Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-27-08/2024 ANTARA KAMARIAH BINTI ALI (NO. K/P: 640119-03-5370) … PERAYU
DA-12B-27-08/2024
High Court of Malaysia3 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-27-08/2024 ANTARA KAMARIAH BINTI ALI (NO. K/P: 640119-03-5370) … PERAYU
1
MASLIZA BINTI MOHAMED (NO. K/P: 860108-03-5222) 2 MOHD SAHABUDDIN BIN MOHAMED
3
TOKIO MARINE INSURANS (M) BERHAD …RESPONDEN-RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen Di Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia Guaman No: DA-A53KJ-94-02/2023 Antara Kamariah binti Ali (No. K/P: 640119-03-5370) … Plaintif Dan 1. Masliza binti Mohamed (No. K/P: 860108-03-5222)
2
Mohd Sahabuddin bin Mohamed (No. K/P: 840329-03-5439) S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
3
Tokio Marine Insurans (M) Berhad … Defendan-Defendan) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan.
1
Ini adalah rayuan perayu (plaintif) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bijaksana berkenaan suatu tuntutan kemalangan jalan raya. Rayuan ini hanyalah terhadap liabiliti sahaja. Bagi maksud alasan penghakiman ini, pihak perayu akan dirujuk sebagai plaintif dan responden-responden akan dirujuk sebagai defendan-defendan sebagaimana kedudukan mereka dalam prosiding di Mahkamah Sesyen. Latar Belakang.
2
Satu kes kemalangan jalanraya telah berlaku pada 03-04-2017 jam lebih kurang 8.00 pagi di antara plaintif yang menunggang motosikal No. DCB 2471 dan defendan pertama yang juga menunggang sebuah motosikal di simpang 3 di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok, Kelantan.
3
Versi kemalangan yang tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak ialah bahawa defendan pertama telah keluar dari simpang di sebelah kiri plaintif dan memasuki jalan utama iaitu laluan sah plaintif dan berlaku kemalangan. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
4
Plaintif telah tidak sedarkan diri dalam kemalangan tersebut dan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama 15 hari. Plaintif telah membuat laporan polis (P3) di Balai Polis Bachok pada 27-04-2017.
5
Defendan pertama pula hanya mengalami luka ringan dan telah membuat laporan polis (P2) di Balai Polis Bachok pada 10-04-2017.
6
Defendan pertama dalam laporan polisnya telah mengatakan bahawa semasa kejadian, dia menunggang motosikal jenis Honda EX5 dengan No. Pendaftaran MAH 5021.
7
Defendan pertama juga, dalam penyataan pembelaan asalnya yang bertarikh 09-03-2023 memplidkan bahawa dia mengakui pada hari dan tempat yang disebut dalam perenggan 4 penyataan tuntutan plaintif, suatu perlanggaran telah berlaku melibatkan motosikal No: DCB 2471 dan motosikal No: MAH 5021.
8
Defendan pertama kemudiannya telah, pada 13-12-2023, mengikrarkan satu surat akuan bersumpah (D5) di mana dalam surat akuan bersumpah tersebut, defendan pertama telah merujuk kepada laporan polisnya dan mengatakan bahawa laporan polis tersebut adalah palsu. Defendan pertama juga mengatakan bahawa dia memang terlibat dalam kemalangan tersebut namun semasa kemalangan tersebut berlaku, dia tidak menunggang motosikal Honda Ex-5 bernombor pendaftaran MAH 5021 tetapi sebaliknya dia menunggang motosikal Honda 70 bernombor pendaftaran PBT 1314 yang mana semasa kemalangan tersebut motosikal PBT 1314 tersebut tidak mempunyai insuran motor. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
9
Lanjutan kepada surat akuan tersebut, defendan pertama telah kemudiannya membuat pindaan kepada penyataan pembelaannya pada 22-12-2023 dan memplidkan seperti berikut: “3. Defendan pertama dan kedua menafikan isi kandungan perenggan 4 Penyataan Tuntutan. Defendan pertama menafikan bahawa motorsikal No: MAH 5021 ada terlibat dalam kemalangan dengan motorsikal plaintif No: DCB 2471. Sebenarnya Defendan Pertama menunggang motorsikal bernombor pendaftaran PBT 1314 jenis Honda 70 (bukannya motorsikal bernombor pendaftaran MAH 5021 jenis Honda EX5) pada masa kemalangan tersebut.
