Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG DALAM NEGERI KES JENAYAH NO. JG-83-59-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN KANESAN A/L KASINATHAN NO. KP: 860718-23-5491 TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
/akn/my/judgment/magistrates-court/2026/e870fa52-2e9e-4ec0-8877-1e884f7082df
Magistrates Court of Malaysia29 Apr 2026JG-83-59-03/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ther punishment provided for that offence. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 to them in section 2 of the Domestic Violence Act 1994 [Act 521]. PENILAIAN MAHKAMAH KE ATAS KES PENDAKWAAN”
“(b) Evidence. To bring home an offence under section 323 the Indian Penal Code, 1860 the prosecution is to prove (a) the victim suffered from bodily pain, disease or infirmity; (b) that the accused caused the aforesaid bodily pain; (c) that the accused did so intentionally or w”
“Vui [2007] MLJU 493 telah memutuskan: What the prosecution must prove to establish the element of the offence of voluntarily causing hurt to attract the punishment provided for in section 323 of the Penal Code (PC) is stated in section 321 as follows: "Whoever does any act with the intention of thereby causing hurt to”
“6. Teks Ratanlal & Dhirajlal The Indian Penal Code 34th Edition pada muka surat 2208 menyatakan:”
“is no ground for refusing to allow him to give evidence, although it may reduce the weight to be attached to such evidence as may be given (see Edwards v East India Co (1840) 3 Ky 6, Mohamed Nor v PP [1939] MLJ 305).”
“5. Mahkamah di dalam kes Public Prosecutor v David Chung Nyuk Vui [2007] MLJU 493 telah memutuskan: What the prosecution must prove to establish the element of the offence of voluntarily causing hurt to attract the punishment provided for in section 323 of the Penal Code (PC) is”
“l lesion with post traumatic seizure. Nota Tambahan oleh Mahkamah: Laporan juga menyatakan semasa kemalangan berkenaan OKT under alcohol influence (2 bottles of whiskey). Kes PP v. Ahmad Anuar & Anor [2019] MLRAU 381 dan Roslan bin Awang Mohamaad Iwn. Pendakwa Raya [2022] CLJU 726; [2022] 12 MLJ 57 dirujuk.”
“Laporan juga menyatakan semasa kemalangan berkenaan OKT under alcohol influence (2 bottles of whiskey). Kes PP v. Ahmad Anuar & Anor [2019] MLRAU 381 dan Roslan bin Awang Mohamaad Iwn. Pendakwa Raya [2022] CLJU 726; [2022] 12 MLJ 57 dirujuk.”
“ocument via eFILING portal 23 iii) Pendakwa Raya v Haney Sham bin Abdul Hamid [2024] MLJU 12 bulan penjara dan denda RM 3,000 gagal bayar 3 bulan penjara. iv) Mohd Fadzli bin Osman v Pendakwa Raya [2023] MLJU 1236 1 tahun penjara.”
“571 12 bulan penjara. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 iii) Pendakwa Raya v Haney Sham bin Abdul Hamid [2024] MLJU 12 bulan penjara dan denda RM 3,000 gagal bayar 3 bulan penjara. iv) Mohd Fadzli bin Osman v Pendakwa Raya [20”
“dakwaan juga mengemukakan trend hukuman dengan merujuk kepada kes-kes berikut: i) Pendakwa Raya v Yuzzaen Bin Zainol [2025] MLJU 4139 - 10 bulan penjara. ii) Hairul Azham bin Hazelan v Pendakwa Raya [2024] MLJU 571 12 bulan penjara. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA **Note : Serial number will be used to verify the originalit”
“(g) Pihak pendakwaan juga mengemukakan trend hukuman dengan merujuk kepada kes-kes berikut: i) Pendakwa Raya v Yuzzaen Bin Zainol [2025] MLJU 4139 - 10 bulan penjara. ii) Hairul Azham bin Hazelan v Pendakwa Raya [2024] MLJU 571 12 bulan penjara. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA **Note : Serial number will be used to verify t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG DALAM NEGERI KES JENAYAH NO. JG-83-59-03/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN KANESAN A/L KASINATHAN NO. KP: 860718-23-5491 TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dipertuduhkan dengan pertuduhan di bawah s.323 Kanun Keseksaan dibaca bersama s.326A Kanun Keseksaan pada 12 Mac 2023. Pertuduhan yang dihadapi oleh OKT adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 08/03/2023 jam lebih kurang 2340hrs bertempat di No.16 Jalan 7/7 Taman Desa di dalam daerah Kluang, negeri Johor, didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isteri kamu nama Suba A/P Muniappan, KPT: 851002-23-5096. Oleh yang demikian, S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 326A Kanun Keseksaan. OKT telah memohon untuk dibicarakan dan kes telah melalui suatu perbicaraan penuh.
