Schedule
Jadual Pertama ADB; 205 (b) bahawa Perayu mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut; (c) bahawa Perayu telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. 210 Berbalik kepada rayuan di hadapan Mahkamah hari ini, kami dapati Perayu di dalam kes hari ini tidak menafikan jenis dadah Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB. Oleh itu elemen pertama pertuduhan telah dibuktikan. Walaubagaimanapun, 215 Perayu menafikan mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah-dadah tersebut. [16] Pemilikan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194, seperti berikut: 220 “Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, 225 although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge 230 said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. 235 The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: 240 “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude 245 other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to 250 confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions ...Once the elements needed to constitute possession are established, 255 including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [17] Di dalam kes hari ini, HMT mengatakan atas penilaian 260 maksimum kepada keterangan yang telah pihak pendakwaan kemukakan, HMT memutuskan dan berpuas hati bahawa Perayu mempunyai milikan terhadap dadah yang ditemui dan dirampas dan elemen ini telah dibuktikan melalui keterangan langsung oleh SP2. Selanjutnya, untuk pengedaran pula, HMT membuat dapatan 265 dengan mengatakan berdasarkan berat dadah yang terlibat, andaian serta teori tentang anggapan pengedaran dadah adalah terpakai. [18] Perayu berhujah bahawa HMT telah terkhilaf apabila menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB pada Alasan 270 Penghakiman sedangkan tiada anggapan sedemikian telah dibangkitkan sepanjang perbicaraan, sama ada pada akhir kes pendakwaan atau pada akhir kes pembelaan. Perayu seterusnya menghujahkan bahawa anggapan tersebut hanya digunakan dalam Alasan Penghakiman, kira-kira tiga tahun kemudian, dan bahawa 275 perkara ini telah memprejudiskan Perayu. [19] Perayu merujuk kepada baris 15 dalam keputusan di akhir kes pendakwaan. Perayu berhujah bahawa HMT telah memutuskan isu pemilikan berdasarkan keterangan langsung SP2. Oleh sebab 280 pemilikan telah dibuktikan melalui keterangan tersebut, andaian serta teori berkaitan pengedaran adalah terpakai. [20] Mahkamah ini merujuk Nota Keterangan di dalam Jadual Perbandingan di perenggan [20] di bawah (rujuk penekanan (bold)) : 285 “Dimana isu pemilikan telah dibuktikan melalui keterangan langsung oleh SP2 dan berdasarkan kepada berat dadah yang terlibat, andaian serta teori tentang pengedaran adalah terpakai”. 290 Perayu berhujah bahawa HMT kelihatan membuat dapatan bahawa terdapat pemilikan dengan mens rea yang jelas melalui keterangan SP2. Walaupun perkataan “andaian” dan “teori” digunakan, tiada rujukan nyata dibuat kepada seksyen 37(da) ADB dan menghujahkan bahawa teori yang disebutkan itu tidak dirangka sama ada di bawah 295 seksyen 37(d) ADB atau seksyen 37(da) ADB. [21] Responden berhujah bahawa, berdasarkan keterangan saksi SP2 serta keterangan dokumentar seperti gambar-gambar dan barang kes yang dikemukakan, pihak pendakwaan boleh bergantung 300 kepada keterangan langsung berhubung milikan afirmatif secara terus tanpa perlu menggunakan sebarang anggapan. Di dalam kes Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597, Mahkamah Persekutuan memutuskan: 305 “[14] Hence, under the Act there is no mandatory rule to require for the invocation of s. 37(d) to establish the element of possession on a charge for trafficking of dangerous drug. Where the facts and circumstances warrant, it would be sufficient to establish actual possession cum knowledge from the totality of the evidence adduced. As to the nature or 310 kind of evidence required to show knowledge it would depend on the facts and circumstances of each case.” [22] Responden berhujah bahawa HMT tidak melakukan kekhilafan apabila menerima keterangan saksi-saksi pendakwaan, dan bahawa 315 tiada percanggahan material wujud dalam keterangan mereka. Kesemua saksi tersebut merupakan penjawat awam, iaitu pegawai polis dan ahli kimia. Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa keterangan saksi polis wajar diterima, kecuali sekiranya terdapat percanggahan yang bersifat material. 320 [23] Untuk rujukan mudah, kami sediakan Jadual Perbandingan antara Nota Prosiding dan Alasan Penghakiman di akhir kes Pendakwaan, yang dikatakan tidak konsisten, seperti berikut: 325 Nota Prosiding 19 Okt 2022 Alasan Penghakiman Bertulis 15 Januari 2026 Kand. 15 RR Jilid 2(1) m/s 172 Kand. 21 RRT(1) m/s 11-12 “Saya mendapati bahawa walaupun pertuduhan ini could have been drafted in a better manner. Saya telah mendapati pertuduhan yang disediakan ini telah memberikan notis yang secukupnya kepada tertuduh. Dan saya dapati tertuduh tidak terkeliru ataupun diprejudiskan dengan pertuduhan tersebut. Jadi bagi kes terhadap tertuduh, saya telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan saya berpuas hati dan mendapati bahawa satu kes yang pasti telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa raya. Dimana isu pemilikan telah dibuktikan melalui keterangan langsung [34] Di peringkat ini, seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekiranya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Rujuk kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393. oleh SP2 dan berdasarkan kepada berat dadah yang terlibat, andaian serta teori tentang pengedaran adalah terpakai. Oleh itu tertuduh dengan ini diperintahkan untuk membela diri bagi tuduhan yang dikemukakan”. -penekanan oleh kami KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [35] Dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan. [24] Kami dapati fakta menunjukkan bahawa selepas tangkapan, SP2 telah memeriksa Perayu dan menemui satu sampul kuning bertulis “Wedding Invitation” yang diikat dengan getah gelung di 330 dalam poket seluar Perayu. Sampul tersebut mengandungi lapan paket plastik lutsinar yang disahkan oleh SP1 sebagai dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 73.56 gram. Pada hemat kami, walaupun keterangan SP2 dicabar oleh pihak pembelaan, beliau kekal dengan keterangannya bahawa barang kes tersebut 335 ditemui dalam poket seluar Perayu. Kedudukan barang kes pada tubuh Perayu menunjukkan jagaan dan kawalan, manakala tindakan Perayu cuba melarikan diri menimbulkan inferens pengetahuan terhadap kewujudannya (rujuk kes Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717). Kami dapati HMT tidak khilaf apabila memutuskan bahawa 340 milikan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung. Pada hemat kami, bukti langsung iaitu keterangan SP2 sebagai saksi utama pihak pendakwaan, dengan jelas menunjukkan tanpa keraguan bahawa Perayu mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut. 345 [25] Berkenaan perkataan “andaian serta teori” yang telah dinyatakan oleh HMT seperti berikut: “...dan berdasarkan kepada berat dadah yang terlibat, andaian serta teori 350 tentang pengedaran adalah terpakai.”. Kami bersetuju dengan hujahan Perayu bahawa perkataan “andaian serta teori” digunakan tersebut itu tidak diperuntukkan sama ada di bawah seksyen 37(d) ADB atau seksyen 37(da) ADB. Kami merujuk 355 Kamus Dewan Online DBP yang mentakrifkan perkataan “andaian”, antaranya sebagai memisalkan atau mengumpamakan. Perkataan “teori” ditaksirkan, antaranya sebagai pelengkap. Adalah jelas bahawa perkataan contoh atau misalan yang dikemukakan untuk menjelaskan sesuatu hujah. Pada hemat kami perkataan “andaian” 360 dan “teori” tersebut adalah lebih kepada “verbosity” dan tidak boleh dikatakan sebagai gantian perkataan atau makna sama dengan perkataan anggapan, seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 