Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN NO. CA-A53KJ-11-01/2023 ANTARA KAMARULNIZAM BIN AZIZ (NO. K/P: 800920-05-5537) PLAINTIF
CA-A53KJ-11-01/2023
Sessions Court of Malaysia22 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“riations in the value of money. ‘And Lord Moncriff added, ‘As regards what falls to be paid in money the court must take note of changes in the value of money (per Lord Normand di dalam Sands v Devan [1945] SC 380). Kecederaan Yang Dialami oleh Plaintif”
“special damages have to be specifically pleaded is to comply with its object which is to crystallise the issue and to enable both parties to prepare for trial(per Edmund Davies LJ in Domsalla v. Barr [1969] WLR 630, 634). In special damages claims the exact loss must be pleaded where the precise amount of item of damag”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN NO. CA-A53KJ-11-01/2023 ANTARA KAMARULNIZAM BIN AZIZ (NO. K/P: 800920-05-5537) PLAINTIF
1
MOHD JEFREE BIN MAT DAUD [NO. K/P: 800809-03-5191]
2
SYARIKAT PENGANGKUTAN S.P.Y. SDN BHD [NO. DAFTAR: 576326-V]
3
RIZAL NISHAM BIN RAMLI [NO. K/P: 770114-05-5597]
4
TCS TRANSPORT AGENCY (M) SDN BHD [DAFTAR PERNIAGAAN: 1323159-V] DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Bicara Penuh)
1
Tuntutan plaintif ke atas defendan-defendan adalah berkaitan satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 31.05.2022 jam lebih kurang pukul 11.40 malam di KM 226.1 Lebuhraya Pantai Timur (“kemalangan tersebut”).
2
Berdasarkan tuntutan, terdapat dua (2) kenderaan yang terlibat.
3
Kenderaan-kenderaan yang dikenal pasti adalah sebuah motorlori no. JUL 8812 (“motorlori plaintif”) dan sebuah lagi motorlori no. VBM 9389 (“motorlori defendan”).
4
Pada tarikh dan waktu yang material-
a
Plaintif adalah penumpang motorlori plaintif.
b
Defendan 1 adalah pemandu motorlori defendan.
c
Defendan 3 adalah pemandu motorlori plaintif.
5
Ini adalah rajah kasar yang disediakan oleh pegawai penyiasat yang ditanda sebagai Eksibit P1
6
Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa motorlori plaintif dan motorlori defendan dipandu dalam arah yang sama iaitu dari bawah ke atas rajah kasar.
7
Apa yang menjadi pertikaian adalah di mana kedudukan motorlori-motorlori tersebut sebelum kemalangan berlaku memandangkan terdapat dua (2) laluan bagi arah perjalanan dari bawah ke atas rajah kasar: Lorong Kanan dan Lorong Kiri.
8
Plaintif tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku kerana beliau sebagai penumpang motorlori plaintif sedang tidur sebelum dan sewaktu kemalangan berlaku.
9
9.
Preamble
Menurut Pegawai Penyiasat, SP1, terdapat dua (2) versi yang bercanggah-
a
Versi motorlori plaintif adalah motorlori tersebut dipandu di lorong kanan apabila motorlori defendan dari kiri menukar ke lorong kanan dan menghalang laluannya.
b
Versi motorlori defendan adalah motorlori tersebut dipandu di lorong kiri dan motorlori plaintif melanggarnya dari arah belakang.
10
Ini adalah motorlori plaintif-
11
Dan ini adalah motorlori defendan-
12
Jika diletakkan bersama, gambarannya adalah seperti berikut-
13
Berdasarkan keterangan Pegawai Penyiasat, SP1-
a
Motorlori defendan adalah lebih panjang daripada motorlori plaintif.
b
Motorlori defendan adalah motorlori 10 tayar. Manakala motorlori plaintif adalah motorlori 6 tayar.
c
Motorlori defendan adalah motorlori muatan. Manakala motorlori plaintif adalah motorlori transport (menggunapakai ayat pegawai penyiasat).
d
Semasa kemalangan, motorlori defendan membawa muatan kayu sebagaimana dalam gambar di atas. Manakala tiada muatan dibawa dalam motorlori plaintif.
e
Semasa Pegawai Penyiasat, SP1 sampai ke tempat kejadian, salah satu motorlori telah dialihkan oleh pihak towing. Motorlori tersebut adalah motorlori plaintif. Motorlori defendan boleh bergerak.
f
Tetapi pihak Lebuhraya telah sampai sejurus selepas kemalangan berlaku.
g
Hasil siasatan Pegawai Penyiasat, SP1 dengan pihak Lebuhraya, selepas kemalangan, motorlori plaintif berada di lorong kanan. Manakala motorlori defendan berada di lorong tengah, di antara pembahagi jalan tengah. Sudah masuk sedikit ke sebelah kanan. Motorlori plaintif Motorlori defendan
h
Adalah mustahil pihak-pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa-mangsa dalam kemalangan tersebut terutamanya pihak Lebuhraya tidak merekodkan kejadian tersebut dan mengambil gambar-gambar tempat kemalangan, kenderaan-kenderaan dan mangsa-mangsa yang terlibat.
i
Tiada juga keterangan daripada Pegawai Penyiasat, SP1 yang menyatakan bahawa beliau ada bertanyakan kepada pihak Lebuhraya akan kewujudan rekod-rekod tersebut.
j
Oleh itu, pada pendapat Mahkamah keterangan berkenaan kedudukan motorlori-motorlori tersebut sebagaimana yang diterangkan oleh Pegawai Penyiasat, SP1 adalah hearsay say.
k
Terdapat kesan tayar di lorong kanan sebagaimana tandaan “B” dalam rajah kasar di bawah-
l
Kesan tayar yang ditanda “B” adalah dipercayai kesan tayar motorlori plaintif. Pemandu motorlori plaintif iaitu defendan 3 ada menyatakan beliau membrek.
m
Pegawai Penyiasat, SP1 tidak mengambil ukuran kesan tayar yang ditanda “B”tersebut.
n
Kesan perlanggaran yang merupakan cermin dari motorlori sebagaimana dalam gambar Eksibit P2 (O) dan (P) telah dialihkan.
14
Berikut adalah apa yang telah diplidkan oleh plaintif, defendan 1 dan defendan 3 berkenaan bagaimana kemalangan berlaku-
15
Dan ini adalah ringkasan ketiga-tiga pihak-Plaintif D1 dan D2 Defendan 1: Defendan 3 100:0 Defendan 1: Defendan 3 0:100% @ 50:50 Defendan 1: Defendan 3 100:0 Motorlori defendan berada di hadapan telah mengubah laluan dari lorong kiri ke lorong kanan tanpa sebarang amaran. Motorlori plaintif melanggar dari belakang motorlori defendan Motorlori defendan berada di hadapan telah mengubah laluan dari lorong kiri ke lorong kanan tanpa sebarang amaran. Keterangan SD2 iaitu defendan 3 dan laporan polis beliau yang ditanda sebagai D19A dan B menyokong pendirian plaintif.
Preamble
Menurut SD2 iaitu pemandu motorlori plaintif Beliau memandu di sebelah kanan pada kelajuan 80km/j. Sebelum kemalangan, beliau mula-mula nampak motorlori no. 9389 di laluan sebelah kiri tetapi dalam keadaan masih jauh lagi dan tiba-tiba apabila beliau dalam jarak 10m, Walaupun, peguam D1 & D2 telah meletakkan versi anak guamnya kepada D3 bertubi-tubi bahawa kemalangan berlaku dilorong kiri, namun D3 menafikannya dan tetap dengan pendirian dan keterangannya bahawa kemalangan berlaku di lorong kanan. motorlori tersebut tiba-tiba mengubah laluan dan kerana jarak terlalu dekat tidak dapat mengelak melanggar bucu kanan belakang motorlori tersebut. Selepas kemalangan, motorlori bergerak sedikit dan kemudian melanggar/tersangkut di divider. Motorlori defendan adalah lebih panjang daripada motorlori plaintif iaitu motorlori 10 tayar. Motorlori defendan mempunyai muatan perabot. Motorlori plaintif tidak mempunyai muatan. Kerosakan motorlori plaintif adalah di sebelah kiri hadapan dan motorlori defendan di sebelah kanan belakang. Cermin besar hadapan motorlori no. JUL 8812 dari kesan kemalangan terdapat di bahu jalan sebelah kiri/di laluan luar kerana telah dialihkan. Banyak benda/kesan kemalangan telah dialihkan semasa siasatan dilakukan. Pihak yang mula sampai di tempat kemalangan adalah pihak peronda dari LPT dan berdasarkan keterangan peronda tersebut iaitu Mohd Rosli Bin Abu Bakar, kedudukan motorlori plaintif adalah di lorong kanan manakala motorlori defendan berada di tengah-tengah di pembahagi lorong. Defendan 1 gagal memberi keterangan di Mahkamah. Keterangan yang diambil oleh pegawai penyiasat dari Defendan 1 adalah konsisten dengan Laporan Polisnya yang mengatakan kemalangan berlaku di sebelah kiri jalan (laluan sebelah kiri). (Nota Mahkamah-Defendan 1 tidak hadir memberi keterangan dan laporan polisnya tidak ditanda sebagai Eksibit) Hanya kerana Defendan 1 tidak hadir untuk memberi keterangan, tidak bermaksud keterangan Defendan Ketiga harus diterima sepenuhnya kerana Mahkamah perlu juga mempertimbangkan keterangan senyap (silent evidence) dan/atau keterangan dokumen yang ada di hadapan mahkamah. SD1 iaitu wakil peronda lebuhraya yang memberi keterangan bagi Defendan 1 dan 2 gagal memberi sebarang keterangan mengenai versi bagaimana kemalangan berlaku. SD1 sampai di tempat kemalangan selepas kemalangan berlaku tetapi sebelum pihak bomba dan pihak polis sampai di situ. Apabila sampai di tempat kemalangan, beliau melihat motorlorlori defendan berada di lorong kecemasan di laluan sebelah kiri dan motorlori plaintif di divider di laluan sebelah kanan. Untuk memastikan kelancaran trafik, SD1 mengarahkan motorlori defendan untuk dialihkan ke laluan sebelah kanan supaya lorong sebelah kiri boleh dibuka kepada laluan trafik. mengakui tidak menyiasat dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku tetapi hanya memberi keterangan Keterangan SD-1 harus ditolak kerana ianya tidak mempunyai sebarang “probative value” dan lapuran harian (exh ID- 17A) tidak boleh dirujuk kerana tidak disediakan oleh SD-1. Gambar-gambar yang diambil oleh SD-1 iaitu (exh D-17B Ikatan F m/surat 2-4) juga membuktikan kedua-dua m/lori berada dilaluan kanan iaitu laluan sah m/lori No JUL 8812 dan ini menyokong versi D3 dan siasatan SP-1 bahawa kemalangan sebenarnya berlaku dilorong kanan. semasa Pemeriksaau Utama telah menerangkan bahawa m/lori 9389 berada di laluan kecemasan dan m/lori No JUL 8812 berada di berdasarkan apa yang dilihat apabila sampai di tempat kemalangan. tidak pernah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan memaklumkan kedudukan kenderaan semasa beliau sampai sebaliknya hanya membuat laporan berkenaan sebarang kerosakan pada harta LPT. lorong laju dan beliau telah mengambil gambar kedudukan m/lori-m/lori