kelakuan Defendan dari saat fitnah disiarkan hingga keputusan mahkamah dibuat. [42] Saya juga mendapati trend kuantum yang diberikan oleh Mahkamah adalah antara RM20,000.00 hingga RM600,000.00 berdasarkan kepada faktor yang dinyatakan sebelum ini. S/N mgJcm3bVRkyYdyl/gOWavA [43] Berdasarkan kepada nota keterangan, saya mendapati jumlah RM100,000.00 yang diawardkan adalah gantirugi am adalah keterlaluan. Mengenai faktor (a), (b) dan (d) yang HMS diambil kira oleh HMS, saya tidak bercadang untuk mengulas mengenai faktor-faktor berkenaan. Saya bersetuju faktor tersebut diambil kira. [44] Namun bagi faktor (c), saya mendapati Plaintif mengakui bahawa identitinya sering digunakan oleh scammers sebelum ini bagi tujuan menipu orang awam. Semasa pemeriksaan balas, Plaintif menyatakan – Peg. Defendan: Sejak bila? Saksi SP1 : Yang saya tahu sejak 2018. Peg. Defendan: Maknanya sebelum kes Defendan pada Mei 2020, sudah ada orang atau pun scammers guna gambar awak. Saksi SP1 : Ya, betul Peg. Defendan: Maruah awak tercalar tidak masa itu? Saksi SP1 : Tercalar tapi saya juga telah membersihkan nama saya dengan terus-menerus Peg. Defendan: Maksudnya sebelum itu pun maruah awak sudah tercalar lah. Sebelum Defendan Saksi SP1 : Sedikit. Tidak sebanyak sekarang [45] Oleh yang demikian saya mendapati tiada keterangan kukuh dikemukakan oleh Plaintif bahawa beliau mengalami mental distress disebabkan hantaran yang dibuat oleh Defendan. Sebaliknya, penggunaan gambar Plaintif oleh scammers telah berlaku sejak tahun 2018 lagi. Mengapa peristiwa yang berlaku pada 1.5.2020 ini S/N mgJcm3bVRkyYdyl/gOWavA menyebabkan beliau mental stress berbanding peristiwa-peristiwa sebelum ini tidak dijelaskan serta dibuktikan dengan keterangan dokumentar. Tanpa keterangan sokongan, pernyataan Plaintif tersebut tidak mempunyai nilai. [46] Sebaliknya saya mendapati gambar Plaintif berada dalam hantaran tersebut hanyalah untuk tempoh yang sekejap (lebih kurang 24 jam) selepas ditutup oleh Defendan sebaik sahaja dimaklumkan bahawa gambar tersebut adalah gambar Plaintif. Sehubungan itu, disebabkan HMS tidak cukup menilai keterangan yang dikemukakan, saya berpandangan jumlah sebanyak RM25,000.00 adalah jumlah yang wajar berdasarkan kepada faktor (a), (b) dan (d) berkenaan. Tuntutan balas Defendan – sama ada hantaran Plaintif bersifat memfitnah [47] Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Plaintif dalam hantaran yang dibuatnya (lihat perenggan 12 di atas), saya mendapati ayat “Ketagihan dalam menggayakan hidup have-have akhirnya membinasakan diri. Petang tadi muncul seorang kaki rempit yang semestinya dari golongan "biar papa asalkan bergaya", viralkan gambar aku. Kalau ego dia tak besar, dia takde nak bergaya dengan duit yang takde.. ni memang perangai standard orang2 sengkek tapi nak tayang kemewahan” pada pandangan saya membawa maksud Defendan merupakan seorang yang miskin namun sanggup berbuat apa sahaja demi untuk bergaya. [48] Saya mendapati, secara fakta, Defendan bukanlah seorang miskin seperti yang dinyatakan oleh Plaintif. Sebaliknya Defendan seorang yang mampu untuk membeli motorsikal walaupun dengan harga yang S/N mgJcm3bVRkyYdyl/gOWavA mahal berdasarkan gajinya yang melebihi RM35,000.00 sebulan di samping telah menunjukkan koleksi motorsikal yang dimiliknya sebelum ini. Oleh yang demikian, adalah jelas kenyataan Plaintif bahawa Defendan seorang yang miskin tetapi bernafsu besar untuk berbelanja, pada pandangan saya adalah suatu fitnah. [49] Dalam kes Lim Guan Eng v. Utusan Melayu (M) Bhd [2012] 2 CLJ 619 Mahkamah memutuskan bahawa jika pernyataan-pernyataan oleh defendan adalah fitnah, maka beban berpindah kepada defendan bagi membuktikan melalui keterangan yang kredible bahawa tersebut tergolong di dalam mana-mana bentuk pembelaan yang diplidkan oleh defendan bagi melihatkan perkataan atau penyataan yang dirujukkan tersebut bukanlah fitnah. [50] Sebagai reaksi balasan, Plaintif berhujah bahawa hantaran yang dibuatnya adalah suatu ulasan yang saksama berdasarkan fakta. Namun semasa disoal balas, Plaintif mengakui bahawa hantaran yang dibuatnya adalah sebagai balasan terhadap hantaran yang dibuat oleh Defendan sebelum itu yang menyiarkan gambarnya. Oleh