Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-A53KJ-54-04/2023 ANTARA KARTHIGEYAN A/L JAYACELAM (NO. K/P: 030202-02-0841) - PLAINTIF
KF-A53KJ-54-04/2023
Sessions Court of Malaysia10 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ding the silent evidence in the form of the police sketch-plam and key. P made reference to several authorities on obstruction caused to road users, inter alia to Chan Loo Khee v. Lai Siew San & Ors. [1971] CLJU 17; 1 LNS 16 where Ong CJ held; “… If parking a car, however recklessly, so as to cause needlessn obstructio”
“mpaui dari jumlah yang sewajarnya. Kes-kes yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 dirujuk adalah Yang Salbiah & Anor v Jamli Harun [1981] CLJU 106; [1981] 1 LNS 106; [1981] 1 MLJ 292, Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father and Next Fri”
“ang diletakkan di tepi jalan dan gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak kemalangan ini berlaku. Pihak Defendan-Defendan juga merujuk kepada kes Leenesh Vijaya & Anor v Yap Chiew Sun [2017] MLRHU 1502 sebagai sokongan untuk menyatakan bahawa wujud sumbang cuai oleh Plaintif.”
“al Acquired Penumonia : RM 8,000.00 Bagi kecederaan ini, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah RM 10,000.00 dengan merujuk kepada kes Ravi Latchumanah v Gunala Gopal & Yang Lain [2023] PILRU 43, kes Safarizuan bin Mustafa v Leizaini binti Abd Gani [2018] 2 PIR [52] dan kes Mohandas Kalidas v Kannan”
“33. Pihak Plaintif merujuk kepada kepada kes Ahmad Farhan Ahmad Ghazali v Tai Siew Moi & Anor [2024] PILRU 46 yang mana Mahkamah bersetuju dengan kes ini yang menyatakan seperti berikut; “Even if SD1’s version was true, SD1 would still be liable for creating a dangerous obstruction to other road users… Exhi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-A53KJ-54-04/2023 ANTARA KARTHIGEYAN A/L JAYACELAM (NO. K/P: 030202-02-0841) - PLAINTIF
1
WAKIL DIRI HARTA PUSAKA DAN/ATAU
2
ENG (NO. K/P : 580614-07-5087) SYARIKAT KENDERAAN ANI-CHUAH SDN. BHD (NO. SYARIKAT : 55082-T) (DISAMAN SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT) - DEFENDEN-DEFENDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Atas permohonan pihak-pihak, kes ini telah dibicarakan bersama dengan satu kes Mahkamah Majistret bernombor KF-A73KJ-29- 02/2023. Kedua-dua kes ini dibicarakan bersama kerana kemalangan yang berlaku adalah melibatkan kenderaan motortreler yang sama dipandu oleh Defendan Pertama dan milik Defendan Kedua di tempat yang sama di mana kenderaan motortreler diletakkan serta kehadiran Pegawai Penyiasat ganti yang sama memberi keterangan.
2
Perbezaan di sini hanyalah Plaintif-Plaintif yang berbeza dan kenderaan-kenderaan yang ditunggang oleh Plaintif-Plaintif adalah berbeza. Selang masa di antara kedua-dua kemalangan berlaku adalah selama 4 jam sahaja.
3
Mahkamah menyediakan 2 alasan yang berbeza bagi kedua-dua kes bagi Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
4
Saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak Plaintif bagi memberi keterangan adalah seperti berikut; SP1 : Sarjan Govindasamy a/l Murgaya – Penolong Pegawai Penyiasat Gantian. SP2 : Elvin Junarius – Plaintif bagi kes Mahkamah Majistret SP3 : Karthigeyan a/l Jayacelam – Plaintif bagi kes Mahkamah Sesyen SP4 : John Stanley a/l Arokiasamy – Saksi awam
5
Pihak Defendan-Defendan tidak memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan dan hanya dimaklumkan oleh Peguam Defendan-Defendan bahawa Defendan Pertama telah meninggal dunia. Maka tiada versi tentang bagaimana kemalangan tersebut berlaku dari pihak Defendan-Defendan.
6
Di akhir perbicaraan, Mahkamah telah memberikan keputusan atas isu liabiliti dan kuantum. Mahkamah telah memutuskan bahawa atas isu liabiliti Defendan-Defendan adalah bertanggungan 100% ke atas kedua-dua kes. B.