37(d) ADB ataupun seksyen 37(da) ADB. 365 [26] Pihak Perayu berhujah dan merujuk kepada Nota Keterangan di mukasurat 202 dimana HMT telah menggunakan ungkapan “menilai semula” semasa di akhir kes pembelaan dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Pihak Perayu menghujahkan 370 bahawa adalah nyata dan jelas bahawa, pada peringkat pembelaan, HMT telah tidak menggunakan bahasa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 37(da) ADB. [27] Walau bagaimanapun, tiga tahun kemudian, dalam Alasan 375 Penghakiman, khususnya pada perenggan [28] hingga [54], HMT kelihatan telah memperkenalkan suatu dapatan yang menimbulkan ketidakselarasan dan kekeliruan. Perkara tersebut merupakan suatu salah arahan yang serius, sekali gus menjadikan sabitan bagi kesalahan pengedaran tidak selamat untuk dikekalkan. Di dalam kes 380 Ooi Hock Kheng v PP [2014] 5 MLJ 585, Mahkamah ini memutuskan: “[12] There is another reason why we had allowed this appeal. At the conclusion of the case for the prosecution, the learned JC had invoked s 385 37(d) of the DDA to prove possession of the appellant of the Ketamine in the plastic bag. The statutorypresumption of possession under s 37(d) is a rebuttable presumption. For this reason, it is incumbent on the learned JC to consider at the end of the whole case whether the presumption that he invoked had been rebutted on a balance of probabilities. A reading of 390 the judgment of the learned JC shows that he had failed to direct his mind on this point. This is a serious misdirection as the law requires the learned JC to make such a finding when he resorted to the presumption under s 37(d) of the DDA (see Alcontara a/l Ambross Anthony v PP [1996] 1 MLJ 209; [1996] 1 CLJ 705, Tan Boon Kean v PP [1995] 3 MLJ 514; [1995] 4 395 CLJ 456 and PP v Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113).” [28] Dalam kes ini, pada peringkat penutupan kes pembelaan, tiada sebarang dapatan dibuat bahawa Perayu telah gagal mematahkan mana-mana anggapan yang terpakai. Pihak Perayu selanjutnya 400 menghujahkan bahawa, memandangkan terdapat keterangan langsung yang menunjukkan bahawa dadah tersebut telah ditemukan di dalam poket perayu, seksyen 2 ADB adalah terpakai. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar dan tidak adil untuk bergantung kepada anggapan statutori apabila keterangan langsung telah pun tersedia di 405 hadapan Mahkamah. Sehubungan itu, Perayu berhujah ini adalah salah arah kehakiman dan sebagai alternatif memohon agar sabitan tersebut dikurangkan kepada kesalahan pemilikan di bawah seksyen 39A(2) ADB. 410 [29] Responden pula berhujah bahawa HMT tidak melakukan sebarang kekhilafan yang nyata dalam dapatannya dan telah meneliti keterangan pembelaan secara menyeluruh dan, setelah menimbang keseluruhan keterangan di hadapannya, dengan betul mendapati bahawa pembelaan Perayu gagal menimbulkan keraguan 415 munasabah terhadap kes pendakwaan. Keraguan munasabah tidak boleh dibina atas andaian, spekulasi atau penafian yang tidak disokong. Keraguan sedemikian mestilah berpunca daripada keterangan yang kukuh dan boleh dipercayai, atau daripada kelompangan material dalam kes pendakwaan. Dalam kes ini, tiada 420 asas sedemikian wujud. Sebaliknya, pembelaan Perayu jelas bersifat pemikiran semula, tidak disokong oleh keterangan bebas, dan tidak mempunyai nilai probatif yang mencukupi untuk menggugat kes pendakwaan. Pada hakikatnya, pembelaan tersebut hanyalah suatu penafian kosong yang tidak mampu melemahkan dapatan HMT 425 terhadap kekuatan keterangan pendakwaan. [30] Dapatan HMT tersebut ialah dapatan fakta yang dibuat selepas HMT melihat, mendengar dan menilai sendiri keterangan saksi-saksi. Kelebihan HMT sebagai Hakim Bicara dalam menilai kredibiliti saksi 430 dan tidak boleh diketepikan secara ringan. Justeru, melainkan ditunjukkan kekhilafan yang nyata, maka dapatan fakta HMT wajar dikekalkan. [31] Dakwaan Perayu bahawa HMT gagal menganalisis pembelaan 435 atau