tersebut (soalan & jawapan No 10 & 11 PSD- 1), namun semasa di soal balas beliau mengaku tidak mengambil sebarang gambar m/lori berada dalam posisi tersebut. (Inconsistency No.1) telah mengaku bahawa beliau tidak menyaksikan kemalangan tersebut dan tiba selepas kejadian, namun beliau telah melakarkan rajah kasar cara kemalangan berlaku (ekshibit D-16, m/surat 2 Ikatan G) dan beliau menerangkan lakaran tersebut adalah berpandukan kepada keterangan kedua-dua pemandu m/lori kepadanya. Semasa soal-balas, SD-1 mengaku belaiu tidak mengambil sebarang pernyataan bertulis daripada pemandu-pemandu m/lori dan beliau juga setuju lakaran beliau berbeza dari gambar exh D-20A (m/surat 1 Ikatan E) dan gambar exh D-16 m/surat 3 Ikatan F yang menunjukkan kedudukan m/lori JUL 8812 melekat dengan besi penghadang lebuhraya dan bukannya di lorong laju seperti dalam lakaran beliau. SD-1 setuju lakarannya tidak tepat dan gambar yang sedia-ada tidak menyokong lakaran yang dia sediakan. (Inconsistency No.2). Semasa Pemeriksaau Utama, SD-1 mengaku beliau telah menyediakan Lapuran Harian (m/surat 1 Ikatan F – exh ID 17A), namun semasa Pemeriksaan Balas bila percanggahan di bawa kepada perhatian SD-1, beliau menerangkan bahawa dia tidak menyediakan lapuran tersebut dan ianya disediakan oleh Pusat Kawalan (Inconsistency No.3). Semasa Pemeriksaan Utama & Balas, SD-1 menerangkan bahawa lampiran A kepada lapuran polisnya adalah lapuran kejadian (exh D- 16 m/surat Ikatan G) namun semasa Pemeriksaan Semula, mengaku sebenarnya lampiran A tidak disertakan bersama lapuran polisnya. (Inconsistency No.4). Semasa Pemeriksaan Balas, telah bersetuju beliau tidak mempunyai kepakaran untuk “re-construct” kemalangan tersebut dan Pegawai Penyiasat adalah pihak yang lebih arif dalam siasatan kemalangan. SD-1 juga telah bersetuju bahawa beliau tiba dilokasi kemalangan pada
12
12.06 am dan gambar yang di ambil pada 12.09 am (3minit kemudian) membuktikan kedua-dua m/lori berada dilaluan laju iaitu laluan m/lori JUL 8812. telah mengaku semasa Pemeriksaan Balas bahawa lakaran yang dibuat olehnya adalah hanya andaian beliau mengenai cara kemalangan tersebut berlaku. Oleh itu, hanya wujud satu versi sahaja di hadapan Mahkamah ini i.e. motorlori Defendan menukar lorong dari lorong kiri ke lorong kanan dengan tiba-tiba serta tanpa sebarang amaran. Kedudukan kenderaan betul-betul selepas perlanggaran berlaku-keterangan SD1 adalah yang paling tepat untuk mengesahkan di mana kedudukan kenderaan betul-betul (immediately) selepas kemalangan kerana beliau adalah orang pertama sampai selepas kemalangan berlaku. Beliau sendiri yang melihat di mana motorlori tersebut berada selepas kemalangan iaitu di lorong kecemasan sebelah kanan dan mengarahkan untuk ia Exh D-20 A-E (m/surat 1- 5 Ikatan E) dan exh D17B (m/surat 2-4 Ikatan F) secara jelas membuktikan kedua-dua m/lori berada di laluan kanan iaitu laluan sah m/lori No JUL 8812. Tanda brek iaitu abjad B di rajah kasar (m/surat 6 Ikatan B) dan di gambar exh P-2 M & N (m/surat 14 Ikatan B) juga berada di laluan m/lori no JUL
8812
Jika kemalangan berlaku di laluan sebelah kiri sudah pasti, tanda brek akan berada di laluan Tindakan tersebut telah mewujudkan agony of the moment kepada defendan 3 untuk mengelak kemalangan. The doctrine of res ipsa loquitur is in truth a mere rule of evidence and it means that an event which, in the ordinary course of things, is more likely than not to have been caused by negligence is, by itself, evidence of negligence. The mere happening of an accident is not res ipsa loquitur, but if such accident involves at least a demonstrable minor degree of negligence, then the doctrine which is a rule of evidence would apply. In the instant case, the sketch plan showed that the accident took place very close to the centre of the road and this would mean that in the absence of contrary indications, the first respondent was presumed to be prima facie negligent. dialihkan ke sebelah kiri untuk kelancaran trafik. Beliau juga mengesahkan bahawa ia boleh/telah dialihkan dalam masa yang sekejap iaitu beberapa minit sahaja. Kami memohon mahkamah untuk mengambil kira bahawa adalah seorang independent witness yang langsung tidak mempunyai kepentingan di dalam kes kemalangan ini dan memberi keterangan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Walaupun Defendan 3 yang mengatakan bahawa motorlori Defendan berada di hadapannya selepas kemalangan berlaku, beliau sebenarnya tidak nampak kedudukan tersebut dan bukannya di lorong kanan. Kerosakan kepada bucu kanan belakang m/lori VBM 9389 dan impak kerosakan kepada bahagian hadapan kiri m/lori No JUL 8812 membuktikan kerosakan sebegini hanya boleh berlaku apabila m/lori No 9389 tukar haluan dari lorong kiri ke lorong kanan, sila lihat exh P-2 D-F (m/surat 9 & 10 Ikatan B). Bagi kemalangan sebegini rupa di mana kenderaan yang menukar haluan tanpa memastikan ianya selamat untuk berbuat demikian sehingga mengakibatkan kemalangan adalah 100% cuai dan bertanggungjawab Sehingga hari ini tiada sebarang keterangan disebaliknya dikemukakan. Maka dengan rendah diri dihujahkan bahawa Defendan 2 dan 4 bertanggungan secara vikarius bagi kecuaian Defendan 1 dan 3. motorlori tersebut betul-betul selepas kemalangan berlaku. Beliau hanya melihat kedudukan itu selepas ia dialihkan ke situ dan bukan sebelum itu, kerana dalam masa yang singkat selepas kemalangan ia telah dialihkan. Gambar yang diambil juga adalah kedudukan kenderaan selepas ia dialihkan dan bukan kedudukan betul-betul selepas pelanggaran berlaku. Oleh itu, kedudukan motorlori defendan adalah seperti yang disahkan oleh SD1 iaitu di lorong kecemasan sebelah kiri. Dan memandangkan kedudukannya di situ, maka versi bahawa mengakibatkan kemalangan tersebut. Pada kelajuan 20km/j suatu kenderaan akan meliputi jarak 29.33 kaki per saat, jadi pada kelajuan 80km/j dan jarak 25 kaki, kemalangan tersebut akan berlaku dalam sekelip mata dan D3 tiada sebarang masa atau peluang untuk mengambil langkah-langkah mengelak melainkan menekan brek kecemasan m/lorinya namun terlanggar juga. Tindakan D1 menukar hala tujuan secara tiba-tiba telah mengakibatkan suatu keadaan kecemasan (agony of the moment) kepada D3 yang hanya berupaya menekan brek kemalangan berlaku di sebelah kiri jalan adalah lebih probable kerana adalah lebih munasabah bahawa motorlori no. VBM 9389 untuk pergi ke kiri jalan selepas kemalangan berlaku. Defendan 3 sendiri mengakui bahawa selepas perlanggaran dengan motorlori no. VBM 9389 bergerak dan berhenti di divider. Jika kemalangan itu berlaku semasa motorlori no JUL 8812 berada di laluan sebelah kanan, adalah agak mustahil untuk motorlori tersebut untuk bergerak dan berhenti di divider. Motorlori no. JUL 8812 itu sendiri adalah sebuah motorlori yang besar yang hampir memenuhi laluan tersebut. m/lorinya bagi mengelak pertembungan. Tindakan semasa berada dalam keadaan kecemasan tidak boleh di anggap sebagai kecuaiannya. Keterangan mengenai bagaimana kemalangan tersebut berlaku harus diterima sebagai versi yang betul dan sahih kerana tiada versi dari D1. D1 gagal hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Oleh itu mahkamah perlu menggunakan “adverse inference” dibawah Sek 114(g) Akta Keterangan 1950 iaitu beliau enggan hadir kerana versi kemalangan yang dinyatakan dalam Pembelaannya adalah tidak benar. Bagaimana ia boleh melanggar di laluan tersebut dan bergerak dan berhenti di divider. Jika dilihat di dalam rajah kasar itu sendiri, kesan tayar itu adalah agak panjang iaitu bermula dari tengah sehingga ke divider. Rajah kasar tersebut tidak menyatakan panjang kesan tayar tersebut tetapi memandangkan ada dinyatakan lebar jalan tersebut, maka boleh diandaikan bahawa kesan tersebut adalah lebih kurang 1.7m dan tidak mencerminkan kemalangan yang berlaku di laluan belah kanan tersebut. Adalah juga mustahil bagi satu kenderaan yang lebar yang hampir Penghujahan Defendan 1 untuk liabiliti sama rata tidak munasabah dan langsung tidak berbaloi berbanding dengan keterangan langsung (direct evidence) yang diberikan oleh D3 dan juga siasatan terperinci I/O. Peguam Defendan 1 gagal menyangkal keterangan I/O semasa pemeriksaan balas dan I/O telah megesahkan bahawa mengikut rakaman percakapan SD-1 (Rosli dari LPT) kedudukan m/lori adalah diantara lorong kanan dan kiri iaitu tanda hijau dalam rajah kasar semasa beliau tiba di tempat kejadian. Keterangan ini tidak dicabar oleh peguam Defendan Pertama. memenuhi laluan boleh mengelak ke kanan dalam jarak yang dekat yang dan menghasilkan kesan tayar itu. Jika beliau mengelak dilaluan tersebut sudah tentu motorlori no.JUL 8812 akan terus melanggar divider kerana tiada lagi ruang di sebelah kanannya. Kerosakan pada motorlori JUL 8812 di gambar ditanda sebagai P2 (f) (di m/s Ikatan B) iaitu bermula sebelah kiri hadapan dan keseluruhan kepala sebelah kiri yang jelas menunjukkan kesan seretan yang tidak akan berlaku jika ia melanggar belakang motorlori VBM 9389 dan terus melanggar divider di sebelah kanan. Peguam Defendan Pertama gagal mencabar keterangan dan lakaran kedudukan m/lori-m/lori dalam rajah kasar yang dilakukan oleh I/O. Oleh itu, keterangan I/O harus diterima sebagai benar. Tambahan lagi peguam Defendan Pertama telah berhujah bahawa SD-1 tidak pernah memberi rakaman percakapan (Sec 112 CPC statement) kepada I/O namun peguam Defendan 1 gagal mencabar keterangan I/O mengenai isu tersebut, dan ini adalah ”fatal”. Peguam Defendan 1 telah melakarkan rajah kasar bagi mengemukakan versi kemalangan Defendan 1 Cermin besar hadapan motorlori no JUL 8812 telah dialihkan ke sebelah kiri jalan. Berdasarkan gambar motorlori tersebut di P2
f