7
Terdapat satu versi sahaja daripada pihak Plaintif menceritakan bagaimana kemalangan bagi kes ini berlaku.
8
Pada tarikh 20.7.2019, jam lebih kurang 1.15 tengah malam semasa Plaintif sedang menunggang motosikal menggunakan Jalan Bagan ke Padang Serai, telah terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah motortreler Defendan-Defendan yang diletakkan di tepi jalan.
9
Kemalangan tersebut belaku apabila sebuah motokar dengan nombor pendaftaran yang tidak diketahui, yang datang dari arah belakang motosikal Plaintif telah memotong dan menghimpit motosikal Plaintif. Akibat daripada Tindakan motorkar tersebut, Plaintif cuba mengelak ke kiri dan telah terlanggar tayar bahagian tengah motortreler tersebut yang di parker di tepi jalan dan terjatuh ke atas jalan dan mendapat kecederaan.
10
Keterangan Plaintif juga menytakan bahawa tiada tanda amaran diletakkan di belakang motortreler tersebut seperti kon atau segi tiga amaran untuk memberi notis kepada pengguna jalan raya yang lain berkenaan kehadiran motortreler tersebut.
11
Pegawai Penyiasat (SP1) yang mengambil alih kertas siasatan dari Pegawai Penyiasat asal iaitu Sarjan Makhdar bin Idris yang telah bersara, menyatakan di dalam keterangannya bahawa terdapat 3 laporan polis dibuat oleh pihak-pihak di dalam kes ini termasuk satu laporan polis oleh pihak Defendan Pertama.
12
Berdasarkan kepada siasatan oleh Pegawai Penyiasat asal, terdapat 6 keping gambar kenderaan telah diambil dan terdapat 11 gambar tempat kejadian yang telah diambil oleh SP4 di mana gambar-gambar tersebut menunjukkan keadaan motortreler tersebut di parkir di atas tepi jalan yang mempunyai garisan kuning melintangi jalan. Rajah kasar juga telah dilukis oleh pegawai penyiasat asal.
13
Hasil siasatan oleh pegawai penyiasat asal mendapati bahawa Defendan-Defendan telah mewujudkan satu halangan kepada pengguna jalan di jalan tersebut pada masa material sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Defendan Pertama telah di saman di bawah Rule 16 LN 166/59 dan saman tersebut telah dibayar oleh Defendan Pertama. C.
14
Isu yang menjadi pertikaian di sini adalah samaada Defendan (Pemandu Motortreler) telah cuai di dalam meletakkan kenderaannya di tepi atas jalan semasa kemalangan berlaku.
15
Berdasarkan kepada hujahan pihak Defendan-Defendan, pihak Defendan-Defendan tidak menafikan fakta oleh pihak Plaintif tetapi dengan tegas menyatakan bahawa pihak Plaintif turut sumbang cuai di dalam kemalangan ini yang mewajarkan liabiliti dibahagi secara sama rata di antara Plaintif dan Defendan-Defendan.
16
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan. Di sini Mahkamah mendapati bahawa keberadaan motortreler Defendan-Defendan pada tempat yang tidak sewajarnya telah menyebabkan kecederaan yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Plaintif.
17
Di dalam menentukan liabiliti ini, Plaintif sebagai pengguna jalan raya tersebut mempunyai hak untuk menggunakan jalan tersebut dengan selamat. Tetapi disebabkan oleh keberadaan motortreler tersebut di tempat kemalangan, Plaintif telah mendapat kecederaan yang teruk.
18
Melihat kepada cara kemalangan tersebut berlaku, tidak dapat dinafikan bahawa punca awal kemalangan adalah disebabkan oleh sebuah motorkar yang telah memotong motosikal Plaintif dan menyebabkan Plaintif telah mengambil tindakan untuk membelok ke kiri untuk mengelak dari bertembung dengan motorkar tersebut dan ini adalah satu tindakan yang munasabah oleh Plaintif.
19
Situasi menjadi lebih buruk dengan keberadaan motortreler tersebut di tepi jalan pada tempat yang tidak sewajarnya di parkir. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa kemalangan ini tidak akan berlaku sekiranya motortreler tersebut tidak di letakkan di tempat tersebut pada peringkat awal. Ini kerana, keadaan dan cara motortreler tersebut di parkir menyebabkan Plaintif telah kehilangan peluang untuk mengelak dengan selamat dari tindakan motorkar tersebut.