itu, jelas bahawa hantaran yang dibuat oleh Plaintif merupakan serangan peribadinya terhadap Defedan dan bukannya menerangkan fakta sebenar. [51] Apa yang jelas adalah hantaran Plaintif tidak dinafikan merendahkan reputasi Defendan di mata masyarakat. Tambahan pula, sekiranya hantaran itu bersifat saksama kenapa ia dihantar ke dua tempat iaitu di akaun facebook Defendan dan laman sesawang scamcinta.wordpress.com? Ia jelas menunjukkan niat tidak baik Plaintif terhadap Defendan. Dalam keadaan Defendan sedang mencari orang S/N mgJcm3bVRkyYdyl/gOWavA yang sedang menipunya, Plaintif sepatutnya membantu Defendan memandangkan Plaintif mengakui berpengalaman luas dalam mengendalikan kes penipuan di internet. Sebaliknya Plaintif telah menggunakan laman sesawang scamcinta.wordpress.com dan akaun Facebook Defendan sendiri bagi memfitnahnya seolah-olah “rubbing salt into his wound”. Sama ada hantaran Plaintif merujuk kepada Defendan dan disiarkan kepada pihak ketiga [52] Kedua-dua elemen ini tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak. Gantirugi kepada Defendan [53] Dengan mengambil kira perkataan yang dilafazkan oleh Plaintif, profesyen Plaintif dan Defendan, kedudukan Plaintif dan Defendan yang mempunyai ramai pengikut di Facebook, kronologi yang membawa kepada pernyataan dikeluarkan oleh Plaintif, penyiaran melalui Facebook yang boleh diakses orang ramai di serata dunia, tindakan Plaintif yang memadam hantaran tersebut di akaun Facebook Defendan dan laman sesawang scamcinta.wordpress.com serta ketiadaan permohonan maaf yang dibuat oleh Plaintif, saya berpendapat jumlah RM25,000.00 adalah gantirugi secara global yang berpatutan. [54] Jumlah ini juga sebagai isyarat kepada masyarakat supaya menjaga adab dan tatasusila semasa menggunakan media massa yang merupakan medium paling penting pada masa kini. Tambahan pula sebagai orang Islam, perbuatan memfitnah dan memalukan orang lain adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya juga memerintahkan agar Plaintif menyiarkan dengan jelas kenyataan S/N mgJcm3bVRkyYdyl/gOWavA permohonan maaf kepada Defendan dalam semua akaun Facebook Plaintif dan laman sesawang scamcinta.wordpress.com. [55] Saya juga memerintah injunksi bagi menghalang Plaintif dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap Defendan. Kos rayuan dan kos di Mahkamah Sesyen sebanyak RM20,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan dan tertakluk kepada fi alokatur Kesimpulan [56] Sebagai kesimpulan, saya membenarkan rayuan Perayu dan keputusan HMS bertarikh 20.6.2023 diketepikan. Saya juga membenarkan rayuan Perayu terhadap tuntutan balas yang dibuatnya terhadap Responden. Perintah lengkap mengenai tuntutan balas saya nyatakan dalam perenggan 53 hingga 56 di atas. Tarikh: 15.6.2024 - t.t - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguam: Bagi pihak Perayu – Noorazmir bin Zakaria (Siti Farah Farhana binti Ahmad Fathi bersamanya); Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir S/N mgJcm3bVRkyYdyl/gOWavA Bagi pihak Responden - Chinnapalani Devi A/P Arumugam; Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co Kes yang dirujuk: Atip Ali v. Josephine Doris Nunis & Anor [1986] 1 CLJ 320; [1986] CLJ (Rep) 283, Abdul Khalid Bakar Shah v. Party Islam Se Malaysia (PAS) & Ors [2001] 4 CLJ 15, Chew Sew Khian v. Saniboey Mohd Ismail & Ors [2002] CLJU 333; [2002] 1 LNS 333, Chin Choon v Chua Jui Meng [2005] 2 CLJ 569 Dato Seri Nizar Jamaluddin v. Sistem Televisyen Malaysia Bhd & Anor [2014] 3 CLJ 560, Indrani A/P Ramasamy v. Kesavan A/L Subramaniam [2024] 2 CLJ 411 [2023] CLJU 2575 Khalid Abdul Samad v. Dato’ Dr Hasan Haji Mohamed Ali [2016] 1 LNS 193 Kumarasamy Naciappan v. The New Straits Times Press (M) Bhd [2012] CLJU 997; [2012] 1 LNS 997; [2013] 7 MLJ 361 Lim Guan Eng v. Utusan Melayu (M) Bhd [2012] 2 CLJ 619 Mokhtaruddin Abdullah & Anor v Norizan Rosdi & Ors [1998] 1 LNS 248 Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22, Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284, Tun Datuk Pertinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] 1 LNS 304, [1996] 1 MLJ 393 Rasidin Bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] 1 LNS 123 S/N mgJcm3bVRkyYdyl/gOWavA