(di m, kelihatan bahawa cermin besar tersebut sudah tiada pada motorlori tersebut. Jika cermin itu perlu dialihkan sudah tentu ia dialihkan ke tempat yang lebih berdekatan dengan tempat di mana ia mula berada. Memandangkan ia telah dialihkan ke sebelah kiri, maka kami menghujahkan bahawa perlanggaran itu sebenarnya telah berlaku di laluan sebelah kiri. Keadaan jalan tersebut adalah gelap dan tidak mustahil bahawa Defendan 3 tidak dapat iaitu perlanggaran berlaku di lorong kiri dari arah belakang dan m/lori D3 terbabas ke kanan jalan Namun, versi ini tidak pernah diletakkan kepada semasa Pemeriksaan Balas mahupun dalam Pembelaan Defendan Pertama. Versi ini adalah semata-mata rekaan peguam Defendan Pertama kerana beliau tidak hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Oleh itu, versi ini wajar di tolak. Peguam Defendan Pertama seterusnya telah bergantung kepada keterangan bahawa lokasi m/lori VBM 9389 adalah di laluan kiri selepas kemalangan. melihat dengan jelas kenderaan di hadapannya. Semasa kemalangan Defendan Ketiga telah memandu dari 30/05/2025 sehingga 31/05/2025 dari Melaka dan menghantar barang di beberapa tempat di Kuala Terengganu dan kemudian dalam perjalanan balik semula ke Melaka. Mereka hanya singgah di R&R Paka untuk mandi dan kemudian meneruskan perjalanan sehingga sampai ke tempat kemalangan. Kami memohon mahkamah mengambil judicial notice jarak antara 2 tempat itu adalah lebih dari 100km. Defendan Ketiga telah memandu dari Melaka ke Kuala Terengganu dan Masalahnya, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan lokasi m/lori tersebut di lorong kiri. Sebaliknya, semasa Pemerisaan Balas, SD-1 telah setuju dalam masa 3 minit beliau sampai dilokasi kemalangan beliau telah mengambil gambar-gambar yang membuktikan kedua-dua m/lori berada di lorong kanan dan bukannya di lorong kiri. Keterangan-keterangan yang diberikan oleh SP-1 & SD-2, ianya jelas kemalangan tersebut telah diakibatkan oleh kecuaian 100% Defendan Pertama dalam pemanduan dan pengawalan m/lori VBM
9389
dalam perjalanan pulang semula ke Melaka dan semasa kemalangan berlaku masa sudah menghampiri pukul 12 am. Plaintif sendiri yang berada di tempat penumpang sudah tidur dan adalah tidak mustahil Defendan Ketiga juga dalam keadaan penat dan mengantuk. Oleh itu mahkamah tidak boleh menolak kemungkinan dan perlu mengambil kira keadaan Defendan Ketiga semasa itu. Defendan Ketiga memberi keterangan bahawa sepanjang perjalanan beliau memandu di laluan sebelah kanan sedangkan tiada kenderaan lain yang berada di atas jalanraya pada masa tersebut. Adalah menjadi peraturan jalanraya bahawa kenderaan hanya berada di lorong kanan jika hendak memotong, apa lagi sebuah kenderaan berat seperti motorlorinya. Defendan Ketiga memberi keterangan bahawa beliau memandu dengan kelajuan 80kmph. Kenapa beliau mesti memandu di sebelah kanan dalam kelajuan tersebut dan jika beliau tidak perlu memotong sebarang kenderaan lain? Adalah lebih berkemungkinan bahawa Defendan Ketiga sebenarnya memandu di laluan kiri sebelum kemalangan berlaku. Jik Mahkamah tidak bersama kami dan tidak bersetuju bahawa keterangan senyap yang ada menyokong versi Defendan Pertama , keterangan-keterangan tersebut juga tidak menyokong versi Defendan Ketiga. Tiada apa di dalam rajah kasar yang menyokong bahawa kemalangan berlaku di laluan kanan kecuali kesan tayar yang tidak membuktikan di mana kemalangan berlaku. SP1 yang menyiasat kes kemalangan ini sendiri memutuskan bahawa terdapat keterangan yang bercanggah dan tiada sebarang keterangan atau bukti lain untuk menyokong versi mana-mana pihak dan tidak menyaman mana-mana pihak. Jika benar kemalangan adalah seperti versi Defendan Ketiga, sudah tentu Defendan Pertama sudah dipersalahkan dan disaman kerana menyebabkan kemalangan kerana mengubah laluan secara tiba-tiba. Oleh itu, kedua-dua pihak adalah bertanggungan atau “equally liable”. Seterusnya secara alternatifnya, jika Mahkamah memutuskan untuk menerima keterangan Defendan Ketiga yang mengatakan kemalangan berlaku apabila beliau memandu di laluan kanan dan perlanggaran berlaku apabila Plaintif menukar laluan, kami menegaskan Defendan Pertama tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya. Defendan Ketiga telah mengakui bahawa beliau sejak dari mula lagi memandu di laluan sebelah kanan. Kenapa beliau perlu memandu di sebelah laluan kanan sedangkan tiada kenderaan lain berada di atas jalanraya dan adalah menjadi peraturan lalu lintas bahawa laluan sebelah kanan adalah laluan memotong dan kenderaan yang tidak memotong terutama kenderaan berat perlu dipandu di laluan sebelah kiri. Oleh itu Defendan Ketiga sendiri sebenarnya memandu dalam keadaan yang laju sehingga tidak dapat mengelak dari pelanggaran dengan motorlori Defendan Pertama. Keadaan Defendan Ketiga yang berkemungkinan memandu dalam keadaan penat di waktu malam juga mempengaruhi pemanduannya dan gagal untuk memberi perhatian sepenuhnya untuk mengelakkan dari kemalangan ini. Motorlori no. VBM 9389 adalah motorlori yang besar dan berat dan adalah mustahil boleh mengubah laluan secara tiba-tiba hingga Defendan Ketiga tidak boleh mengelak. Oleh itu Defendan Ketiga juga ada menyumbang di dalam kemalangan ini dan kami menghujahkan bahawa liabiliti yang munasabah jika mahkamah menerima keterangan Defendan Ketiga masih 50% terhadap Defendandan Pertama dan 50% terhadap Defendan Ketiga.
16
Jelas, terdapat dua (2) versi yang bercanggah.
17
Persoalannya, adakah hanya kerana versi kemalangan bercanggah, maka, Mahkamah harus mengagihkan liabiliti sama-rata?
18
Abdul Malik Ishak H (pada ketika itu) dalam kes Tabarani Mohd Arsad & Anor v Chan Tenn Yeu [1999] 3 CLJ 188 telah memberi panduan kepada Mahkamah apabila berhadapan dengan dua versi yang berbeza-There were two versions of the accident. One version came from the respondent plaintiff himself while the other version was that of the first appellant defendant. The trial court fell in error when it approached the case solely on the basis of deciding which story to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the testimony of the credible witnesses. Spenser Wilkinson J castigated the magistrate in Koay Teik Choo & Ors v. Reg [1955] 1 LNS 42; [1956] 22 MLJ 52, for approaching the case upon the basis of which of the two conflicting stories he should believe. His Lordship remarked at p. 53 of the report that: One of the dangers of this approach is that it leaves entirely out of account the possibility (which in my opinion existed in a very high degree in the present case) that what has really been proved is something between the two stories. In Noorianti bt Zainol Abidin (F) & 8 Others v. Tang Lei Nge & Tang Lye Chang [1990] 2 CLJ Rep 545; [1990] 1 CLJ 943, Lim Beng Choon J had occasion to say that the trial judge should not approach the case on the basis of deciding which story out of the conflicting stories that should be believed, but rather to consider which version was inherently probable or improbable. All things being equal, it is trite law that if the version of one of the parties is inherently probable, then the judge has no choice but to accept that version forthwith (Chua Chong Cher v. Teo Lang Keow & Ors [1970] 1 LNS 18).
19
Dalam kes Chai Kah Sim v Ishak bin Saad [1986] 2 MLJ 132 Mahkamah Agong telah mengesahkan cara yang digunakan oleh Mahkamah Bicara dalam menghadapi dua versi yang berbeza. Berikut adalah apa yang diputuskan oleh Syed Agil Barakbah SCJ (pada ketika itu)- The parties gave conflicting versions of the manner in which the accident occurred as noted by the trial Judge. According to the respondent, he was riding his motor-cycle about two feet from the left edge of the road and while negotiating the bend he collided against the rear off-side wheel of the oncoming lorry. After that, he could not remember anything else. On the other hand, the appellant testified when approaching the bend he saw the respondent coming straight at his lorry. He tried to swerve to the left to avoid a collision but the respondent's motor-cycle collided against the front of the rear off-side tyre of the lorry. In the light of the contradictory versions, the learned Judge took into consideration the other available evidence, viz., the sketch plan and photographs of the scene showing the positions of the two vehicles after the accident and the police reports lodged by both parties to assist him in making his finding. In our view, he has applied the correct test.
20
Berpandukan prinsip undang-undang di atas, saya teruskan dengan penilaian hujahan-hujahan, bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang dikemukakan.
21
Kedudukan kedua-dua motorlori sebagaimana dilihat oleh SD1 apabila beliau sampai di tempat kejadian sebelum polis dan bomba tidak boleh menjadi faktor utama kepada penentuan liabiliti.
22
Dalam kes ini, keterangan yang tidak dipertikaikan adalah motorlori defendan masih boleh bergerak selepas kemalangan berbanding dengan motorlori plaintif.
23
Dengan keadaan dan saiz yang lebih panjang dan keadaan trafik (sebagaimana SD1 mengatakan mengarahkan motorlori defendan untuk bergerak ke kanan sebab memberi laluan kepada kenderaan lain) adalah menjadi kebarangkalian yang tinggi bahawa motorlori defendan tersebut bergerak dan berhenti di tempat yang dilihat oleh
24
Walaupun keterangan SP1 tidak dicabar berkenaan dengan kedudukan kedua-dua motorlori tersebut, keterangan tersebut adalah diangap hearsay kerana bukan beliau snediri yang melihat.
25
SD2 dengan jelas telah menyatakan beliau nampak kehadiran motorlori defendan di sebelah lorong kiri dan motorlori plaintif di laluan laju di sebelah kanan. Ini menunjukkan bahawa motorlori plaintif mempunyai keutamaan jika sebarang kenderaan di sebelah kiri mengubah haluan.