4
Defendan pertama dan kedua juga menegaskan kemalangan tidak berlaku di antara motorsikal defendan pertama dan kedua No: MAH 5021 dan motorsikal plaintif No: DCB 2471 pada masa kemalangan.
5
Pada masa kemalangan tersebut, motorsikal No: PBT 1314 yang ditunggang oleh defendan pertama tidak mempunyai insuran motor. Defendan pertama telah membuat laporan polis yang palsu setelah dipujuk oleh keluarga kepada plaintif, penunggang motorsikal No: DCB 2471 dengan niat menolong plaintif membuat tuntutan palsu bagi mombolehkan plaintif membuat tuntutan ke atas insuran motorsikal MAH 6021 iaitu Tokio Marine Insuran (Malaysia) Berhad.” S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
10
Di akhir perbicaraan di Mahkamah Sesyen, HMS yang bijaksana telah menolak tuntutan plaintif dan memutuskan seperti berikut melalui penghakiman bermeterai bertarikh 23-07-2024: “MAKA ADALAH PADA HARI INI DIHAKIMI bahawa Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama, Kedua, dan Ketiga ditolak dengan kos. DAN ADALAH JUGA DIHAKIMI bahawa kuantum atas dasar 100% liability ditaksirkan seperti berikut: - GANTIRUGI AM: Kecederaan pada kepala (brain injury) RM 100,000.00 Pneumothorax RM 8,000.00 Lung contusion RM 8,000.00 Ribs fracture (3) RM 15,000.00 Laceration wound RM 3,000.00 Scars RM 3,000.00 GANTIRUGI KHAS RM 2,038.00 ADALAH JUGA DIPERINTAHKAN bahawa Plaintif membayar Defendan Pertama dan Defendan Kedua RM 14,901.00 kos. SELANJUTNYA juga diperintahkan bahawa Plaintif membayar Defendan Ketiga RM 8,341.00 kos.”
11
Tidak berpuas hati dengan keputusan HMS yang bijaksana tersebut, plaintif telah merayu ke Mahkamah ini berkenaan liabiliti sahaja. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
12
Mahkamah ini, setelah meneliti rekod-rekod rayuan, hujahan-hujahan serta autoriti-autoriti kedua-dua pihak telah memutuskan membenarkan sebahagian rayuan plaintif seperti berikut: i) Rayuan plaintif berkenaan liabiliti terhadap defendan pertama dibenarkan dimana defendan pertama adalah bertanggungan 100% ke atas kemalangan yang berlaku. Keputusan HMS yang menolak tuntutan plaintif terhadap defendan pertama adalah diketepikan. ii) Rayuan plaintif terhadap defendan kedua dan defendan ketiga ditolak. Keputusan HMS yang menolak tuntutan plaintif terhadap defendan kedua dan defendan ketiga dikekalkan. iii) Kos bagi perbicaraan di Mahkamah Sesyen, defendan pertama hendaklah membayar kos mengikut skala kepada plaintif tertakluk kepada alokatur dan plaintif hendaklah membayar kos mengikut skala kepada defendan ketiga tertakluk kepada alokatur. Tiada kos dibenarkan kepada defendan kedua kerana defendan kedua telah membenarkan motosikalnya digunakan untuk tujuan tuntutan insuran palsu. iv) Tiada perintah berkenaan kos bagi rayuan ini.
13
Plaintif yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu kepada Mahkamah Rayuan berkenaan isu liabiliti sahaja. Oleh itu alasan penghakiman ini hanya berkisar tentang liabiliti sahaja. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw Isu liabiliti pihak-pihak.
