Sebelum pihak-pihak memulakan penghujahan mereka masing-masing, timbalan pendakwa raya yang bijaksana telah memaklumkan kepada kami bahawa representasi yang dibuat oleh peguam kedua-dua tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara Putrajaya telah diterima dan dipersetujui. Sehubungan dengan itu, timbalan pendakwa raya yang bijaksana telah menawarkan satu pertuduhan pilihan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama kepada kedua-dua tertuduh. Butiran pertuduhan-pertuduhan pilihan tersebut adalah seperti yang berikut: Pertuduhan Pilihan (Tertuduh LSL) “Bahawa kamu pada 10 November 2018, jam lebih kurang 1.45 tengahari bertempat di dalam kawasan ruang menunggu pelepasan KUL-KIX (Kansai-Osaka) Pintu Q10, Lapangan Terbang KLIA 2, dalam daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 1,532.3gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama.” Pertuduhan Pilihan (Tertuduh KKK) “Bahawa kamu pada 10 November 2018, jam lebih kurang 1.45 tengahari bertempat di dalam kawasan ruang menunggu pelepasan KUL-KIX (Kansai-Osaka) Pintu Q10, Lapangan Terbang KLIA 2, dalam daerah Sepang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah memiliki dadah 15 berbahaya jenis Methamphetamine seberat 1,533.6gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama.”