26
Adalah mustahil untuk Mahkamah ini menerima versi pihak defendan 1 dan defendan 2 apabila melihat keadaan kerosakan yang dialami oleh kedua-dua kenderaan.
27
Hanya kerana SP1 mengklasifikasikan kes sebagai RTM dan kerosakan adalah di sebelah kanan belakang motorlori defendan dan sebelah kiri motorlori plaintif, ini tidak boleh menjadikan faktor utama untuk pembahagian liabiliti sebanyak 50:50.
28
Isu berkenaan motorlori defendan yang lebih panjang dan mempunyai muatan kayu adalah tidak berkemungkinan mengubah haluan kerana berat dan ambil masa, dalam kes ini, Mahkamah tidak melihat proses mengubah haluan tersebut adalah seperti sebuah motorcar biasa.
29
Perlu diingat bahawa motorlori plaintif berada di laluan kanan yang merupakan laluan laju. Tiada kesalahan pun yang dilakukan oleh defendan 3 apabila memandu motorlori plaintif di laluan tersebut.
30
Dan keterangan yang ada SD2 menyatakan beliau memandu dengan kelajuan 80 km/j dan bukan dalam keadaan mengantuk. Jika tidak, masakan beliau boleh menceritakan dengan yakin jarak beliau mula-mula nampak motorlori defendan tersebut. Dan Mahkamah tidak mendapati sebarang alasan untuk tidak mempercayai saksi tersebut.
31
Dalam keadaan sedemikian, "encroachment" yang sedikit pun daripada motorlori defendan yang panjang tersebut dari lorong kiri masuk ke laluan laju di sebelah kanan akan menyebabkan situasi yang tidak boleh dielakkan dengan keadaan sekeliling (gelap, tiada kenderaan yang lain selain motorlori defendan sebelah kiri yang panjang dan ada muatan) yang langsung tidak memberi anggapan kemungkinan motorlori defendan tersebut akan “makan jalan” motorlori plaintif.
32
Oleh itu, tidak mustahil bagi motorlori plaintif dipandu dengan kelajuan 80 km/j dengan anggapan di atas dan dalam keadaan bergerak dengan kelajuan tersebut memusing stering motorlori plaintif ke kanan, sambil membrek (tandaan B) untuk mengelak kemalangan walaupun gagal. Ini adalah selari dengan kerosakan-kerosakan yang berlaku dan tandaan yang ada sebagaimana dalam rajah kasar.
33
Isu yang dibangkitkan oleh peguam defendan 1 dan 2 bahawa kemungkinan defendan 3 penat dan mengantuk kerana semasa kemalangan defendan 3 telah memandu dari 30/05/2025 sehingga 31/05/2025 dari Melaka dan menghantar barang di beberapa tempat di Kuala Terengganu (jarak lebih 100 kilometer) dan kemudian dalam perjalanan balik semula ke Melaka adalah satu spekulasi.
34
Jika Mahkamah ini ingin mengambil kira sekalipun, hujahan defendan 1 dan 2 bahawa plaintif dan defendan 3 singgah di R&R Paka untuk mandi dan kemudian meneruskan perjalanan sehingga sampai ke tempat kemalangan yang sudah menghampiri pukul 12 a.m. sebenarnya menyokong kes pihak plaintif dan defendan 3. Sekurang-kurangnya hujahan tersebut menunjukkan bahawa defendan 3 telah berehat dengan cukup sebelum meneruskan perjalanan beliau. Keadaan plaintif yang tidur semasa kejadian adalah tidak mustahil berlaku kerana beliau bukan memandu motorlori plaintif tersebut. Tetapi sebagai penumpang dan/atau kalendan motorlori plaintif tersebut.
35
Untuk menerima cadangan peguam defendan 1 dan 2 yang mengatakan bahawa kalau SD2 tidak membawa laju, pasti boleh mengelak kemalangan, adalah tidak wajar dengan mengambil kira jalan yang gelap dan saiz kedua-dua kenderaan.
36
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa pihak plaintif telah berjaya membuktikan kes beliau atas imbangan kebarangkalian ke atas defendan 1 dan 2.
37
Liabiliti-Defendan 1 (100%) : Defendan 3 (0%).
38
Berkenaan gantirugi khas ini, secara prinsipnya pihak yang menuntut perlulah menyatakan gantirugi tersebut secara spesifik dan seterusnya membuktikan dengan ketat.
39
Prinsip ini telah digariskan oleh Syed Agil Barakbah FJ (pada ketika itu) di dalam kes Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] CLJ Rep 300 seperti berikut-It is a well-established principle that special damages in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. They are recoverable only where they can be included in the proper measure of damages and are not too remote (see Halsbury's Laws of England 4th Edn., Vol. 11 p. 218 para. 386). That in our view is the cardinal principle adopted by all Courts both in England and this country. The same principle was adopted by Ong Hock Thye FJ (as he then was) in Lee Hup Transport & Co. and Anor. v. Wong Kong [1967] 1 LNS 215[1967] 2 MLJ 93 which was an appeal on quantum of damages. Quoting an excerpt from the judgment of Wilmer LJ in Ilkiw v. Samuels [1963] 1 WLR 991 he held that the general damages should not be awarded as though they were special damages properly pleaded and proved. Similarly Chang Min Tat FJ (as he then was) in Murtadza bin Mohamed Hassan v. Chong Swee Pian [1979] 1 LNS 57applied the principle in Ilkiw v. Samuels (supra) that special damages if pleaded as in that case could be recovered. The principle was also adopted by Mohamed Azmi J (as he then was) in Sam Wun Hoong v. Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 in the Federal Court. The reason that special damages have to be specifically pleaded is to comply with its object which is to crystallise the issue and to enable both parties to prepare for trial(per Edmund Davies LJ in Domsalla v. Barr [1969] WLR 630, 634). In special damages claims the exact loss must be pleaded where the precise amount of item of damages has become clear before the trial either because it has already occurred and so become crystallised or because it can be measured with complete accuracy (MacGregor on Damages 14th Edn., p. 1012 para. 1498). The purpose is to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial (per Cotton LJ in Phillips v. Phillips [1878] 4
40
Berkenaan bukti pula, bukti terbaik yang ada perlulah dikemukakan untuk menyokong sesuatu tuntutan.
41
Namun “where the damage suffered by the plaintiff is obvious, essential and necessary, the Courts have awarded a reasonable sum without insistence of strict proof depending of course on the circumstances of each case. However, the Court should as a general rule, wherever possible, insist on the strict compliance with rules of evidence”.1 1 S.Santhana Dass, Personal Injury Claims, Alpha Sigma Sdn Bhd (2000), page 10
42
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, saya telah menjadualkan item-item yang diplidkan di dalam penyata tuntutan seperti berikut-Plaintif Defendan 1&2 Defendan 3&4 kos laporan polis, rajah kasar dan gambar Ditarik balik oleh plaintif Mahkamah – Item dibatalkan kos carian JPJ RM10.00 (resit bayaran di m/s 23 Ikatan Dokumen Bersama). RM 10.00 berdasarkan resit adalah munasabah dimasukkan bawah kos tindakan. Mahkamah – Item di bawah kos-RM10.00 kos Laporan Perubatan HTAA RM160.00 (RM40 x 4) RM 160.00 berdasarkan resit adalah munasabah dimasukkan bawah kos tindakan. kos Laporan Perubtan Hospital Kuala Lumpur kos Laporan Perubatan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kos Laporan perubatan Hospital Kuala Pilah Mahkamah – Item di bawah kos-RM160.00 Kos lapuran pakar orthopedik Dr.Moses RM1,800.00 resit bayaran di m/s 79 Ikatan Bersama (Ikatan B) telah ditandakan sebagai exhibit P-13 E RM 1,800.00 berdasarkan resit adalah munasabah dimasukkan bawah kos tindakan. Mahkamah – Item di bawah kos-RM1,800.00 Kos lapuran pakar orthosis/prosthesis dari Endolite Asia Sdn Bhd: RM3,000.00 bukti bayaran lapuran di m/s 80 Ikatan Dokumen Bersama (Ikatan B) telah ditandakan sebagai exhibit P-13 F RM 3,000.00 berdasarkan resit adalah munasabah dimasukkan bawah kos tindakan. Mahkamah – Item di bawah kos-RM3,000.00 Kos perjalanan semasa plaintif berada di HTAA (RM200 x 21 hari) (RM150.00 x 21 hari dan duit minyak untuk ulang alik dari kampung RM700.00): RM4,200.00 Kos perjalanan semasa plaintif berada di HTJ (RM200 x 10 hari) (RM200 x 1 hari) : RM200.00 Kos perjalanan semasa plaintif berada di HKL (RM300 x 10 hari) (RM300 x 10 hari) : RM3,000.00 Kos perjalanan semasa plaintif berada di Hospital Kuala Pilah (RM200 x 25 hari) (RM100 x 25 hari) RM2,500.00. Kos perjalanan untuk rawatan susulan RM100 x …. kali dan berterusan RM50 x 6 kali dan berterusan: RM300.00 Hujahan plaintif- Plaintif memberi keterangan bahawa selepas kemalangan berlaku beliau dimasukkan pada awal pagi iaitu 1.6.2022 ke HTAA, Kuantan untuk menerima rawatan sehingga 21.6.2022. Lapuran perubatan awal dari HTAA, Kuantan di m/s 24-25 Ikatan Dokumen Bersama (Exhibit P-8). Beliau memohon dari pihak hospital untuk di discaj kerana kampung di Felda Paloh 6 dan hendak mendapatkan rawatan di hospital berdekatan untuk rawatan seterusnya kerana kos perbelanjaan yang dialami oleh ahli keluarga adalah tinggi. Pada mulanya beliau menerima rawatan di unit kecemasan HTJ, Seremban dan keluar pada tarikh yang sama. Lapuran perubatan tersebut di m/s 28-29 Ikatan Dokumen Bersama (exhibit P-10). Beliau kemudiannya dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah pada 24.6.2022 sehingga 18.7.2022. Lapuran perubatan beliau dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah di m/s 30-32 Ikatan Dokumen Bersama (exhibit P-11). Beliau di masukkan ke HKL pada 18.07.2022 sehingga 28.07.2022. Lapuran perubatan Hospital Kuala Lumpur di m/s 26-27 Ikatan Dokumen Bersama (ekshibit P-9). Semasa beliau berada di HTAA, Kuantan adik dan emak beliau datang dan menjaga beliau. Mereka tinggal bersama di hospital. 