2
Ringkasan kes ialah sepertimana di dalam hujahan pihak pendakwaan: a) Pada 08.03.2023 jam lebih kurang 2340 hrs, semasa SP1 yang merupakan isteri kepada Tertuduh berada di ruang tamu rumah beralamat No 16, Jalan 7/7, Taman Desa, 86000 Kluang, Johor, telah berlaku pertengkaran mulut antara SP1 dan Tertuduh disebabkan oleh wang perbelanjaan sekolah anak-anak yang diberikan oleh Tertuduh tidak mencukupi. b) Susulan daripada kejadian itu, Tertuduh telah bertindak meludah ke arah SP1 dan seterusnya memukul SP1 dengan menggunakan sebuah kerusi belajar kepunyaan anak mereka sebanyak satu (1) kali di bahagian tangan dan kaki kanan SP1. Pada masa tersebut, terdapat SP4 yang merupakan anak sulung kepada SP1 dan Tertuduh yang menyaksikan kejadian tersebut yang pada masa itu sedang makan di ruang tamu rumah berhampiran dengan tempat kejadian SP1 dipukul oleh Tertuduh. SP1 kemudiannya datang ke balai polis IPD Kluang dan telah membuat laporan polis sepertimana Kluang/4672/2023. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA c) Pada 09.03.2023 SP1 telah mendapatkan rawatan di Hospital SP2 yang merupakan Pegawai Perubatan di hospital tersebut. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh SP2 mendapati SP1 jury over right arm and right tibia
3
Peruntukan s.323 Kanun Keseksaan memperuntukkan: Section 323. Punishment for voluntarily causing hurt. Whoever, except in the case provided for by section 334, voluntarily causes hurt, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one year, or with fine which may extend to two thousand ringgit, or with both.
4
Manakala s.326A Kanun Keseksaan pula memperuntukkan: Section 326A. Punishment for causing hurt to spouse, former spouse, etc.
Subsection
(1) Whoever causes hurt to his spouse or former spouse, a child, an incapacitated adult or other member of the family and commits an offence under section 323, 324, 325, 326, 334 or 335 shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twice of the maximum term for which he would have been liable on conviction for that offence under the relevant section notwithstanding any other punishment provided for that offence. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA to them in section 2 of the Domestic Violence Act 1994 [Act 521]. PENILAIAN MAHKAMAH KE ATAS KES PENDAKWAAN
5
Mahkamah di dalam kes Public Prosecutor v David Chung Nyuk Vui [2007] MLJU 493 telah memutuskan: What the prosecution must prove to establish the element of the offence of voluntarily causing hurt to attract the punishment provided for in section 323 of the Penal Code (PC) is stated in section 321 as follows: "Whoever does any act with the intention of thereby causing hurt to any person, or with the knowledge that he is likely thereby to cause hurt to any person, and does thereby cause hurt to any person, is said "voluntarily to cause hurt".
6
Teks Ratanlal & Dhirajlal The Indian Penal Code 34th Edition pada muka surat 2208 menyatakan:
b
(b) Evidence. To bring home an offence under section 323 the Indian Penal Code, 1860 the prosecution is to prove (a) the victim suffered from bodily pain, disease or infirmity; (b) that the accused caused the aforesaid bodily pain; (c) that the accused did so intentionally or with the knowledge that in the process hurt would be caused. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA
7
Berdasarkan kepada nas-nas di atas, apa yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah:
a
(a) Mangsa telah mengalami kesakitan tubuh badan;
b
(b) Kesakitan ini adalah berpunca daripada perbuatan OKT;
c
(c) OKT melakukan perbuatan ini dengan niat hendak menyebabkan kecederaan kepada Mangsa atau dengan mengetahui bahawa perbuatan OKT akan menyebabkan kecederaan kepada Mangsa; dan
d
(d) hubungan OKT dengan Mangsa ialah suami isteri.
8
seperti berikut: Section 319. Hurt. Whoever causes bodily pain, disease or infirmity to any person is said to cause hurt.
9
Merujuk sekali lagi kepada Ratanlal & Dhirajlal The Indian Penal Code 34th Edition, telah dinyatakan: So far as the question of causing hurt is concerned, even causing of some pain may technically amount to hurt as defined by section 319 of the Indian Penal Code, 1860.
10
SP 1 telah memberi keterangan sewaktu kejadian, OKT telah keluar dari bilik, keluar rumah sebentar, meludahi muka SP 1, mengambil kerusi dan menghentamnya ke kaki kanan SP1. Keterangan SP 1 semasa pemeriksaan utama ialah seperti berikut: Selepas dicederakan, apa yang kamu rasakan? S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Sakit. Di bahagian mana? Tangan kanan dan kaki. Macam mana cara suami pukul kamu? Dia datang terus ambil kerusi hentam macam itu. Depan kamu ke? Dia depan saya, tapi pukul ke kanan saya.
11
Mahkamah merujuk kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam Public Prosecutor v Mohd Isa bin Abdul Samad [2026] 2 MLJ 896: [71] Firstly, it is settled law that the credibility of a witness is best determined by the trial judge, who has the advantage of audio-visual demeanor. Unless the assessment is plainly wrong and made against the weight of the evidence presented, the finding on credibility should not be disturbed by the appellate court.
