with or without her consent, which she is under sixteen years of age. [41] Manakala bagi kejadian rogol yang berlaku pada November 2018, memandangkan pada ketika itu SP1 berusia 20 tahun maka adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa kejadian rogol ini berlaku tanpa kerelaan SP1. [42] Tidak dapat dinafikan bahawa pada kedua-dua kejadian rogol yang berlaku ini tiada saksi mata yang melihat Perayu merogol SP1. Kejadian rogol yang berlaku ke atas SP1 pada pertengahan 2013 dan November 2018 banyak bergantung kepada keterangan SP1. Meskipun demikian, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah dengan teliti membuat penilaian ke atas keterangan dan kredibilit SP1 dan menyimpulkan seperti berikut: [24] Adalah dapatan Mahkamah yang SP1 telah memberi direct evidence mengenai berlakunya perhubungan seks di antaranya dan OKT iaitu bapa kandungnya tanpa kerelaan SP1. Mahkamah mendapati nilai keterangan SP1 adalah amat boleh dipercayai kerana walaupun SP1 tahu apa yang dinyatakan akan mengaibkan maruahnya sebagai seorang anak tetapi dia dengan tabah dan secara jujur telah menyatakan bahawa OKT telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1 secara paksa dan bukan dengan kerelaan SP1. SP1 telah memberi keterangan yang dia telah mencuba untuk menepis dengan menolak tangan OKT tetapi OKT telah menumbuk muka SP1. SP1 tidak menjerit kerana takut kepada OKT. [25] Tidak terdapat apa-apa keraguan berkenaan dengan identiti OKT memandangkan OKT ialah ayah kandung kepada SP1 dan sebagai tambahan, identiti OKT tidak pernah dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Justeru itu, adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa keterangan pihak pendakwaan yang tidak dipertikaikan/soal balas oleh pihak pembelaan membawa kepada penerimaan keterangan tersebut. [26] Mahkamah mendapati OKT telah merogol SP1 dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1 bertentangan dengan kemahuan SP1 dan tanpa kerelaan SP1. Bagi kejadian pada pertengahan 2013 iaitu semasa SP1 berumur 15 tahun, seksyen 375(g) adalah terpakai di mana SP1 di bawah umur enam belas tahun. Manakala bagi kejadian pada November 2018, SP1 telah bertindak balik ke Shah Alam dan tidak menghiraukan OKT serta menyekat nombor OKT. SP1 juga menerangkan bahawa SP1 tidak menjerit kerana takut dengan OKT yang bersikap panas baran dan sering mengatakan SP1 kurang ajar serta akan memukul SP1 jika melawan. SP1 tidak pernah rela dijadikan objek kepuasan seks bapanya sendiri kerana dia telah menyatakan apabila OKT memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1, SP1 berasa sangat sakit dan dia menangis tetapi tidak menjerit kerana berasa takut setelah dipukul oleh OKT. [28] Mahkamah mendapati daripada keterangan SP1 bahawa dia tidak merelakan perbuatan OKT terhadap dirinya kerana dalam kebanyakan keterangannya, dia mengatakan yang dia takut dengan OKT. Keterangan SP1 ini disokong oleh keterangan SP2 dan SP3. SP2 mengatakan yang dia juga takut memberitahu keluarga mertuanya berikutan risau akan keselamatan ibu mertuanya. SP3 pula mengatakan OKT memang bersifat panas baran. SP3 juga beri keterangan yang dia ada nampak OKT kerap menyuruh SP1 masuk ke bilik dan SP1 akan berlengah untuk masuk. SP3 juga mengesahkan akan lebam pada muka SP1. Oleh yang demikian, daripada keterangan secara terus daripada SP1 adalah dapatan Mahkamah yang OKT telah merogol SP1 dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1 bertentangan dengan kemahuan SP1 ataupun kerelaannya. [43] Mengupas mengenai keterangan pembelaan pula, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana di dalam alasan penghakimannya merumuskan seperti berikut: REKAAN DAN/BARE DENIAL [50] Mahkamah mendapai pembelaan yang dikemukakan oleh OKT berbentuk rekaan dan/atau bare denial kerana pembelaannya tidak disokong oleh keterangan yang boleh dipercayai. Secara khususnya keterangan semasa perbicaraan daripada peringkat pendakwaan sehinggalah peringkat pembelaan, tidak ada sebarang pembelaan dikemukakan oleh OKT selain daripada satu pembelaan yang bersifat "bare denial" berkenaan dengan kejadian yang berlaku pada sebelah petang pertengahan tahun 2013 dan pada jam lebih kurang antara 4.00 petang hingga 7.00 petang di November 2018. OKT tidak pernah menafikan yang dia tidak berada di tempat kejadian pada masa pertuduhan. Dengan izin, ilt is trite law that mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's case is insufficient to earn an acquittal. AFTERTHOUGHT [54] Fakta afterthought menunjukkan bahawa fakta tersebut sebenarnya tidak wujud dan direka oleh OKT untuk melarikan diri daripada pertuduhan. Mahkamah mendapati versi pihak pembelaan adalah sesuatu yang direka semata-mata untuk melepaskan diri daripada pertuduhan kerana versi pembelaan mengenai kejadian seksual pada kali pertama dan kedua diantara SP1 dan SP5 yang kononnya dilihat oleh OKT tidak pernah disoal balas kepada mereka ketika kes pendakwaan. Mahkamah mendapati OKT adalah seorang yang tidak merasa guilt and/or remose dan telah berbohong kepada Mahkamah dengan mereka cerita mengenai pengakuan SP1 kepadanya yang SP1 telah melakukan hubungan seks sebanyak 3 kali bersama SP5. Mahkamah mendapati ini adalah satu pembohongan serta tidak munasabah kerana versi ini juga tidak diungkitkan ketika kes pendakwaan. Mahkamah juga mendapati OKT telah mereka versi ini dengan harapan untuk mengkaburi dapatan Mahkamah supaya dapat melepaskan dirinya daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. [55] Fakta afterthought yang direka tersebut tidak disokong oleh bukti yang bebas tetapi hanya keterangan OKT sendiri. SP1 dan SP5 telah memberi keterangan pada pringkat kes pendakwaan dan telah mengesahkan membuat hubungan seks sebanyak satu kali sahaja dengan kerelaan kedua-dua pihak. Peguam OKT pula ketika peringkat pendakwaan tidak menyoal langsung tentang hubungan seks kali kedua dan tentang seks 3 kali untuk mematahkan kredibiliti mereka. Justeru, Mahkamah mendapati kegagalan versi pembelaan OKT dikemukakan semasa kes di peringkat pendakwaan adalah jelas satu pembelaan afterthought. SAKSI BERKEPENTINGAN [56] Keterangan OKT di dalam kes ini juga adalah dilihat sebagai keterangan saksi yang berkepentingan. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap keterangan saksi berkepentingan adalah amat meragukan apabila terdapat keadaan sekeliling dan keterangan yang menunjukkan ketidakboleh dipercaya. Di dalam kes PP v. FOONG CHEE CHEONG (1970) 1 MLJ 97 dan BALASINGAM v. PP (1959) MLJ 193 Hakim telah memutuskan, 'there is certainly no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and to surrounding circumstances.' [57] Di dalam kes ini terdapat cogent reason untuk Mahkamah ini membuat satu dapatan bahawa saksi pembelaan mempunyai kepentingan kerana pembelaan OKT adalah fikir kemudian apabila mengatakan yang SP1 telah melakukan seks dengan SP5 lebih dari sekali dan OKT telah membohong dan mengelirukan mengenai fakta kes yang SP5 dan bukan OKT adalah orang yang bertanggungjawab menghamilkan SP1. Dengan izin, there is no an iota of evidence that SP5 was around during the rape incident that occured in mid 2013 and/or in November 2018 and he was responsible for the pregnancy