14
Daripada alasan penghakiman HMS yang bijaksana, perkara-perkara berikut adalah dapatan fakta beliau: i)
Preamble
Menurut keterangan pegawai penyiasat (SP1) kemalangan berlaku antara motosikal DCB 2471 dengan MAH 5021; ii) Siasatan SP1 adalah berdasarkan keterangan plaintif dan defendan pertama; iii) Nombor pendaftaran motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut yang dinyatakan dalam laporan polis plaintif (P3) telah dibekalkan oleh polis kepada plaintif di mana nombor pendaftaran motosikal tersebut telah dinyatakan dalam laporan polis defendan pertama (P2) yang telah dibuat lebih awal daripada laporan polis plaintif. iv) Oleh kerana plaintif tidak sedarkan diri selepas kemalangan tersebut berlaku, hanya defendan pertama yang tahu nombor motosikal yang mana yang sebenarnya terlibat dalam kemalangan tersebut; iv) Keterangan defendan pertama menunjukkan dia tidak menafikan bahawa dia terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi dia menafikan bahawa motosikal MAH 5021 terlibat dalam kemalangan tersebut sebaliknya defendan pertama mengatakan dia menunggang motosikal PBT 1314 yang tidak mempunyai insuran semasa kemalangan tersebut. v) Defendan pertama telah membuat surat akuan bersumpah (D5) menafikan penglibatan motosikal MAH 5021 dalam S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw kemalangan tersebut tetapi motosikal sebenarnya yang terlibat adalah PBT 1314. vi) Defendan pertama telah membuat laporan polisnya (P2) kerana telah diajar oleh suami plaintif yang mana suami plaintif adalah saudara defendan pertama.
15
HMS yang bijaksana mempercayai keterangan defendan pertama dan mendapati tiada sebab untuk defendan pertama berbohong berkenaan motosikal yang sebenar yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Alasan dan penjelasan yang diberikan oleh defendan pertama adalah munasabah menurut pendapat HMS yang bijaksana.
16
Oleh itu HMS yang bijaksana mendapati bahawa plaintif gagal membuktikan penglibatan motosikal MAH 5021 dalam kemalangan tersebut sebagaimana yang diplidkan dalam penyataan tuntutan plaintif dan menolak tuntutan plaintif terhadap semua defendan-defendan. Ringkasan Hujahan Plaintif.
17
Peguam plaintif yang bijaksana dalam penghujahan bertulisnya telah menghujahkan antara lainnya bahawa defendan pertama tidak menafikan penglibatannya dalam kemalangan tersebut namun melalui satu surat akuan (D5) defendan pertama menyatakan bahawa motosikal yang sebenar yang ditunggang olehnya semasa kemalangan tersebut berlaku ialah motosikal bernombor pendaftaran PBT 1314 dan ia tidak mempunyai insuran. Oleh itu isu yang harus diputuskan adalah sama ada pada masa kejadian S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw berlaku, defendan pertama menunggang motosikal MAH 5021 atau
18
Berkenaan isu ini, peguam plaintif yang bijaksana menghujahkan bahawa defendan pertama telah membuat laporan polis (P2) dan mengatakan bahawa semasa kejadian defendan pertama menunggang motosikal MAH 5021. P2 ini dibuat selepas 7 hari kejadian berlaku.
19
Keterangan SP1 iaitu pegawai penyiasat yang telah merakamkan percakapan beramaran plaintif dan defendan pertama juga mengesahkan motosikal MAH 5021 terlibat dalam kemalangan tersebut di mana SP1 juga menceritakan tentang kerosakan-kerosakan yang terdapat pada motosikal MAH 5021 yang selari atau selaras dengan versi kemalangan tersebut.
20
Peguam plaintif juga menghujahkan bahawa HMS yang bijaksana tidak patut bergantung kepada surat akuan (D5) yang dibuat lebih kurang 6 tahun 8 bulan selepas P2 dibuat dan D5 tersebut mungkin telah dibuat atas ajaran atau pujukan atau gertakan oleh penyelaras insuran ke atas defendan pertama.
