Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCC-77-06/2022 ANTARA KARTHIYANI (M) SDN BHD [NO. SYARIKAT : 201201005995 (979520-P)] … PLAINTIF
BA-22NCC-77-06/2022
High Court of Malaysia7 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ai Platinum Biofuels Sdn Bhd) & 2 Ors [2017] CLJU 1253; [2017] 1 LNS 1253; [2017] 8 AMR 684, iaitu – [25] Nevertheless, even though the first defendant has its own legal personality conferred by the Companies Act 1965, it is also a legal fiction in the sense that it is created by law and can only cease to exist by the”
“] CLJU 66; [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214, bahawa - [11].....In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (S. 101 (1) of the Evidence Act 1950 ). The burden of proof on that party is twofold; (i) the burden of establishing a case and (ii) the bu”
“uri Bhd v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers & Anor [1980] 1 MLJ 109; [1979] 1 LNS 32 (HC) the court lifted the veil of incorporation on the facts of that case because it concerned the Industrial Relations Act 1967 where the Industrial Court was required to disregard technicalities and to take into accou”
“vision and control of others more senior in the company hierarchy. At common law, only persons holding a senior management position, owe duties similar to directors: Green v. Bestobell Industries Ltd [1982] WAR 1. … [46]...Neary v. Dean of Westminster [1999] IRLR 288, 290 where the mutual duty of trust and confidence w”
“nguage, and as implying some base conduct and moral turpitude. [83] Maksud frod merangkumi base conduct and moral turpitude turut dijelaskan dalam kes Hock Hua Bank (Sabah) Bhd v. Lam Tat Ming & Ors [1995] CLJU 80; [1995] 1 LNS 80; [1995] 4 MLJ 38 sebagaimana berikut – To sum up, fraud implies some base conduct and mor”
“s Sdn Bhd [2018] 7 CLJ 197; [2018] MLJU 147 telah berkata: [31] It is trite law that a director owes fiduciary duties to the company (see Simmah Timber Industries Sdn Bhd v. David Low See Keat & Ors [1999] CLJU 14; [1999] 1 LNS 14; [1999] 5 MLJ 421, and Akatel-Lucent (M) Sdn Bhd (formerly known as Alcatel Networks Syst”
“ny hierarchy. At common law, only persons holding a senior management position, owe duties similar to directors: Green v. Bestobell Industries Ltd [1982] WAR 1. … [46]...Neary v. Dean of Westminster [1999] IRLR 288, 290 where the mutual duty of trust and confidence was described as constituting a "fiduciary relationshi”
“any. The subjective nature of the test can be seen in Regentcrest Plc (In **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 Liquidation) v. Cohen [2001] BCC 494 where Jonathan Parker J said: ... the question whether the director honestly believed that his act or omissi”
“he Board of Trustees of the Sabah Foundation & Ors v. Datuk Syed **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 Kechik bin Syed Mohamed & Anor [2008] CLJU 100; [2008] 1 LNS 100; [2008] 5 MLJ 469 yang mana Mahkamah Persekutuan menyatakan-A fiduciary is someone who ha”
“claimant is on the balance of probabilities. [35] Berhubung dengan tuntutan yang berasaskan frod, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584; [2015] MLJU 292 telah memberi panduan, bahawa - [52] We therefore reiterate that we agree and accept the rationale in In r”
“Kedudukan syarikat disisi undang-undang telah diperincikan dalam kes Hijau Bumi Petroleum Sdn Bhd v. Platinum Green Chemicals Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Platinum Biofuels Sdn Bhd) & 2 Ors [2017] CLJU 1253; [2017] 1 LNS 1253; [2017] 8 AMR 684, iaitu – [25] Nevertheless, even though the first defendant has its”
“l if no evidence at all were given on either side. [34] Pemakaian seksyen 101 Akta Keterangan telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] CLJU 66; [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214, bahawa - [11].....In law, the party who desires the court to give judgm”
“] Kedudukan undang-undang berhubung kewujudan amanah konstruktif turut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor v. JW Properties Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 392; [2017] MLJU 1107 yang menyatakan - [58] From decided case authorities it has been established as a principle of law that”
“n on either side. [34] Pemakaian seksyen 101 Akta Keterangan telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] CLJU 66; [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214, bahawa - [11].....In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liab”
“lagi pemakaian ujian-ujian tersebut melalui rujukan kes di Singapura dengan menyatakan – [168] The Singapore Court of Appeal in Goh Chan Peng and three others v. Beyonics Technology Ltd and another [2017] SGCA 40 explained the preferred approach which combines both subjective and objective tests as follows: **Note : Se”
“rticular matter in circumstances which give rise to a relationship of trust and confidence. [46] Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Sri Tajudin bin Ramli v. Rego Multi-Trades Sdn Bhd [2018] 7 CLJ 197; [2018] MLJU 147 telah berkata: [31] It is trite law that a director owes fiduciary duties to the company (see Simmah Timb”
“] 4 CLJ 675; [2023] 2 MLJ 229 bahawa - [34] Thus, a written document evidencing the existence of a trust is also unnecessary. The Court of Appeal in the case of Zainab bt Ibrahim v. Limah bt Che Mat [2014] CLJU 716; [2014] 6 MLJ 419 said as follows: [11] We bear in mind that a trust does not arise by written documents”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCC-77-06/2022 ANTARA KARTHIYANI (M) SDN BHD [NO. SYARIKAT : 201201005995 (979520-P)] … PLAINTIF
1
KARTHIYANI A/P GOVINDAN [NO. KAD PENGENALAN : 710205-02-5452] … DEFENDAN-DEFENDAN 2 KHAMHINI A/P DEVARAJAH [NO. KAD PENGENALAN : 861206-02-5604] [BERDAGANG SEBAGAI PEMILIK TUNGGAL DI PERKHIDMATAN PERUNDINGAN KORPORAT KASIH MURNI [NO. PENDAFTARAN : 201303071450 (002210912-K)]
3
RAYYANI SINAR BUMI SDN BHD [NO. SYARIKAT : 201801017490 (1279506-A)]
4
ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKETAHUI ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan telah didengar melalui prosiding perbicaraan penuh dari 26 Ogos 2024 sehingga 28 Ogos 2024. [2] Pada 7 Februari 2025, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan pertama, kedua dan ketiga dan menolak tuntutan balas defendan kedua beserta kos. [3] Defendan pertama, kedua dan ketiga tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan telah merayu terhadap keputusan tersebut. B. FAKTA MATERIAL [4] Plaintif merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan pada 24.2.2012 dan berkecimpung dalam pembinaan berkaitan kejuruteraan dan perniagaan besi buruk. [4] Pada awal penubuhan, saham-saham plaintif dipegang oleh Muhamad Khairul Ezuan bin Idris sebanyak 51,000 unit saham dan Karthiyani a/p Govindan selaku defendan pertama memegang 49,000 unit saham. [6] Semasa tindakan saman ini difailkan, pengarah-pengarah plaintif terdiri daripada Piremnat a/l Alagendran, Meenambikai a/p Alagendran dan Sharrvindren a/l Alagendran. Ketiga-ketiga mereka merupakan anak kepada Ravi Alagendran a/l Sinniah yang telah memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Ravi Alagendran bin Abdullah (Ravi). Antara fakta yang diakui oleh pihak-pihak adalah penukaran agama oleh Ravi telah mencetuskan perbalahan keluarga melibatkan pengarah-pengarah plaintif. [7] Defendan pertama juga merupakan pengarah pertama plaintif sejak penubuhan plaintif sehingga 24.2.2017. Pada 