(i) keterangan saksi-saksi Plaintif gagal menyokong dan gagal membuktikan tuntutan Plaintif bahawa kenderaan yang didaftarkan atas nama Defendan adalah dibeli oleh Plaintif. Ini kerana − • Plaintif (SP-1) tidak mengemukakan apa-apa dokumen pembelian kereta dari pemilik asal walaupun Plaintif sudah berkecimpung dalam perniagaan begini selama lebih 40 tahun. • keterangan SP-2 yang merupakan broker adalah meragukan. • keterangan pegawai bank (SP-3) mengesahkan bahawa beliau tidak dapat memastikan pengeluaran tunai dibuat dan bayaran kepada siapa dibuat. • bukti bayaran bagi kereta yang dibeli oleh Plaintif melalui tender dengan pihak Kastam adalah mengelirukan kerana harga pembelian kereta yang bercanggah. [36] Kedua-dua pihak berdebat dan berhujah dengan tegas berkenaan dengan pemegangan kenderaan tersebut oleh Defendan sebagai suatu amanah. Walau bagaimanapun, sebelum perdebatan mengenai pemegangan kenderaan tersebut, selepas mendengar keterangan Plaintif yang disokong oleh keterangan saksi-saksinya dan fakta bahawa Defendan itu bekerja “makan gaji” dengan Plaintif iaitu bapanya sendiri, jelas membuktikan bahawa kenderaan tersebut dibeli atas duit Plaintif dan bukannya duit Defendan. [37] Penegasan Defendan bahawa beliau sendiri membayar harga pembelian kenderaan tersebut hanya sekadar penegasan lisan. Daripada keterangan Defendan sendiri, Defendan mengakui bahawa tiada apa-apa bukti pembelian dari akaun bank mahupun wang tunai oleh Defendan. [38] Apabila tiba kepada proses pendaftaran kenderaan di JPJ, sebagai seorang pekerja yang berkhidmat dengan Plaintif, Defendan ialah orang yang mendaftarkan kenderaan tersebut atas nama Defendan sendiri. Proses ini memang perlu memandangkan keperluan cop jari dan pengisian dokumen pendaftaran hakmilik di JPJ. Ketidakhadiran Plaintif di JPJ adalah munasabah dan sudah dijelaskan di Mahkamah ini. [39] Pendaftaran hakmilik kenderaan tersebut atas nama Defendan bukanlah suatu bukti konklusif bahawa kenderaan itu didaftarkan atas hakmilik Defendan. Kenderaan tersebut dibeli oleh Plaintif dan urusan bagi pembayaran duti kastam dll bagi kenderaan yang dibeli di luar negara juga dibayar oleh Plaintif. [40] Plaintif mengakui semasa menjawab soalan pemeriksaan balas bahawa punca Defendan menuntut hakmilik kenderaan tersebut ialah apabila kedua-dua ibu bapa Defendan (Plaintif dan isteri Plaintif) menghadapi masalah rumahtangga dan ingin bercerai. [41] Mahkamah ini tidak menyoal Defendan (SD) tetapi Mahkamah hanya minta penjelasan daripada Defendan. Keterangan Defendan mengenai proses sistem wang komisen yang diperolehnya memerlukan Mahkamah ini faham apakah maksud keterangan Defendan itu. [42] Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Rayuan yang amat jelas menghuraikan mengenai konsep amanah, iaitu kes Chong Chee Piao & 4 Lg v. Koh Wah Leong (Sebagai Pengerusi Pertubuhan Penganut-Penganut Ting Leong Keng Lee Hu Tong Chu, Pantai Remis, Manjong, Perak) [2023] 1 LNS 66, yang antaranya memutuskan – [32] We find merit in the submission of counsel for the respondent that in the case of implied and constructive trust as opposed to an express trust, the element of intention to create a trust on the part of the testator is not essential. It is a trust that is imposed by the law to preventunfairness or injustice. In the recent case of Ng Hoo Kui & anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1, Zabariah Mohd Yusof FCJ at the Federal Court said as follows about the irrelevance of intention in a finding of constructive trust: [111] It is trite law that the intention to create a trust is applicable in situation of express trusts and not in constructive trusts. Constructive trust are trusts that may be implied in the absence of any declaration/intention of a trust, where the trustee has induced another to act to their detriment they would acquire a beneficial interest in the land/property. A characteristic feature of this trust does not owe its existence to the parties' intention, but by operation of law. In Takako Sakao v. Ng Pek Yuen [2010] 1 CLJ 381; [2009] 6 MLJ 751, it was held that: A constructive trust is imposed by law irrespective of the intention of the parties. And it is