Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG GUAMAN SIVIL: CA-A73KJ-72-02/2022 ANTARA KAMARUDIN BIN MOHD DAUD [NO. KAD PENGENALAN: 690704-03-5019]
CA-A73KJ-72-02/2022
Magistrates Court of Malaysia31 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“emakaian Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: [12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden”
“sejumlah RM350-00 manakala Defendan telah memohon supaya ianya ditolak. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi di dalam kes MOHD FADZIL SAADON & SATU LAGI LWN. MOHD IZAAT AZAMAN & SATU LAGI [2015] PILRU 40, Mahkamah Tinggi telah membenarkan gantirugi kehilangan barangan peribadi sebanyak RM150-00 yang menyatak”
“(2018) menyatakan bahawa bagi kecederaan ini, jumlah yang dicadangkan adalah RM13,000-RM28,000-00. Merujuk kepada kes AMIRA HUSNA AHMAD NAZIR v. ABDULLAH MAT TAHIR [2023] CLJU 1005, Mahkamah telah mengawadkan sebanyak RM20,000.00 bagi kecederaan closed fracture to midshaft left clavicle. [32] Maka, pada hemat Mahkamah,”
“(2018) menyatakan bahawa bagi kecederaan ini, jumlah yang dicadangkan adalah RM6,000-00. Di dalam kes MUHAMMAD FAIZAL ZUHAIRI & SATU LAGI lwn. NAGARAJAH PARMASIVAM & SATU LAGI [2023] PILRU 19, Mahkamah telah mengawadkan sebanyak RM6,000.00 bagi kecederaan ini. [27] Justeru itu, sejumlah RM6,000-00 adalah munasabah dan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG GUAMAN SIVIL: CA-A73KJ-72-02/2022 ANTARA KAMARUDIN BIN MOHD DAUD [NO. KAD PENGENALAN: 690704-03-5019]
1
Ini adalah rayuan Defendan-Defendan terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah membenarkan tuntutan Plaintif sebanyak RM24,551-00. Kes ini didengar secara bicara penuh di mana Plaintif telah mengemukakan seramai 2 orang saksi manakala Defendan-Defendan pula telah mengemukakan seramai 2 orang saksi.
2
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi, maka, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif. Alasan-alasan dirungkaikan seperti mana berikut.
2
Plaintif merupakan penunggang motorsikal No. CBY 5120 di sepanjang Lorong Lengkok Kanan 2, daerah Kuantan.
3
Defendan Pertama pada 17hb Julai 2021 dan sepanjang masa yang berkenaan adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan pemandu, pengkhidmat dan/atau ejen yang diberikuasa oleh Defendan Kedua dalam pengendalian sebuah forklift di sepanjang Lorong Lengkok Kanan 2, Kuantan dan mempunyai alamat penyampaian di No 8, Lorong Lengkok Kanan 16, Tanah Putih Baru, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
4
Defendan Kedua pada 17hb Julai 2021 dan sepanjang masa yang berkenaan adalah merupakan pemilik atau pihak yang mempunyai kuasa dan hak ke atas forklift tersebut dan mempunyai alamat penyampaian di Tingkat Bawah, Lorong Lengkok Kanan 2, Tanah LNKP, Tanah Putih Baru, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
5
Pada 17hb Julai 2021 pada atau lebih kurang pukul 10.00 pagi, ketika Plaintif sedang menunggang motorsikal No. CBY 5120 di Lorong Lengkok Kanan 2 iaitu dari arah rumah menghala ke kedai runcit. Apabila Plaintif sampai berhampiran kedai Rozzlyn Resources dengan secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran atau isyarat, sebuah forklift yang dipandu oleh Defendan Pertama yang pada mulamya berada di sebelah kanan Plaintif, dengan sebegitu mengejut telah masuk ke dalam laluan Plaintif dan kemudiannya terus melanggar Plaintif dan motorsikal No. CBY 5120 tersebut.