17.3.2022, defendan pertama diputuskan sebagai seorang yang muflis. Plaintif telah memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memulakan guaman sivil terhadap defendan pertama. [8] Defendan kedua merupakan Setiausaha Syarikat plaintif yang berkhidmat dari 6.2.2017 sehingga 15.4.2019. Sekitar 24.4.2017, defendan kedua telah dilantik sebagai pengarah plaintif sehingga 22.2.2019. Semasa pelantikan defendan kedua sebagai pengarah, defendan pertama telah memindahkan sahamnya kepada defendan kedua. Pemegangan saham plaintif oleh defendan kedua hanyalah setakat 27.9.2019. [9] Semasa defendan kedua menjadi pengarah plaintif, melalui resolusi pengarah-pengarah plaintif bertarikh 5.1.2018 defenda kedua telah dijadikan penandatangan tunggal cek bagi akaun bank plaintif selain diberi kuasa sebagai pegawai tunggal yang mempunyai akses bagi akaun perbankan plaintif dengan Public Islamic Bank Cawangan Bandar Sunway (No. Akaun: 3989555118)(PBB). [10] Selanjutnya pada 24.7.2018, melalui resolusi pengarah-pengarah plaintif, defendan kedua diberi kuasa mengoperasikan kemudahan perbankan internet bagi akaun plaintif di Affin Bank Berhad (No.Akaun 10- 172-000987-9. [11] Defendan ketiga telah diperbadankan pada 7.5.2018 dengan defendan pertama dilantik sebagai pengarah pada 3.4.2019. C. TUNTUTAN PLAINTIF [12] Kausa tindakan plaintif adalah pemecahan tugas fidusiari oleh defendan pertama dan kedua serta frod sehingga menyebabkan harta plaintif disalahguna oleh defendan pertama, kedua dan ketiga. [13] Plaintif mendakwa defendan kedua telah menyalahguna wang plaintif semasa defendan kedua menjadi Setiausaha Syarikat plaintif dan telah menjadi pengarah tanpa pengetahuan plaintif. [14] Semasa defendan kedua menjadi pengarah dan dalam masa yang sama sebagai Setiausaha Syarikat plaintif, pada 5.1.2018 defendan kedua mengeluarkan dan menandatangani resolusi plaintif supaya dirinya menjadi penandatangan tunggal akaun bank plaintif dan pegawai tunggal yang mempunyai kuasa mengendalikan urusan perbankan internet bagi akaun plaintif di PBB. Plaintif turut menyatakan pada 24.7.2018, tandatangan pengarah plaintif iaitu Piremnat a/l Alagendran dalam resolusi pengarah telah dipalsukan. [15] Plaintif selanjutnya memplidkan perkara yang dipertikaikan merangkumi pelantikan defendan pertama dan kedua, resolusi pengarah pertama dan kedua selain defendan pertama, kedua dan ketiga telah menyalahguna wang plaintif yang keseluruhan berjumlah RM5,870,547.16. [16] Pada 19.12.2017, plaintif telah membeli sebuah kereta model MB E200 Coupe AMB Line dengan nombor plat BLT 6 yang berharga RM428,870.00 sebagai kereta syarikat yang digunakan oleh defendan pertama. Plaintif turut memplidkan defendan pertama telah menyalahguna kereta milik plaintif dengan menyerahkan kereta tersebut kepada Ravi sehingga menyebabkan kereta tersebut dijual tanpa kebenaran plaintif. [17] Pernyataan Tuntutan plaintif, antara lain memplidkan relif-relif yang berikut – a) Perakuan keuntungan plaintif terhadap defendan pertama dan kedua; b) Deklarasi defendan pertama dan kedua sebagai pemegang amanah konstruktif kepada plaintif untuk RM5,870.547.16 atau secara alternatif defendan pertama dan kedua bertanggungjawab menjelaskan kepada plaintif seolah-olah mereka adalah pemegang amanah konstruktif RM5,870.547.16 tersebut; c) Deklarasi bahawa defendan kedua telah menyalahguna jawatan sebagai setiausaha syarikat bagi plaintif dengan berniaga dibawah milikan tunggal Perkhidmatan Perundingan Korporat Kasih Murni dan telah diperkayakan melalui wang-wang plaintif dan pengkayaan defendan kedua; d) Deklarasi bahawa defendan pertama telah menyalahguna jawatan sebagai pengarah plantif dengan membuat bayaran RM693,000.00 kepada defendan ketiga secara pengkayaan tidak adil; e) Perintah terhadap defendan pertama dan kedua untuk menyerahkan kepada peguam cara plaintif kesemua dokumen yang diminta oleh akauntan plaintif bagi tujuan pemfailan cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam masa 7 hari dari tarikh penyampaian perintah Mahkamah; f) Kerugian dan gantirugi sebanyak RM5,870.547.16 terhadap defendan pertama dan kedua secara bersesama dan berasingan; g) Gantirugi berkenaan kereta syarikat yang dikira dari 24.2.2017 iaitu dari tarikh defendan pertama menamatkan jawatan sebagai pengarah plaintif atau 1.11.2019 iaitu apabila Perkhidmatan Perundingan Defendan Pertama ditamatkan, mana yang terkemudian terhadap defendan pertama dan ketiga secara bersesama atau berasingan; h) Faedah; dan i) Kos atas dasar indemniti. D. PEMBELAAN DEFENDAN PERTAMA DAN KETIGA [18] Pembelaan utama defendan pertama dan ketiga adalah pelantikan defendan kedua sebagai pengarah adalah sah dan dipersetujui oleh semua pengarah. Selain itu selain kesemua resolusi plaintif adalah sah. [19] Berdasarkan fakta-fakta tersebut, defendan pertama dan ketiga memplidkan pembayaran wang adalah sah kerana dibuat sebelum pengarah-pengarah plaintif yang ada sekarang dilantik. [20] Defendan pertama dan ketiga menyatakan kereta syarikat tersebut telah dijual oleh Ravi sekitar tahun 2019 atas kapasiti Ravi sebagai Pengerusi plaintif. [21] Berkaitan dengan pembayaran wang berjumlah RM693,000 dari akaun PBB plaintif kepada defendan ketiga, wang tersebut diakui diterima sebagai bayaran elaun perkhidmatan defendan pertama yang dibayar ke akaun defendan ketiga. Hal ini kerana defendan pertama tidak pernah dibayar gaji tetap semasa berkhidmat dengan plaintif. [22] Oleh kerana pengeluaran wang tersebut telah diketahui oleh semua pengarah plaintif, maka tiada frod dilakukan oleh defendan pertama dan ketiga. Bahkan kesemua transaksi kewangan plaintif dibuat atas kepentingan dan manfaat plaintif. E. PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS DEFENDAN KEDUA [23] Defendan kedua memplidkan pemegangan saham plaintif dan Muhamad Khairul pada awal penubuhan plaintif adalah diusahakan bersama-sama dengan Ravi. [24] Pelantikan defendan kedua sebagai pengarah adalah atas arahan bagi menggantikan defendan pertama yang ingin meletak jawatan. Selain itu defendan pertama dan Muhamad Khairul dengan persetujuan Ravi telah melantik Sathasivan a/l Gopal sebagai pengarah bersama dengan defendan kedua. [25] Pelantikan defendan kedua sebagai penandatangan cek tunggal plaintif pada 5.1.2018 adalah atas kelulusan Lembaga Pengarah plaintif dan dibuat sebelum anak Ravi iaitu Piremnat dilantik sebagai pengarah pada 30.5.2018. Pelantikan Piremnat adalah untuk memberinya pengalaman perniagaan dan modal terbitan plaintif telah ditambah kepada 3,000,000 saham dengan 900,000 saham dibawah nama Piremnat dan masih belum dibayar olehnya. [26] Berhubung pelantikan defendan kedua sebagai pegawai yang mengawal perbankan internet bagi akaun plaintif di Affin Bank, Piremnat juga hadir di bank semasa resolusi pengarah-pengarah plaintif diberikan kepada Affin Bank. [27] Defendan kedua menafikan alegasi plaintif bahawa pembayaran oleh plaintif kepada defendan kedua atas nama defendan kedua berjumlah RM4,111,673.36 dibuat atas kebenaran defendan kedua sendiri. Menurut defendan kedua, laporan audit telah disediakan bagi kesemua transaksi tersebut. [28] Bagi pembayaran RM313,927.80 daripada plaintif kepada Kasih Murni iaitu perniagaan tunggal milik defendan kedua, pembayaran tersebut dilakukan atas pengetahuan penuh pengarah-pengarah plaintif termasuk Ravi dan untuk kepentingan perniagaan plaintif. Defendan kedua turut memplidkan ‘Malah pengarah-pengarah plaintif semasa mempunyai pengetahuan penuh kerana mereka merupakan benefisiari kepada