20
Sebelum itu, Mahkamah juga telah menilai bukti dan keterangan berkenaan dengan kedudukan motortreler tersebut semasa kemalangan tersebut berlaku. Saksi-saksi telah dirujuk dengan gambar kedudukan motortreler semasa kemalangan ini berlaku melalui gambar-gambar yang telah dirakam.
21
Gambar-gambar di ekshibit P9 [A-K], terutamanya di gambar A dan C jelas menunjukkan bahawa sebahagian badan motortreler tersebut berada di atas jalan di kawasan yang mempunyai garisan kuning. Walaupun di dalam rajah kasar yang dilukis oleh Pegawai Penyiasat asal mendapati tiada garisan kuning dilakarkan, Mahkamah tetap menerima keterangan saksi lain dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa terdapat garisan kuning di atas jalan. Perkara ini tidak dicabar oleh pihak Defendan.
22
Merujuk kepada Kaedah 8A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 dengan jelas menyatakan berkenaan dengan garisan kuning di atas jalan seperti berikut;
8A
No Person No person shall drive or ride a vehicle into a street or a road junction and cause such vehicle to remain over yellow lines which are diagonally drawn or marked within segments of any shape or dimensions over such street or road junction, notwithstanding that the light signals controlling the movements of vehicular traffic permits him to do so.
23
Berdasarkan kepada autoriti di atas, perkataan “shall” dengan jelas menyatakan larangan meletakkan kenderaan di garisan kuning di atas jalan adalah bersifat mandatori. Maka Tindakan Defendan Pertama meletakkan kenderaan motortreler di atas jalan di tempat berlakunya kemalangan adalah jelas melanggar undang-undang dan menjadi punca kepada kecederaan yang dialami oleh Plaintif.
24
Disamping itu, pihak Plaintif juga berhujah bahawa keadaan dan kedudukan motortreler tersebut yang diletakkan di atas jalan telah memberi halangan kepada Plaintif untuk menggunakan jalan tersebut dengan selamat. Mahkamah bersetuju dengan hujahan ni.
25
Apabila meneliti kedudukan motortreler di atas jalan dan menilai keadaan perjalanan Plaintif dan tindakan Plaintif yang mengelak dari terlibat kemalangan dengan motorkar, ianya adalah jelas bahawa punca kemalangan ini adalah disebabkan oleh motortreler tersebut yang telah menghalang dan mencipta halangan kepada pengguna jalan yang lain terutamanya Plaintif di dalam kes ini.
26
Sekiranya motortreler tersebut tidak diletakkan di tempat dan masa tersebut, yang mana jelas telah melanggar peruntukan undang-undang, maka sudah tentu kemalangan ini tidak akan berlaku di antara motosikal Plaintif dan motortreler Defendan-Defendan.
27
Mahkamah merujuk kepada kes Lai Kong Loke v & Anor v Ting See Leng [2017] 2 CLJ 324 yang menyatakan seperti berikut; The parking at those places is illegal because it is parked on a yellow line and near a corner, an act prohibited under the Road Traffic Rules 1959.
28
Disamping itu, tiada sebarang tanda amaran diletakkan oleh Defendan Pertama di mana-mana bahagian jalan di sekitar motortreler tersebut untuk memberi makluman atau notis yang secukupnya kepada pengguna jalan yang lain bahawa motortreler tersebut berada dan berhenti di jalan tersebut. Pembuktian ini adalah terletak kepada bahu Defendan-Defendan untuk menunjukkan bahawa wujud tanda amaran dan notis yang secukupnya telah diberikan kepada pengguna jalan raya bahawa motortreler telah diletakkan di atas jalan tersebut di kawasan garisan kuning.
29
Mahkamah merujuk kepada Kaedah 16 Kaedah-Kaedah lalulintas 1959 menyatakan seperti berikut berkenaan dengan kenderaan yang mewujudkan halangan
16
Obstruction
1
No driver in charge of a vehicle shall cause or permit the vehicle on a road so as to cause any unnecessary obstruction thereof.
2
No driver in charge of any vehicle shall draw up or stop such vehicle in any public road or street except parallel with and as close to the left hand side of the roadway and as close to the edge as possible unless otherwise directed by notices, signs or lines or by a police officer in uniform engaged in the regulation of traffic;
3
Provided that in a one way road or street, a vehicle may be drawn up or stopped on either side of the roadway but so that it faces in the direction in which traffic may lawfully move.