21
Selanjutnya peguam plaintif menghujahkan bahawa kerosakan kepada penghadang angin sebelah kiri pada motosikal MAH 5021 sebagaimana keterangan SP1 adalah selari dengan versi kejadian kemalangan tersebut di mana apabila defendan pertama keluar simpang dan membelok ke kanan perlanggaran telah berlaku di S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw bahagian kanan motosikal yang ditunggang oleh defendan pertama tersebut dan motosikal tersebut telah terbalik atau tumbang ke sebelah kiri.
22
Peguam plaintif juga menghujahkan bahawa defendan pertama telah gagal membuktikan kewujudan motosikal PBT 1314 yang dikatakan ditunggang oleh defendan pertama semasa kemalangan tersebut berlaku.
23
Akhir sekali peguam plaintif menghujahkan bahawa keterangan defendan pertama tidak patut diterima bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan laporan polisnya sendiri serta keterangan saksi-saksi lain. Analisis dan dapatan Mahkamah.
24
Pertamanya, daripada keseluruhan keterangan saksi-saksi dan pliding pihak-pihak dalam kes ini, fakta bahawa berlakunya satu kemalangan antara motosikal yang ditunggang oleh plaintif dan motosikal yang ditunggang oleh defendan pertama pada 03-04- 2017 jam lebih kurang 8.00 di simpang 3 di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok, Kelantan adalah tidak dipertikaikan.
25
Laporan polis yang pertama dibuat selepas kemalangan tersebut adalah laporan polis defendan pertama iaitu P2 yang dibuat 7 hari selepas kemalangan yang menjadi asas kepada siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat SP1. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
26
SP1, Sarjan Ahmad Tarqimi bin Mohamad, dalam keterangannya mengatakan bahawa dia telah menerima maklumat tentang kemalangan tersebut pada 10-04-2017 dan beliau telah pergi ke tempat kejadian pada 16-04-2017 (6 hari selepas terima maklumat dan 13 hari selepas kejadian berlaku). Tiada sebarang kesan kemalangan di tempat kejadian semasa dia pergi menyiasat.
27
SP1 juga mengatakan bahawa dia ada merakam percakapan kedua-dua plaintif dan defendan pertama dan ada mengambil gambar kedua-dua buah motosikal. Gambar motosikal DCB 2471 diambil pada 27-04-2017 di IPD Bachok manakala gambar motosikal MAH 5021 diambil pada 16-04-2017 di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua.
28
Adalah jelas bahawa SP1 hanya memulakan siasatan berkenaan kemalangan ini 13 hari selepas ia berlaku. Siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang kesan kemalangan yang membolehkan SP1 merumuskan berkenaan kejadian tersebut secara bebas. Keterangan SP1 juga menunjukkan bahawa siasatannya bergantung sepenuhnya kepada laporan polis yang dibuat oleh plaintif dan defendan pertama serta percakapan beramaran yang dirakamkan dari kedua-duanya. Tiada sebarang saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut.
29
Dalam keadaan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa daripada keterangan SP1, hasil siasatan yang dijalankan olehnya semata-mata bergantung kepada maklumat atau input yang diberikan kepadanya oleh plaintif dan defendan pertama. Hasil siasatannya bukanlah hasil dari satu siasatan bebas di tempat kejadian yang S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw berpandukan kepada kesan-kesan kemalangan di tempat kejadian, keadaan kenderaan-kenderaan yang terlibat di tempat kejadian serta saksi-saksi bebas di tempat kejadian. Jika A yang diberitahu kepadanya oleh plaintif dan defendan pertama maka A lah hasil siasatannya. Jika B yang diberitahu kepadanya oleh plaintif dan defendan pertama maka B lah hasil siasatannya. Oleh itu keterangan SP1 berkenaan keterlibatan motosikal-motosikal DCB 2471 dan MAH 5021 semata-mata daripada maklumat yang diberikan oleh plaintif dan defendan pertama. Jika benar maklumat tersebut, maka benarlah keterangan SP1 dan jika sebaliknya maka tidak benarlah keterangan SP1.