3 hari sekali mereka balik kampung dan kembali. Kos makan-minum mereka serta makan minum dan barang keperluan beliau serta perbelanjaan lain seperti pampers orang dewasa yang digunakan oleh beliau ditukar 3 kali sehari. Perbelanjaan harian adalah lebih kurang RM150.00 sehari. Manakala bila ahli keluarga beliau balik kampung dalam masa 3 hari sekali, maka duit minyak adalah lebih kurang RM100.00. Manakala bila beliau menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah, ibu yang menjaga beliau dan beliau masih terpaksa menggunakan pampers orang dewasa. Ahli keluarga akan berulang alik setiap hari dari kampung. Perbelanjaan mereka adalah lebih kurang RM100.00 sehari termasuk duit minyak, makan-minum serta pampers yang dibeli. Dokumen di m/s 61-63 adalah buku temujanji Hospital Kuantan. Manakala dokumen di m/s 62 ke 63 adalah buku temujanji Hospital Pilah dan Klinik Kesihatan Bahau. Beliau dibawa oleh adik beliau dengan kereta untuk rawatan lanjut dan kos perjalanan adalah RM50.00 satu perjalanan. Buku temujanji Hospital Kuala Pilah dan Klinik Kesihatan Bahau di m/s 64-65 telah di tandakan sebagai exhibit P-12, menunjukkan beliau menjalani temujanji untuk 6 kali. Untuk membuktikan tuntutan seperti ini tidak diperlukan pembuktian ketat. Dalam kes kes Mat Jusoh V Syarikat Jaya Seberang Takir Sdn Bhd [1982] 2 MLJ 71 telah memutuskan bahawa: “As to hospital travelling expenses, it is on record that the plaintiff was admitted to Kemaman Hospital and later to Kuantan General Hospital. He remained in hospital for five days until he was discharged on November 18, 1976 ….. Kijal and Kuantan are about 60 to & 70 miles apart. Although there is no evidence to show whether members of the family made trips to see him in hospital I assume that they must have done so, having regard to the custom and concern of the people in this country, particularly rural folks towards their sick relatives.”. Hujahan Defendan 1 dan 2 Kerajaan Malaysia & Anor v Nurul Rabihah bte Abdul Rahman (2024) 5 MLJ 88 (m/surat 256- 277 Ikatan otoriti D3) Held: The respondent actually failed to prove special damages for the respondent’s travelling expenses from the respondent’s house to the respective hospitals. Regardless, the appellant was able to concede and agree to the sum of RM 4,000.00 being expenses reasonably incurred by the respondent. Thus, the award for the expenses reasonably incurred by the respondent to seek treatment was affirmed. Defendan 1 dan 2 tidak mempertikaikan bahawa, keluarga Plaintif telah menziarahi beliau di hospital dan Plaintif telah memperolehi rawatan susulan di hospital-hospital tersebut, namun oleh kerana Plaintif telah gagal membuktikan kos perjalanannya, kami berhujah kos nominal sebanyak Rm 1,000.00 adalah cukup munasabah. Kes: Hock Huat Iron Foundry (suing as a firm) v Naga Tembaga Sdn Bhd
1999
1 MLJ 65 (m/surat 278-301 Ikatan otoriti D3) Held: As to the question whether the defendant has proved its loss, the learned trial judge said that the law is clear that the burden of proving both the facts and the amount of damages lies on the person seeking damages before he can recover them. The learned trial judge concluded that the loss had not been proved sufficiently by the defendant. Thus, when the damage is shown but the amount is not proved, the court will usually award nominal damages. He accordingly gave judgment for RM10 as nominal damages for the loss of interest on project investment and loss of income on investment. As for the defendant's cross-appeal on the award of nominal damages amounting to RM10, we dismissed it for the same reasons and also because we agree with the reasons put forward by the learned trial judge earlier in this judgment. Hujahan Defendan 3 dan 4 Bersetuju dengan pendirian defendan 1 dan 2. Dan mengambil pendekatan yang sama. Kes PRABU A/Ll KALAISELVAN-V-TAN KIM BENG & ANOR [2012] 1 PIR [31] (Tab 22 Ikatan Otoriti Defendan Pertama dan Kedua) bagi tuntutan di bawah Gantirugi Khas di mana Hakim Mahkamah Sesyen telah mengingatkan diri beliau kepada prinsip yang terdapat di dalam kes Yeap Cheng Hock-v-Kajima Tasei-Joint Venture [1973]1 MLJ 230 di mana Hakim Syed Agil Barakbah telah memutus kan: “The Plaintiff must prove the Special Damages and that is not enough for him to write down the particulars and leave them for the court to decide.” Keputusan Mahkamah- Mahkamah bersetuju dengan pendirian defendan-defendan dalam kes ini. Namun, berdasarkan dokumen-dokumen yang ada berkenaan rawatan-rawatan yang diterima, temujanji-temujanji yang dihadiri, keadaan plaintif sendiri dan alamat kediaman plaintif, Mahkamah berpendapat kos nominal yang wajar bagi item ini adalah RM3,000.00. Kos perubatan di hospital Ditarik balik oleh plaintif Mahkamah – Item dibatalkan Kos kehilangan pendapatan (RM1,500.00) dan sumbangan) Hujahan plaintif KWSP (RM195.00) oleh majikan setiap bulan dari tarikh kemalangan dan berterusan sehingga hari ini: Maka kehilangan gaji Plaintif dari July 2022 sehingga Mei 2025 adalah RM1,519.85 x 35 bulan = RM53,194.75. Loss of earning capacity : RM80,000.00. Plaintif memberi keterangan bahawa pada masa kemalangan berlaku beliau bekerja di TCS Transport Agency (M) Sdn Bhd sebagai pembantu pemandu lori. Pada bulan Januari 2022 gaji adalah RM1,200.00 dan pada masa beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya gaji beliau bagi bulan Mei 2022 adalah RM1,500.00. Slip gaji gaji saya bagi bulan Januari 2022 hingga Mei 2022 adalah di m/s 68 hingga m/s 72 adalah slip gaji (exhibit P-5 A-E). Manakala penyata KWSP di m/s 73 hingga 74 adalah penyata KWSP beliau (exhibit P-16). Selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya beliau tidak mendapat gaji. Beliau hanya menerima bantuan dari pihak kebajikan dan PERKESO. Walaupun setelah menggunakan kaki palsu adalah susah untuk mendapatkan kerja kerana beliau tidak boleh kerja sebagai pembantu pemandu lori kerana ia kerja lasak dan saya terlibat dalam kerja memunggah barang. Beliau ada masalah pembelajaran termasuk membaca dan menulis. Beliau hanya belajar sehingga darjah 6. Beliau tidak boleh buat kerja pengkeranian. Hendak berniaga pun tidak tidak rasa boleh buat kerana tidak pandai mengira atau mengurus perniagaan. Sebelum ini beliau menjadi pembatu pemandu lori kerana dibantu oleh kawan-kawan. Semasa beliau bekerja mereka yang banyak membantu serta mereka yang selalu belanja makan beliau. Manakala wakil majikan memberi keterangan bahawa beliau telah disepina ke Mahkamah untuk meberi keterangan berkenaan jawatan serta pendapatan yang diterima oleh Kamarulnizam Bin Aziz (800920-05-5537) semasa beliau bekerja dengan TCS Transport Ahency (M) Sdn Bhd (Company No. 1323159-V). Beliau adalah Pengarah di syarikat tersebut. Telah disepina untuk hadir ke Mahkamah dan telah diarahkan oleh pihak syarikat untuk hadir dan memberi keterangan berkenaan pekerjaan En. Kamarulnizam Bin Aziz. Kamarulnizam Bin Aziz pada 31.05.2022 bekerja di syarikat i ‘lorry assistant’. di syarikat saya Dokumen di m/s 68 gingga 72 Ikatan Dokumen Bersama adalah slip gaji bagi bulan Januari 2022 sehingga bulan Mei 2022 bagi Kamarulnizam Bin Aziz semasa beliau bekerja dengan syarikat mereka. Gaji pokok beliau adalah RM1,200.00 pada bulan Januari 2022 dan kemudiannya dinaikkan ke RM1250.00 dam seterusnya RM1,500.00 sebulan dari bulan Februari 2022 sehingga Mei 2022. Pihak syarikat membuat sumbangan RM195.00 kepada KWSP sebulan dan RM25.35 kepada SOCSO sebulan. Gaji bulan Januari 2022 adalah RM1,200.00, gaji bulan Februari 2022 sehingga April 2022 adalah RM1,250.00 dan gaji bulan Mei 2022 adalah RM1,500.00. Beliau telah terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya semasa berada di dalam motorlori no. JUL 8812 milik syarikat untuk urusan kerja. Motorlori tersebut dipandu oleh pemandu kami Rizal Nisham Bin Ramli. Hanya pada hari-hari Chinese New Year, Hari Raya dan Hari Raya Haji, Ang Pow’ diberikan. Dia masih bekerja di syarikat kami sebelum terlibat dalam kemalangan jalanraya berlaku dan gaji bulan Mei telah dibayar pada 30.5.2022. Gaji terakhit dibayar adalah bagi Jun
2022
Beliau tidak kembali bekerja semula. Jelas dari keterangan Plaintif dan majikan, bahawa Plaintif tidak menerima gaji dari bulan Ogos 2022 sehingga bulan Mei 2025. Gaji Plaintif semasa kemalangan adalah RM1,500.00. Selepas potongan KWSP pekerja dan SOCSO, gaji bersih beliau adalah RM1,324.85. Sumbangan KWSP oleh majikan adalah RM195.00 sebulan yang juga menjadi sebahagian dari kehilangan gaji. Maka kehilangan gaji Plaintif untuk sebulan adalah RM1,519.85. Tiada sebarang potongan dibuat untuk ‘living expenses’ kerana menurut beliau , kawan beliau iaitu pemandu lori akan membawa beliau ke tempat kerja dan makan minum beliau ditanggung oleh kawan-kawan. Maka kehilangan gaji Plaintif dari July 2022 sehingga Mei 2025 adalah RM1,519.85 x 35 bulan = RM53,194.75. Kedua-dua pakar Defendan dan Plaintif mengesahkan bahawa Plaintif tidak dapat melakukan kerja asal tetapi boleh melakukan kerja sedentary. Majikan Plaintif ada memaklumkan bahawa sekiranya Plaintif dapat bekerja semula, beliau akan menerima beliau. Disebabkan kecacatan ketara dan pandangan pakar perubatan, maka jelas bahawa Plaintif berhak kepada tututan ‘loss of earning capacity’. Maka dengan rendah diri saya berhujah bahawa jumlah sebanyak RM80,000.00 adalah adil dan munasabah bagi tuntutan loss of earning capacity. Hujahan Defendan 1 dan 2 Gantirugi Kehilangan Pendapatan sebenar Berdasarkan keterangan yang diberikan dan dokumen yang dikemukakan, Plaintif bekerja di TCS transport Agency (M) Sdn Bhd sebagai pembantu pemandu lori dan pendapatannya adalah RM1,500.00 dengan sumbangan kwsp majikan sebanyak RM195.00. Berdasarkan keterangan oleh Plaintif sendiri dan wakil majikannya, beliau tidak bekerja dan tidak dibayar gaji selepas terlibat di dalam kemalangan pada 31/05/2022 bermula Julai 2022. Keterangan yang mengesahkan bahawa Plaintif tidak menerima sebarang pendapatan selepas kemalangan adalah keterangan yang diberikan pada tarikh bicara pada 13/12/2024. Berdasarkan keterangan Plaintif beliau masih tidak menerima sebarang pendapatan pada tarikh bicara tersebut. Tiada sebarang keterangan bahawa Plaintif masih tidak menerima sebarang pendapatan selepas tarikh bicara tersebut. Oleh itu untuk mengatakan bahawa Plaintif masih tidak menerima pendapatan selepas tarikh tersebut sehingga bulan Mei 2025 adalah spekulatif kerana kita boleh menjangkakan apa yang akan berlaku selepas tarikh tersebut kecuali ada bukti sebaliknya dan Mahkamah yang Mulia ini tidak sepatutnya membenarkan jumlah kehilangan pendapatan