wang-wang plaintif’. [29] Sebagai pembelaan terhadap alegasi frod dalam transaksi plaintif, defendan kedua memplidkan ia adalah fikiran terkemudian plaintif dengan rancangan untuk menafikan wang yang perlu dibayar oleh pengarah-pengarah plaintif sedia ada kepada defendan kedua untuk saham-saham defendan kedua yang terhutang dan belum dibayar. [30] Selain itu, turut diplidkan bahawa Ravi berkuasa penuh terhadap pengarah-pengarah plaintif yang terkini kerana plaintif adalah milik Ravi dan diusahakan oleh Ravi. [31] Kesemua wang plaintif termasuk RM751,946.00 yang dibayar kepada defendan pertama dan RM4,111,673.36 selain RM313,927.80 kepada defendan kedua serta RM693,000.00 kepada defendan ketiga yang disifatkan oleh plaintif sebagai dipegang atas kapasiti pemegang amanah konstruktif adalah dinafikan. Sebaliknya bayaran kepada defendan kedua dilakukan atas arahan Ravi dan untuk kepentingan plaintif. Defendan kedua turut memfailkan tuntutan balas terhadap plaintif dengan antara lain memplidkan seperti berikut – a) Perbalahan antara pengarah-pengarah plaintif dengan Ravi selepas Ravi memeluk Islam telah mengakibatkan tuduhan dibuat oleh Piremnat terhadap defendan kedua dan Muhamad Khairul. b) Saham defendan kedua sebanyak RM1,029,000 telah dipindahmilik kepada pengarah-pengarah plaintif setelah tandatangan defendan kedua dipalsukan dalam surat peletakan jawatan defendan kedua sebagai pengarah. c) Defendan menanggung kerugian akibat injunksi yang dipohon oleh plaintif dengan kehilangan upah sebagai pengarah dan perniagaan yang keseluruhan berjumlah RM857,700.00. F. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [32] Plaintif telah memfailkan 13 isu-isu untuk dibicarakan manakala defendan kedua memfailkan 11 isu. Setelah meneliti hujahan oleh kedua-dua pihak, pada hemat saya isu-isu yang relevan untuk diputuskan adalah seperti berikut – i. Sama ada tindakan defendan pertama mengeluarkan wang plaintif dan dibayar kepada defendan pertama dan defendan ketiga terjumlah kepada pemecahan tugas fidusiari oleh defendan pertama selain frod dan penyalahgunaan wang plaintif oleh defendan pertama dan defendan ketiga. ii. Sama ada tindakan defendan kedua mengeluarkan wang plaintif untuk defendan kedua dan Perkhidmatan Perunding Korporat Kasih Murni yang dimiliki oleh defendan kedua terjumlah kepada pemecahan tugas fidusiari oleh defendan kedua selain perbuatan frod dan penyalahgunaan wang plaintif. iii. Sama ada wang plaintif adalah harta amanah yang dipegang oleh defendan pertama dan kedua atas amanah konstruktif. iv. Sama ada defendan pertama bertanggungan terhadap plaintif akibat pelupusan kereta syarikat. v. Sama ada plaintif bertanggungan terhadap tuntutan balas defendan kedua. G. PRINSIP UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI Beban bukti [33] Seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan beban bukti di atas bahu pihak yang menuntut untuk membuktikan tuntutannya –
101
Burden of proof
1
whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exists.
2
when a person is bound to prove the existence of any facts, it is said that the burden of proof lies on that person.
102
On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [34] Pemakaian seksyen 101 Akta Keterangan telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] CLJU 66; [2017] 1 LNS 66; [2017] MLJU 214, bahawa - [11].....In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (S. 101 (1) of the Evidence Act 1950 ). The burden of proof on that party is twofold; (i) the burden of establishing a case and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof requires of the claimant is on the balance of probabilities. [35] Berhubung dengan tuntutan yang berasaskan frod, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584; [2015] MLJU 292 telah memberi panduan, bahawa - [52] We therefore reiterate that we agree and accept the rationale in In re B (children) (supra) that in civil claim when fraud is alleged the civil standard of proof, that is on the balance of probabilities, should apply. And perhaps it is not out of place here to restate the general rule at common law that, "in the absence of a statutory provision to the contrary, proof in civil proceedings of facts amounting to the commission of a crime need only be on a balance of probabilities. [36] Sesebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 mempunyai kapasiti dan hak seperti orang perseorangan menurut seksyen 20, iaitu – 20 Separate legal entity Akta Syarikat 2016 A company incorporated under this Act is a body corporate and shall-
a
have legal personality separate from that of its members; and
b
continue in existence until it is removed from the register. [37] Pengertian separate legal entity telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Pioneer Haven Sdn Bhd v. Ho Hup Construction Co Bhd & Anor and other appeals [2012] 5 CLJ 169 at 204, bahawa – [146] It is of course trite that the cornerstone of company law is that a company is a separate legal entity from its shareholders. As such, a shareholder cannot claim any right to any asset of the company, for it has no legal or equitable interest therein. [38] Seksyen 210 Akta Syarikat 2016 telah mentafsirkan pengarah syarikat seperti berikut -
210
Interpretation For the purposes of this Subdivision, in sections 213, 214, 215, 216, 217, 218, 223 and 228, in addition to the definition of "director" in section 2, "director" includes chief executive officer, chief financial officer, chief operating officer or any other person primarily responsible for the management of the company. [39] Mahkamah Rayuan dalam kes Soh Chee Gee v. Syn Tai Hung Trading Sdn Bhd [2019] 6 CLJ 516 dalam perenggan 44 telah menjelaskan maksud fiduciary duties, iaitu - "[44] In Concise Principles of Company Law in Malaysia, 2nd edn. [2010], Lexis Nexis, the learned authors stated as follows: Fiduciary duties are imposed on persons who are involved in the management of a company. This obviously includes directors. The definition of a 'director' also includes persons other than directors, to whom the board has delegated managerial duties and other persons who act as a director even though they have not been validly appointed... It is therefore necessary to distinguish between persons involved in management and mere employees. Persons taking part in the management of a company have authority to act in an independent and significant manner and are not subject to the close supervision and control of others more senior in the company hierarchy. At common law, only persons holding a senior management position, owe duties similar to directors: Green v. Bestobell Industries Ltd [1982] WAR 1. … [46]...Neary v. Dean of Westminster [1999] IRLR 288, 290 where the mutual duty of trust and confidence was described as constituting a "fiduciary relationship." Accordingly, in determining whether a fiduciary relationship arises in the context of an employment relationship, it is necessary to identify with care the particular duties undertaken by the employee, and to ask whether in all the circumstances he has placed himself in a position where he must act solely in the interests of his employer. It is only once those duties have been identified that it is possible to determine whether any fiduciary duty has been breached. H. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [40] Pada tahap ini, adalah wajar bagi Mahkamah ini merujuk fakta-fakta material yang dipersetujui oleh pihak-pihak sebelum menganalisis isu-isu yang perlu diputuskan. Antaranya – i. Sejumlah RM751,946.00 telah dikeluarkan melalui cek-cek dari akaun-akaun plaintif dan dibayar kepada defendan pertama. ii. Defendan pertama telah berhenti sebagai pengarah plaintif dari 24.2.2017. Selepas itu, defendan pertama memberi perkhidmatan perundingan secara adhoc kepada plaintif mulai dari 24.2.2017 sehingga bulan Oktober 2019. iii. Hasil penemuan oleh plaintif. sejumlah RM693,000.00 telah dipindahkan kepada defendan ketiga dari akaun plaintif di Public Bank Berhad antara 27.6.2018 sehingga 8.11.2018. [41] Dalam memutuskan isu-isu yang diketengahkan di sini yang nyata melibatkan pertikaian antara syarikat dan pengarah, sayugia saya merujuk beberapa nas undang-undang yang mendasari peranan pengarah dan kedudukan syarikat di sisi undang-undang. [42] Peranan pengarah dalam pengurusan sesebuah syarikat seperti plaintif adalah terjalin menurut kerangka perundangan termasuk seksyen 20 Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan – 20 Separate legal entity Akta Syarikat 2016 A company incorporated under this Act is a body corporate and shall-