30
Berdasarkan kepada kedudukan tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa siasatan dan keterangan SP1 hanya mempunyai nilai kemungkinan (probative value) yang minima dan ia tidak mampu menjadi suatu keterangan sokongan yang bebas khususnya bagi menyokong keterangan plaintif berkenaan penglibatan motosikal MAH 5021 dalam kemalangan tersebut.
31
Bagi menentukan isu motosikal yang manakah sebenarnya ditunggang oleh defendan pertama semasa kemalangan tersebut berlaku, Mahkamah harus meneliti keterangan pihak-pihak secara teliti dan mendalam.
32
Plaintif sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan tersebut telah terus tidak sedarkan diri. Plaintif tidak mempunyai pengetahuan sendiri (personal knowledge) berkenaan nombor pendaftaran motosikal yang berlanggar dengan motosikalnya. Plaintif semata-S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw mata bergantung kepada maklumat polis berkenaan nombor pendaftaran motosikal yang dikatakan terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu MAH 5021.
33
SP1 juga tidak mendapat maklumat berkenaan nombor pendaftaran motosikal-motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut dari hasil penyiasatannya sendiri di tempat kejadian tetapi hanya mendapat nombor-nombor motosikal yang telibat daripada laporan polis-laporan polis dan percakapan beramaran yang dibuat atau diberikan oleh pihak-pihak.
34
Satu-satunya orang yang mengetahui nombor pendaftaran motosikal yang sebenar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah defendan pertama kerana dia sendiri yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan dia sedar dan melihat sendiri nombor pendaftaran motosikal-motosikal yang terlibat.
35
Defendan pertama memberitahu bahawa dia telah diminta oleh suami plaintif untuk mencari sebuah motosikal yang mempunyai perlindungan insuran yang sah semasa kejadian untuk dinyatakan dalam laporan polis sebagai motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Atas dasar itu defendan pertama telah menyatakan dalam laporan polisnya nombor pendaftaran motosikal MAH 5021 iaitu motosikal abangnya sebagai motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
36
Walau bagaimanapun, defendan pertama kemudiannya telah memilih untuk membuat surat akuan (D5) bagi menyatakan hal keadaan kejadian yang sebenar di mana defendan pertama mengatakan bahawa pada masa kejadian tersebut dia sebenarnya tidak menunggang motosikal MAH 5021 sebaliknya dia menunggang motosikal PBT 1314 yang tidak mempunyai perlindungan insuran.
37
Jikalau pun, laporan polis defendan pertama (P2) tidak patut diterima sebagai keterangan kerana dikatakan telah dibuat dengan pujukan atau cadangan suami plaintif bagi membolehkan tuntutan terhadap syarikat insuran dibuat dan jikalau pun surat akuan (D5) tidak patut diterima kerana dikatakan dibuat dengan ajaran atau pujukan atau gertakan oleh penyelaras insuran, tetapi keterangan lisan defendan pertama yang dibuat secara bersumpah dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen patut diterima kerana ia bebas dari sebarang tohmahan. Keterangan lisan defendan pertama dibuat secara sukarela di hadapan HMS yang bijaksana dan bebas dari sebarang pengaruh sama ada dari suami plaintif atau penyelaras insuran.
38
Keterangan defendan pertama yang diberikan dalam Mahkamah Sesyen semasa perbicaraan mengatakan dan mengesahkan bahawa motosikal yang ditunggangnya semasa kejadian kemalangan tersebut adalah motosikal bernombor pendaftaran PBT
1314
S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
39
Atas dasar ini, Makamah ini bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa keterangan defendan pertama berkenaan nombor pendaftaran motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut patut diterima.