30
Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menjelaskan berkenaan dengan halangan oleh kenderaan ke atas pengguna jalan raya yang lain seperti berikut;
1
If any driver of a motor vehicle causes or permits such motor vehicle to remain at rest on any road in such a position or in such a condition or in such circumstances as to be likely to cause danger, obstruction or undue inconvenience to other users of the road or to traffic, he shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than one thousand ringgit or to imprisonment for a term of not less than one year or to both.
31
Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 16, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 dengan jelas menyatakan larangan untuk kenderaan memberi halangan kepada kenderaan-kenderaan lain yang menggunkan jalan raya. Tambahan lagi di dalam kes ini, tiada sebarang tanda amaran diletakkan oleh Defendan Pertama di bahagian belakang motortreler untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya yang lain akan kewujudan motortreler tersebut.
32
Kesan dari kegagalan pihak Defendan Pertama meletakkan sebarang tanda amaran adalah sebab dan punca kemalangan ini berlaku. Keterangan dari SP4 dan gambar-gambar yang dirakamkan di tempat kejadian telah menunjukkan dengan jelas bahawa tiada sebarang tanda amaran diletakkan di mana-mana bahagian motortreler tersebut.
33
Pihak Plaintif merujuk kepada kepada kes Ahmad Farhan Ahmad Ghazali v Tai Siew Moi & Anor [2024] PILRU 46 yang mana Mahkamah bersetuju dengan kes ini yang menyatakan seperti berikut; “Even if SD1’s version was true, SD1 would still be liable for creating a dangerous obstruction to other road users… Exhibit P2 revealed that SD1 failed to put any triangle warning sign or cones to warn the traffic that Hilux had an emergency brake down”
34
Disamping itu, pihak Defendan-Defendan gagal untuk mengemukakan ke Mahkamah alasan yang munasabah atau sebab kepada tindakan Defendan Pertama meletakkan kenderaan di tempat tersebut. Merujuk kepada keterangan SP1 yang hadir memberi keterangan, tiada sebarang alasan dikemukakan oleh Defendan Pertama samaada melalui laporan polis yang dibuat atau melalui keterangan yang diberikan kepada pegawai penyiasat.
35
Pihak Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif turut sama rata sumbang cuai kepada kemalangan ini sehingga ke peringkat 50% di mana Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah tahu kewujudan motortreler tersebut yang diletakkan di tepi jalan dan gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak kemalangan ini berlaku. Pihak Defendan-Defendan juga merujuk kepada kes Leenesh Vijaya & Anor v Yap Chiew Sun [2017] MLRHU 1502 sebagai sokongan untuk menyatakan bahawa wujud sumbang cuai oleh Plaintif.
36
Mahkamah telah meneliti kes tersebut dan kes tersebut dapat dibezakan dengan kes ini. Di dalam kes tersebut, isu yang dibangkitkan adalah kegagalan pihak Plaintif untuk memberhentikan kenderaannya daripada melanggar kenderaan yang statik dan tidak bergerak dan kegagalan Plaintif di dalam kes tersebut untuk mengelak kemalangan apabila Plaintif mampu melakukan elakan.
37
Tetapi di dalam kes ini, tindakan Plaintif adalah untuk mengelak kenderaan motokar dan tindakan yang ada dan wajar untuk dilakukan adalah dengan bertindak untuk mengelak ke kiri yang mana wujud kenderaan motortreler Defendan-Defendan. Fakta bagi kedua-dua kes ini dapat dan hendaklah dibezakan.
38
Mahkamah berpendapat bahawa, di dalam situasi tersebut, tiada sebarang alasan yang kukuh untuk Mahkamah menerima hujahan pihak Defendan-Defendan ini.
39
Melihat kedudukan semua kenderaan di dalam kes ini, iaitu motorkar, motosikal dan motortreler, tindakan yang wajar dan patut dilakukan oleh Plaintif adalah mengelak ke kiri daripada mengelak ke arah kanan yang berkemungkinan akan menyebabkan bahaya dan kecederaan yang lebih teruk disebabkan keadaan motorkar yang bergerak.