5
Ketika motorsikal Plaintif sampai berhampiran Kedai Rozzlynn Resources, dengan secara tiba-tiba, sebuah forklift yang dipandu oleh Defendan Pertama, yang pada mulanya berada di sebelah kanan Plaintif, telah dengan secara tiba-tiba masuk ke dalam laluan Plaintif dan kedudukan motorforklift tersebut telah menghalang laluan Plaintif dan seterusnya telah mengakibatkan perlanggaran berlaku.
6
Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan yang serius dan juga telah menanggung kerugian. Plaintif menyatakan bahawa kemalangan tersebut terjadi semata-mata dan/atau disumbangkan akibar daripada kecuaian Defendan Pertama sebagai pemandu, pengkhidmat dan/atau ejen yang diberikuasa oleh Defendan Kedua dalam pengendalian forklift tersebut.
7
Apabila Defendan Pertama berada di hadapan Kedai Rozzlynn Resources, forklift Defendan Pertama dalam keadaan berhenti di atas laluan utama untuk mengambil pallet yang kelima di atas motortreler, dan dengan secara tiba-tiba Plaintif telah melanggar bahagian fork dan telah terjatuh di tepi forklift tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif mendakwa telah mengalami kecederaan yang serius dan juga telah menanggung kerugian.
8
Mahkamah merujuk kepada Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950, beban pembuktian sesuatu kes sepanjang perbicaraan terletak di atas bahu Plaintif dan akan berpindah kepada Defendan-Defendan selepas beban tersebut dilepaskan. Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut: “(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang, dengan bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.” [9] Di dalam kes di Mahkamah Persekutuan iaitu WONG THIN YIT V. MOHAMED ALI [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: "In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself. "; see 15 Halsbury (3rd Edn.) p. 260." [10] Selain itu juga, Mahkamah ini adalah terikat untuk mengaplikasi prinsip yang telah dinyatakan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu HONG YIK TRADING v. LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491 yang telah menggariskan pemakaian Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: [12] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s. 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence. This is highlighted in the case of Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253 where Terrell, Ag CJ stated: ... it is clear that the onus is on the plaintiff to prove his case. After the conclusion of the whole case, there must be some preponderance in his favour. It may be true that the plaintiff established a prima facie case, but at the conclusion of the trial, the learned Judge has found that the position was exactly even, i.e. that any preponderance in the plaintiff's favour had disappeared. That being the case, the plaintiff must necessarily fail, as he has not discharged the onus which is upon him. No doubt the defendant would equally have failed if he had been the claimant and had tried to establish, as a substantive part of his case, the alternative version which he tried to prove in answer to that of the plaintiff. [11] Justeru, berdasarkan prinsip ini, Mahkamah ini perlu membuat penelitian dan analisa samada Plaintif telah melepaskan beban pembuktian yang membuktikan bahawa kemalangan berlaku atas kecuaian Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian. ISU LIABILITI i) Keterangan Pegawai Penyiasat (SP1) [12] SP1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa dalam siasatannya bahawa pemadu forklift iaitu SD1 tiada lesen memandu jentera berat. Selain itu juga, SP1 menyatakan bahawa forklift tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans. SP1 