40
Dalam kes ini, dokumen yang mana dibuat dahulu dan dokumen yang mana dibuat kemudian bukanlah faktor penentu sama ada dokumen tersebut diterima. Ia mesti dinilai dengan keterangan-keterangan lain yang ada dan mahkamah harus menentukan secara keseluruhannya dokumen yang manakah lebih berkemungkinan.
41
Dalam kes ini, laporan polis defendan pertama (P2) lebih berkemungkinan dibuat bagi membantu plaintif untuk membuat tuntutan pampasan daripada pihak insuran memandangkan suami plaintif mempunyai hubungan persaudaraan dengan defendan pertama. Terdapat motif dan kebarangkalian untuk menyatakan maklumat tidak benar tentang motosikal yang terlibat dalam P2 tersebut.
42
Manakala bagi surat akuan (D5) pula, defendan harus sedar bahawa kesan daripada surat akuan tersebut ialah defendan harus menanggung pampasan secara peribadi terhadap kecederaan, kehilangan serta kerugian plaintif tanpa melibatkan pihak insuran. D5 ini telah dibuat atas kesedaran defendan pertama sendiri untuk mendedahkan fakta yang sebenar tanpa motif dan tanpa kepentingan mana-mana pihak lain walaupun terpaksa mendedahkan defendan pertama kepada risiko membayar pampasan kepada plaintif secara peribadi. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
43
Oleh itu Mahkamah ini juga bersetuju dengan pendapat HMS yang bijaksana yang mengatakan bahawa tiada sebab untuk defendan pertama berbohong berkenaan motosikal yang sebenar yang terlibat dalam kemalangan tersebut lebih-lebih lagi jika pembohongan tersebut hanya mendedahkan defendan pertama kepada risiko kerugian peribadinya sendiri.
44
Dalam dua keadaan ini, adalah lebih selamat untuk Mahkamah berpegang kepada fakta bahawa kenderaan yang terlibat yang ditunggang oleh defendan pertama semasa kejadian adalah motosikal bernombor pendaftaran PBT 1314.
45
Berkenaan dengan kerosakan kepada penghadang angin sebelah kiri pada motosikal MAH 5021 tersebut, Mahkamah mendapati bahawa SP1 hanya berpeluang untuk memeriksa motosikal tersebut 13 hari selepas kejadian. Jika defendan pertama boleh mereka-reka cerita bahawa motosikal MAH 5021 tersebut yang terlibat dalam kemalangan tersebut, tidak mustahil kerosakan pada motosikal tersebut juga boleh diadakan untuk menyesuaikan keadaan motosikal tersebut dengan versi rekaan defendan pertama. Ini adalah satu kemungkinan yang munasabah jika dilihat daripada motif asal defendan pertama mereka-reka versi ceritanya tenang penglibatan motosikal MAH 5021 walaupun tiada keterangan khusus berkenaan dengannya.
46
Selainnya, jika dilihat kepada kejadian perlanggaran tersebut, motosikal yang ditunggang oleh defendan pertama telah keluar dari simpang dan membelok ke kanan memasuki laluan plaintif dan telah berlanggar dengan motosikal plaintif di bahagian kanan S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw motosikal defendan pertama tersebut. Sepatutnya penghadang angin sebelah kanan motosikal tersebut juga pecah atau rosak. Namun tiada kerosakan seperti itu pada motosikal MAH 5021. Ini juga boleh menunjukkan bahawa motosikal MAH 5021 tidak terlibat dalam kemalangan tersebut.
47
Selanjutnya berkenaan hujahan plaintif bahawa defendan pertama telah gagal untuk membuktikan kewujudan motosikal PBT 1314 tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa dalam kes ini adalah menjadi tanggungjawab plaintif untuk membuktikan bahawa defendan pertama menunggang motosikal MAH 5021 semasa kemalangan tersebut berlaku dan bukan menjadi tanggungjawab defendan pertama untuk membuktikan kewujudan motosikal PBT
1314
Jika sekali pun defendan pertama gagal membuktikan kewujudan motosikal PBT 1314, tiada sebarang kesan kepada defendan pertama kerana defendan pertama bukanlah pihak yang menuntut. Tiada sebarang beban bukti di pihak defendan pertama selagi plaintif tidak membuktikan tuntutannya.