12
Mahkamah selaku Mahkamah Bicara mempunyai kelebihan audio visual di dalam memutuskan berkenaan dengan kredibiliti saksi. Mahkamah mendapati kredibiliti SP 1 tetap utuh walaupun diperiksa balas bertubi-tubi oleh pihak pendakwaan. Kerusi yang digunakan iaitu P6 telah dikemukakan. Apatah lagi, SP 1 telah diminta oleh Tuan Peguambela Yang Terpelajar, dengan bantuan polis Mahkamah, untuk mendemontrasikan bagaimana cara OKT dikatakan memukul SP 1 menggunakan kerusi P6. Nota prosiding Mahkamah mencatatkan: S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Peguam: Saya mohon untuk buat demonstrasi semula cara pukulan untuk lebih detail. Kamu kata terkena pada bahagian lengan dan bawah kaki? Betul. Hampir paling bawah? Atas sikit, bawah lutut. Mahkamah: Adakah sofa sama tinggi dengan kerusi sekarang? A: Sofa itu rendah sikit, kayu dia sudah patah. Mahkamah: So kalau kamu duduk tenggelam? A: Ya. Saksi duduk sambil demonstrasi cara pukulan dibuat dengan bantuan polis Mahkamah dengan dipandu oleh Saksi.
13
Mahkamah mendapati demonstrasi cara pukulan oleh SP 1 terutamanya cara dan sudut (angle) kerusi dipegang dan dihayunkan ke tubuh SP 1 yang ditunjukkan adalah konsisten dengan kedudukan kecederaan dan bagaimana boleh terdapat 2 tempat kecederaan mengambil kira keterangan SP 1 bahawa pukulan/hayunan dibuat hanya sekali. Ia juga konsisten dengan gambar kecederaan yang dikemukakan P5A-F.
14
Keterangan pegawai perubatan SP 2 yang memeriksa SP 1 juga mengesahkan SP 2 telah mengalami soft tissue injury di tangan kanan dan kaki kanan. SP 2 juga mengesahkan kecederaan ini boleh disebabkan oleh dipukul dengan menggunakan objek. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Laporan perubatan P15 juga dikemukakan bagi menyokong keterangan SP 2.
15
Selain daripada SP 1, pihak pendakwaan turut memanggil SP 4 yang merupakan anak kepada SP 1 dan OKT yang berada di ruang tamu semasa kejadian berlaku.
16
SP 4 telah memberi keterangan bahawa telah berlaku perselisihan faham di antara SP 1 dan OKT berkenaan dengan duit yuran. OKT telah keluar dari bilik dan telah meludah ke muka SP 1. OKT juga telah mengambil kerusi yang berada di sebelah SP 1 dan telah memukul kaki SP 1 sebanyak 1 kali.
17
Bagi mencari mens rea yang perlu dibuktikan di dalam kes ini, Mahkamah merujuk kepada s.321 Kanun Keseksaan: Whoever does any act with the intention of thereby causing hurt to any person, or with the knowledge that he is likely thereby to cause hurt to any person, and does thereby cause
18
Merujuk kepada kes Sim Yew Thong v Ng Loy Nam Thomas and Other Appeals [2000] 4 SLR 193 telah diputuskan: The requisite mens rea element for the offence is either being purely an operation of the mind, can only be proved by drawing inferences from the surrounding circumstances and the acts of the person. A person is S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA said to intend the natural consequences of his act. Thus, if the second appellant had indeed pushed Madam Sim on her palm, then the law can indeed infer that he had intended to cause her to lose her balance and to fall down. Even if I gave the second appellant the benefit of the doubt, and entertained the possibility that he had not actually pushed Madam Sim, and had really only pushed Thomas Ng, he would still not escape liability, for he would still possess the requisite mens Thomas Ng had suffered tenderness over his right chest immediately after the incident. This indicated that the second appellant had not merely given Thomas Ng a light push on the chest, but had shoved the latter very hard. When the second appellant charged at Thomas Ng and thus shoved Thomas Ng, Madam Sim, who was a frail and small old woman, was . In the circumstances, All this indicated that the second appellant possessed the knowledge that he was, by his acts, likely to cause hurt to Madam Sim by causing her to fall. There is no definition judgment, for the purposes of s 321 of the PC, the term accused knows he is likely to cause a result) and negligence (when an accused has reason to believe that he is likely to cause a result). I was reinforced in this view PC, which states: S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA causes it by means whereby he intended to cause it, or by means which, at the time of employing those means, he knew or had reason to believe to be likely to cause it. [Emphasis added.] Be it recklessness or negligence, the evidence revealed clearly that the second appellant knew that, by pushing Thomas Ng in the manner which he did, he would thereby cause hurt to Madam Sim. Without question, he was liable under s 321 of the PC for voluntarily causing hurt to her.
19
Niat OKT untuk mencederakan SP 1 dapat dilihat daripada perbuatan OKT memukul SP 1 dengan menggunakan kerusi. Kerusi P6 yang dikemukakan merupakan kerusi yang berat, dengan kaki besi. Secara alternatifnya, OKT sebagai seorang dewasa yang waras semestinya mengetahui perbuatan memukul SP 1 dengan menggunakan kerusi yang berat akan menyebabkan kecederaan.