imposed only in certain circumstances, e.g. where there is dishonest, unconscionable or fraudulent conduct in the acquisition of property. What equity does in those circumstances is to fasten upon the conscience of the holder of the property a trust in favour of another in respect of the whole or part thereof. [112] Constructive trust is viewed as a device under which equity will intervene so as to create a trust relationship between the parties in order to make a person accountable for the trust to prevent any unfairness or injustice. Equity will impose obligation on the defendant to hold the property for the benefit of another. (emphasis ours) [33] In the earlier case of Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor v. JW Properties Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 392, the Federal Court also emphasised the principle that constructive trust is a trust imposed by equity in order to satisfy the demands of justice and good consciencewithout reference to intention of the parties. Zulkefli Ahmad Makinudin PCA who delivered the decision of the court said as follows [59] It has also been held that a constructive trust is a trust which is imposed by equity in order to satisfy the demands of justice and good conscience without reference to any express or presumed intention of the parties. (See the case of Hassan Kadir & Ors. v. Mohamed Moidu Mohamed & Anor. [2011] 5 CLJ 136 (FC)). A constructive trust is a remedial device that is employed to prevent unjust enrichment. It has the effect of taking the title to the property from one person whose title unjustly enriches him, and transferring it to another who has been unjustly deprived of it. (See the case of Tay Choo Foo v. Tengku Mohd Saad Tengku Mansur &Ors. And Another Appeal [2009] 2 CLJ 363; [2009] 1 MLJ 289 CA) [34] Thus, a written document evidencing the existence of a trust is also unnecessary. The Court of Appeal in the case of Zainab bt Ibrahim v. Limah bt Che Mat [2014] 6 MLJ 419 said as follows: [11] We bear in mind that a trust does not arise by writtendocuments alone. It may arise orally or inferred from the conduct of the parties, this is particularly so of a constructive trust. We bear in mind also that a party is entitled to rely upon a trust being honoured. It is not disputed, in this case, that the plaintiff had remained on the land at all times.”. [43] Berdasarkan fakta dan pemakaian undang-undang mengenai amanah, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Defendan tidak memegang dan memiliki kenderaan tersebut atas namanya sendiri. Tetapi berdasarkan transaksi yang dilakukan oleh Defendan di JPJ atas arahan Plaintif adalah menunjukkan dan membuktikan bahawa Plaintif berniat untuk mewujudkan suata amanah dari awal lagi. Defendan sebagai pekerja Syarikat ditugaskan untuk mendaftarkan terlebih dahulu kenderaan tersebut atas nama Defendan. Jika kenderaan tersebut dijual kepada mana-mana pembeli, maka tukar milik nama akan didaftarkan atas nama pembeli. Manakala jika tiada pembeli, Plaintif menggunakan sendiri kenderaan tersebut. Isteri Plaintif (ibu kandung Defendan) juga menerima manfaat dengan menggunakan kenderaan tersebut (kereta) untuk kegunaan peribadinya. [44] Mahkamah ini telah melaksanakan tugasnya dengan meneliti fakta untuk memastikan niat sebenar pembelian dan pendaftaran kenderaan tersebut. Tugas ini telah dilaksanakan dengan berhati-hati dan penegasan Defendan bahawa wujud Presumption of Advancement adalah tidak tepat. [45] Dalam kes Goh Jui Leang v. Tay Sing Hwa [2018] 1 LNS 828, Mahkamah Rayuan memetik dan bersetuju dengan Lord Browne-Wilkinson in Westdeutsche Landesbank Girozentrale v. Islington LBC [1996] AC 669 − “The presumption of resulting trust may be rebutted by evidence of any intention inconsistent with such a trust, and that it is unnecessary to bring home an express donative intent on the part of the purchaser to rebut the presumption.”