selepas dari tarikh bicara iaitu sehingga Mei 2025 tanpa bukti tersebut. Oleh itu, jumlah yang wajar adalah hanya dari Julai 2022 sehingga Disember 2024 iaitu 29 bulan. Kedua adalah isu samada living expenses harus ditolak dari jumlah tersebut. Defendan menegaskan bahawa potongan ⅓ harus dibuat dalam pengiraan pendapatan kerana ia melibatkan perbelanjaan Plaintif setiap hari termasuk makan minum, minyak kenderaan dan perbelanjaan lain. Adalah tidak munasabah untuk mangatakan bahawa beliau tidak mengeluarkan sebarang belanja hanya kerana makannya dibelanja oleh rakannya sedangkan ia melibatkan semua perbelanjaan yang dikeluarkan olehnya. Kes VASAN A/L DEVARASSOO-V-MOHDNUR AZUAN BIN ALWI NOORBI & ANOR (And Another Summons) [2014] 1 PIR [11] telah memetik kes ALI B TAN & 3 ORS-V-MAZLAN B BIDIN & ANOR (t/a Sham Trading Construction) [2013] 1 PIR [15] yang telah menolak ⅓ living expenses daripada pendapatan. Jumlah yang munasabah untuk gantirugi kehilangan pendapatan (actual loss of earnings) adalah RM1,000.00 x 29 bulan = RM29,000.00 Gantirugi kehilangan keupayaan bekerja Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh wakil majikan sendiri, jelas bahawa beliau masih boleh memberikan pekerjaan kepada Plaintif dengan gaji minima yang lebih daripada gaji yang diperolehi oleh Plaintif sebelum kemalangan lagi. Masih terdapat pekerjaan yang Plaintif boleh lakukan yang sesuai untuk tahap pelajarannya dan keadaan fizikalnya. Plaintif juga memberi keterangan bahawa sebelum bekerja sebagai kelindan beliau pernah bekerja pekerjaan yang bersesuaian yang dengan tahap pelajarannya yang tidak melibatkan pekerjaan berat atau perlu mempunyai kekuatan fizikal iaitu di kilang ayam dan pengawal keselamatan. Oleh itu dengan tahap pelajarannya sehingga Darjah 6 sahaja beliau masih boleh mencari pekerjaan sebelum ini. Memandangkan beliau juga membuat tuntutan untuk kaki palsu yang berfungsi untuk membolehkan beliau berjalan semula dan menjalankan aktiviti hariannya seperti sebelum ini, beliau sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk bekerja dan mendapat pendapatan semula kerana ada pekerjaan yang sesuai dengan tahap pelajaran dan keadaan fizikalnya. Kes SUMARNI-V-YOW BING KWONG & ANOR [2008] 1 MLJ 608 (m/surat 119-133 Ikatan Otoriti D3) yang juga dirujuk oleh Peguam Defendan Ketiga dan Keempat di mana mahkamah menyatakan ‘it was explicit that before an award for loss of earning capacity can be entertained, there must be evidence to show that the Plaintiff will face a real or substantial risk in her earning capacity being affected in the future due to the disability she sustained from the motor accident’. Memandangkan majikan sendiri mengakui bahawa Plaintif masih boleh diberi pekerjaan yang sesuai dengan gaji minima yang lebih dari gajinya sebelum kemalangan dan keadaan Plaintif yang akan menggunakan kaki palsu untuk meneruskan kehidupan hariannya, maka Plaintif tidak mengalami risiko bahawa beliau akan kehilangan keupayaan bekerja. Kedua-dua Laporan Pakar Plaintif mengesahkan bahwa Plaintif masih boleh melakukan kerja-kerja ringan. Kes KHAIRUN NIZAD BIN DAUD & ANOR-V-JUPRIN PAUL [2018] 9 MLJ 32 dan menghujahkan bahawa Mahkamah dengan jelas menyatakan bahawa memandangkan award untuk prosthesis telah dibenarkan, tidak sepatutnya ada halangan untuk beliau mencari pekerjaan yang sesuai. Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa beliau mengalami kehilangan keupayaan bekerja dan tuntutan untuknya wajar ditolak dan tidak dibenarkan. Hujahan Defendan 3 dan 4 Kehilangan Pendapatan [Actual Loss of Earnings] Gaji terakhir Plaintif adalah Rm 1,500.00 dan bayaran EPF majikan adalah Rm 159.00 sebulan. Selepas kemalangan tersebut, Plaintiff telah dibayar gaji dan EPF sehingga bulan 2022 dan tiada sebarang gaji selepas itu. “living expenses” menurut Sec 28A(2) (c) (iii) Akta Sibil 1956 adalah wajib ditolak dari gaji beliau sebagai perbelajaan harian untuk memperolehi pendapatan tersebut. Kes CHANG CHONG FOO & ANOR v SHIVANATHAN (1992) 2 MLJ 473 Mahkamah menyatakan seperti berikut-It will be seen that the same language is used in both s 7(3)(iv)(c) and s 28A(2)(c)(iii). It follows that the legislature intended that the same principle be applied in both cases, that is to say, in respect of a dependency claim for loss of earnings arising out of a fatal accident and in respect of a claim for loss of future earnings for personal injury. We are accordingly of the view that the term ‘living expenses’ in s 7 and s 28A bear the same meaning. In Harris v Empress Motors Ltd ; Cole v Crown Poultry Packers Ltd 5, the Court of Appeal held that:
i
the ingredients that go to make up ‘living expenses’ are the same whether the deceased was young or old, single or married, or with or without dependants;
II
(ii) the sum to be deducted as living expenses is the proportion of the deceased’s net earnings that he would have spent exclusively on himself to maintain himself at the standard of life appropriate to his situation;
III
(iii) any sums that he would have expended exclusively to maintain or benefit others will not form part of his living expenses and will not be deductible from his net earnings. In White v London Transport Executive 6, Webster J said at p 418: … in the cost of maintaining himself I include the cost of his housing, heating, food clothing, necessary travelling and insurances and things of that kind … Where no details are given as to the deceased’s living expenses, the Court of Appeal in PR Panickar v Chwee May Kwong & Anor made an arbitrary deduction of $50 pm as the deceased living expenses out of monthly earnings of $250.00 Plaintif mungkin dibelanja oleh kawan-kawanya sekali-sekala tatapi ianya tidak mungkin dan tidak masuk akal untuk kawan-kawan Plaintif menanggung segala perbelajaan harianya semasa beliau bekerja untuk memperolehi gaji tersebut. Kawan-kawan Plaintif juga perlu menanggung perbelajaan harian mereka dan keluarga mereka sendiri dari membelanja Plaintif setiap hari. Oleh yang demikian, kami menghitung kehilangan pendapatan seperti berikut: - Rm 1500.00 + Rm 195 (Epf Majikan) = Rm 1,595.00 – 1/3 (living expenses) = Rm 1,064 (rounded) x 35 bulan = Rm 37,240.00 Kehilangan Keupayaan Bekerja [Loss of Earning Capacity] Plaintif tidak berhak menerima “loss of earning capacity” kerana Plaintif gagal membuktikan “threshold” iaitu “Plaintif will face a substantial risk in his earning capacity being affected in the future due to his disability”. SUMARNI v YOW BING (2008) 1 MLJ 608 Mahkamah telah menyatakan-It was explicit that before an award of loss of earning capacity can be entertained, there must be evidence to show that the plaintiff will face a real or substantial risk in her earning capacity being affected in the future due to the disability she sustained from the motor accident. Majikan Plaintif telah memberi keterangan bahawa beliau sanggup menawar pekerjaan ringan di dalam setor syarikatnya kepada Plaintif pada kadar gaji minima sebanyak RM 1,700.00 sebulan. Plaintif hanya perlu duduk dalam menyalin maklumat dari Kad Pengenalan pelanggan yang datang untuk mengambil barang di setor tersebut. SS: Soalan saya ialah kalau beliau inginkan pekerjaan, Encik Sit boleh menerima beliau balik untuk bekerja dan Encik Sit akan menawar dia kerja di stor. SS: Okay. Dan untuk beliau bekerja di stor, berapa gaji beliau? Ikut minimum kerajaan lah. SS: Correct. So kalau beliau datang balik, bekerja di dalam stor, gaji beliau akan diberikan sebanyak 1700 sebulan. [Sila rujuk keterangan di m/surat 12 & 13 Nota Keterangan bertarikh 13.12.2024] SS: Saya punya soalan, KamarulNizam, you kata dia hanya kena catit nama. Saya bagi IC pada dia, dia hanya kena salin apa nama saya dengan IC dengan nombor IC saya dalam IC tersebut. Lihat dan salin. Itu sahaja kan? SS: Okay. So dia tidak melibatkan sebarang jenis kerja teknikal lain. Hanya kerja senang di stor, dapat maklumat customer, itu sahaja. Setuju dengan saya? Setuju. [Sila rujuk keterangan di m/surat 15 Nota Keterangan bertarikh 13.12.2024) Plaintif gagal membuktikan terdapat sebarang risiko (real or substantial risk) bahawa beliau akn kehilangan pekerjaannya, malah majikan Plaintif sanggup menolong Plaintif untuk berdikari dengan menawar Plaintif pekerjaan ringan disetor dengan pendapatan bulanan sebanyak RM 1,700.00 walaupun Plaintif telah hilanh kegunaan kaki kirinya. Tuntutan Plaintif bagi “loss of earning capacity” harus ditolak dan Plaintif perlu melapurkan diri semula untuk bekerja di syarikat lamanya. Kedua –dua pakar otopedik juga telah mengesahkan bahawa Plaintif boleh melakukan kerja “sedentary”. KHAIRUN NIZAD BIN DAUD & ANOR v JUPRIN PAUL (2018) 9 MLJ 32 Held: Having received an award to purchase the prosthesis, there should not be any impediment to attempt to regain suitable employment. As to loss of future earnings, there was no evidence that the respondent would not be able to work at all after the accident. In fact, the evidence supports his ability to work. Mahkamah Untuk tuntutan Kehilangan Pendapatan (Actual Loss of Earning), Mahkamah bersetuju dengan hujuan defendan 3 dan 4 dan membenarkan Rm 1500.00 + Rm 195 (Epf Majikan) = Rm 1,595.00 – 1/3 (living expenses) = Rm 1,064 (rounded) x 35 bulan = RM 37,240.00. Kehilangan Keupayaan Bekerja [Loss of Earning Capacity] Mahkamah bersetuju dengan pendirian defendan-defendan dan fakta di mana pihak plaintif gagal membuktikan risiko yang dikehendaki. Laporan-laporan pakar dan keterangan majikan plaintif sendiri telah menguatkan pendirian tersebut. Tuntutan untuk Kehilangan Keupayaan Bekerja [Loss of Earning Capacity] DITOLAK. Kerosakkan kepada pakaian Ditarik balik oleh plaintif Mahkamah-Item dibatalkan Kos rawatan/pembedahan masa hadapan yang dicadangkan oleh pakar orthopedik RM2,666.00 (tanpa faedah sehingga penghakiman) Pakar Defendan di m/s 8 Ikatan D (exhibit D- 15) telah mencadangkan Plaintif menjalani pembedahan mengeluarkan implant di tulang humerus.