20
Perhubungan OKT dan SP 1 sebagai suami isteri tidak pernah dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan sijil perkahwinan mereka sepertimana P1.
21
Berdasarkan kepada keseluruhan keterangan di atas, selepas suatu penilaian yang maksima dijalankan ke atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan semasa kes pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT, S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA
22
Secara ringkasnya pembelaan OKT ialah kecederaan SP 1 di dalam kes ini berpunca daripada cubaan OKT untuk mempertahankan diri. OKT mendakwa semasa kejadian telah berlaku perselisihan faham di antara OKT dengan SP 1 di mana ketika itu, OKT sedang berada di bilik terdengar SP 1 telah menyuruh anak mereka Kesen Prasath untuk membaling wang RM 100 yang telah diberikan OKT untuk perbelanjaan persekolahan anak ke muka OKT. Selain itu, SP 1 juga dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada OKT.
23
OKT yang berang dengan tindakan SP 1, telah keluar dari bilik dan meludahi SP 1. SP 1 telah meludah OKT semula dan membaling pisau yang sedang dipegangnya ke arah OKT. Akibat dari itu, OKT telah mengalami kecederaan luka berdarah di lengan tangan kiri. Oleh sebab itulah, bagi mempertahankan dirinya, OKT telah mengambil sebuah kerusi belajar dan menolak SP 1 menggunakan kerusi tersebut. OKT malah menunjukkan parut yang dikatakan bekas daripada luka berkenaan kepada Mahkamah semasa memberi keterangan.
24
OKT juga telah membuat laporan polis berkenaan dengan perkara ini pada 5 Mei 2023 sepertimana D14. Selain itu, OKT juga telah memanggil SD 4 untuk menyokong ceritanya dan telah mengemukakan log panggilan melalui penyata bil D25 yang dibawa oleh SD 3. PENILAIAN MAHKAMAH KE ATAS PEMBELAAN OKT S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA
25
Di dalam menilai pembelaan OKT ini, Mahkamah menimbangkan keterangan OKT ini terlebih dahulu dengan keterangan saksi pembelaan yang lain. Pegawai tangkapan SD 2 mengesahkan tangkapan dilakukan ke atas OKT pada awal pagi 9/3/2023 iaitu pada malam yang sama dengan kejadian yang dikatakan berlaku. Keterangan SD 2 adalah seperti berikut: Pemeriksaan Utama: Semasa tangkapan ada tak pemeriksaan atau apa-apa prosedur yang kamu lakukan? Saya ada buat pemeriksaan fizikal ke atas OKT tangkapan. Bagaimana keadaan saspek? Baik, tiada sebarang kecederaan yang kita lihat. Pemeriksaan Balas: Setuju semasa tangkapan dilakukan kamu ada lakukan pemeriksaan fizikal pada OKT? Setuju. Setuju dengan saya tiada kecederaan yang ditemui pada OKT? Setuju. Oleh sebab itu kamu tidak bawa OKT ke hospital untuk dapatkan apa-apa rawatan? Setuju. Sekiranya OKT mengalami kecederaan pihak lokap takkan menerima OKT ini? Setuju. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA
26
Keterangan OKT bercanggah dengan keterangan saksi pembelaan sendiri SD 2. Jika dibandingkan dengan latar belakang kes pendakwaan, keterangan SD 2 adalah konsisten dengan keterangan pegawai penyiasat, SP 5 yang mengesahkan semasa OKT hadir di hadapannya, OKT tidak mengalami sebarang kecederaan.
27
Selain itu, OKT juga mendakwa apabila OKT pergi semula ke tempat kejadian dan ingin keluar dari rumah, OKT melihat ada beberapa orang yang menunggang motosikal di hadapan rumah sambil memegang besi atau kayu. OKT menyatakan telah menghubungi Balai Polis Kluang untuk bantuan dan telah dinasihatkan untuk tidak keluar rumah sehingga bantuan sampai. Apabila kereta peronda sampai, OKT terus memandu motosikal mengikuti kereta peronda sehingga ke balai polis.
28
Mahkamah mendapati perkara ini tidak pernah dibangkitkan semasa kes pendakwaan terutamanya semasa pegawai penyiasat SP 5 memberi keterangan. SP 5 telah pergi ke tempat kejadian awal pagi berkenaan sepatutnya soalan ini boleh ditanyakan kepada beliau.
29
Laporan polis OKT D14 juga dibuat bukan secara contemporaneous tetapi selepas hampir 2 bulan kejadian dan selepas pertuduhan dibuat di Mahkamah.
30
Mahkamah mendapati keterangan OKT adalah berupa pemikiran kemudian. Di dalam kes Mahkamah Rayuan di dalam kes Megat S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 pada perenggan 63 muka surat 167 memutuskan bahawa: Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an
31
Mahkamah Persekutuan di dalam kes Adiswaran a/l Tharumaputrintar v Public Prosecutor & Other Appeals [2014] 3 MLJ 228 mengesahkan penolakan pembelaan pemikiran kemudian: [88] With regard to the first accused's defence we agree with the conclusion of the learned trial judge that his defence was an afterthought. The learned trial judge had given a careful consideration to the defence pertaining to the existence of Devadas but rejected the defence on the ground that it was never raised by the defence during the prosecution case, nor the issue raised to any of the prosecution witnesses during cross-examination.