. [46] Dalam kes ini, atas imbangan kebarangkalian, saya berpuas hati bahawa niat Plaintif sejak awal lagi mengenai pendaftaran hakmilik kenderaan tersebut atas nama Defendan adalah bagi tujuan perniagaan Syarikat dan bukannya sebagai pemberian atas dasar kasih sayang di antara majikan (Plaintif) dengan pekerja (Defendan) dan di antara bapa (Plaintif) dengan anak (Defendan). Mahkamah dengan ini mengisytiharkan bahawa kenderaan tersebut dipegang oleh Defendan sebagai amanah untuk Plaintif dan/atau Syarikat. [47] Selanjutnya, berkenaan dengan pemakaian doktrin Presumption of Advancement, Mahkamah ini bersetuju dengan jawapan peguam cara Plaintif terpelajar bahawa kes Takako Sakao (supra) tidak boleh dibaca sebahagian yang memihak kepada Defendan sahaja. Keseluruhan keterangan perlu dianalisis. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, walaupun Defendan anak kepada Plaintif, yang dibayar gaji oleh Plaintif bagi skop kerja yang dinyatakan khususnya berkenaan dengan pendaftaran hakmilik atas nama Defendan bukanlah satu anggapan bahawa kenderaan tersebut adalah hakmilik mutlak Defendan. [48] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini berpuas hati dan atas imbangan kebarangkalian bahawa pemilik kenderaan tersebut di sisi undang-undang dan/atau pemilik benefisial ialah Plaintif. [49] Sebagai pekerja Syarikat, Defendan mempunyai hubungan erat dengan Plaintif dan Syarikat. Dalam buku Legal Aspects of Fiduciary Duties in Malaysia, Wan Azlan Ahmad dan Mohsin Hingun, Sweet & Maxwell, 2022 – “[1.004] The word “fiduciary” for the purposes of fiduciary law denotes the duties of a person (a fiduciary) to ascribe paramountcy to serve the interest of the person or persons to whom the duty is owed. These duties come into being in relationships between parties that are characterized by the elements of trust and confidence. [1.005] The word “fiduciary” can also be understood in a related sense to the above, that is, as related to the nature of the obligations of a person in a fiduciary relationship which imposes on that person a duty of loyalty, or fidelity. A fiduciary owes that duty to the principal (or to beneficiaries in case of trustees), and certain specific duties (commonly referred to as fiduciaries duties) are imposed on the fiduciary in consequence thereof. [1.006] Fiduciary relationship is thus a legal relationship, creating obligations on the fiduciaries involved. It is a prominent feature in many areas of civil law. Its contemporary importance has been put in this manner (The Principles of equity and Trusts, para [15.1.4]): … the significance of the law of fiduciaries is not confined to imposing additional duties on trustees. The categories of fiduciary relationship are much wider and encompass a wide variety of commercial relationships, all of which can be characterized as relationship of trust and confidence. It follows that the law of fiduciaries is particularly relevant in the commercial world in imposing onerous duties on fiduciaries and significant remedies if the duties are breached. [1.044] A breach of fiduciary duty, it has been explained (The Principles of equity and Trusts, para [17.2.1]): … involves a breach of those negative duties that arise from the fundamental obligation of loyalty to the principal, namely the no-conflict and the no-profit rules. But a fiduciary may breach other non-fiduciary duties, triggering liability for breach of contract, or for the commission of a tort, or for unjust enrichment.”. [50] Berdasarkan bukti ini, Mahkamah memutuskan bahawa keterangan Plaintif yang positif dan tidak disangkal di hadapannya mengenai kewujudan pembayaran bagi kenderaan tersebut. Kecuali jika testimoni positif ini, yang melalui keketatan perbicaraan, disangkal, maka kegagalan berbuat demikian bermakna bahawa keterangan Plaintif telah berjaya dibuktikan, atau dianggap sebagai diakui oleh pihak lawan (Defendan). [51] Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan yang memegang jawatan orang yang mendaftarkan kenderaan tersebut atas nama Defendan mempunyai obligasi khusus sebagaimana skop kerjanya dan pendaftaran hakmilik kenderaan tersebut adalah atas kapasiti rasmi Defendan. Defendan gagal membuktikan mana-mana kenderaan tersebut adalah dibeli oleh Defendan dan gagal membuktikan kenderaan tersebut adalah kepunyaan Defendan. Tuntutan balas: [52] Mahkamah ini mendapati tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif ialah bagi –