gagal membuat dapatan khusus berhubung dengan anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB adalah tidak bermerit. Alasan penghakiman HMT, apabila dibaca secara keseluruhan, jelas menunjukkan bahawa pembelaan Perayu telah dipertimbangkan dan ditolak kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah. Kegagalan 440 Perayu memenuhi beban yang lebih rendah ini dengan sendirinya menutup ruang untuk berhujah bahawa anggapan pengedaran telah berjaya diakas atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, sabitan adalah selamat, tiada miscarriage of justice telah berlaku, dan rayuan ini wajar ditolak. 445 [32] Untuk rujukan mudah, kami menyediakan Jadual Perbandingan antara Nota Prosiding dan Alasan Penghakiman di akhir kes pembelaan yang dikatakan telah memprejudiskan Perayu, seperti berikut: 450 Nota Prosiding 21 Okt 2022 Alasan Penghakiman Bertulis 15 Januari 2026 Kand. 15 RR Jilid 2(1) m/s 202 & Kand. RR Jilid 2(2) m/s 201 Kand. 21 RRT(1) m/s 16-18 “Saya telah menimbangkan “[45] Pembelaan OKT ini jika dilihat secara terperinci menggambarkan yang dia telah dianiaya oleh pihak polis dan dan telah meneliti yang dikemukakan oleh tertuduh. Dan saya juga telah reevaluate keterangan kes pendakwaan di tahap maksimum. Dan saya mendapati bahawa tertuduh telah gagal utnuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan saya mendapati bahawa pihak AADK. OKT mendakwa ditangkap oleh pegawai AADK di tempat yang berbeza dari yang dinyatakan dalam pertuduhan dan barang kes dadah juga ditemui di dalam beg laptop tetapi didakwa oleh pihak polis ditemui dalam seluar yang dikatakan ditukar dari seluar asal yang dipakainya pada hari kejadian. [46] Tiada sebarang keterangan dikemukakan untuk menunjukkan bahawa OKT mengenali mana-mana individu yang dikatakan terlibat dalam Penganiayaan ini. Malah OKT sendiri mengakui tidak mengenali mana-mana polis yang menguruskan tangkapan beliau. [47] Persoalan ini juga tidak pernah diajukan kepada SP2 ataupun SP3 ketika disoal balas di peringkat pendakwaan. [48] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang alasan ataupun motif yang wujud untuk pihak AADK ataupun polis khususnya SP2 untuk menganiaya OKT. [49] Mahkamah Rayuan dalam kes Marimuthu Seringan v PP [2016] 1 LNS 64 menyatakan: “[28] Berdasarkan Rekod Rayuan juga menunjukkan bahawa keterangan SP5 telah dipercayai dan diterima oleh Hakim bicara yang asal dan juga YA PK sendiri. Hakim bicara dan YA PK mendapati tiada sebarang alasan atau dipihak SP5 untuk menganiaya perayu dengan memberi keterangan yang tidak benar. Sebaliknya keterangan kukuh telah diberikan oleh SP5 dan diterima oleh Mahkamah bahawa perayu telah dilihat keluar dari kenderaan seorang diri sambil pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya beyond reasonable doubt dan tertuduh dengan ini didapati bersalah di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagaimana yang dipertuduh.” menyandang sebuah beg galas yang mengandungi dadah-dadah berbahaya yang dipertuduhkan. Tiada sebarang soal balas ditujukan kepada SP5 bahawa saksi ini telah memberi keterangan yang tidak benar dan hanya ingin memerangkap perayu. Kami berpuas hati bahawa YA PK telah membuat pertimbangan yang maksima sebelum mensabitkan perayu atas pertuduhan.” [50] Merujuk keputusan kes di atas, Mahkamah ini berpendapat kes ini juga dalam keadaan yang sama. Keterangan SP2 telah diterima oleh Mahkamah ini dan tiada sebarang keterangan yang wujud untuk membolehkan atau pun mewajarkan Mahkamah ini menerima dakwaan OKT bahawa SP2 dan SP3 telah memberi keterangan yang tidak benar dalam kes ni. [51] Mahkamah sebelum ini telah mempertimbangkan keterangan SP2 dan SP3 dan menerima keterangan mereka dan memutuskan yang mereka merupakan saksi yang kredibel. Tiada sebab yang wujud untuk Mahkamah ini mencurigai ataupun menolak keterangan SP2 dan SP3. (rujuk kes PP v Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257, PP v Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2008] 4 MLJ 556). [52] Dalam keadaan sedemikian Mahkamah memutuskan bahawa pembelaan OKT hanyalah rekaan semata-mata dan gagal menyanggah kes pihak pendakwaan. [53] Dalam keadaan seperti yang dibincangkan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa dadah berbahaya yang ditemui sememangnya berada dalam milik OKT. [54] Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh OKT untuk menyangkal andaian statutori di bawah seksyen 37(da)(vi) Akta berkaitan elemen pengedaran dalam pertuduhan yang dikenakan.” [33] Isu seterusnya bahawa Perayu telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Bagi elemen pengedaran, memandangkan HMT 455 telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan Perayu terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da) ADB berdasarkan berat dadah berbahayaa jenis methamphetamine seberat 73.56 gram 460 maka anggapan pengedaran dibangkitkan. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan 465 yang munasabah. (rujuk kes PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). [34] Pihak Responden berpegang kepada anggapan pengedaran di bawah s.37(da) ADB. Maka adalah jelas bahawa tugas HMT 470 hanyalah untuk menilai keterangan kes pembelaan dan untuk membuat dapatan sama ada anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB telah berjaya atau gagal diakas oleh perayu-perayu. [35] Kami merujuk kepada Jadual Perbandingan di perenggan [31] 475 diatas dan mendapati di dalam Penghakiman Ekstempore (Extempore Judgment) HMT di akhir kes pembelaan, adalah jelas bahawa HMT hanya membuat dapatan bahawa Perayu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Walau tiada sebarang dapatan, pertimbangan mahu pun alasan yang 480 diberikan oleh HMT berhubung persoalan sama ada Perayu telah berjaya atau sebaliknya mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB dan pada hemat kami kegagalan tersebut merupakan suatu salah arah yang serius akibat ketiadaan arahan yang sewajarnya. 485 [36] Kami dapati HMT dalam Alasan Penghakiman mengatakan bahawa Perayu gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB yang pada hemat kami hanyalah merupakan suatu pernyataan umum semata-mata, tanpa disertakan dengan asas 490 kupasan, analisis atau penilaian kehakiman yang mencukupi. [37] Pada hemat kami, kegagalan HMT untuk mempertimbangkan, menilai dan mengupas secara menyeluruh sama ada anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB telah berjaya dipatahkan 495 oleh Perayu telah memprejudiskan pembelaan Perayu secara material. Kegagalan tersebut merupakan suatu salah arah yang serius dalam undang-undang dan fakta, yang sewajarnya mengundang campur tangan Mahkamah Rayuan. Justeru, sabitan terhadap Perayu di bawah seksyen 39B ADB adalah tidak selamat 500 dan wajar diketepikan. [38] Kami merujuk beberapa nas duluan seperti berikut: - Mahkamah Persekutuan di dalam Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 LNS 597, memutuskan: 505 "Nowhere in his judgment did the Judge direct attention to the statutory presumptions as to possession (s. 37(d)) and trafficking (s. 37(da)), and as a result, he made no finding as to whether the defence had rebutted the same. In our view, this was a misdirection 510 in law by way of non-direction having regard to the following passage in the judgment of Azmi SCJ so in Mohammad Radhi bin Yaakob v. PP [2002] 3 CLJ 794(1991] 3 MLJ 169, at p. 172 para 1: In our opinion, unless the evidence in a particular case does not 515 obviously so warrant, it is incumbent for the Court to consider whether, on the balance of probabilities, the evidence of the defence has rebutted the statutory presumption of trafficking under s. 37(da) as a separate exercise, even though the Court is satisfied on balance that the presumption of possession under s. 37(d) has 520 not been rebutted. In this case, the failure to do so was a material misdirection and was fatal to the conviction. Having said that, we