32
Seterusnya mengenai peranan SD 4, Mageshwari a/p Kuppusamy. OKT dan SD 4 saling mendakwa mereka adalah saudara sahaja. Daripada observasi dan pemerhatian Mahkamah sepanjang kes ini, S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Mahkamah mendapati peranan SD 4 lebih daripada sekadar saudara.
a
(a) SD 4 adalah penjamin kepada OKT bagi dua kes termasuk kes ini.
b
(b) SD 4 sentiasa hadir di dalam Mahkamah bersama OKT dan duduk di galeri awam semasa saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP 1 memberi keterangan. SD 4 memberi alasan bahawa SD 4 merupakan penjamin OKT dan perlu memastikan kehadiran OKT ke Mahkamah.
c
(c) Tetapi peranan SD 4 yang dikatakan hanya sebagai seorang penjamin yang perlu memastikan kehadiran OKT diragui apabila Peguambela OKT sebelum ini beberapa kali semasa pemeriksaan balas SP 1 secara tiba-tiba berhenti, meninggalkan meja peguam dan pergi ke galeri awam tanpa kebenaran Mahkamah untuk berbincang dengan SD 4. Ini boleh dilihat dengan jelas sekiranya rakaman RVT diteliti. Apa perlunya seorang peguambela yang sedang memeriksa balas Pengadu SP 1 untuk beberapa berjumpa dengan SD 4 berbincang tentang sesuatu?
d
(d) Penyata bil D25 yang dikemukakan oleh pihak pembelaan juga menunjukkan bahawa terdapat banyak panggilan yang dibuat oleh OKT kepada SD 4. SD 4 cuba menjelaskan perkara ini dengan menyatakan bahawa : Kamu dirujuk dengan penyata telefon dari ms 6-10, dalam rekod ini terdapat banyak kali rekod OKT call kamu, boleh kamu beritahu apa tujuannya? Boleh. Selepas kejadian ini OKT dah tak boleh duduk dekat rumah dia di Taman Desa dan OKT minta saya S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA carikan rumah sewa untuk dia, tujuan call itu untuk cari rumah sewa sahaja. Itu sahaja sampai banyak kali? Kalau saya jumpa rumah, saya akan cakap dengan dia. Cuma duration call tak lama. Namun hasil penelitian oleh Mahkamah kepada D25 yang telah dikemukakan, terdapat sebegitu banyak panggilan yang dibuat oleh OKT kepada SD 4 sebelum daripada kejadian pada 8 Mac
2023
Semakan pada tarikh 2 dan 3 Mac 2023 mendapati OKT telah membuat sebanyak 16 kali panggilan kepada SD 4 di mana 5 daripada panggilan ini adalah bagi suatu tempoh yang lama: Tarikh Masa Durasi 2/3/2023 19:47:29 1 jam 2/3/2023 20:52:58 18 minit 2/3/2023 21:31:57 1 jam 2/3/2023 23:29:05 14 minit 3/3/2023 04:18:52 31 minit Begitu juga sepertimana yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan, terdapat 14 rekod panggilan pada muka surat 9 D25 manakala terdapat 18 rekod panggilan pada muka surat 10. Jika panggilan selepas daripada OKT dibebaskan adalah berkenaan dengan pencarian rumah sewa OKT kerana OKT tidak dibenarkan untuk tinggal bersama dengan SP 1, jadi apa tujuan panggilan dibuat sebelum kejadian ini berlaku? S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA
33
Mahkamah mengakui bahawa kehadiran SD 4 di dalam Mahkamah semasa saksi pendakwaan memberikan keterangan bukanlah sesuatu yang menyalahi undang-undang, tetapi ia mempengaruhi nilai keterangan SD 4 di Mahkamah, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Public Prosecutor V Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1 yang memutuskan: Local cases have taken the view that the fact that a witness remains in court during the progress of a trial is no ground for refusing to allow him to give evidence, although it may reduce the weight to be attached to such evidence as may be given (see Edwards v East India Co (1840) 3 Ky 6, Mohamed Nor v PP [1939] MLJ 305).
34
Apa yang peliknya juga fakta bahawa SD 4 hanya merupakan saudara kepada OKT tidak pernah dicadangkan kepada ahli keluarga OKT yang memberi keterangan semasa kes pendakwaan iaitu isterinya SP 1 dan anaknya SP 4.
35
Apatah lagi dengan isu-isu di atas berkenaan dengan peranan sebenar SD 4, Mahkamah berpendapat SD 4 ialah seorang saksi yang berkepentingan dan mempunyai a purpose to serve dan oleh itu, kredibiliti SD 4 adalah sangat meragukan. Mahkamah Rayuan di dalam kes Veeran Veriah v PP & Another Appeal [2017] 1 LNS 1706 memutuskan: S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA [34] As for DW3, he was obviously trying to help both appellants. He knew them long before that but became very close 6 months prior to the incident. He was undoubtedly, an interested witness whose evidence should be treated with caution as he was a witness having a purpose to serve [Deepanraj Subramaniam v. PP [2015] 3 CLJ 439 at page 450] .
