OKT turut mengemukakan Kenyataan Bertulis di bawah seksyen 172A KTJ bertarikh 27.09.2022 (Ekshibit PSD1) yang menyatakan fakta berikut: “Soalan: Boleh kamu cerita apa yang sebenarnya berlaku berkenaan dengan kes ini dimana kamu dituduh dengan pembunuhan terhadap seorang yang bernama Ng Yeong Chian pada 11.9.2017? Jawapan: Saya adalah seorang dewasa dan warganegara Malaysia yang dilahirkan pada 12 Disember 1975. Nombor kad pengenalan saya adalah 751212-08-5059. Saya berumur 47 tahun. Saya telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak berumur 7 tahun. Saya juga menanggung ibu saya yang tua dan uzur dan berumur 64 tahun. Saya seorang sahaja yang menanggung semua tanggungan keluarga saya dan juga ibu saya. Orang lain tidak peduli terhadap ibu saya. Saya ada 3 adik perempuan yang sudah berkahwin. Saya bekerja sebagai seorang peniaga yang menjalankan satu gerai di No. 6, Jin Teluk Batik Lumut. Saya berniaga dari pukul 11.00 pagi hingga 7.00 petang. Pendapatan saya hanya RM 80.00 sehari atau lebih kurang RM 2,400.00 sebulan. Saya bekerja tiap-tiap hari untuk mencari makanan untuk keluarga saya dan juga untuk menanggung ibu saya yang selalu sakit. Dari pendapatan saya, saya tidak dapat pendapatan yang cukup untuk menampung semua perbelanjaan saya. Oleh kemudian, saya terpaksa untuk meminjam wang dari orang yang memberi pinjaman. Satu daripada orang-orang yang memberi pinjaman adalah Ng Yeong Chian. Saya telah pada bulan Ogos 2017 meminjam wang sebanyak RM 1,000 dari beliau dan beliau kenakan bunga sebanyak RM 400 untuk pinjaman tersebut. Saya diminta oleh orang itu untuk membayar bunga (faedah) setiap-tiap hari sebanyak RM 40.00 pada petang selama 35 hari untuk membolehkan saya membayar wang pada setiap-setiap hari dari pendapatan saya dari penjualan air kelapa dan burger kepada pelanggan. Saya telah bayar bayaran yang disetujui pada setiap-tiap hari dan saya bekerja 7 hari seminggu termasuk hari Ahad oleh kerana pada hujung minggu, pendapatan adalah lebih kerana ramai pelanggan dan pelawat-pelawat datang ke Teluk Batik. Pada lebih kurang 6.9.2017, saudara saya jatuh sakit teruk di Melaka dan ibu saya dan adik-adik perempuan saya telah minta saya membawa mereka ke Melaka untuk melawat saudara saya yang sakit teruk. Oleh demikian, saya telah bawa ibu dan adik-beradik saya ke Melaka pada 7.9.2017 selama 2 hari dan tidak berniaga di gerai saya untuk 3 hari dan gerai saya tutup dan oleh demikian saya tidak dapat bayar bayaran ansuran untuk 3 hari kepada pemberi pinjaman kepada saya sebanyak RM 40.00 sehari. Pada lebih kurang 11.00 pagi, saya telah pergi buka gerai saya. Pada masa itu tiada sesiapapun orang yang lain ada disitu dan gerai-gerai yang lain belum dibuka. Saya telah cuci gerai saya untuk bersihkan gerai saya dan lebih kurang 15 minit kemudian, Encik Ng Yeong Chian telah datang ke gerai saya dengan perasaan yang sangat marah dan buat kekecohan dan marah saya dengan suara yang kuat dan memaki hamun bertubi-tubi terhadap saya, ibu saya dan adik-beradik saya dan kata perkataan-perkataan berikut, "puki lu punya emak", "lu bangsat punya orang", "lu takda malu punya orang" 'lu bukan manusia", "lu adalah orang binatang", "lu orang melayu tidak boleh percaya." Pada masa itu, saya telah bayar dia sebanyak RM 40.00 pada hari itu tetapi pada masa itu juga dia mahu 2 hari punya bunga yang tertunggak. Saya telah beritahu beliau bahawa saya terpaksa pergi ke Melaka kerana saudara saya sakit teruk dan baru balik. Dia masih sangat marah terhadap saya dan mengulangi maki hamun bertubi-tubi walaupun saya telah berjanji untuk membayar baki selebihnya pada sebelah petang selepas saya buat perniagaan dan dapat kutipan dari perniagaan saya. Dia masih marah-marah terhadap saya dan memaki hamun terhadap saya sehingga beliau kata perkataan-perkataan berikut, "lebih baik lu kasi saya konkek lu punya bini" dan "apa macam punya mak yang beranakkan binatang macam lu." Apabila dia kata seperti itu, saya sangat marah dan tidak dapat tahan maki hamun beliau dan rasa sangat marah dan telah hilang kawalan saya dan serang terhadap beliau tetapi beliau adalah orang yang lebih besar dan kuat dari saya dan dia tolak saya dan saya jatuh. Setelah jatuh, dia masih datang untuk menyerang saya dan