would add there may well be cases where, because of the absolutely overwhelming nature of the affirmative 525 evidence led by the prosecution, there is no need for resort to be had to the statutory presumptions aforesaid, but even in such a case, we consider that the trial Court should specifically so find." -Mahkamah Rayuan di dalam Victor Chidiebere Nzomiwu & 530 2 Ors v PP [2012] 1 LNS 806 memutuskan: "This is our unanimous decision. We have perused through the evidence with a fine-tooth comb, and we have also considered the written grounds of judgment of the learned High Court Judge as well 535 as the submissions of the parties, and we find that there is evidence of possession of the dangerous drugs by all three appellants pursuant to a common intention. The charge in this case was that, pursuant to a common intention, the three appellants were trafficking in the dangerous drugs, and the learned High Court 540 Judge found them guilty of the offence of trafficking, having applied the presumption under s. 37(da)(iiia) of the DDA 1952. However, we find that when the learned High Court Judge came to consider the defence case, His Lordship misdirected himself when he failed to consider at all the question of whether the first, second and third 545 appellants had rebutted the presumption of trafficking under s. 37(da)(iiia) of the DDA 1952 on the balance of probabilities (PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, PC). In the circumstances, we are of the considered view that it is unsafe to convict all three appellants for the offence of trafficking in dangerous drugs as per the charge. But 550 we are satisfied, and we hold that on the available evidence, there is clear evidence of possession of the dangerous drugs in question pursuant to a common intention of them all. Consequently, we quash the convictions and sentences under s. 39B(1)(a) of the DDA 1952 and punishable under s. 39B(2) of the DDA 1952 read with s. 555 34 of the Penal Code, and we substitute it with a conviction of each of the appellants under section 12(2) of the DDA 1952, and punishable under s. 39A(2) of the DDA read with s. 34 of the Penal Code." 560 -Mahkamah Rayuan di dalam Bahram Nikkhouyabgram Nayeb v PP [2013] 6 CLJ 702, memutuskan: “[27] The appellant is not required to prove his innocence beyond a reasonable doubt. All that is required of him is to raise a reasonable 565 doubt. It is incumbent on the learned judge to consider whether, on the balance of probabilities, the evidence of the defence had rebutted the statutory presumption under s. 37(da) of the Act. We have perused the grounds of judgment, and it is apparent that the trial judge has failed to carry out a separate exercise to consider 570 whether the appellant had succeeded on the balance of probabilities to rebut the statutory presumption. We agree with learned counsel that the learned judge has failed to consider evidence from which inferences favourable to the appellant could have been made, which, on a balance of probabilities, would have 575 succeeded in rebutting the said presumption. In our view, such omission has occasioned a miscarriage of justice. We find that it was not safe to sustain the conviction. For the reasons stated above, we allowed the appeal and set aside the conviction and sentence." 580 [39] Setelah meniliai keseluruhan keterangan dan mempertimbangkan alasan penghakiman bertulis HMT yang bijaksana serta hujahan pihak-pihak, kami mendapati bahawa terdapat bukti pemilikan dadah berbahaya oleh Perayu. 