of SP1. All the facts, date and circumstances only point to OKT as the rapist in this present case. [58] Seterusnya OKT mempunyai kepentingan dalam kes ini sebab itulah dia mengakui telah melarikan diri ke Tanjung Minyak, Melaka selepas dimaklumkan tentang laporan polis yang dibuat SP1. Jika OKT tidak rasa bersalah tidak ada keperluan untuk dia berbuat demikian. [44] Berdasarkan kepada rumusan keterangan-keterangan di atas, kami sebulat suara memutuskan tiada alasan untuk kami mengganggu dapatan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tersebut. [45] Kepercayaan kami terhadap keterangan SP1 dan ketidakpercayaan kami terhadap keterangan Perayu bukan sahaja berpaksikan kepada keterangan SP1 semata-mata tetapi juga bersandarkan kepada keterangan sokongan yang melimpah ruah mengaitkan Perayu dengan kedua-dua pertuduhan di atas. Di sini, kami perturunkan keterangan-keterangan sokongan tersebut: Keterangan SP2 (Menantu Perayu) [46] SP2 mengesahkan bahawa Perayu ada mengaku kepada SP2 bahawa beliau telah membuat hubungan seks dengan SP1. Namun Perayu menghalang SP2 daripada memberitahu keluarga Perayu dan jika diberitahu juga Perayu akan meninggalkan isterinya iaitu ibu mertua SP2. Ini menyebabkan SP2 takut akan keselamatan ibu mertuanya sehingga SP2 mengambil pendirian untuk berdiam diri sahaja. SP2 ketika Pemeriksaan Utama mengatakan seperti berikut: “Pada lebih kurang tahun 2013-2014, Shahida selalu menghubungi dan mengatakan bahawa dia ingin datang rumah saya. Saya tengok dia macam tak nak balik rumah kerana setiap hujung minggu, dia akan minta saya ambik dia. Saya ada tanya dia kenapa tetapi dia tak beritahu saya kenapa. Pada tahun 2017, tarikh yang saya tidak dapat ingat, bapa mertua saya iaitu Kamaruzaman Bin Jaffar telah menghubungi saya melalui panggilan telefon. Saya masih dapat mengecamkan bapa mertua saya. Bapa mertua saya telah memberitahu saya bahawa adik ipar saya iaitu Shahida mengandung. Mereka telah pergi ke poliklinik di Pasir Gudang yang berdekatan dengan rumah mereka. Bapa mertua saya beritahu bahawa Shahida mengandung anak teman lelaki Shahida dan teman lelaki itu telah melarikan diri. Lepas tu, dia suruh saya cari klinik untuk buang kandungan itu. Tetapi saya dan Shahida cuba cari dan dapat tahu yang harga di klinik mahal. Jadi, kami google dan kami cuba guna lama iaitu dengan menggunakan nenas dan juga coke. Selepas itu, Shahida ada beritahu saya bahawa ada lendir keluar dari kemaluan beliau dan dia beranggapan bahawa beliau telah keguguran. Shahida telah berehat di rumah saya pada masa itu sebelum dia balik semula ke asrama. Selepas beberapa bulan, Shahida ada menghubungi saya melalui panggilan telefon dan beritahu saya bahawa dia macam mengandung. Saya telah memarahi beliau dan saya suruh dia balik ke sini. Kami telah beli alat uji kehamilan untuk buat ujian dan setelah membuat ujian, dapati bahawa alat uji kehamilan telah positif Saya telah memaksa Shahida untuk beritahu saya semua yang berlaku. Shahida kemudian cerita kepada saya bahawa bapa mertua saya yang telah merogol beliau dari masa dia sekolah lagi sehingga beliau mengandung sebanyak 2 kali. Shahida ada beritahu saya tarikh tetapi saya tak ingat. Shahida ada beritahu saya bahawa pada kali pertama itu, dia memang tak nak dan bapa mertua saya telah memukul beliau. Saya tanya dia kenapa dia tak jerit atau apa-apa dan Shahida beritahu saya bahawa dia takut dia akan kena pukul oleh bapa mertua saya. Saya memang tahu bahawa bapa mertua saya memang jenis yang panas baran. Selepas itu, bapa mertua saya juga ada menghubungi saya dan memberitahu saya bahawa