48
Sebaliknya pula, jika plaintif gagal membuktikan penglibatan motosikal MAH 5021 dalam kemalangan tersebut, maka tuntutan plaintif berkenaan motosikal tersebut adalah gagal.
49
Akhirnya, Mahkamah ini mengambil peringatan dan panduan daripada prinsip yang dinyatakan dalam kes-kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator Of The Estates Of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1; [2020] 12 MLJ 67 (FC); [2020] 8 AMR 22 dan Lee Hock Lai v. Yeoh Wah Pein [1998] 5 MLRH 207; [1999] 5 MLJ 172 bahawa mahkamah S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw yang mendengar suatu rayuan tidak sepatutnya terlalu cepat untuk mencampuri keputusan mahkamah perbicaraan melainkan terdapat kesilapan yang nyata (plainly wrong) di pihak hakim perbicaraan dalam mencapai keputusannya.
50
Dalam kes ini, dengan sedikitpun tidak menghilangkan rasa hormat kepada HMS yang bijaksana, Mahkamah ini berpendapat bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila menolak tuntutan plaintif terhadap kesemua defendan-defendan.
51
Dengan keterangan yang ada dalam kes ini, khususnya keterangan plaintif, SP1 dan defendan pertama serta melalui pliding-pliding khususnya pindaan penyataan pembelaan defendan, adalah jelas bahawa defendan pertama sememangnya terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada 03-04-2017 tersebut di simpang 3 di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok Kelantan.
52
Perenggan 3 pindaan penyataan pembelaan defendan menyatakan seperti berikut: “ … Sebenarnya defendan pertama menunggang motosikal bernombor pendaftaran PBT 1314 jenis Honda 70 (bukannya motosikal bernombor pendaftaran MAH 5021 jenis Honda Ex5) pada masa kemalangan tersebut.”
53
Berdasarkan kepada petikan perenggan 3 pindaan penyataan pembelaan defendan tersebut, Mahkamah ini berpuas hati bahawa defendan pertama telah mengakui secara jelas dan nyata bahawa S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw dia terlibat dalam kemalangan tersebut dengan menunggang motosikal PBT 1314 dan bukannya motosikal MAH 5021.
54
Dalam kes Yam Kong Seng & Anor v Yee Weng Kai [2014] 4 MLJ 478 di mana Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa suatu pengakuan dalam pliding merupakan satu pengakuan kehakiman (judicial admission). Mahkamah memutuskan seperti berikut dalam perenggan [16]: “The above averment was in response to para 12 of the statement of claim wherein the appellant averred that the company and the respondent had confirmed in writing of the amount owing and payable to them. It is trite law that a judicial admission made in a pleading stands on a higher footing than evidentiary admission (Sarkar’s Law of Evidence) with the respondent’s admission therein be made the foundation of the rights of the parties (Satish Mohan Bilal v State of UP AIR 1986 All 126, at p 128; 1985 All CJ 507). Any failure on the part of the respondent to rebut the admission to avoid the legal consequences of his admission would entitle the appellants to enter judgment against him.” Penekanan ditambah.
55
Perbuatan defendan pertama yang menunggang sebuah motosikal dari satu simpang di sebelah kiri jalan utama dan telah keluar dari simpang tersebut lalu membelok ke kanan dan memasuki jalan utama tanpa memastikan keadaan benar-benar selamat untuk berbuat demikian dan telah menyebabkan kemalangan dengan motosikal yang ditunggang oleh plaintif yang berada di jalan utama S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw menunjukkan bahawa defendan pertama telah menunggang dengan cuai.
56
Sebagai kenderaan yang berada di jalan kecil (minor road), defendan pertama seharusnya berhenti di simpang jalan tersebut dan tidak memasuki ke laluan utama melainkan keadaan telah benar-benar selamat. Kenderaan plaintif yang berada di laluan utama seharusnya mempunyai hak berlalu terlebih dahulu berbanding kenderaan defendan pertama yang berada di jalan kecil.