disitu terdapat satu kayu secara kebetulan dalam longkang, dan saya takut dipukul dengan teruk oleh dia, dan terus bangun dan ambil kayu itu pukul dia dengan kayu itu yang berada disitu secara kebetulan dan kayu itu kena di badan dia dan dia jatuh. Saya hanya pukul dia sekali sahaja dan setelah dia jatuh, saya tidak pukul dia lagi. Pada masa itu, seorang India yang sedang menyapu tempat untuk yang bekerja di Majlis Perbandaran Manjung berada di situ. Apabila kayu itu jatuh selepas saya pukul día, orang India itupun mengambil kayu itu dan memukul orang cina itu beberapa kali di bahagian kepala. Selepas itu orang cina itu tidak bangun dan berdarah. Kemudian, orang India itu kata dia pun ada pinjam wang dari orang cina itu. Setelah saya dengar kata-kata maki hamun khasnya berkenaan isteri saya, mak saya dan adik-adik saya yang saya sangat sayangi, saya telah hilang kawalan dan terlalu marah terhadap dia dan susah hati terhadap cina itu dan rasa malu. Saya terlalu naik marah dan saya tidak tahu apa yang saya buat pun. Saya hanya sedar lebih kurang 30 minit kemudian apa yang saya telah buat selepas saya dapat mengawal diri saya semula. Pada masa kejadian tersebut, saya telah hilang kawalan kerana saya rasa terhina, sakit hati dan teramat malu. Semasa pergaduhan dan lawan ini berlaku, ada 2 gerai disebelah yang sedang dibuka. Setelah dia jatuh, lebih kurang setengah jam kemudian, selepas saya dapat mengawal diri saya, saya telah panik dan saya dengan orang India itu telah masukkan dia kedalam kereta saya untuk membawa dia ke Hospital Manjung untuk rawatan. Dalam perjalanan, saya rasa dia telah mati oleh kerana dia tidak berbunyi lagi dan tidak bernafas. Sebelum itu, dia meneriak kesakitan. Saya berhentikan kereta saya dan memeriksa nafas dia. Saya dapati dia tidak lagi bernafas dan saya sangat takut bahawa dia telah mati. Saya sangat panik dan saya berhentikan kereta dan ambil mayat dia dan letakkan didalam kawasan parit di tepi jalan dan balik ke rumah. Tujuan saya untuk bawa dia dalam kereta adalah untuk bawa dia untuk rawatan di Hospital Manjung. Saya langsung tidak mempunyai apa-apa niat untuk membunuh dia tetapi saya hilang kawalan saya dan sangat naik marah dan malu akibat makian-makian yang sangat teruk sampai sesiapa orang manusia yang bermaruah pun tidak boleh tahan dan kawal diri. Saya telah hilang kawalan terhadap diri sendiri dan memukul dia oleh kerana saya sangat marah terhadap dia dan juga untuk melindungi diri sendiri dari beliau yang lebih kuat dan besar dari saya. Seumur hidup saya, saya tidak pernah dihina, dimaki dan dimalukan dengan sebegitu rupa. Saya minta maaf terhadap kejadian ini dan susah hati satu nyawa manusia telah hilang. Apa yang saya cakap adalah benar belaka. Saya langsung tidak mempunyai niat untuk membunuh dia. PB : Ada apa-apa lagi yang kamu ingin tambah pada percakapan ini? J : Tiada. PB : Oleh demikian, sila turunkan tandatangan dan tarikh di muka surat terakhir pernyataan saksi kamu. SD1 tandatangan pernyataan bertulis beliau bertarikh hari ini.” (Penekanan Kami) Keputusan YA PK di akhir kes Pembelaan 66. Setelah menilai keseluruhan Pembelaan OKT tersebut berpandukan prinsip undang-undang yang mantap sepertimana yang diputuskan dalam kes antaranya, Mohamad Radhi Yaakob v Public Prosecutor [1991] 1 MLJ 158, YA PK tidak menerima pembelaan OKT tersebut. YA PK mendapati pembelaan beliau sukar dipercayai dan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Sebaliknya, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. Di perenggan 242 AP beliau, YA PK memutuskan: “[242]…In the circumstances, having reviewed the evidence at the end of the defence's case and after taking into account the submissions presented by both learned counsel for the defence and the learned deputy public prosecutor (Madam Ainul Wardah Binti Shahidan at the prosecution stage and Mr. Mohd Fitri bin Sadarudin at the defence stage) I find that the prosecution had proved the charge of murder against the accused beyond reasonable doubt and that the defence had failed to raise any reasonable doubt on a balance of probabilities his defences of sudden and grave provocation, that of self-defence and sudden fight. This Court had thus convicted the accused on the charge.”