memang dia yang telah membuat hubungan seks dengan Shahida. Saya tanya dia kenapa dia buat macam tu. Pada masa itu, dia beritahu saya bahawa pada masa itu, dia tak okay dengan isteri beliau dan sebab itu dia buat hubungan seks dengan Shahida. Saya paling ingat bahagian ini kerana saya berasa sangat marah dengan apa yang dia beritahu saya. Bapa mertua saya beritahu saya jangan beritahu keluarga mertua saya atau tidak, dia akan tinggalkan ibu mertua saya. Saya tidak beritahu kepada orang lain kerana saya takut yang dia akan tinggalkan ibu mertua atau dia akan apa-apakan ibu mertua saya memandangkan di rumah hanya ada dia dan juga ibu mertua sahaja. Pada tahun lebih kurang 2019 iaitu selepas saya dah berkahwin dengan suami, bapa mertua saya telah menghubungi saya dan beritahu bahawa dia ingin menghantar Shahida ke pusat pemulihan akhlak kerana Shahida tidak ingin balik ke rumah. Pada masa ini, semua adik-beradik Shahida telah mencuba menghubungi saya tanyakan keberadaan Shahida. Ibu mertua juga ada menghubungi saya mengenai hal ini tetapi bapa mertua tak hantar pun. Pada masa ini Shahida masih belajar lagi. Kemudian, saya dan Shahida telah memanggil ibu mertua saya dan juga adik ipar saya untuk berkumpul di rumah saya sekarang. Shahida telah menceritakan kesemua kejadian yang berlaku kepada mereka. Hanya pada masa ini suami saya mengetahui mengenai kejadian yang berlaku. Kemudian suami dan adik-adik ipar semua menyuruh Shahida membuat laporan polis dan kami telah pergi ke balai untuk membuat laporan. Sejak dari itu, ibu mertua saya telah duduk dengan saya sehingga sekarang..." (Sila lihat Kandungan 6 Rekod Rayuan Jilid 3 m/s 28-29) Keterangan SP3 (Mohd Shafiq Bin Kamarulzaman) [47] SP3 merupakan anak sulung Perayu. SP3 mengesahkan bahawa SP1 ada memberitahunya bahawa SP1 telah dirogol oleh Perayu di rumah sejak tahun 2013 sehingga 2018. SP3 juga mengesahkan tentang bengkak di muka SP1 dan Perayu kerap kali menyuruh SP1 masuk ke dalam bilik ibu bapanya tetapi SP1 kelihatan tidak mahu dan berlengah untuk masuk. SP3 di dalam Pemeriksaan Utama memperincikan keterangannya seperti berikut: “Pada masa ini, Shahida beritahu bahawa dia ada benda nak beritahu dan kemudian dia telah beritahu mengenai kejadian apa yang berlaku. Dia beritahu bahawa dia pernah mengandung 2 kali dan pernah gugurkan 2 kali. Dia juga beritahu bahawa ayah kami iaitu Kamaruzaman Bin Jaffar yang telah merogol beliau. Shahida beritahu bahawa dia telah mula dirogol sejak dia berumur 15 tahun sehinggalah tahun 2018. Shahida juga beritahu bahawa semua kejadian ini berlaku di rumah. Pada masa itu, semua adik-beradik bersekolah atau berkerja jadi semua tiada di rumah. Oleh itu, pada masa ini, ayah telah mengambil kesempatan untuk merogol Shahida. Shahida juga beritahu bahawa ayah ingin menghantar Shahida ke pusat pemulihan akhlak dan mengatakan bahawa teman lelaki Shahida yang bernama Farhan telah merosakkan Shahida. Saya ada beritahu Shahida jangan balik semula ke rumah tersebut kerana takut apa-apa akan jadi. Kami juga buat keputusan untuk membuat laporan mengenai hal ini. Tetapi Shahida hanya buat laporan seminggu selepas kejadian kerana beliau telah pulang untuk sambung belajar dan tarikh itu sahaja yang ada untuk semua balik. Saya tidak mengetahui mengenai kejadian ini tetapi saya tahu bahawa ayah jenis yang suka mengungkit dan juga selalu menyalahkan ibu. Yang saya tahu, ayah juga ada memukul ibu. Yang saya tahu ada sebanyak 2 kali. Pada satu tarikh yang saya tak pasti, saya juga pernah mendengar ibu bertanyakan kepada Shahida mengapa muka beliau bengkak dan Shahida telah