40
Bagi menyokong hujahan pihak Plaintif bahawa tiada sebarang sumbang cuai oleh pihak Plaintif di dalam kes ini, Mahkamah merujuk kepada kes Abdul Aziz Ali & Anor v Thiyagu Rajagopal [2014] 10 CLJ 133 yang menyatakan seperti berikut; [9] From the overall evidence adduced by P the SCJ was satisfied that the primary cause of the collision was the negligence of D1 in parking the motor bus at the said spot and causing a wrongful obstruction to P who was then riding on his rightful path. This is nothing more than a pure finding of fact based on his evaluation of the evidence of all the material witness and their credibility, including the silent evidence in the form of the police sketch-plam and key. P made reference to several authorities on obstruction caused to road users, inter alia to Chan Loo Khee v. Lai Siew San & Ors. [1971] CLJU 17; 1 LNS 16 where Ong CJ held; “… If parking a car, however recklessly, so as to cause needlessn obstruction to other road users, were to be held blameless, merely because other motorists could still have room to pass, provided they kept a proper look-out, then it would appear that the deliberate parking of a car anywhere, even in the middle of the highway, should be considered equally excusable, if not justifiable, regardless of the fact that, by reason of such obstruction, other motorists had come to grief by reason of their being not fully alert. In such cases there should, in my opinion, be proper apportionment of blame, depending on the circumstances. But, to exonerate the obstructionist completely – when it is undeniable that, but for the presence of the obstruction, there could not possibily have been an accident – is to ignore the principle of placing the blame fairly on those to be blamed for their acts or omissions. In this age of fast motor transport I think it is the duty of the courts to eschew excessive legalism and to require that every motorist should observe the golden rule of shewing due consideration for other road-users, or suffer the consequences of his failure to do so. [10] Having found as above, the only question left for determination by the SCJ was whether there was any evidence of contributory negligence by P himself. The evidence of P that he had evadrd to the left and collided into the motor bus to avoid an oncoming car that had suddenly encroached into his path was not rebutted or contradicted. The SCJ accepted this version as credible and probable after having heard and considered the evidence of the relevant witnesses. There was nothing to show that he had seriously erred or misdirected himself on the fact in arriving at this finding of fact, which depended to a large extent on the issue of credibility of witnesses. This was an issue essentially for the court to decide.”
41
Menilai dan meneliti keseluruhan kes ini di atas isu liabiliti dengan disokong oleh keterangan yang kukuh bahawa terdapat kecuaian yang jelas dari pihak Defendan-Defendan bahawa Defendan-Defendan telah mewujudkan situasi yang melanggar undang-undang dan kecuaian tindakan dalam meletakkan kenderaan motortreler, maka Mahkamah dengan ini menerima keterangan dan versi yang diberikan oleh Plaintif berkenaan dengan mekanisma kemalangan tersebut berlaku.
42
Maka Keputusan untuk meletakkan liabiliti sepenuhnya ke atas Defendan-Defendan adalah wajar, adil dan munasabah. D. ALASAN-ALASAN BAGI ISU KUANTUM Gantirugi Am bagi kecederaan-kecederaan yang dialami Plaintif
43
Plaintif menuntut gantirugi am bagi kecederaan-kecederaan yang dialami olehnya. Bagi tuntutan gantirugi am ini, penilaian telah dibuat berdasarkan kepada Laporan-Laporan Perubatan dan Laporan Pakar yang difailkan.
44
Adalah menjadi satu undang-undang yang mantap bahawa di dalam menentukan jumlah gantirugi bagi sesuatu tuntutan, jumlah tuntutan yang dibenarkan hendaklah jumlah yang adil, munasabah, memadai dan tidak melampaui dari jumlah yang sewajarnya. Kes-kes yang dirujuk adalah Yang Salbiah & Anor v Jamli Harun [1981] CLJU 106; [1981] 1 LNS 106; [1981] 1 MLJ 292, Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father and Next Friend); Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885.