Preamble
Menurut beliauu kos pembedahan di hospital kerjaan adalah dan RM8,000.00 di hospital swasta. RM0.00/RM1,000.00 Laporan Pakar Defendan hanya menyatakan bahawa Plaintif boleh menjalani pembedahan mengeluarkan implant tetapi tiada keterangan oleh Plaintif sendiri bahawa beliau ingin menjalani pembedahan tersebut. Doktor Pakar tidak menyatakan bahawa ia adalah satu keperluan tetapi hanya ‘boleh’ mengeluarkannya. Memandangkan tiada sebarang keterangan oleh Plaintif bahawa beliau ingin menjalani pembedahan ini, maka ia tidak wajar dibenarkan. Walau bagaimana pun, jika Mahkamah Pakar Defendan telah menyatakan bahawa pembedahan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan pada kos rm 1,000.00. Plaintif sebelum ini telah menerima kesemua rawatannya di hospital kerajaan dan tidak pernah dirawat di hospital swasta. “Plaintiff has a duty to mitigate his loss”. memutuskan bahawa ia wajar dibenarkan, maka kos yang wajar dibenarkan adalah kos di hospital kerajaan kerana selama ini juga Plaintif menjalani rawatan di hospital kerajaan. Maka jumlah RM 1,000.00 adalah jumlah yang lebih munasabah. Mahkamah-Berdasarkan hujahan-hujahan di atas dan merujuk laporan pakar yang sama. Mahkamah membenarkan award sebanyak RM1,000.00 bagi item ini tanpa faedah. Kos perubatan/rawatan masa hadapan Ditarik balik oleh plaintif Mahkamah-Item dibatalkan Kos kaki palsu/kos penyelengaraan sepanjang jangka hayat Plaintif RM469,200.00 Pihak-pihak telah bersetuju dengan bahawa sebut harga pihak Defendan digunapakai tanpa sebarang potongan untuk ‘çontigencies’. Sebutharga pihak Defendan di m/s 1-31 Ikatan Dokumen Defendan Pertama & Kedua (Ikatan C) di m/s 15 Mahkamah-Mahkamah membenarkan item ini dengan jumlah yang dipersetujui iaitu RM469,200.00 tanpa faedah Kos pembelian peralatan orthosis/prosthesis (tongkat) Ditarik balik oleh plaintif Mahkamah – Item dibatalkan Kos penjagaan pada kadar RM1,500.00 Ditarik balik oleh plaintif sebulan dari tarikh kemalangan dan berterusan sehingga hari ini pada kadar RM1,500.00 sebulan Mahkamah – Item dibatalkan Kos membeli kerusi roda Ditarik balik oleh plaintif Mahkamah – Item dibatalkan Kos bayaran ambulan bagi perjalan dari HTAA ke Hospital Seremban Ditarik balik oleh plaintif Mahkamah – Item dibatalkan Kos suntikan steroid di bahu kiri Rujuk hujahan bagi item (z) Rujuk keputusan di bawah. Kos ‘oral medication’ untuk 6 minggu Rujuk hujahan bagi item (z) Rujuk keputusan di bawah. Kos menjalani rawatan fisioterapi (RM90.00 3 x 4 x 6 bulan) Hujahan Plaintif Kos physioterapi bagi kaki selepas dipasang kaki palsu: RM 3,000.00 (RM100 x 30 sessi)-tanpa faedah sehingga penghakiman. Pakar Plaintif di m/s 37 Ikatan Dokumen Bersama (Ikatan B) di para (f) telah mencadangkan steroid injection untuk menangani masalah di left shoulder joint dan kosnya adalah RM1,500.00. Plaintif juga memerlukan six week of oral medication yang menelan belanja RM600.00. Selepas suntikan steroid beliau perlu menjalani rawatan intensif physioterapi iaitu 3 kali seminggu untuk 6 bulan. Setiap sessi menelan belanja RM90.00. Pakar Defendan di m/s 7 Ikatan Dokumen Tambahan Defendan Pertama & Kedua (Ikatan D) di perenggan 5 mengesahkan bahawa ‘there is limitation of movement of of the left shoulder due to post-injury immobilization. This may improve with regular usage and intensive physiotherapy but unlikely to be fully recover. Further management such as steroid injection and oral medication are unnecessary’. Pakar Defendan sependapat dengan pakar Plaintif berkenaan physioterapi bagi bahagian shoulder kiri tetapi tidak mencadangkan sebarang suntikan atau ubat-ubatan. Beliau juga gagal menyatakan kos physioterapi ini atau menyatakan samada ia boleh diperolehi di hospital kerajaan secara percuma. Oleh itu, jumlah kos fisioterapi adalah seperti cadangan pakar Plaintif iaitu RM90.00 x 3 sessi seminggu x 4 minggu x 6 bulan = RM6.480.00. Pakar Defendan di m/s 8 Ikatan Dokumen Tambahan Defendan Pertama & Kedua (Ikatan D) di perenggan 10 telah mencadangkan “He would benefit from 30 physiotheraphy at RM100.00 persession to improve his ambulation once fitted with the prosthesis”. Pakar Plaintif tidak membuat apa-apa komen berkenaan perkara ini. Tiada keterangan dihadapan Mahkamah bahawa ia dapat dibuat di hospital kerajaan dengan kos yang lebih murah. Maka plaintif pohon jumlah RM100 x 30 sessi physioterapi selepas Plaintif memasang kaki palsu. Ia berjumlah RM100.00 x 30 sessi = RM3,000.00. Hujahan Defendan 1 dan 2 Kos fisioterapi Tidak dinafikan bahawa kedua Doktor Pakar mencadangkan Plaintif menjalani fisioterapi bagi bahu kirinya. Walau bagaimana pun memandangkan rawatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan dan Plaintif juga selama ini menjalankan rawatannya di hospital kerajaan, maka kami menghujahkan hanya ⅓ dari jumlah yang dicadangkan oleh Doktor Pakar Plaintif yang wajar dibenarkan iaitu RM 2,160.00. Seterusnya, Plaintif juga dicadangkan untuk menjalani physiotherapy selepas menggunakan prosthesis nanti. Kami menghujahkan bahawa rawatan fisioterapi ini juga boleh dijalankan di hospital kerajaan dan Plaintif selama ini mendapat rawatan di hospital kerajaan, maka jumlah yang munasabah adalah ⅓ daripada jumlah RM3,000.00 yang dicadangkan iaitu RM1,000.00 Kos Steroid injection Laporan Pakar pilihan Defendan adalah berdasarkan pemeriksaan yang lebih terkini dan tidak mencadangkan steroid injection dan medication. Plaintif juga tidak memberi sebarang keterangan bahawa beliau masih mengalami masalah di tangannya yang memerlukan beliau mengambil atau menjalani rawatan ini. Malahan beliau langsung tidak memberi keterangan beliau bercadang mengambil rawatan ini. Dalam kes ABDUL WAFFIY WAHUBBI & ANOR-V-AK NAZARUDDIN AHMAD [2017] 1 LNS 2296 (Tab 24 Ikatan Otoriti Defendan Pertama dan Kedua) Mahkamah Tinggi telah menerima dan mempertimbangkan Laporan Pakar pilihan defendan yang lebih terkini kerana adalah berdasarkan pemeriksaan yang terkini. Oleh itu tuntutan untuk item ini tidak wajar dibenarkan. Hujahan Defendan 3 dan 4 Kos physiotherapy bagi kaki dan bahu kiri. Kami berhujah bahawa mahkamah harus mengambil “Judicial Notice” menurut Sek 57 Akta Keterangan 1950 bahawa hospital kerajaan memberikan rawatan physiotherapy. Plaintif telah menerima kesemua rawatannya termasuk physiotherapy di hospital kerajaan dan di pusat Rehabilitasi Socso di Melaka. Rawatan physiotherapy di hospital kerajaan adalah percuma bagi Plaintif. Oleh yang demikian, menurut duty to mitigate, Plaintif harus pergi ke hospital kerajaan untuk keperluan physiotherapy. Walaubagaimanapun, jika Mahkamah ingin memberikan kos physiotherapy secara swasta, kami berhujah Rm 3,160.00 iaitu 1/3 kos yang disyorkan oleh pakar otopedik Plaintif dan Defendan. Keputusan Mahkamah Item z ini adalah dihujahkan oleh plaintif dengan item x dan y. Apa yang diplidkan (x) kos suntukan sterios di bahu kiri – RM1,500.00, (y) kos oral medication untuk 6 minggu sebanyak RM600.00 dan (z) kos menjalani rawatan fisioterapi sebanyak RM6,480.00. Setelah meneliti hujahan kesemua pihak, keputusan Mahkamah adalah seperti berikut TANPA FAEDAH-
x
kos suntukan sterios di bahu kiri –1/3 x RM1,500.00=RM500.00
y
kos oral medication – 1/3 xRM600.00=RM200.00
z
kos menjalani rawatan fisioterapi- 1/3 xRM6,480.00=RM2,160.00
43
Dalam memutuskan apakah award yang berpatutan bagi kecederaan-kecederaan di atas, Mahkamah telah berpandu kepada prinsip-prinsip dan perkara-perkara, inter alia, berikut-
a
Mahkamah perlu mempertimbangkan keseluruhan keadaan kes tersebut.
b
Award yang ingin diberi oleh Mahkamah perlulah satu jumlah yang adil untuk memberi pampasan kepada plaintif.
c
Jumlah award tersebut tidak boleh terlalu berlebih-lebihan sehingga menyebabkan ketidakadilan kepada defendan.
d
Gantirugi diberikan hendaklah berdasarkan kecederaan-kecederaan yang dialami dan kesakitan serta penderitaan yang ditanggung akibat kecederaan-kecederaan tersebut. Isu pertindihan boleh berlaku apabila terdapat kecederaan yang banyak.
