumlah kos penjagaan masa hadapan yang dibenarkan (dibawah gantirugi am dan tanpa faedah) ialah RM1,000 x 176 bulan = RM176,000.00.
128
Berdasarkan alasan-alasan di atas, tuntutan plaintif dibenarkan dengan kos.
129
Lain-lain perintah Mahkamah di dalam Keputusan bertarikh 19.6.2024 adalah berkaitan. Bertarikh pada 19 Ogos 2024. ………………………………… LAILAWATI BINTI ALI HAKIM Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bahru, JOHOR Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.