berikan alasan. Saya tak pasti apa jawapan Shahida. Selain dari itu, di rumah tersebut ada 3 bilik tetapi hanya 2 bilik digunakan untuk tidur dan 1 lagi bilik dijadikan stor. 1 bilik tidur tersebut adalah bilik ibubapa dan 1 lagi dikongsi oleh kami adik-beradik. Semasa saya masih belajar dan membuat kerja part-time, kadang-kadang saya akan balik rumah untuk tidur di bilik kedua. Pada masa ini, kadangkala saya dengar ayah memanggil Shahidah masuk ke dalam bilik tidur ibu bapa kami untuk memijak dan mengurut beliau. Selalunya Shahidah nampak macam tak nak layan dan selalu masuk bilik lambat. Namun saya tidak pernah jangka bahawa kejadian ini berlaku kerana saya tiada, jarang dirumah ..." (Sila lihat Kandungan 6 Rekod Rayuan Jilid 3 m/s 35-36) Keterangan SP5 (Teman Lelaki SP1) [48] SP5 mengesahkan SP1 menceritakan kepadanya bahawa beliau telah dirogol oleh ayahnya (Perayu) sejak SP1 berumur 15 tahun lagi. [49] SP5 mengesahkan SP1 mengakui kepadanya bahawa SP1 pernah mengandung dua (2) kali dan telah keguguran untuk kedua-dua kandungan tersebut. [50] SP5 meminta SP1 berbincang dengan keluarganya sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai kejadian ini. [51] SP1 kemudiannya memberitahu keluarganya dan membuat laporan polis. [52] SP5 mengakui pernah sekali mengadakan hubungan seks dengan SP1 di rumah SP1 pada tahun 2017. [53] SP5 tidak mengaku menyebabkan SP1 mengandung. SP1 juga tidak pernah memberitahu SP5 yang dirinya mengandung akibat perbuatan SP5. (Sila lihat Kandungan 6 Rekod Rayuan Jilid 3 m/s 46-47) Keterangan SP6 (Dr Indok Ujik @ Norbi Mohamed) [54] SP6 bekerja di Poliklinik Norbi, Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru. [55] Pada 27 Februari 2017, SP1 datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan pengesahan mengandung. Ujian Ultrasound yang dibuat oleh SP7 mengesahkan SP1 mengandung. (Sila lihat Kandungan 6 Rekod Rayuan Jilid 3 m/s 50-51) Keterangan SP7 (Dr Nurulashikin Binti Muhammad Hanafiah) [56] SP7 merupakan seorang pakar perubatan, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. [57] SP7 melakukan pemeriksaan perubatan ke atas SP1. [58] SP7 mengesahkan terdapat kesan koyakan lama atau "old tear" pada selaput dara atau "hymenal ring" yang penuh atau "complete tear" berdasarkan rujukan muka jam di pukul 2, 3, 7 & 9 manakala koyakan separa atau "partial tear" di pukul 5 (Rujuk Ekshibit P6). Kesan koyakan lama di "hymenal ring” SP1 boleh disebabkan oleh kesan penetrasi tumpul atau “blunt penetration” dan ini boleh termasuk zakar atau lain-lain. (Sila lihat Kandungan 6 Rekod Rayuan Jilid 3 m/s 57-58 dan Penyata Saksi WSSP7 di Kandungan 7 Rekod Rayuan Jilid 4 di m/s 28). [59] Keterangan-keterangan sokongan di atas menguatkan keyakinan kami bahawa SP1 merupakan seorang saksi yang kredibel dan keterangan beliau boleh dipercayai. [60] Di dalam kes Mohamad Shakir Zufayri bin Ariffin v. Public Prosecutor [2017] MLJU 1207, Mahkamah memutuskan seperti berikut: “[45] With respect to the credibility of the SP1, the complainant, it is trite that this court should be slow in interfering with such finding of the credibility of the complainant as the trial judge was a better person to assess such finding (see Andy Baginda v PP (2003) 3 MLJ 644). From the totality of the evidence given by SP1 this court agreed with the finding of fact made by the trial judge that she was a credible witness and needed no corroboration. This was fortified by the fact that her evidence was consistent throughout the trial where she had narrated in detail what actually transpired as could be seen from the assessment of the