44
Dalam kes Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut-It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324; [1983] 2 CLJ 198 … In assessing damages the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk or future damages, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such damages based on recognised balance of probabilities standard …
45
Mahkamah Persekutuan turut menyatakan dalam United Plywood and Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 2 MLJ 237 - …the assessment of damages in cases of personal injury is one of the most difficult things for either a judge in the first instance or a Court of Appeal. When a man has lost his arm there is no sum in the world that can in the true sense compensate for it. Yet compensation in the form of money is the only way in which he can be granted redress for the injury he had suffered. It is neither possible nor desirable for damages for the loss of an arm to be standardized or rigidly classified, as no two cases are ever alike. But in order to maintain some semblance of uniformity, the amount awarded in past cases, which bear reasonable comparison with the case under review, should serve as a useful guide.
46
Since we must perforce measure the damage in money, we must, I think, take account of large and relatively permanent variations in the value of money. ‘And Lord Moncriff added, ‘As regards what falls to be paid in money the court must take note of changes in the value of money (per Lord Normand di dalam Sands v Devan [1945] SC 380). Kecederaan Yang Dialami oleh Plaintif
47
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, saya teruskan dengan taksiran gantirugi kecederaan-kecederaan yang dialami oleh plaintif.
48
Berikut adalah klasifikasi kecederaan-kecederaan yang dibuat oleh pihak-pihak. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Multiple abrasion wound over face: RM8,000.00 Multiple Abrasion Wound Over Face-RM4,000.00 Multiple Abrasion Wound Over face-RM5,000.00 Cerebral concussion : Cerebral Concussion-Cerebral Concussion Laceration wound left hand : Laceration Wound Over Left Hand-RM2,000.00 Laceration Wound left Hand-RM2,500.00 Closed fracture left clavicle.
Preamble
Menurut pakar Defendan 1cm shortening dan limitation of movement may improve with physiotherapy but unlikely to recover fully : RM28,000.00 Closed Fracture Left Clavicle With 1cm Shortening-RM18,000.00 Closed fracture left Clavicle with 1cm shortening-Open segmental midshaft left humerus fracture, and plating was done: -Radial nerve injury wit left wrist paralysis. Radial nerve injury resolved Open Segmental Midshaft Left Humerus Fracture-Open segmental midshaft left humerus fracture has united without shortening-Closed fracture right lateral malleolus : RM20,000.00 Closed Fracture Right Lateral Malleolus-Closed fracture right lateral Malleolus-RM20,000.00 Open dislocation left elbow, arthrotomy and washout : open dislocation left elbow-Open dislocation left elbow-Mangled limb left proximal thigh with midshaft femur fracture with severely comminuted tibia-fibula fracture with bone loss. Left above knee amputation : RM130,000.00 Mangled limb left proximal thigh with midshaft femur fracture with severely communited tibia-fibula fracture with bone loss with left above knee amputation-RM100,000.00 Mangled limb left proximal thigh with midshaft femur fracture with severely comminuted tibia-fibula fracture with bone loss-RM35,000.00 Resolved acute kidney injury and rhabdomyolsis : resolved acute kidney injury and rhabdomyolsis-Resolved acute kidney injury and rhabdomyolsis-DITOLAK Wound debridement and SSG (Split Skin Grafting) over left aka stump wound on 20.07.2022 in Plastic Ward Hospital Kuala Lumpur : RM20,000.00 Split Skin Grafting Over The
l
(L) Aka Stump Wound-Wound debriment and split skin grafting (SSG over left stump)-RM15,000.00 Pain and suffering for future operation (pakar pihak Defendan mencadangkan removal of implant in humerus) : RM5,000.00 (without interest). Pain & suffering for future surgery-DITOLAK Pain & suffering for removal of implant (humerus)- RM5,000.00 Multiple scars (berdasarkan lapuran pakar Defendan) : Multiple Scars-RM12,000.00 Multiple scars-RM12,000.00
49
Ini adalah keputusan Mahkamah-Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Multiple abrasion wound over face: RM8,000.00 Multiple Abrasion Wound Over Face-RM4,000.00 Multiple Abrasion Wound Over face-RM5,000.00
50
Kecederaan ini hanya dinyatakan dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Dr Muhammad Shahril Amri bin Shaharani daripada Hospital Kuala Lumpur. Dr Muhammad SHahril Amri bin Shaharani adalah pegawai perubatan daripada Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif. Kecederaan Multiple abrasion wound over face dinyatakan di bawah Medical History. Laporan disediakan oleh pegawai perubatan tersebut untuk menyatakan perkara berikut-
51
Berdasarkan kes-kes yang dirujuk oleh kesemua pihak, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dan munasabah. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Cerebral concussion :
52
Mahkamah membenarkan award sebanyak sebagaimana persetujuan kesemua pihak. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Laceration wound left hand : Laceration Wound Over Left Hand-RM2,000.00 Laceration Wound left Hand-RM2,500.00
53
Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan-defendan berkenaan tahap keseriusan kecederaan ini dan berpendapat award sebanyak RM2,500.00 adalah wajar dan munasabah. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Closed fracture left clavicle.
Preamble
Menurut pakar Defendan 1cm shortening dan limitation of Closed Fracture Left Clavicle With 1cm Shortening-RM18,000.00 Closed fracture left Clavicle with 1cm shortening- movement may improve with physiotherapy but unlikely to recover fully : RM28,000.00
54
Laporan pakar defendan 1 dan defendan 2 menyatakan-
55
Plaintif-plaintif dalam kes-kes yang dirujuk oleh plaintif mengalami kecederaan yang lebih serius. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat award sebanyak RM23,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Open segmental midshaft left humerus fracture, and plating was done: -Radial nerve injury wit left wrist paralysis. Radial nerve injury resolved Open Segmental Midshaft Left Humerus Fracture-Open segmental midshaft left humerus fracture has united without shortening-
56
Berdasarkan hujahan kesemua pihak, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM20,000.00 adalah wajar dan munasabah. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Closed fracture right lateral malleolus : RM20,000.00 Closed Fracture Right Lateral Malleolus-Closed fracture right lateral Malleolus-RM20,000.00
57
Mahkamah membenarkan award sebanyak sebagaimana persetujuan kesemua pihak. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Open dislocation left elbow, arthrotomy and washout : open dislocation left elbow-Open dislocation left elbow-
58
Laporan doctor pakar defendan 1 dan 2 menyatakan-
59
Berdasarkan kes-kes yang dirujuk oleh kesemua pihak, Mahkamah ini berpendapat award sebanyak RM15,000.00 adalah wajar dan munasabah. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Mangled limb left proximal thigh with midshaft femur fracture with severely comminuted tibia-fibula fracture with bone loss. Left above knee amputation : RM130,000.00 Mangled limb left proximal thigh with midshaft femur fracture with severely communited tibia-fibula fracture with bone loss with left above knee amputation-RM100,000.00 Mangled limb left proximal thigh with midshaft femur fracture with severely comminuted tibia-fibula fracture with bone loss-RM35,000.00 Left Above Knee Amputation-RM85,000.00 Total= RM120,000.00
60
Dalam kes Tay Tong Chew & Anor v Abu Rahman bin Haji Ahmad [1985] 1 MLJ 50 plaintif telah mengalami posterior dislocation of his left hip and a closed fractures of his left tibia and fibula. Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa award global untuk pain and suffering and loss of amenities tidak sepatutnya melebihi award yang diberi bagi kes-kes yang melibatkan kehilangan keseluruhan kaki (in the absence of the special circumstances). Ini apa yang dinyatakan oleh Mohamed Azmi FJ (pada ketika itu)- It should be noted that the main injuries suffered by the respondent were all confined to the left leg viz-the left hip, knee and ankle, and the consequential pain and suffering and loss of amenities are less severe than if the use of that leg has been lost permanently as a result of amputation. The respondent can still use his leg and though limping, he can still walk unaided and drive a motor car. There are of course restrictions in movement of the leg and osteoarthritic changes but we think the injuries suffered are not as severe as those cases involving amputation of the whole leg.”
61
Revised Compendium 2018 mencadangkan kos amputation of a leg dan amputation of legs seperti berikut-Leg
62
Berdasarkan kesemua di atas dan hujahan-hujahan yang difailkan, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM120,000.00 adalah wajar dan munasabah. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Resolved acute kidney injury and rhabdomyolsis : resolved acute kidney injury and rhabdomyolsis-Resolved acute kidney injury and rhabdomyolsis-DITOLAK
63
Mahkamah membenarkan RM8,000.00 sebagai award yang wajar dan munasabah bagi kecederaan tersebut. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Wound debridement and SSG (Split Skin Grafting) over left aka stump wound on 20.07.2022 in Plastic Ward Hospital Kuala Lumpur
l
(L) Aka Stump Wound-Wound debriment and split skin grafting (SSG over left stump)-RM15,000.00
64
Berdasarkan hujahan kesemua pihak, Mahkamah berpendapat award sebanyak RM20,000.00 adalah wajar dan munasabah. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Pain and suffering for future operation (pakar pihak Defendan mencadangkan removal of implant in humerus) : RM5,000.00 (without interest). Pain & suffering for future surgery-DITOLAK Pain & suffering for removal of implant (humerus)-
65
Berdasarkan hujahan-hujahan yang dikemukakan dan keadaan plaintif serta laporan-laporan yang dirujuk, Mahkamah berpendapat bahawa item ini wajar dikemukakan. Dan award sebanyak RM5,000.00 tanpa faedah adalah wajar dan munasabah. Plaintif D1 dan D2 D3 dan D4 Multiple scars (berdasarkan lapuran pakar Defendan) : Multiple Scars-RM12,000.00 Multiple scars-RM12,000.00
66
Untuk kecederaan ini, Mahkamah bersetuju akan award sebanyak RM12,000.00 sebagai award yang wajar dan munasabah.
67
Keputusan berkenaan liabiliti dan kuantum adalah sebagaimana perenggan-perenggan di atas.
68
Mahkamah ini membenarkan faedah pada kadar 2.5% setahun ke atas gantirugi khas yang dikira daripada tarikh kemalangan sehinggan tarikh penghakiman.
69
Seterusnya gantirugi am ke atasnya faedah sebanyak 5% setahun daripada tarikh penyampaian saman sehingga tarikh penghakiman.
70
Mahkamah ini turut membenarkan faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman yang dikira daripada tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
71
Kos adalah mengikut skala di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah,
2012
2012.
72
Memandangkan defendan 1 dan defendan 2 bertanggungjawab atas dasar 100% kerana mengakibatkan kemalangan tersebut dan defendan 1 dan 2 harus menanggung kos tindakan plaintif dan kos tindakan defendan 3 dan 4 mengikut skala atas jumlah gantirugi yang telah diberikan kepada plaintif.
1
Pihak-Pihak Elango a/l Manivel bagi pihak Plaintif (Tetuan Bob S. Arumugam)
2
Roziana Binti Ibrahim bagi pihak Defendan 1 & 2 (Tetuan V.P. Nathan & Partners)
3
Satvinder Singh Gill bagi pihak Defendan 3 & 4 (Tetuan Khalil Surinder & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.