a
have legal personality separate from that of its members; and
b
continue in existence until it is removed from the register. [43] Kedudukan syarikat disisi undang-undang telah diperincikan dalam kes Hijau Bumi Petroleum Sdn Bhd v. Platinum Green Chemicals Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Platinum Biofuels Sdn Bhd) & 2 Ors [2017] CLJU 1253; [2017] 1 LNS 1253; [2017] 8 AMR 684, iaitu – [25] Nevertheless, even though the first defendant has its own legal personality conferred by the Companies Act 1965, it is also a legal fiction in the sense that it is created by law and can only cease to exist by the process of the law. In an English case of Continental Tyre & Rubber Co (Great Britain) Ltd v. Daimler Co Ltd [1915] 1 KB 893, Buckley LJ had this to say of this legal fiction in that a company has:........ … [27] It is quite clear that what this means is that because of the nature of a company which is a legal fiction, it requires natural persons in the form of usually directors (such as stipulated under s. 122(1) of the Companies Act 1965 for a company to have a minimum of two directors) or other agents, to be the directing mind and will of the company. The second and third defendants are amongst the directors of the first defendant. Thus, any communications, negotiations, agreements and other conduct performed and arrived at by the second and third defendants in respect of the said contract must therefore be imputed and attributed to be the act of the first defendant, since the latter, being a company and an artificial person, can only act through its directors, officers or agents. It has its own assets and liabilities and its own creditors. The company's property belongs to the company and not to its shareholders (see Prudential Assurance Co. Ltd. v. Newman Industries Ltd. (No. 2) [1982] Ch. 204). Section 20 of the Companies Act 2016 also expressly states that a company incorporated under the Act is a body corporate that shall have legal personality separate from that of its members. There is as such nothing unlawful about the incorporation of the plaintiff or with it having a legal personality that is distinct from its parent company and the latter's two directors, all three of whom are the said third parties. [44] Selanjutnya saya mengambil pendekatan untuk menganalisis isu pertama dan kedua yang melibatkan pemakaian prinsip undang-undang yang sama dan hanya berbeza dari segi faktanya sahaja. Isu 1: Sama ada tindakan defendan pertama mengeluarkan wang plaintif dan dibayar kepada defendan pertama dan defendan ketiga terjumlah kepada pemecahan tugas fidusiari oleh defendan pertama selain frod dan penyalahgunaan wang plaintif oleh defendan pertama dan defendan ketiga. Isu 2: Sama ada tindakan defendan kedua mengeluarkan wang plaintif untuk defendan kedua dan Perkhidmatan Perunding Korporat Kasih Murni yang dimiliki oleh defendan kedua terjumlah kepada pemecahan tugas fidusiari oleh defendan kedua selain perbuatan frod dan penyalahgunaan wang plaintif [45] Dalam memutuskan isu ini, saya mengambil panduan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung dengan tugas seseorang yang mempunyai tugas fidusiari dalam kes Gurbachan Singh s/o Bagwan Singh & Ors v. Vellasamy s/o Pennusamy & Ors [2015] 1 CLJ 719; [2015] 1 MLJ 773, iaitu - For a person to be a fiduciary he must first and foremost have bound himself in some way to protect and/or to advance the interests of another. This is perhaps the most obvious of the characteristics of the fiduciary office for equity will only oblige a person to act in what he believes to be another's interests if he himself has assumed a position which requires him to act for or on behalf of that other in some particular matter.... Thus, the essential element is that there must be some undertaking on the part of the fiduciary to act with loyalty in the interest of the other party. A fiduciary is someone who has undertaken to act for or on behalf of another in a particular matter in circumstances which give rise to a relationship of trust and confidence. [46] Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Sri Tajudin bin Ramli v. Rego Multi-Trades Sdn Bhd [2018] 7 CLJ 197; [2018] MLJU 147 telah berkata: [31] It is trite law that a director owes fiduciary duties to the company (see Simmah Timber Industries Sdn Bhd v. David Low See Keat & Ors [1999] CLJU 14; [1999] 1 LNS 14; [1999] 5 MLJ 421, and Akatel-Lucent (M) Sdn Bhd (formerly known as Alcatel Networks Systems (M) Sdn Bhd) v. Solid Investment Ltd [2013] 2 CLJ 734; [2012] 4 MLJ 72 at pg 82. [47] Definisi frasa fidusiari dan trustee telah juga dicerakinkan dalam kes The Board of Trustees of the Sabah Foundation & Ors v. Datuk Syed Kechik bin Syed Mohamed & Anor [2008] CLJU 100; [2008] 1 LNS 100; [2008] 5 MLJ 469 yang mana Mahkamah Persekutuan menyatakan-A fiduciary is someone who has undertaken to act for or on behalf of another in a particular manner in circumstances which give to a relationship of trust and confidence. The distinguishing obligation of a fiduciary is the obligation of loyalty. The principle is entitled to the single-minded loyalty of his fiduciary. This core liability has several facets. A fiduciary must act in good faith; he must not make a profit out of his trust; he must not place himself in a position where his duty and his interest may conflict; he may not act for his own benefit or the benefit of a third person without the informed consent of his principal. This is not intended to be an exhaustive list, but it is sufficient to indicate the nature of fiduciary obligations. They are the defining characteristics of the fiduciary. The nature of the obligation determines the nature of the breach. The various obligations of a fiduciary merely reflect different aspects of his core duties of loyalty and fidelity. Breach of fiduciary obligation, therefore, connotes disloyalty or infidelity. More competence is not enough. A servant who loyally does his incompetent best for his master is not unfaithful and is not guilty of a breach of fiduciary duties. [48] Dalam konteks perundangan di Malaysia, seksyen 213 Akta Syarikat 2016 telah memperuntukkan tugas pengarah - Duties and responsibilities of directors
213
(1) A director of a company shall at all times exercise his powers in accordance with this Act, for a proper purpose and in good faith in the best interest of the company.