evidence made earlier on by this court which found that there was a non-consensual and non-voluntary sexual intercourse. [46] She was not shaken during cross examination and in cross examination reaffirmed the incident. Her evidence was very probable (see PP v Mohd Bandar Shah Bin Nordin (2008) 4 MLJ 556) and was "unusually convincing" (PP v Mardai (1950) 1 MLJ 33 and PP v Mohamad Liton Syed Malik (2008). The lack of cross-examination by the defence further affirmed that the involuntary sexual intercourse did take place which reaffirmed the factual matrix of the case (Brabakaran v PP (1966) 1 MLJ 64). Furthermore, there was no motive or any reasons for her to lie in court to make the Accused/Appellant culpable.” Keterangan Perayu [61] Perayu di dalam keterangannya mengakui bahawa beliau ada meminta pertolongan SP2 untuk menggugurkan kandungan yang ada pada SP1. Malah Perayu juga turut menemani SP1 ke klinik untuk menggugurkan kandungannya. Pada hemat kami, permintaan Perayu agar pengguguran ini dibuat semata-mata bertujuan untuk melindungi dirinya daripada bertanggungan di atas perbuatan rogol yang dilakukan olehnya terhadap SP1. [62] Wajar juga diulangi bahawa laporan polis ke atas Perayu telah dibuat oleh SP1 pada 22 Februari 2019 di Balai Polis Seri Alam, Pasir Gudang, Johor (ekshibit P2). Satelah laporan polis ini dibuat terhadapnya, Perayu telah bertindak melarikan diri. Perayu akhirnya menyerah diri di Balai Polis Balai Polis Tanjung Minyak Melaka pada 26 Februari 2019. Pada hemat kami, tindakan Perayu melarikan diri ini mengukuhkan lagi keterangan kes pendakwaan terhadap Perayu. Kelakuan Perayu yang “incriminating” ini adalah relevan dan boleh diterima masuk di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. [63] Mahkamah Tinggi di dalam kes Kurchang Singh v. PP [1989] 2 CLJ 442 memutuskan seperti berikut: “corroboration may come from the other prosecution witnesses or from the accused. Deliberate lies or incriminating conduct in a material particular can constitute corroboration.” [64] Di dalam kes Samundee Devan Muthu Kerishnan v. PP [2010] 3 CLJ 269, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohd Ghazali Yusoff HMP menyatakan seperti berikut: “[15] We also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as ‘police’ is relevant and admissible pursuant to s. 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct, of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial. (see Chan Chwen Kong v. PP [1962] 1 LNS 22. …… [17] we find the evidence adduced by the prosecution before the learned trial judge showed that the appellant was clearly in possession of the plastic packages and that he had knowledge of the contents of the packages. The facts denote that the said dangerous drugs were in his custody and control. He was in possession of a set of keys one of which was used to open the boot of the motorcar in which the dangerous drugs were found. He was clearly aware of the packages when he was approached by the police and consequently attempted to run away. The combined strength of these facts gave rise to a strong inference that the appellant had mens rea possession of the packages containing the dangerous drugs and he had knowledge of the dangerous of the dangerous drugs. There was evidence of possession of the dangerous drugs independent of s. 37(d) of the Act. [65] Di dalam kes Parlan Dadeh v. PP [ 2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Augustine Paul (beliau pada ketika itu) menegaskan seperti berikut: “[38] In this case the reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police is clearly