36
Secara prinsipnya, OKT apabila memberi keterangan sebagai saksi juga terikat dengan ujian kebolehpercayaan dan kredibiliti yang perlu dinilai oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Di dalam kes Tan Chee Khang [2016] 3 MLJ 648, Mahkamah Rayuan memutuskan: [23] menjadi undang-undang mantap bahawa beban bukti pembelaan untuk menimbulkan keraguan yang munasabah erayu juga terikat dengan ujian-
37
Percanggahan keterangan OKT dengan saksi pembelaannya sendiri menyebabkan Mahkamah meragui versi pembelaan OKT. Penafian yang ditimbulkan bahawa OKT bukannya mahu mencederakan SP 1 tetapi hanya mahu mempertahankan diri selepas dilukai oleh SP 1 menggunakan pisau juga tidak disokong dengan mana-mana keterangan kredibel yang lain. Bahkan saksi pembelaan sendiri mengesahkan OKT tidak mengalami sebarang kecederaan. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA
38
Mahkamah mendapati penafian OKT ini hanya tinggal penafian kosong semata-mata. Mahkamah Persekutuan di dalam kes DA Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195 telah memutuskan: The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.
39
Begitu juga Mahkamah Rayuan, di dalam kes Mr Losali v. Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 694, bersetuju dengan keputusan di atas di dalam memutuskan: [54] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake. [55] The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges.
40
Secara kesimpulannya, setelah Mahkamah Yang Mulia ini membuat pertimbangan yang maksima dan teliti ke atas keseluruhan S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan kes termasuk pembelaan OKT serta hujahan-hujahan yang telah difailkan kedua-dua belah pihak yang terpelajar, Mahkamah mendapati OKT telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munabasah ke atas kes pendakwaan, dan sekaligus Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. OKT didapati salah dan sabit atas pertuduhan.
41
Puan Peguambela Yang Terpelajar telah menyediakan hujahan mitigasi bertulis yang sangat panjang yang telah ditandakan sebagai D26. Secara ringkasnya, mitigasi OKT adalah seperti berikut:
a
(a) OKT adalah pesalah kali pertama.
b
(b) OKT mempunyai tahap pendidikan setakat SPM sahaja.
c
(c) OKT sebelum ini melakukan beberapa pekerjaan pada satu masa iaitu berkebun sawit, menternak lembu dan memandu lori secara sambilan.
d
(d) OKT terpaksa menanggung kos perbicaraan yang tinggi yang menyebabkan OKT terpaksa menjual kebun dan ternakan, melepaskan pekerja dan tidak lagi bekerja sebagai pemandu lori.
e
(e) OKT kini tiada pekerjaan tetap.
f
(f) OKT menanggung 3 orang anak yang sedang membesar.
g
(g) OKT menghidap penyakit sawan akibat kemalangan dan memerlukan rawatan yang berterusan. Pemenjaraan akan membahayakan kesihatan OKT (laporan perubatan telah dikemukakan. Diagnosis: Mild head injury positive ct non S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA surgical lesion with post traumatic seizure. Nota Tambahan oleh Mahkamah: Laporan juga menyatakan semasa kemalangan berkenaan OKT under alcohol influence (2 bottles of whiskey). Kes PP v. Ahmad Anuar & Anor [2019] MLRAU 381 dan Roslan bin Awang Mohamaad Iwn. Pendakwa Raya [2022] CLJU 726; [2022] 12 MLJ 57 dirujuk.
h
(h) OKT telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan Mahkamah sepanjang kes.
i
(i) Mangsa hanya mengalami soft tissue injury dan tidak mengalami kecacatan kekal.
j
(j) Kejadian berlaku di dalam konteks konflik rumah tangga yang memuncak.
k
(k) Pihak pembelaan menghujahkan hukuman yang tidak berbentuk pemenjaraan contohnya bon berkelakuan baik atau denda masih boleh mencapai keadilan tanpa memusnahkan kehidupan OKT. Rujukan dibuat kepada kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 MLRH 23; [1976] 2 MLJ 256.
l
(l) Pihak pembelaan akhirnya memohon sekiranya pemenjaraan diberikan, hendaklah pada kadar yang paling minima.