2
A director of a company shall exercise reasonable care, skill and diligence with-
a
the knowledge, skill and experience which may reasonably be expected of a director having the same responsibilities; and
b
any additional knowledge, skill and experience which the director in fact has. [49] Berdasarkan nas-nas di atas dan berpandukan fakta yang diplidkan oleh defendan pertama dan kedua bahawa mereka dilantik secara sah, maka ditampuk mereka terletaknya tugas fidusiari terhadap plaintif. Justeru, sebagai pengarah plaintif, defendan pertama dan kedua terikat dengan seksyen 213 Akta Syarikat 2016. [50] Bagi menjawab isu pertama dan kedua ini, saya menumpukan minda terhadap ujian yang perlu digunapakai sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tengku Dato' Ibrahim Petra Tengku Indra Petra v. Petra Perdana Berhad & Anor [2018] 2 CLJ 641. Mahkamah Persekutuan telah mengetengahkan kombinasi ujian subjektif dan objektif untuk mengenalpasti sama ada seseorang pengarah telah melaksanakan tugas dengan niat baik bagi kepentingan terbaik syarikat dan menjalankan tugas secara berhati-hati menggunakan kemahiran dan kesungguhan yang berterusan, iaitu - "[165] What then is the true test for breach of duty as a director to act in good faith and in the "best interest of the company"? The question is whether it is a subjective or objective test to judge whether directors acted in the best interest of the company. It is to this we now turn. [166] In our judgment, the correct test combines both subjective and objective tests. The test is subjective in the sense that the breach of the duty is determined on an assessment of the state of mind of the director; the issue is whether the director (not the court) considers that the exercise of discretion is in the best interest of the company. In this regard, in Corporate Law by Hans Tjio, Pearlie Koh and Lee Pey Woan at p. 361, the learned authors said that the director's conduct is tested by reference to an essentially subjective barometer. The classic formulation of the subjective element in the test is found, as we have discussed earlier at para. 157, in Re Smith & Fawcett Ltd (supra) in which Lord Greene MR said that "directors must exercise their discretion bona fide in what they consider-not what a court may consider-is in the interest of the company". The duty is to act in what the director believes, not what the court believes, to be the best interest of the company. The subjective nature of the test can be seen in Regentcrest Plc (In Liquidation) v. Cohen [2001] BCC 494 where Jonathan Parker J said: ... the question whether the director honestly believed that his act or omission was in the interests of the company. The issue is as to the director's state of mind. No doubt, where it is clear that the act or omission under challenge resulted in substantial detriment to the company, the director will have a harder task persuading the court that he honestly believed it to be in the company's interest; but that does not detract from the subjective nature of the test. [167] The test is objective in the sense that the director's assessment of the company's best interest is subject to an objective review or examination by the courts. In an article entitled Directors' Duty to Act in the Interests of the Company: Subjective or Objective ? [2015] JBL Issue 2, the writers said that courts have introduced objective elements into the duty to act in good faith and in the best interest of the company to address the problem identified by Browen LJ in Hutton v. West Cork Railway Co [1883] 23 Ch D 654 at 671 where the learned judge said: Bona fides cannot be the sole test, otherwise you might have a lunatic conducting the affairs of the company, and paying away its money with both hands in a manner perfectly bona fide yet perfectly irrational. The test must be what is reasonably incidental to, and within the reasonable scope of carrying on, the business of the company. [51] Selanjutnya Mahkamah Persekutuan dalam kes Tengku Dato' Ibrahim Petra Tengku Indra Petra v. Petra Perdana Berhad & Anor (supra) menjelaskan lagi pemakaian ujian-ujian tersebut melalui rujukan kes di Singapura dengan menyatakan – [168] The Singapore Court of Appeal in Goh Chan Peng and three others v. Beyonics Technology Ltd and another [2017] SGCA 40 explained the preferred approach which combines both subjective and objective tests as follows: Indeed, there are both subjective and objective element in the test. The subjective element lies in the court's consideration as to whether a director had exercised his discretion bona fide in what he considered (and not what the court considers) is in the interests of the company: Re Smith & Fawcett Ltd [1942] Ch 304 at 306, as accepted by this court in Cheong Kim Hock v. Lin Securities (Pte) (in liquidation) [1992] 1 SLR (R) 497 at 26 and in Ho Kang Peng v. Scintronix Corp Ltd (formerly known as TTL Holdings Ltd) [2014] 3 SLR 329 ("Ho Kang Peng ") at 37. Thus, a court will be slow to interfere with commercial decisions made honestly but which, on hindsight, were financially detrimental to the company. The objective element in the test relates to the court's supervision over directors who claim to have been genuinely acting to promote the company's interest even though, objectively, the transactions were not in the company's interests. The subjective belief of the directors cannot determine the issue: the court has to assess whether an intelligent and honest man in the position of a director of the company concerned could, in the whole of the existing circumstances, have reasonably believed that the transactions were for the benefit of the company. This is the test set out in Charterbridge Corporation Ltd v. Lloyds Bank Ltd [1970] 1 Ch 62 (at 74) and it has been applied here since adopted by this court in Intraco Ltd v. Multi-Pak Singapore Pte Ltd [1994] 3 SLR (R) 1064 (at [28]). [penekanan diberi] [52] Berpandukan prinsip pemakaian ujian subjektif dan objektif tersebut di atas, maka saya perlu merungkai persoalan-persoalan berikut dengan merujuk kepada keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan di Mahkamah ini. [53] Pada hemat saya, soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut – a) Sama ada defendan pertama dan defendan kedua sebagai pengarah plaintif telah menggunakan budibicara secara bona fide dengan mengutamakan kepentingan plaintif semasa melaksanakan transaksi pengeluaran wang plaintif kepada defendan pertama, kedua dan ketiga. b) Sama ada keputusan mengeluarkan wang plaintif dan dibayar kepada defendan pertama, kedua dan ketiga terjumlah kepada keputusan komersil plaintif. c) Sama ada seorang yang bijaksana dengan daya fikir yang tinggi dan jujur yang berada dalam kedudukan pengarah plaintif, berada dalam keadaan kes ini akan dengan munasabah percaya bahawa transaksi pengeluaran wang plaintif tersebut adalah untuk kepentingan syarikat. Persoalan pertama: Sama ada defendan pertama dan kedua sebagai pengarah plaintif telah menggunakan budibicara secara bona fide dengan mengutamakan kepentingan plaintif semasa melaksanakan transaksi pengeluaran wang plaintif kepada defendan pertama, kedua dan ketiga. [54] Defendan pertama telah dipanggil memberi keterangan sebagai SD1 dan mengaku sebagai salah seorang pengarah dan pemegang saham semasa plaintif mula ditubuhkan. Defendan pertama meletakkan jawatan sebagai pengarah plaintif dan kemudian menjadi pengarah bagi defendan ketiga. [55] Antara lain inti pati keterangan defendan pertama semasa perbicaraan penuh yang berkait dengan pengeluaran wang plaintif adalah seperti berikut – a) Defendan pertama mengaku semasa sesi pemeriksaan balas bahawa meski pun telah meletakkan jawatan sebagai pengarah pada 24.2.2017, defendan pertama masih menandatangani cek-cek plaintif dari bulan Mac sehingga Ogos 2017. b) Selain defendan pertama, cek-cek plaintif tersebut turut ditandatangani oleh