juga menyatakan bahawa berdasarkan keterangan SD1, tidak ada papan tanda atau tanda amaran yang diletakkan di lokasi kemalangan. [14] Berdasarkan keterangan SP1 juga, jalanraya di lokasi kemalangan adalah jalan utama yang selalu digunakan oleh penduduk setempat untuk urusan harian mereka. Oleh yang demikian, pihak Plaintif sesungguhnya percaya tidak ada orang awam yang akan menjangkakan wujudnya satu halangan tidak sah di atas laluan utama tanpa pemberitahuan awal. [15] Justeru, Mahkamah memutuskan untuk menerimapakai keterangan yang telah diberikan oleh SP1 bahawa tindakan Defendan yang tidak mempunyai perlindungan insurans serta tidak mempunyai lesen sah jentera berat adalah satu bentuk kecuaian yang nyata dimana Defendan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang. Kemalangan yang berlaku juga adalah di atas jalan raya dimana ianya pasti memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada Defendan tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain. Mahkamah ini merujuk kepada kes ABDUL MAJID OTHMAN & ANOR v. ONG JIA HAO [2023] CLJU di mana di dalam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: [32] In paragraph 124 (1)-(15), the SCJ stated why she could not find the Defendants to be 100% liable and she attributed 80% liability to the Plaintiff because he mostly contributed towards the accident when he was not licenced to ride a motorcycle, the motorcycle was not covered by insurance and it did not have a roadtax, he endangered himself and others when he rode the motorcycle without the headlight on and he was negligent for not ensuring its the roadworthiness. The owner of the motorcycle was also not called to testify on its roadworthiness. The SCJ [33] I have referred to the case laws cited by the SCJ which all were at the High Court level and the appellate court found against the uninsured rider. For instance, in Muhammad Noor Redzuan Bin Misran v. Muhammad Amirul Hafiz Bin Khairulazuin [2020] 5 CLJ 807; [2020] 10 MLJ 238, the investigating officer found that the appellant was without a valid driving licence or road tax or covering insurance when he rode the motorcycle. The High Court dismissed the appeal. [34] However, this Court is inclined to follow and agrees with the decision of the learned High Court Judge in Siti Rohani Bte Mohd Shah & Ors v. Haji Zainal Bin Saifiee & Ors [2001] 1 CLJ 498; [2001] 5 MLJ 8 where it was held that- "3) It is very clear that riding or driving without a valid licence per se is not negligent. Rather, it is the manner of the riding or driving and/or conduct on or in relation to the road that contribute to the cause of a motor accident or collision. The fact that the first appellant was riding the motorcycle without a valid driving licence, without a safety helmet and even with a pillion rider, could not and did not enter into the cause of the collision. The fact of the matter was that on the balance of probabilities, the first appellant did not cause or contribute to the cause of the accident. Also, the first appellant did not contribute to her injuries as she did not sustain any head injuries, and the wearing of a safety helmet would not have reduced her injuries.". [Emphasis added] [16] Mengambilkira prinsip yang dikemukakan seperti di atas, Mahkamah ini berpendapat kecuaian tidak mempunyai lesen dan insurans bukanlah kecuaian per se namun tindakan memandu Defendan di atas jalan raya memainkan peranan penting di dalam menentukan tahap kecuaiannya. Justeru, Mahkamah ini beralih pula kepada keterangan SP1 yang mengatakan bahawa berdasarkan keterangan SD1, tidak ada papan tanda atau tanda amaran yang diletakkan di lokasi kemalangan tersebut. Harus diambilkira di sini bahawa proses pemindahan pallet daru motortreller ke dalam premis perniagaan SD1 mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam. [17] Memandangkan laluan di lokasi kemalangan tersebut adalah merupakan 1 laluan utama yang selalu digunakan oleh penduduk setempat maka adalah tidak munasabah kenderaan untuk orang awam untuk menjangkakan kewujudan sebuah forklift di atas laluan utama tanpa sebarang papan tanda atau tanda amaran di lokasi tersebut. Sekiranya SD1 meletakkan papan tanda atau tanda amaran sebelum lokasi kemalangan tersebut, sudah pasti kemalangan ini dapat dielakkan kerana makluman awal telah diberikan kepada pengguna jalan raya tersebut khususnya SP2 yang melalui jalan tersebut. ii) Keterangan (SP2) [18] SP2 telah menyatakan bahawa ketika dia sedang menunggang motorsikal dan sampai di Kedai Rozzyln Resources, sebuah forklift yang dipandu oleh SD1 yang pada mulanya berada di sebelah kanan Plaintif, telah dengan secara tiba-tiba masuk ke dalam laluan SP2 dan kedudukan tersebut telah menghalang laluan Plaintif dan seterusnya telah mengakibatkan perlanggaran berlaku. iii) Keterangan (SD1) [19] SD1 adalah pemandu forklift tersebut dan memberi keterangan bahawa apabila SD1 berada di hadapan Kedai Rozzlyn Resources. SD1 telah mengendalikan forklift bagi membawa keluar susu daripada treler ke premis SD2 dan apabila hendak mengambil pallet susu yang kelima dan SD1 telah memberhentikan forklift di tepi treler. Pada ketika itu, SD1 melihat SP2 datang daripada arah kiri SD1 dan melihat keadaan SP2, SD1 telah memberikan amaran dengan menjerit kepada SP2. Walaubagaimanapun, SP2 tidak memberhentikan motorsikalnya ataupun mengambil tindakan untuk mengelak daripada terlanggar forklift tersebut yang menyebabkan SP2 telah melanggar bahagian fork. SD1 memberitahu Mahkamah bahawa walaupun dia tidak mempunyai lesen yang sah dan forklift tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, dia mempunyai pengalaman selama lebih kurang 4 tahun dan sangat mahir mengendalikan forklift tersebut. iv) Keterangan (SD2) [20] SD2 adalah saksi kemalangan yang hadir di Mahkamah ini dan memberi keterangan menyatakan bahawa dia ada menyaksikan satu kemalangan jalan raya berlaku di kawasan kemalangan tersebut. Namun begitu SD2 tidak ada membuat laporan polis malah juga tiada menceritakan versinya kepada pegawai penyiasat berkenaan bagaimana kemalangan ini berlaku. Memandangkan SD2 langsung tiada usaha untuk membuat laporan polis dan juga membuat tindakan awal sewajarnya, justeru keterangan SD2 adalah tidak boleh digunapakai kerana ianya merupakan satu keterangan yang lemah. [21] Selepas meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, Mahkamah ini berpendapat bahawa SD1 telah menceroboh masuk laluan sah SP2 iaitu dengan cuai memberhentikan forkliftnya di tengah-tengah laluan utama tanpa sebarang pengawasan yang munasabah iaitu dengan mewujudkan halangan yang tidak sah kepada semua pengguna jalan raya di jalan tersebut. Ini merupakan satu fakta material dimana SD1 jelas telah berada di laluan sah SP2, dan gagal untuk meletakkan apa-apa tanda amaran semasa kerja-kerja mengambil pallet susu sedang dilakukan. Kecuaian dan kelalaian SD1 untuk menyediakan pekerja yang boleh menjaga dan mengawal lalulintas juga telah menyumbang kepada faktor kecuaian yang menyebabkan kemalangan ini terjadi. [22] Menyingkap dari sisi yang lain pula, Mahkamah juga berpendapat bahawa SP2 telah memandu melebihi had kelajuan yang sepatutnya kerana sekiranya SP2 memandu di bawah had kelajuan yang dibenarkan, sudah pasti SP2 mampu memberhentikan motorsikalnya daripada melanggar forklift tersebut. Mahkamah juga berpuas hati bahawa SP2 juga tidak memberi sepenuh perhatiannya terhadap keadaan sekeliling kerana sekiranya SP2 memberi sepenuh perhatian maka sudah tentu SP2 dapat melihat forklift yang wujud di hadapannya dan mampu mengelak daripada melanggarnya. Maka berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan seperti di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif adalah bertanggungan cuai sebanyak 20% manakala Defendan adalah bertanggungan sebanyak 80% kecuaian terhadap kemalangan yang berlaku. ISU QUANTUM [23] Di dalam mentaksirkan nilai ganti rugi, Mahkamah mestilah memberikan award pampasan yang adil berdasarkan bukti yang kukuh. Di dalam kes di Mahkamah Persekutuan INAS FAIQAH MOHD HELMI (A CHILD SUING THROUGH HER FATHER AND NEXT FRIEND; MOHD HELMI ABDUL AZIZ) V. KERAJAAN MALAYSIA & ORS [2016] 2 CLJ 885, Abdull Hamid Embong HMP menyampaikan penghakiman mahkamah: “(1) Adalah undang-undang matan bahawa ganti rugi bertindak sebagai pampasan, bukan ganjaran dan hukuman. Dalam mentaksirkan ganti rugi, mahkamah tidak patut didorong oleh simpati dan memberikan award pampasan yang adil berdasarkan bukti yang kukuh. Mahkamah tidak boleh mengamalkan spekulasi. Penilaian keterangan yang membentukkan dasar risiko kerugian masa hadapan harus dilaksanakan. Hakim bicara hanya boleh menilaikan keterangan sedemikian berasaskan standard imbangan kebarangkalian yang telah diiktirafkan, tetapi dengan satu tahap ketentuan lebih rendah berkenaan kejadian kehilangan atau kerugian masa hadapan. Tahap lebih rendah yang dipakai itu adalah sesuai diistilahkan dengan perkataan 'possibility', 'chance', 'risk', 'danger' atau 'likelihood', tetapi, walau apa pun perkataan-perkataan yang digunakan dan semantiknya, mereka mestilah pada dasarnya bersifat substantif dan bukan spekulatif.” [24] Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes DATUK MOHD ALI HJ ABDUL MAJID & ANOR V. PUBLIC BANK BHD [2014] 6 CLJ 269 yang menyatakan seperti berikut: “[31] The object of an award of damages is to give the claimant compensation for the damage, loss or injury he has suffered. The general principle governing the measure of damages has its origin in the words of Lord Blackburn in Livingstone v. Rawyards Coal Co [1880] 5 App Cas 25 where he said: ... that sum of money which will put the party who has been injured, or who has suffered, in the same position as he would have been in if he had not sustained the wrong for which he is now getting his compensation or reparation. [32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See s. 103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. [33] Therefore, in a claim for damages, it is not sufficient for the plaintiff to merely state the amount of damages that he is claiming, he must prove the damage that he had in fact suffered to the satisfaction of the court. This principle is borne out in the case of Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel [1948] 64 TLR 177 where Lord Goddard CJ observed: Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the court, saying: 'This is what I have lost, I ask you to give me these damages'. They have to prove it. This statement was cited with approval by Edgar Joseph JR FCJ in Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1995] 1 CLJ 15; [1994] 3 MLJ 777.” GANTI RUGI AM [25] Memandangkan laporan perubatan tidak dipertikaikan oleh Defendan, Mahkamah ini mentaksirkan ganti rugi berlandaskan kepada Laporan Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang bertarikh 19 Januari 2022 dan Sijil Cuti Sakit dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. i) Loss of consciousness/ retrograde amnesia – RM6,000-00; [26] Plaintif di dalam kes ini telah memohon sejumlah RM8,000-00 manakala Defendan telah memohon sejumlah RM2,500-00. Mahkamah ini merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards
2018
menyatakan bahawa bagi kecederaan ini, jumlah yang dicadangkan adalah RM6,000-00. Di dalam kes MUHAMMAD FAIZAL ZUHAIRI & SATU LAGI lwn. NAGARAJAH PARMASIVAM & SATU LAGI [2023] PILRU 19, Mahkamah telah mengawadkan sebanyak RM6,000.00 bagi kecederaan ini. [27] Justeru itu, sejumlah RM6,000-00 adalah munasabah dan sesuai. ii) Laceration wound over forehead – RM3,000-00; dan [28] Plaintif di dalam kes ini telah memohon sejumlah RM5,000-00 manakala Defendan telah memohon sejumlah RM2,500-00. Mahkamah ini merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards
2018
menyatakan bahawa bagi kecederaan ini, jumlah yang dicadangkan adalah RM2,500-RM9,500-00. [29] Di dalam kes MOHD ANUAR AURTHER B ABDULLAH V MATHEW MUMIM AK NYALU ANOR [2013] 1 PIR [21], Mahkamah telah mengawadkan sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan three deep lacerations wounds over both legs at the anterior side. [30] Oleh itu, pada hemat Mahkamah, sejumlah RM3,000-00 adalah munasabah dan sesuai. iii) Closed fracture of right clavicle – RM15,000-00 [31] Plaintif di dalam kes ini telah memohon sejumlah RM20,000-00 manakala Defendan telah memohon sejumlah RM13,000-00. Mahkamah ini merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards
2018
menyatakan bahawa bagi kecederaan ini, jumlah yang dicadangkan adalah RM13,000-RM28,000-00. Merujuk kepada kes AMIRA HUSNA AHMAD NAZIR v. ABDULLAH MAT TAHIR [2023] CLJU 1005, Mahkamah telah mengawadkan sebanyak RM20,000.00 bagi kecederaan closed fracture to midshaft left clavicle. [32] Maka, pada hemat Mahkamah, sejumlah RM15,000-00 adalah munasabah dan sesuai. GANTI RUGI KHAS [33] Di dalam menentukan jumlah yang patut diberikan, Mahkamah ini menggunakan prinsip yang diketengahkan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu NGOOI KU SIONG & ANOR V. AIDIL ABDULLAH [1984] 1 CLJ REP 294; [1984] 1 MLRA 200, Hakim Mahkamah Persekutuan, Syed Agil Barakbah telah menyatakan seperti berikut: - "Special damages on the other hand have to be specifically pleaded and strictly proved. They refer to past expenses and loss of earnings. The exact loss must be pleaded where the precise amount of item has become clear before the trial. Loss of future earnings or post-trial loss differs from pre-trial loss which comes under special damages. The reason that special damages have to be specifically pleaded is in order to comply with its object which is to crystallize the issue and to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial…" i) Kos kerosakkan barangan peribadi – RM200-00; [34] Plaintif di dalam kes ini telah memohon sejumlah RM350-00 manakala Defendan telah memohon supaya ianya ditolak. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi di dalam kes MOHD FADZIL SAADON & SATU LAGI LWN. MOHD IZAAT AZAMAN & SATU LAGI [2015] PILRU 40, Mahkamah Tinggi telah membenarkan gantirugi kehilangan barangan peribadi sebanyak RM150-00 yang menyatakan seperti berikut: “Item (a): Gantirugi kehilangan barang-barang peribadi dibenarkan sebanyak RM150.00. Item ini tidak dipersetujui. Tiada sebarang keterangan dikemukakan. Walau bagaimanapun, saya percaya di dalam kemalangan ini sudah tentu plaintif akan mengalami kerosakan pakaian, kasut dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya berpendapat sejumlah RM150.00 adalah munasabah untuk kerosakan tersebut.” [35] Mahkamah ini berpuas hati untuk mengawadkan sebanyak RM200- 00 sebagai sebagai kos kehilangan barangan peribadi. ii) Kos perjalanan temujanji – RM300-00; [36] Plaintif di dalam kes ini telah memohon kos perjalanan temujanji manakala Defendan telah memohon sejumlah RM153-60. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi di dalam CHAN KIM HEE V. KARAM SINGH & ANOR [1980] 1 LNS 112; [1981] 2 MLJ 273, Mahkamah memutuskan seperti berikut: "The court was of the view that the taxi fare to and from Malacca General Hospital was about $20... The plaintiff was treated as an outpatient at the Orthopaedic Outpatient Department of the General Hospital Malacca. The court was satisfied that the plaintiff made 18 trips for this purpose and awarded a sum of $360 under this item. " [37] Berdasarkan prinsip yang dikemukakan, Mahkamah ini berpuas hati untuk mengawadkan sebanyak RM300-00 sebagai jumlah perjalanan temujanji sebanyak 12 kali. iii) Kos bil perubatan HTAA – RM11-00; [38] Memandangkan Defendan tiada bantahan terhadap jumlah ini, Maka Mahkamah membenarkan sejumlah RM11-00. iv) Kos laporan perubatan HTAA – RM40-00; [39] Memandangkan Defendan tiada bantahan terhadap jumlah ini, Maka Mahkamah membenarkan sejumlah RM40-00. Kesimpulan [40] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit dan mengambil kira hujahan-hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif seperti berikut: ISU LIABILITI: Plaintif bertanggungan sebanyak 20% manakala Defendan bertanggungan sebanyak 80%. ISU QUANTUM: GANTI RUGI AM i) Closed fracture of right clavicle – RM15,000-00 ii) Laceration wound over forehead – RM3,000-00 iii) Loss of consciousness/retrograde amnesia – RM6,000-00 JUMLAH GANTI RUGI AM dibenarkan sebanyak RM24,000-00 GANTI RUGI KHAS i) Kerosakkan barang-barang peribadi – RM200-00 ii) Kos perbelanjaan makanan dan ulang alik ke HTAA & susulan) - RM300-00 iii) Bil hospital – RM11-00 iv) Laporan perubatan – RM40-00 JUMLAH GANTI RUGI KHAS dibenarkan sebanyak RM551-00 Maka dengan ini, Mahkamah membenarkan tuntutan seperti berikut:
a
Ganti Rugi Am sebanyak RM24,000-00;
b
Ganti Rugi Khas sebanyak RM551-00
c
Faedah seperti berikut:
i
5% setahun untuk Gantirugi Am mulai dari tarikh kemalangan sehingga tarikh Penghakiman ini.
II
(ii) 2.5% setahun untuk Gantirugi Khas mulai dari tarikh kemalangan sehingga tarikh Penghakiman ini.
III
(iii) 5% setahun untuk jumlah penghakiman yang termasuk Ganti Rugi Khas serta kos tindakan ini mulai dari tarikh Penghakiman Ini sehingga tarikh pembayaran penuh
d
Kos bagi tindakan ini mengikut skala mengikut KKM 2012 BERTARIKH: 18HB APRIL 2024 (NOR IZZATI BINTI ZAKARIA) Majistret Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang Peguam: Plaintif: Nur Shuhadah Binti Safruddin daripada Tetuan Norasmadi & Noraini. Defendan: Mohammed Hissham Bin Ramdzan daripada Tetuan Abdul Malik Zamri & Co. Kes-kes yang dirujuk: 1) WONG THIN YIT V. MOHAMED ALI [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175; 2) HONG YIK TRADING v. LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491; 3) ABDUL MAJID OTHMAN & ANOR v. ONG JIA HAO [2023] CLJU; 4) INAS FAIQAH MOHD HELMI (A CHILD SUING THROUGH HER FATHER AND NEXT FRIEND; MOHD HELMI ABDUL AZIZ) V. KERAJAAN MALAYSIA & ORS [2016] 2 CLJ 885; 5) DATUK MOHD ALI HJ ABDUL MAJID & ANOR V. PUBLIC BANK BHD [2014] 6 CLJ 269; 6) MUHAMMAD FAIZAL ZUHAIRI & SATU LAGI lwn. NAGARAJAH PARMASIVAM & SATU LAGI [2023] PILRU 19; 7) MOHD ANUAR AURTHER B ABDULLAH V MATHEW MUMIM AK NYALU ANOR [2013] 1 PIR [21]; 8) AMIRA HUSNA AHMAD NAZIR v. ABDULLAH MAT TAHIR [2023] CLJU 1005; 9) NGOOI KU SIONG & ANOR V. AIDIL ABDULLAH [1984] 1 CLJ REP 294; [1984] 1 MLRA 200; 10) MOHD FADZIL SAADON & SATU LAGI LWN. MOHD IZAAT AZAMAN & SATU LAGI [2015] PILRU 40; dan 11) CHAN KIM HEE V. KARAM SINGH & ANOR [1980] 1 LNS 112; [1981] 2 MLJ 273 Perundangan yang dirujuk: SEKSYEN 101 (1) AKTA KETERANGAN 1950
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.