42
Puan TPR Yang Bijaksana di dalam hujahan pemberatannya pula menghujahkan:
a
(a) faktor kepentingan awam perlu diberikan pertimbangan melebihi kepentingan OKT (kes PP v Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 dan Fan Yew Teng v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 235 dirujuk.
b
(b) Hukuman yang dijatuhkan mestilah bertindak sebagai pengajaran kepada OKT supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan sekaligus bertindak sebagai S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA pencegahan (deterrent) kepada orang awam berkenaan hukuman berat yang bakal menanti sekiranya mereka terlibat dalam kesalahan jenayah seumpama ini.
c
(c) Pihak pendakwaan juga memohon Mahkamah mengambil kira masa yang agak lama untuk kes diselesaikan di mana pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 saksi manakala pihak pembelaan telah memanggil OKT dan 5 saksi pembelaan tambahan. Kes perbicaraan telah berlangsung selama lebih 2 tahun yang menyebabkan banyak masa dan kos dikeluarkan.
d
(d) Di samping itu, pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa kesalahan yang dipertuduhkan merupakan kesalahan yang serius di mana kesalahan s.326A Kanun Keseksaan mewajibkan hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh 2 kali ganda tempoh maksimum yang diperuntukkan.
e
(e) Kes keganasan rumah tangga semakin berleluasa sepertimana yang dilaporkan bahkan ada isteri yang terlantar koma akibat dicederakan oleh suami sendiri.
f
(f) OKT sebagai ketua keluarga dan suami dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan melindungi Mangsa dan bukannya menganiaya Mangsa.
g
(g) Pihak pendakwaan juga mengemukakan trend hukuman dengan merujuk kepada kes-kes berikut: i) Pendakwa Raya v Yuzzaen Bin Zainol [2025] MLJU 4139 - 10 bulan penjara. ii) Hairul Azham bin Hazelan v Pendakwa Raya [2024] MLJU 571 12 bulan penjara. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA iii) Pendakwa Raya v Haney Sham bin Abdul Hamid [2024] MLJU 12 bulan penjara dan denda RM 3,000 gagal bayar 3 bulan penjara. iv) Mohd Fadzli bin Osman v Pendakwa Raya [2023] MLJU 1236 1 tahun penjara.
43
Mahkamah Yang Mulia mengambil maklum bahawa hukuman pemenjaraan di bawah s.326A Kanun Keseksaan adalah bersifat mandatori. Ini dapat dilihat daripada Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat bertarikh 5 April 2017: Razali bin Ibrahim]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, masalah jenayah seksual dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini adalah satu masalah yang tidak berkesudahan yang kalau tidak ditangani akan mengancam pembinaan institusi kekeluargaan, menjejaskan keharmonian sosial, malah boleh menghancurkan masa depan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk membendung kes keganasan rumah tangga serta kes yang berkaitan dengan jenayah seksual ini, kerajaan bercadang untuk membuat beberapa penambahbaikan di dalam Kanun keseksaan. Secara amnya, Rang Undang-undang Kanun S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Keseksaan (Pindaan) 2017 bertujuan untuk memperluaskan pemakaian seksyen 326A Kanun Keseksaan kepada kesalahan yang dilakukan terhadap bekas suami atau isteri, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau anggota lain keluarga dan orang ini adalah seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan ia tidak dihadkan hanya bagi mereka yang masih dalam hubungan perkahwinan yang sah sahaja. Melalui cadangan pindaan ini, seseorang yang menyebabkan kecederaan terhadap bekas suami atau isterinya, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau orang lain, keluarga dan kemudian disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 323, seksyen 324, seksyen 325, seksyen 326, seksyen 334 atau seksyen 335 Kanun Keseksaan, mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara untuk tempoh yang boleh sampai dua kali tempoh maksimum yang dia boleh dikenakan sekiranya disabitkan dengan kesalahan itu di bawah seksyen berkaitan walau apa pun hukuman lain denda atau sebatan diperuntukkan bagi seksyen itu. Dalam erti kata lain, dengan cadangan pindaan ini, hukuman penjara menjadi hukuman mandatori dikenakan
44
Mahkamah juga merujuk kepada kes Mani Maran Athigharee v Public Prosecutor [2017] 9 CLJ 232 telah memutuskan: [20] The intention of Legislature is manifested, not secreted. The role of courts is merely to interpret the statutes and not to S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA read between the lines or give a meaning which is clearly not envisaged by the clear words of the statute itself especially in the realm of criminal law. [21] In the case of Public Prosecutor v. Mohd Tajuddin Ahmad [1997] 1 CLJ Supp 384, His Lordship, Mohd Noor Abdullah Jr (as he then was) had the occasion to deal with both "shall be punished with" and "shall be liable to" expressions appearing in s. 376 of the Penal Code. In deciding that the expression "shall be punished with" connotes a mandatory meaning, His Lordship said at p. 387: The legislature has varying modes of indicating in any penal provision the type and extent of punishment to be meted out, whether an imprisonment or a fine or whipping or any combination. It also indicates its intention whether a particular sentence is mandatory or discretionary by the use of expressions such as "shall be punished with" or "shall be liable to", the former being mandatory (emphasis added) and the latter discretionary. [22] Other cases have also established that the words "shall be punished with" are mandatory in nature. (See: Gabriel v. PP [1991] 1 LNS 44; [1992] 1 MLJ 593, Philip Lau Chee Heng v. PP [1988] 2 CLJ 873; [1988] 2 CLJ (Rep) 144; [1988] 3 MLJ 107 and PP v. Man bin Ismail [1938] 1 LNS 54; [1939] 8 MLJ (FMSR) 207). S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA [23] In interpreting s. 326A of the Penal Code, I find that the first part of that section describes the nature of the penalty. The words, "... shall be punished with imprisonment..." clearly means that imprisonment under s. 326A of the Penal Code is mandatory. I am fortified in my view based on the aforesaid reasons.
45
Kesalahan yang melibatkan kekerasan dan keganasan yang dilakukan ke atas orang lain perlu ditangani dengan tegas. Leong Kakong v Public Prosecutor [1976] 2 MLJ 21, Mahkamah telah memutuskan: The nature of the offences committed in particular that which is violent in nature and one that involves the security of life and property, must necessarily be viewed gravely.
46
Panduan juga diambil daripada kes R v Sargeant (James Henry)
Subsection
(1974) 60 Cr. App. R. 74, di mana Court of Appeal melalui penghakiman Lord Justice Lawton memutuskan: What ought the proper penalty to be? We have thought it necessary not only to analyse the facts, but to apply to those facts the classical principles of sentencing. Those classical principles are summed up in four words: retribution, deterrence, prevention and rehabilitation. Any judge who comes to sentence ought always to have those four classical principles in mind and to apply them to the facts of the case to see which of them has the greatest importance in the case with which he is dealing. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA I will start with retribution. The Old Testament concept of an eye for an eye and tooth for tooth no longer plays any part in our criminal law. There is, however, another aspect of retribution which is frequently overlooked: it is that society, through the courts, must show its abhorrence of particular types of crime, and the only way in which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts do not have to reflect public opinion. On the other hand courts must not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion. Anyone who surveys the criminal scene at the present time must be alive to the appalling problem of violence. Society, we are satisfied, expects the courts to deal with violence. The weapons which the courts have at their disposal for doing so are few. We are satisfied that in most cases fines are not sufficient punishment for senseless violence. The time has come, in the opinion of this Court, when those who indulge in the kind of violence with which we are concerned in this case must expect custodial sentences.
47
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Puan TPR Yang Bijaksana bahawa kepentingan awam perlu diberikan pertimbangan yang tertinggi di dalam kes ini. Mahkamah telah mengambil kira rayuan mitigasi OKS di dalam menilai hukuman yang bersesuai. Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v Shahrul Azuwan Adanan & Anor [2013] 2 CLJ 686 yang telah memutuskan: [13] In passing sentence it is natural for the sentencing judge or magistrate to be sympathetic towards the offender. S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Invariably the offender cuts a lonely figure as he stands alone and subdued in the dock to face punishment. His demeanour, where he is charged with a crime involving the use of violence will be in total contrast with his conduct at the time he committed the offence. His plea in mitigation can sometimes be loaded with emotion, pleading all the usual problems of life. In such situation it is very easy to be swayed by sympathy but this is where the court must stand firm and not shirk from its responsibility to deal properly with evildoers. [Penekanan oleh Mahkamah] [14] The sentencing court must only consider circumstances that mitigate the crime and not those that are personal to the offender and unconnected to the crime such as hardship to the offender and his family if he is sent to prison. These are matters that the offender should have thought of before committing the offence. If he was brave enough to tempt fate and got caught he must be brave enough to face the natural and probable consequences of his act. But if for any valid reason there is a need to temper justice with mercy a proper balance has to be struck between sympathy for the offender and the pain and suffering that he had inflicted on his victim or the damage that his criminal activity had done to society.
48
Berhadapan dengan tuntutan kepentingan awam untuk suatu hukuman yang tegas diberikan di dalam kes-kes melibatkan jenayah kekerasan, kepentingan peribadi dan isu kesihatan yang dibangkitkan oleh OKT bukanlah mitigasi yang kuat. Apatah lagi sepertimana yang telah dilihat di dalam laporan perubatan OKT, S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA daripada history-taking yang dibuat oleh pegawai perubatan, kemalangan dipercayai berpunca daripada OKT sendiri yang memandu dalam keadaan mabuk/di bawah pengaruh alkohol.
49
Mahkamah berpendapat hukuman pemenjaraan tetapi yang tidak terlalu panjang adalah mencukupi sebagai mekanisma pencegahan agar kesalahan tidak berulang di masa hadapan. Oleh yang demikian, setelah mendengar dan mempertimbangkan rayuan mitigasi dan hujahan pemberatan daripada kedua-dua pihak yang terpelajar, Mahkamah menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dari tarikh sabitan.
50
Di lembaran penutup alasan penghakiman ini, Mahkamah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas kedua-dua pihak Puan TPR Yang Bijaksana dan Puan Peguambela Yang Terpelajar di atas komitmen dan profesionalisma yang ditunjukkan sepanjang perbicaraan kes dijalankan. Bertarikh 6 Julai 2026 MUSTAQIM BIN SUKARNO MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG JOHOR S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA Bagi Pihak Pendakwaan : TPR Siti Nur Fara Fazilun Izylin Binti Ahmad Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguam bagi pihak OKT : Puan Siti Nabilah Binti Hamzah Tetuan Nabilah Hamzah & Partners S/N O5owzkHiQ0Sxxxx7EQwDmA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.