45
Antara kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah sebagaimana berikut; a) Loss of consciousness, retrograde amnesia and vomiting : RM 10,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif telah menuntut gantirugi sebanyak RM 20,000.00 dengan merujuk kepada kes Azmadarmawi b Saupi v Mohd Zamri b Abu Bakar & Anor [2021] 1 PIR [45], sc di mana Mahkamah telah mengaward gantirugi RM 20,000 bagi loss of consciousness with retrograde amnesia dan kes Azju Mohammad & Anor v John Foxbat anak Louis & Anor [2014] PILRU [14], sc di mana Mahkamah telah mengawardkan gantirugi sebanyak RM 10,000.00 bagi cerebral concussion. Defendan sebaliknya berhujah bahawa RM 10,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini Setelah Mahkamah meneliti isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa gantirugi sebanyak RM 10,000.00 bagi kedua-dua keadaan Plaintif tersebut adalah wajar dan sesuai dengan merujuk juga kepada compendium. b) Fracture of medial wall of right maxillary sinus, nasal bone and anterior wall of left sphenoidal sinus with bleeding in both sphenoidal sinuses, right maxillary sinus, right ethmoidal sinus and nasal cavity Pihak Plaintif berhujah bahawa gantirugi yang wajar bagi kecederaan ini adalah sebanyak RM 60,000.00 dengan merujuk kepada kes Wan Anas Hamizan bin Wan Adnan & Anor v Mohd Zamri bin Sa’ari &Anor [2018] 1 PIR, Muhammad bin Hassan v Lam Ngit Choi & Anor [2017] 1 PIR, Muhammad Hafiz bin Mohd Fauzi (seorang yang tidak berkeupayaan melalui Mohd Fauzi bin Ibrahim sebagai wakil litigasinya) v Kennedy bin Luprin & Anor [2024] 2 PIR [26], Azju Mohammad & Anor v John Foxbat anak Louis & Anor [2014] 2 PIR [102] dan kes Razali@Mohd Leey bin Subeh v Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd & Anor [2024] 1 PIR [59] di mana Mahkamah telah membenarkan gantirugi bagi kecederaan di bahagian muka di antara RM 40,000.00 sehingga 85,000.00. Defendan pula berhujah bahawa RM 35,000.00 adalah berpatutan dan disamping itu, pihak Defendan juga berhujahan bahawa tolakan sebanyak 10% patut diberikan kerana kegagalan Plaintif memaki topi keledar semasa menunggang motosikal. Meneliti hujahan dari kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa gantirugi RM 60,000.00 adalah wajar dan sesuai di mana kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah agak teruk yang melibatkan bahagian penting anggota badan iaitu muka. Tambahan lagi, 3 bahagian tulang pada bahagian tersebut telah patah dan kes-kes yang dirujuk oleh Plaintif menjadi panduan. c) Traumatic liver injury grade IV with active bleeding from anterior branch of portal vein and bile duct injury and segmen V/VIII liver haematoma : RM 50,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif berhujah bahawa gantirugi sebanyak RM 80,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi liver injury dan gantirugi sebanyak RM 10,000.00 adalah wajar bagi liver haematoma. Plaintif berhujah bahawa Laporan-laporan perubatan telah menjelaskan keadaan kecederaan tersebut yang agak teruk semasa rawatan diberikan iaitu :- - Liver injury with ative bleeding – emergency laparotomy done - Extensive laceration involving the right lobe of liver, mainly segment 4A, 5, 7, 8 with parenchymal destruction of segment 7; - Acute laceration involving anterior branch of right portal vein with acute extravasation of contrast. Associated with surrounding hematoma and fairly extensive intraperioteal fluid collection; - Bilateral pleural effusion with adjacent collapsed consolidations (right > left). Kes-kes yang menjadi sandaran pihak Plaintif antaranya adalah kes Wong Fui Chien & 2 Ors v Chin Cheng & Anor (Wong Sir Cheong & Anor – Third Party) [2019] 2 PIR, Abd Razak b Abd Rahman v Zulkifli b Bakar [2013] 1 PIR [2], Muhammad Yusuf b Ariffin v Homaidid b Wamadyan & Anor [2013] 2 PIR [73], di mana gantirugi yang diberikan bagi kecederaan ini di dalam anggaran RM 30,000.00 sehingga RM 45,000.00. Pihak Defendan berhujah bahawa gantirugi sebanyak RM 45,000 adalah wajar dan munasabah atas alasan bahawa