585 [40] Di dalam Alasan Penghakiman, HMT mengatakan (kami ringkaskan) bahawa telah meneliti pembelaan Perayu yang mendakwa dirinya telah dianiaya oleh pihak polis dan AADK, termasuk dakwaan bahawa Perayu ditangkap di tempat berbeza dan 590 dadah ditemui dalam beg laptop, bukan dalam seluar seperti didakwa. [41] Namun, HMT mendapati tiada bukti yang menunjukkan Perayu mengenali mana-mana pegawai terlibat atau wujudnya motif pihak 595 polis/AADK untuk menganiayanya. Isu tersebut juga tidak dibangkitkan semasa soal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, khususnya SP2 dan SP3. Berdasarkan keterangan yang diterima serta prinsip dalam kes-kes terdahulu, HMT mendapati SP2 dan SP3 adalah saksi yang kredibel. Oleh itu, pembelaan Perayu dianggap 600 sebagai rekaan semata-mata dan gagal menggugat kes pendakwaan. [42] Pada hemat kami, HMT telah tersalah arah apabila menggunakan beban pembuktian yang berbeza-beza seperti mana 605 dapatan yang dibuat oleh HMT di akhir kes pendakwaan, di akhir kes pembelaaan dan di dalam Alasan Penghakimannya. Justeru pada hemat kami, penggunaan beban pembuktian yang berbeza-beza, terjumlah kepada satu salah arah yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini. Dengan itu sabitan bagi kesalahan pengedaran dadah 610 seperti mana pertuduhan sukar untuk dipertahankan. Kami merujuk kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes Alma Nudo Atenza v PP & Anor Appeal [2019] 4 MLJ 1 di mana telah diputuskan bahawa: “(3) The accused did not bear merely an evidential burden to rebut the 615 presumptions under ss 37(d) and (da) but had a legal burden to do so on a balance of probabilities. This was a grave erosion to the presumption of innocence housed in art 5(1) of the Federal Constitution. But the most severe effect, tantamount to being harsh and oppressive, that arose from the application of a ‘presumption upon a presumption’ was that the 620 presumed element of possession under s 37(d) was used to invoke the presumption of trafficking under s 37(da) without any consideration that the element of possession in s 37(da) required a ‘found’ possession and not a ‘deemed’ possession. The phrase ‘any person who is found in possession of ’ entailed an affirmative finding of possession based on 625 adduced evidence as was held in Mohammed bin Hassan (see paras 146–147). .... 630 (6) Since the trial judges in the two appeals herein had invoked both the presumptions to find the appellants guilty of trafficking, their convictions and sentences under s 39B of the DDA were quashed. As there was no challenge to the use of a single presumption in these appeals, the invocation of s 37(d) by the trial judges did not cause any 635 miscarriage of justice to the detriment of the appellants. This court had no reasonable doubt as to the guilt of the appellants for possession of the drugs based on the evidence adduced; accordingly, the appellants were convicted for possession of the drugs under s 12(1) of the DDA and punishable under s 39A(2) of the DDA (see paras 152–153).” 640 [43] Dalam keadaan ini, pada hemat kami, adalah tidak selamat untuk mensabitkan Perayu atas kesalahan mengedar dadah berbahaya mengikut pertuduhan. Namun begitu kami dapati terdapat keterangan yang melimpah ruah bahawa Perayu mempunyai milikan 645 terhadap dadah tersebut. Dengan itu pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB diketepikan dan diganti dengan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta sama. 650 (E) KESIMPULAN [44] Oleh itu, kami sebulat suara membenarkan sebahagian rayuan 655 dan mengenepikan sabitan dan hukuman di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah s.39B(2) ADB 1952, dan kami menggantikannya dengan sabitan Perayu di bawah seksyen 12(2) ADB, dan boleh dihukum di bawah s.39A(2) ADB. 660 [45] Bagi hukuman pula, setelah mendengar hujahan mitigasi daripada pihak-pihak, kami sebulat suara menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun daripada tarikh tangkap (09.10.2020) dan 10 kali sebatan rotan. 665 Tarikh: 16 Julai 2026 (HAYATUL AKMAL ABDUL AZIZ) HAKIM 670 MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA 675 Kaunsel: Bagi Perayu : Afifuddin Ahmad Hafifi bersama Aina Melina Binti Johan Ariff Lim Tetuan Salehuddin Saidin & Associates 680 Bagi Responden : Siti Rafidah binti Zainuddin Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara 685