Ravi. [56] Ravi telah hadir memberi keterangan sebagai saksi defendan ketiga. Ravi mengesahkan yang dirinya bukan pengarah atau pun pemegang saham plaintif. Namun begitu, pembelaan defendan pertama memplidkan Ravi adalah Pengerusi plaintif. [57] Penegasan defendan pertama nyata bercanggah dengan keterangan Ravi yang menawarkan keterangannya kepada Mahkamah ini atas alasan dia mempunyai pengetahuan berkaitan fakta pengeluaran wang plaintif sebagai salah seorang bekas pengarah plaintif. Melalui keterangannya di Mahkamah, Ravi tidak pun mengaku sebagai individu yang mengawal plaintif. [58] Pada tahap ini, saya mendapati tidak ada sekelumit dokumen ditunjukkan kepada Mahkamah bahawa Ravi adalah bekas pengarah plaintif dan telah diberi kuasa untuk meluluskan pemindahkan wang plaintif. [59] Saya tidak dapat menolak saranan peguam cara terpelajar bagi plaintif bahawa keterangan Ravi perlu dilayan dengan berhati-hati kerana keterangannya tidak bebas. Saya juga mengambil peringatan bahawa wang yang dikeluarkan dari akaun plaintif yang terlibat dalam litigasi di sini telah diakui oleh defendan pertama dan kedua sebagai dibuat atas arahan Ravi. [60] Berhubung dengan hal pengeluaran wang plaintif, defendan pertama juga semasa diperiksa balas telah membuat pengakuan seperti berikut – S: ...Jadi, Pn Karthiyani, apa yang kita oleh lihat di sini adalah bahawa kamu telah tanpa sebarang kelulusan syarikat memindahkan jumlah RM750,000 (RM750,946.00) ini kepada akaun kamu, betul? J: Tidak. S: Tadi Pn Karthiyani dah cakap, jumlah ini dah dipindahkan kepada Pn Karthiyani, betul? J: Ya, betul. S: dan tak ada dokumen bagi pemindahan ini. J: Ya, betul S: Betul. Jadi sekarang saya cadangkan kepada Pn Karthiyani jelas bahawa jumlah RM750,000 (RM750,946) ini telah dipindahkan kepada Pn Karthiyani tanpa kelulusan syarikat, betul? J: Ya, betul. [61] Selain itu, terdapat beberapa lagi siri pengakuan oleh defendan pertama semasa beliau memberi keterangan. Antaranya – i. Defendan pertama mengakui pembayaran wang melalui cek-cek dari akaun plaintif ke akaun defendan pertama dilakukan atas arahan Ravi dan Ravi pada masa itu bukanlah pengarah atau pemegang saham plaintif. ii. Berkenaan dengan wang plaintif yang dipindahkan ke akaun defendan ketiga berjumlah RM693,000, defendan pertama bersetuju tiada dokumen sokongan. Pemindahan wang tersebut dilakukan oleh defendan pertama dan Ravi yang mana pada ketika itu defendan pertama dan Ravi bukanlah pengarah plaintif. iii. Defendan pertama juga mengakui pemindahan wang plaintif kepada defendan ketiga dibuat atas persetujuan defendan pertama, kedua dan Ravi yang mana pada masa itu hanya defendan kedua pengarah dalam plaintif. iv. Defendan mengaku bahawa bayaran RM751,000.00 dari akaun plaintif dan dibayar kepada defendan pertama sebagai elaun defendan pertama adalah dibuat tanpa sebarang dokumen sokongan. [62] Dalam konteks implikasi pengakuan defendan pertama dan ketiga, saya merujuk Akta Keterangan 1950 khususnya seksyen 58 dan seksyen 17, iaitu – Seksyen 58 – Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan
58
(1) Fakta yang pihak-pihak kepada prosiding itu telah mengakuinya dengan nyata oleh dokumen yang ditandatangani olehnya atau oleh peguam cara mereka, atau yang mana mereka bersetuju mengenainya dalam masa prosiding itu berjalan oleh apa-apa kenyataan yang dibuat oleh mereka di hadapan mahkamah, tidak perlu dibuktikan, dan mahkamah akan menganggap fakta itu telah terbukti. Seksyen 17 - Pengakuan Pengakuan ialah: “Pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang dalam maksud seksyen 18, 19 atau 20 yang menunjukkan secara menyiratkan atau secara langsung fakta dalam isu atau sebarang fakta yang relevan.” [63] Berpaksikan peruntukan di atas, beban bukti yang diletakkan atas plaintif telah pun dibuktikan melalui pengakuan-pengakuan oleh defendan pertama. [64] Bagi defendan kedua pula, Mahkamah ini mendapati semasa diperiksa balas defendan kedua menunjukkan sifat mengelak dari menjawab soalan yang ditanya. Bahkan defendan kedua seolah-oleh menunjukkan protes terhadap tuntutan yang dibawa terhadapnya dengan menjawab “tidak setuju” sebanyak 70 kali terhadap soalan-soalan yang ditanya semasa sesi pemeriksaan balas. Ironinya jawapan tidak setuju tersebut termasuklah terhadap soalan yang melibatkan fakta yang dipersetujui iaitu perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Syarikat plaintif pada April 2019. Defendan kedua juga tidak bersetuju dengan cadangan tiada perjanjian jual beli saham yang dikemukakan meskipun pada hakikatnya tiada perjanjian sedemikian dibentangkan di hadapan Mahkamah ini. [65] Meski pun demikian, defendan kedua telah bersetuju bahawa wang plaintif berjumlah RM4,111,673.36 yang dibayar kepada defendan kedua dan RM313,927.80 kepada perniagaan Kasih Murni milik defendan kedua, adalah termasuk wang untuk kegunaan Ravi. Sekali lagi, tiada dokumen sokongan dikemukakan di Mahkamah bagi menzahirkan dan menyokong tujuan pembayaran tersebut. Sekali lagi persoalan tentang tujuan wang tersebut dibayar gagal dijelaskan oleh defendan kedua. [66] Saya sekali lagi merujuk seksyen 213 Akta Syarikat 2016 dan mendapati defendan kedua sebagai pengarah telah gagal melunaskan kewajipan menjaga kepentingan plaintif. [67] Mengambilkira pengakuan defendan pertama di atas, saya turut mendapati defendan pertama dan kedua tidak mengggunakan kebijaksanaan dan tidak berhati-hati dalam menguruskan kewangan plaintif untuk kepentingan terbaik plaintif. Defendan pertama dan kedua tidak menggunakan budibicara secara bona fide dengan mengutamakan kepentingan plaintif semasa melaksanakan transaksi pengeluaran wang plaintif kepada defendan pertama dan kedua termasuk pembayaran kepada defendan ketiga dan Ravi selain wujud percanggahan kepentingan yang sangat ketara. [68] Mahkamah Rayuan dalam kes Acumen Scientific Sdn. Bhd. v. Yeow Liang Ming [2021] 2 CLJ 369, telah memutuskan antara lain bahawa - [37] The defendant in the instant appeal before us owed the plaintiff a fiduciary duty not only as the General Manager but as a Working Director of the plaintiff. He was reposed with trust and confidence to discharge his duties, responsibilities and functions honestly, in good faith and in the best interest of the plaintiff. Walter Woon on Company Law states that: Firstly, a director must act in what he honestly considers to be the company's interests and not in the interests of some other person or body. This is a director's main and overriding duty at common law; Secondly, a director must employ the powers and assets that he is entrusted with for proper purposes and not for any collateral purpose; Thirdly, a director must not place himself in a position whereby his duty to the company and his personal interests may conflict. [38] A company director holds a fiduciary relationship with his company and the duty to avoid conflicts of interest and must at all times exercise his powers bona fide and in the best interests of the company as a whole. The essence of the fiduciary duty is a duty to act bona fide at all times in the interests of the company and not for a collateral purpose. This the defendant failed to exercise and his failure to do so is a blatant breach of his fiduciary duties. Persoalan kedua: Sama ada keputusan mengeluarkan wang plaintif dan dibayar kepada defendan pertama terjumlah kepada keputusan komersil plaintif. [69] Defendan pertama telah mengakui tiada dokumen sokongan dikemukakan olehnya manakala defendan kedua menyatakan ada dokumen sokongan tetapi beliau tidak membawa sebagai keterangan di Mahkamah. Pada hemat saya, terserlah defendan pertama dan kedua gagal untuk menyakinkan Mahkamah ini akan kewujudan dokumen-dokumen plaintif yang menunjukkan bayaran oleh plaintif adalah dibuat sebagai elaun untuk defendan pertama sebagai pengarah dan untuk tujuan operasi perniagaan plaintif sendiri. [70] Apakah bentuk operasi perniagaan plaintif sewajarnya boleh dikemukakan melalui dokumen perjanjian, invois, nota serahan, resit bayaran atau pun pengesahan akaun kewangan syarikat oleh akauntan. Namun ini tidak berlaku. Keterangan oleh defendan pertama dan kedua mengakui ada resolusi plaintif namun dokumen tersebut masih menjadi misteri. [71] Defendan pertama sendiri telah memegang jawatan pengarah untuk tempoh yang lama dan semestinya mempunyai ruang masa yang panjang untuk menyediakan pembelaannya termasuk mengemukakan Memorandum dan Artikel plaintif di Mahkamah. Hal ini bagi membolehkan Mahkamah mengetahui sama ada defendan pertama dan kedua atas kapasiti pengarah dibenarkan mengeluarkan wang sedemikian banyak dan dibayar ke akaun peribadi dan perniagaan yang mereka kendalikan. Namun ini tidak dilakukan oleh defendan pertama dan kedua. [72] Justeru, bagaimana mungkin Mahkamah ini boleh membuat kesimpulan yang memihak kepada defendan pertama dan kedua bahawa benarlah wang yang dikeluarkan dari akaun plaintif termasuk yang dibayar kepada Ravi adalah untuk kegunaan komersil plaintif sendiri. [73] Berhubung dengan pengemukaan artikel dan memorandum syarikat, peguam cara defendan yang bijaksana berhujah tentang undang-undang upah pengarah dengan merujuk kes Ever-Yiled Sdn Bhd v Yap keat Choon and other appeals [2023] 2 MLJ 2023. Antara lain, bahagian penghakiman yang dirujuk adalah yang berikut – … Director of a company have no authority to expend on the funds of the company to pay themselves or any of their number, unless they are authorized for such purpose by the company’s constitution in its M&A or the payment is approved by the members of the company. [74] Pada hemat saya, kedua-dua keperluan tersebut gagal dipenuhi oleh defendan pertama bagi menyokong penegasan mereka tentang bayaran elaun. Persoalan Ketiga: Sama ada seorang yang bijaksana dengan daya fikir yang tinggi dan jujur yang berada dalam kedudukan pengarah plaintif, berada dalam keadaan kes ini akan dengan munasabah percaya bahawa transaksi pengeluaran wang plaintif tersebut adalah untuk kepentingan syarikat. [75] Dalam memutuskan persoalan ketiga ini, saya merujuk fakta bahawa defendan ketiga bekas isteri Ravi sebelum Ravi memeluk agama Islam. Begitu juga fakta yang dipertahankan oleh defendan-defendan bahawa Ravi merupakan pengasas plaintif dan de facto controller plaintif. Defendan-defendan cuba mengalihkan perhatian Mahkamah ini kepada pengakuan SP1 bahawa Ravi adalah pengasas plaintif dan memegang kuasa dalam mengawal operasi dan pengurusan plaintif. [76] Sekiranya Mahkamah ini menerima hujahan sedemikian, sudah pasti keputusan Mahkamah ini kelak akan bercanggah dengan peruntukan Akta Syarikat dan prinsip undang-undang mantap yang mendasari obligasi pengarah dalam sesebuah syarikat. Tambahan pula peguam cara defendan-defendan tidak mengemukakan sebarang otoriti menyokong penegasan tentang keutamaan peranan pengasas dan de facto controller berbanding dengan pengarah. [77] Sebaliknya, saya berpendapat hujahan sedemikian berupaya meranapkan pembelaan defendan pertama dan kedua. Hal ini kerana, sebagai pengarah yang mempunyai tugas fidusiari terhadap plaintif, defendan pertama dan kedua secara sedar telah membiarkan plaintif dikuasai oleh Ravi dan membenarkan kedudukan mereka sebagai pengarah di atasi oleh Ravi yang bukan termasuk dalam tafsiran pengarah syarikat menurut Seksyen 210 Akta Syarikat 2016. [78] Dalam membuat dapatan di sini, saya turut mengingatkan diri saya tentang peri pentingnya hakim bicara memberi pertimbangan terhadap keterangan lisan saksi-saksi dengan dokumen kontemporari sebagaimana panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 1 LNS 119 yang menerangkan-Nevertheless the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent's witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent's oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity. [79] Setelah meneliti ketiga-tiga persoalan ini, saya mendapati bahawa defendan pertama dan kedua tidak pernah diberi kuasa sama ada secara nyata atau pun tersirat oleh Lembaga pengarah plaintif untuk mengeluarkan wang plaintif dan membayar kepada diri defendan pertama dan kedua sendiri, defendan ketiga dan Ravi. [80] Dalam ketiadaan dokumen kontemporari berhubung kelulusan Lembaga pengarah plaintif dan Memorandum dan Artikel plaintif serta fakta wujud percanggahan kepentingan yang ketara oleh defendan pertama dan kedua dengan kepentingan plaintif, maka isu pertama dan kedua dijawab secara positif. Saya memutuskan perbuatan defendan pertama dan kedua terjumlah kepada pemecahan tugas fidusiari, frod dan penyalahgunaan wang plaintif. [81] Mengambilkira dapatan saya bagi persoalan pertama dan kedua di atas, saya berpandangan seorang yang bijaksana dengan daya fikir yang tinggi dan jujur yang berada dalam kedudukan pengarah plaintif, berada dalam keadaan kes ini akan dengan munasabah percaya bahawa transaksi pengeluaran wang plaintif tersebut adalah untuk kepentingan syarikat. Frod [82] Frod telah ditafsirkan dalam makna biasa melalui kes Joliffe v. Baker [1883] 11 QBD 255 at 270, iaitu – Ever since 1845 (i.e. since the decision in Omrod v. Huth [ 1845] 14 M & W 651) it has been clear and established law that, in considering the principles governing this class of cases (actions of deceit), the term "fraud" must be used and understood in the common meaning of the word, as it is ordinarily used in the English language, and as implying some base conduct and moral turpitude. [83] Maksud frod merangkumi base conduct and moral turpitude turut dijelaskan dalam kes Hock Hua Bank (Sabah) Bhd v. Lam Tat Ming & Ors [1995] CLJU 80; [1995] 1 LNS 80; [1995] 4 MLJ 38 sebagaimana berikut – To sum up, fraud implies some base conduct and moral turpitude and a person is taken to have acted fraudulently or with intent to defraud if he acts with the intention that some person be deceived and by means of such deception that either an advantage should accrue to him or injury, loss or detriment should befail some other person. That is what is known, as "fraud" or "fraudulently". Now to the issue of the standard of proof for fraud, which is another area of contention. Ujian pembuktian frod [84] Undang-undang meletakkan beban untuk diatas imbangan kebarangkalian kepada plaintif untuk membuktikan eleman frod dalam litigasi sivil. Prinsip ini telah termaktub dalam keputusan Mahkamah Persekutuan, Dato' Prem Krishna Sahgai v. Muniandy Nadasan & Ors [2017] 10 CLJ 385 and Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584. [85] Dalam menangkis hujahan pihak plaintif, peguam cara terpelajar bagi defendan-defendan menarik perhatian Mahkamah ini kepada kes Theta Edge Bhd (Previously known as Lityan Holdings Bhd) v Infornential Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 2 MLJ 34 yang menyatakan bahawa – [29] The corporate veil will be pierced by the court only in appropriate circumstances. In the case of Hotel Jaya Puri Bhd v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers & Anor [1980] 1 MLJ 109; [1979] 1 LNS 32 (HC) the court lifted the veil of incorporation on the facts of that case because it concerned the Industrial Relations Act 1967 where the Industrial Court was required to disregard technicalities and to take into account the rules of equity, good conscience and the merits of the case… … [32] … There must be evidence of either actual fraud at common law or some inequitable or unconscionable conduct amounting to fraud in equity. [86] Saya dengan hormat tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguam cara defendan khususnya selepas saya memberi pertimbangan terhadap dapatan fakta dalam kes dihadapan Mahkamah ini. Pada hemat saya, kekecualian yang diputuskan dalam kes Theta Edge Bhd (supra) tidak terpakai dalam kes plaintif ini. Hal ini kerana, terang lagi bersuluh tiada dokumen sokongan yang disediakan oleh defendan pertama mahu pun defendan kedua pada masa yang material dikemukakan di Mahkamah ini. Saya tidak berpeluang