57
Mahkamah ini merujuk dan mengambil panduan daripada kes Chu Kim Sing & Anor v. Abd Razak Amin [1999] 4 CLJ 448 yang mengatakan di muka surat 465 para f - g seperti berikut: “There is also a principle of law that says that a motorist travelling along a minor road has a duty to stop at the junction and allow vehicles travelling on the main road to pass first before entering the major road.”
58
Dengan mengaplikasikan prinsip undang-undang ini ke dalam kes yang dirayu ini, adalah menjadi tanggungjawab defendan pertama untuk berhenti atau tunggu di persimpangan jalan tersebut sehingga laluan di jalan utama iaitu jalan di laluan plaintif betul-betul kosong, lapang dan selamat, barulah defendan pertama boleh bergerak memasuki laluan utama. Tanggungjawab ini telah diabaikan oleh defendan pertama dalam kes ini dan telah menyebabkan kemalangan ini. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
59
Dalam kes Chu Kim Sing ini juga, rujukan telah dibuat kepada satu kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Mohamed Repin v. Lim Yu Kee [1969] 1 MLJ 64 di mana di peringkat Mahkamah Tinggi, Hakim Chua telah mendapati bahawa pemandu motorvan yang melalui jalan kecil (minor road) adalah cuai dan perlu dipersalahkan atas kemalangan tersebut apabila dia telah gagal berhenti di garisan henti (halt line) di persimpangan jalan tersebut dan telah memasuki laluan kenderaan di jalan utama (major road).
60
Hakim Chua mengatakan seperti berikut di muka surat 66: “There is no doubt that the van did not stop at the Halt line but proceeded at speed to try to beat the traffic which was on a major road. Clearly therefore the first defendant was to blame. Even accepting the story of the first defendant to be true that he stopped at the Halt line, nevertheless, he was to be blamed for the accident as he should have stopped there a bit longer to allow the bus, which was travelling on a major road and coming from his right, to pass before attempting to cross the junction. Instead of doing that he took a risk and crossed the junction in the face of the oncoming bus.”
61
Defendan pertama yang telah keluar dari simpang dan memasuki laluan utama secara tidak selamat adalah bertanggungan 100% terhadap kejadian kemalangan tersebut. Oleh itu, tuntutan plaintif terhadap defendan pertama sepatutnya dibenarkan tanpa mengira motosikal manakah yang ditunggang oleh defendan pertama pada masa kejadian tersebut. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
62
Oleh kerana plaintif gagal membuktikan bahawa motosikal MAH 5021 telah terlibat dalam kemalangan tersebut, maka plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan kedua selaku pemilik berdaftar motosikal MAH 5021 dan terhadap defendan ketiga selaku penanggung insuran motosikal MAH 5021 tersebut. Kesimpulan.
63
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian rayuan plaintif iaitu hanya terhadap defendan pertama sahaja di mana defendan pertama didapati bertanggungan 100% dalam kemalangan tersebut manakala keputusan HMS yang bijaksana yang menolak tuntutan plaintif terhadap defendan kedua dan ketiga adalah dikekalkan. Bertarikh: 9-07-2025. MOHD ROSLI BIN YUSOFF. PESURUHJAYA KEHAKIMAN, MAHKAMAH TINGGI (2) KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw Peguam Perayu : Ayleswary A/P Bathamanathan & Kishori Soosan Patnaikk, SP Kishori & Co, No. 20, Jalan Tawas Impiana 2, Anjung Tawas Impiana, 30010 Ipoh. Peguam Responden 1&2 : Ravendran A/L Muthiah, M. Ravendran & Associates No.37, Taman Melati, 18000 Kuala Krai, Kelantan. Peguam Responden 3 : Ang Boon Chong, Kenneth William & Associates, No. 2, Jalan Ss 24/26, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor. S/N dVgZke9Bl0erYIuEiwFasw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.