Plaintif tidak lagi menerima apa-apa rawatan semasa memberi keterangan dan tanpa apa-apa ketidakmampuan (disability). Mahkamah, setelah menilai hujahan kedua-dua pihak, memutuskan bahawa gantirugi sebanyak RM 50,000.00 adalah wajar melihat kepada kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan memerlukan pembedahan dengan segera sejurus selepas dimasukkan ke hospital selepas kemalangan. Berpandukan kepada compendium dan juga kes-kes yang dikemukakan, tuntutan pihak Plaintif adalah terlalu tinggi. Mahkamah tidak membezakan kecederaan pada hati (liver injury) dan juga kesan lebam pada hati (liver haematoma) d) Acute kidney injury : RM 20,000.00 Bagi kecederaan ini, Plaintif berhujah bahawa gantirugi sebanyak RM 20,000.00 adalah munasabah berdasarkan kepada keputusan kes Param Anand a/l Murugesu v Radhakrishnan a/l Sathisivan [2020] 1 PIR [38] dan Saravanan a/l Kaliappan v Muslihuddin b Jufri & Anor [2023] 2 PIR [19]. Alasan yang dikemukakan adalah kerana Plaintif perlu menjalani beberapa prosedur rawatan antaranya pemasangan Right Femoral Venous Catheter dan pemasangan Right Internal Jugular Catheter dan beberapa sesi rawatan haemodialysis. Laporan Pakar Plaintif juga menjelaskan bahawa Plaintif memerlukan penjagaan yang rapi dan beberapa prosedur rawatan yang berpanjangan termasuk renal replacement therapy and multiple drainage procedures. Pihak Defendan pula berhujah bahawa gantirugi sebanyak RM 15,000.00 adalah munasabah dan wajar bersandarkan kepada compendium of personal injury awards. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif di mana award yang munasabah adalah sebanyak RM 20,000.00 bagi kecederaan ini. Plaintif telah menjalani beberapa prosedur semasa rawatan diberikan dan ini memerlukan pemerhatian yang lebih bagi kecederaan ini sebagaimana yang dicadangkan oleh Doktor Pakar Plaintif. e) Laceration wound over the left forearm, left knee and forehead : RM 5,000.00 Bagi kesan kecederaan ini, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah RM 15,000.00 dengan merujuk kepada kes Suhaila binti Deraman & Anor v Goh Kee Sen & Anor [2014] 2 PIR [89], Muhammad Amirol Shazzwan bin Jamal (seorang budak yang mendakwa melalui bapa / sahabat wakilnya, Jamal bin Mat Salleh @ Sharif) v Mohamad Zamri bin Natha @ Mokhtar [2014] 1 PIR [75] dan Sunil Sunar & 2 Ors v Baloo a/l Murugaiah & Anor [2016] 1 PIR [57]. Pihak Defendan berhujah bahawa award sebanyak RM 5,000.00 adalah munasabah dan wajar berlandaskan kepada compendium of personal injury awards. Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan award bagi tuntutan ini sebanyak RM 5,000.00. Di dalam Laporan Perubatan hanya dinyatakan “Noted Laceration Wound Over Left Forearm and Left Knee and Forehead” tanpa menjelaskan keadaan kecederaan ini samaada kecederaan yang teruk, banyak atau sebaliknya. Maka, jumlah tersebut adalah wajar dan munasabah. f) Haematoma at the tracheostomy site extending superiorly into the larynx and hypopharynx causing total obliteration of larynx and proximal trachea : RM 20,000.00 Bagi kecederaan ini, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah RM 20,000.00 dengan merujuk kepada kes Afiq Fakhri bin Abdul Razab & Anor v Muhammad Suhaimi bin Mazlan [2018] 1 PIR [12] dan kes Amir b Ngasbin & Anor v Chin Kwee Kim & Anor [2010] 1 PIR [35]. Pihak Defendan pula berhujah bahawa jumlah yang munasabah dan wajar adalah RM 3,000.00 Mahkamah telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 20,000.00 bagi kecederaan ini dan jumlah ini adalah wajar dan munasabah dengan melihat kepada keadaan dan bahagian badan yang mengalami kecederaan tersebut. Ianya melibatkan bahagian leher yang memerlukan rawatan segera bagi tujuan pernafasan. g) Hospital Acquired Penumonia : RM 8,000.00 Bagi kecederaan ini, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah RM 10,000.00 dengan merujuk kepada kes Ravi Latchumanah v Gunala Gopal & Yang Lain [2023] PILRU 43, kes Safarizuan bin Mustafa v Leizaini binti Abd Gani [2018] 2 PIR [52] dan kes Mohandas Kalidas v Kannan Govindasamy & Yang Lain [2024] PLIRU [35]. Pihak Defendan pula berhujah bahawa jumlah yang munasabah dan wajar adalah RM 5,000.00 Mahkamah telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 5,000.00 bagi kecederaan ini dan jumlah ini adalah wajar dan munasabah dengan melihat kepada keadaan dan bagaimana Plaintif mendapat jangkitan ini. Ianya adalah sebahagian jangkitan yang diperolehi semasa Plaintif mendapatkan rawatan di hospital akibat kencederaan yang dialami di dalam kemalangan tersebut. h) Right Periorbital Hematoma : RM 5,000.00 Bagi kecederaan ini, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah RM 8,000.00 dengan merujuk kepada kes Zulkifle bin Ibrahim v Amry bin Mohd Zakhi [2018] 1 PIR [10] dan kes Mahsan bin Rapiah v Yaacob bin Hashim [2016] 2 PIR [29]. Pihak Defendan pula tidak mengemukakan sebarang hujah berkenaan dengan kecederaan ini. Mahkamah telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 8,000.00 bagi kecederaan ini dan jumlah ini adalah wajar dan munasabah sebagaimana hujahan pihak Plaintif. i) Multiple Scars : RM 30,000.00 Tuntutan gantirugi bagi kesan parut-parut ini, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah RM 30,000.00 dengan merujuk kepada kes Tay Mook Seng & Anor v Entulu anak Anil & Anor [2014] 2 PIR [121], kes Musa b Jusoh v Mazlan b Bidin [2009] 1 PIR [8] dan kes Chen Yoke Yee v Foo Kok Meng & Anor [2016] 2 PIR [48]. Pihak Defendan pula berhujah bahawa jumlah yang munasabah dan wajar adalah RM 7,000.00 Mahkamah telah membenarkan gantirugi sebanyak RM 30,000.00 bagi semua parut-parut yang wujud akibat dari kecederaan dan pembedahan yang terpaksa dilalui oleh Plaintif. Mahkamah berpendapat bahawa kesan parut-parut yang wujud ini adalah banyak sebagaimana dinyatakan di dalam Laporan pakar pihak Plaintif seperti berikut; - Multiple Scars seen over the abdominal cavity, the largest being a Xiphisternum to pubis midline laparotomy wound with a right lateral extension; - Right Iliac fossa scar at abdominal drain exit sites. - Scar over RHC over drainage tube site. - All scars are well healed and permanent Maka, jumlah gantirugi ini adalah wajar dan munasabah dengan melihat kepada keadaan parut-parut tersebut. Gantirugi Khas Yang Dituntut oleh Plaintif
46
Pihak Plaintif juga menuntut gantirugi khas seperti berikut dan jumlah gantirugi khas tersebut adalah yang dibenarkan; a) Item (a), (b), (c), (d) & (e) : dibenarkan di bawah kos. b) Item (f) : dibenarkan RM 510.00 c) Item (g) : dibenarkan RM 560.00 d) Item (h) : dibenarkan RM 191.40 e) Item (i) : dibenarkan RM 65.00 f) Item (j) : tidak dibenarkan - gagal dibuktikan dengan kukuh g) Item (k) : tidak dibenarkan - gagal dibuktikan dengan kukuh h) Item (l) : dibenarkan (RM 50.00 x 76 hari : RM 3,800.00) i) Item (m) : dibenarkan (RM 150.00 x 33 hari : RM 4.950.00) j) Item (n) : dibenarkan (RM 50.00 x 6 hari : RM 300.00) k) Item (o) : dibenarkan (RM 150.00 x 6 hari : RM 900.00) l) Item (p) : dibenarkan (RM 14.90 x 7 : RM 104.30) m) Item (q) : tidak dibenarkan – tiada resit n) Item (r) : dibenarkan (RM 1,100 x 3 bulan di dalam tempoh cuti sakit sahaja, manakala di dalam tempoh ditahan di wad tidak dibenarkan : RM 3,300.00 ) o) Item (s) : tidak dibenarkan p) Item (t) ; dibenarkan RM 100.00 q) Item (u) ; dibenarkan RM 230.00 r) Item (v) ; dibenarkan RM 1,192.00
47
Mahkamah mendapati bahawa jumlah award yang dibenarkan di atas adalah wajar, munasabah dan adil atas kecederaan-kecederaan dan kerugian yang dialami oleh Plaintif.
48
Mahkamah juga membenarkan kos tindakan mengikut skala dan faedah seperti berikut;
i
Faedah 5% ke atas gantirugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga tarikh penghakiman;
II
(ii) 2.5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; dan
III
(iii) 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim, Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah Darul Aman. Tarikh : 31 Mac 2026 Peguamcara Plaintif : Tetuan Bala & Naidu Peguamcara Defenden-Defenden : Tetuan V. P. Nathan & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.