melihat kewujudan resolusi Lembaga pengarah plaintif yang dikatakan memberi kuasa kepada defendan pertama dan kedua mengeluarkan wang plaintif dalam jumlah yang keseluruhannya bukanlah sedikit. [87] Semasa perbicaraan, menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa defendan pertama tidak mengemukakan resolusi syarikat plaintif yang ditandatangani oleh semua pengarah untuk menyokong alegasi defendan pertama. [88] Saya juga berpandangan bahawa kegagalan menyediakan dokumen-dokumen yang menunjukkan kesahan tindakan defendan pertama dan kedua bukanlah hal perkara teknikal. Sebaliknya, resolusi-resolusi tersebut jika benar wujud, adalah umpama pancaindera plaintif yang memberi kebenaran hakiki kepada defendan pertama dan kedua berbuat sedemikian iaitu mengeluarkan wang plaintif dan dibayar ke akaun peribadi defendan pertama, akaun perniagaan defendan pertama, akaun peribadi defendan kedua dan perniagaan defendan kedua serta dibayar kepada Ravi yang mengaku sebagai pemilik asal plaintif. [89] Pada hemat saya, fakta-fakta yang diakui di atas selain siri-siri pengakuan serta pemecahan tugas fidusiari oleh defendan pertama dan kedua turut dicemari dengan elemen frod. Hal ini bertitik tolak dari kedudukan defendan pertama dan kedua yang mempunyai obligasi untuk bertindak dengan niat suci hati bagi kepentingan plaintif. [90] Pengeluaran wang dalam jumlah yang besar oleh defendan pertama dan kedua sebagaimana fakta kes ini tanpa kelulusan yang sah dan bukti dokumentari membolehkah Mahkamah ini membuat dapatan bahawa defendan pertama dan kedua bertanggungan terhadap restitusi. Isu 3: Sama ada wang plaintif yang dipegang oleh defendan pertama, kedua dan ketiga adalah harta amanah berdasarkan amanah konstruktif [91] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1; [2020] 12 MLJ 67 memutuskan bahawa - [111] It is trite law that the intention to create a trust is applicable in situation of express trust and not in constructive trust. A constructive trust are trusts that may be implied in the absence of any declaration/intention of a trust, where the trustee has induced another to act to their detriment they would acquire a beneficial interest in the land/property. A characteristic feature of this trust does not owe its existence to the parties' intention, but by operation of law. [92] Kedudukan undang-undang berhubung kewujudan amanah konstruktif turut diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor v. JW Properties Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 392; [2017] MLJU 1107 yang menyatakan - [58] From decided case authorities it has been established as a principle of law that constructive trust arises by operation of law whenever the circumstances are such that it would be unconscionable of the owner of the property (usually but not necessarily the legal owner) to assert his own beneficial interest in the property and deny the beneficial interest of another. [93] Mahkamah Rayuan dalam Chong Chee Piao & Ors v. Koh Wah Leong (as Chairman of Pertubuhan Penganut-penganut Ting Leong Keng Lee Hu Tong Chu, Pantai Remis, Manjong Perak) [2023] 4 CLJ 675; [2023] 2 MLJ 229 bahawa - [34] Thus, a written document evidencing the existence of a trust is also unnecessary. The Court of Appeal in the case of Zainab bt Ibrahim v. Limah bt Che Mat [2014] CLJU 716; [2014] 6 MLJ 419 said as follows: [11] We bear in mind that a trust does not arise by written documents alone. It may arise orally or inferred from the conduct of the parties, this is particularly so of a constructive trust. [94] Adalah menjadi sebahagian dari penegasan defendan kedua bahawa semasa menjadi pengarah plaintif, ada resolusi syarikat yang sah bagi membolehkan defendan kedua mengendali dan mengawal perbankan internet bagi kedua-dua akaun bank plaintif termasuk sebagai penandatangan tunggal cek. Namun dokumen tersebut tidak dikemukakan untuk dinilai oleh Mahkamah ini. [95] Pada hemat saya, fakta ini memberi inferes bahawa defendan kedua sebenarnya tahu dan sedar tentang keperluan adanya punca kuasa yang sah sebelum membuat keputusan penting yang memberi kesan kepada plaintif termasuk pengurusan keluar wang syarikat. Untuk memastikan mempunyai kuasa tersebut, resolusi pengarah-pengarah perlu disediakan secara teratur. [96] Namun demikian, tindak tanduk defendan pertama dan kedua menunjukkan yang mereka menjadikan plaintif umpama bank persendirian dengan mengeluarkan wang tanpa kelulusan sah sehingga menyebabkan plaintif mengalami kemudaratan. [97] Pada hemat saya wujud amanah konstruktif yang memenuhi prinsip undang-undang yang dirujuk di atas. Saya juga mengambil pertimbangan terhadap keterangan dan siri-siri pengakuan oleh defendan pertama dan kedua sebagaimana dalam penelitian terhadap Isu 1 dan Isu 2 di atas. Isu 4: Sama ada defendan pertama bertanggungan terhadap plaintif akibat pelupusan kereta syarikat. [98] Saya merujuk kes Pioneer Haven Sdn Bhd v. Ho Hup Construction Co Bhd & Anor and other appeals (supra) bahawa – [146] It is of course trite that the cornerstone of company law is that a company is a separate legal entity from its shareholders. As such, a shareholder cannot claim any right to any asset of the company, for it has no legal or equitable interest therein. [99] Pengakuan defendan pertama dan Ravi mencukupi bagi Mahkamah ini menerima fakta bahawa kereta MB E200AMB Line No. Plat BLT 6 dengan harga RM428,870 adalah aset plaintif. Defendan pertama diberi kuasa oleh plaintif untuk menggunakan kereta tersebut bagi tujuan rasmi selepas perletakan jawatan defendan pertama. [100] Defendan pertama turut mengakui menyerahkan kereta itu kepada Ravi sehinggalah Ravi menjual kereta tersebut. Plaintif telah mengemukakan notis tuntutan terhadap defendan pertama untuk pemulangan kereta tersebut namun berbuat demikian. [101] Berdasarkan pengakuan defendan pertama sendiri atas pemilikan plaintif terhadap kereta tersebut, tiada asas untuk Mahkamah ini menerima versi defendan pertama bahawa kereta dilupuskan atas arahan Ravi yang bukan pengarah plaintif. Justeru, pada hemat saya defendan pertama bertanggungan terhadap kerugian yang dialami oleh plaintif. Isu 5: Sama ada plaintif bertanggungan terhadap tuntutan balas defendan kedua. [102] Defendan kedua memplidkan tuntutan balas terhadap plaintif atau pengarah-pengarah plaintif bagi jumlah RM1,029,000.00 sama ada secara bersesama atau berasingan. Secara alternatif, defendan kedua menuntut supaya saham-saham defendan kedua dikembalikan atas alasan pindahmilik tersebut tidak sah. [103] Mengamati pliding defendan kedua dan keterangan yang dikemukakan oleh defendan kedua, saya mendapati bahawa defendan kedua tidak menamakan pengarah-pengarah plaintif sebagai pihak dalam tindakan ini. Oleh kerana asas tuntutan defendan kedua adalah bagi harga saham yang dipindahmilik kepada Piremnat dan Meenambhikai dan yang didakwa belum dijelaskan, defendan kedua tidak mempunyai kausa tindakan yang sah untuk menuntut secara tuntutan balas terhadap plaintif. [104] Selain itu, defendan kedua menuntut ganti rugi khas akibat perintah injuksi berjumlah RM857,700.00. Bagi tuntutan ini, Mahkamah mendapati defendan kedua gagal membuktikan kerugian yang dialami. I. KESIMPULAN [105] Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, tuntutan plaintif tehadap defendan pertama, kedua dan ketiga dibenarkan dan tuntutan balas defendan kedua ditolak. Defendan-defendan diperintahkan membayar kos secara bersesama sebanyak RM50,000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 30 April 2025. Ditandatangani ...........................................................
1
Bagi Pihak Plaintif : Harish Nair & Sia Wan Jin Tetuan W.J. Sia Law Chambers (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
2
Bagi Pihak Defendan : Pertama, Kedua dan Ketiga Nur Shahira Aliah Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates (Klang, Selango
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.