admissible under s. 8 since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reaction must therefore be offered by he himself as required by s. 9. The court cannot, on its own, offer an explanation for his reaction. However, in his defence the appellant did not offer any explanation at all for his reaction upon being approached by the police. It can therefore be validly used as evidence against him. The inference to be drawn from the evidence of conduct of the appellant against the background of the other evidence is that he knew what he was carrying (see DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840)”. [66] Rumusan daripada keterangan-keterangan di atas, kami bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana bahawa pembelaan yang diberikan oleh Perayu hanyalah suatu penafian kosong dan pemikiran terkemudian sahaja serta tidak menimbulkan apa-apa keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [67] Di dalam kes DA Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Raja Azlan Shah CJ memutuskan seperti berikut: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. [68] Di dalam kes PP v. Lim Chooi Huat & Anor [2011] MLJU 852, Mahkamah memutuskan seperti berikut: l am of the view that OKT2 is an unreliabie witness and his evidence is unacceptable. OKT2's evidence was riddled with bare denials. And it is settled law that a bare denial is not a defence: see the Federal Court case of DA Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 196. [69] Sebelum melabuh tirai penghakiman ini, kami ingin secara sepintas lalu menyentuh mengenai kelewatan SP1 memberitahu ahlı keluarganya mengenai kejadian rogol ini dan kelewatan SP1 membuat laporan polis di atas kejadian yang menimpa dirinya. [70] Pada hemat kami, kelewatan ini tidak sama sekali memudaratkan atau meruntuhkan kes pendakwaan. Punca kelewatan ini telah dijelaskan oleh SP1 dan kami dapati alasan kelewatan yang diberikan oleh SP1 adalah berasas untuk diterima. Ketakutan SP1 pada Perayu yang memiliki sifat panas baran dan kebimbangan tindakan Perayu yang akan memukul SP1 dan ibunya jika kejadian rogol ini didedahkan, nyata menghantui diri SP1 sehingga menyebabkan beliau mengambil pendirian untuk berdiam diri sahaja buat sementara waktu. Kesimpulan [71] Mengenai sabitan, berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, kami sebulat suara mendapati tiada merit di dalam rayuan ini bagi mewajarkan kami campurtangan terhadap perintah sabitan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi. [72] Rayuan Perayu terhadap sabitan ditolak. Sabitan adalah selamat untuk dikekalkan. [73] Mengenai hukuman pula, kami mendapati tiada kekhilafan yang dilakukan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi apabila memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan di atas alasan perbuatan yang dilakukan oleh Perayu melibatkan jarak masa yang berbeza meski pun mangsa yang terlibat dan tempat kejadian adalah sama. [74] Prinsip perundangan samada hukuman pemenjaraan harus berjalan secara berasingan atau serentak ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572; [2004] 3 AMR 429 di mana Augustine Paul HMR (beliau pada ketika itu) di dalam menyampaikan penghakimannya menyatakan seperti berikut: “…combined effect of s. 282 and s. 292 is that unless the court imposing a sentence says anything to the contrary, the sentence runs from the date on which it was passed (see Ooi Sim Yim v. PP [1990] 1 CLJ 435; [1990] 1 CLJ (Rep) 223). The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case. In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle.