Content
1
AC-83D-1347-12/2024
Magistrates Court of Malaysia23 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(i) The Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty. Thus in Rex v. Tan Thian Chai & Anor. [1931] CLJU 27; [1931] 1 LNS 27. [1932] MLJ 74, Whitley J held that an accused person **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 should plea”
“(i) The Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty. Thus in Rex v. Tan Thian Chai & Anor. [1931] CLJU 27; [1931] 1 LNS 27. [1932] MLJ 74, Whitley J held that an accused person **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 should plea”
“uduh dengan kepentingan awam dalam menentukan sesuatu hukuman. Di dalam **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 kes, PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256, Mahkamah memutuskan: ""Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to”
“an oleh itu Mahkamah memberikan faedah keraguan (benefit of the doubt) tersebut kepda tertuduh bahawa tertuduh merupakan pesalah kali pertama. [19] Di dalam kes PP lwn. Mohamed Afis Mohamed & 1 lagi [2010] CLJU 312; [2010] 1 LNS 312, Yang Arif Zawawi Salleh J (pada masa tersebut) menyatakan: **Note : Serial number will”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tertuduh pada asalnya telah di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan dadah berbahaya Methamphetamine. Pada 23 April 2025, setelah laporan patalogi diterima, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) terpelajar telah mengemukakan pertuduhan pindaan di bawah sekeysn 15(1)(a) Akta yang sama bagi kesalahan menggunakan dadah berbahaya Amphetamine dan Methamphetamine dan tertuduh telah mohon dibicarakan.
2
Pertuduhan pindaan ke atas tertuduh adalah seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu pada 21/12/2024 jam lebih kurang 12.20 tengah malam, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak, Teluk Intan, di dalam daerah Hilir Perak, di dalam negeri Perak, telah menggunakan dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 38B (1) akta yang sama. Hukuman: Dibawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952: Barang siapa yang disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. Dibawah seksyen 38B ADB 1952: Barang siapa yang didapati bersalah di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952, hendaklah menjalani pengawasan oleh pegawai tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun sebagaimana perintah.
3
Pada 23 Mei 2025, tertuduh telah menukar pengakuan dan mengaku salah ke atas pertuduhan pindaan setelah pertuduhan pindaan dibacakan semula kepadanya. Mahkamah telah mendapati tertuduh bersalah ke atas pertuduhan dan mensabitkan tertuduh ke atas pertuduhan pindaan tersebut. Tertuduh telah didenda RM 1,800 jika gagal bayar 8 bulan penjara dan tertuduh diperintahkan untuk menjalani pengawasan di bawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya bagi tempoh 2 tahun.
4
Terkilan dengan keseluruhan keputusan Mahkamah, Tertuduh telah memfailkan rayuan ke atas sabitan dan hukuman yang diberikan. sama ada sabitan terhadap pengakuan salah tertuduh teratur di sisi undang undang
5
Dalam menerima pengakuan bersalah Tertuduh, Mahkamah mengikuti peringatan yang diberikan oleh Mahkamah Agung di dalam kes Lee Weng Tuck & Anor lwn. PP [1989] 1 CLJ Rep 75; [1989] 2 MLJ 143, di mana Mohd Azmi Kamaruddin SCJ menyatakan: “A plea of guilty must be valid and unequivocal, and in order to determine the validity of a plea of guilty, the safeguards which must be followed might be stated as follows:
i
The Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty. Thus in Rex v. Tan Thian Chai & Anor. [1931] CLJU 27; [1931] 1 LNS 27. [1932] MLJ 74, Whitley J held that an accused person should plead guilty or claim to tried by his own mouth and not through his Counsel.
II
(ii) The Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea.
III
(iii) The Court must ascertain that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him.” [6] Pertuduhan pindaan telah dibacakan semula kepada tertuduh pada 23 Mei 2025 di dalam Bahasa Melayu dan tertuduh faham pertuduhan dan mengaku salah bagi pertuduhan pindaan. Kemudiannya, hukuman yang diperuntukkan di dalam undang-undang telah diterangkan kepada tertuduh dan tertuduh mengakui faham sebab dan akibat pengakuan dan masih mengaku salah. [7] Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah mengaku salah dengan rela hati dan tanpa sebarang paksaan atau pujukan dan faham sebab dan akibat pengakuan. Tertuduh juga telah mengakui fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dan Mahkamah seterusnya telah mendapati tertuduh bersalah ke atas pertuduhan pindaan. [8] Tertuduh di dalam rayuan mitigasi melalui peguam YBGK iaitu Encik Francis a/l Sinnappan telah memohon untuk dikenakan hukuman denda yang ringan atas alasan tertuduh berumur 44 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan harian RM40 serta menanggung isteri yang tidak bekerja, 4 orang anak yang masih bersekolah serta ibu bapa. Pegawai pendakwa, Insp Muzlifah binti Azmi pula telah memohon untuk hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh. [9] Setelah mengambil kira fakta kes, rayuan mitigasi tertuduh dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan, tertuduh telah disabitkan ke atas pertuduhan pindaan dan didenda RM 1,800 jika gagal bayar 8 bulan penjara dan tertuduh turut diperintahkan untuk menjalani pengawasan di bawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya bagi tempoh 2 tahun. [10] Sabitan terhadap tertuduh berdasarkan pengakuan salah tertuduh adalah sah dan selaras dengan peruntukkan undang-undang. Sama Ada Hukuman Yang Diberikan Adalah Wajar, Setimpal Dan Adil [11] Mahkamah telah mempertimbangkan faktor-faktor berikut semasa memberikan hukuman yang bersesuaian kepada tertuduh iaitu: i. kepentingan awam; ii. pengakuan salah tertuduh; iii. kesalahan pertama tertuduh; iv. sama ada hukuman denda atau pemenjaraan adalah lebih sesuai; dan iv. hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kepentingan Awam [12] Kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu diambil kira oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman atau perintah. Di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164, mahkamah telah mumutuskan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [13] Mahkamah juga hendaklah sentiasa menimbang tara antara kepentingan tertuduh dengan kepentingan awam dalam menentukan sesuatu hukuman. Di dalam kes, PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 2 MLJ 256, Mahkamah memutuskan: ""Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps finds it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This is in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interest of the accused." [14] Mahkamah berpendapat bahawa isu penyalahgunaan dadah merupakan suatu masalah yang serius dan semakin menular di negara ini. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi mengekang penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia supaya gejala ini tidak berkembang menjadi ancaman yang menjejaskan negara. Realitinya, hampir setiap hari kita disajikan dengan berita berkaitan kes-kes penyalahgunaan dadah yang berlaku. Sehubungan itu, Mahkamah memandang berat dan serius terhadap kes-kes yang melibatkan penyalahgunaan dadah. [15] Penekanan turut diberikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. LING LEH HOE [2015] 4 CLJ 869 bagi kes-kes dadah di mana ia diputuskan seperti berikut: "... abuse of dangerous drugs is a scourge to our society leading to many spinoff incidences of criminal behaviour. It is a purveyor of death. Therefore, one could hardly deny that drug offenders are a threat to our society from which we must be protected, sometimes by means of lengthy custodial sentence." Pengakuan Salah [16] Tertuduh telah mengaku salah pada kali pertama sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah mengambil kira pengakuan salah tertuduh diperingkat awal telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134 di mana telah diputuskan seperti berikut: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” [17] Pengakuan salah tertuduh juga mewajarkan untuk tertuduh memperoleh pengurangan sebanyak 1/3 daripada keseluruhan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang sepertimana yang diputuskan di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang V. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 209, iaitu: "It is generally accepted that the extent of the reduction on account of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence" Kesalahan Pertama [18] Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas tertuduh merupakan kesalahan kali pertama bagi tertuduh. Pihak pendakwaan pada sepanjang masa tidak pernah mengemukakan sebarang rekod lampau tertuduh dan oleh itu Mahkamah memberikan faedah keraguan (benefit of the doubt) tersebut kepda tertuduh bahawa tertuduh merupakan pesalah kali pertama. [19] Di dalam kes PP lwn. Mohamed Afis Mohamed & 1 lagi [2010] CLJU 312; [2010] 1 LNS 312, Yang Arif Zawawi Salleh J (pada masa tersebut) menyatakan: “The leniency accorded to a first offender recognises human fraility and yet shows respect for the offender as a rational individual, capable of responding to the unsure inherent in the sentence imposed." (Lihat Mahal's Criminal Procedure, edisi keenam, m.s. 4399). Adalah tidak syak lagi bahawa undang-undang menghendaki pesalah-pesalah pertama dikendalikan secara berlainan dengan pesalah-pesalah yang mempunyai rekod sabitan kesalahan yang lalu. Sekiranya tidak, proses penghukuman akan bersifat mekanikal dan hakim bicara tidak boleh melaksanakan budi bicara yang diamanahkan kepadanya.” Denda vs Penjara [20] Pelbagai autoriti didapati menyatakan bahawa hukuman denda hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum hukuman pemenjaraan dipilih termasuklah bagi kes-kes dadah. Di dalam kes Chan Sit Hoong v. Public Prosecutor [1975] 1 MLJ 261, Hakim Ajaib Sing (pada masa tersebut) menyatakan seperti berikut: “A first offender , be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it is committed, or as a deterrent when the prevalence of a particular type of offence has truly reached a stage that a sentence of imprisonment alone may deter others from committing that type of offence.” Hukuman Yang Diperuntukkan Oleh Undang-Undang [21] Seksyen 173(b) Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa apabila seseorang tertuduh telah disabitkan ke atas pertuduhan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang. Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas tertuduh di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun. Sekiranya tertuduh didapati bersalah bagi kesalahan tersebut, tertuduh hendaklah menjalani pengawasan di bawah seksyen 38B Akta yang sama bagi tempoh tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih dari 3 tahun setelah selesai menjalani hukuman di bawah seksyen 15(1)(a) Akta yang sama. [22] Di dalam kes ini, tertuduh telah memohon untuk dikenakan hukuman denda yang ringan dan Mahkamah telah memerintahkan agar didenda RM 1,800 jika gagal bayar 8 bulan penjara dan tertuduh diperintahkan untuk menjalani pengawasan di bawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya bagi tempoh 2 tahun. Hukuman ini adalah dalam lingkungan yang diperuntukkan oleh seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan seksyen 38B Akta yang sama. Oleh yang demikian, hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah teratur dan mengikut undang-undang. [23] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman denda RM 1,800 jika gagal bayar 8 bulan penjara dan pengawasan di bawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya bagi tempoh 2 tahun yang diperintahkan oleh Mahkamah adalah setimpal dan wajar dengan kesalahan yang dilakukakan oleh tertuduh serta selari dengan peruntukan undang-undang. Bertarikh 16 Mac 2026 Disediakan oleh, ………………………………………….. (NAIDATUL ATHIRAH BINTI AZMAN) Majistret Mahkamah Majistret Teluk Intan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.